lab report biologi pismp sains 1

20
Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan. Objektif Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan air. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Penyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? b) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? c) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara? Hipotesis

Upload: muizz-abdul

Post on 23-Jun-2015

9.664 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

keperluan asas kehidupan eksperimen

TRANSCRIPT

Page 1: Lab report Biologi pismp sains 1

Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan.

Objektif

Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, udara dan

air.

Pengenalan

Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan

memerlukan tanah, udara. cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara

kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang

boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat

makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan

membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas.

Penyataan masalah

a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

b) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air?

c) Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Hipotesis

Tumbuhan tidak boleh hidup tanpa cahaya matahari, air dan udara. Tumbuhan

memerlukan kesemua elemen ini untuk terus hidup.

Page 2: Lab report Biologi pismp sains 1

Pemboleh ubah malar

Jenis tumbuhan yang digunakan

Pemboleh ubah dimanipulasi

Jenis keperluan tumbuhan

Pemboleh ubah bergerak balas

Keadaan tumbuhan

Eksperimen A:

Bahan/radas

i. Tumbuhan berdaun lebar

ii. Vaselin

iii. Kertas hitam

iv. Klip kertas

Prosedur A

1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan

yang baik.

2. Vasaelin disapu secara berhati-hati.di beberapa helai daun. Vasaelin disapu

pada kedua-dua bahagian daun.

3. Pemerhatian dilakukan terhadap daun yang disapu dengan vaselin pada

setiap hari. Perbandingan dilakukan dengan daun yang tidak disapu dengan

vaselin. Pemerhatian juga dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Page 3: Lab report Biologi pismp sains 1

Prosedur B

1. Kertas hitam yang dilipat digunting pada satu bahagian.

2. Corak yang sudah digunting seterusnya diklip dan ditinggalkan untuk

beberapa hari.

3. Selepas beberapa hari, kertas hitam ditanggalkan dan pemerhatian dilakukan

untuk mendapatkan keputusan.

Eksperimen B

Bahan/radas

i. Benih-benih kacang

ii. Dua bekas bunga kecil

iii. Air

iv. Tanah, humus

Prosedur

1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam bekas bunga kecil.

2. Kedua-kedua tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari

3. Tumbuhan ‘A’ disiram air secukupnya pada setiap hari

4. Tumbuhan ‘B’ tidak disiram air

Page 4: Lab report Biologi pismp sains 1

Eksperimen C:

Bahan/radas

1. Biji-biji kacang

2. Dua balang dan dua cawan plastik

3. Tanah, humus

4. Kapas

5. Air

Prosedur A

1. Biji-biji kacang ditanam di dalam balang

2. Tanah pada kedua-dua balang disiram air secukupnya. Udara telah

disingkirkan daripada tanah apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan.

3. Balang pertama ditutup menyebabkan bekalan udara tidak lagi dibekalkan

kepada tumbuhan

4. Balang kedua dibiarkan lembap dengan disiram air pada kadar yang

diperlukan.

Prosedur B

1. Kedua-dua cawan diisi dengan air.

2. Kapas diletakkan pada bahagian atas cawan. Biji-biji kacang diletakkan di

atas kapas. Ini akan menyebabkan biji kacang sentiasa lembap.

3. Biji kacang dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua, seterusnya

menyebabkan penyingkiran udara.

Page 5: Lab report Biologi pismp sains 1

4. Kedua-dua cawan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu dan cahaya

yang sama.

Keputusan

Eksperimen A:

Prosedur Pemerhatian Inferens

A

Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahanHari 2: Daun mula layu dan kelihatan kekuninganHari 3: Daun kelihatan kekuningan yang ketaraHari 4: Daun tidak gugur

Daun layu

- hal ini kerana daun tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses tumbesaran

B

Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan.Hari 2: Daun tidak menunjukkan perubahan yang ketaraHari 3: Daun mula layuHari 4: Daun terus gugur

- Daun layu

- bahagian yang ditutupi kertas hitam menghalang daun mendapat cahaya seterusnya menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis

Eksperimen A, prosedur A:

Daun kelihatan kekuningan tetapi tidak gugur

Eksperimen A, prosedur B:

Daun layu dan gugur

Page 6: Lab report Biologi pismp sains 1

Eksperimen B:

Tumbuhan Pemerhatian Inferens

AHari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambahHari 3 : Semua benih kacang telah hilangHari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh

- Benih kacang telah hilang. Hal ini adalah disebabkan oleh perkara yang tidak diingini berlaku mungkin dimakan burung.

BHari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang hilangHari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh

- Benih kacang telah hilang. Hal ini adalah disebabkan oleh perkara yang tidak diingini berlaku. Mungkin dimakan burung.

Eksperimen B, Tumbuhan A:

Benih kacang tidak tumbuh

Eksperimen B, Tumbuhan B:

Benih kacang tidak tumbuh

Page 7: Lab report Biologi pismp sains 1

Eksperimen C:

Prosedur Pemerhatian Inferens

A(Balang ditutup)

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambahHari 3 : Semua benih kacang telah mula tumbuh daun dan akarHari 4 : Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna

Benih kacang menggunakan udara yang terperangkap dalam balang.

- benih kacang dapat tumbuh kerana menggunakan udara yang terperangkap untuk terus hidup sehingga kandungan udara habis

A(balang tidak

ditutup)

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang mula cambahHari 3 : Semua benih kacang telah hilangHari 4 : Benih kacang langsung tidak tumbuh

Benih kacang tidak dapat tumbuh

-kami mengesyaki terdapat pelajar yang mengganggu eksperimen kami.

B

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang mula keringHari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Benih kacang tidak tumbuh.

-kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan

B

Hari 1 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Benih kacang tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Benih kacang mula keringHari 4 : Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Benih kacang tidak tumbuh.

-kerana air yang terdapat dalam cawan mulai kering pada hari ketiga kerana berlaku proses penyejatan

Page 8: Lab report Biologi pismp sains 1

Eksperimen C, prosedur B:

Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Eksperimen C, prosedur B:

Benih kacang kering dan tidak dapat tumbuh

Eksperimen C, prosedur A (balang ditutup):

Semua benih kacang tumbuh dengan sempurna

Eksperimen C, prosedur A (balang tidak ditutup):

Benih kacang tidak tumbuh

Page 9: Lab report Biologi pismp sains 1

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyimpulkan bahawa tumbuhan memerlukan kesemua

keperluan asas ( cahaya matahari, air, udara) untuk proses tumbesaran. Tumbuhan

akan mati sekiranya tidak mendapat keperluan-keperluan tersebut. Oleh itu, adalah

menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara alam sekitar daripada

pencemaran yang akan mengganggu proses tumbesaran tumbuhan.

Perbincangan

1. Eksperimen A, daun yang diselaputi Vaselin telah layu tetapi tidak

gugur. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah

beberapa hari, terus gugur.

2. Eksperimen B, biji benih di dalam bekas bunga yang disiram tidak

tumbuh kerana biji benih telah hilang, mungkin kerana dimakan

burung. Begitu juga dengan bii benih yang tidak disiram. Kami

mencadangkan agar eksperimen dijalankan di ruang bersangkar

agar burung tidak dapat masuk.

3. Eksperimen C, melalui prosedur A, biji benih yang berada di dalam

balang jar yang ditutup dengan kertas hitam tetap bercambah dan

terus hidup. Hai ini kerana biji benih tersebut menggunakan udara

yang masih terperangkap di dalam balang. Pemerhatian akhir pada

biji benih yang berada di dalam balang jar yang tidak ditutup

dengan kertas hitam tidak dapat dilakukan kerana biji benih telah

hilang. Kami mencadangkan agar eksperimen dijalankan di tempat

yang berkunci agar eksperinmen berlaku dengan lancar.

Page 10: Lab report Biologi pismp sains 1

4. Eksperimen C , melalui prosedur B, biji benih tidak dapat tumbuh

kerana air kering. Hal ini kerana air terlalu sikit dan ruang meletak

cawan terlalu terdedah kepada matahari seterusnya menyebabkan

air tersejat pada kadar yang segera. Biji benih pada kapas juga

mengecut kerana air pada kapas telah kering.

5. Nutrien asas bagi tumbuhan memerlukan udara, air, cahaya,

pottasium and mikroelemen ( iron, zink, magnesuim, dll)

6. Tumbuhan tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang cukup

cahaya dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal oleh pelajar.

7. Tumbuhan memerlukan air. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak

mendapat air yang mencukupi untuk hidup.

8. Terdapat pelbagai fungsi air untuk tumbuhan. Antaranya ialah

untuk proses transpirasi dimana air digunakan untuk memindahkan

mikroelemen yang diperlukan seperti iron.

9. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Ini

kerana, cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan

semasa proses fotosintesis.

Page 11: Lab report Biologi pismp sains 1

Soalan eksperimen 1:

1. Apakah akan terjadi jika hanya bahagian atas daun diselaputi Vaselin? Atau

hanya bahagian bawah?

Stomata terletak di bahagian belakang daun. Sekiranya sebelah belakang daun

diselaputi Vaseline, maka daun tersebut akan mati kerana daun tersebut tidak dapat

melakukan proses fotosintesis dengan berkesan. Fotosintesis merujuk kepada

proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Dalam

bahasa yang mudah, fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanannya

sendiri Namun begitu sekiranya hanya bahagian atas daun ditutupi, daun tersebut

masih boleh hidup. Stomata tumbuhan darat banyak terdapat pada bahagian bawah

daun bertujuan untuk mengurangi penguapan. Hal ini kerana, fotosintesis

memerlukan air dan penguapan akan mengurangkan jumlah air. Sebaliknya pula,

stomata tumbuhan air banyak terletak di atas daun yang bertujuan untuk

mempercepat penguapan.

2. Adakah daun akan terus mati sekiranya Vaselin dibersihkan selepas sehari?

Tidak ini adalah kerana tumbuhan akan terus menjalankan proses fotosintesis

selepas vaselin dibersihkan.

3. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun ditutup? (separuh

bahagian atas dan separuh bahagian bawah)

Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak dilapisi masih boleh

melakukan proses fotosistesis. Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan

layu.

Page 12: Lab report Biologi pismp sains 1

4. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan?

Buat pemerhatian selama beberapa hari.

Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat

cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam

ditanggalkan, daun akan kembali segar – dengan syarat segala keperluan asasnya

seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Soalan eksperimen 2:

1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih berbeza

digunakan?

Ya. Ini kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama,

2. Mungkinkah anda memberikan air yang berlebihan kepada tumbuhan?

Berdasarkan keperluan, tanaman tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup. Jika kita memberi terlalu banyak air kepada tumbuhan, beberapa tanda akan dapat dikesan. Antaranya akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

3. Bagaimana petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang

mencukupi, tidak cukup air atau terlebih air?

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh

mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut:

a) Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat.

b) Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.

Page 13: Lab report Biologi pismp sains 1

c) Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang

baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Soalan eksperimen 3:

1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan?

Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di jar. Hal ini kerana api

memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan terpadam sekiranya tiada lagi

oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi dilakukan.

2. Adakah akan ada masalah kepada petani sekiranya terlalu banyak udara?

Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani.

Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan angin

akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap

air ditiup ke tempat lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.

Tiupan angin juga menyegarkan udara yang terdapat di persekitaran tumbuhan

serta memperbaharui bekalan karbon dioksida untuk fotosintesis.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan angin untuk

pendebungaan. Angin membantu memindahkan debunga ke permukaan stigma

bunga yang lain.

Walaubagaimanapun, udara yang terlalu banyak mungkin akan mendatangkan

masalah kepada petani. Tiupan angin yang kencang seperti angin puting beliung

akan menumbangkan pokok seterusnya mendatangkan kerugian kepada petani.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih yang

berbeza digunakan?

Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan

memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal hidup.

Page 14: Lab report Biologi pismp sains 1

4. Tumbuhan membuat makanan sendiri, tetapi ia tetap memerlukan bekalan

mineral. Pilih 3 mineral dan terangkan apa yang berlaku sekiranya tumbuhan

tidak mendapat mineral tersebut.

Nitrogen Daun menjadi kekuningan, tumbuhan terbantut, tumbuhan kering

sebelum matang, daun akan gugur dan tumbuhan akan layu

Kalium Daun bertompok-tompok, daun berbintik-bintik dan daun berpilin

Fosforus Tumbuhan terbantut, batang menjadi kurus, tumbuhan lambat

matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan,

tanda kekurangan bermula pada daun tua.

5. Haiwan dan tumbuhan perlukan makanan. Berikan dua sebab mengapa

haiwan dan tumbuhan perlukan makanan.

Makanan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Haiwan memerlukan

makanan untuk pembekalan tenaga yang berterusan. Karbohidrat, lemak dan

protein yang terkandung di dalam makanan membantu membekalkan tenaga

kepada hidupan. Makanan juga membantu memanaskan badan haiwan dan

membantu tumbesaran. Tumbesaran penting bagi membaiki sel dan tisu.

Tumbuhan juga memerlukan makanan dan air untuk tumbesaran. Akar tumbuhan

menyerap zat dan air dari tanah. Daun tumbuhan membuat makanan dengan

menggunakan cahaya matahari. Makanan penting kepada hidupan untuk terus

mengekalkan kewujudan spesisnya.

Page 15: Lab report Biologi pismp sains 1

Rujukan

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Stoma, 7 Februari 2011

2. Lim Teong Kheng, Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991. Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotosintesis, 7 Februari 2011

4. http://www.gardeningknowhow.com/problems/signs-of-plants-affected-by-too-much-water.htm,

7 Februari 2011

5. http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm, 7 Februari 2011

6. David Applin.2002. Biology. United Kingdom:Nelson thornes.