kursus ladap muzik kssr (2)

21
BENGKEL ASAS MUZIK KSSR Disampaikan oleh: En. Shahril Abdul Rahman IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching 43500 Semenyih, Selangor 2 Februari 2013

Upload: nor

Post on 24-Jan-2016

101 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dunia Muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

BENGKEL ASAS MUZIK KSSR

Disampaikan oleh:En. Shahril Abdul Rahman

IPG Kampus Ilmu KhasKuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching43500 Semenyih, Selangor

2 Februari 2013

Page 2: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 3: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 4: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 5: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

KONSEP MUZIKIramaMelodi

Warna TonBentuk

HarmoniTeksturEkspresi

Page 6: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

IRAMA• Muzik bergerak berdasarkan bit yang tetap dan

stabil yang dinamakan detik. Cth: bunyi jarum saat, bunyi tapak kasut orang berjalan, degupan jantung, titisan air dari pili

• Detik mempunyai kelajuan tertentu dan disebut sebagai tempo. Unit tempo adalah detik seminit.

• Setiap bit dan rehat mempunyai nilai samada panjang / pendek.

• Kumpulan bit membentuk tanda masa / meter.• Detik mempunyai tekanan samada kuat atau

lemah.• Gabungan not yang berbeza nilainya membentuk

corak irama yang berlainan.

Page 7: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

MELODI• Terdapat pic tinggi, rendah dan sederhana.• Pergerakan pic dalam melodi yang menaik,

menurun, mendatar, bertangga atau melompat dinamakan sebagai kontur.

• Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu rangkaian pic yang dinamakan skel.

• Dua jenis skel – Major dan minor • Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk

sebuah melodi lagu.

Page 8: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

WARNA TON• Bunyi yang terhasil daripada pelbagai sumber

mempunyai ciri-ciri berbeza. • Ia mempunyai kualiti ton yang berbeza dan

memberi gambaran atau idea tersendiri. • Perbezaan suara lelaki dan wanita, suara Jamal

Abdillah dan Nubhan, suara kucing dan burung, bunyi trumpet dan rekoder dsb

• Perbezaan kualiti ton sesuatu bunyi adalah disebabkan oleh ciri-ciri unik alat muzik itu sendiri (bahan diperbuat, saiz, kualiti material dan cara ia dibunyikan).

• Deskripsi - garau, nyaring, lemak merdu, nipis, tebal, gelap, cemerlang, padat, kasar dsb.

Page 9: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

BENTUK• Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu frasa

yang dinamakan motif. • Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk

menghasilkan satu idea muzikal yang lebih besar. • Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh

diulang dan dipelbagaikan. • Segmen muzik seperti intro dan penamat boleh

ditambahkan sebagai pelengkap. • Deskripsi – motif, frasa, segmen, stanza, korus,

rangkap ABA, AABA

Page 10: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

HARMONI• Dua pic boleh dibunyikan serentak. • Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara

serentak menghasilkan kord. • Dua atau lebih rangkaian melodi boleh

digabungkan dan dibunyikan serentak. • Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan

bunyi harmoni.

Page 11: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

EKSPRESI• Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau

lembut. • Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau

dilembutkan secara beransur-ansur. • Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dilambatkan,

terputus-putus atau dilicinkan. • Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri

tersendiri - mud. • Deskripsi – forte (f) bermaksud kuat, piano (p)

bermaksud lembut, crescendo (ansur kuat), decrescendo (ansur lembut), ritardando (dilambatkan), staccato (terputus-putus), legato (dengan licin)

Page 12: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

TEKSTUR/JALINAN• Sesuatu bunyi boleh dihasilkan oleh satu atau dua

alat muzik (tekstur nipis) dan banyak alat muzik (tekstur tebal).

• Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni (harmoni mudah dan harmoni kompleks)

• Deskripsi – Solo, duet, trio, quartet, orkestra, monofoni, homofoni, polifoni.

Page 13: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 14: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 15: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 16: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 17: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 18: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 19: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 20: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)
Page 21: Kursus Ladap Muzik Kssr (2)

PENCERAHAN MINDA

Apa itu MUZIK?