kajian tindakan ladap

46
1 KAJIAN TINDAKAN ACTION RESEARCH HANIZA MAHMOOD – JU KAJIAN TINDAKAN BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NG KIM CHOY – KETUA JABATAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN MPSS

Upload: yvonnepng

Post on 24-May-2015

986 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan   ladap

1

KAJIAN TINDAKAN

ACTION RESEARCH

HANIZA MAHMOOD – JU KAJIAN TINDAKAN

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NG KIM CHOY – KETUA JABATAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

MPSS

Page 2: Kajian tindakan   ladap

2

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

Pelan Induk mempunyai 6 teras strategik bagi

memperkukuhkan sistem pendidikan negara iaitu:

Teras 1 – Membina Negara Bangsa

Teras 2 – Membangun Modal Insan

Teras 3 – Memperkasa Sekolah Kebangsaan

Teras 4 – Merapatkan Jurang Pendidikan

Teras 5 – Memartabatkan Profesion Guru

Teras 6 – Melonjakkan Kecemerlangan Insitusi Pendidikan

Page 3: Kajian tindakan   ladap

3

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

Teras 5 – Memartabatkan Profesion Guru ada

kaitan dengan kajian tindakan: Menghasilkan guru yang berkualiti kekal dala

m sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru

Page 4: Kajian tindakan   ladap

4

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

PIPP menyarankan “…guru perlu memahami,

memberi komitmen dan mempunyai iltizam

yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan

pendekatan baru ke arah usaha untuk

meningkatkan kualiti pendidikan” h.106

Page 5: Kajian tindakan   ladap

5

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

Dahulunya peranan guru adalah sebagai “penyampai pengetahuan” (provider of knowledge); kini guru adalah sebagai “pemudah cara pengetahuan” (facilitator of knowledge)

Pendekatan konstruktivisme (constructivism)

Page 6: Kajian tindakan   ladap

6

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

Guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian mereka

Guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi terhadap situasi setempat

Guru perlu sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak murid

Page 7: Kajian tindakan   ladap

7

PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN

Satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan amalan sendiri dengan menggunakan data yang dikumpul untuk dijadikan panduan untuk mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan

Page 8: Kajian tindakan   ladap

8

PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN

Menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip

Guru memainkan peranan sebagai penyelidik yang mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P & P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut

Page 9: Kajian tindakan   ladap

9

PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN

Berbentuk kualitatif yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca

Data boleh berbentuk statistik atau bukan statistik

Page 10: Kajian tindakan   ladap

10

PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN

Merangkumi empat langkah asas yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan iaitu :

~ mereflek (reflect)

~ merancang (plan)

~ bertindak (action)

~ memerhati (observe)

Page 11: Kajian tindakan   ladap

11

KITARAN KAJIAN TINDAKANMODEL KEMMIS & MCTAGGART (1988)

Rancangan

Tindakan

Pemerhatian

Refleksi

Ulangkaji Rancangan

Refleksi Tindakan

Pemerhatian

1 2

Page 12: Kajian tindakan   ladap

12

TUJUAN MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

a. Pembangunan profesionalisme guru

b. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar

c. Meningkatkan pencapaian murid

Page 13: Kajian tindakan   ladap

13

KELEBIHAN KAJIAN TINDAKAN

Mewujudkan satu rangka kajian yang sistematik dan progresif

Semua fenomena yang berlaku dalam konteks P & P dalam bilik darjah boleh ditinjau dan dibuat penambah-baikan

Guru berwibawa (teacher empowerment)

Page 14: Kajian tindakan   ladap

14

KELEMAHAN KAJIAN TINDAKAN

Bagi kelas yang lemah, gelungan

berulang-ulang (issue of finality) Model seolah-olah menunjukkan hanya guru

yang menentukan semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah

Page 15: Kajian tindakan   ladap

15

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Maksudnya: penjelasan ringkas tentang beberapa perkar

a yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan

disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan

dijanakan boleh disediakan untuk sepanjang tahun

Page 16: Kajian tindakan   ladap

16

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Menjawab persoalan seperti: Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? Apakah isu yang dikenal pasti? Apakah objektifnya? Bagaimanakah saya akan melaksanakan kajian? Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya? Berapakah kos yang diperlukan?

Page 17: Kajian tindakan   ladap

17

FUNGSI KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan dan tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan

Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang

Page 18: Kajian tindakan   ladap

18

KANDUNGAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk kajian

2. Ahli kumpulan penyelidik

3. Nama Sekolah / Jabatan / Bahagian

4. Latar belakang kajian / Refleksi P & P

5. Isu keprihatinan / Fokus kajian

6. Objektif kajian / Tujuan kajian

7. Kumpulan sasaran

8. Strategi tindakan yang dicadangkan

9. Jadual pelaksanaan kajian

10. Anggaran kos kajian

Page 19: Kajian tindakan   ladap

19

SYARAT UNTUK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN KERTAS CADANGAN

Bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkaraberikut: Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian Objektif kajian Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan Bahan yang akan digunakan Kos yang terperinci dari segi:

~ jumlah bahan yang diperlukan~ harga untuk satu unit bahan~ jumlah kos secara keseluruhan untuk setiap jenis bahan

Page 20: Kajian tindakan   ladap

20

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

1. TAJUK KAJIAN

~ Menggambarkan fokus isu / masalah

yang akan diuji

~ Dinyatakan dalam bentuk orientasi

tindakan

~ Ringkas, tepat dan padat

Page 21: Kajian tindakan   ladap

21

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

1. TAJUK KAJIANContoh:~ Menangani masalah salah laku murid melalui kaunseling kelompok~ Meningkatkan dan memantapkan kemahiran mengira tempoh masa dengan menggunakan “Time Ruler”~ Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris dengan menggunakan “Little Book”

Page 22: Kajian tindakan   ladap

22

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

2. AHLI KUMPULAN PENYELIDIK

~ Catatkan nama penuh penyelidik atau

kumpulan

Contoh:

Nama Penyelidik : Pn Zalinawati bt Othman

Page 23: Kajian tindakan   ladap

23

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

3. NAMA SEKOLAH / JABATAN / BAHAGIAN

Contoh:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,

32030 LEKIT,

SITIAWAN,

PERAK.

Page 24: Kajian tindakan   ladap

24

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P ~ Dapat menerangkan konteks kajian secara umum (sekolah, pengalaman, situasi dan lain-lain) ~ Perasaan secara umum berkaitan perkara / topik pengajaran / masalah yang ingin diperbaiki ~ Tindakan / sikap pelajar yang membawa kepada masalah tersebut ~ Reflek tentang diri sendiri ~ Reflek amalan P & P yang lepas

Page 25: Kajian tindakan   ladap

25

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P

~ Nyatakan secara umum dulu:

> Apa yang berlaku dalam kelas?

> Apa yang anda rasa sebagai seorang guru?

> Apa yang perlu diperbaiki / diubah?

Page 26: Kajian tindakan   ladap

26

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P

Contoh:

Sewaktu mengajar Bahasa Inggeris di Kelas 2

Cendekiawan, saya dapati murid kurang berminat.

Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak

faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati

kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberi

walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti

“This is a pencil …”

Page 27: Kajian tindakan   ladap

27

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P Contoh: Apabila melihat situasi seperti ini, saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya …

Page 28: Kajian tindakan   ladap

28

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

~ Kenyataan atau keterangan yang

menjelaskan keadaan sebenar isu / masalah

~ Fokus kepada satu isu / tajuk kecil

~ Apa? Kenapa?

~ Jika isu / masalah tidak diatasi, apakah

perkara-perkara yang dijangka akan berlaku?

Page 29: Kajian tindakan   ladap

29

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIANContoh: Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi olehmurid, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah dalam membina ayat mudah. Murid saya tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi kemestian, ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting untuk murid-murid 2 Cendiakawan dalam membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.

Page 30: Kajian tindakan   ladap

30

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

6. OBJEKTIF KAJIAN / TUJUAN KAJIAN

~ Objektif umum dan khusus

~ Sesuai dengan isu / masalah yang dikaji

~ Berkaitan dengan aktiviti / tindakan

~ Hendaklah boleh diukur

~ Semua objektif khas hendaklah diukur /

dinilai semasa menjalankan tindakan /

aktiviti

Page 31: Kajian tindakan   ladap

31

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

6. OBJEKTIF UMUM

Contoh:

Tujuan kajian ini adalah untuk

mempertingkatkan kemahiran menulis dalam

Bahasa Inggeris serta mempertingkatkan

keyakinan diri supaya menguasai Bahasa

Inggeris untuk murid-murid Tahap 1.

Page 32: Kajian tindakan   ladap

32

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

6. OBJEKTIF KHUSUS Contoh: 1. Membantu murid membina ayat mudah dalam

penulisan Bahasa Inggeris. 2. Membantu murid supaya menghasilkan buku

mengikut kreativiti mereka sendiri. 3. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam

Bahasa Inggeris. 4. Mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan

Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang mudah difahami.

Page 33: Kajian tindakan   ladap

33

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

7. KUMPULAN SASARAN

~ Bilangan murid yang hendak dikaji

~ Murid yang diajar oleh penyelidik

~ Nyatakan kelas murid tersebut

Contoh:

Kajian ini melibatkan 36 orang murid Tahun 2

Cendikiawan yang terdiri daripada 20 orang

murid lelaki dan 16 orang murid perempuan.

Page 34: Kajian tindakan   ladap

34

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN

~ Intervensi (jenis dan cara melaksanakannya)

~ Instrumen (soal selidik, pemerhatian, temu

bual, ujian, dokumen dan lain-lain)

~ Pengumpulan maklumat

~ Analisis data

Page 35: Kajian tindakan   ladap

35

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN

~ Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan

dilaksanakan

~ Nyatakan tindakan yang dicadangkan

Page 36: Kajian tindakan   ladap

36

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKANContoh:Aktiviti 1 : Memotong kertas A4 untuk menjadikan sebuah buku kecil yang dinamakan “Little Book”Aktiviti 2 : Membina 4 atau 6 ayat.Aktiviti 3 : Melukis atau menampal gambar-gambar berdasarkan ayat serta mewarna mengikut kreativiti.Aktiviti 4 : Tulis muka surat di setiap helaian.Aktiviti 5 : Membaca “Little Book” bersama kawan-kawan.

Page 37: Kajian tindakan   ladap

37

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN ~ Boleh dibuat dalam bentuk jadual atau Carta

Gantt ~ Masukkan aktiviti yang terkandung dalam pelan

tindakan ~ Masukkan tempoh pelaksanaan kajian yang akan

dijalankan

Contoh: Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 38: Kajian tindakan   ladap

38

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

10. ANGGARAN KOS KAJIAN Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti:~ Apa bahan-bahannya~ Bilangan~ Harga setiap bahan~ Harga keseluruhan

Page 39: Kajian tindakan   ladap

39

RUMUSAN

Kajian tindakan dikenal pasti sebagai satu langkah yang boleh memartabatkan profesion perguruan dan seterusnya melonjatkan sistem pendidikan ke tahap kecemerlangan

Kejayaan kajian tindakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak yang berkaitan dengan “bisnes” pendidikan bukan sahaja di sekolah tetapi di KPM, JPN dan PPD – guru, pentadbir, murid, komuniti – semua ini seharusnya bersama-sama mencari penyelesaian terhadap isu P & P

Page 40: Kajian tindakan   ladap

40

GARIS PANDUAN DAN SKEMA PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN

KRITERIA:-

1. Muka Hadapan

2. Isi Kandungan

3. Penghargaan

4. Abstrak

5. Refleksi P & P yang lalu

6. Fokus Kajian

7. Tinjauan Awal

Page 41: Kajian tindakan   ladap

41

GARIS PANDUAN DAN SKEMA PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN

8. Objektif Umum 9. Objektif Khusus10. Pelaksanaan Kajian11. Kreativiti / Ciri-ciri Inovasi Intervensi12. Impak Kajian13. Pencapaian Objektif Kajian14. Gaya Bahasa dan Struktur ayat15. Format yang betul16. Pembentangan secara keseluruhan

Page 42: Kajian tindakan   ladap

42

KRITERIA GRED PEMILIHAN PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KRITERIA:-1. Format Penulisan2. Refleksi P & P3. Fokus Kajian4. Objektif Kajian5. Kumpulan Sasaran6. Tindakan yang dicadangkan / Pelaksanaan Kajian7. Kos & Senarai Bahan8. Cadangan Kajian Akan Datang9. Bibliografi / Lampiran

Page 43: Kajian tindakan   ladap

43

KRITERIA GRED PEMILIHAN PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

~ tahun 2009

~ oleh Panel Pemilihan Kajian Tindakan JPN

Selangor

(semua kriteria gred pemilihan boleh berubah

dari masa ke semasa mengikut tahap kualiti)

~ disediakan oleh Madznah Bachok

~ Jurulatih Utama Kajian Tindakan 2009

Page 44: Kajian tindakan   ladap

44

CONTOH-CONTOH PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1. Communicative Activities In Language Teaching Facilitate The Acquisition Of The English Language: A Case Study

1 32 4

Page 45: Kajian tindakan   ladap

45

CONTOH-CONTOH PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

2. Interaction In The Language Classroom (A Form Four Class)

4321

Page 46: Kajian tindakan   ladap

46

SEKIAN

TERIMA KASIH

SELAMAT MENYEDIAKAN

KERTAS CADANGAN & LAPORAN