laporan pementoran 4

3
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3 LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARU BULAN : JUN 2014 TARIKH : 4 JUN 2014 TAJUK : ADAKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKU BERKESAN? AKTIVITI : PEBINCANGAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN KAEDAH PERLAKSANAAN 1. Berbincang tentang cara membuat kajian tidakan. 2. Penerangan mengenai format kajian tindakan. 3. Penulisan kajian tindakan. PROSES PERLAKSANAAN 1. Berbincang bersama mentor tentang cara menulis kajian tindakan. Tujuan kajian tindakan ditulis adalah untuk menambahbaik amalan dalam pengajaran. Guru akan cuba mengenalpasti masalah yang berlaku terhadap seseorang murid berdasarkan refleksi pengajarannya. Guru perlu melakukan penambahbaikan dalam pengajaraanya supaya masalah murid itu dapat diselesaikan. 2. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian semasa membuat kajian tindakan iaitu : Mengenalpasti kumpulan sasaran iaitu murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran. Merancang tindakan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid tersebut. Guru perlu memikirkan

Upload: farah-nadia

Post on 20-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan pementoran ppgb

TRANSCRIPT

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARULAMPIRAN 3LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARUBULAN : JUN 2014TARIKH : 4 JUN 2014TAJUK : ADAKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKU BERKESAN?AKTIVITI : PEBINCANGAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH PERLAKSANAAN1. Berbincang tentang cara membuat kajian tidakan.2. Penerangan mengenai format kajian tindakan.3. Penulisan kajian tindakan.PROSES PERLAKSANAAN1. Berbincang bersama mentor tentang cara menulis kajian tindakan. Tujuan kajian tindakan ditulis adalah untuk menambahbaik amalan dalam pengajaran. Guru akan cuba mengenalpasti masalah yang berlaku terhadap seseorang murid berdasarkan refleksi pengajarannya. Guru perlu melakukan penambahbaikan dalam pengajaraanya supaya masalah murid itu dapat diselesaikan.

2. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian semasa membuat kajian tindakan iaitu : Mengenalpasti kumpulan sasaran iaitu murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran. Merancang tindakan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid tersebut. Guru perlu memikirkan kaedah atau strategi yang sesuai sebagai cara untuk menyelesaikan masalah murid berkenaan. Melaksanakan tindakan yang dirancang terhadap kumpulan sasaran. Melihat hasil selepas pelaksanaan kajian tindakan samada berjaya mengatasi kumpuan sasaran tersebut atau tidak. Sekiranya masih kurang berjaya, maka guru perlu berusaha memikirkan tindakan yang sesuai sehinggalah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan.3. Menulis kajian tindakan(Rujuk Lampiran 2)

REFLEKSI Dengan melakukan kajian tindakan, saya dapat menmbahbaik kaedah pengajaran saya disamping mengetahui kelemahan pengajaran saya. Selain itu, ia boleh meningkatkan pencapaian murid selain mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.selain itu, ia juga boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Kajian Tindakanjuga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

RUMUSAN Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.

Disemak oleh :...( ZALUWI BIN KHALID )