lampiran moral

9
LAMPIRAN 13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat 07 November 2014 2:14 AM KOTA KINABALU 6 Nov. – Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli. Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa kepada siasatan pihak polis. “Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar sama ada ia jenayah gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan buli. Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan terhadap sekolah atau asrama yang gagal menangani isu seumpama ini. “Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana pelajar terlibat termasuk dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di bawah pihak polis kita serahkan kepada pihak berwajib itu untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di sekolah atau asrama. Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat dalam kes buli bagi tempoh tersebut mencatat penurunan, berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak 1,445 orang pada 2013 untuk tempoh sama. Tegasnya, bagi menangani masalah dan disiplin pelajar, setiap asrama sekolah di negara ini khususnya di bawah kementerian telah ditetapkan untuk mempunyai senarai warden yang bertugas bagi memantau aktiviti harian murid. Jelanya, kumpulan guru yang bertindak sebagai warden telah diberikan prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi sebarang masalah disiplin termasuk kemungkinan terjadinya kes buli. “SOP memang sudah ada dari segi bagaimana tindakan akan dilakukan, cara hendak menguruskan kes kesalahan dan seterusnya melaporkan insiden yang berlaku. Kita ada operasi 1, 3, 7 iaitu hari pertama melaporkan kejadian, dalam masa tiga hari sudah tahu apa yang telah berlaku dan selepas tujuh hari laporan lengkap harus diserahkan,” katanya.

Upload: shearer-alans

Post on 02-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nnnn

TRANSCRIPT

LAMPIRAN

13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat07 November 2014 2:14 AM

KOTA KINABALU 6 Nov. Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli.Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa kepada siasatan pihak polis.

Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar sama ada ia jenayah gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan buli.

Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan terhadap sekolah atau asrama yang gagal menangani isu seumpama ini.

Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana pelajar terlibat termasuk dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di bawah pihak polis kita serahkan kepada pihak berwajib itu untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di sekolah atau asrama.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat dalam kes buli bagi tempoh tersebut mencatat penurunan, berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak 1,445 orang pada 2013 untuk tempoh sama.

Tegasnya, bagi menangani masalah dan disiplin pelajar, setiap asrama sekolah di negara ini khususnya di bawah kementerian telah ditetapkan untuk mempunyai senarai warden yang bertugas bagi memantau aktiviti harian murid.

Jelanya, kumpulan guru yang bertindak sebagai warden telah diberikan prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi sebarang masalah disiplin termasuk kemungkinan terjadinya kes buli.

SOP memang sudah ada dari segi bagaimana tindakan akan dilakukan, cara hendak menguruskan kes kesalahan dan seterusnya melaporkan insiden yang berlaku. Kita ada operasi 1, 3, 7 iaitu hari pertama melaporkan kejadian, dalam masa tiga hari sudah tahu apa yang telah berlaku dan selepas tujuh hari laporan lengkap harus diserahkan, katanya.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dan membentuk jati diri baik dalam kalangan pelajar, setiap sekolah menyediakan dua program kaunseling iaitu Pengurusan Disiplin Murid yang melibatkan guru disiplin dan Khidmat Kaunseling.

Sementara itu, katanya, cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) memang sudah ada terutama di kawasan sekolah bagi menjaga keselamatan harta benda, namun tidak di dalam bilik asrama kerana ada segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.

103 pelajar ditahan ponteng sekolahOleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT [email protected]

Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini . utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga.Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak.Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar.Dalam usaha terus mengejar kecemerlangan akademik di negeri ini, Jabatan Pelajaran Terengganu menyedari penyimpangan sikap itu perlu turut diberi perhatian khusus.Dalam operasi yang disasarkan kepada tiga buah sekolah menengah di sini baru-baru ini, 31 pelajar berjaya ditahan manakala sebilangan lagi berjaya melarikan diri.Ada di kalangan mereka yang ditahan dikesan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah dan sebilangan daripada mereka terkejut dengan perlakuan anak-anak.Operasi itu digerakkan oleh Jabatan Pelajaran negeri dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta guru sekolah.Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar (kiri) memberi nasihat kepada pelajar sekolah yang ditahan ponteng sekolah.

Katanya, operasi itu juga boleh diibaratkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pihaknya dalam merangka pelbagai pendekatan menangani isu berkenaan.Menurutnya, walaupun operasi itu pertama kali diadakan, beliau menyifatkannya sebagai berjaya.Kejayaan ini bukan ditentukan oleh jumlah tangkapan walaupun kita berjaya menahan 103 pelajar sekolah yang ponteng sepanjang operasi ini. Apa yang ingin kita tekankan ialah mengenai usaha berterusan Jabatan Pelajaran negeri dalam membangunkan sahsiah pelajar, katanya kepada Utusan Malaysia.Jelas Razali, kesemua 103 pelajar itu yang terdiri daripada 98 lelaki dan lima perempuan akan dipanggil menghadiri kursus pembangunan kendiri yang dijalankan sekolah masing-masing secara berperingkat.Kursus ini akan dijalankan secara berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa pelajar yang terlibat amat positif setakat ini.Kita panggil ibu bapa ini ke sekolah selepas kita tangkap anak mereka kerana ponteng dan hampir kesemua mereka akur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini, kata Razali lagi.Tambah Razali, pihaknya akan meneruskan operasi yang sama selepas ini secara berkala.Menurutnya, banyak faktor mendorong ke arah gejala itu termasuk pengaruh persekitaran, masalah diri pelajar diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya di samping interaksi guru dengan pelajar.Justeru jelasnya, langkah mengatasi masalah itu bukan menjadi tanggungjawab jabatan dan sekolah semata-mata, tetapi perlu ditangani bersama ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara berterusan.

Kisah Di Sebalik Kejayaan Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 20082Dipetik daripada Warta Pendidikan Online, Jan 4 2012. Ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.Beliau yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.WARTAWAN:Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?NIK NUR MADIHAH:Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.WARTAWAN:Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?NIK NUR MADIHAH:Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain.Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.WARTAWAN:Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?NIK NUR MADIHAH:Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.WARTAWAN:Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?NIK NUR MADIHAH:Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya sayaberhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.WARTAWAN:Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?NIK NUR MADIHAH:Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam sayamengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 RM700 sebulan.WARTAWAN:Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?NIK NUR MADIHAH:Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.WARTAWAN:Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?NIK NUR MADIHAH:Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.WARTAWAN:Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?NIK NUR MADIHAH:Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.WARTAWAN:Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?NIK NUR MADIHAH:Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.WARTAWAN:Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?NIK NUR MADIHAH:Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).WARTAWAN:Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?NIK NUR MADIHAH:Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.WARTAWAN:Apakah hobi dan cita-cita saudari?NIK NUR MADIHAH:Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.WARTAWAN:Di mana mahu melanjutkan pelajaran?NIK NUR MADIHAH:Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah. Saya akanmelakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWTbagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.

Fakta Mengenai Nik Nur Madihah1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra.5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.7. Madihah kata keputusan percubaan SPM nya teruk, 14 A dan 5 B.8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur MadihahBeliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut: Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas. Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa. Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah: 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan. Belajar dari kesilapan. Usaha yang terbaik dan bertawakkal Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong. Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa. Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.