kajian tahap pengetahuan mengenai kadar pengambilan kalori yang diperlukan dalam kalangan ahli kelab...

98
PENGAKUAN Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan merupakan hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya ………………………………… NUR FAIZAH BINTI AB. WAHID 940428-XX-XXXX ………………………………… WAN NUR IZZATI BINTI WAN AHMAD SHUKRI 930129-XX-XXXX 1

Upload: muhammad-nasrullah

Post on 14-Jan-2017

906 views

Category:

Health & Medicine


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

PENGAKUAN

“ Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan Tahap

Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam

Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan merupakan hasil kerja

kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya

telah kami jelaskan sumbernya ”

…………………………………NUR FAIZAH BINTI AB. WAHID

940428-XX-XXXX

…………………………………WAN NUR IZZATI BINTI WAN AHMAD SHUKRI

930129-XX-XXXX

1

Page 2: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam usaha untuk menjayakan kajian ini atas kewajipan

memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma Pembantu

Perubatan.

Pertama sekali, kami merakamkan ribuan terima kasih yang tak

terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak memberi

sokongan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami

sepanjang pelaksaan kajian ini.

Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada

penyelia kami Encik Tigilan A/L Sethrai yang tidak pernah jemu dalam

memberikan tunjuk ajar dan pandangan bagi menyiapkan kajian ini.

Di sini juga, kami ingin mengungkapkan segala rasa penghargaan

kami kepada Tuan Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan

Shah Ulu Kinta, Tuan Haji Zafri kerana telah memberikan peluang untuk

menyiapkan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada En.

Hari Mohan A/L Sri Diwan Chand selaku Ketua Program Pembantu

Perubatan serta Encik Jaafar bin Abu Seman dan Encik Pairul Hisham bin

2

Page 3: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Awang selaku penyelia Kumpulan 32, di atas segala toleransi dan tunjuk ajar

sepanjang melaksanakan kajian ini.

Jutaan dan ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan kepada Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak kerana di

atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada semua pengajar dan

kakitangan akademik KSKB Sultan Azlan Shah terutamanya dalam Jurusan

Diploma Pembantu Perubatan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua ahli kumpulan ini

kerana telah bersama sama bertungkus-lumus bagi menyiapkan kajian dan

seterusnya rakan-rakan seperjuangan, Pelatih Diploma Pembantu Perubatan

ambilan Januari 2013/Kump.32 yang terlibat sama membantu menjayakan

projek penyelidikan ini.

Berkat kerjasama dan usaha dari semua pihak, kajian ini akhirnya

mencapai jalan penamatnya dan diharapkan agar dapat dinilai dengan baik.

Sekian, terima kasih.

3

Page 4: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

ABSTRAK

Dewasa ini, masalah kesihatan seringkali menjadi isu yang hangat

diperkatakan. Saban hari, jumlah mortaliti semakin meningkat disebabkan

penyakit-penyakit kronik seperti Diabetes Mellitus,Hipertensi, serta masalah

jantung. Kajian yang dijalankan ialah mengenai ‘Tahap Pengetahuan

Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang Diperlukan Dalam Kalangan Ahli

Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kajian ini dijalankan bagi mengukur

tahap pengetahuan ahli tersebut mengenai keperluan kalori. Pengetahuan

kalori sangat penting kerana kalori merupakan sejenis jumlah tenaga yang

dijana oleh badan. Sekiranya kalori tersebut tidak dibakar, maka berlakunya,

lemak berlebihan dalam badan seterusnya mengundang kepada penyakit

kronik seperti diatas. Pengkaji telah memilih teknik deskriptif dan kuantitatif.

Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik di

dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan

diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini dilakukan secara tinjauan dan

gambaran berkaitan fenomena dalam kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri

individu, situasi, atau kumpulan. Sampel populasi yang diambil adalah

seramai 30 orang yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman

Perpaduan, Perak. Kesemua responden yang diambil adalah daripada

golongan berumur dari 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar

belakang yang berlainan, taraf pendidikan yang berbeza serta status

pekerjaan yang berbeza. Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab

Nutrisi Taman Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi 4

Page 5: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

penyelidikan kerana terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab

Rakan Sihat. Kelab Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi

individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan

pengambilan kalori yang mengikut keperluan. Setelah kajian dijalankan,

ternyata masyarakat di Malaysia yang semakin berusia lebih mengetahui

tentang keperluan kalori yang betul. Hal ini mungkin disebabkan penyakit

kronik berlaku seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu, mereka

mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengawal kalori yang terdapat

dalam badan. Bagi meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat Malaysia

khususnya generasi muda, beberapa cadangan harus dikemukakan.

Antaranya ialah mengadakan pendidikan kesihatan, mengedarkan risalah,

serta melakukan aktiviti yang dapat membakar kalori.

5

Page 6: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

ABSTRACT

Nowadays, health problems have been a great issue. Every single

day, mortalities number are increasing caused by chronic diseases such as

Diabetes Mellitus, Hypertension, and heart problem. The research is about ‘

Knowledge Level of Calories Intake That Needed Among Nutrition Club

Participants in Taman Perpaduan,Perak. This research was done to

measure knowledge level of the participants about calories needed.

Knowledge about calories are very significant because it is an enegy that

generated by a body. If the calories not burned, then fat in the body will

exceeding in the body then finally can cause chronic diseases as mentioned

above. Researcher had choosen descriptive and quantitative technique. This

design had choosen because it it easier for researcher to run this research

without doing comparison data with controllable data. The method of this

research is observing and imagining about the phenomena in real life

regarding individual characteristics, situation, and a group. Sample of

population had taken about 30 participants randomly among Nutrition Club

Participants from 18 to 30 that have different background, different education

level and different job status. The location is Nutrition Club Taman

Perpaduan. it is choosen because it has a club named Healthy Friend Club.

It is a very ideal place for any individu that having healthy lifestyle through

suitable calories needed. After the research has been done, people in

Malaysia that getting older are very know about the true calories intake. That

may because chronic diseases commonly for older peoples. They should 6

Page 7: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

have a healthy lifestyle by control the calories that contain in the body. For

improving the knowledge people in Malaysia especially among the young

generation, a few suggestions can be considered such as health education,

distribute the pamplets, and do for activities that can burn calories.

7

Page 8: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN 01

PENGHARGAAN 02 - 03

ABSTRAK 04 - 05

ABSTRACT 06 - 07

SENARAI KANDUNGAN 08 - 10

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN 11 - 17

1.2 KENYATAAN MASALAH 18 - 21

1.3 JUSTIFIKASI KAJIAN 21 - 22

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 23

1.5 DEFINISI ISTILAH 24 - 25

1.6 RUMUSAN 25

BAB 2 KAJIAN SEMULA 26 - 33

8

Page 9: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI KAJIAN 34 - 35

3.2 KAEDAH KAJIAN 35 - 36

3.3 SAMPEL POPULASI 36

3.4 TEMPAT KAJIAN 37

3.5 PERLAKSANAAN DAN PROSEDUR KAJIAN 38

3.6 KAJIAN RINTIS / PILOT STUDY 38 - 39

3.7 CARA PENGUMPULAN DATA 39

3.8 ANALISIS DATA 39 - 40

3.9 ISU ETIKA 40

3.10 LIMITASI KAJIAN 41

BAB 4 PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA 42 - 57

BAB 5 PERBINCANGAN 58 - 63

9

Page 10: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 6 RUMUSAN

6.1 RUMUSAN 64 - 66

6.2 CADANGAN 67 - 69

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 70 - 72

LAMPIRAN A : BORANG PROPOSAL -

LAMPIRAN B : CARTA BUIH -

LAMPIRAN C : CARTA GANTT -

LAMPIRAN D : BORANG SOAL SELIDIK -

LAMPIRAN E : SURAT KEBENARAN -

10

Page 11: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal daripada Bahasa

Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah

digantikan dengan unit S.I Joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih

lagi digunakan dalam konteks tenaga yang diperoleh daripada makanan.

11

Page 12: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Terdapat beberapa takrifan kalori pada abad ke 19 dan 20, semuanya

terbahagi kepada :

1) Kalori gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan

suhu 1g sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini sebanyak 4.184 J

2) Kalori kilogram pula merupakan tenaga yang diperlukan untuk

menaikkan suhu 1kg air sebanyak 1 darjah selsius. Tenaga ini

sebanyak 4.184 kJ dan sama dengan 1000 kalori gram.

Dalam konteks sains, ‘kalori’ biasanya merujuk kepada kalori gram, dan

simbol unit ini ialah cal.Awalan S.I boleh digunakan dengan unit ini. Kalori

juga digunakan untuk mengukur tenaga badan. Kita memerlukan kalori yang

mencukupi untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil dan dimakan dalam

kuantiti yang banyak dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar

menjadi lemak dan di simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan.

Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan boleh

menjejaskan serta membahayakan kesihatan masyarakat. Masyarakat

seharusnya mengetahui kadar pengambilan kalori mengikut keperluan

badan masing-masing dengan mengira kalori dalam makanan. Biasanya

setiap produk makanan yang dijual ada kiraan kalorinya pada bahagian

“maklumat pemakanan” dam kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab

berat dalam “gram” nutrisi berikut denga nombor pekali yang disenaraikan

bagi setiap kumpulan makanan.

12

Page 13: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Contohnya :

Karbohidrat : di ( x 2 ) untuk setiap gram.

Protein : di ( x 4 ) untuk setiap gram.

Lemak : di ( x 9 ) untuk setiap gram.

Sebagai contoh, satu hidangan sos cili mengandungi :

Karbohidrat : 53 g (53 g x 2 = 106 kalori )

Protein : 1 g (1 g x 4 = 4 kalori )

Gula (juga karbohidrat ) – 16 g (16 g x 4 =64 kalori)

Oleh yang demikian satu tuangan sos cili mengandungi 174 kalori.

Kalori sangat penting kerana badan kita mendapat kalori/tenaga untuk

melakukan aktiviti fizikal melalui makanan yang kita makan. Kita perlu

mengira kadar kalori harian yang diperlukan oleh badan supaya tidak

berlakunya pengambilan kalori yang berlebihan atau berkurangan dengan

keperluan badan. Pengiraan kalori adalah berdasarkan tinggi, berat, umur,

jantina dan aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Pengambilan makanan secara berlebihan dan kalori melebihi apa yang

diperlukan oleh badan boleh menjerumuskan diri kepada berat badan yang

berlebihan seterusnya kepada obesiti. Tubuh kita memerlukan kalori untuk

melakukan fungsi yang berbeza dan kalori diperolehi daripada pelbagai jenis

13

Page 14: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

makanan yang kita ambil. Kita harus menjadikan rutin untuk membelek

“nutritious facts” yang ada pada bungkusan makanan. Kita dapat lihat kalori

makanan biasanya diletakkan pada bahagian atas sekali dan dilabel sebagai

tenaga dengan unit “kcal”. 1 kalori bersamaan 1 kcal. Formula untuk mengira

keperluan kalori yang diperlukan oleh badan mengikut jantina adalah seperti

berikut :

Lelaki : 66 + ( 13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - ( 6.8 x umur

dalam tahun )

Perempuan : 655 + ( 9.6 x berat dalam kg ) + ( 1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7

x umur dalam tahun )

Contoh yang dikira untuk seorang perempuan dewasa yang berumur 28

tahun, mempunyai berat badan 90kg dengan ketinggian 161cm.

Perempuan = 655 + ( 9.6 x 90kg ) + ( 1.8 x 161cm ) – ( 4.7 x 28 )

= 655 + 864 + 289.8 – 131.6

= 1808.8 – 131.6

= 1677.2 kcal/day

Kita perlulah tahu dan mengambil tahu berkaitan kadar pengambilan

kalori yang diperlukan oleh badan kita dan haruslah bersesuaian dengan

aktiviti fizikal yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Kalori yang diambil

ini perlulah digunakan dan dibakar bagi mengelakkan kalori ditukarkan

14

Page 15: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

menjadi lemak dalam badan sekiranya tidak digunakan. Perlu diingatkan

bahawa setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan

menaikkan 1kg berat badan dari berat badan asal. Manakala untuk

mengurangkan berat badan, kalori seharian perlu dikurangkan sebanyak 500

kalori iaitu 300 kalori daripada pemakanan dan 200 kalori lagi daripada

aktiviti olahraga. Untuk menambahkan berat badan, keperluan kalori harian

yang diambil perlulah ditambah sebanyak 500 kalori. Untuk mengekalkan

berat badan yang ideal pula, kalori harian yang diambil perlulah mengikut

keperluan kalori yang diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya,

keperluan kalori harian yang diperlukan oleh golongan lelaki adalah

sebanyak 1800 kalori manakala untuk golongan perempuan pula adalah

sebanyak 1500 kalori sehari.

Contoh menu untuk 1800 kalori adalah seperti berikut :

Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich telur + 1 cawan teh dengan susu

rendah lemak.

Minum pagi ( 10.00 am ) = 1 biji kuih + 1 cawan teh o dengan 1 sudu teh

gula.

Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 2 cawan nasi putih + 1 keping ikan tenggiri

masak asam

½ cawan terung tumis berlada + 1 keping

tempe goreng

½ biji jambu batu + 1 gelas air kosong.

15

Page 16: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Minum petang ( 4.30 pm ) = 1 biji bun bijirin penuh + 1 gelas susu coklat

rendah lemak.

Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 keping dada ayam

masak halia +

1 mangkuk sup petola + 2 biji pisang emas + 1

gelas air.

Contoh menu untuk 1500 kalori adalah seperti berikut :

Sarapan ( 8.00 am ) = 2 keping sandwich keju + 1 cawan kopi susu rendah

lemak.

Makan tengahari ( 1.00 pm ) = 1 ½ cawan nasi putih + 1 ekor ikan kembung

masak kari +

½ cawan sayur kalian + 1 keping tempe

goring + 1

potong buah betik + 1 gelas air kosong.

Makan malam ( 8.00 pm ) = 1 ½ mee cawan goreng ( isi ayam + sayur +

tauhu ) + 1potong nenas + 1 gelas air kosong.

Manakala contoh berkaitan pengambilan kalori dan penggunaan

tenaga untuk membakar semula kalori yang diambil adalah seperti berikut;

teh tarik dan roti canai 420 kcal, perlu berjogging selama 60 minit; nasi

tomato 600 kcal, perlu berjalan selama 3 jam; nasi goreng 600 kcal, perlu

16

Page 17: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

lompat tali ( skipping ) selama 60 minit; char kuetieu 730 kcal, perlu

berenang selama 3 jam; mee kari 450 kcal, perlu perlu mengemop lantai

selama 2 jam 5 minit; nasi lemak yam goreng 690 kcal, perlu berlari selama

2 jam; nasi beriani 830 kcal, perlu bermain golf selama 3 jam; kuetiau goreng

670 kcal, perlu menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit; mee goreng 580

kcal, perlu bermain bola sepak selama 1 jam 25 minit; burger 370 kcal,perlu

bermain badminton selama 1 jam 20 minit.

Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori

makanan mengikut badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan

yang ideal. Pengambilan kalori yang berlebihan dan tidak dibakar semula

melalui aktiviti fizikal seharian seperti olahraga akan disimpan dalam tubuh

sebagai lemak terutama di bahagian perut, paha, pinggul dan lengan

seterusnya memberikan kita risiko untuk mendapat berat badan berlebihan

dan seterusnya membawa kepada masalah obesiti yang jelas boleh

menjejaskan taraf kesihatan tubuh badan seseorang.

17

Page 18: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

1.2 Pernyataan Masalah

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi. Jika dahulu,

kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan

vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami

masalah kesihatan disebabkan terlebih makan atau pengambilan kalori

melebihi keperluan yang diperlukan oleh badan dan seterusnya berlanjutan

kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan atau

obesiti. Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan

menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu

kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun 2011.

Melalui petikan akhbar Utusan Malaysia Jumaat 15 November

2013,Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke

atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi

daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan

1,500 kcal untuk wanita dewasa. Mengenali Malaysia sebagai “syurga

makanan”, membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak “godaan” sekali gus

menjerumuskan masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi

ancaman obesiti. Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari

boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram

dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah

18

Page 19: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan. Memburukan lagi

keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang

perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis

gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia

dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit

diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes meningkat dua

kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008.

Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh tiga juta orang

di seluruh dunia setiap tahun. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama

yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang

lama dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti

juga merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang

amat serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk.

Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan. Ramai orang

dewasa dan kanak-kanak gemuk. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih

gemuk dari dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol

yang menurun di kebanyakan rantau. Di Malaysia pula, menurut kaji selidik

Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta

penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua Pengarah

Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, menurutnya, perangkaan

daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31

peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006

bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. 19

Page 20: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Menurutnya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah

penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat

badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum

alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana

manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan

mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku

akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga

keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita

mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah

menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit.

Seperti mana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana

Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat

daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab

dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut. Pemakanan yang baik

mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga

membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan

serta menguatkan sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Nikmat

kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan

kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak

mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Pemakanan memainkan peranan

penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah

20

Page 21: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

mendengar pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We Eat’ yang

bermaksud kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin

sihat, kita seharusnya mengamalkan makan secara sihat mengikut kalori

optimum yang diperlukan oleh badan.

1.3Justifikasi Kajian

Justifikasi kajian merupakan sebab mengapa kajian tersebut ingin

dijalankan. Kajian tersebut haruslah mempunyai kepentingan terhadap

penyelidik, responden serta sesebuah organisasi.

Justifikasi kajian yang dijalankan terhadap penyelidik ialah penyelidik

dapat mencari maklumat serta ilmu yang lebih mendalam mengenai tajuk

yang dijalankan. Selain itu, penyelidik jugak sedar akan permasalahan yang

berlaku dewasa ini sehinggakan tercetusnya idea bagi menjalankan kajian

yang berkaitan pengambilan kalori. Melalui maklumat yang dicari, ternyata

masyarakat Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tinggi pada era 2015

ini. Justeru, penyelidik berpendapat bahawa pengambilan kalori yang betul

amat penting bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia.

Responden yang akan dipilih merupakan populasi dari Kelab Nutrisi

taman Perpaduan. pemilihan tersebut dilakukan bagi menguji tahap

pengetahuan responden dari ahli kelab tersebut kerana secara majoritinya

ahli dari kelab tersebut mempunyai masalah berat badan. Oleh yang

21

Page 22: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

demikian, kajian ini akan menentukan sama ada masyarakat yang

mengalami masalah berat badan sedar ataupun tidak akan kepentingan

pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan mereka.

Bagi sesebuah organisasi pula, kajian ini mempunyai justifikasi yang

tersendiri kerana sebagai staf kesihatan, kita sudah sedia maklum bahawa

pengetahuan dalam perawatan dan bidang kesihatan amat lah penting

dalam merawat pesakit. Justeru, tubuh badan yang sihat sangat penting

dalam agar tugas dapat dijalankan dengan baik. Maka dengan itu, kajian ini

dijalankan bertujuan agar organisasi ini dapat mengamalkan gaya hidup

sihat berpandukan kalori yang ditetapkan.

22

Page 23: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut :

Objektif Am :

Mengetahui Tahap Pengetahuan Mengenai Kadar Pengambilan Kalori Yang

Diperlukan Dalam Kalangan Ahli Kelab Nutrisi Di Taman Perpaduan.

Objektif Spesifik :

i. Mengenalpasti Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman

Perpaduan Mengenai Pengambilan Kalori Yang Betul.

ii. Mengetahui Tahap Pengetahuan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan

Mengenai Kesan Pengambilan Makanan Mengikut Keperluan Kalori

Yang Betul.

iii. Mengenalpasti Cadangan Atau Langkah Terhadap Pengambilan

Makanan Mengikut Keperluan Kalori Yang Kurang Betul.

23

Page 24: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

1.5 Definisi istilah

Penyelidik telah mendefinisikan beberapa istilah mengikut konteks kajian

yang dijalankan dengan melibatkan definisi istilah dan operasional. Ini

adalah seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi

menghubungkan konsep kepada sesuatu yang boleh diperhatikan dan

dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur dan dimanipulasi. Secara

definisi mengikut konteks kajian adalah seperti berikut:

1) Tahap Pengetahuan

Tahap pengetahuan ialah nilai pemikiran ilmu serta ilmu terhadap

sesuatu perkara, kejadian, gambaran, objek, perlakuan dan juga tindak

balas terhadap kesan. Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini

pengetahuan bermaksud penilaian ahli kelab nutrisi mengenai

kepentingan pemakanan seimbang melalui pengaplikasian pengamalan

pemakanan seimbang.

2) Kadar

Pengukuran terhadap sesuatu kauntiti ataupun frekuensi.

3) Pengambilan Kalori

24

Page 25: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Pengambilan kalori bermaksud jumlah yang diperlukan bagi mengukur

unit tenaga yang diperlukan oleh badan. Jika kalori diambil dalam kadar

yang berlebihan, maka perkara tersebut boleh menyebabkan seseorang

individu mengalami kenaikan berat badan.

4) Yang Diperlukan

Sesuatu yang harus digunakan dan amat penting

5) Dalam Kalangan

Merupakan suatu tempat yang dipenuhi dengan masyarakat .

1.6 Rumusan

Oleh itu, pengamalan diet yang sihat dan pengambilan kalori makanan

mengikut keperluan badan sangat penting untuk mengekalkan berat badan

yang ideal. Sekiranya pengambilan makanan yang berlebihan tidak dibakar

semula melalui aktiviti senaman, maka ia akan disimpan di dalam tubuh

badan sebagai lemak terutama sekali di bahagian perut, peha, pinggul dan

lengan. Kesannya, ia akan mendatangkan risiko untuk mendapat untuk

mendapat berat badan berlebihan seterusnya obesity yang boleh

menjejaskan kesihatan kita.

25

Page 26: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur merupakan salah satu bab yang penting kepada seseorang

penyelidik untuk menjalankan kajian. Oleh itu, bab ini telah memberi ulasan

mengenai segala bahan bacaan yang berkaitan menerusi penghasilan buku

berunsur ilmiah, rencana, artikel surat khabar, sumber dari internet dan

kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan amalan pemakanan

seimbang di kalangan pelajar. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai rujukan

penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan

kepada penyelidik agar setiap penyelidikan dan kajian yang dijalankan

seharusnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk menyokong hujah yang

diperbincangkan.

26

Page 27: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang

seimbang. Diet yang seimbang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan pada

kadaryang betul (NCCFN, 2005). Diet ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara, namun

demikian ia harus mengandungi amaun karbohidrat, lemak, protin, vitamin, mineral,serat

dan air yang mencukupi (NCCFN, 2005).Makanan diletakkan pada aras yang

berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama

(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien

tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang

mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan.

Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu.

Oleh itu pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan

dalam panduan piramid makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011).

Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut turutan,

pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu

atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu

diambil dengan kadar paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia,

2011).

Kesihatan merupakan salah satu keperluan paling penting dalam

masyarakat yang akan menentukan peningkatan, keamanan, dan

pembangunan masyarakat. Ia adalah satu fakta yang diterima oleh hampir

semua orang hari ini bahawa pemakanan yang mencukupi dan seimbang

merupakan asas kesihatan. Menurut Rahmah (1999) pula, pemakanan memberi

kesan kepada kesihatan seseorang. Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita 27

Page 28: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

dan ini termasuklah perubahan dari segi amalan pemakanan. Bender (1997)

menyatakan bahawa situasi pemakanan sedunia telah berkembang dengan

dramatiknya sejak 30 tahun kebelakangan ini. Takrif pemakanan yang mencukupi

dan seimbang ditakrifkan sebagai pengambilan yang cukup bagi setiap

nutrien yang diperlukan dan penggunaan yang betul bagi setiap kelas

makanan untuk pertumbuhan, pemulihan, dan fungsi badan (Baysal, 2002).

Manakala menurut U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan

rakan-rakan (1993), pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang

mengandungi 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan

nasi ,3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran, 2-4 hidangan daripada

kumpulan buah-buahan, 2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam,

ikan, telur dan kekacang, 2-3 hidangan daripada kumpulan hasilan tenusu

iaitu susu , keju dan dadih. Manakala lemak dan minyak hendaklah diambil

sedikit yang mungkin.

Amalan pemakanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Menurut Kelly-Plate dan Eubanks (2000), di antara faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan makanan ialah keluarga dan budaya, rakan-rakan,

kepercayaan agama, emosi, kawasan geografi, pengiklanan serta nilai dan

gaya hidup. Kajian Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu

pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien

termasuklah umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup,

persekitaran, sejarah keluarga dan pemendapan penyakit genetik. McBean

(1999) turut menyatakan faktor lain yang mempengaruhi amalan pemakanan

termasuk faktor genetik dan persekitaran. Manakala Blades (2001),

28

Page 29: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

mendapati bahawa selain pengaruh individu dan organisasi, pemilihan

makanan turut dipengaruhi oleh ornagoleptik, sosio budaya dan faktor

biologi. Manakala Delisle (2005), pula melaporkan bahawa budaya, rakan

sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan dan beliau

turut menyatakan bahawa apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan

keselamatan makanan, pemilihan makanan ditentukan oleh faktor-faktor

psikososial.

Nutrisi dapat diperolehi dari pelbagai sumber makanan dan kombinasi jenis

makanan yang sesuai dapat membekalkan nutrien yang mencukupi yang diperlukan

oleh tubuh. Faktor pendapatan turut menyumbang kepada kesihatan masyarakat

sesebuah negara.. Bender (1997) dalam kajiannya mengenai keperluan makanan

abad ke 21 menyatakan, diet ditentukan oleh faktor ekonomi, seperti harga barangan

dan pendapatan seseorang. Beliau turut menyatakan bahawa apabila pendapatan

seseorang itu meningkat, amalan diet yang seimbang turut meningkat. Ini seterusnya

memberi kesan kepada produktiviti negara. Selain itu, sosioekonomi sesebuah

keluarga turut menentukan jenis makanan yang diambil untuk mendapatkan nutrien

yang diperlukanoleh badan (KKM, 2000).

Nutrisi yang sihat difahami secara berbeza oleh pelbagai negara dan

budaya.Menurut UNESCO (2004), secara umumnya nutrisi yang sihat adalah

gabunganmakanan, kesihatan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian yang

menyumbangkepada psikologi, mental dan kehidupan sosial individu. Menurut Stroper

29

Page 30: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

(2003), ahlinutrisi telah meningkatkan penumpuan dalam membantu pengguna

membuat perkaitandi antara makanan yang sihat dengan persekitaran yang sihat.

Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu

faktor yang menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba

canggih dan pantas kini, semua orang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya

masing-masing hingga mengabaikan pengambilan pemakanan seimbang

dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Tesler (2003), untuk mengubah tabiat

pemakanan adalah sukar, maka persekitaran yang menjadikan makanan yang

berkhasiat mudah diperolehi dan di dalam pilihan yang banyak perlu

diwujudkan. Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak

berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya.

Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makananmakanan tersebut tidak

dapat menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Tambahan

pula, ia turut menjadi punca utama kepada penyakit kronik seperti obesiti

(Govindji et al., 2002).

Keperluan berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan

fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan

dan aktiviti yang dilakukan (Zainab, 2000). Menurut beliau, golongan dewasa

lanjut usia memerlukan makanan yang kurang disebabkan aktiviti yang

berkurangan berbanding golongan yang muda dan aktif. Keperluan juga

bergantung kepada cara hidup. Contohnya, pengambilan kopi, teh, alkohol,

dan rokok boleh menghapuskan nutrien dalam badan kita (Zainab, 2000).

30

Page 31: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Menurut Zainab, Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan

Negeri Sarawak (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan

(nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan

dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian

boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli

dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Makanan yang baik bukan sahaja

kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini

bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan

dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan.

Makanan dan minuman mempunyai kesan yang besar terhadap

pertumbuhan, kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya juga

membentuk keperibadian dan perwatakan manusia. (Ensiklopedia Islam

Edisi 4, 2003).

Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan

bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun

tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan

lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan

satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam

meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius.

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan

kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein,

31

Page 32: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori

setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan.

Oleh itu, makanan yang tinggi lemak mempunyai kadar kalori yang tinggi.

Manakala makanan yang tinggi kandungan air seperti sayur mempunyai

kadar kalori yang tinggi.

Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh

seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil

terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan

dalam badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan

membahayakan kesihatan.Ramai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori

mereka sehari. Apa yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau

mengekalkan berat badan tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar

keperluan kalori mereka.Jika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar

untuk kita melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan

kita. Menurut Kevin, keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima

faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima faktor

itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif.

Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga

seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya

pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan

menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan

di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak

32

Page 33: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan

akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang

diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz,

cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000).

Menurut Rahmat (2012), diet yang sihat membantu tumbesaran dan

membolehkan manusia bekerja secara proaktif dan merasa selesa. Beliau

turut menyatakan bahawa pilihan makanan membantu mengurangkan risiko

penyakit kronik seperti sakit jantung. Kanser, penyakit kencing manis, strok,

dan osteoporosis. Diet yang sihat juga mampu mengurangkan faktor risiko

utama kepada penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, dan

paras kolestrol yang tinggi dalam darah.

Pendapat Zeigler et al.(1998) pula turut menyatakan bahawa pengambilan

nutrien dan tenaga yang tidak mencukupi dalam jangka masa yang panjang akan

mengakibatkan kehilangan jisim otot, pembesaran terbantut, masalah kehilangan selera

makan dan osteoporosis. Manakala “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira-

kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya

semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita

mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.” (Hilmi Yahaya, 2013)

33

Page 34: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Metodologi Kajian

Dalam menjalankan sebuah kajian, metodologi yang digunakan adalah

berbeza dari segi penggunaan alat, sampel populasi serta kawasan kajian.

Terdapat sesetengah kajian menggunakan kaedah yang berlainan dan

menghasilkan keputusan yang baik. Bagaimanapun, menggabungkan

beberapa kaedah dalam sesebuah kajian akan menjadikan kajian tersebut

kompleks dan sukar untuk dilaksanakan.

34

Page 35: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Dalam kajian yang dijalankan, soalan-soalan yang akan berbangkit

adalah bergantung kepada isu semasa , bidang kajian, sampel populasi

yang diambil, responden yang terlibat sama ada ahli pasif ataupun yang aktif

akan diambil kira untuk menjayakan kajian ini .Setelah menetapkan semua

aspek ini, satu kaedah metodologi akan dipilih bagi melaksanakan kajian ini

dan untuk memperolehi satu keputusan yang memuaskan.

3.2Kaedah Kajian

Setelah itu penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu diberi perhatian

tentang bentuk atau cara untuk melakukan kajian ini. Pengkaji memilih teknik

deskriptif dan kuantitatif. Design atau bentuk kajian ini dipilih kerana ianya

memudahkan penyelidik di dalam menjalankan kajian tanpa memerlukan

perbandingan data yang akan diperolehi dengan data kawalan. Kaedah ini

dilakukan secara tinjauan dan gambaran berkaitan fenomena dalam

kehidupan sebenar berkaitan ciri-ciri individu, situasi, atau kumpulan..

Pendekatan ini dipilih kerana jalan pendekatannya akan menjadikan

kajian ini lebih terperinci dan sistematik. Satu komponen yang besar dalam

kajian ini adalah Kajian Semula. Secara umumnya, kajian semula akan

mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang beberapa kajian

yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Hal ni bermaksud

kajian-kajian yang terdahulu dijadikan sumber rujukan bagi membuktikan

bahawa kajian yang akan dijalankan mempunyai nilainya.

35

Page 36: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Pendekatan deskriptif terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kualitatif

dan aspek kuantitatif. Aspek kualitatif bermaksud fakta-fakta dan data-data

yang tidak boleh dikira seperti tahap pengetahuan dan pemahaman tentang

sesuatu perkara di dalam sesebuah komuniti. Manakala aspek kuantitatif

bermaksud aspek yang boleh dikira serta penghuraian ciri-ciri melalui carta-

carta pai, graf dan jumlah keseluruhan dalam sesebuah kajian. Ini

merupakan proses sistematik dan subjektif yang digunakan untuk

menentukan kehidupan atau situasi sebenar.

3.3Sampel Populasi

Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus

diteliti bagi menjadikan kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan

memberansangkan. Kriteria seperti julat umur, golongan yang berkaitan

serta faktor-faktor luar yang mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut

diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan kajian dan untuk mencapai objektif

yang telah dinyatakan.

Untuk kajian ini, sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang

yang dipilih secara rawak di Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak.

Kesemua responden yang diambil adalah daripada golongan berumur dari

18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai latar belakang yang berlainan,

taraf pendidikan yang berbeza serta status pekerjaan yang berbeza. Satu

persampelan akan direka dan diuruskan dengan baik untuk memperolehi

data yang baik (Bloch 1999). Soal selidik yang berkaitan akan diberikan

36

Page 37: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

kepada responden dan akan dijawab dan hasilnya akan dibincangkan

kemudian.

3.4Tempat Kajian

Tempat merupakan kawasan yang dipilih untuk melaksanakan kajian akan

dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti tahap pendidikan di sesuatu

tempat itu, pendedahan kepada dunia luar serta pendedahan kepada

sebarang media massa atau elektronik. Di sini, objektif kajian akan

diperlihatkan untuk membezakan tahap pengetahuan responden kepada

kajian yang dijalankan.

Tempat yang dipilih ialah sebuah kelab iaitu Kelab Nutrisi Taman

Perpaduan, Perak. Kawasan ini dipilih sebagai lokasi penyelidikan kerana

terdapatnya sebuah kelab yang diberi nama Kelab Rakan Sihat. Kelab

Rakan Sihat ini merupakan tempat yang ideal bagi individu yang ingin

mengamalkan gaya hidup sihat melalui saranan pengambilan kalori yang

mengikut keperluan. Selain itu, lokasi yang amat strategik seperti berdekatan

dengan bandar memudahkan mengkaji untuk membuat kajian di lokasi

tersebut dari semasa ke semasa.

37

Page 38: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

3.5 Perlaksanaan Dan Prosedur Kajian

Setelah memilih responden yang sesuai dengan tajuk kajian serta memilih

satu kawasan yang agak efektif untuk sesebuah kajian itu, terdapat

beberapa prosedur yang perlu dipatuhi untuk melaksanakan kajian ini.

Prosedur ini berbangkit untuk mengelakkan sebarang pertikaian dan salah

faham dari pihak tertentu serta mengelakkan sebarang masalah dan ketidak

bertanggungjawab dalam menjayakan kajian ini. Tujuan kajian juga perlu

dijelaskan kepada semua pihak agar kajian yang dijalankan berjalan lancar

dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Prosedur pertama yang perlu dipatuhi ialah mendapatkan surat

kebenaran untuk melaksanakan kajian ini daripada pihak berwajib dan

meminta izin daripada ketua kawasan terbabit untuk menjalankan kajian.

Setelah itu, kajian dijalankan kepada responden yang terlibat sambil

menerangkan segala objektif dan tujuan kajian yang dijalankan.

3.6 Kajian Rintis/Pilot Study

Sebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu kajian rintis

perlu dilakukan. Kajian rintis adalah di mana borang kaji selidik yang telah

siap dibuat akan diberikan kepada beberapa orang untuk diuji

keberkesanannya dahulu. Ini untuk mengelakkan sebarang kesalah fahaman

dan kecelaruan yang akan membuatkan responden tidak dapat menjawab

dengan baik. Hal ini dikhuatiri menyebabkan hasil keputusan yang akan

diperolehi tidak memuaskan. Sebanyak 5 orang responden dari Kelab Nutrisi 38

Page 39: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Taman Perpaduan akan dipilih bagi menjawab borang soal selidik yang akan

dikemukakan.

3.7 Cara Pengumpulan Data

Setelah borang kaji selidik diberikan kepada responden, dan setelah soalan-

soalan yang diajukan dijawab dengan baik, data dan maklumat akan

dikumpul untuk dianalisa. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan

melalui beberapa kategori di dalam graf dan carta berkaitan. Data akan

diproses menggunakan perisian komputer. Persembahan graf dan carta-

carta juga akan dijana oleh perisian komputer Microsoft Excel. Ini akan

memperlihatkan kekemasan data dan pengurusan data dengan baik.

Pengumpulan data atau maklumat disokong melalui sumber rujukan buku

ilmiah yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah kajian ini juga

amat murah dan penyelidik boleh melakukan pengumpulan data pada bila-

bila masa yang diperlukan. Responden akan diberi masa selama 15

sehingga 20 minit selepas diberi penerangan untuk mengisi borang soal

selidik. Borang soal selidik akan dikutip secara manual oleh penyelidik

sendiri pada hari sama.

3.8 Analisis data.

Penganalisaan data diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah seperti

jadual, graf, carta pai atau seumpamanya melalui bantuan perisian

komputer. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan deskriptif.

39

Page 40: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Deskriptif statistik digunakan untuk mengetahui frekuensi dan peratus

dalam Data Sosiodemografik. Bagi bahagian B dan C, iaitu soalan-soalan

mengenai (KAP), akan dihuraikan dari segi frekuensi dan peratus (%).

Keputusan frekuensi dan peratus akan dapat menentukan tahap

pengetahuan responden mengenai pendermaan organ.

3.9 Isu etika

Dalam melakukan kajian ini, beberapa isu perlu dijaga di dalam memastikan

setiap maklumat seperti latar belakang dan butiran peribadi responden

adalah sulit dan rahsia. Setiap maklumat peribadi tidak boleh didedahkan

secara terbuka tanpa persetujuan daripada responden samada secara lisan

atau bukan lisan bagi memastikan tidak ada dalam kalangan pihak

responden yang tersinggung. Pengkaji juga tidak mengganggu atau

mempertikaikan setiap jawapan daripada para responden dan sekali tidak

menyinggung atau mengganggu perasaan, tugas mahupun personaliti serta

keperibadian responden yang dipilih dalam menjalankan kajian.

40

Page 41: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

3.10 Limitasi Kajian

Masa :

Kekangan masa pelatih yang menjalani latihan klinikal merupakan

satu limitasi bagi mengadakan perjumpaan dengan penyelia kajian.

Hal ini kerana kebiasaannya pelatih akan berada di luar kawasan

kolej bagi menjalani latihan klinikal.

Pencarian sumber :

Kami dapati bahawa kajian yang dijalankan menyebabkan kesukaran

mencari sumber dan bahan kerana amat sukar mencari perpustakaan

apabila berada di luar kawasan kolej.

Perjumpaan Ahli

Kami dapati bahawa faktor lokasi penempatan klinikal yang berlainan

antara ahli telah menyukarkan proses perbincangan mengenai kajian

yang dijalankan.

41

Page 42: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 4

PENEMUAN / PENGANALISAAN DATA

Seramai 30 orang responden lelaki dan perempuan yang terdiri daripada Ahli

Kelab Nutrisi yang telah dipilih secara rawak untuk diedarkan borang soal

selidik untuk membantu kajian ini. Borang soal selidik ini merangkumi tiga (3)

bahagian iaitu Bahagian A (maklumat peribadi responden) , Bahagian B

(merangkumi soalan yang berkaitan kajian yang dijalankan) iaitu mengkaji

tahap pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan dalam

kalangan Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan dan Bahagian C pula

merupakan (Cadangan).

42

Page 43: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAHAGIAN A

Untuk bahagian ini, maklumat peribadi responden yang diambil ialah jantina,

bangsa, umur dan agama.

Untuk jantina, hasil keputusan mendapati jantina lelaki seramai 13 orang

(43.33%) dan perempuan pula seramai 17 orang (56.67%).

43%

57%

Pecahan Jantina Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan

Lelaki Perempuan

Untuk pecahan taburan bangsa dan agama pula masing-masing berkongsi

bacaan yang sama. Responden berbangsa Melayu dan beragama Islam

adalah seramai 23 orang (76.67%) . Manakala, responden berbangsa Cina

dan beragama Buddha pula seramai 4 orang (13.33%). Responden yang

berbangsa India dan beragama Hindu direkodkan seramai 3 orang (10.00%).

43

Page 44: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

77%

13%

10%

Pecahan Bangsa Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan

Melayu Cina India

Berikut merupakan carta pai responden mengikut bangsa dan agama

77%

13%

10%

Pecahan Agama Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan

Islam Buddha Hindu

Untuk umur, hasil keputusan mendapati responden yang berumur diantara

18-22 tahun seramai 4 orang (13.33%). Manakala, 8 orang (26.66%) dalam 44

Page 45: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

lingkungan 23-26 tahun dan baki 18 orang (60.00%) berumur dalam 27-30

tahun.

60%27%

13%

Pecahan Umur Responden Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan

18-22 Tahun 23-26 Tahun 27-30 Tahun

BAHAGIAN B

45

Page 46: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Untuk bahagian ini, Tahap pengetahuan responden mengenai pengambilan

kalori diuji dengan beberapa set soalan tertutup. Soalan yang dipilih

berdasarkan tiga (3) faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi

pengetahuan responden. Tiga (3) faktor itu ialah Tahap Pengetahuan Asas

Mengenai Kalori , Kesan Pengambilan Kalori , dan Cadangan yang Dipilih.

Faktor pertama yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah

faktor tahap pengetahuan asas mengenai kalori. Untuk faktor ini, terbahagi

kepada empat (4) komponen kecil iaitu maksud kalori, cara pengiraan kalori,

pengetahuan mengenai kalori yang diperlukan dalam sehari serta

kepentingan pengambilan kalori yang betul . Berikut merupakan dapatan

data yang diperolehi.

Seramai 23 orang (76.67%) responden mengetahui apa itu kalori. Manakala

baki lagi 7 orang (23.33%) tidak tahu apa itu kalori.

46

Page 47: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Memahami definisi Kalori

56.67

6.67

Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Apa Itu Kalori

Ya Tidak

Seramai 14 orang (46.66%) responden mengetahui cara pengiraan kalori.

Manakala baki lagi 16 orang (53.33%) tidak tahu untuk mengiranya.

Mengetahui Cara Pengiraanya

46.66

53.33

Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Cara Pengiraan Kalori

Ya Tidak

Namun, Seramai 17 orang (56.67%) responden mengetahui kalori yang

diperlukan tubuh dalam masa sehari. Manakala baki lagi 13 orang (43.33%)

tidak tahu kadar keperluan kalori tubuh.

47

Page 48: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Mengetahui Kadar Keperluan Kalori Tubuh

56.67

43.33

Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Kadar Kalori yang

Diperlukan Tubuh Dalam SehariYa Tidak

Akhir sekali dalam komponen kecil tahap pengetahuan responden, Seramai

17 orang (56.67%) responden mengetahui kepentingan pengambilan kalori

mengikut keperluan badan dengan julat yang betul. Manakala baki lagi 13

orang (43.33%) tidak tahu mengenainya

48

Page 49: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Mengetahui Kadar Keperluan Kalori Tubuh

56.6743.33

Tahap Pengetahuan Responden Mengenai kepentingan

Pengambilan Kalori Mengikut Keperluan Badan Dengan Julat yang

BetulYa Tidak

Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor

kesan pengambilan kalori. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4)

komponen kecil iaitu peningkatan berat badan, peningkatan penyakit kronik,

kurang aktif dan peningkatan perbelanjaan kos rawatan. Berikut merupakan

dapatan data yang diperolehi.

Dari segi peningkatan berat badan, seramai 23 orang (76.67%) bersetuju

bahawa pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan peningkatan

berat badan Namun, baki 7 orang (23.3%) responden memilih untuk tidak

mempercayainya.

49

Page 50: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Ya77%

Tidak23%

Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Peningkatan Berat Badan

Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan

kalori berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik. Namun, baki 13 orang

(43.33%) responden pula membangkang mengenai perihal ini.

Ya57%

Tidak43%

Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Peningkatan Penyakit Kro-

nik

Selain itu, seramai 17 orang (56.67%) bersependapat bahawa pengambilan

kalori berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurang aktif.

Namun, baki 13 orang (43.33%) responden pula membangkang mengenai

perihal ini.

50

Page 51: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Ya57%

Tidak43%

Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Seseorang Itu Menjadi Ku-

rang Aktif

Untuk komponen terakhir dalam faktor kesan pengambilan kalori, Seramai

18 orang (60.00%) bersependapat peningkatan perbelanjaan awam

merupakan kesan pengambilan kalori yang berlebihan . Namun , 12 orang

(40.00%) responden lain menyatakan mereka tidak mempercayainya.

51

Page 52: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Ya60%

Tidak40%

Pengambilan Kalori yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Peningkatan Kos Perbelan-

jaan Rawatan

Faktor terakhir yang diuji dalam set soalan yang disediakan ini ialah faktor

Cadangan. Untuk faktor ini, terbahagi kepada empat (4) jenis cadangan yang

dipilih bagi mengenalpasti tahap pengetahuan seseorang dalam

pengambilan kalori iaitu jenis media, senaman, pengamalan diet makanan

berkalori rendah dan pemberian pendidikan kesihatan. Berikut merupakan

dapatan data yang diperolehi berdasarkan senarai cadangan berkenaan.

52

Page 53: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Untuk jenis media, Seramai 12 orang (40.00%) berpendapat televisyen

merupakan saluran mendapatkan informasi berkaitan pengambilan kalori.

Namun, 10 orang (33.33%) responden memilih internet . Tapi, wakil kepada

media cetak iaitu majalah dan akhbar mencatatkan 6 (20.00%) dan 2

(6.66%) .

TelevisyenInternet

MajalahAkhbar

0

10

20

30

40

40

33.33

20

6.66

Pecahan Responden yang Pernah Mener-ima Maklumat Berkaitan Pengambilan

Kalori Mengikut Jenis MediaPecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa Sendiri

Selain itu, seramai 22 orang (73.33%) responden menyatakan melakukan

senaman boleh mengurangkan risiko pengambilan kalori yang berlebihan.

Namun, baki 8 orang (26.66%) responden membangkang mengenai

pernyataan ini.

53

Page 54: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

YaTidak

01020304050607080

73.33

26.67

Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan

Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan

Seramai 23 orang (73.33%) responden menyatakan mengamalkan

pengambilan makanan kurang kalori baik untuk kesihatan. Namun, baki 7

orang (23.33%) responden pula membangkang pernyataan ini.

YaTidak

0

20

40

60

80

76.67

23.33

Mengambil Diet yang Kurang Kalori Adalah Baik Untuk Kesihatan

Melakukan Senaman Dapat Mengurangkan Risiko Pengambillan Kalori yang Berlebihan

Komponen terakhir dalam cadangan yang diuji ialah pendidikan kesihatan.

Seramai 24 orang (80.00%) responden menyatakan pentingnya pendidikan

54

Page 55: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

kesihatan untuk kesedaran oang ramai mengenai pengambilan kalori yang

betul. Namun, baki 6 orang (20.00%) responden pula tidak bersetuju.

YaTidak

01020304050607080

80

20

Pentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai

Pengambilan Kalori yang BetulPentingnya Pendidikan Kesihatan untuk Kesedaran Orang Ramai Mengenai Pengambilan Kalori yang Betul

BAHAGIAN C

55

Page 56: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Untuk bahagian ini, Beberapa contoh cadangan diuji dengan set soalan

tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan tiga (3) cadangan utama yang

dikenalpasti boleh menyumbang kepada tahap pengetahuan responden

mengenai pengambilan kalori. Tiga (3) cadangan itu ialah pemberian

pendidikan kesihatan, mengikuti aktiviti kelab secara berkala dan

pengedaran risalah berkaitan kalori.

Seramai 28 orang (93.33%) responden menyokong pendidikan kesihatan

perlu diberikan di kelab ini. Manakala baki lagi 2 orang (6.66%)

membangkang cadangan ini

Ya

Tidak

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

93.33

3.33

Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Ke-lab Nutrisi ini

Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini

Seramai 25 orang (83.33%) responden menyokong mengikuti aktiviti

berkaitan kalori di kelab ini secara berkala. Manakala baki lagi 5 orang

(16.66%) membangkang cadangan ini

56

Page 57: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Ya

Tidak

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

83.33

16.67

Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan Kalori di Kelab ini Secara Berkala

Cadangan Mengikuti Aktiviti Berkaitan Kalori di Kelab ini Secara Berkala

Untuk komponen terakhir cadangan yang diuji, Seramai 28 orang (93.33%)

responden menyokong risalah berkaitan kalori diedarkan dalam kelab ini.

Manakala baki lagi 2 orang (6.66%) membangkang cadangan ini

Ya

Tidak

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

93.33

6.67

Risalah Berkaitan Kalori Perlu Diedarkan di Kelab Nutrisi ini

Pendidikan Kesihatan Perlu Diberikan di Kelab Nutrisi ini

57

Page 58: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 5

PERBINCANGAN

Kajian yang dijalankan merangkumi beberapa bahagian iaitu Bahagian A,

bahagian B, serta Bahagian C yang terdiri daripada 30 orang responden.

Setelah penganalisaan data daripada borang soal selidik yang telah

dilakukan, hasil kajian mendapati pengetahuan responden tentang tahap

pengetahuan pengambilan kalori yang diperlukan adalah baik dan

memuaskan dalam kalangan Ahli Kelab Nutrisi , Taman Perpaduan Perak.

Kajian ini dilakukan kepada wanita dan lelaki yang dipilih secara

rawak di Kelab Nutrisi, Taman Perpaduan. Dapatan menunjukkan bahawa

kaum wanita yang menjadi ahli Kelab Nutrisi melebihi kaum lelaki yang

58

Page 59: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

meliputi 56.67% wanita dan 43.33% lelaki. Hal ini turut membuktikan yang

wanita lebih berminat untuk mengawal tahap kalori berbanding lelaki. Kajian

Hoolihan (2003) mengenai pemilihan makanan individu pula mendapati

bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan nutrien termasuklah

umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa, etnik dan cara hidup.

Responden yang dikaji ialah berumur di antara 18 tahun hingga 30

tahun. Hal ini menunjukkan bahawa responden yang berumur di antara 27

tahun hingga 30 tahun mencapai jumlah tertinggi iaitu 60.00% berbanding

yang berumur 23 tahun hingga 26 tahun dan 18 tahun hingga 22 tahun yang

hanya mencapai 26.66% dan 13.33%. menurut Zainab (2000), Keperluan

berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang

berlaku dalam badan seperti tumbesaran, taraf kesihatan dan aktiviti yang

dilakukan.

Pengkaji merasakan bahawa masyarakat yang terdiri daripada Ahli

Kelab Nutrisi Taman Perpaduan lebih memahami tentang pengertian kalori

itu sendiri. Menurut Kamus Cambridge (2015), kalori dari aspek pemakanan

bermaksud merupakan satu unit yang diukur bagi menentukan amaun

tenaga untuk makanan yang dibekalkan ketika makanan tersebut dimakan

lalu dicernakan. Manakala dari aspek saintifik, kalori bermaksud merupakan

satu unit yang bersamaam dengan jumlah tenaga yang diperlukan dalam

meningkatkan suhu satu gram air bagi satu darjah selsius.

59

Page 60: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Manakala dari segi mengetahuan mengenai cara pengiraan kalori

yang betul,hampir sebahagian masih belum mengetahui kerana cara

pengiraannya yang agak sukar. Namun, hal ini sangat penting kerana ukuran

tersebut akan menentukan jumlah kalori yang boleh diambil oleh badan

individu tersebut.

Individu perlu menentukan penggunaan dan pengambilan tenaga

seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya

pengambilan tenaga yang lebih dari yang diperlukan, badan akan

menyimpan lebihan lemak di dalam hati dan otot-otot sebagai glikogen dan

di bawah kulit dalam bentuk lemak. (jika kelaparan berlaku, simpanan lemak

ini akan digunakan.) bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, berat badan

akan naik lebih kurang 450 gram.walau bagaimanapun, bilangan kalori yang

diperlukan bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz,

cara hidup, komposisi badan dan keturunan. (Zainab, 2000).

Dewasa ini, masyarakat yang menitik beratkan soal kesihatan sering

kali mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh yang demikian ,mereka

sangat cakna akan cara pemakanan serta keperluan kalori yang diperlukan

seharian.

Menurut responden yang dikaji, sebahagian besar amat bersetuju

bahawa pengambilan kalori yang berlebihan memberi kesan khususnya dari

segi peningkatan badan. Kevin Zahri (2013) berkata, tubuh seseorang

memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak

60

Page 61: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam

badan.Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan

membahayakan kesihatan.

Pengkaji mendapati bahawa pengambilan kalori yang berlebihan

boleh menyebabkan penyakit yang kronik. Menurut Rahmat (2012), diet

yang sihat membantu tumbesaran dan membolehkan manusia bekerja

secara proaktif dan merasa selesa. Diet yang sihat juga mampu

mengurangkan faktor risiko utama kepada penyakit kronik seperti

kegemukan, tekanan darah tinggi, dan paras kolestrol yang tinggi dalam

darah. Selain itu, “Timbalan Menteri Kesihatan berkata, terdapat kira-kira

tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan

bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta

individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.”

(Hilmi Yahaya, 2013)

Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard

menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di

seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan

jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes

meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta

orang pada 2008. Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang

mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama

dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan obesiti. Obesiti juga

61

Page 62: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

merupakan satu masalah kesihatan berat badan yang terlampau yang amat

serius. Lebih dari 1 billion penduduk dunia gemuk.

Selain itu, kajian ini turut menunjukkan bahawa kurangnya melakukan

aktiviti seperti senaman menyebabkan kurang pembakaran kalori. Menurut

Zainab (2000), golongan dewasa lanjut usia memerlukan makanan yang

kurang disebabkan aktiviti yang berkurangan berbanding golongan yang

muda dan aktif. Oleh itu, sekiranya kalori tersebut diambil secara berlebihan,

maka individu tersebut harus melakukan aktiviti yang mampu mengurangkan

kadar kalori dalam badan.

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang sangat

penting dalam memberi input dan maklumat terhadap orang ramai. Secara

keseluruhannya, saluran yang paling mudah disampaikan kepada

masyarakat Malaysia ialah melalui stesen televisyen. Hal ini kerana majoriti

rakyat Malaysia gemar menonton televisyen bersama-sama keluarga pada

waktu senggang.

Masyarakat Malaysia bersetuju bahawa mengamalkan aktiviti yang

cergas khususnya melakukan senaman secara berkala mampu

mengurangkan risiko penyakit kronik. Hal ini disebabkan oleh kalori yang

berlebihan dapat dikawal dalam badan. Oleh itu, pengumpulan lemak di

dalam badan juga dapat dielakkan.

62

Page 63: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Sebahagian besar responden dari Ahli Kelab Nutrisi Taman

Perpaduan turut bersetuju bahawa pendidikan kesihatan harus diberikan

kepada orang ramai agar mereka di luar sana sedar akan kepentingan

mengawal kalori berlebihan dalam badan serta kesan jika tidak

mengalamalkan gaya hidup yang sihat.

63

Page 64: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

BAB 6

RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan mengenai kadar pengetahuan

mengenai pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan dalam kalangan

ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, Perak agak memuaskan. Mereka

menitik beratkan soal gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira dari

segi keperluan kalori yang betul. Kalori merupakan unit yang diukur bagi

tenaga yang terdapat di dalam badan. Pengetahuan mengenai kalori sangat

penting kerana sekiranya diambil dan dimakan dalam kuantiti yang banyak

dan berlebihan lalu tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan di

simpan di dalam badan sebagai lemak berlebihan.

64

Page 65: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Sangat penting bagi masyarakat di luar sana untuk mengetahui

mengenai kalori yang diperlukan dalam badan. Hal ini juga kerana setiap

8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikkan 1kg berat

badan dari berat badan asal. Bagi mengekalkan berat badan yang ideal pula,

kalori harian yang diambil perlulah mengikut keperluan kalori yang

diperlukan oleh badan kita. Secara umumnya, keperluan kalori harian yang

diperlukan oleh golongan lelaki adalah sebanyak 1800 kalori manakala untuk

golongan perempuan pula adalah sebanyak 1500 kalori sehari.

Dari konteks demografik, ternyata bahawa golongan berusia lebih

berminat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat berbanding golongan

muda serta remaja. Hal ini kerana sebahagian besar ahli Kelab Nutrisi

Taman Perpaduan, Perak mementingkan kesihatan kerana peningkatan usia

seseorang akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kronik seperti

diabetes, hipertensi, serta masalah jantung jika tidak dicegah dengan awal.

Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Melalui borang soal selidik yang diberikan kepada para responden di

Kelab Nutrisi Taman Perpaduan, antara faktor yang mempengaruhi tahap

pengetahuan mengenai pengambilan kalori yang diperlukan badan ialah

cara pengiraan kalori yang betul. Melalui dapatan tersebut, pengkaji dapat

merumuskan bahawa masyarakat sekarang masih tidak mengetahui cara

pengiraan yang betul. Namun, masyarakat dewasa ini agak sedia maklum

65

Page 66: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

serta mengetahui tentang kepentingan dan apakah sebenarnya maksud

kalori.

Selain itu, masyarakat mahupun orang awam rata-ratanya tahu akan

keperluan kalori di dalam badan secara kasarnya. Mereka juga sedar dan

tahu bahawa kalori jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan

berat badan.

Masyarakat juga sedia maklum bahawa antara kesan tidak cakna

akan kepentingan kalori adalah peningkatan dari segi kos perbelanjaan. Hal

ini kerana rentetan dari penyakit kronik yang datang,kos dari segi

perbelanjaan perubatan amat diperlukan bagi merawat penyakit tersebut.

Oleh itu, jikan penduduk di Malaysia kini tidak mengambil endah akan

penjagaan kesihatan, maka mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang

akhirnya menggangu gugat pendapatan bulanan mereka.

6.2 CADANGAN

Beberapa cadangan boleh dikemukakan bagi meningkatkan tahap

pengetahuan mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan. Hal

ini sangat penting agar generasi yang akan datang dapat mengekalkan

66

Page 67: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

kesihatan dengan mengambil berat mengenai penjagaan kalori yang

diperlukan dalam badan agar sentiasa berada dalam jumlah yang optimum

serta terkawal.

Antaranya cadangan yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan serta

badan berkanun harus bekerjasama dalam menjayakan program kesedaran

terhadap masyarakat sejagat. Contohnya ialah dengan menyampaikan input

dan maklumat melalui saluran seperti media massa dan elektronik. Hal ini

sangat membantu dari segi menghebahkan sesuatu perkara. Secara tidak

langsung, perkara ini telah menyuntik kesedaran dalam kalangan

masyarakat mengenai keperluan kalori yang diperlukan dalam badan.

Selain itu, pendidikan kesihatan perlu diberikan kepada orang awam

khususnya Ahli Kelab Nutrisi Taman Perpaduan. Pegawai Kesihatan

ataupun jurulatih yang berpengalaman mengenai kalori perlu memberikan

input yang penting kepada masyrakat agar mereka tahu bagaimana cara

untuk mengekalkan kesihatan dengan mengawal jumlah kalori dalam badan.

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa cadangan ini boleh dilakukan pada

masa yang

akan datang kerana maklumat yang disampaikan adalah melalui perjumpaan

di antara pegawai yang bertugas dengan masyarakat. Pelbagai soalan boleh

diajukan secara terus kepada mereka .

67

Page 68: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Pengkaji juga berpendapat bahawa pengedaran risalah kepada orang

awam dapat meningkatkan tahap pengetahuan mengenai keperluan kalori

yang betul di dalam badan. Risalah tersebut boleh dibaca dan difahami.

Maklumat yang penting juga terdapat dalam risalah itu. Melalui pembacaan

risalah, pembaca juga boleh menyampaikan ilmu yang diketahui kepada

orang lain khususnya keluarga mereka sendiri. Oleh itu, makin ramai yang

akan mengetahui mengenai perkara ini.

Aktiviti-aktiviti kecergasan juga perlu dilakukan secara berkala seperti

tiga kali seminggu selama 20 minit. Aktiviti sebegini dapat membantu dari

segi pembakaran kalori yang berlebihan dalam badan. Terdapat dua jenis

aktiviti seperti ‘low impact’ dan ‘high impact’. ‘low impact’ merupakan aktiviti

yang perlahan seperti berjalan kaki dan yoga. Aktiviti sebegini mengambil

masa yang lama untuk membakar kalori. Manakala ‘high impact’ pula

merupakan aktiviti yang memerlukan stamina tinggi seperti berlari dan

berzumba. Oleh itu, masyarakat boleh memilih aktiviti yang bersesuaian

dengan stamina badan

kerana objektif aktiviti ini adalah pembakaran kalori tidak kira apa-apa jua

aktiviti sekalipun.

Sesungguhnya, pengkaji perlulah sentiasa peka akan cadangan yang

bakal dikemukakan. Hal ini sangat penting agar penyelidikan yang bakal

68

Page 69: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

dijalankan di masa akan datang dapat lebih diperlbaiki lagi. Seterusnya

pengetahuan mengetahi mengenai keperluan kalori dalam badan juga dapat

dipertingkat dari semasa ke semasa agar masyarakat sentiasa

mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera.

BIBLIOGRAFI

Baysal, A. (2002). General Nutrition. Ankara: Hatiboglu Publications: 14,

Press.

 

69

Page 70: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Bender, W. H. (1997). “How much food will we need in the 21st century? ”

Environment..39. 6-11.

Blades, M. (2001). Factors affecting what we eat. Nutrition and Food

Science, 21 (2), 71-77.

Delisle, H. (2005). Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition

in Developing Countries? To Address Which Problems, and How?

Universiti Montreal: Thesis.

Ensiklopedia Islam Edisi 4, (2003)

Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J., Wilcock, F. (2002). “Foodfor

Your Body”. London: Reader’s Digest. 36-43, 302-305

Hoolihan, L. E. (2003). Individualization of nutrition recommendations and

food choices. Nutrition Today, 38, 6. 225-231.

Kelly-Plate, J. & Eubanks, E. (2000). Teacher’s Wraparound Edition: Today’s

Teen. Illinois: Glencoe McGraw Hill.

70

Page 71: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Healthy Weight: A New Way of

Looking At Your Weight and Health. Kuala Lumpur: KKM.

McBean, L. D. (1999). Emerging dietary benefits of dairy foods. Nutrition

Today, 34(1), 47-53.

Rahmah, M. A., (1999). “Rancangan Kesihatan Sekolah”. Buletin Kesihatan

Masyarakat, 5,90-91.

Rahmat, R. (2012). Faktor Yang Mempengaruhi Penumpuan Pembelajaran

Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Storper, B. (2003). “Moving toward health sustainable diets”. Nutrition Today, 38, 2.

57-59.

Tesler, W (2003). “Four core components which should be made available together

andin all schools”. UNESCO: Skill-based health: Tidak diterbitkan

UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 :

HealthyNutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva :

Nota

71

Page 72: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM KALANGAN AHLI KELAB NUTRISI TAMAN PERPADUAN

Zainab Tambi (2000). “Amalan Pemakanan Sihat”. Jabatan Kesihatan Negeri

Sarawak:Nota

Ziegler, P., Hensley, P., Roepke, J. B. (1998). “Eating attitudes and energy intakes

of female skaters”. Medicine and Science in Sports and Exercise,30,4.

583-586.

Cambridge Advanced Learner's Dictionary dimuat turun pada 20 Mac 2015

dari http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/

Hilmi Yahaya (2013). Obesiti Kini Masalah Besar di Malaysia. Dimuat turun

pada 25 April 2015 dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-

semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/

Kevin Zahri (2013). Kenal Pasti Kalori. Dimuat naik pada 1 Mei 2015 dari

http://www.myhealth.gov.my/index.php/component/content/article/772

6-kenal-pasti-kalori.

72