laporan perkhemahan bomba 2012

Upload: wargadunia

Post on 18-Jul-2015

639 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

1. PENDAHULUAN Program perkhemahan yang diadakan oleh Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah sesi 2012. Memandangkan keperluan masa kini, dirasakan amat perlu untuk membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk mempelajari asas-asas perkhemahan. Melalui perkhemahan ini dapat membantu para ahli kadet bomba dan penyelamat dalam mendisiplinkan diri mereka dalam semua aspek kokurikulum mahupun dalam pembelajaran serta pengetahuan tentang undang undang negara.

2. OBJEKTIF 2.1 Meluaskan pengetahuan para pelajar 2.3 Merapatkan silaturahim antara guru dan pelajar 2.3 Memupuk semangat setia kawan,kepimpinan dan bekerjasama antara pelajar dan guru 2.4 Belajar menghargai keindahan alam sekitar dan bersyukur dengan anugerah Nya.

3 LATAR BELAKANG PERKHEMAHAN Anjuran Tarikh Destinasi Sasaran Bil Peserta : Kadet Bomba dan Penyelamat SMA Al Maad 2012. : 17-19 Februari 2012 : Bukit Jernih,Bukit Keteri Perlis : Semua Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat SMA AL-MAAD. : 81 lelaki

Guru Pengiring : En Roszaidi Bin Murat En Musab B Abd Rahman En Abu Zar b Ahmad Hafidz

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

Perjalanan Perkhemahan 17 Februari 2012 (Jumaat) 1.30 petang 5.30 petang 7.30 malam 9.30 malam 11.00 malam Pendaftaran dan persiapan khemah Solat Asar dan taklimat keselamatan Makan malam /solat maghrib /tazkirah Solat isyak /taklimat ajk /pembahagian barang amanah dan sentry. Tidur

18 Februari 2012 (Sabtu) 5.30 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi 1.30 petang 5.30 petang 7.30 petang 8.30 malam 11.00 malam Bangun pagi /solat Subuh /sarapan kendiri /perhimpunan pagi Latihan Kawad Kaki dan Kawad Hos Jungle Treaking (merintis bintang) Makan tengahari /solat Zuhur /explorace Solat Asar /tali pandu (blind trail) Makan petang /solat Maghrib /prepare lakonan Solat Isyak /malam kebudayaan /jamuan BBQ /Night Walk Tidur

19 Februari 2012 (Ahad) 5.30 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi 1.30 t/hari Bangun pagi /solat Subuh /sarapan kendiri /perhimpunan pagi Pengenalan /Pertandingan Kawad Hos River Crossing Pertandingan Memasak /persiapan bertolak ke Al Maad

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

4. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

PENAUNG GURU PENASIHAT PENGERUSI GURU PENGIRING

: ENCIK HJ MUHKTAR BIN HJ KASSIM : EN ROSZAIDI BIN MURAT : MUHAMAD HAZIQ ARIF BIN ISMAIL : 1) USTAZ MUSAB BIN ABDUL RAHMAN 2) USTAZ ABU ZAR BIN AHMAD HAFIDZ

AHLI JAWATANKUASA INDUK (PERINGKAT PELAJAR)

PENGERUSI TIMB. PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI

: MUHAMAD HAZIQ ARIF BIN ISMAIL : ANAND @ ADENAN ISKANDAR BIN ROSSIDI : AMIRUL FARIS BIN RAZALI : MUHAMMAD AMIRULLAH BIN SALLEH

1. AJK KEROHANIAN DAN DISIPLIN Hasnul Husaini bin Ariffen, Muhd Zulkhanis bin Dahlan 2. AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN Amir Redha bin Azali, Mohd Fitrie bin Jamaluddin 3. AJK PENGINAPAN DAN LOJISTIK Muhammad Afif bin Abdul Wahab, Abdul Hanif bin Mohammad 4. AJK SUKAN Anand @ Adenan Iskandar bin Rossidi, Muhammad Amirullah bin Salleh, Muhammad Farhan bin Mohd Rodzi 5. AJK MAKANAN Shawal Naim bin Abdul Rahman, Amirul Faris bin Razali

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

5. PERBELANJAAN PENDAPATAN sumber Sumbangan peserta Peruntukan Wang makan asrama PCG Panitia KHB Jumlah Huraian sumber RM10 RM 1 900.00 1 017.50 700.00 3 617.50

PERBELANJAAN sumber Sewa bas Sewa Penginapan Komunikasi Tiket lawatan Huraian sumber RM15 43 RM10 3 Pusat Sains Negara RM5 40 Petrosains KLCC RM9 37 Ubat-ubatan Makanan ringan Makan petang (Sg. Dua) Makan t/ hari ( RM6 38) Pengangkutan LRT & Monorel RM 1 400.00 0 645.00 30.00 200.00 333.00 10.50 228.80 273.10 228.00 144.00 75.10 50.00 3 617.50

Kebajikan peserta

Dokumentasi Jumlah

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

6. PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN TARIKH HARI AKTIVITI 1 : 17 FEBRUARI 2012 : JUMAAT : Persiapan Khemah

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 buah khemah. Semua peserta bekerjasama untuk mendirikan khemah. AKTIVITI 2 : Taklimat Keselamatan

Peserta berkumpul di kawasan lapang. Taklimat keselamatan diberi oleh Pegawai Bomba Arau, Encik Amri. Selain itu, guru pengiring, Encik Roszaidi bin Murat juga memberi sedikit taklimat tentang perkhemahan. AKTIVITI 3 : Rehat

Setiap kumpulan diberikan masa untuk menyediakan makan petang serta solat maghrib.Selesai solat maghrib semua peserta diberi sedikit tazkirah oleh urus setia. AKTIVITI 4 : Taklimat, perlantikan, pembahagian barang amanah dan waktu sentry.

Selesai solat Isyak, para peserta diberi sedikit taklimat AJK dan perlantikan penghulu perkhemahan. Selepas itu, aktiviti pembahagian barang amanah bagi setiap kumpulan dan para peserta dan pembahagian maktu sentry bagi setiap kumpulan.

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

Peserta mendirikan khemah

Suasana malam di tapak perkhemahan

Aktiviti regangan sebelum memulakan aktiviti yang lebih lasak

Taklimat keselamatan kepada peserta oleh urusetia dan guru penasihat

Latihan kawad bermula

Kehadiran Tuan Rahim, Ketua Balai Bomba Arau, memberi banyak tunjuk ajar kepada peserta.

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

TARIKH HARI AKTIVITI 1

: 18 FEBRUARI 2012 : SABTU : Solat, penyedian sarapan dan perhimpunan.

Semua peserta bangun pada awal pagi untuk solat Subuh. Selesai solat, para peserta diberi masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan pagi. Setelah itu, semua peserta berkumpul di tempat yang ditetapkan. AKTIVITI 2 : Latihan Kawad Kaki dan Kawad Hos.

Para peserta dibahagikan kepada dua platun. Setiap platun dilatih berkawad oleh urus setia. Selepas itu, setiap ketua kumpulan dilatih untuk Kawad Hos oleh urus setia dan Encik Amri. AKTIVITI 3 : Jungle Trekking

Aktiviti jungle trekking diadakan untuk setiap peserta Aktiviti 4 : Rehat dan tali pandu(bling trail)

Selesai sahaja aktiviti Jungle Trekking, setiap kumpulan diberikan masa untuk solat Zuhur, menyediakan dan menikmati makan tengahari. Selepas itu, aktiviti explorace diadakan untuk para peserta di sekitar kawasan tapak perkhemahan. AKTIVITI 5 : Solat dan aktiviti Tali Pandu(blind trail)

Para peserta diberikan masa untuk solat Asar. Selesai sahaja solat Asar, aktiviti Tali Pandu diadakan untuk para peserta serta dibantu oleh Encik Amri. AKTIVITI 6 : Makan petang, solat dan persediaan untuk Malam Kebudayaan.

Setelah tamat aktiviti Tali Pandu, setiap kumpulan diberikan sedikit masa untuk rehat dan menyediakan makan petang dan solat Maghrib. Selepas itu, setiap kumpulan diberikan sedikit taklimat dan tugasan iaitu lakonan untuk Malam Kebudayaan. AKTIVITI 7 : Solat, Malam Kebudayaan, Jamuan BBQ, Night Walk dan Tidur

Para peserta menunaikan solat Isyak. Selesai sahaja solat Isyak, para peserta berhimpun untuk sesi Malam Kebudayaan yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Selepas itu, aktiviti diserikan dengan jamuan BBQ. Setelah tamat jamuan tersebut, aktiviti Night Walk diadakan untuk para peserta serta dibantu oleh Encik Amri. Selepas aktiviti tersebut semua peserta dikehendaki tidur.

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

Kehadiran Tuan Rahim sangat mengujakan peserta.

Antara gajet yang dicipta oleh peserta

Aktiviti wajib setiap kali perkhemahan

Solat boleh dijalankan di mana-mana sahaja

Aktiviti air dijalankan di bawah kawalan jurulatih Bomba Tuan Amri

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

TARIKH HARI

: 19 FEBRUARI 2012 : AHAD

AKTIVITI 1

: Solat, sarapan dan perhimpunan pagi.

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

Para peserta bangun pada awal pagi serta solat Subuh. Selepas itu, setiap kumpulan diberikan masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan pagi. Selepas sahaja sarapan pagi, para peserta berhimpun untuk perhimpunan pagi.

AKTIVITI 2

: Latihan Kawad Kaki dan pertandingan Kawad Hos.

Selesai sahaja perhimpunan, pengenalan tentang Kawad Hos diberikan kepada para peserta. Selepas itu, pertandingan Kawad Hos diadakan untuk setiap ketua kumpulan serta dibantu oleh Encik Amri.

AKTIVITI 3

: River Crossing dan mandi.

Selepas tamat pertandingan Kawad Hos, aktiviti River Crossing diadakan untuk para peserta dan para peserta diberikan kebenaran untuk mandi di sungai bersama dengan urus setia.

AKTIVITI 4

: Pertandingan memasak dan persiapan pulang.

Selesai sahaja para peserta mandi, pertandingan memasak untuk setiap kumpulan diadakan bagi menyerikan aktiviti. Setelah itu, para peserta menikmati makan tengahari dan membuat persiapan untuk pulang. Para peserta dan urus setia selamat pulang dan tiba di Al Maad.

7. REFLEKSI Pra Perkhemahan Pada fasa pra lawatan, ahli jawatankuasa yang dibentuk menunjukkan komitmen yang baik terutamanya dalam memohon kelulusan program dan penghebahan program. Pungutan wang dari para peserta juga berjalan lancar. Timbalan pengerusi iaitu saudara Anand @ Adenan Iskandar bin Rossidi memainkan peranan penting dalam mendapatkan bas dari Jabatan Bomba Arau, Perlis dengan percuma. Semasa Perkhemahan

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

Kekangan masa sangat dibimbangkan. Pergerakan peserta kadang-kala tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Masa untuk mengumpul semula peserta memakan masa yang lama. Keadaan ini disebabkan kurangnya disiplin di kalangan peserta. Pujian juga harus diberi kepada peserta kerana menunjukkan semangat untuk berkhemah yang tinggi. Kebersihan bas juga dijaga dengan baik dan tidak memberi masalah kepada pengendali bas. Segala arahan AJK guru diberi perhatian. Kemudahan seperti khemah juga dijaga dengan baik. Pasca Perkhemahan Ada di kalangan pelajar yang membawa barangan yang tidak dibenarkan. Sebagai langkah disiplin, pihak AJK guru dan urus setia merampas barangan tersebut. Selain itu terdapat segelintir tidak memberi kerjasama, namun AJK guru dan urus setia memberi sedikit kelonggaran iaitu dengan memberi sedikit nasihat. Keberkesanan Program Perkhemahan seperti ini dilihat mampu mendisiplinkan peserta dalam menguruskan diri dan menaikkan nama Kadet Bomba dan Penyelamat pada peringkat sekolah dan seterusnya sebagai asas untuk peringkat yang lebih tinggi. Program juga dilihat mampu mengubah persepsi peserta bahawa perkhemahan ini bukan semata-mata untuk berseronok, malah banyak manfaat dapat diperoleh jika dilihat dari sudut berbeza. Pandangan sebeginilah yang menjadikan perkhemahan kali ini lebih bermakna dan peserta tidak pulang dengan tangan kosong.

KESIMPULAN Perkhemahan kali ini dilihat berjaya mewujudkan disiplin yang tinggi antara para peserta. Segala permasalahan dalam kawad kaki dapat diatasi dengan baik. Tanggungjawab yang diberi juga berjaya dipikul dengan baik dan berkesan. Permasalahan yang timbul tidak dilihat sebagai suatu masalah, tetapi sebagai suatu situasi pembelajaran yang memerlukan jalan penyelesaian yang baik. Mudah-mudahan perkhemahan seperti ini akan diteruskan lagi pada setiap tahun agar persepsi P&P dapat diubah dengan pandangan yang lebih luas.

DISEDIAKAN OLEH:

DISEMAK OLEH:

...............................

................................

LAPORAN PERKHEMAHAN 2012

17-19 FEB 2012

(MOHD IQBAL BMOHD NAPIAH) SETIAUSAHA PERKHEMAHAN TAHUNAN BOMBA 2012

(ROSZAIDI BIN MURAT) GURU PENASIHAT KADET BOMBA DAN PENYELAMAT