laporan gerko persatuan minggu kedua - copy

7
LAPORAN GERKO PERSATUAN MINGGU KETIGA Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya maka kami dari kelas PPISMP GSTT 2012 telah berjaya mempelajari satu lagi pembelajaran mengenai Bola Baling yang telah diajar oleh guru pembimbing kami iaitu En. Azzizi Bin pada 10 Julai 2012 hari selasa. Sehubungan dengan itu, kami telah diajar tentang kemahiran- kemahiran asas mengenai permainan bola baling. Antara kemahiran- kemahiran tersebut ialah; 1. Kemahiran Melambung Dan Menyambut Bola - Melambung bola secara statik - Melambung bola tinggi dari atas kepala - Melambung bola dengan tambahan 3 biji bola berturut-turut (menguji ketangkasan) 2. Kemahiran Menerima Hantaran Bola Paras Dada - Menerima bola yang dihantar oleh pasangan - Penerima menerima bola dalam keadaan statik - Bola yang dihantar hendaklah pada paras dada pasangan 3. Kamahiran Hantaran Sisi Belakang Bawah Punggung - Menghantar bola kepada pasangan menggunakan sebelah tangan bawah paras punggung.

Upload: adeng120284

Post on 27-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

try

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Gerko Persatuan Minggu Kedua - Copy

LAPORAN GERKO PERSATUAN MINGGU KETIGA

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya

maka kami dari kelas PPISMP GSTT 2012 telah berjaya mempelajari satu lagi

pembelajaran mengenai Bola Baling yang telah diajar oleh guru pembimbing kami iaitu

En. Azzizi Bin pada 10 Julai 2012 hari selasa.

Sehubungan dengan itu, kami telah diajar tentang kemahiran-kemahiran asas

mengenai permainan bola baling. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah;

1. Kemahiran Melambung Dan Menyambut Bola

- Melambung bola secara statik

- Melambung bola tinggi dari atas kepala

- Melambung bola dengan tambahan 3 biji bola berturut-turut (menguji

ketangkasan)

2. Kemahiran Menerima Hantaran Bola Paras Dada

- Menerima bola yang dihantar oleh pasangan

- Penerima menerima bola dalam keadaan statik

- Bola yang dihantar hendaklah pada paras dada pasangan

3. Kamahiran Hantaran Sisi Belakang Bawah Punggung

- Menghantar bola kepada pasangan menggunakan sebelah tangan bawah paras

punggung.

- Dilakukan secara berpasangan dalam kumpulan.

4. Kemahiran Hantaran Sisi Belakang Aras Kepala

- Hantaran bola kepada pasangan dalam kumpulan menggunakan sebelah tangan

bawah paras kepala

- Formasi tiga segi.

Page 2: Laporan Gerko Persatuan Minggu Kedua - Copy

5. Kemahiran Hantaran Wrist Kiri Dan Kanan

- Menghantar bola kepada pasangan dalam kumpulan dengan menggunakan wrist

sebelah tangan kiri dan kanan.

- Formasi 3 segi.

6. Hantaran Overarm (bola tinggi)

- Menghantar bola kepada pasangan dalam kumpulan dengan menggunakan

sebelah tangan.

- Bola hendaklah tinggi melabihi paras lengan.

- Formasi 3 segi.

Dengan kemahiran asas ini maka kami dapat mengaplikasikasi latihan

pembelajaran kepada pelajar-pelajar disekolah nanti. Latihan ini amat penting

kepada para pelajar bagi meningkatkan mutu sukan permainan pelajar di peringkat

sekolah, negeri mahupun peringkat antarabangsa.

Laporan disediakan oleh,

-------------------------------

(RAMLI BIN AHMAD)

Ppismp Gstt 2012

Page 3: Laporan Gerko Persatuan Minggu Kedua - Copy

REFLEKSI GERKO PERSATUAN MINGGU PERTAMA

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya maka saya Ramli bin

Ahmad, dari kelas PSV PPISMP GSTT 2012 telah menghadiri kelas GERKO bagi

minggu pertama yang telah diadakan di Bilik Gerakan Gerko IPG Kampus Darulaman.

Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama bagi kelas PSV PPISMP

GSTT Semester 2 tahun 2012. Pensyarah pembimbing telah membahagikan beberapa

kumpulan permainan mengikut kelas. Kelas saya telah diberikan permainan sukan bola

baling dimana pensyarah pembimbing saya ialah En. Azizi Bin Ismail. Permainan ini

merupakan permainan baru bagi saya dimana saya selalu mendengar tentang sukan

permainan bola balingi tetapi saya belum pernah untuk melibatkan diri dalam

permainan ini.

Saya rasa bersyukur kerana telah diberi sukan permainan ini. Saya akan belajar

dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sukan permainan ini dengan

bimbingan pensyarah pembimbing yang mahir. Justeru itu, kami telah berkenalan

dengan pensyarah iaitu En. Azizi selaku pensyarah pembimbing kelas kami. Kami telah

berbincang dalam kumpulan untuk melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa bagi

kumpulan kami.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah pembimbing kerana telah memberi penerangan dan perbincangan yang baik

dalam pembahagian kumpulan sukan permainan mengikut kumpulan dan kelas. Tidak

lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi kerjasama yang baik dalam

perbincangan melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa.

Sekian wassalam.

Disediakan oleh,

------------------------

( RAMLI BIN AHMAD )

Ppismp Gstt 2012

Page 4: Laporan Gerko Persatuan Minggu Kedua - Copy

REFLEKSI GERKO PERSATUAN MINGGU KEDUA

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya maka saya Ramli bin

Ahmad, seterusnya telah berjaya menghadiri kelas GERKO bagi minggu kedua yang

telah diadakan di Dewan Sri Banai IPG Kampus Darulaman.

Perjumpaan kali ini terlalu singkat kerana 1 jam awal telah diadakan program

majlis sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman. Namun demikian saya

telah mendengar penerangan daripada pensyarah pembimbing iaitu En. Azizi mengenai

permainan bola baling.

Beliau telah memberi penerangan tentang sukan permainan ini. Beliau juga

telah menyatakan ahli kumpulan permainan yang terlibat, saiz bola yang digunakan dan

banyak lagi. Selain daripada itu juga beliau ada menyatakan kebaikan sukan permainan

ini kepada pelajar-pelajar di sekolah.

Dengan peruntukan masa yang tidak mengizinkan, maka kami tidak dapat

membuat latihan untuk permainan sukan bola baling untuk hari ini. Namun saya telah

mengetahui sedikit sebanyak tentang permainan ini dan saya bersedia dan

bersemangat untuk mempelajari permainan bola baling. Seterusnya sukan permainan

kami untuk bola baling minggu ini telah ditangguhkan pada minggu hadapan.

Disediakan oleh,

------------------------

( RAMLI BIN AHMAD )

Ppismp Gstt 2012

Page 5: Laporan Gerko Persatuan Minggu Kedua - Copy

REFLEKSI GERKO PERSATUAN MINGGU KETIGA

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya maka saya Ramli bin

Ahmad, seterusnya telah berjaya menghadiri kelas GERKO bagi minggu ketiga yang

telah diadakan di Dewan Sri Banai IPG Kampus Darulaman.

Perjumpaan kali ini saya telah didedahkan dengan cara permainan dan latihan

kemahiran asas yang perlu ada kepada saya sebagai pelajar guru yang akan mendidik

pelajar disekolah. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat

latihan kemahiran-kemahiran asas. Antara latihan kemahiran asas yang telah diajar

ialah;

1. Kemahiran Melambung Dan Menyambut Bola

2. Kemahiran Menerima Hantaran Bola Paras Dada

3. Kamahiran Hantaran Sisi Belakang Bawah Punggung

4. Kemahiran Hantaran Sisi Belakang Aras Kepala

5. Hantaran Overarm (bola tinggi)

6. Kemahiran Hantaran Wrist Kiri Dan Kanan

Kemahiran-kemahiran tersebut telah memberi kesan kepada saya sebagai

pelajar guru. Dengan latihan ini, maka saya menjadi lebih yakin dalam permainan sukan

bola baling. Saya akan menggunakan latihan asas ini bila saya berada disekolah nanti.

Akhir sekali saya bersyukur kerana telah diajar oleh pensyarah pembimbing yang

mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak dalam hal permainan ini. Sekian

wassalam.

Disediakan oleh,

-------------------------------

( RAMLI BIN AHMAD )

Ppismp Gstt 2012