laporan - lawatan ke kilang biskut

3
Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang biskut. Sebagai setiausaha, tulis sebuah laporan tentang lawatan tersebut. Pendahuluan: Tajuk – tarikh, tempat Isi-isi penting: Merupakan acara tahunan yang diadakan oleh persatuan. Jumlah peserta yang menyertai lawatan bilangan guru iringan Tiba di kilang – diberikan taklimat oleh pengurus kilang Sejarah kilang Cara operasi kilang Melawat ke seluruh kawasan kilang Melihat cara-cara biskut dihasilkan – penggunaan tenaga manusia dan mesin yang canggih Berpeluang membungkus biskut-biskut itu. Mendapat buah tangan Dihadiahkan pelbagai jenis biskut Mengucapkan terima kasih Penutup: Pengalaman yang amat berharga Berharap lawatan seperti ini dapat diadakan lagi.

Upload: khocat24

Post on 27-Dec-2015

715 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Laporan lawatan ke kilang biskut

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan - Lawatan Ke Kilang Biskut

Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang biskut. Sebagai setiausaha, tulis sebuah laporan tentang lawatan tersebut.

Pendahuluan: Tajuk – tarikh, tempat

Isi-isi penting: Merupakan acara tahunan yang diadakan oleh persatuan. Jumlah peserta yang menyertai lawatan bilangan guru iringan Tiba di kilang – diberikan taklimat oleh pengurus kilang

Sejarah kilang Cara operasi kilang

Melawat ke seluruh kawasan kilang Melihat cara-cara biskut dihasilkan – penggunaan tenaga

manusia dan mesin yang canggih Berpeluang membungkus biskut-biskut itu.

Mendapat buah tangan Dihadiahkan pelbagai jenis biskut Mengucapkan terima kasih

Penutup: Pengalaman yang amat berharga Berharap lawatan seperti ini dapat diadakan lagi.

Page 2: Laporan - Lawatan Ke Kilang Biskut

Laporan Lawatan Ke Kilang Biskut Rosnai

Persatuan Kajian Tempatan SJK(C) Chung Hua Klang telah mengadakan lawatan ke Kilang Biskut Rosnai pada 16 MAC 2011 yang lalu. Lawatan ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh persatuan.

Lawatan ke kilang biskut ini telah disertai oleh 50 orang ahli persatuan dan dua orang guru pengiring. Sebelum lawatan ini, kami telah diberikan taklimat tentang peraturan yang mesti diikuti sepanjang lawatan ini.

Apabila tiba di kilang tersebut, kami telah disambut mesra oleh pengurus kilang tersebut. Beliau telah memberi taklimat tentang sejarah dan operasi kilang tersebut. Selepas itu, kami dibawa melawat ke seluruh kawasan kilang.

Kami dapat melihat cara-cara biskut dihasilkan dengan penggunaan tenaga manusia dan mesin yang terkini. Kilang ini begitu menitikberatkan aspek kebersihan produk yang dihasilkan. Kami berpeluang merasai sendiri pengalaman semasa membungkus biskut-biskut itu.

Sebelum pulang, kami diberi beberapa jenis biskut sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kami turut mengucapkan terima kasih kepada pengurus kilang atas layanan yang telah diberikan.

Lawatan ini telah memberi banyak pengalaman yang tidak ternilai. Semua ahli berharap dapat mengadakan lawatan seperti ini lagi pada masa hadapan.

Laporan ini disediakan oleh, 25 MAC 2011

_____________________(LIM YING YING)Setiausaha,Persatuan Kajian Tempatan,SJK(C) Chung Hua, Klang