laporan ajk protokol big 5

1
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL Syukur alhamdulillah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut seperti yang dirancang. Walaupun terdapat sedikit perubahan dari segi tentatif, majlis perasmian dan penutupan dapat dijalankan dengan baik. Jawatankuasa protokol sangat berterima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) kerana sudi menerima kehadiran kami dalam masa yang singkat walaupun pada hari tersebut pihak sekolah sangat sibuk dengan pengurusannya. Sebelum berangkat ke SMKSA, jawatankuasa protokol telah memastikan semua peserta memakai pakaian yang telah ditetapkan serta membawa semua peralatan atau barang yang diperlukan. Malah sentiasa memastikan bilangan peserta adalah mencukupi ketika manaiki bas. Selain itu, penghasilan teks pengurusi majlis dan teks ucapan pengarah program untuk kegunaan majlis juga disiapkan dengan baik. Antara masalah yang dihadapi ialah masalah dalam penghasilan teks pengurusi majlis. Hal ini kerana kami belum mengetahui nama pihak SMKSA yang akan memberi ucapan serta taklimat kepada kami. Oleh itu, setiba di sana jawatankuasa protokol dengan pantasnya mencari semua nama pisak sekolah yang terlibat di papan carta organisasi SMKSA. Ketika hendak melaksanakan majlis penutupan terpaksa dilaksanakan dengan cara yang sederhana serta ringkas kerana pihak sekolah tersebut sangant sibuk serta peruntukan masa kami untuk berada di sekolah tersebut juga adalah terhad. Walaupun majlis tersebut tidak seperti yang dirancang namun begitu kami berjaya melaksanakan tuggasan yang diberi. Konklusinya, program bina insan guru (BIG) banyak mendidik peserta dalam pelbagai aspek tamsilnya pengurusan sekolah, disiplin serta pembentukkan sahsiah yang baik dalam kalangan peserta dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek. Diharapkan pensyarah pembimbing dapat memberi penilaian yang sewajarnya hasil daripada pelaksanaan yang telah diselesaikan. Sekian. Disediakan, ............................................

Upload: petal-winds

Post on 22-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

laporan AJK

TRANSCRIPT

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROTOKOLSyukur alhamdulillah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut seperti yang dirancang. Walaupun terdapat sedikit perubahan dari segi tentatif, majlis perasmian dan penutupan dapat dijalankan dengan baik. Jawatankuasa protokol sangat berterima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) kerana sudi menerima kehadiran kami dalam masa yang singkat walaupun pada hari tersebut pihak sekolah sangat sibuk dengan pengurusannya.Sebelum berangkat ke SMKSA, jawatankuasa protokol telah memastikan semua peserta memakai pakaian yang telah ditetapkan serta membawa semua peralatan atau barang yang diperlukan. Malah sentiasa memastikan bilangan peserta adalah mencukupi ketika manaiki bas.Selain itu, penghasilan teks pengurusi majlis dan teks ucapan pengarah program untuk kegunaan majlis juga disiapkan dengan baik. Antara masalah yang dihadapi ialah masalah dalam penghasilan teks pengurusi majlis. Hal ini kerana kami belum mengetahui nama pihak SMKSA yang akan memberi ucapan serta taklimat kepada kami. Oleh itu, setiba di sana jawatankuasa protokol dengan pantasnya mencari semua nama pisak sekolah yang terlibat di papan carta organisasi SMKSA.Ketika hendak melaksanakan majlis penutupan terpaksa dilaksanakan dengan cara yang sederhana serta ringkas kerana pihak sekolah tersebut sangant sibuk serta peruntukan masa kami untuk berada di sekolah tersebut juga adalah terhad. Walaupun majlis tersebut tidak seperti yang dirancang namun begitu kami berjaya melaksanakan tuggasan yang diberi.Konklusinya, program bina insan guru (BIG) banyak mendidik peserta dalam pelbagai aspek tamsilnya pengurusan sekolah, disiplin serta pembentukkan sahsiah yang baik dalam kalangan peserta dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek. Diharapkan pensyarah pembimbing dapat memberi penilaian yang sewajarnya hasil daripada pelaksanaan yang telah diselesaikan. Sekian.

Disediakan,............................................