laporan inovasi -...

20

Upload: lamkhue

Post on 12-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti
Page 2: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

LAPORAN INOVASI

TAJUK : TRANSFORMASI GAYA HIDUP SIHAT DI TEMPAT KERJA / HEALTHYLIFESTYLE @

WORK

PEJABAT : CAWANGAN PENTADBIRAN AM, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

________________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

1.1 YBhg. Datin Azlaily Binti Abdul Rahman selaku Pengurus Besar Kanan,

Bahagian Khidmat Pengurusan telah mencetuskan idea supaya

melaksanakan suatu projek inovasi yang berkaitan dengan tranformasi

gaya hidup yang sihat memandangkan terdapat di kalangan anggota

PERKESO yang mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, obesiti,

mengalami penyakit dan lain-lain perkara berkaitan yang boleh

mempengaruhi produktiviti anggota.

1.2 Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu aspirasi kerajaan bagi

melahirkan masyarakat dan anggota pekerja yang sihat, cergas, sejahtera

dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sendiri.

1.3 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup

sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cerdas

serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan

masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat

ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas

serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama.

1.4 Malaysia telah dinobatkan sebagai negara nombor satu dalam kategori

overweight di Asia iaitu 45.3% manakala South Korea (33.2%), Pakistan

(30.7%) dan China (28.3%).

1.5 Manakala Associate Professor Victor Hoe dan Dr Marzuki Ishak dalam

pembentangan kajiannya bertajuk ‘Employees’ Health Condition In

Page 3: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

Malaysia’ semasa pembentangan kertas kerja di Seminar Health Status Of

Workers In Malaysia pada 19 Ogos 2014 menekankan bahawa:-

i) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterol adalah

penyakit yang tertinggi di kalangan populasi pekerja di Malaysia

berbanding penyakit lain.

ii) Kaum Cina mempunyai status kesihatan yang paling baik secara

keseluruhannya.

iii) Kaum India mempunyai status kesihatan yang paling rendah

keseluruhannya.

iv) Para pekerja keselamatan mempunyai status kesihatan yang paling

rendah keseluruhannya.

Ini bermakna, di kalangan pekerja yang berbilang bangsa dan kategori

pekerjaan yang berbeza di dapati bahawa NCD (non communicable

diseases ) adalah tinggi dan perlu diambil perhatian oleh pihak majikan.

1.6 Projek inovasi ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk

menjadikan gaya hidup dan budaya kerja sihat sebagai sebahagian

daripada budaya kerja PERKESO.

1.7 Semua anggota di Cawangan Pentadbiran, Bahagian Khidmat

Pengurusan telah dipilih dan diwajibkan untuk menjadi peserta dalam

projek inovasi ini.

1.8 Sebuah Kumpulan Projek Inovasi yang dinaungi oleh Pengurus Besar

Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan yang dinamakan “IFit4PERKESO”

turut dibentuk bagi menjayakan Projek Inovasi ini. Rujuk Lampiran A.

Page 4: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

2. TUJUAN PROJEK INOVASI

2.1 Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja adalah

bertujuan untuk :-

i) Menjadikan tempat kerja sebagai tempat yang boleh menyihatkan

tubuh badan dan minda.

ii) Mengurangkan obesiti, overweight dan mengawal penyakit NCD

(non communicable diseases) yang sedia ada serta mencegah

daripada dihinggapi penyakit.

iii) Meningkatkan tahap fizikal dan mental serta kesihatan yang baik.

iv) Memberikan motivasi kepada anggota untuk datang bekerja setiap

hari.

v) Meningkatkan hubungan interpersonal dan keceriaan di kalangan

anggota melalui aktiviti yang dilakukan secara bersama.

3. PERLAKSANAAN PROJEK INOVASI

3.1 Perlaksanaan Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja

adalah bermula pada 8 September 2014 dan tamat pada 26 September

2014. Walau bagaimanapun, perlaksanaannya akan diteruskan walau

pun tarikh penyertaan telah ditutup kerana jelas memberikan impak positif

kepada semua anggota.

3.2 Setiap anggota yang menyertai projek ini perlu melalui tiga (3) proses teras

yang menjadi komponen utama Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup

Sihat Di Tempat Kerja iaitu :-

i) Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan seimbang.

Satu perkara yang penting untuk diamalkan adalah dengan

mengambil makanan yang seimbang. Tubuh orang yang

Page 5: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat

dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu

perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-

sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang

berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu,

penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan

darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah

penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, jelaslah bahawa

pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai

satu kehidupan yang ceria dan sihat. Aktiviti yang dijalankan adalah

:-

a) Pengedaran buku panduan pemakanan seimbang daripada

Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua anggota pada

11 September 2014. Rujuk Lampiran B.

b) Taklimat mengenai kalori dan pemakanan pada 11 September

2014.

c) Mengadakan Sudut Kesihatan untuk menambah ilmu

pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang berat badan,

pemakanan, merokok dan sebagainya.

d) Mengadakan Whatsapp Group yang bernama Healthy

Lifestyle@Work yang menjadi medium komunikasi semua

anggota, sumber motivasi dan juga berkongsi pencapaian

steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori

makanan.

ii) Aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana

aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan

mengeluarkan peluh. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan

aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jika badan seseorang itu

sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas

Page 6: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

kerana badan cergas, otak cerdas. Tegasnya, aktiviti fizikal seperti

beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.

Aktiviti yang dijalankan adalah :-

a) Senaman Pagi setiap hari bekerja selama 10 minit.

b) Senaman Zumba pada waktu tengahari di Gimnasium dan Bilik

Mailing Tingkat 11.

c) Penyertaan dalam aktiviti kecergasan luar seperti FitMalaysia

pada 7 September 2014 di Dataran Merdeka, Larian Run4Unity

2014 pada 15 September 2014 di Dataran Putrajaya dan larian

pada hujung minggu di Tasik Titiwangsa pada 21 September

2014. Gambar-gambar aktiviti adalah seperti di Lampiran C.

d) Menggalakkan anggota menyertai aktiviti Noon Dance selama

½ jam setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 1 petang di

Gimnasium PERKESO sejak bulan September 2014.

iii) Amalan penjagaan / pemeriksaan kesihatan.

Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu

seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi

dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti

penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat

dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang

perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat

dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat

mengesan sesuatu penyakit lebih awal. Ringkasnya, seseorang itu

akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan

mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual. Aktiviti yang

dijalankan adalah :-

a) Timbangan berat badan pada setiap minggu.

Page 7: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

b) Merekodkan sejarah penyakit peserta.

c) Pengambilan tekanan darah peserta.

d) Bacaan BMI (Indeks Jisim Badan).

e) Merekodkan sijil cuti sakit peserta.

3.3 Semua anggota yang sedang berkhidmat di Cawangan Pentadbiran Am,

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah diwajibkan untuk terlibat sebagai

peserta dalam projek inovasi ini iaitu seramai 57 orang (tidak termasuk

anggota di Stor Batu Caves).

3.4 Daripada 57 orang tersebut didapati seramai 12 orang anggota tergolong

dalam anggota yang mengalami pra-obesiti dan obesiti iaitu bacaan BMI

29 dan ke atas.

3.5 Setiap peserta akan diambil kedatangan bagi melakukan aktiviti dan perlu

mengemukakan laporan berhubung tiga komponen utama yang diukur

dalam kempen transformasi pada setiap bulan bermula pada 8

September 2014 dan tamat pada 26 September 2014 kepada Setiausaha

Kumpulan Projek Inovasi. Senarai kedatangan dan format laporan adalah

seperti di Lampiran D.

4. IMPAK INOVASI

4.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI

i) Hendaklah bersifat unik, asli (originality) atau penambahbaikan

daripada projek-projek sedia ada.

a) Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja ini

adalah idea asal daripada YBhg. Datin Azlaily Binti Abdul

Rahman selaku Pengurus Besar Kanan, Bahagian Khidmat

Pengurusan dan belum pernah dilaksanakan di mana-mana

Pejabat PERKESO yang lain.

Page 8: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

b) Ianya selari dengan usaha yang telah dijalankan oleh

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PERKESO

yang telah membekalkan setiap pejabat dengan alat

penimbang berat badan, pengukur ketinggian dan juga carta

BMI (Body Mass Index).

c) Ianya juga sebagai compliment kepada usaha Kerajaan

khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk

mengurangkan populasi obesity dan overweight di kalangan

penduduk di Malaysia.

ii) Kaedah pelaksanaan projek hendaklah mempermudahkan atau

berbentuk penyelesaian masalah.

Kaedah perlaksanaan projek adalah mempermudahkan amalan

penjagaan kesihatan anggota pekerja dengan adanya aktiviti-

aktiviti yang mencergaskan fizikal dan minda iaitu 10 minit sebelum

memulakan tugas pada pagi hari dan selama 20 minit pada waktu

tengahari dan juga menggalakkan anggota untuk bersenam di

Gimnasium PERKESO selepas waktu bekerja pada setiap hari.

Pergerakan fizikal adalah terhad di pejabat untuk anggota yang

menjalankan desk-job berbanding dengan jenis pekerjaan lain

dengan menambah aktiviti fizikal ini, ia boleh membantu

pembakaran lemak di dalam tubuh.

iii) Mempunyai nilai ciptaan ataupun value creation (aktiviti yang boleh

meningkatkan sesuatu perkhidmatan).

a) Aktiviti yang dijalankan menerusi projek inovasi ini

meningkatkan motivasi anggota untuk bekerja dan juga

meningkatkan ‘happiness index’ yang mempengaruhi faktor

untuk anggota datang bekerja. Semenjak aktiviti senaman pagi

dijalankan terdapat pengurangan anggota yang datang lewat

Page 9: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

dan keluar bersarapan yang melebihi masa ditetapkan pada

waktu pagi.

b) Aktiviti fizikal memantapkan keyakinan penampilan dan jati diri

serta mengawal dan mengurangkan stres di tempat kerja.

c) Amalan gaya hidup aktif membantu membentuk perwatakan

yang tampan dan segak.

d) Kajian juga membuktikan gaya hidup aktif membantu individu

memperoleh, mencapai dan mengekalkan kecergasan tubuh.

Dengan cara ini imej diri dapat ditingkatkan. Kita akan berasa

lebih selesa dan sentiasa kelihatan cergas. Kehidupan kita akan

lebih menyeronokkan dan dapat menikmati sebuah kehidupan

yang lebih bermakna dan berkualiti.

e) Aktiviti fizikal dapat mengukuhkan nilai-nilai murni, prinsip dan

kepercayaan dalam kehidupan dan pekerjaan. Ia juga

merupakan prinsip ke enam dalam polisi kerajaan iaitu

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam – Insaniah Kesimbangan

Rohani dan Jasmani”.

f) Membentuk disiplin diri melalui aktiviti fizikal dengan mematuhi

jadual senaman harian yang ditetapkan. Kita akan menjadi

lebih terurus dan dapat meningkatkan prestasi kerja.

g) Aktiviti fizikal dapat mewujudkan keharmonian dan persekitaran

tempat kerja yang kondusif serta kepuasan bekerja.

h) Meningkatkan kesedaran terhadap pemakanan terutama jenis

pemakanan semasa mesyuarat atau semasa waktu rehat.

Page 10: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

4.2 ELEMEN KEBERKESANAN

i) Hasil pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan

keberkesanannya dengan pembuktian seperti data statistik.

Projek Inovasi ini telah merekodkan statistik keberkesanannya iaitu

Statistik Pengukuran Timbangan dan BMI semua anggota seperti di

Lampiran E.

Peserta yang tergolong dalam pra-obesiti dan obesiti seramai 12

orang iaitu ukuran BMI 29 dan ke atas telah dipantau melalui buku

pemakanan harian yang mengandungi jenis makanan dan kalori .

Lampiran F dirujuk.

Daripada sejumlah 57 orang yang menyertai projek inovasi ini,

didapati bahawa secara keseluruhannya seramai 43 orang anggota

(75.44%) mengalami penurunan berat badan, 13 orang (22.81%)

bertambah berat badan dan 1 orang (0.02%) tidak mengalami

perubahan berat badan.

Statistik BMI menunjukkan bahawa pada permulaannya seramai 24

orang anggota mempunyai berat badan ideal iaitu bacaan BMI dari

18.50 hingga 24.99, 21 orang mempunyai berat badan overweight

iaitu bacaan BMI dari 25 hingga 28.99 dan 12 orang mempunyai

berat badan pra-obesiti dan obesiti iaitu bacaan dari BMI 29 dan ke

atas.

Selepas projek ini dijalankan, didapati bahawa 11 orang (91%)

daripada 12 orang dalam kategori pra-obesiti dan obesiti telah

mengalami penurunan BMI manakala hanya 1 orang (0.08%) sahaja

tiada perubahan BMI.

Manakala dalam kategori overweight, seramai 14 orang (66.67%)

daripada 21 orang telah mengalami penurunan BMI. Seramai 5

Page 11: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

orang (23.81%) mengalami pertambahan BMI dan 2 orang (0.91%)

tiada perubahan BMI.

Bagi kategori ideal, seramai 23 orang (95.83%) daripada 24 orang

telah mengalami penurunan BMI. Manakala hanya 1 orang (0.42%)

tiada perubahan BMI.

Secara keseluruhannya seramai 48 orang (84.21%) telah mengalami

penurunan BMI, seramai 5 orang (8.77%) mengalami pertambahan

BMI dan hanya 4 orang (0.70%) tiada mengalami perubahan BMI.

ii) Dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasaran.

Pengukuran penerimaan dan kepuasan pelanggan wajar dibuat

berdasarkan Key Performance Indicators (KPI) atau pengukuran

prestasi yang telah ditetapkan melalui saluran-saluran seperti borang

maklum balas, soal selidik, temu bual dan sebagainya.

Keberkesanan projek perlu dibuktikan daripada hasil kajian

kepuasan pelanggan.

Projek inovasi ini telah mendapatkan maklumbalas daripada peserta

menerusi borang maklumbalas seperti mana di Lampiran G. Seramai

60 orang responden telah mengisi borang maklumbalas.

Berdasarkan borang maklumbalas didapati kesemua responden

bersetuju bahawa di tempat kerja boleh mengamalkan gaya hidup

sihat dengan adanya senaman dan diberi pengetahuan tentang

penjagaan kesihatan. Dari angka peratusan pencapaian

menunjukkan kesemua 100% responden yakni anggota yang

mengikuti program ini menyokong program yang telah dijalankan.

Hasil borang maklumbalas mendapati 59 responden (98%) bersetuju

supaya program senaman pagi setiap pagi diadakan serta kelas

Page 12: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

Zumba/Senamrobik di waktu rehat tengahari. Cuma 1 responden

(2%) daripada responden tidak bersetuju ianya diadakan pada

waktu pagi dan kelas Zumba/Senamrobik diadakan pada waktu

rehat tengahari.

Program transformasi gaya hidup sihat di tempat kerja dapat

meningkatkan motivasi untuk hadir bekerja setiap hari. Kesemua

responden anggota bersetuju dengan kenyataan ini dan ini

menunjukkan bahawa anggota mempunyai sikap positif dan

menerima secara terbuka program ini.

Program transformasi gaya hidup sihat di tempat kerja dapat

menimbulkan suasana yang ceria sebelum memulakan tugas pada

waktu pagi. Kesemua responden menyambut baik kenyataan ini dan

100% responden bersetuju.

Terdapat dikalangan anggota/responden mengalami masalah

obesiti dan kegemukan serta berat badan yang tidak ideal. Hasil

borang maklumbalas mendapati 59 responden (98%) bersetuju

bahawa program ini dapat mengurangkan masalah berat badan

tanpa perlu ke gym dan menjimatkan masa. Hanya 1 responden (2%)

daripada responden tidak bersetuju

Kesemua responden bersetuju bahawa tindakan merekodkan kalori

makanan yang dimakan setiap hari memberikan satu pengetahuan

supaya responden sentiasa menjaga jenis makanan yang dimakan

setiap hari.

Secara keseluruhannya, maklumbalas menunjukkan bahawa

responden memilih dan bersetuju dengan soalan yang dikemukakan

dalam borang maklumbalas yang telah disediakan sebagai usaha

untuk melatih anggota sentiasa menjaga kesihatan dan

mengamalkan budaya hidup sihat dalam kehidupan mereka.

Page 13: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

Manakala berdasarkan rekod cuti sakit anggota daripada bulan

Januari 2014 hingga bulan September 2014 adalah didapati bahawa

bulan September 2014 (bulan projek inovasi ini dimulakan) sebagai

bulan yang mempunyai peratusan cuti sakit terendah iaitu 5%

anggota mengambil cuti sakit berbanding bulan April 2014 iaitu 19%

(peratusan tertinggi pengambilan cuti sakit). Rujuk Lampiran H.

4.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

i) Projek yang dapat menunjukkan keberhasilan yang signifikan atau

bermakna.

a) Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja

boleh mewujudkan budaya dan sikap yang positif terhadap

penjagaan kesihatan seterusnya mampu melahirkan anggota

pekerja yang mengamalkan gaya hidup yang sihat di tempat

kerja menerusi aktiviti yang dijalankan.

b) Kajian menunjukkan (Dokumen WHO, 2003), aktiviti fizikal yang

dilakukan secara tetap dapat :-

- Mengurangkan risiko mati awal.

- Mengurangkan risiko mati akibat penyakit jantung atau

strok, yang kedua-duanya menyumbang kepada 1/3

jumlah semua kematian di dunia.

- Mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung, kanser

kolon dan diabetes jenis II. Aktiviti fizikal mengurangkan

tekanan darah dan lemak tubuh serta memulihkan

metabolisma. Manakala kejadian kanser dikurangkan

dengan kesan prostaglandin anti oxidan dan hormon.

Page 14: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

- Membantu mencegah atau menurunkan tekanan darah

tinggi (hipertensi). Kajian menunjukkan 1/5 penduduk

dewasa dunia mengidap hipertensi.

- Membantu mengawal berat badan dan mengurangkan

risiko menjadi gemuk (obese).

- Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis dan

ini dapat mengurangkan risiko patah tulang pinggul (hip)

di kalangan wanita.

- Mengurangkan risiko terjadinya sakit belakang.

- Mengurangkan stres.

c) Aktiviti fizikal akan meningkatkan High Density Lipoprotein (HDL)

atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk

melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat

memungut kolesterol dan membantu membuangkannya dari

badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

d) Aktiviti fizikal membantu mengurangkan lemak dan berat

badan.

Apabila melakukan aktiviti fizikal, lemak di dalam badan

digunakan untuk menghasilkan tenaga dan secara langsung

akan mengurangkan berat badan.

ii) Memberi kesan atau impak yang tinggi kepada PERKESO atau

pelanggan.

Ianya memberikan kesan atau impak yang tinggi kepada PERKESO

untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan kecergasan fizikal dan

mental anggota serta mewujudkan gaya hidup yang sihat di tempat

kerja. Pekerja yang mempunyai kesihatan yang baik serta cergas

fizikal dan mental mampu memberikan sumbangan produktiviti dan

prestasi yang baik kepada PERKESO dan pelanggan.

Page 15: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

iii) Boleh diterima pakai dan dilaksanakan di pejabat lain.

Projek inovasi ini boleh diterimapakai dan dan dilaksanakan dengan

mudah di pejabat lain tanpa mengeluarkan sebarang kos.

4.4 ELEMEN RELEVAN

i) Pelaksanaan projek hendaklah selaras dengan Misi dan Visi

PERKESO.

Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja adalah

selaras dengan Misi dan Visi PERKESO iaitu :-

a) Visi

Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang

menjelang tahun 2020.

b) Misi

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan

tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial

serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan

pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

Projek inovasi yang dijalankan dapat memupuk kesedaran

mengenai keselamatan dan kesihatan kepada anggota pekerja

dalam meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja seterusnya

melahirkan pekerja yang sihat dan bersemangat untuk menjadi

peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang

tahun 2020.

Page 16: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

Adalah amat relevan sebagai peneraju dalam memelihara

kesihatan anggota pekerja dengan mengamalkan gaya hidup yang

aktif dan sihat di kalangan anggota PERKESO sendiri sebelum ianya

menjadi budaya pekerja Negara secara keseluruhannya. Ia juga

sinonim dengan dasar kerajaan iaitu FitMalaysia yang mahu semua

rakyat sihat dan lebih produktif .

ii) Berupaya untuk memberi keberuntungan / kelebihan kepada

kumpulan sasar atau PERKESO.

Projek inovasi ini memanfaatkan anggota dan organisasi dari segi :-

a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Individu yang melakukan aktiviti fizikal dengan tetap adalah

lebih cergas dan sihat dan dapat menikmati taraf kesihatan

yang baik. Anggota yang sihat dan cergas adalah lebih

produktif, lasak dan boleh bekerja dalam apa jua keadaan.

b) Mengurangkan risiko kemalangan.

Aktiviti fizikal membantu sistem tubuh badan meningkatkan

komponen kecergasan yang berlandaskan kesihatan;

seperti daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti

dan komposisi badan, ia dapat mengurangkan risiko

kemalangan dengan membentuk otot yang kuat,

mengurangkan risiko terseliuh dan sebagainya.

c) Mengurangkan kos pembiayaan perubatan.

Pekerja yang sihat akan mengurangkan kos perbelanjaan

perubatan melalui kurangnya anggota yang mendapatkan

rawatan di klinik atau hospital. Dengan itu ianya dapat

mengurangkan perbelanjaan mengurus PERKESO.

d) Membudayakan aktiviti fizikal di tempat kerja.

Page 17: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

e) Memupuk semangat kerja berpasukan (espirit de corps).

Melahirkan sifat keikhlasan dan kemesraan di samping

mengeratkan silaturrahim di kalangan pekerja.

f) Aktiviti fizikal yang dijalankan dapat dilakukan dengan mudah

tanpa perlu menukar pakaian sukan dan masa yang singkat

adalah menyeronokkan. Ianya juga boleh menambahkan

produktiviti anggota dan boleh menghasilkan inovasi dan

kreativiti di tempat kerja.

iii) Berupaya untuk menjimatkan kos atau menjana hasil kepada

PERKESO dengan ketara.

a) Projek ini berupaya untuk mengurangkan kos perubatan

anggota. Pekerja yang sihat akan mengurangkan kos

perbelanjaan perubatan melalui kurangnya anggota yang

mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Perbelanjaan kos

rawatan perubatan di PERKESO adalah sentiasa meningkat

pada setiap tahun.

b) Pada tahun 2013 sahaja sebanyak RM12,159,227.05 (Sumber

Bahagian Sumber Manusia) telah dibelanjakan untuk rawatan

perubatan anggota. Usaha projek inovasi ini adalah untuk

mewujudkan anggota yang mempunyai kesedaran mengenai

pentingnya penjagaan kesihatan sekaligus mengurangkan

perbelanjaan rawatan perubatan PERKESO. Senaman pagi dan

di waktu rehat tengahari , juga aktiviti sukan dan riadah lain, jika

diteruskan akan memberikan impak yang positif kepada tahap

kesihatan anggota secara keseluruhannya

c) Senaman meningkatkan taraf kesihatan dan mengurangkan

morbiditi dan mortaliti. Telah terbukti bahawa mereka yang aktif

atau bersenam dengan tetap pada keseluruhannya,

Page 18: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

mempunyai kadar morbiditi dan mortality yang lebih rendah

berbanding dengan mereka yang tidak aktif dan sedentari.

Senaman didapati amat berkesan untuk memperbaiki dan

meningkatkan taraf kesihatan terutama bagi mereka yang

berpenyakit dan bermasalah seperti penyakit jantung,

diabetes, kegemukan, darah tinggi dan penyakit tulang seperti

osteoporosis. Mereka yang bersenam dengan tetap adalah

lebih sihat dan kurang diserang penyakit dan hidup dengan

lebih sejahtera dan berkualiti berbanding dengan mereka yang

tidak aktif. Dengan ini kos pembiayaan perubatan akan

berkurangan dan seterusnya dapat mengurangkan

perbelanjaan mengurus PERKESO yang meningkat pada setiap

tahun.

iv) Projek tersebut dapat memenuhi keperluan semasa PERKESO.

a) Mewujudkan kesejahteraan hidup di kalangan anggota yang

mengamalkan aktiviti fizikal kerana mereka adalah di antara

golongan yang kurang mendapat sakit atau menghadapi

masalah kesihatan. Dengan ini mereka dapat menikmati

sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

b) Merangsang motivasi di kalangan anggota yang

mengamalkan aktiviti fizikal yang berkala dan tetap terutama

bagi mereka yang dapat memantau prestasinya dan sentiasa

dapat melihat peningkatan dari segi kemampuan atau

keupayaan mereka dengan jelas.

c) Mengurangkan stres dan meningkatkan ketenangan. Bagi

mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara berkala, keadaan

mental adalah lebih stabil dan sentiasa dapat mengawal

perasaan kerana mereka sentiasa memberi sepenuh

konsentrasi kepada aktiviti yang sedang dijalankan dan

menikmati keseronokan sepenuhnya.

Page 19: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti

5. KESIMPULAN

5.1 Daripada kesan dan impak projek ini yang telah mencapai selama

sebulan, ia jelas menunjukkan keputusan yang begitu positif di mana

bukan sahaja 12 anggota yang pra-obesiti dan obesiti sahaja yang

telah berjaya menurunkan berat badan dan BMI tetapi hampir 90%

anggota telah menampakkan perubahan kepada penurunan berat

badan dan BMI mereka. Malahan peratus daftar cuti sakit (MC) juga

telah berkurangan di akhir bulan September. Perubahan sikap positif

terhadap senaman pagi begitu hebat kerana kehadiran yang ramai

dan keriangan yang dirasakan bersama.

5.2 Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu aspirasi kerajaan bagi

melahirkan masyarakat dan anggota pekerja yang sihat, cergas,

sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup

sendiri. Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja

merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan gaya hidup

dan budaya kerja sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja

PERKESO. Ianya memberikan kesan atau impak yang tinggi kepada

PERKESO untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan kecergasan

fizikal dan mental anggota serta mewujudkan gaya hidup yang sihat di

tempat kerja. Pekerja yang mempunyai kesihatan yang baik serta

cergas fizikal dan mental mampu memberikan sumbangan produktiviti

dan prestasi yang baik kepada PERKESO dan pelanggan. Projek inovasi

ini adalah dicadangkan untuk diterimapakai dan dilaksanakan di

pejabat lain tanpa mengeluarkan sebarang kos sesuai dengan mutiara

kata ‘Innovation is not the ideas you have but the ideas you make

happen’. Cawangan Pentadbiran akan meneruskan usaha

mentransformasikan gaya hidup sihat di tempat kerja ini setiap hari

selagi penerimaan yang baik dan sokongan daripada anggotanya.

Disediakan oleh –

Kumpulan IFit4PERKESO

HEALTHYLIFESTYLE @ WORK

Page 20: LAPORAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1845-transformasi-gaya... · steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori makanan. ii) Aktiviti