laporan big 5.docx

Upload: aimanhannan

Post on 07-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU PINANGBINA INSAN GURU

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikannya. Secara dasarnya, program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intipatinya seperti perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya yang dapat menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Bagi peserta-peserta kursus PPG, program ini tidak terkecuali. Ia perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang diperuntukkan untuk memenuhi syarat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Pelajar PPG di IPGM Kampus Pulau Pinang telah diberi satu taklimat Bina Insan Guru (BIG) pada 19 Oktober 2014. Dengan ini, saya bersama rakan sekelas mula merangka strategi dan perancangan yang bersesuaian dan selaras dengan kehendak kursus. Perbincangan awal dan dari semasa ke semasa amat perlu supaya segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Pada ketika inilah, saya berasakan bahawa segala kebijaksanaan merancang, mengurus dan bertindak mula teruji. Sifat peribadi seperti kesabaran, kemahiran berkomunikasi dan segala macam kekuatan dan kelemahan mulai terserlah satu demi satu agar kita lebih mengenali diri sendiri dan mengambil tindakan bijak untuk mengatasinya. Saya amat berharap tugasan BIG yang saya laksanakan dapat mencapai objektif program BIG amnya dan diri saya sendiri khasnya. Semoga segala yang saya usahakan menepati kehendak dan kriteria yang telah ditetapkan demi mencapai impian saya untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah). Amin.

Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK (C) PEREMPUAN CHINA

NAMA PELAJAR: MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMADPROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 / MTE DNAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAINAMA PROJEK/AKTIVITI: LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) KE SJK (C) PEREMPUAN CHINATEMPOH PELAKSANAAN: 22 NOVEMBER 2014

PENGENALAN :

Program Bina Insan Guru merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai sesuatu projek. Pada peringkat ini, pelajar guru perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan aktiviti sekolah/tempat bertugas supaya dapat meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan benchmarking satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah.LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK (C) PEREMPUAN CHINA

Pada 22 November 2014, satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), iaitu SJK (C) Perempuan China telah dilaksanakan oleh 21 orang pelajar guru kumpulan akademik MTE-D bagi memenuhi kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Melalui lawatan penanda aras dan bengkel ini, pelajar guru dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah SBT. Selain itu, pelajar guru dapat memahami dan melihat sendiri pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia.

SJK (C) PEREMPUAN CHINA

Antara rasional pemilihan SJK (C) Perempuan China adalah kerana sekolah ini memiliki pakej kecemerlangan, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini. SJK (C) Perempuan China telah diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.

Seawal jam 8.30 pagi, semua pelajar guru dari kumpulan akademik MTE-D telah berkumpul di perkarangan SJK (C) Perempuan China. Ketua kelas mengambil kehadiran bagi semua ahli kumpulan akademik MTE-D. Ketibaan kami disambut mesra oleh Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat. Beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pendidik sehinggalah menjawat jawatan sebagai guru besar. Selepas sesi perkenalan ringkas, semua pelajar guru dijemput untuk berkumpul di dewan sekolah untuk sesi taklimat.

SESI TAKLIMAT DI DEWAN SEKOLAH Pada jam 9.00 pagi, sesi taklimat yang diadakan di dewan sekolah turut dihadiri oleh pensyarah dan pelajar dari IPG Kampus Tuanku Bainun. Apa yang menariknya adalah sesi taklimat dipengerusikan oleh salah seorang murid SJK (C) Perempuan China dengan begitu yakin dan petah berbahasa Melayu serta menampilkan ketrampilan diri yang menarik.

PENGACARA MAJLIS Pihak sekolah telah mempersembahkan beberapa persembahan yang dijayakan oleh murid-murid SJK (C) Perempuan China. Antara persembahan yang begitu menarik perhatian kami adalah persembahan Tarian Melayu, pertunjukan yoyo Cina dan Wushu. Semua persembahan ini telah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan pelajaran Negeri Pulau Pinang dan pertandingan anjuran pihak swasta.

TARIAN MELAYU

PERSEMBAHAN YOYO CINA

WUSHUSeterusnya, kami mendengar ucapan daripada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat. Beliau telah menayangkan slaid powerpoint yang menerangkan tentang sistem pengurusan sekolah dan kepempinan sekolah. Beliau juga berkongsi tentang kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh SJK (C) Perempuan China di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Berdasarkan pemerhatian kami, SJK (C) Perempuan China mempunyai ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi yang mana mempunyai pemimpin yang mempunyai akauntabliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah. SJK (C) Perempuan China mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, guru besar berupaya membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid malah sentiasa bersedia dan bersikap proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

GURU BESAR: CIK EWE BENG GUAT SJK (C) Perempuan China memfokuskan kepada peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan. Selain itu, pihak sekolah sentiasa mencatat peningkatan tahap prestasi yang cemerlang (akademik, kokurikulum dan sukan). Guru Besar juga memaklumkan bahawa pihak sekolah sentasa meningkatkan program jalinan dengan universiti, institusi tempatan dan antarabangsa. Selain itu, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk memastikan peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua. Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian UPSR yang mencatat keputusan 100% lulus bagi semua subjek. Lantaran itu, tidak hairanlah SJK (C) Perempuan China menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara.

TAYANGAN SLAID POWERPOINT

Pelajar guru diberi peluang untuk mengajukan sebarang soalan semasa sesi taklimat tersebut. Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah, infrastruktur sekolah, ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan dan iklim sekolah. Selain itu, soalan-soalan seperti takrifan SBT dan keistimewaan sekolah turut diajukan.

SESI SOALJAWAB

Akhir sekali, majlis penyerahan cenderahati kepada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau dan pihak sekolah menerima kunjungan kami.

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama dengan Cik Ewe Beng Guat, Guru Besar SJK (C) Perempuan China.

KELAS MTE-D BERSAMA GURU BESAR

Pada jam 10.30 pagi, semua pelajar guru diberi peluang untuk melawat beberapa bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kami berpeluang melawat Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik dan bijik darjah yang dilengkapi dengan smartboard. Kemudahan asas yang terdapat di sekolah ini ialah bilik guru, pusat sumber, kelas, makmal komputer, dewan sekolah, kantin, koperasi dan lain-lain.

BANGUNAN SEKOLAH

ANTARA BILIK-BILIK KHAS YANG TERDAPAT DI SJK (C) PEREMPUAN CHINA

PUSAT SUMBER BILIK AUDIO VISUAL

BILIK MULTIMEDIA BILIK MUZIK

MAKMAL KOMPUTER BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSJK (C) Perempuan China mewujudkan suasana hijau dalam kawasan sekolah bagi menambah keceriaan dan semangat belajar kepada murid-murid.

LANDSKAP HIJAU YANG TERDAPAT DI KAWASAN SEKOLAH

Meskipun kehadiran kami pada waktu cuti persekolahan akhir tahun, kami berpeluang memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung kerana guru-guru SJK (C) Perempuan China mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid Tahun Lima sebagai persediaan menghadapi UPSR tahun hadapan.

Semasa proses lawatan ini banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami pelajari. Antaranya ialah keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan, SJK (C) Perempuan China sentiasa memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Semua bilik darjah berhawa dingin dan dilengkapi dengan desktop, visualizer dan smartboard yang bernilai hampir RM7 000 setiap satu yang mana semua bilik darjah mendapat akses internet sepanjang masa. Usaha ini dilakukan bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan berkesan.

BILIK DARJAH BERHAWA DINGIN DENGAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN Berdasarkan penjelasan guru besar, pihak sekolah terpaksa menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana tersebut. Kerjasama yang erat antara pihak pentadbiran, guru-guru, ibu bapa, dan badan-badan korporat amat penting. Sebaik sahaja sumber kewangan mencukupi, segala urusan untuk menempah peralatan tersebut dilakukan sendiri oleh guru besar tanpa menggunakan orang tengah.

Pihak sekolah telah berbesar hati menyediakan jamuan makan untuk semua pelajar guru di kantin sekolah. Di sini, ia menggambarkan kebaikan pihak sekolah yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kami yang datang melawat sekolah walaupun semasa cuti persekolahan. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat dan pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan semua pelajar guru dari kumpulan akademik MTE-D.

JAMUAN MAKAN DISEDIAKAN OLEH GURU BESARSebaik sahaja selesai menjamu selera lebih kurang jam 12.30 tengah hari, kami memohon kebenaran daripada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik Ewe Beng Guat untuk menggunakan sebuah bilik darjah selama tiga jam. Dengan keizinan guru besar, kami berkumpul di sebuah kelas untuk menjalankan bengkel tentang lawatan penanda aras. Bengkel ini telah dilaksanakan secara Round Robin yang mana kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan kecil. Berdasarkan hasil lawatan dan tinjauan di SJK (C) Perempuan China, terdapat lima tajuk yang penting untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan mengkaji tentang tajuk yang telah diberikan. Setiap kumpulan mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang merangkumi aspek-aspek seperti Guru dan Perundangan (Akta Kanak-kanak), Standard Guru Malaysia (SGM), Akta 550 (Akta Pendidikan), Surat Pekeliling Ikhtisas/ Perkhidmatan dan fungsi dan peranan JPN/PPD/PKG. Selepas itu, pembentangan kumpulan dilaksanakan dan diikuti dengan sesi soaljawab.

Hasil pembentangan kumpulan satu yang bertajuk Guru dan Perundangan membuka mata tentang Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.

Kami juga mendapat pengetahuan dan pendedahan tentang Standard Guru Malaysia (SGM). Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institut latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institut latihan perguruan dalam usaha untuk melahir dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Melalui pembentangan bertajuk Akta 550 (Akta Pendidikan), kami mendapat input penting yang mana iai merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan di Malaysia. Sebagai pendidik, kita perlu ketahui kandungan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab kita agar sentiasa berada di landasan yang betul. Selain itu, kami mendapat mengetahui tentang Surat Pekeliling Ikhtisas yang mana ia merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Ia merupakan satu arahan dan garis panduan dlam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Pembentangan terakhir adalah berkenaan fungsi dan peranan JPN/PPD dan PKG. Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. JPN berfungsi dan bertindak dalam melaksanakan dasar-dasar dan usaha yang telah diputuskan di peringkat kementerian untuk dilaksanakan di setiap negeri. Manakala PPD mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah dan bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah. Selain itu, ia bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah dan pelbagai tugas lain yanag diarahkan oleh JPN. Pusat Kegiatan Guru(PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN TAJUK BENGKEL

PERBINCANGAN KUMPULAN

SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN

RUMUSAN BENGKELDaripada bengkel yang dijalankan, kami dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan semasa kami menjalankan lawatan penanda aras ini. Banyak perkara baharu yang diperolehi semasa sesi pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab. Secara keseluruhannya, bengkel yang dijalankan sangat menarik. Secara keseluruhannya, bengkel yang dijalankan selama tiga jam ini sangat menarik dan memberi impak yang positif kepada kami supaya dapat memainkan peranan sebagai seorang guru yang menepati kehendak dan aspirasi negara.

KESIMPULAN :

Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda Aras ke SJK (C) Perempuan China ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami perolehi semasa melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 ini. Banyak yang telah kami pelajari dan ilmu pengetahuan ini amat berguna untuk diri kami dan juga untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik. Selain itu, lawatan seumpama ini pelbagai maklumat tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada di kemuncak kecemerlangan. Kami amat kagum dengan ketegasan dan kepimpinan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk terus memacu kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi. Kami sangat menghargai jasa baik dan sikap ramah mesra Guru Besar SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik Ewe Beng Guat dan warga SJK (C) Perempuan China. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik Ewe Beng Guat, pensyarah pembimbing, iaitu Pn. Juliana binti Saarani, rakan-rakan sekelas dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Disediakan oleh:

................................................................(MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMAD)PENUTUP DAN PENGHARGAAN

Pertama sekali, limpah kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam atas segala kurniaan dan nikmat kehidupan di bumi yang sangat indah ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada keluarga yang banyak memberi dorongan untuk saya terus melangkah sedepa lagi bagi meningkatkan kualiti diri. Kekuatan dan ketabahan yang kalian tunjukkan sentiasa menjadi inspirasi untuk langkah ini terus diayun dengan penuh yakin. Terima kasih khas kepada pihak pentadbiran SK. Sungai Rambai dan IPG Kampus Pulau Pinang atas kepercayaan kepada kami sehingga Program Bina Insan Guru (BIG) ini dapat direalisasikan biarpun agak kabur pada peringkat awal.

Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pemantau di Unit Kokurikulum atas komitmen yang tinggi sehingga BIG PPG dapat dijayakan dan mencapai objektif. Sesungguhnya semua pengalaman ini telah medewasakan saya dan memberi kesedaran kami untuk melawan arus kesukaran yang membatasi usia yang dihitung melalui angka. Buat rakan-rakan kumpulan PPG, tugasan ini tidak sekadar melengkapkan kurikulum pembelajaran kita tetapi sesungguhnya ia memberi kesempatan untuk kita meninjau sejarah silam bagi meneroka masa hadapan yang lebih gemilang dan bermakna.

Sejambak Kasih Seuntai Penghargaan daripada;

Majdah Salwiyah Binti Mohamad (PPG Ambilan Jun 2011/MTE D)

PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Bina Insan Guru 2015 Fasa 5 yang telah diberikan kepada saya dan juga rakan dalam masa yang amat mencemburui kami. Tugasan ini mungkin tidak sebaik atau sempurna seperti pensyarah inginkan, tetapi saya telah berusaha menyiapkan portfolio ini dengan sebaiknya. Memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak halangan yang telah saya dan rakan saya hadapi yang menghalang terhasilnya tugasan ini dengan jayanya. Kami terpaksa menempuhi pelbagai masalah dan kekangan masa yang amat terhad serta dengan pelbagai tugasan di sekolah. Namun dengan berkat kesabaran,ketekunan dan ketabahan saya dan rakan saya dapat juga mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan portfolio ini dalam tempoh yang telah diperuntukkan.Sekalung penghargaan saya tujukan kepada rakan-rakan MTE-D, pihak sekolah dan guru-guru SJK (C) PEREMPUAN CHINA, JALAN GOTTLIEB, PULAU PINANG dan keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang usaha saya dalam menyiapkan tugasan projek ini. Segala jasa dan pergorbanan yang diberikan tidak akan saya lupakan.Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Pn. Juliana bt. Saarani yang memberi bimbingan, idea serta pendapat. Segala yang disampaikan telah saya gunakan sepenuhnya dalam penghasilan tugasan ini. Saya juga amat beruntung kerana rakan seperjuangan sudi berbincang dan memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang menyiapkan tugasan ini .Rakan seperjuangan saya juga banyak membantu saya dalam mengumpul dan berkongsi maklumat serta memberi tunjuk ajar bagi tugasan ini. Kerjasama ini amat saya hargai dan harapan saya agar kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.Dengan adanya ilmu yang terbatas, saya tidak menganggap tugasan ini sempurna dan padat. Oleh itu, saya sentiasa menerima teguran dan kritikan yang membina untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi tugasan yang bakal saya lakukan pada masa akan datang. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andainya ada salah dan silap. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan segala yang buruk itu datang dari diri sendiri. Sekian terima kasih.

KANDUNGAN

BahagianMuka Surat

1.0Pendahuluan1

2.0Pengenalan2

3.0Objektif3

4.0Strategi Pelaksanaan/Laporan Aktiviti3 - 14

5.0Refleksi Kekuatan Projek Kelemahan Projek1516

6.0Cadangan Penambahbaikan16

7.0Kesimpulan17

8.0Penutup dan Penghargaan18