laporan ladap kelestarian pedagogi dan kaedah pengajaran

4
LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN 1.0 Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan profesionalisma keguruan. Usaha ini merupakan satu daripada kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui anjakan keempat. Melalui anjakan ke sepuluh iaitu memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit, LADAP berfungsi sebagai satu medium untuk meningkatkan mutu pengajran dan pembelajaran dalam kelas. Rasional kursus ini diadakan adalah sebagai asas kepada usaha untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangan potensi guru sepenuhnya dan seterusnya dapat memenuhi hasrat Gagasan 1 Malaysia khususnya dan wawasan Jabatan Pelajaran Selangor iaitu ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera’ amnya serta bagi menjayakan aspirasi pendidikan negara iaitu Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Objektif LADAP ini antaranya ialah, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan yang cekap, tepat dan berintergriti di samping memberikan ilmu pengetahuan kepada guru tentang pengurusan bilik darjah. LADAP ini juga dapat meningkatkan kefahaman para guru tentang kelestarian pedagogi. Selain itu, LADAP ini memberikan pendedahan PPG BM 7D IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Page 1

Upload: hapizah-haron

Post on 20-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ladap Kelestarian Pedagogi Dan Kaedah Pengajaran

LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

1.0 Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) merupakan satu usaha Kementerian

Pendidikan untuk meningkatkan profesionalisma keguruan. Usaha ini merupakan

satu daripada kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui

anjakan keempat. Melalui anjakan ke sepuluh iaitu memaksimumkan

keberhasilan murid bagi setiap ringgit, LADAP berfungsi sebagai satu medium

untuk meningkatkan mutu pengajran dan pembelajaran dalam kelas.

Rasional kursus ini diadakan adalah sebagai asas kepada usaha untuk

membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangan potensi guru sepenuhnya dan seterusnya dapat memenuhi

hasrat Gagasan 1 Malaysia khususnya dan wawasan Jabatan Pelajaran

Selangor iaitu ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera’ amnya

serta bagi menjayakan aspirasi pendidikan negara iaitu Guru Berkualiti

Pemangkin Kegemilangan.

Objektif LADAP ini antaranya ialah, meningkatkan kualiti perkhidmatan

dan pengurusan yang cekap, tepat dan berintergriti di samping memberikan ilmu

pengetahuan kepada guru tentang pengurusan bilik darjah. LADAP ini juga dapat

meningkatkan kefahaman para guru tentang kelestarian pedagogi. Selain itu,

LADAP ini memberikan pendedahan tentang konsep “Guru Penyayang dan Guru

Alaf 21”. Akhir sekali objektif LADAP ini ialah memberikan pendedahan kepada

guru tentang menguruskan program pendidikan luar dalam dan luar bilik darjah

dengan cara yang selamat.

Sebelum program ini dilaksanakan, beberapa siri tugasan perlu dibuat.

Setelah perbincangan dibuat bersama pihak pentadbir, kami memutuskan untuk

mengadakan LADAP berkaitan dengan pedagogi dan kaedah pengajaran dalam

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penceramah yang bakal dijemput untuk

menyampaikan tajuk berkenaan ialah Pegawai SISC+ bahasa Melayu iaitu Encik

PPG BM 7D IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Page 1

Page 2: Laporan Ladap Kelestarian Pedagogi Dan Kaedah Pengajaran

LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Anuar bin Md Amin dan pegawai SISC+ bahasa Inggeris pula ialah Puan Noor

Maizatul Azura binti Hussin.

Mesyuarat perlantikan jawatankuasa dan pembahagian tugasan diadakan

pada 3 Mac 2015. Berdasarkan panduan tugasan ini jawatankuasa telah

menjalankan tugasan mereka dengan baik. Segala urusan sebelum LADAP

dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah. Sokongan yang kuat daripada Guru

Besar telah membantu melancarkan proses mengendalikan program. Surat

jemputan kepada penceramah juga tidak mengalami sebarang masalah kerana

LADAP ini juga merupakan satu daripada program Kementerian Pendidikan

dalam siri jelajah sekolah.

Semasa program LADAP ini dijalankan, para peserta memberikan

sepenuh tumpuan serta kerjasama. Ini kerana pendekatan penceramah-

penceramah tersebut yang melibatkan aktiviti bersama peserta-peserta.

Penglibatan aktiviti yang menarik juga merupakan satu daripada kaedah

pengajaran yang perlu diterapkan dalam bilik darjah. Pendekatan yang sangat

mesra digunakan supaya peserta-peserta tidak berasa bosan malah tertarik

dengan pengisian ceramah mereka.

Perjalanan LADAP sepanjang hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa

sebarang masalah. Kelancaran jawatankuasa menunaikan tanggungjawab

merupakan faktor kelancaran tersebut. LADAP berhenti rehat pad pukul 12.30

tengahari hingga pukul 2.00 petang untuk memberi peluang kepada peserta

makan tengahari dan solat Zohor. Program LADAP diteruskan dengan slot yang

kedua daripada pegawai SISC+ bahasa Inggeris. Program ini berterusan

sehingga pukul 4.30 petang.

Selesai program LADAP ini, kami sebahgai jawatankuasa program telah

mengumpulkan bahan, gambar dan maklumbalas program untuk

didokumentasikan. Bagi tugasan BIG ini, kami telah mengumpulkan video dan

PPG BM 7D IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Page 2

Page 3: Laporan Ladap Kelestarian Pedagogi Dan Kaedah Pengajaran

LAPORAN LADAP KELESTARIAN PEDAGOGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

gambar-gambar berkaitan untuk dijadikan klip video serta penulisan laporan.

Beberapa gambar yang berkualiti telah ditapis serta dimuat turun menggunakan

aplikasi movie maker. Laporan yang lengkap difailkan menggunkan folder putih

serta dilabelkan sebelum dihantar sebelum atau pada 28 Mac 2015.

PPG BM 7D IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Page 3