laporan pelancaran nilam 2016

2
LAPORAN PELANCARAN NILAM 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN 77000 JASIN MELAKA Tarikh : 22 Februari 2016 Hari : Isnin Masa : 8.00 pagi Tempat : Tapak Perhimpunan SK Chinchin Laporan Pada hari Isnin bersamaan 22 Februari 2016, bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Chinchin, Jawatankuasa Pusat Sumber dan Perpustakaan sekolah telah mengadakan satu Majlis yang tertakluk dalam takwim sekolah iaitu Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM bagi mewakili Guru Penolong Kanan Kurikukuum yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit gimik oleh dua orang pelajar. Seterusnya upacara memotong riben telah disempurnakan oleh GPK HEM sekolah kami. Seterusnya acara diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi NILAM oleh para pelajar dengan diiringi dengan muzik. Acara diteruskan pula dengan menyampaikan buku NILAM kepada setiap guru kelas bermula dari tahun 1

Upload: kilamohamad72

Post on 11-Jul-2016

259 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan nilam

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelancaran Nilam 2016

LAPORAN PELANCARAN NILAM 2016SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN

77000 JASIN MELAKATarikh : 22 Februari 2016

Hari : Isnin

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Chinchin

Laporan

Pada hari Isnin bersamaan 22 Februari 2016, bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Chinchin, Jawatankuasa Pusat Sumber dan Perpustakaan sekolah telah mengadakan satu Majlis yang tertakluk dalam takwim sekolah iaitu Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM bagi mewakili Guru Penolong Kanan Kurikukuum yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit gimik oleh dua orang pelajar. Seterusnya upacara memotong riben telah disempurnakan oleh GPK HEM sekolah kami. Seterusnya acara diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi NILAM oleh para pelajar dengan diiringi dengan muzik.

Acara diteruskan pula dengan menyampaikan buku NILAM kepada setiap guru kelas bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 oleh GPK HEM iaitu cikgu Aminuddin b. Hj. Buang.

Saya selaku guru perpustakaan, telah membuat sedikit ucapan bagi memastikan semua murid membaca buku dan mencatatkan setiap bacaan mereka dalam buku NILAM tersebut.

Bersama-bersama dengan ini, saya lampirkan brosur dan gambar sempena dengan pelancaran NILAM di sekolah saya.

Page 2: Laporan Pelancaran Nilam 2016

Disediakan oleh :

………………………………..

(Shakila binti Mohamad)

Guru Perpustakaan

SK Chinchin 2016