laporan big fasa 4

23
PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Bina Insan Guru(BIG) ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah di IPG Kampus P.Pinang yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dan rakan-rakan bagi melaksanakan program ini. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda kerana memberi sokongan dan kebenaran untuk saya dan rakan menjayakan projek ini . Tak dilupakan juga kepada semua guru dan murid-murid yang terlibat untuk menjayakan Program BIG Fasa 4 ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami laksanakan program ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus memastikan segala perancangan yang telah dibuat berjalan lancar dan juga bertukar- tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.

Upload: azman-mohamed

Post on 25-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan BIG Fasa 4

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan

Laporan Bina Insan Guru(BIG) ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah di IPG Kampus

P.Pinang yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya

dan rakan-rakan bagi melaksanakan program ini.

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda

kerana memberi sokongan dan kebenaran untuk saya dan rakan menjayakan projek ini . Tak

dilupakan juga kepada semua guru dan murid-murid yang terlibat untuk menjayakan Program

BIG Fasa 4 ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami laksanakan

program ini dengan sempurna.

Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama

bertungkus-lumus memastikan segala perancangan yang telah dibuat berjalan lancar dan juga

bertukar-tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan

ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan

modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada

diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang

berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran

malah kepada masyarakat setempat khususnya.

Page 2: Laporan BIG Fasa 4

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,

berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG

yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai

kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari

melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang

dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji

serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan

Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada

pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan

pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif

serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang

secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini

mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan

sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara

menyeluruh dari semua aspek. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang

berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk

berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan

guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan

mental, serta bermanafaat kepada keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai

keguruan.

Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, peserta-peserta dapat mencapai matlamat berikut:

1 menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran

agama.

2 meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat bersama

serta bertanggungjawab kepada pasukan.

3 meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

Page 3: Laporan BIG Fasa 4

4 meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta

perpaduan masyarakat.

5 meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

6 meningkat pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui

amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

Pada BIG kali ini ianya merupakan BIG fasa 4 bagi PPG Ambilan Jun 2011 Semester 7 yang

mana fasa 1,2 dan 3 telah dilaksanakan pada semester 3,4 dan 5. Kami telah diberikan tugasan

untuk melaksanakan satu projek di kawasan sekolah sendiri. Saya dan rakan-rakan telah memilih

untuk mengadakan projek meja kantin berinfo di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Projek

ini melibatkan murid Tahun 5 dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda,Kedah.

Page 4: Laporan BIG Fasa 4

PROSES SEBELUM

Sebelum projek ini dijalankan saya dan rakan-rakan telah mengadakan perbincangan bagi

menentukan perjalanan dan perancangan aktiviti. Kami telah mengadakan satu perbincangan

dan mesyuarat bersama bagi memastikan program BIG Fasa 4 ini berjalan lancar. Hasil

perbincangan ini satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menentukan murid yang akan terlibat,

tempat perlaksanaan ,peralatan dan anggaran kos bagi melaksanakan projek ini. Kami telah

memilih untuk melibatkan murid Tahun 5 SK Kota Kuala Muda kerana mereka akan menduduki

peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Sebelum projek dimulakan, murid-murid telah dimaklumkan tentang penglibatan mereka dalam

projek ini. Murid-murid diberi taklimat semasa perhimpunan pagi hari biasa persekolahan.

Murid-murid Tahun 5 yang telibat membantu guru menyediakan bahan bacaan untuk

dilaminating dan menyediakan alas meja kantin yang baru. Bagi kerja-kerja membaikpulih meja

kantin dan membuang alas meja yang lama dilakukan oleh saya dan rakan-rakan guru sendiri.

Page 5: Laporan BIG Fasa 4

PROSES SEMASA

Setelah selesai alas meja lama dibuang, meja-meja kantin ini dibaikpulih kerana terdapat paku-

paku yang lama masih berada di bawah meja. Meja ini dibersihkan dan paku yang lama dibuang

untuk mengelak daripada plastik alas meja yang baru akan terkoyak. Alas meja kantin yang lama

juga dibubuh secara menyambungkan setiap meja menjadi sebaris yang panjang. Keadaan ini

menyebabkan alas meja yang lama menjadi mudah rosak kerana apabila terdapat program

sekolah yang diadakan dikantin terpaksa mengubah meja-meja ini. Dengan kesempatan ini, saya

dan rakan-rakan membuat keputusan untuk membalut meja-meja ini secara satu satu.

Terdapat juga guru-guru lain turut membantu menjayakan projek ini. Mereka banyak membantu

menyediakan bahan-bahan bacaan yang ada pada simpanan mereka yang agak menarik untuk

diletakkan di atas meja kantin sekolah. Bagi kerja laminating bahan bacaan, murid-murid

perempuan diminta membantu guru kerana mereka lebih berhati-hati daripada murid-murid

lelaki. Murid lelaki membantu guru membalut meja, mengangkat meja dan sebagainya.

Page 6: Laporan BIG Fasa 4

Peringkat terakhir bagi menyiapkan meja kantin berinfo ini ialah meletakkan bahan-bahan

bacaan di atas meja dan membalut meja ini dengan plastik alas meja. Sebuah meja kantin

memerlukan 12 keping bahan bacaan bersaiz A4 bagi memenuhi meja jenis ini. Bagi sesebuah

meja, satu subjek bahan bacaan sahaja atau formula Matematik sahaja diletakkan.

Page 7: Laporan BIG Fasa 4

PROSES SELEPAS

Program BIG kali ini hampir siap sepenuhnya.

Meja kantin berinfo ini juga disaksikan semua

pentadbir sekolah termasuk Guru Besar dan

Penolong Kanan Kurikulum Sekolah

Kebangsaan Kota Kuala Muda. Pentadbir turut

menyokong dengan memberi semangat kepada

saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan projek

ini.

Page 8: Laporan BIG Fasa 4

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)

1. Kerjasama yang sangat menggalakkan dari

pihak sekolah, guru-guru serta murid-murid

SK Kota Kuala Muda, Kedah.

2. Alatan yang digunakan ringan dan mudah

KELEMAHAN (W)

1. Masa yang suntuk untuk menyiapkan kerja

kursus dan melaksanakan program BIG.

2. Program sekolah yang banyak menyebabkan

Page 9: Laporan BIG Fasa 4

disimpan setelah selesai kerja.

3. Keadaan kantin yang terbuka memberi

keselesaan kepada guru dan murid

menjalankan projek

4. Taukeh kantin selalu memberi minuman

free kepada guru-guru yang menjalankan kerja

projek.

sukar mendapat tarikh atau masa yang sesuai.

3. Murid yang ramai menyebabkan bising

ketika kerja dijalankan.

PELUANG (O)

1. Sokongan daripada guru besar, pentadbir

sekolah dan semua AJK yang terlibat.

2. Ibu bapa turut memberikan kebenaran

kepada murid setiap kali anak mereka terlibat

dengan aktiviti sekolah.

ANCAMAN (T)

1. Murid-murid bising ketika menjalankan

kerja projek.

2. Sikap murid yang kurang serius dan suka

bermain sedang guru sibuk membalut meja.

LAPORAN REFLEKTIF

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, saya bersama

rakan-rakan PPG Ambilan Jun 2011 telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa 4 dalam tempoh 3 bulan bermula pada Julai dan berakhir pada hujung September bertempat

di Kantin Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, Kedah. Projek yang dilaksanakan merupakan

menghias meja kantin berinfo.

Page 10: Laporan BIG Fasa 4

Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran

pada semester 7 di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab

dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Sepanjang projek ini dijalankan, saya telah banyak mendapat pengalaman dan

pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan projek ini. Pengalaman dan

pengetahuan yang telah saya dapati adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal

lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami

memilih kantin sekolah kerana kami berpendapat bahawa ianya tidak melibatkan kos yang tinggi

di samping murid-murid sedikit sebanyak dapat menimba ilmu ketika rehat di kantin sekolah.

Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan

bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan murid.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang tugas yang sesuai untuk

mereka.

Pada keseluruhan projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap murid telah berjaya

menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Tidak dinafikan

setiap program yang dijalankan terdapat rintangan yang terpaksa dihadapi tetapi saya bersyukur

kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang masalah. Sepanjang projek ini

dijalankan, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang saya dapat

kenalpasti sepanjang program BIG ini.

Kekuatan:

Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini

kerana diadakan di dalam kawasan sekolah. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan

dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan kerja projek BIG

ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selesa iaitu di Kantin Sekolah SK Kota Kuala

Muda berdekatan dengan tapak perhimpunan sekolah.

Page 11: Laporan BIG Fasa 4

Kemudahan peralatan untuk menjalankan projek ini mudah didapati dan menggunakan

kos yang rendah. Peralatan seperti Stapler besar, tikar getah alas meja dan plastik meja mudah

disimpan dan berpatutan.

Di samping itu projek ini mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbiran sekolah.

Pihak ibu bapa juga membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti di sekolah

walaupun dijalankan pada waktu balik sekolah. Murid-murid juga menunjukkan sikap yang baik

serta memberi komitmen sepenuhnya semasa program ini dijalankan.

Kelemahan:

Sepanjang projek ini berjalan disiplin murid agak terkawal. Terdapat juga dua orang

murid bergaduh semasa menjalankan projek ini. Selain itu, murid juga lebih suka bersembang

dan membuat bising ketika menjalankan projek ini.

Program ini dijalankan ketika murid-murid Tahun 6 sedang membuat pecutan akhir untuk

menghadapi peperiksaan. Ramai guru terlibat dengan kelas tambahan sekolah dan segelintir guru

berkursus. Warga sekolah juga sibuk menyiapkan fail panitia dan sebagainya kerana lawatan

daripada pihak nazir dan JPN Kedah. Ujian Lisan Linus Numerasi dan Literasi juga berlansung

pada awal September dimana saya sendiri juga terlibat.

Peluang:

Kerjasama dan sokongan pihak sekolah kepada aktiviti ini menjadikan ianya satu peluang untuk

menjayakan projek ini. Kesanggupan pihak sekolah mengeluarkan sedikit bajet untuk

menanggung kos perbelanjaan menambahkan peluang untuk saya dan rakan-rakan menjalankan

aktiviti ini dengan baik dan lancar.

Selain itu sokongan dari pihak ibubapa dan waris yang memberikan kebenaran kepada

anak-anak mereka untuk menyertai projek ini turut menjadi faktor kepada kejayaan aktiviti ini.

Ancaman:

Semasa projek ini dijalankan, saya mendapati beberapa ancaman yang mungkin mencacatkan

perjalanan projek ini. Murid-murid bising ketika menjalankan projek ini. Terdapat murid yang

Page 12: Laporan BIG Fasa 4

lebih suka tengok saja rakan-rakan lain membantu guru. Kebanyakkan mereka di kalangan murid

lelaki.

Cadangan penambahbaikan:

Pada masa akan datang diharap program seperti ini dapat diperuntukkan masa yang lebih

panjang supaya projek dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Melibatkan guru-guru yang lebih ramai bagi memudahkan perjalanan projek

Penglibatan menyeluruh dari pihak ibubapa dan PIBG.

Melantik ketua kumpulan bagi setiap bidang tugas murid yang telah diagihkan supaya

mereka lebih bertanggungjawab.

PENILAIAN KENDIRI

Perlaksanaaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion

pergurunan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role

model kepada masyarakat. Justeru itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua

keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Page 13: Laporan BIG Fasa 4

Melalui aktiviti yang telah dirancang, saya dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai

insan guru. Melalui projek BIG pada kali ini saya telah beroleh beberapa manfaat untuk

digunakan sepanjang mengharungi profesion sebagai seorang guru.

Antaranya ialah semangat bekerja berpasukan. Sebelum menjalankan projek ini, saya dan

rakan-rakan telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat. Masing-masing telah diagihkan

tugas sepanjang melaksanakan projek ini. Saya mendapati semangat kerja berpasukan yang

ditunjukkan menjadi tonggak utama kepada kejayaan perlaksanaan projek ini.

Selain itu saya dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid melalui projek

ini terutamanya ketika membalut meja dengan plastik. Murid perlu berhati-hati kerana takut

plastik akan koyak. Nilai-nilai seperti menjaga kebersihan, sabar, tolong menolong, dan

bekerjasama diterapkan semasa projek ini. Secara tidak langsung murid akan dapat

mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka.

Di samping itu saya juga belajar untuk mengurus masa dengan baik. Ini kerana perjalanan

projek menepati dengan apa yang telah dirancangkan. Aktiviti ini menuntut ketahanan mental

dan fizikal saya. Ini jelas dapat dilihat bermula dari perancangan projek sehinggglah selesai

semua dengan baik.

Projek ini juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa proses pembelajaran masih

berlaku walaupun dijalankan di luar kelas. Secara tak langsung murid-murid dapat menimba

ilmu walaupun berada di kantin dan ketika makan. Murid-murid juga akan lebih bermotivasi dan

bersemangat untuk melangkah ke tahun 6 pada tahun depan.

Demografi Peserta

Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 4 ini memerlukan peserta memilih satu projek

yang perlu diadakan dikawasan sekolah dan dikendalikan sepenuhnya oleh peserta PPG.

Sehubungan itu, saya bersama-sama rakan-rakan PPG yang lain telah merancang untuk

menjalankan projek meja kantin berinfo.

Page 14: Laporan BIG Fasa 4

Projek ini melibatkan murid-murid dari Tahun 5. Seramai 45 orang murid yang terlibat

dalam melaksanakan projek menghias meja kantin ini. Mereka terdiri daripada 22 orang murid

lelaki dan 23 orang murid perempuan.

Semua peserta program ini juga merupakan murid berketurunan Melayu seramai 45

orang. Oleh itu, tidak timbul masalah komunikasi antara satu sama lain. Guru mudah berinteraksi

dengan murid-murid sewaktu projek berjalan. Semua guru yang terlibat juga berbangsa Melayu.

Tahap kecerdasan murid yang terlibat bagi projek ini adalah pelbagai, kerana terdapat

murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Namun begitu murid-murid ini telah biasa bekerjasama

antara satu sama lain kerana mereka merupakan sekelas. Semangat kerja berpasukan juga turut

diaplikasikan sewaktu projek dijalankan.

Latar belakang murid adalah hampir sama. Kebanyakan ibu bapa bekerja dalam bidang

pertanian, perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Murid telah dilatih dengan adab sopan di

rumah. Oleh yang demikian, murid dapat menyempurnakan program ini tanpa sebarang masalah.

Kesimpulannya, peserta yang terlibat dalam projek ini datang dari latar belakang keluarga

yang hampir sama maka adat dan cara hidup juga hampir sama.

SENARAI NAMA MURID TERLIBAT

BIL NAMA JANTINA KELAS

1 AHMAD ZUHAIRI B ZAMRI L 5T

2 BISHRUL AFWI B BASHARUDDIN L 5T

3 MUHAMAD EMRAN GHAZALY B MOHAMAD TAUBI L 5T

Page 15: Laporan BIG Fasa 4

4 MUHAMMAD ALIFF DANIAL B BASIR L 5T

5 MUHAMMAD ANAS B MD ARIFF L 5T

6 MUHAMMAD ARIF B IBRAHIM L 5T

7 MUHAMMAD FAIZ B ABD. LATIFF L 5T

8 MUHAMMAD HAIKAL DANIEL B AHMAD SUKRI L 5T

9 MUHAMMAD HIJAZI B MUHAMAD JEFRI L 5T

10 MUHAMMAD IRFAN B ISMADI L 5T

11 MUHAMMAD SYAFIQ B AZENAN L 5T

12 MUHAMMAD SYAFIQ B SALMAN L 5T

13 MUHAMMAD ZUL QARREM B NORIZAN L 5T

14 AIN SHAHADAH BT DZULKIFLY P 5T

15 ANIS SOFEA BT SHAHABUDIN P 5T

16 DURAISYAH NUR BT ABDUL KHODIR P 5T

17 INTAN RABIATUL ADIBA BT MUHD ROSLI P 5T

18 MAISARAH BT AB. MOKHTI P 5T

19 NOOR ABIDAH BT ABDUL MAJID P 5T

20 NUR AIN SYAHIRAH BT ABD. MANAN P 5T

21 NUR ALIYA SAFIYA BT ZAKARIA P 5T

22 NUR FATIHAH BT ZAIDI P 5T

23 NURHAFIFA ELYANA BT MOHD HISAMUDDIN P 5T

24 NUR JANNAH BT MD DAUD P 5T

25 NUR LIYANA ASYIQIN BT KAMAL P 5T

26 NUR NABIHAH BT REDZUAN P 5T

27 NURSYAFINAZ BT MOHD DAUD P 5T

28 NUR SYAFIQAH BT MUHAMAD SHUKRI P 5T

29 NURUL TASHA ALIAH BT MOHD ROSLI P 5T

30 SITI NUR ALISA BT ZULKIPLI P 5T

31 SITI NUR MAISARAH BT FAISAL P 5T

32 UMMI SABIRIN BT AZAHAR P 5T

33 NUR SHARIFAH SYAHIRAH BT SHAIFUL ZAHARI P 5T

34 AIMAN B AMIR L 5B

35 MUHAMMAD IKMAL B ISMAWADI L 5B

Page 16: Laporan BIG Fasa 4

36 MUHAMMAD AKMAL RIZAL B MOHD PUAD L 5B

37 MUHAMMAD ALIF B YASIR L 5B

37 MUHAMMAD AMIRUDIN NAIM B JUMADI L 5B

38 MUHAMMAD AMMAR B MOHD NOOR L 5B

39 MUHAMMAD AMMAR DANIAL B MOHD AMIN L 5T

40 MUHAMMAD ARIFF B MOHD FAUZI L 5B

41 MUHAMMAD ERMAN B ROSLAN L 5B

42 MUHAMMAD HAIKAL B ROSLIN L 5B

43 MUHAMMAD HAIZAL IZHAM B MD AZHAR L 5B

44 NOOR AZREEN BT MOHD IDHAM P 5B

45 NOOR INTAN SOLAHAH BT FADZELI P 5B

Page 17: Laporan BIG Fasa 4

KEADAAN KANTIN SEBELUM PROJEK

ALATAN YANG DIGUNAKAN

Page 18: Laporan BIG Fasa 4

PK 1 MEMANTAU PERJALANAN PROJEK