prosiding pismp bm 2014

300
PENYINGKATAN PERKATAAN DALAM SEMBANG SMS Oleh Rosli Ab. Rahman,Phd Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut [email protected] Abstrak Kajian ini melihat peristiwa bahasa yang berlaku dalam sembang khidmat pesanan ringkas (SMS).Objektif kajian adalah untuk menghuraikan bentuk-bentuk penyingkatan kata yang digunakan oleh pengguna dalam komunikasi SMS.Reka bentuk kajian ini adalah etnografi komunikasi.Kerangka teori yang digunakan ialah Teori Etnografi Komunikasi yang perkenalkan oleh Hymes (1974).Kajian ini menggunakan saluran 15, Astro untuk mendapatkan data berkaitan bahasa sembang SMS. Kaedah pungutan data yang dilakukan ialah melalui kaedah pemerhatian tanpa serta. Jangka masa pungutan data bagi SMS adalah selama lima bulan bermula dari Januari 2008 hingga Mei 2008. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak iaitu pemilihan subjek bagi SMS berdasarkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam sembang di saluran 15, ASTRO semasa pungutan data dilakukan.Dapatan kajian menunjukkan sembang SMS banyak menggunakan penyingkatan perkataan dalam perbualan. Terdapat beberapa cara penyingkatan yang digunakan dalam sembang SMS. Pertama, melalui pengguguran huruf-huruf vokal.Kedua, penyingkatan melalui ikutan sebutan ringkas. Ketiga, singkatan lazim kolokial iaitu perkataan yang dieja secara melampau. Bahasa sembang SMS dapat dikategorikan ke dalam genre yang tersendiri berdasarkan kepada keunikan dan ciri-ciri istimewa yang ada pada bahasa tersebut seperti berlakunya banyak penukaran kod, penggunaan unsur-unsur paralinguistik, penyingkatan perkataan dan penggunaan bahasa slanga secara berleluasa. Pada hari ini, masyarakat telah bersedia menerima penggunaan bahasa tersebut sebagai salah satu daripada genre bahasa yang tidak boleh tidak, harus diterima dalam komunikasi tak formal. Kata kunci: Khidmat pesanan ringkas (SMS), etnografi komunikasi, Astro, kolokial, genre

Upload: adieiena

Post on 07-Feb-2016

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Noto

TRANSCRIPT

Page 1: Prosiding Pismp Bm 2014

PENYINGKATAN PERKATAAN DALAM SEMBANG SMS

OlehRosli Ab. Rahman,Phd

Jabatan Pengajian Melayu,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut

[email protected]

AbstrakKajian ini melihat peristiwa bahasa yang berlaku dalam sembang khidmat pesanan ringkas (SMS).Objektif kajian adalah untuk menghuraikan bentuk-bentuk penyingkatan kata yang digunakan oleh pengguna dalam komunikasi SMS.Reka bentuk kajian ini adalah etnografi komunikasi.Kerangka teori yang digunakan ialah Teori Etnografi Komunikasi yang perkenalkan oleh Hymes (1974).Kajian ini menggunakan saluran 15, Astro untuk mendapatkan data berkaitan bahasa sembang SMS. Kaedah pungutan data yang dilakukan ialah melalui kaedah pemerhatian tanpa serta. Jangka masa pungutan data bagi SMS adalah selama lima bulan bermula dari Januari 2008 hingga Mei 2008. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak iaitu pemilihan subjek bagi SMS berdasarkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam sembang di saluran 15, ASTRO semasa pungutan data dilakukan.Dapatan kajian menunjukkan sembang SMS banyak menggunakan penyingkatan perkataan dalam perbualan. Terdapat beberapa cara penyingkatan yang digunakan dalam sembang SMS. Pertama, melalui pengguguran huruf-huruf vokal.Kedua, penyingkatan melalui ikutan sebutan ringkas. Ketiga, singkatan lazim kolokial iaitu perkataan yang dieja secara melampau. Bahasa sembang SMS dapat dikategorikan ke dalam genre yang tersendiri berdasarkan kepada keunikan dan ciri-ciri istimewa yang ada pada bahasa tersebut seperti berlakunya banyak penukaran kod, penggunaan unsur-unsur paralinguistik, penyingkatan perkataan dan penggunaan bahasa slanga secara berleluasa. Pada hari ini, masyarakat telah bersedia menerima penggunaan bahasa tersebut sebagai salah satu daripada genre bahasa yang tidak boleh tidak, harus diterima dalam komunikasi tak formal.

Kata kunci: Khidmat pesanan ringkas (SMS), etnografi komunikasi, Astro, kolokial, genre

PengenalanDalam dunia komunikasi masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sama ada golongan tua lebih-lebih lagi kepada golongan muda. Menurut Ilah Hafiz Aziz (2009), apabila memperkatakan sesuatu yang berkait rapat dengan TMK dalam kalangan golongan muda, pasti ramai yang melihat kemudahan telefon bimbit sebagai salah satu teknologi penting kepada mereka.

SMS adalah antara saluran komunikasi yang digunakan secara meluas pada masa kini. Buktinya, menurut Michael Lai (2005), rakyat Malaysia membelanjakan RM 4.7 juta sehari atau RM 1.716 bilion setahun untuk menghantar mesej melalui perkhidmatan SMS. Jumlah itu diperoleh berdasarkan perangkaan yang menunjukkan lebih 47 juta SMS dihantar setiap hari di negara ini dengan andaian setiap SMS dikenakan bayaran purata 10 sen .

Menurut S.M. Mohamed Idris (2007), pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih 11.7 bilion SMS antara Januari hingga Mac 2007 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3 bilion SMS untuk tempoh yang sama bagi tahun lalu.Menurut laporan Kaji Selidik Pengguna

Page 2: Prosiding Pismp Bm 2014

Telefon Bimbit 2007, terdapat peningkatan ketara penggunaan SMS dan MMS dalam kalangan pengguna telefon bimbit bagi tempoh empat tahun lalu. Kaji selidik itu mendapati 50.4 peratus daripada 21 juta pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih lima SMS atau MMS sehari pada tahun 2007 berbanding 46.1 peratus pada 2006, 41.8 peratus (2005) dan 31.7 peratus (2004) (Abdul Razak Raaff, 2008).

Penyataan MasalahPada hari ini, TMK memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Komunikasi menjadi semakin mudah dan cepat.Perkembangan dalam dunia komunikasi pada hari ini menyebabkan bentuk komunikasi juga telah mengalami perubahan.Komunikasi melalui TMK telah menyebabkan manusia tidak perlu bertemu secara bersemuka tetapi mereka hanya perlu menggunakan kemudahan TMK yang ada untuk berkomunikasi secara cepat dan menjimatkan.

Antara komunikasi yang cukup popular pada masa kini ialah melalui SMS.Bentuk kedua-dua komunikasi ini agak berbeza dengan bentuk komunikasi biasa.Harian Inggeris, Daily Telegraph, menulis kisah seorang guru yang mengkritik teks SMS yang dikirim oleh pelajar yang berusia 13 tahun. SMS tersebut berbunyi “My smmr hols wr CWOT.B4, we used 2go2 NY 2C my bro, his GF & thr 3:- kids FTF.ILNY,it?s a gr8 plc.? SMS tersebut bermaksud“ My summer holidays were we complete waste of time. Before, we used to go to New York to see my brother, his girlfriend and their three screaming kids face to face . I love New York. It’s a great place?(Majalah T & T, 7 Mei 2003).

“Teks itu penuh dengan teka –teki yang membingungkan seperti teks Mesir Kuno dan banyak yang tidak dapat saya terjemahkan”, kata Judith Gilespie, ketua dewan guru Scotland.Beliau mengatakan penurunan kualiti dalam tatabahasa dan tulisan bahasa Inggeris sebahagiannya disebabkan oleh kegilaan kepada teks SMS (Majalah T & T, 7 Mei 2003). Crystal (2008: 9) menyatakan bahawa di United Kingdom, seorang wartawan, John Humphrys, telah menggemparkan orang ramai dalam Daily Mail pada 28 September 2007 dengan artikelnya yang bertajuk ‘I h8 txt msgs: How texting is wrecking our language.’

Crystal (2008: 9) telah menggambarkan pengirim mesej SMS seumpama Genghis Khan yang pernah membinasakan negara-negara jirannya dengan penaklukan. Menurutnya, pengirim SMS telah merosakkan bahasa dan tindakan mereka perlu dihentikan dengan katanya:

Texters are: vandals who are doing to our language what Genghis Khan did to his neighbours eight hundred years ago. They are destroying it: pillaging our punctuation; savaging our sentences; raping our vocabulary. And they must be stopped.

Nusa Putera (2003) dari Universiti Negeri Jakarta melihat sebaliknya. Menurut beliau, keterbatasan huruf SMS akan meningkatkan kreativiti pengguna dalam berbahasa. Menurutnya, keterbatasan itu akan menjadikan orang efektif menggunakan huruf untuk menyampaikan pesanan dan menghasilkan pelbagai kata singkatan yang mampu difahami oleh penerima SMS. Keunikan bentuk komunikasi dalam TMK ini cukup menarik untuk dikaji kerana ada sesetengah pihak menganggap bentuk komunikasi ini sebagai unik manakala ada pula yang menganggapnya sebagai satu bentuk komunikasi baharu yang kreatif.

Menurut Norizah dan Siti Zobidah (2005), bahasa SMS mempunyai keunikan tersendiri yang dapat membangkitkan perasaan dan emosi seseorang dengan penggunaan simbol emotikon dan mesej bergambar sebagai saluran untuk menyampaikan ekspresi perasaan dan emosi terhadap individu yang disayangi.Penggunaan perkataan yang tertentu dapat melambangkan isi hati seseorang menggantikan perlakuan seseorang untuk disampaikan kepada

Page 3: Prosiding Pismp Bm 2014

penerima.Keunikan dan kekreatifan ini lebih jelas kerana jika dilihat dari segi etnografi komunikasi penggunaan bahasa melalui aspek makna dan fungsi bahasa dalam masyarakat menurut situasi dan konteks dapat ditelusuri dengan lebih mendalam.Justeru, fenomena komunikasi bahasa Melayu yang unik dalam SMS perlu diberikan perhatian oleh pengkaji bahasa.

Definisi KonsepDalam kajian ini konsep SMS diperjelaskan dengan lebih mendalam berdasarkan pendapat dan pandangan beberapa orang tokoh bahasa agar konsep tersebut menjadilebih jelas.

Khidmat Pesanan Ringkas (Short Message Serviceatau SMS)Khidmat pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah khidmat yang membolehkan teks ringkas dan sebagainya dihantar dan diterima dengan menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya (http://prpm.dbp.gov.my/).Crystal (2008) menyatakan bahawa idea dan gagasan khidmat pesanan ringkas bermula daripada perbincangan sebahagian daripada perkembangan sistem jaringan global untuk komunikasi mudah alih (Global System for Mobile Communication) sekitar pertengahan 1980an tetapi ia tidak menjadi kenyataan sehingga awal 1990an apabila syarikat telefon mula membina kepentingan komersial.

Percubaan pertama penghantaran mesej dikirim di Finland pada tahun 1992-1993 sehinggalah ia mengambil lebih daripada lima tahun untuk membolehkan pengguna menggunakannya. Pendapat Crystal ini siperkuatkan oleh pendapat Supyan Hussin (2005) bahawa SMS telah dilancarkan secara komersial untuk kali pertamanya pada tahun 1995. SMS mempunyai idea yang sama seperti kod Morse. Ianya membolehkan pesanan sehingga 160 huruf dihantar melalui telefon bimbit dan internet-domestik dan antarabangsa.

SMS adalah satu kaedah menghantar mesej teks yang mempunyai kepanjangan maksimum 160 aksara melalui telefon sel(Aziz Deraman, 2005). Pada hari ini, SMS menjadi alat komunikasi penting kepada para remaja yang suka berkomunikasi dengan kos yang minimum.Perkembangan dalam penggunaan SMS begitu mendadak. Di United Kingdom, pada tahun 2002, sebanyak 12.2 bilion mesej teks telah dihantar oleh pengguna. Pertambahan sekali ganda telah berlaku pada tahun 2004 dan dijangka bertambah kepada 45 bilion pada tahun 2007 (Crystal, 2008: 4).Gartner, penganalisis industri meramalkan bahawa jumlah mesej yang dihantar pada tahun 2010 ialah 2.4 trilion (www. Gartner.com). Menurut Supyan Hussin (2005), bahasa SMS boleh dibahagikan kepada dua dengan katanya:

bahasa SMS boleh dibahagikan kepada dua iaitu rasmi dan tidak rasmi. Bahasa SMS rasmi ditulis dengan penggunaan perkataan dan nahu yang standard serta struktur ayat yang lengkap.Sebaliknya, bahasa SMS tidak rasmi menggunakan perkataan yang dipendekkan atau diringkaskan dan tidak mengikut nahu bahasa yang betul.Struktur ayatnya tidak lengkap dan ayatnya tergantung.Terdapat juga kekerapan perkataan singkatan SMS dalam bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.Nada bunyi bahasanya juga lebih mirip bahasa pasar.

Abdullah Hassan (2008) menyatakan bahasa SMS adalah satu neka bahasa tulisan yang digunakan dalam sistem maklumat singkat yang digunakan lazimnya oleh orang muda bagi berkomunikasi melalui telefon bimbit.Dalam SMS ini banyak perkataan yang dipendekkan,

Page 4: Prosiding Pismp Bm 2014

perkataan Inggeris yang dipinjam, dan perkataan-perkataan slanga yang diketahui oleh golongan pengguna SMS itu saja.Malah, ramai golongan yang lebih tua tidak memahami bahasa tersebut.

Supyan Hussin (2005) berpendapat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mengapa pengguna meringkas atau memendekkan pesanan yang dihantar melalui SMS. Faktor-faktor itu adalah kerana kekangan ruang dalam paparan telefon bimbit yang hanya boleh mengizinkan bilangan karekter tertentu sahaja, pengguna meringkas atau memendekkan pesanan apabila mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menyatakan sesuatu dalam masa yang singkat dan faktor kewangan juga menjadi penyumbang penting dalam mempengaruhi pesanan ringkas dan pendek.

Menurut Aziz Deraman ( 2005), populariti SMS menjadi begitu tinggi disebabkan oleh faedah-faedah yang antaranya menghantar notis secara masa nyata, dijamin penghantaran mesej, boleh dipercayai, murah, boleh dikawal oleh pengguna dan dapat meningkat produktiviti pengguna. Noraziah Ahmad Ghazali (2005) menyenaraikan lapan ciri bahasa slanga SMS iaitu:

i) Keperluan subjek dalam ayat tidak ditekankan.ii) Penyingkatan perkataan atau bunyi lebih daripada dua atau tiga suku.iii) Hibrid perkataan beberapa perkataan disatukan menjadi satu hibrid nombor atau huruf

dengan bunyi, iaitu nombor atau huruf menggantikan bunyi suku kata.iv) Penggunaan tanda atau simbol untuk menggantikan perkataan.v) Penggunaan tanda baca.vi) Penggunaan “manglish” dan pertukaran kod.vii) Pengguguran vokal dalam perkataan.viii) Penggantian bunyi dan ejaan.Berdasarkan definisi di atas, SMS adalah kaedah menghantar mesej melalui telefon yang

membolehkan pesanan dihantar sehingga 160 huruf . SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS. Pada hari ini SMS menjadi wahana komunikasi yang sangat popular kerana pada tahun 2009, para pengguna telefon bimbit di Malaysia menghantar kira-kira 80 bilion SMS, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.

Kepentingan KajianKajian ini juga diharap dapat membantu pengguna bahasa memahami peristiwa bahasa dalam TMK. Menurut Aziz Deraman (2005), perkembangan bahasa SMS tidak akan dapat ditahan mahupun dikawal. Para remaja kini yang begitu mahir dengan bahasa SMS ini akan menjadikan bahasa SMS ini sebagai budaya hidup mereka untuk tahun-tahun yang akan datang. Tambahan pula, generasi muda hari ini merupakan segmentasi masyarakat yang paling ke hadapan dalam menggunakan SMS secara aktif. Penggunaannya sering dikaitkan dengan faktor keselesaan, ringkas, mudah digunakan, cepat malah menjimatkan masa dan kos (Syamsul Anuar Ismail et.al. 2005).

Kajian ini akanmendedahkan bentuk komunikasi masyarakat Malaysia dalam TMK masa kini. Bentuk komunikasi dalam TMK yang unik dan kreatif ini akan membantu masyarakat Malaysia mengenali gaya baru komunikasi melalui SMS. Walaupun gaya baru komunikasi melalui SMS membimbangkan sesetengah pihak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Dagsavien bahawa lima puluh peratus daripada guru di Norway yang terlibat dalam soal selidik tentang pengaruh telefon bimbit menyatakan bahawa bahasa SMS mengancam bahasa Norway.

Sesetengah pihak berpendapat bahasa SMS tidak mengancam mana-mana bahasa malah menjadikan bahasa tersebut lebih unik dan menarik.Justeru, Aziz Deraman (2005) menyatakan bahawa kita harus menerima hakikat bahawa dinamika bahasa bukan sahaja harus ditangani

Page 5: Prosiding Pismp Bm 2014

mengikut teori yang terhad, malah harus mengikut keperluan pengguna dan teknologi yang seiring dengannya.Ini bermakna dinamika bahasa memerlukan ahli bahasa dan masyarakat menangani dan menerima perkembangan itu kerana tuntutan semasa.

Menurut Supyan Hussin (2005), SMS akan terus berkembang dan diterima pakai oleh anggota masyarakat kerana ia memberi peluang kepada kita untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dan berurusan dengan lebih cepat. Malah menurut Supyan Hussin lagi, bahasa SMS boleh dianggap sebagai “bahasa tersendiri” dalam konteks tertentu dan digunakan untuk tujuan tertentu. Bahasa SMS juga telah meresap masuk ke dalam persekitaran lain dalam internet seperti mel elektronik, forum dan IRC.

Nusa Putera (2003) menyatakan bahawa SMS dapat meningkatkan kemampuan orang dalam mengungkapkan fikirannya dalam bahasa tulisan.Menurutnya lagi, keperluan masyarakat begitu cepat sementara pakar bahasa belum merumuskan jalan keluar berbahasa dengan baik kerana sehingga kini mungkin belum ada kajian secara serius mengenai bahasa SMS tetapi teknologi dan perubahan masa memerlukan pembaharuan bahasa.Justeru, kajian peristiwa bahasa dalam SMS ini diharap dapat membantu menjawab persoalan tersebut.

Persoalan KajianKajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan peristiwa bahasa dalam SMS:1. Apakah bentuk penyingkatan kata yang digunakan oleh pengguna dalam komunikasi SMS?

Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk:1. Menghuraikan bentuk-bentuk penyingkatan kata yang digunakan oleh pengguna dalam komunikasi SMS.

Batasan KajianDari segi bahan, pengkaji hanya menumpukan kajian kepada dua jenis data sahaja iaitu bahasa SMS.Bahasa SMS dipilih oleh pengkaji kerana kedua-dua data tersebut cukup popular dalam kalangan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi terutama golongan remaja.Kekerapan mereka berkomunikasi melalui SMS dapat dilihat di mana-mana tempat sahaja dan pada bila-bila masa.

Dari segi tempoh masa data kajian, data kajian dipungut selama lima bulan iaitu dari bulan Januari 2008 hingga Mei 2008. Pengkaji memilih memungut data SMS pada bulan Januari hingga Mei 2008 kerana terdapat beberapa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang lima bulan tersebut. Pada awal tahun, terdapat kecenderungan rakyat Malaysia menghantar mesej seperti ucapan tahun baharu, ucapan menyambut awal Muharam, ucapan tahun baharu Cina, ucapan hari memperingati kekasih pada 14 Februari dan berkongsi fikiran dalam hal ehwal semasa.

Pada bulan-bulan tersebut juga telah berlangsung rancangan hiburan realiti yang cukup popular iaitu Akademi Fantasia ke-6.Jadi, saluran 15 Astro telah dimanfaatkan oleh peminat-peminat rancangan Akademi Fantasia untuk bersembang melalui SMS. Tempoh pungutan data selama limabulan dianggap mencukupi kerana dalam tempoh masa tersebut, pengkaji memungut data melalui saluran 15 Astro yang memberi peluang kepada penonton berinteraksi sesama mereka secara langsung sambil menonton rancangan-rancangan yang disajikan di saluran tersebut.

Page 6: Prosiding Pismp Bm 2014

Kajian LiteraturNorizah Aripin dan Siti Zobidah (2005) mencuba mengenal pasti pandangan responden mengenai bahasa SMS, mengenal pasti ekspresi perlakuan responden melalui bahasa SMS dan mengenal pasti corak bahasa yang digunakan oleh responden ketika berinteraksi menggunakan bahasa SMS.Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2005) tertarik melakukan kajian ini kerana sebahagian besar remaja khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi kerap menggunakan SMS untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Pemerhatian secara umum oleh Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2005) mendapati bahawa mereka menggunakan SMS di mana-mana sahaja sama ada di ruang legar dewan kuliah, perpustakaan, kafe , perhentian bas dan lain-lain lagi. Ada juga dalam kalangan mereka menggunakannya semasa berada di dalam bilik kuliah tanpa segan silu kepada pensyarah yang berada di hadapan mereka.Justeru, Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2005) telah mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu pandangan responden mengenai bahasa SMS, ekspresi perlakuan responden melalui bahasa SMS dan corak bahasa SMS yang digunakan oleh responden dalam bahasa SMS.

Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan pelajar ijazah pertama di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Menurut Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar (2005) , pemilihan pelajar ijazah pertama sebagai subjek kajian ialah kerana mereka masih tergolong dalam kalangan kumpulan akhir remaja yang masih mencari-cari identiti diri dalam hidup mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat temu bual kumpulan fokus.Pemilihan pelajar ini dibuat melalui pengumuman dengan menampalkan iklan di papan kenyataan umum di Universiti Putra Malaysia, mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai kajian ini.

Ciri-ciri peserta ialah pelajar mestilah mempunyai telefon bimbit dan menggunakan SMS.Hasilnya seramai 15 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kursus yang secara sukarela terlibat dalam kajian tersebut.Para pelajar ini kemudiannya telah dibahagikan tiga kumpulan dan temu ramah secara mendalam telah dijalankan mengikut sesi.Temu ramah kajian ini menggunakan temu ramah semi-struktur dan berbentuk tidak formal.Temu ramah ini direkodkan ke dalam pita rakaman dan ditranskripkan perkataan demi perkataan. Setiap responden dikehendaki menyenaraikan lima SMS yang terdapat ataupun disimpan di dalam inbox telefon bimbit mereka.

Dapatan daripada kajian ialah para remaja telah memberikan pelbagai pandangan mengenai bahasa SMS.Antara yang ketara ialah wujudnya kependekan dan keringkasan bahasa, interpretasi makna berlainan kepada penerima, kewujudan simbol emotikon, mesej bergambar dan kerosakan bahasa.

Menurut Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005), generasi muda hari ini merupakan segmentasi masyarakat yang paling ke hadapan dalam menggunakan SMS secara aktif.Beliau mencuba meninjau persepsi mahasiswa Malaysia dan Indonesia terhadap penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS.Kajian ini berbentuk kajian lapangan dengan menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data.Item soal selidik berpandukan dapatan-dapatan kajian lepas mengenai bahasa dan penggunaan SMS.

Seramai 80 orang mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang mengikuti kursus BLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan terlibat sebagai responden kajian ini.Mereka terdiri daripada 40 orang pelajar masing-masing daripada Malaysia dan Indonesia.Dapatan kajiannya adalah seperti berikut:

Page 7: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 1: Persepsi Mahasiswa- Indonesia Terhadap Penggunaan Singkatan dan Emotikon Dalam SMS (Syamsul Anuar Ismail et. al., (2005)

PERKARA MALAY-SIA

INDONE-SIA

Ya (%) Tidak (%) Ya (%) Tidak (%)

Penggunaan singkatan dan emotikon semasa ber‘SMS’ menjimatkan ruang.

90 10 90 10

Penggunaan singkatan dan emotikon semasa ber‘SMS’ menjimatkan masa.

87.5 12.5 85 15

Penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS adalah gaya remaja hari ini berkomunikasi.

77.5 22.5 90 10

Pada saya, struktur bahasa tidak penting semasa ber‘SMS’ asalkan sahaja ianya difahami oleh si penerima.

65 35 80 20

Penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS adalah sesuatu yang menyeronokkan.

47.5 52.5 82.5 17.5

Saya tidak kisah menggunakan bahasa rojak semasa ber‘SMS’.

45 55 80 20

Menurut (Syamsul Anuar Ismail et. al., (2005), berdasarkan jadual 1, menunjukkan majoriti mahasiswa Malaysia dan Indonesia bersetuju bahawa penggunaan singkatan dan emotikon semasa ber‘SMS’ adalah untuk menjimatkan ruang, masa dan merupakan gaya remaja hari ini. Dapatan kajian ini menurutnya selari dengan dapatan kajian oleh Shamsul Anuar dan Norhafidah (2005), Norizah dan Siti Zobidah (2003) dan Azimah dan Harshita (2000).Namun, dari aspek struktur bahasa dan penggunaan bahasa rojak atau slanga dalam SMS, mahasiswa Indonesia lebih terbuka berbanding dengan mahasiswa Malaysia.

Page 8: Prosiding Pismp Bm 2014

Menurut Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005), hasil kajian mendapati mahasiswa Indonesia lebih terbuka dan bersetuju dengan penyataan-penyataan bahawa penggunaan singkatan dan emotikon semasa ber‘SMS’ menjimatkan ruang, penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS adalah gaya remaja hari ini berkomunikasi, struktur bahasa tidak penting semasa ber‘SMS’ asalkan sahaja ianya difahami oleh si penerima, penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mahasiswa Indonesia tidak kisah menggunakan bahasa rojak semasa ber‘SMS’.

Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005) berpendapat bahawa mahasiswa Indonesia lebih terbuka dan bersetuju dengan penyataan-penyataan tersebut berbanding dengan mahasiswa Malaysia kerana penggunaan singkatan semasa ber‘SMS’ bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka.Penggunaan singkatan dan akronim sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat Indonesia. Dalam kajian ini dapat dilihat bahawa dari segi analisis dan perbincangan yang dilakukan oleh Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005) ini agak longgar dan ringkas. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kajian ini berupa kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Kelangsungan Hubungan Indonesia-Malaysia 2005 anjuran Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia.

Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005) berkemungkinan menghadapi kekangan dari segi had panjang muka surat yang dibenarkan oleh urus setia seminar tersebut. Analisis kajian ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya Syamsul Anuar Ismail et. al. (2005) ini dapat menambah nilai kajian ini dengan menemu bual responden bagi mendapatkan maklumat yang sebenar mengenai persepsi mahasiswa Malaysia dan Indonesia terhadap penggunaan singkatan dan emotikon dalam SMS.

Aziz Deraman (2005) berpendapat umat manusia pada hari ini perlu terus berkomunikasi untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Pada hari ini, penggunaan kod Morse yang lebih canggih mungkin ada, tetapi populariti kaedah SMS dirasakan telah mengatasi konsep dan pendekatan komunikasi pantas yang cekap. Menurut Aziz Deraman (2005), pada hari ini SMS menjadi alat komunikasi penting kepada para remaja yang suka berkomunikasi dengan kos yang minimum.

Populariti SMS menjadi begitu tinggi disebabkan oleh faedah-faedah yang antaranya adalah menghantar notis secara masa nyata, dijamin penghantaran mesej, boleh dipercayai, murah, boleh dikawal oleh pengguna dan meningkatkan produktiviti pengguna. Namun demikian, untuk mencapai faedah di atas dan sesuai dengan sifatnya sebagai “mesej pendek”, satu set sebutan bahasa yang baharu telah wujud iaitu bahasa SMS.

Aziz Deraman (2005) berpendapat bahawa berdasarkan faedah yang dinyatakan, galakan harus diberikan kepada pengguna telefon selular untuk terus menggunakan perkataan dan ayat pendek dalam SMS yang sebahagiannya mungkin berbentuk seperti berikut:Ayat SMS : A’kum wat pet u? Kaco ke? Klo kaco x pe rMaksudnya : Assalamualaikum. Buat apa tu? Kacau ke? Kalau kacau tak apalah.

Ayat SMS : nak gi gk tgk wyg? Kat mid. Jom r. bsn r ari ni.Maksudnya : Nak pergi tak tengok wayang? Dekat Mid-Valley.Jomlah. Bosanlah hari ini.

Ayat SMS : ade hw ak ari ni? Ko ngah wat pet u? *d ke?Bpk rajin r.Maksudnya : Ada homework tak hari ini? Kau tengah buat apa tu? Study ke?

Page 9: Prosiding Pismp Bm 2014

Bapa rajinlah.Menurut Aziz Deraman (2005) lagi, melihat kepada ayat-ayat di atas, nampaknya

pengguna SMS mementingkan maksud mesej sampai kepada penerima dengan kos yang paling minimum (masa menaip, panjang perkataan dan ayat yang ditulis). Inilah yang dikatakan produktif.Namun demikian, melihat kepada penggunaan bahasa, gabungan sebutan bahasa Melayu dan Inggeris bercampur-baur digunakan secara bebas. Pengguna SMS lebih senang menggunakan huruf atau angka yang paling ringkas tanpa risau akan nahu dan tatabahasanya. Perhatikan aksara berikut mewakili maksud yang jelas:

Jadual 2: Contoh Aksara yang Mewakili Maksud Tertentu Dalam SMSHuruf Bahasa Asal Maksudnya

C see lihat, jumpa

U you awak

R are la, lah

2 two tu

D di di

Menurut Aziz Deraman (2005) lagi, terdapat juga ringkasan perkataan yang popular dan biasa digunakan oleh kita dalam memo atau tulisan tidak rasmi. Perhatikan beberapa contoh yang lazim menggunakan dua aksara:

Jadual 3: Contoh Dua Aksara yang Mewakili Maksud Tertentu dalam SMS

Huruf Bahasa Asal Maksudnya

*d study belajar

B+ bertambah

b4 before sebelum

bl bila bila

bz busy sibuk

Dalam bahasa yang digunakan oleh pengguna SMS, mereka sedaya upaya cuba meringkaskannya walaupun akhirnya hanya dapat menjimatkan satu aksara sahaja seperti ujan untuk hujan atau umah untuk rumah (Aziz Deraman, 2005).

Perkataan singkatan yang digunakan boleh juga membawa maksud yang berganda seperti contoh berikut:

Page 10: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 4: Contoh Perkataan Singkatan yang Mewakili Maksud Tertentu Dalam SMS

Singkatan Maksudnya Maksud lain

btg batang butang

jlg jeling jalang

pntg penting pantang

trg terang terengganu

Menurut Aziz Deraman (2005), perkembangan bahasa SMS tidak akan dapat ditahan mahupun dikawal. Para remaja kini begitu mahir dengan bahasa SMS dan tentu sekali akan menjadikan bahasa SMS ini sebagai budaya hidup mereka untuk tahun-tahun yang akan datang. Apa yang menarik tentang kajian ini ialah pengkaji telah mencadangkan tiga perkara iaitu mengenal pasti senarai perkataan singkatan SMS yang digunakan, mempromosikan bahasa SMS yang piawai (mungkin boleh diiktiraf oleh MABBIM) dan mengadakan laman sesawang bimbingan dan rujukan penggunaan bahasa SMS.

Menurut Aziz Deraman (2005), kita harus menerima hakikat bahawa dinamika bahasa bukan sahaja harus ditangani mengikut teori yang terhad, malah harus mengikut keperluan pengguna dan teknologi yang seiring dengannya. Meskipun kajian oleh Aziz Deraman (2005) mengenai tinjauan umum terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi melalui SMS ini agak ringkas, tetapi kajian ini agak baik kerana melalui kajian ini, kita dapat mengetahui kewujudan tiga bentuk bahasa Melayu dalam SMS iaitu pengguna menggunakan huruf atau angka yang paling ringkas tanpa risau akan nahu dan tatabahasanya.

Aziz Deraman (2005) menyatakan bahawa terdapat juga ringkasan perkataan yang popular dan biasa digunakan oleh kita dalam memo atau tulisan tidak rasmi dan terdapat juga perkataan singkatan yang digunakan boleh juga membawa maksud yang berganda. Dalam kajian ini juga dikemukakan lampiran yang berupa senarai perkataan lazim dalam SMS yang digunakan oleh remaja sebanyak lima muka surat. Senarai tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu kita lebih memahami perkataan lazim dalam SMS yang digunakan oleh remaja. Dari segi metodologi kajian, Aziz Deraman (2005) tidak menjelaskan dalam kajiannya tentang tempat kajian, subjek kajian, pendekatan kajian yang digunakan, alat kajian yang digunakan bagi mengutip data, tatacara kajian dan penganalisisan data.

Ang (2006) mendapati telefon bimbit menjadi alat komunikasi yang penting dalam kehidupan kita masa kini.Golongan remaja pula merupakan kumpulan masyarakat yang banyak menggunakan perkhidmatan SMS untuk berkomunikasi setiap masa dalam kehidupan seharian.Dalam komunikasi dunia globalisasi pula, manusia ingin menjadikan komunikasi pantas, ringkas, berkesan dan kreatif.Oleh itu, penulisan mesej SMS memerlukan penggunaan bahasa yang ringkas tetapi maknanya dapat disampaikan dengan lebih tepat dan menarik hati pembaca.

Page 11: Prosiding Pismp Bm 2014

Penggunaan metafora, angka-angka dan juga emotikon dalam penulisan mesej teks SMS menunjukkan perkembangan bahasa yang bersesuaian dengan pembaharuan sistem komunikasi.Justeru, tujuan kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti kegunaan metafora, angka-angka dan emotikon dalam mesej SMS yang dihantar dalam bahasa Mandarin. Objektif-objektif khusus kajian ini adalah untuk memperoleh, mengklasifikasi dan menganalisis jenis-jenis data SMS yang melibatkan penggunaan metafora dalam mesej teks, mengklasifikasi dan menganalisis data-data yang menunjukkan penggunaan angka dan mengenal pasti dan menganalisis data-data yang menunjukkan penggunaan ikon-ikon yang menggambarkan perasaan seseorang.

Kajian ini melibatkan seramai 25 orang pelajar sekolah menengah (iaitu 13 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan) yang dipilih secara sukarela daripada kelas tingkatan satu hingga lima. Sampel-sampel yang dipilih adalah mesej yang ditulis dalam bahasa Mandarin sahaja.Kajian ini menggunakan beberapa teori sebagai asas kajian seperti Model Binari De Saussure (1992), Segi tiga Semiotik Ogden dan Richard (1923) dan Model Organon Buhler (1934).Kajian ini adalah kajian deskriptif dan dijalankan selama 8 bulan bagi pemilihan responden, pengumpulan data dan menganalisis data yang dikumpulkan.

Ang (2006) telah mengumpul 150 mesej teks yang dibahagikan kepada 5 domain berdasarkan kepada jenis kegunaannya dalam menyampaikan mesej iaitu cinta, persahabatan, tanya khabar, ucap selamat tinggal dan motivasi. Kajian ini menggunakan kaji selidik sebagai instrumen kajian.Data dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif.Data yang dikutip dianalisis mengikut 3 aspek kajian iaitu pandangan responden sukarela terhadap penggunaan SMS, penggunaan metafora dalam mesej SMS, penggunaan angka-angka dalam teks mesej SMS dan penggunaan emotikon dalam teks mesej SMS.Menurut Ang (2006), semua responden menganggap telefon bimbit sebagai alat komunikasi pilihan utama mereka, responden gemar menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penulisan mesej SMS.

Tujuan utama sesuatu mesej disampaikan adalah untuk menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap rakan dan mengeratkan persahabatan, mengirim salam atau bertanyakan khabar rakan yang berada di tempat lain, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan dan memberikan dorongan kepada rakan agar rakan dapat mengatasi rintangan hidup. Semua peserta mengatakan bahawa mereka akan mengirim mesej SMS kepada rakan karib mereka. Semua responden juga mengatakan bahawa mesej teks SMS adalah mudah ditulis dan mereka juga bersetuju bahawa perkhidmatan SMS akan merapatkan perhubungan orang ramai.

Kajian ini agak menarik kerana telefon yang digunakan bagi menghantar SMS bukan sahaja digunakan untuk menghantar mesej biasa tetapi dimanfaatkan untuk menyuburkan penggunaan bahasa yang indah dan puitis seperti penggunaan metafora. Berikut adalah contoh mesej domain cinta:Woxiang banjia xiangyao bandao nide xinlinmian, bingqie changzu xialai…(Saya ingin berpindah rumah supaya dapat menetap di hatimu selama-lamanya)Leksis ‘berpindah rumah’ (b anjia ) merupakan metafora kata kerja.

Menurut Ang (2006), penutur menggunakan leksis ‘berpindah rumah’ bertujuan untuk menyampaikan keinginannya melakukan anjakan daripada keadaan dirinya yang sunyi kepada hidup berpasangan. Leksis ‘berpindah rumah’ bermetafora dapat menwujudkan daya tarikan yang kuat kepada penerima mesej kerana penghantar mesej sudah memberikan tanda yang menunjukkan hasratnya untuk menjadikan penerima sebagai jodohnya secara ikhlas.Apa yang lebih menariknya dapatan daripada kajian ini adalah kerana penulisan mesej teks SMS bahasa

Page 12: Prosiding Pismp Bm 2014

Mandarin sukar menggunakan kata singkatan (abbreviation) kerana tulisan Cina merupakan piktograf.

Setiap perkataan merupakan piktograf yang member ortografi, sebutan dan makna tertentu.Oleh itu, penggunaan metafora dalam mesej bahasa Mandarin amat penting untuk memberi mesej teks yang ringkas, menarik tetapi padat maknanya. Dapatan lain yang tidak kurang menarik juga ialah penggunaan angka dalam mesej SMS seperti 885 (ba ba wu). Mesej teks ringkas 885 (sebutannya dalam bahasa Mandarin adalah ba ba wu) digunakan sebagai teks yang mempunyai bunyi seakan-akan sama dengan frasa yang hendak disampaikan iaitu bang bang wo yang bermaksud ‘tolonglah aku’. Oleh itu, 885 adalah mesej teks ringkas yang menunjukkan makna ‘tolonglah aku’.

Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek (2009) telah melihat kerancuan bahasa dalam SMS. Menurut mereka, SMS merupakan satu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita.Bahasa SMS dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah atau dialek.Penggunaan SMS meliputi aspek singkatan, simbol dan emotikon.Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa SMS dan mengenal pasti kerancuan bahasa Melayu dalam bahasa SMS. Kajian ini adalah penelitian hasil daripada pemantauan terhadap fenomena bahasa SMS yang menimbulkan kerancuan dalam bahasa Melayu di saluran 15, Astro.

Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku, jurnal dan sumber-sumber rujukan yang berkaitan.Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek (2009) telah menganalisis penggunaan bahasa SMS pada peringkat perkataan, peringkat frasa dan peringkat wacana.Pada peringkat perkataan, pengguna bahasa SMS menaip perkataan mengikut selera masing-masing tanpa mengambil kira singkatan dan ejaan yang betul.Pada peringkat frasa terdapat bahasa SMS seperti tok adk (untuk adik), xlyn (tidak layan), bj skola (baju sekolah) dan seumpamanya.Manakala peringkat wacana pula, penggunaan bahasa Melayu SMS keseluruhannya menyalahi struktur ayat yang gramatis kerana pengguna SMS menggunakan ayat-ayat yang digunakan dalam perbualan seharian secara lisan khususnya bahasa basahan.

Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek (2009) telah menganalisis kerancuan bahasa dalam SMS melalui bentuk dan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sama ada pada peringkat perkataan, frasa, ayat mahupun wacana. Penukaran kod ini berlaku pada empat peringkat.Pertama, penukaran kod tempelan iaitu campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang melibatkan penggunaan hanya sepatah perkataan bahasa Inggeris dalam ungkapan yang (hampir) keseluruhannya diucapkan dalam bahasa Melayu seperti okess, senyum. Kedua, penukaran kod dalam ayat iaitu penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa lain terjadi dalam ayat yang sama seperti “bkn men ske lg ye, actually my parents kturunan dr krbt rja phg.”

Ketiga, penukaran kod antara ayat iaitu apabila penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa kepada bahasa yang lain terjadi di antara ayat seperti “but my mum tel me, name x bwa kmana pown. now pesal get angry wit me juz bcoz bout name… entahlh sori if im wrong k.” Keempat, penukaran kod dalam perkataan iaitu bentuk ini memperlihatkan penggunaan bahasa lain misalnya bahasa Inggeris dalam pembentukan bahasa Melayu seperti “ok lah”, “boring lah”, “terdelete” dan sebagainya.

Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek (2009) juga telah menganalisis bahasa Melayu SMS yang melanggar hukum tatabahasa, ejaan, tanda baca dan istilah bahasa Melayu.

Page 13: Prosiding Pismp Bm 2014

Di samping itu, mereka telah menganalisis penggunaan singkatan perkataan yang tidak mengikut panduan singkatan SMS yang terkandung di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan bahasa slanga dan penggunaan bahasa basahan. Dalam kesimpulan kajian mereka, Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek (2009) menyatakan bahawa sebenarnya apa-apa yang perlu diubah dalam kerancuan bahasa Melayu dalam bahasa SMS ialah sikap.Rakyat Malaysia hendaklah menghormati dan mencintai bahasa Melayu.

MetodologiReka Bentuk KajianKajian ini adalah kajian etnografi komunikasi. Fokus etnografi komunikasi adalah komuniti bahasa iaitu cara komunikasi di dalam komuniti bahasa itu disusun dan diatur sebagai sistem kepada peristiwa komunikasi dan cara hal-hal ini berinteraksi dengan sistem lain dalam kebudayaan (Saville-Troike, 2003: 2). Menurut Saville-Troike lagi, tradisi pemerhatian ikut serta masih lagi menjadi asas kepada semua etnografi tetapi ia dapat ditambahkan lagi dengan berbagai-bagai kaedah pengumpulan data dan prosedur-prosedur pensahihan bergantung kepada fokus penyelidikan dan hubungan penyelidik dengan komuniti bahasa yang dikaji.

Kerangka TeoriLandasan teori yang digunakan di dalam kajian ialah Teori Etnografi Komunikasioleh Hymes (1974). Hymes (1974) pada mulanya menghuraikan peristiwa pertuturan melalui enam belas komponen iaitu bentuk mesej (message form), kandungan mesej (message content), latar (setting/scene), penutur/pengirim (speaker/sender), pengirim (addressor), pendengar/penerima/khalayak (hearer/receiver/audience), penerima (addressee), tujuan (outcomes), matlamat (purposes), ragam (key), saluran (channels) , bentuk ucapan (forms of speech), norma-norma interaksi (norms of interaction), and genre (genres).

Bahan KajianKajian ini menggunakan dua medium utama dalam mendapatkan data kajian.Saluran 15 Astro sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa SMS.Astro merupakan penyelia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn.Bhd,sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan.Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio.

Selepas beberapa tahun,Astro telah menambah berpuluh saluran baru malah Astro dalam rancangannya akan menambah lebih 50 lagi saluran baru pada 2007 menggunakan kapasiti daripada MEASAT-3. Sehingga penghujung 2008 lalu Astro telah mencatatkan 2.65 juta pelanggan.1.5 juta daripada jumlah itu merupakan pelanggan berbangsa Melayu. Kini,Astro juga mengadakan usahasama dengan negara lain untuk melancarkan perkhidmatan baru bagi penyiaran,multimedia dan internet.

Astro juga mempunyai gabungan strategik dengan pembangunan perisian dan penyediaan kandungan yang utama untuk bersama-sama membangunkan teknologi dan kandungan bagi menyediakanperkhidmatan interaktif melalui pelbagai platform merentasi kawasan Asia Pasifik. (http://wikipedia.org/wiki/Perbincangan : Astro_(televisyen_satelit) .Di saluran 15 Astro, pelanggan Astro dapat berinteraksi dengan mengemukakan pandangan, kritikan, luahan perasaan dan menyampaikan ucapan berkaitan isu-isu semasa terutamanya dunia hiburan.

Page 14: Prosiding Pismp Bm 2014

Saluran 15 Astro merupakan saluran paling popular sepanjang musim 3, Akademi Fantasia (AF). Ini kerana di situ disediakan laluan untuk peminat-peminat AF meluahkan apa-apa juga pandangan mereka berhubung program realiti TV itu termasuklah menyokong pelajar kegemaran mereka (http://www.akademifantasia.net/modules/news/article.php?storyid=148)Pelanggan Astro boleh menggunakan kemudahan saluran 15 Astro untuk tujuan dua dalam satu iaitu menonton rancangan yang ditayangkan dan bersembang dengan mereka yang menggunakan saluran tersebut sekiranya mereka berminat berbuat demikian.

Pelanggan hanya perlu mendaftar masuk dengan menaip nama samaran SMS NICK < jarak >> nickname > dan menghantar ke 32999. Mereka hanya dikenakan caj sebanyak RM 0.50 bagi tujuan tersebut. Seterusnya, pelanggan Astro boleh bersembang secara langsung melalui saluran 15 dengan menaip SMS CHAT < jarak >< mesej > dan hantar ke 32999. Caj yang dikenakan ialah RM 0.50 bagi setiap penghantaran SMS.Di samping itu, pelanggan Astro juga boleh bersembang di saluran 15 ini menggunakan sembang (chat) bergambar dan sembang (chat) beremotikon.

Cara bersembang menggunakan sembang (chat) bergambar ialah dengan menaip SMS CHATG < jarak >< mesej > dan hantar ke 32999 manakala untuk bersembang menggunakan sembang (chat) beremotikon, pelanggan hanya perlu menaip SMS CHATE < jarak >< mesej > dan hantar ke 32999. Caj bayaran bagi sembang (chat) bergambar ialah RM 0.70 bagi setiap penghantaran SMS sementara caj bayaran bagi sembang (chat) beremotikon ialah RM 0.50 bagi setiap penghantaran SMS.

Kaedah Pungutan DataKaedah pungutan data yang dilakukan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian tanpa ikut serta.Kaedah ini digunakan untuk mengutip data sembang SMS di saluran 15 Astro. Dalam kaedah ini, pengkaji telah menonton saluran 15 Astro selama lima bulan bermula Januari 2008 hingga Mei 2008 bagi mengutip data yang diperlukan. Pengkaji telah menggunakan alat perakam KTVWorld untuk merakamkan sembang SMS yang ke udara di saluran 15 Astro.Alat perakam KTVWorld ini adalah sejenis alat perakam (bentuknya menyamai thumb drive) pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk menonton televisyen dan merakam rancangan daripada televisyen seperti alat perakam video.Dalam mengutip data yang dikehendaki, pengkaji hanya perlu menyambungkan alat KTVWorld ke komputer dan Astro bagi merakamkan data di saluran 15 Astro.Pengkaji tidak ikut serta bersembang di saluran 15 Astro.

Jangka Masa Pungutan DataData bagi sembang SMS dipungut selama lima bulan iaitu mulai pada 1 Januari 2008 hingga 30 Mei 2008. Pada masa data dikutip, rancangan realiti kesukaan ramai Akademi Fantasia sedang berlangsung.Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia.

Latar masaDari segi latar masa pula, data 1 dikutip pada 14 April 2008, jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, data 2 dikutip pada 15 April 2008, jam 2.40 petang hingga 4.00 petang, data 3 dikutip pada 16 April 2008, jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi, data 4 dikutip pada 16 April 2008 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dan data 5 pada 17 April 2008, jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.Pada masa data dikutip, rancangan realiti kesukaan ramai Akademi Fantasia sedang berlangsung.

Page 15: Prosiding Pismp Bm 2014

Kaedah Pemilihan SubjekPemilihan subjek dilakukan secara rawak.Tidak ada kategori khas yang ditetapkan oleh pengkaji dalam pemilihan subjek.Pemilihan subjek bagi sembang SMS berdasarkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam sembang di saluran 15 Astro. Mereka yang menghantar SMS melalui saluran 15 Astro pada masa pengkaji memungut data dianggap sebagai subjek kajian.

Jumlah Subjek Yang TerlibatJumlah subjek yang terlibat bagi rakaman sembang SMS adalah seperti berikut:Data 1 : 18 orang.Data 2 : 83 orang.Data 3 : 44 orang.Data 4 : 72 orang.Data 5 : 86 orang.

Skrip Perbualan SMS dan IRCData sembang SMS diperolehi dengan cara merakamkan sembang SMS yang ke udara di saluran 15 Astro menggunakan alat perakam KTVWorld.

Analisis Transkripsi DataData-data perbualan sama ada sembang SMS ataupun IRC yang dicetak melalui rakaman oleh pengkaji telah dikodkan sebagai data 1, data 2, data 3, data 4 dan data 5. Setiap data dimasukkan tarikh dan waktu rakaman. Data kajian terdiri daripada perbualan yang melibatkan dua atau lebih peserta kerana interaksi melalui sembang SMS

Dapatan KajianKaitan antara latar tempat dengan suasana juga menunjukkan perbualan melalui SMS yang dilakukan dari rumah kebanyakannya menyebabkan dalam sembang SMS banyak menggunakan penyingkatan perkataan dalam perbualan. Hanson dan Sylvia dalam Supyan Hussin (2005) berpendapat bahawa pesanan ringkas atau pendek adalah perlu dalam komunikasi chat dan SMS yang berkesan. Menurut Supyan Hussin (2005) pula, penyingkatan ini dilakukan kerana beberapa faktor iaitu kekangan ruang dalam paparan telefon bimbit yang hanya boleh menerima bilangan karekter tertentu, pengguna meringkas dan memendekkan pesanan apabila mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menyatakan sesuatu dalam masa yang singkat dan faktor kewangan.

Berdasarkan data SMS 1, contoh penyingkatan perkataan ialahsian (sepatutnya kasihan), plak (pula), citer (cerita), psl (pasal), tulun (tolong), umah (rumah). Dalam data SMS 2 pula, contoh penyingkatan perkataan ialah korng(engkau), grantee(guarantee), jap (sekejap), kalo (kalau), spesel (special), bring(boring), cite(cerita), wat(buat), blum(belum), Owg(orang), ngn(dengan), kop(engkau), g(pergi), GURL(girl), smbonk (sombong), lme(lama), nutink(nothing), gak(juga), koling(calling), pvt(private), leh(boleh), sape2(sesiapa), semekOm(assalamualaikum), ngatkn(ingatkan), sume (semua), seMe(semua), chooo(too), ngko (engkau), kO (engkau), derang (dia orang/mereka).

Dalam data SMS 3 pula, contoh penyingkatan perkataan ialah cm (macam), sume (semua), emsen (handsome), sket (sedikit), ekon (air-con), ley (boleh), lam (dalam), rmh (rumah), Tingen (teringin), ctu (situ), amek (ambil), slmt (selamat), bekpes(breakfast), pe(apa),

Page 16: Prosiding Pismp Bm 2014

ri(hari), mnjd (menjadi), somi(suami), sklga (sekeluarga), bro (brother), Xbeh (tidak best/tidak seronok), cet (chat/bersembang), Plek(pelik), tol (betul), kuo (keluar), meh (mari), wat (buat), kije (kerja), aBeh (habis), xde (tidak ada), x yah (tidak payah), hepi(happy), cane (macam mana), GUD (good),melom (belum), tawen (kahwin), g (pergi), umah (rumah), tp (tetapi), resiee (rahsia), plisss (please), 2kar (tukar), kuar(keluar), panten (pengantin), u(you), neva (never), tenkiu (thank you), mmg (memang), n0ty(naughty), menten (maintain), pk(fikir), kwen (kahwin), cite (cerita).

Dalam data SMS 4 pula, contoh penyingkatan perkataan ialah ngn (dengan), nape (kenapa), men (main), cmtu (macam itu), donlod (download), asben (husband), blk (balik), wat (buat), kuar (keluar), keta (kereta), enpon (handphone), jap (sekejap), asyk(asyik), pasan (perasan), fon(telefon), grg (goreng), nantok (mengantuk), kuo (keluar), cetink (chatting), mam (makan), pale(kepala), kim (kirim), skang(sekarang), pastu(selepas itu), ciken (chicken).

Berdasarkan data SMS 5 pula, contoh penyingkatan perkataanyang dapat dikesan ialahngapa (mengapa), owg (orang), as’kum (assalamualaikum), smlm (semalam), tupap (top-up), u r (you are), b d (be the), wat(buat), jap (sekejap), lak(pula), g (pergi), cte (cerita), smat(selamat), skang (sekarang), kt(kepada), ngko (engkau), tye (tanya), anta(hantar), kuar (keluar), pn (pun), smua (semua), bli (beli), camne (macam mana), ne (mana), sy (saya), pnh (pernah), nnt (nanti), lau (kalau), tpn (telefon), blk (balik), kuar (keluar), pnh (pernah), bt (buat), klu (kalau), npk (nampak), ENSEM (handsome), sore(suara), pebet (private), kompen (confirm), kije (kerja), brekpes(breakfast), mmgla (memanglah).

Berdasarkan dapatan data SMS 1, 2, 3, 4 dan 5, jelas bahawa terdapat beberapa cara penyingkatan yang digunakan dalam sembang SMS. Pertama, melalui pengguguran huruf-huruf vokal seperti psl (pasal), rmh (rumah), mnjd (menjadi), sklga (sekeluarga), blk (balik) dan nnt (nanti). Kedua, penyingkatan melalui ikutan sebutan ringkas seperti sian (sepatutnya kasihan), jap (sekejap), g(pergi), Pemeran yang bersembang di saluran 15 Astro ini telah sewenang-wenangnya menggunakan penyingkatan perkataan sesuka hati yang menyebabkan ada antara kata singkatan yang digunakan sukar difahami malah mungkin tidak difahami langsung oleh sesetengah orang seperti perkataan sian (kasihan) mungkin membawa maksud kasihan, hari siang dan psl (pasal).

Ketiga, singkatan lazim kolokokial iaitu perkataan yang dieja secara melampau seperti citer (cerita), kop(engkau), emsen (handsome), amek (ambil), cetink (chatting), asben (husband) dan lain-lain lagi. Dapatan ini dapat menyokong dapatan Supyan Hussin (2005) bahawa penyingkatan kata dalam SMS dibahagikan kepada tiga iaitu singkatan lazim, singkatan keguguran vokal/konsonan dan singkatan lazim kolokial.

RumusanBahasa SMS adalah jenis bahasa yang telah digunakan secara meluas dalam TMK masa kini. Gaya baru komunikasi melalui SMS ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir ahli bahasa kerana dibimbangi akan merosakkan bahasa Melayu yang sedia ada. Pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh mereka untuk menyokong dan menentang penggunaan bahasa SMS dalam komunikasi seharian mereka.Namun, gelombang penggunaan bahasa SMS seolah-olah tidak dapat disekat lagi.

Usaha yang dilakukan oleh sarjana bahasa untuk meneroka keunikan penggunaan bahasa sembang SMS dalam masyarakat amatlah dihargai kerana ia akan dapat memperkaya khazanah kajian dalam bidang bahasa. Kajian ini akan membantu banyak pihak sama ada perancang

Page 17: Prosiding Pismp Bm 2014

bahasa, sarjana bahasa mahupun pencinta bahasa agar lebih memahami gaya baharu komunikasi melalui SMS ini kerana benarlah kata pantun Melayu lama bahawa “yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa”.

Bibliografi

Ang Thiah Huat. (2006). Analisis Penggunaan Metafora, Angka-angka dan Emotikondalam Mesej SMS Di kalangan Remaja Cina. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

Aziz Deraman. (2005). Tinjauan Umum Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Komunikasi Melalui SMS. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan SMS danPengaruhnya Terhadap Bahasa Melayu Formalanjuran Dewan Bahasa danPustaka, 19 April 2005.

Crystal, D. (2008). Txtng: the gr8 db8. New York: OxfordUniversity Press.Dagsavien, 11.06.2004.Hafizahril Hamid. (2009). Bahana SMS Melampau. Mingguan Malaysia. 21 Jun

2009.Helen Sim. (2005). Learning Simple Grammatical Concepts Through SMS . Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.Hymes, Dell. (1974). Foundation in Sociolinguistic: An Ethnographic Approach.

Philadelphia: University of Pennsylvania Press.Ilah Hafiz Aziz (2009). Laman Sosial: Cara Belia Berkomunikasi. Utusan Malaysia,

15 Ogos 2009.J. Sham Wahid dan Rohaidah Mashudi. (2005). Bahasa Komunikasi Remaja, Dewan

Bahasa, Mac 2005.Jyh Wee Sew. (2005). Komunikasi Kreatif SMS? Dewan Bahasa, Mei 2005. Kalthum Ibrahim. (2007). Budaya Berbahasa Melayu Dulu, Kini dan Selamanya. Kertas

kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3 anjuran Universiti Putra Malaysia, 13-14 November 2007.

Lai, Michael. (2005). Rakyat Malaysia SMS RM 1.7b. Utusan Malaysia, 15 Disember 2005.

Lim, Evelyn. (2005). “Jom, C U mlm ni”, Dewan Bahasa, Mac 2005.Noraziah Ahmad Ghazali. (2005). Tinjauan Ringkas Pengaruh Penggunaan SMS kepada

Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan SMS dan Pengaruhnya Terhadap Bahasa Melayu Formal anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 19April 2005.

Norizah Aripin dan Siti Zobidah Omar. (2005). Bahasa SMS: Bahasa Interaksi Generasi Muda Masa Kini.Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan SMS dan Pengaruhnya Terhadap Bahasa Melayu Formal anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 19 April 2005.

Norzam Noor dan Abdul Rashid Daing Melebek. (2009). Kerancuan Bahasa dalam Sistem Pesanan Ringkas. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-5, anjuran Universiti Putra Malaysia, 17-18 November 2009.

Page 18: Prosiding Pismp Bm 2014

Nusa Putera. (2003). Komunikasi Huruf Aneh, Majalah T & T, 7 Mei 2003.Phat a/l Awang Deng dan Rohaya Md. Ali. (2006). Kesantunan Berbahasa dalam

Sembang Maya: Masihkah Ada Budi Bahasa?dalam Abdul Manaf Bohari. ICT dari Perspektif Profesional. Petaling Jaya:Pearson/Prentice Hall.

Rosniah Mustaffa & Noorizah Mohd. Noor. (2007). “Bahasa Kacukan dalam Dunia Komunikasi: Satu Perspektif Linguistik”dalam Linguistik: Teori dan Aplikasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaharuddin M Saaid. (2009). Bahasa Rojak Di Media Elektronik. Utusan Malaysia, 27 Julai 2009.

Supyan Hussin. (2005). Korpus Bahasa SMS: Antara Kreativiti dan Ancaman kepada Bahasa. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Linguistik ‘Kajian Bahasa dan Korpus: Dimensi Linguistik Semasa anjuran Universiti KebangsaanMalaysia, 12-13 April 2005.

Supyan Hussin. (2005). Sejauh manakah SMS Mencemar Bahasa Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan SMS dan Pengaruhnya Terhadap Bahasa Melayu Formal anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 19April 2005.

Syamsul Anuar Ismail, Ainal Akmar Hj. Ahmad dan Nor Hafidah Ibrahim. (2005). Persepsi Penggunaan Singkatan dan Emotikon dalam SMS di Kalangan Mahasiswa Malaysia dan Indonesia: Satu Tinjauan Awal. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Kelangsungan Hubungan Indonesia-Malaysia 2005 anjuran Universiti Putra Malaysia, 7-8 Ogos 2005.

Teo Kok Seong. (2008). Mimpi Ngeri Bahasa Melayu. Berita Harian. 31 Julai 2008. Zaidi Ismail. (2005). Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,

Julai 2005

Page 19: Prosiding Pismp Bm 2014

NILAI CINTA NEGARA MELALUI KARYA SAJAK A. SAMAD SAID DAN DHARMAWIJAYA DALAM ANTOLOGI PUISI TANAH AIRKU

Mohd Haidi Mohd Kasran, PhDJabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

Rozeha HarunFakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meneliti nilai kekeluargaan yang terdapat dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair-penyair tanah air akan dianalisis sebagai suatu wadah kepada proses pembentukan nilai dalam diri dan jiwa anak-anak di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Kajian ini hanya merujuk kepada penghasilan karya puisi moden (sajak) oleh penyair A. Samad Said dan Dharmawijaya yang terkandung dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Kajian ini juga merupakan suatu penyelidikan yang menggunakan kaedah kualitatif yang menganalisis karya-karya sajakyang diterapkan berdasarkan kepada penggunaan konsep nilai yang dibaca dengan Teknik Bacaan Rapi (Close Reading Technique). Setiap sajak yang dibaca akan dianalisis isi kandungannya (Content Analysis) dengan berlandaskan konsep nilai patriotisme.Kata kunci: Nilai, Cinta Negara, Patriotisme, Sajak

Pengenalan

Nilai merupakan satu konsep yang mencerminkan pegangan, kepercayaan dan amalan seseorang individu dengan merujuk kepada garis panduan yang dipersetujui oleh sekelompok manusia. Sistem kepercayaan ini, mempengaruhi penilaian individu terhadap sesuatu fenomena dari segi tingkah laku yang patut atau tidak patut dilakukan, serta keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, nilai yang dipegang akan membentuk dan mempengaruhi tindak tanduk seharian, terutama dalam membuat keputusan (Mumtaz Begam Abdul Kadir dan Mohammed Sani Ibrahim, 2009). Justeru, nilai merupakan satu kepercayaan penting dalam kehidupan seseorang individu bagi membuat sesuatu keputusan yang terbaik atau sebaliknya mengikut pegangan nilai yang telah ditanam dalam diri. Hassan Langgulung (1990) berpendapat penerapan nilai-nilai adalah bertujuan untuk membentuk masyarakat soleh yang percaya bahawa ia mempunyai risalah untuk manusia iaitu keadilan, kebenaran, dan kebaikan. Risalah ini kekal selama-lamanya. Usaha perlu ditumpukan kepada memperkembangkan nilai-nilai, sikap dan tingkah laku pembangunan dalam kalangan individu dan kelompok masyarakat. Kesedaran tentang kewujudan manusia, makhluk-makhluk lain dan alam ini mendorong manusia mendapatkan ilmu pengetahuan bagi mengetahui beban tanggungjawabnya untuk memelihara keseimbangan alam dan tanggungjawab sesama manusia terhadap tuhan.

Page 20: Prosiding Pismp Bm 2014

Sehubungan itu, dalam proses sosialisasi, penerapan nilai menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001) melibatkan usaha yang dilakukan secara sedar atau tidak bagi tujuan membentuk dan mencorakkan individu dengan nilai-nilai norma, sikap, tingkah laku, wawasan sosial dan moral yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Proses ini memainkan peranan yang penting dalam membantu anggota masyarakat untuk mempertahankan sesuatu yang baik, menolak yang buruk dan menerima nilai-nilai yang diperlukan bagi mencapai perubahan pada masa hadapan. Proses ini adalah proses yang selalu dikaitkan dengan pembudayaan sesuatu nilai terutamanya nilai sosial kerana anggota dalam satu masyarakat akan mempraktikkan sesuatu yang telah diterima sebagai norma masyarakat dalam mereka bersosial dengan anggota masyarakat yang lain. Ibnu Khaldun dan Max Weber telah menyatakan idea ataupun nilai bertindak sebagai pengaruh sebab akibat kelakuan manusia. Pada pandangan kedua-dua tokoh Islam dan Barat ini, tindakan tahap pertama dalam proses pemikiran adalah yang terakhir. Manusia dibezakan daripada haiwan melalui kegiatan tertentu. Manusia dapat belajar daripada pengalaman; mereka dapat mengetahui baik buruk, dan apa yang wajar dilakukan dan apa yang tidak wajar dilakukan. Dia dapat menganggap perkaitan sebab akibat dalam kalangan benda dan dapat membezakan yang rasional daripada yang tidak rasional dan cara yang terbaik daripada banyak cara (Saleh Faghirzadeh, 2008). Berdasarkan pernyataan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa nilai itu merupakan suatu pegangan dan kepercayaan yang mendorong seseorang individu untuk bertindak mengikut pemilihan nilai-nilai yang telah ditanam dalam dirinya. Nilai-nilai yang telah tertanam dalam diri itu dapat diaplikasi dalam hubungan dengan tuhannya dan kelompok sosial mengikut kehendak dan pemilihan yang tertentu dan diterima dalam masyarakat. Pengamalan nilai-nilai yang positif dalam diri dan masyarakat, akan menjadikan sebuah negara itu makmur dan sejahtera dalam segala aspek.

Tujuan kajianKajian ini bertujuan untuk meneliti nilai cinta negara atau patriotisme yang ditulis oleh penyair A. Samad Said dan Dharmawijaya dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyair-penyair tanah air akan dianalisis sebagai suatu wadah kepada proses pembentukan nilai dalam diri dan jiwa anak-anak yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.

Metodologi KajianKajian ini merupakan suatu penyelidikan yang menganalisis karya-karya sajak di dalam Antologi Puisi Tanah Airku yang diterapkan berdasarkan kepada penggunaan konsep nilai patriotisme yang mempunyai hubungkait dengan kajian yang melihat unsur nilai cinta negara dalam karya sajak. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan. Pemilihan bahan adalah berpandukan kepada karya-karya sajak yang terdapat dalam Antologi Puisi Tanah Airku yang mengandungi 17 buah sajak berunsur patriotik akan dibaca kesemuanya dengan Teknik Bacaan Rapi (Close Reading Technique). Setiap sajak yang dibaca akan dianalisis isi kandungannya (Content Analysis) dengan berlandaskan konsep nilai patriotisme bagi memperlihat unsur-unsur nilai patriotisme dalam karya sajak-sajak A. Samad Said dan Dharmawijaya.

Page 21: Prosiding Pismp Bm 2014

Konsep PatriotismePatriotisme merupakan satu perkara yang amat penting kepada rakyat semua negara. Ia bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap warganegara. Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung yang melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Dalam konteks Malaysia, patriotisme perlu ada pada diri setiap rakyat. Semangat patriotisme terhadap negara tidak sewajarnya hanya timbul dalam perjuangan menuntut kemerdekaan atau apabila negara berada dalam ancaman musuh semata-mata.Dalam keadaan aman umpamanya, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong kepada setiap rakyat yang cintakan negaranya untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negaranya. Perbezaan dari segi ideologi, kaum, parti dan budaya dalam sesebuah negara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan sebagai suatu halangan dan kekangan kepada usaha untuk memakmurkan negara. Semangat patriotisme penting kepada semua lapisan rakyat sesebuah negara. Tidak kira apapun pekerjaan mahupun jawatan, mereka perlulah mempunyai semangat kecintaan dan kasih sayang yang menebal ke atas negara mereka. H. Kohn melalui karyanya, The Idea of Nationalism (1944) mentakrifkan nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran, yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk dalam kalangan semua anggotannya; beliau mengiktiraf negara-negara sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Oleh itu, kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya. Pernyataan ini juga dapat disokong dengan pendapat Hamimah (2007) bahawa patriotisme dapat dilahirkan melalui sifat bangga menjadi rakyat sesebuah negara. Hal ini diikuti dengan perasaan kekitaan, keupayaan dan perpaduan, keinginan untuk berbakti kepada negara akan wujud dalam kalangan warganegara sehingga mampu menimbulkan keyakinan mendalam rakyat kepada pemimpin, kepimpinan dan kemajuan negara. Menurut Raja Ruslan (2005), elemen-elemen patriotisme meliputi perasaan bangga terhadap negara iaitu merupakan perkara paling asas dalam memupuk semangat patriotisme, fakta sejarah yang amat berkait rapat dengan rasa bangga terhadap negara kerana keagungan sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan sejarahnya, jati diri, berterima kasih dan mengenang jasa, mempertahankan maruah bangsa dan kesetiaan kepada negara. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Semangat patriotisme kini menjadi lebih penting kepada negara Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia didiami oleh rakyat yang mempunyai perbezaan agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Akibatnya jika rakyat negara ini meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti sebagai lebih utama daripada negara tentulah pembangunan dan kemajuan negara tidak akan dicapai. Oleh itu, dalam situasi masyarakat yang sebegini, keperluan terhadap semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah begitu penting.Semangat patriotisme ini akan menghalang rakyat Malaysia daripada bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum, agama mahupun ideologi parti yang berbeza dengan mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka akan meletakkan kepentingan negara lebih tinggi daripada kepentingan peribadi mahupun kaum masing-masing. Semangat patriotisme merupakan nadi

Page 22: Prosiding Pismp Bm 2014

kepada kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sesebuah negara akan membawa kepada kegoyahan kepada rakyat (Muhamad Ali, 2009).Patriotisme di Malaysia mempunyai keunikannya tersendiri kerana kejayaan menguruskan masyarakatnya yang berbilang kaum. Sejak merdeka kerajaan Malaysia telah meletakkan perpaduan kaum sebagai matlamat utama negara. Ini disebabkan terdapat yang perlu dilihat seperti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, masyarakat peribumi dan masyarakat yang berasal daripada kaum imigran, perpaduan kaum dan segala legasi penjajah. Elemen-elemen yang disebutkan itu adalah faktor yang dapat menentukan tahap patriotisme rakyat Malaysia. Sememangnya perpaduan antara kaum di Malaysia adalah teras kepada kelangsungan sesebuah negara itu, namun realitinya di Malaysia ketiga-tiga kaum majoritinya iaitu bangsa Melayu, Cina dan India mempunyai pandangan yang berbeza di Malaysia (Muhamad Ali, 2009). Namun begitu, seharusnya Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk sangat perlu kepada semangat patriotisme untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama. Malah, melalui semangat patriotisme, pembangunan dan kemakmuran negara dapat dilaksana dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang. Berdasarkan penjelasan konsep patriotisme yang telah dibincangkan, dapat dinyatakan bahawa patriotisme ialah perasaan kasih, cinta dan sayang negara, bangsa dan agama tanpa perasaan prejudis terhadap semua bangsa berbilang kaum sama ada dari segi perbezaan agama ataupun ideologi yang berbeza. Nilai-nilai patriotisme seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setia kepada negara, semangat kekitaan, disiplin serta usaha berterusan untuk mencipta kemakmuran negara perlu ditanam dalam jiwa generasi muda kerana merupakan pewaris bangsa untuk memacu negara Malaysia ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Nilai Cinta Negaradalam karya A. Samad Said dan DharmawijayaAntologi Puisi Tanah AirkuCinta kepada negara atau patriotisme terhadap negara bangsa amat dititiberatkan dalam usaha melahirkan warga yang berani, kuat semangat perjuangan dan sanggup berkorban untuk negara berasaskan kepada nilai-nilai murni seperti kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan terhadap ibu pertiwi, serta kesungguhan dan komited terhadap negara dan bangsanya sendiri. Hal ini sangat penting dalam mempertingkatkan kesedaran, penghayatan serta komitmen warganegara secara berterusan kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah pembangunan dan kecemerlangan negara demi kesejahteraan rakyat. Jelasnya, semangat patriotisme ini merupakan benteng dan elemen utama dalam proses untuk mengembangkan nilai-nilai yang lain seperti perpaduan, semangat kekitaan, hormat-menghormati dan kerjasama antara kaum yang terdapat di negara ini.

Pada dasarnya, kepenyairan penyair terutamanya bagi penyair yang hidup pada zaman sebelum atau semasa negara dalam keadaan terjajah atau ke arah kemerdekaan tanah air, sensitiviti penyair tentang semangat cinta akan tanah air dan sayang kepada negara sangat tinggi dalam jiwa mereka. Latar belakang kehidupan para penyair tersebut merupakan suatu pengalaman yang diluahkan melalui karya kreatif iaitu sajak. Antara sajak jenis patriotisme yang dapat dilihat dalam Antologi Puisi Tanah Airku ialah Generasi Yang Gagah.Sajak Generasi Yang Gagah ialah karya A. Samad Said. Penyair telah memperlihat watak anak-anak generasi baharu yang dikelilingi dengan situasi dan pengalaman-pengalaman hidup yang diwarisi daripada generasi lampau. Segala peristiwa lampau yang membelenggu generasi

Page 23: Prosiding Pismp Bm 2014

terdahulu diharapkan tidak lagi berlaku pada zaman kini. Mereka akan sentiasa memelihara segala kenikmatan yang diperoleh dengan penuh kesetiaan dan kebanggaan. Nilai-nilai kebanggaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara dapat dilihat melalui bicaranya:

Anak-anak ini senyum ranum abad baru, mata cergas enggan diganggu angin sedu, kerana mereka adalah pencari yang berazam, juga penemu dan pemelihara yang setia, bangga mengibarkan bendera bangsanya.

(Generasi Yang Gagah, A. Samad Said) Frasa “bangga mengibarkan bendera bangsanya” memperlihat semangat patriotik yang tinggi kerana bendera negara wajar ditegakkan dan sebagai warganegara yang mempunyai semangat jati diri akan sanggup mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang cuba menghancurkan dan merosakkan kedaulatan negara.R. Suntharalingam (1985) menyatakan bahawa semangat nasionalisme ialah kesedaran keanggotaan dalam sesuatu bangsa yang mempunyai potensi atau kesungguhan untuk mencapai, mempertahan, dan mengabdikan jati diri kepada negaranya. Justeru, nasionalisme boleh dijelmakan melalui sosial, ekonomi dan politik yang seimbang dan toleransi. Generasi baharu harus sedar bahawa mereka mempunyai peranan yang besar dalam mempertahankan negara yang tercinta ini. Harapan kepada generasi yang akan mewarisi kehidupan di negara yang merdeka dan aman ini amat tinggi kerana perjuangan insan terdahulu dalam mengejar cita untuk sebuah kebebasan daripada penjajah. Elemen-elemen patriotisme meliputi perasaan bangga terhadap negara iaitu merupakan perkara paling asas dalam memupuk semangat patriotisme, fakta sejarah yang amat berkait rapat dengan rasa bangga terhadap negara kerana keagungan sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan sejarahnya Raja Ruslan (2005).

Seterusnya semangat kecintaan terhadap bangsa dan negara yang lain telah diabadikan oleh A. Samad Said dalam sajak “Pertama dan Terakhir”. Sajak ini telah dicipta oleh penyair dengan penggunaan bahasa yang sangat puitis dan penuh dengan semangat. Kata-kata berunsur semangat kental dalam mempertahankan negara walaupun apa yang terjadi kepada diri, seperti ‘bernanah dada’ merupakan perluahan penyair yang amat serius untuk membayangkan betapa perlu adanya jati diri dalam setiap masyarakat yang hidup di negara ini. Penyair telah menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mempunyai ketabahan hati dan sentiasa rela berjuang dan berkorban demi kedaulatan bangsa dan negara yang disayangi sehingga akhir zaman. Penyair telah berbicara dalam nukilannya: Kita bersua hati mengisi setiap janji pertama dan terakhir. Tiada hari kiranya hingga bernanah dada sumpah tiada termungkir.

Kuat jantung berdetak untuk berpaling tidak biar di gelegak air. Rela kita mengangkat

Page 24: Prosiding Pismp Bm 2014

cita bangsa berdaulat ke puncak murni berukir! (Pertama dan Terakhir, A. Samad Said)

Ungkapan “Rela kita mengangkat/cita bangsa berdaulat” merupakan kata-kata yang sangat patriotik sifatnya. Setiap warganegara dan golongan masyarakat perlu bertanggungjawab untuk menumpukan taat setia dan bersedia untuk mempertahankan tanah air demi mendaulatkan bangsa dan negara yang tercinta ini. Pemikiran yang menjurus kepada sifat berani demi mempertahan kedaulatan negara juga dapat dilihat melalui puisi ini. Penggunaan frasa “darah dan daging serentak/hingga ke saat akhir/” merupakan satu pernyataan yang merujuk kepada sifat keberanian untuk menempuh segala halangan dan halangan serta sanggup bertindak untuk mempertahankan negara tercinta ini.

Rangkap yang menggambarkan semangat keberanian yang jitu dengan penggunaan kata “Gemuruh kita bersorak/bumi dan langit retak/”. Penggunaan diksi yang bertepatan dengan maksud penyair untuk menaikkan semangat jiwa dapat dilihat melalui: Gemuruh kita bersorak bumi dan langit retak pertama dan terakhir. Berani kita bergerak darah dan daging serentak hingga ke saat akhir.

(Pertama dan Terakhir, A. Samad Said) Dalam konteks nilai patriotisme ini, gambaran seperti dalam ungkapan “gemuruh kita bersorak” adalah merujuk kepada masyarakat Malaysia yang didiami oleh pelbagai kaum. Namun, pada dasarnya pernyataan tentang patriotisme itu, dapat dilihat melalui sifat kekitaan yang menjurus kepada perpaduan bangsa. Patriotisme itu dapat dizahirkan melalui sifat bangga menjadi sebahagian daripada masyarakat dalam sesebuah negara. Keupayaan untuk berbakti kepada negara secara bersama-sama mencerminkan rasa sayang terhadap negaranya (Hamimah, 2007).

Sajak-sajak A. Samad Said yang telah dibincangkan merupakan gambaran patriotik simbolik. Penggunaan ungkapan seperti “bendera bangsanya” dan “bendera tercarik”, “tenaga kersani” dan “ke puncak murni berukir!” merupakan kata-kata membangkitkan semangat betapa pentingnya warganegara memperjuangkan akan memartabatkan maruah bangsanya.

Cita bangsa yang wujud dalam diri setiap warga haruslah sentiasa kental dan tulus agar kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan tuntasnya terutamanya bagi memupuk semangat generasi muda. Unsur nilai patriotisme yang cuba diterapkan dalam puisi ini perlu dilihat secara mendalam dengan penghayatan menerusi bait-bait yang tersirat di dalamnya. Kesedaran tentang pentingnya semangat patriotik dengan merelakan diri untuk berkorban demi negara sememangnya harus ditanam dalam jiwa generasi muda ini. Setiap lapisan masyarakat terutama generasi muda perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan perlu berani bertindak demi kepentingan nusa dan bangsa. Abdul Ghani (2008) menyatakan bahawa warganegara yang berdisiplin amat diperlukan bagi sesebuah negara yang membangun agar negara dapat mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Menurut Raja Roslan (2005), elemen-elemen patriotisme meliputi perasaan bangga terhadap negara iaitu merupakan perkara paling asas dalam memupuk semangat patriotisme,

Page 25: Prosiding Pismp Bm 2014

fakta sejarah yang amat berkait dengan rasa bangga terhadap negara kerana keagungan sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan sejarahnya, jati diri, berterima kasih dan mengenang jasa, mempertahankan maruah bangsa dan kesetiaan kepada negara. Patriotisme seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Dalam sajak Sumpah Tanah Air karya Dharmawijaya, seorang penyair terkenal negara telah mengungkapkan rasa cintanya terhadap tanah air. Penyair menyatakan tentang tanah air yang makmur dan aman untuk didiami oleh anak-anak bangsa dan generasi baharu selepas zaman kemerdekaan. Penyair seperti “bersumpah” tentang kesetiaannya terhadap tanah air. Dalam sajak ini, penyair telah menegaskan bahawa anak-anak watan ini sanggup berjuang dengan cekal untuk membina “kemakmuran yang hak”. Generasi baharu ini berhak untuk hidup dengan aman dan makmur kerana kemerdekaan tanah air adalah atas nama mereka sebagai warganegara. Penyair mengajak khalayak untuk menghayati detik-detik kemerdekaan tanah air dan seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku. Setiap warga harus berjanji untuk setia dan memerangi petualang-petualang dan pengkhianat-pengkhianat negara yang sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menjejaskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara seperti dalam rangkap berikut:

Musim demi musim kini anak-anak yang kau lahirkan bangun dari mimpi mimpi kehidupan antara dua pengharapan, kemakmuran yang hak kemenangan yang mutlak anak tercinta di bumi merdeka.(Sumpah Tanah Air, Dharmawijaya)

Melalui sajak “Sumpah Tanah Air” ini, persoalan tentang kemerdekaan masih dirasai dengan penghayatan yang penuh dramatik dan kepiluan oleh pihak-pihak yang melalui zaman prakemerdekaan ataupun yang melaluinya ketika zaman awal kemerdekaan tanah air. Penceritaan yang dibawa oleh penyair dalam bentuk sajak ini diharapkan dapat menjadi suatu pengajaran dan pedoman yang seharusnya diteladani dan dihayati oleh generasi muda kini. Semangat yang jitu oleh pejuang-pejuang silam yang bersusah payah untuk menentang penjajah sama ada dengan menggunakan senjata mahupun perundingan menjadi kekuatan semangat untuk diserap ke dalam jiwa warganegara yang hidup selepas zaman kemerdekaan ini. Pada rangkap “setia relanya pantang dikhianati” digambarkan sebagai sumpah setia terhadap negara yang tercinta ini.

Generasi yang bertanggungjawab adalah generasi yang menjadikan kepentingan negaranya sebagai pedoman dan panduan dalam menelusuri jalur kehidupan mereka. Bagi memartabatkan bangsa dan negara maka setiap individu perlu berfikir dan bertindak secara rasional dalam mencari kekuatan demi mempertahankan maruah bangsa dan negara. Perjuangan untuk kemerdekaan tanah air perlu dijadikan unsur kepada jiwa kepahlawanan bagi generasi kini demi mempertahankan negara, di samping dapat mengingati sejarah kebangkitan rakyat terdahulu yang sanggup berjuang bermati-matian untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Dharmawijaya seterusnya mengadaptasi semangat kebangsaan dalam puisi Tanah Airku. Penyair mahukan golongan belia khususnya dan masyarakat amnya terus menyintai negara. Penyair turut menceritakan betapa pentingnya sekiranya dapat menjaga kemakmuran

Page 26: Prosiding Pismp Bm 2014

dan ketenteraman negara. Walaupun negara telah merdeka daripada belenggu penjajah, kesejahteraan hidup tidak akan dapat dicapai dengan mudah seperti pendapat Muhamad Ali (2009) yang menyatakan patriotisme itu merupakan tanggungjawab kepada negara yang melibatkan ketaatan dan pengorbanan. Ia juga merupakan satu fahaman yang berpendapat bahawa kesetiaan tertinggi setiap individu haruslah diserahkan kepada negara. Sumpah setia terhadap tanah air tercinta ini dapat dilihat melalui rangkap yang dinukil oleh penyair:

tanah airku ini kunyanyikan lagusetiarela yang padu ke bumi jantungmu.

telah melimpah sudahcitawaja dan keluhuran sumpahdengan kasih wangi di ini hati budi anak peribumi.

(Tanah Airku, Dharmawijaya)Ungkapan “tanah airku”, “citawaja”, “keluhuran sumpah” dan “hati budi anak

peribumi yang dibina oleh penyair memperlihatbetapa kuat dan sayangnya kepada negara tempat kelahirannya. Walau apa pun terjadi, penyair tetap setia pada negaranya sendiri, walau pun baik atau buruk, ia tetap negaranya. Begitulah taat setia dan kasihnya penyair terhadap tanah airnya. Semangat patriotik seperti yang diungkapkan penyair perlu ada dalam diri setiap warganegara terutama golongan muda.

Pada rangkap seterusnya penyair ingin menyedarkan pembaca agar terus bangun membina negara agar tidak terus menerus menjadi hamba seperti dalam ungkapan “ anak-anakmu telah lama menjadi kuda-pacu” yang memperlihatkan hidup di bawah penjajah, rakyatnya sentiasa hidup tertindas dengan mengikut sahaja suruhan tuannya. Sebab itu di tanah air ini, penyair mahukan seluruh rakyat bebas dan merdeka, mengangkat semula kegemilangan bangsa seperti yang diungkapnya “hidup berpawai bertanjak di mana-mana”. “Bertanjak” merupakan satu simbol kebangsaan yang meletakkan raja yang memerintah negara ini, berbeza dengan penjajah. Perluahan penyair ini dengan jelas dapat dilihat dalam rangkap berikut:tanah airku

dalam jatuh bangunmu anak-anakmu telah lama menjadi kuda-pacu maka sekali ini bersama restumu tanah airku ia akan hidup berpawai bertanjak di mana-mana ia akan mati mengusung nisan yang bernama.

(Tanah Airku, Dharmawijaya) Berdasarkan sajak-sajak yang diketengahkan oleh Dharmawijaya ini ternyata penyair telah menyuarakan dengan lantang mengenai kecintaan yang mendalam terhadap tanah air dan sentiasa mengingatkan kepada generasi muda dan masyarakat agar terus mencintai negara ini dengan sepenuh jiwa dan raga. Walaupun sajak-sajak Dharmawijaya ini banyak menyentuh hal-hal pada zamannya, namun semangat cintakan negara sangat tinggi dalam dirinya. Perasaan cinta dan sayang kepada negara inilah yang patut dicontohi oleh setiap individu demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan bangsa yang berlainan warna kulit ini. Semangat cinta akan negara ini perlu diterap dari usia yang muda lagi kerana kehidupan remaja kini

Page 27: Prosiding Pismp Bm 2014

penuh dengan ‘penjajahan’ pada zaman globalisasi ini. Semangat perjuangan yang kental seharusnya menjadi ikutan golongan muda masa kini agar kedaulatan negara dapat dikekalkan buat selama-lamanya seperti mana yang diungkapkan oleh Hamka (1995), “adapun negara yang masih dijajah, maka para pemudanya tampil ke medan pergerakan menuntut hak-hak tanah air, tidak mengenal jemu, tidak mengenal mundur, walaupun akan jatuh miskin dan melarat kerana dia tahu bahawa yang dituntutnya ialah perkara yang sah, yang diakui oleh seluruh manusia yang beradab. Dia belum hendak undur sebelum maksudnya tercapai. Dia sabar dan tawakal, tidak putus pengharapan”. Begitu seruan Hamka kepada anak muda, tidak akan mundur selagi haknya belum tercapai, terutamanya hak kemerdekaan.

Perbincangan

Berdasarkan analisis beberapa sajak yang bersangkutan dengan unsur nilai cinta negara atau patriotisme, dapat dilihat penyair telah menggunakan pelbagai bentuk penulisan. Ini dapat dilihat dalam 17 sajak pilihan yang mempunyai kaitan dengan nilai patriotismeyang terdapat dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Dalam konteks kajian ini, dua sajakA. Samad Said dan Dharmawijaya difokuskan. Bagi bait-bait yang menunjukkkan seseorang individu yang menterjemahkan cinta kasihnya kepada negara melalui tindakan-tindakan yang memberikan impak positif kepada negaradapat dilihat melalui puisi Generasi Yang Gagah karya A. Samad Said yang mengandaikan generasi muda sebagai benteng yang kuat dalam mempertahankan maruah negara daripada diganggu oleh anasir luar. Pemikiran yang menjurus kepada sifat berani demi mempertahan kedaulatan negara juga dapat dilihat melalui sajak Pertama dan Terakhir yang juga karya A. Samad Said.Dalam sajak Sumpah Tanah Air karya Dharmawijaya, seorang penyair terkenal negara telah mengungkapkan rasa patriotiknya terhadap tanah air. Setiap warga harus berjanji untuk setia dan memerangi petualang-petualang dan pengkhianat-pengkhianat negara yang sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menjejaskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara. Pernyataaan ini dapat dilihat melalui kata-kata “tanah airku/ini kunyanyikan lagu/setiarela yang padu/ke bumi jantungmu”. Dalam kehidupan yang masyarakat yang berbilang kaum ini, seharusnya tiada pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak yang lain. Dengan semangat cinta kepada tanah air,seharusnya kemakmuran negara hendaklah dikecapi secara adil dan saksama untuk semua masyarakat di negara ini. Keseimbangan kehidupan amat diperlukan dalam kehidupan di negara ini bagi memastikan semua rakyat merasai kenikmatan dan kemewahan sama rata. Berdasarkan perbincangan ini, penemuan yang diperoleh melalui sajak-sajak yang berkaitan dengan nilai patriotisme ini, jelas terpancar nilai-nilai yang berunsur kepada cinta, sayang dan semangat nasionalis penyair serta gambaran citra kehidupan masyarakat untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh luar. Kepentingan kepada tanah air merupakan suatu perkara yang lebih penting berbanding daripada kepentingan diri. Pembangunan negara juga menjadi pokok kepada semangat patriotisme terhadap negara dengan berusaha untuk memajukan ekonomi negara melalui sumber-sumber alam yang diperoleh di negara ini. Seterusya, keindahan alam yang telah dianugerahkan Tuhan di tanah air ini juga perlu dipelihara dengan sebaiknya kerana ia merupakan warisan alam yang akan dinikmati dan diwarisi untuk generasi akan datang.

Page 28: Prosiding Pismp Bm 2014

PenutupSecara jelasnya, semua sajak yang dipersembahkan oleh A. Samad Said dan Dharmawijayadalam Antologi Puisi Tanah Airku, boleh mengangkat elemen dan isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme atau cinta kepada negara dalam menterjemahkan buah fikiran menerusi sajak-sajak ciptaan masing-masing. Kandungan dalam sajak yang dicipta merupakan pengalaman dan gambaran penyair ketika zaman kehidupannya yang penuh dengan rintangan dan dugaan dalam mengecapi erti kemerdekaan dan kebebasan. Penghayatan yang mendalam oleh khalayak menerusi sajak-sajak ini dapat dijadikan panduan dan pengajaran agar negara perlu dicinta dan disayangi agar unsur-unsur patriotisme dapat diterapkan dalam masyarakat Malaysia bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah mencapai matlamat dan aspirasi negara.

Bibliografi

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Perubahan Paradigma Nilai ke arah Transformasi Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Abu 2008. Patriotisme dan Aspirasi Remaja dalam Dewan Siswa. Ogos hlm 10 -11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

HamimahHj. Suhaibo. 2007. Pemupukan Patriotisme dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Satu. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Hamka. 1995. Falsafah Hidup. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.Hassan Langgulung. 1990. Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu. Bangi: Penerbitan

Universiti Kebangsaaan Malaysia.Kohn, H. 1994. The Ideas of Nationalism. Toronto: Ideal Book.Muhamad Ali Embi. 2009. Patriotisme dan Kepercayaan Rakyat di Malaysia. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mumtaz Begam Abdul Kadir, Mohammed Sani Ibrahim. 2009. Integriti Peningkatan

Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Raja Ruslan Raja Samah. 2005.”Patriotisme Belia Malaysia”,dlm Hussain Mohamad. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).Saleh Faghirzadeh. 2008. Sosiologi Sosiologi. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.

Suntharalingam R. 1985. Konsep nasionalisme ke Arah Satu Takrif. Dalam Suntharalingam R. & Abdul Rahman Hj. Ismail (pngr.) Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Zalila Sharif, HasniAbas. 2005. Antologi Puisi Tanah Airku Penghayatan Sastera dan Budaya Program Latihan Khidmat Negara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 29: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (WEB 2.0) DALAM KALANGAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Fuadi Abdul Razak Muhammad Che Majid

Ahmmad Salehuddin Haji SamanJabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Mizan.

Abstrak

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu media terkini dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang daya kreativiti seseorang individu. Selari dengan perkembangan pesat teknologi internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah - sekolah Malaysia, terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan peringkat universiti. Seharusnya pengunaan ICT menjadi tumpuan utama kepada guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang mengikuti pengajian mereka di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memantapkan pengetahuan dan kemahiran sepanjang sesi pengajian mereka di sini. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati responden bersikap positif terhadap penggunaan e-pembelajaran. E-pembelajaran dapat mewujudkan pemindahan ilmu yang berkesan dalam mod bekerja sambil belajar.

Latar belakang

Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun telah menetapkan sasaran tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju, sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dibuktikan melalui pewujudan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor, MSC) yang telah meletakkan pembelajaran maya sebagai salah satu ‘flagship’ yang akan menghasilkan tenaga kerja mahir dan teknologi maklumat. Sejak teknologi maklumat (IT) diletakkan pada mercu segala teknologi, pendidikan maya, universiti maya dan e-pembelajaran menjadi simbol status yang membanggakan (Jamaludin, 2000). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM,2014) telah menyasarkan 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.

Melalui anjakan ke-4, KPM akan menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan bermula dengan perpustakaan video guru untuk menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. KPM juga akan memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

Pihak kerajaan telah menunjukkan komitmen untuk meningkatkan prasarana bagi menyokong e-pembelajaran. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) 1BestariNet

Page 30: Prosiding Pismp Bm 2014

adalah projek inisiatif KPM yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Perkembangan kemudahan jalur lebar (broadband) oleh syarikat-syarikat telekomunikasi seperti TMNet dan Jaring telah merealisasikan perancangan untuk memperkenalkan dan membekalkan sekolah-sekolah dengan kemudahan makmal komputer yang serba lengkap dengan elemen multimedia dan Internet bagi memudahkan dan menceriakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui guru dan pelajar. Pembelajaran yang lebih menjurus kepada alam siber membantu pelajar dan guru untuk lebih mudah mencari maklumat dan berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran formal lagi terhad ketika di dalam kelas sahaja tetapi boleh juga dilanjutkan secara informal di luar waktu persekolahan dengan wujudnya sistem e-pembelajaran yang semakin penting bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Perkembangan ICT secara tidak langsung telah mengubah cara atau teknik guru mengajar dan corak pembelajaran pelajar (Zamri Mahamod, 2008). Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dalam kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Pelaksanaan sesuatu teknologi maklumat atau e-pembelajaran bergantung pada penerimaan pengguna, iaitu sejauh mana pengguna dapat menerima dan memahami teknologi tersebut dan mengaplikasikannya. Penerimaan pengguna merupakan faktor penting yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran (Muhammad Nasir,2013). Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, guru perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah

Page 31: Prosiding Pismp Bm 2014

awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.

Kemunculan teknologi digital dan peningkatan kepentingan penghantaran berkomputer bagi pendidikan tinggi telah membawa kepada e-pembelajaran melalui mel elektronik, Internet, World Wide Web (WWW) dan multimedia. Pasaran e-pembelajaran merangkumi bidang akademik, korporat dan konsumer serta mempunyai pelbagai segmen termasuklah penyediaan kandungan, vendor teknologi dan penyedia perkhidmatan. Secara keseluruhannya tahap kesediaan pelajar-pelajar universiti di Malaysia dalam menggunakan e-pembelajaran sebagai alat pembelajaran masih berada pada tahap yang agak sederhana. Kesederhanaan ini kerana kebanyakan pelajar masih dalam proses mengadaptasi atau menyesuaikan diri dengan teknologi baru ini. Keadaan ini tidak menghairankan kerana pembelajaran melalui kaedah ini masih amat baru di negara ini. Sesuatu yang menggalakkan yang dapat diteliti dari beberapa kajian yang dilakukan ke atas aplikasi e-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam di negara ini ialah kepesatan pelaksanaan e-pembelajaran hampir di semua IPT. Masing-masing sedang membangunkan dengan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menyediakan para pelajar mereka dengan kemudahan yang terkini, mudah dan murah bagi merealisasikan matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan mencapai hasrat menjadikan pembelajaran maya sebagai salah satu ‘flagship’ yang akan menghasilkan tenaga kerja mahir dalam teknologi maklumat (Information Technology, IT) dan multimedia sebagaimana digariskan dalam kerangka pembinaan Koridor Raya Multimedia ( Mohd Koharudin Mohd Balwi,2004).

Kebelakangan ini, pendidik telah dibangunkan cara inovatif dalam pengajaran yang mengintegrasikan pelbagai Web 2.0 teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Web 2.0 boleh digunakan sebagai alat pendidikan untuk menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Setiap teknologi web 2.0 secara tidak langsung boleh membantu pelajar-pelajar dengan cara yang tertentu. Web 2.0 merupakan suatu aplikasi internet yang mempunyai pelbagai ciri fleksibel dan bersifat kolaboratif bagi menggantikan Web 1.0 yang bersifat statik, individualistik dan bersifat satu hala sahaja. Fungsi Web 2.0 lebih baik yang merangkumi komunikasi terbuka dengan penekanan kepada masyarakat berasaskan web daripada pengguna dan lebih banyak perkongsian maklumat secara terbuka. Web 2.0 merupakan satu teknologi web yang bertujuan untuk meningkatkan kreativiti, perkongsian maklumat dan kerjasama dalam kalangan pengguna (Ntoruru,2008). Teknologi Web 2.0 juga dikenali sebagai web sosial seperti blog, rangkaian sosial (social networking) dan social bookmarking yang dibangunkan untuk menyokong pembelajaran kolaboratif (Ajjan dan Hartshorne, 2008). Antara aplikasi Web 2.0 adalah Blog, Diigo, Evernote, Flickr, Facebook, Google+, Skype, Twitter dan sebagainya.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kecekapan guru dan mengaplikasikan e-pembelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-1015) melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG). Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi usus setia pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program tersebut.

Cadangan program mensiswazahkan guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah menjelang tahun 2015 di bawah RMKe -10 telah dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 9/2009 pada 10 September

Page 32: Prosiding Pismp Bm 2014

2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri. Program Pensiswazahan Guru dilaksanakan dengan mengambil kira cadangan UPE seperti mengelakkan guru meninggalkan kelas beramai-ramai dan meminimakan kesan negatif kepada aktiviti PdP di bilik darjah. Oleh itu, PPG dilaksanakan secara pendidikan jarak jauh selama 3½ hingga 4 tahun di Institut Pendidikan Guru, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mulai tahun 2012.

Kesimpulannya, era pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran ini telah bermula apabila konsep pembelajaran di universiti dan institusi pendidikan guru telah diperluaskan melalui Pendidikan Jarak Jauh. Ini memberi peluang kepada guru yang sedang berkhidmat atau ingin menambahkan lagi pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu bagi perkembangan dan pembangunan kerjaya masing-masing. Natijahnya, kewujudan golongan guru yang berpengetahuan dalam bidang ICT atau e-pembelajaran secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi kerja mereka malah meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Penyataan Masalah

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubah suai corak pengajaran dan pembelajaran mereka kerana kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (Norizan Abdul Razak,1997).

E-pembelajaran ialah satu pendekatan P&P yang mengaplikasikan infostruktur ICT seperti rangkaian dan Internet bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti P&P bersemuka (face-to-face learning and teaching) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional. Definisi e-Pembelajaran juga adalah merujuk kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).

Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluaskan lagi secara dalam talian segerak (synchronous)

Page 33: Prosiding Pismp Bm 2014

atau tidak segerak (asynchronous) dalam pendekatan pembelajaran campuran ini. Melalui pendekatan ini juga, murid mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan guru. Pada masa yang sama, murid dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem pelayan, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran; dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, murid, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

Pelaksanaan konsep e-pembelajaran telah mengalami perubahan yang ketara selepas tercetusnya Web 2.0 menjadikannya lebik dinamik dan interaktif. Konsep ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kualiti P&P melalui capaian kepada bahan pembelajaran di Internet dan Intranet secara lebih terbimbing dan sistematik. Perkembangan Web 2.0 dan Web 3.0 membuka peluang kepada murid sebagai penyumbang kepada kandungan pelajaran dan guru sebagai fasilitator. Pembelajaran berfokuskan murid juga dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dengan bantuan e-pembelajaran.

Hasil kajian mendapati bahawa guru fizik baru dan berpengalaman mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap teknologi. Walau bagaimanapun, guru fizik baru menunjukkan amalan PTPK yang lebih baik berbanding guru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam penyampaian pengajarannya (Siti Hidayana Nassiri, 2012). Kajian yang dilakukan mengenai Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan mendapati guru yang berpengalaman lebih cenderung mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan guru sahaja berbanding guru baru yang lebih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran gabungan, iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar manakala tahap pengintegrasian ICT guru baru adalah pada tahap sederhana manakala guru berpengalaman berada di tahap rendah (Zulkefli Hashim,2013).

Manakala Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995)

Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Manakala Lei (2009) menjelaskan kebanyakan guru tahu dan mengetahui tentang kepentingan web untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi amalan mereka tidak mencerminkan penggunaan ICT. Terdapat banyak bukti kebanyakan guru tidak menggunakan teknologi web sepenuhnya kecuali menggunakan persembahan Powerpoint dan emel sahaja (Bullock, 2004).

Page 34: Prosiding Pismp Bm 2014

Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer, iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).

Menurut Laporan Sosial 2010, pada hujung tahun 2009 telah terdapat seramai 16.9 juta pengguna jalur lebar di Malaysia dan pada tahun 2011 pengguna internet di seluruh negara telah mencecah 17 juta orang dan jumlah ini akan terus meningkat kerana disokong oleh pembangunan pesat prasarana jalur lebar (Mohd Khuzairi, 2011). Pengiktirafan pencapaian telekomunikasi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia melonjak dari tempat ke-34 tahun 2009 ke tempat ke-23 tahun 2010 (Rosdiadee, 2013). Internet kini menjadi idaman setiap golongan tetapi sehingga kini majoriti penggunannya adalah golongan muda ataupun pelajar sekolah.

Jeffries, Carsten-Stahl dan McRobb (2007) menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan proses pembelajaran tidak harus terhad untuk terus seiring dengan perubahan teknologi. Mereka berpendapat bahawa pendidik sebaliknya perlu menggunakan ICT dalam pengajaran pedagogi mereka. Dalam lain perkataan, untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pendidik harus dapat menghubungkan dan mengintegrasikan ICT dengan amalan pedagogi mereka. Oleh itu, penggunaan e-pembelajaran menawarkan potensi-potensi ini yang boleh digunakan oleh guru dalam amalan pedagogi mereka.

Keistimewaan internet sebagai medium maklumat semasa sangat menarik kerana ia menawarkan pelbagai bentuk maklumat baru seperti dialog danperkongsian maklumat, blog, forum,wiki,chat,rangkaian sosial, dan lain-lain perisian baruyang dibangunkan untuk membolehkanpelbagai pilihan dilakukan (Kubiszewski, Noordewier dan Costanza, 2011). Dalam konteks Malaysia, fenomena blog sebagai maklumat semasa mula berkembang sejak awal tahun 2000, ditunjangi dengan inovasi iPad dan iPhone menjadikan capaiannya lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat. Sekitar antara 2005-2008 hampir 500 ribu remaja memiliki blog sendiri (Zul Fikri, 2013). Kebergunaan dan kepantasan dalam memperolehi sumber maklumat menjadikan golongan pelajar lebih gemar menggunakannya bagi tujuan mendapatkan maklumat (Zuridah, 2013).

Golongan guru perlu mengubah pemikiran mereka dengan menerima web 2.0 atau e-pembelajaran sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam proses pembelajaran kerana mereka bukan sahaja mendapat kepelbagaian dalam teknik pengajaran malah keberkesanan pengajaran dapat dicapai. Berdasarkan sikap guru-guru yang mengikuti program PPG terhadap penggunaan pembelajaran dalam talian (OLL) mendapati 80% responden menyatakan antara sederhana setuju sehingga amat setuju bahawa mereka boleh memilih sama ada mahu ataupun enggan untuk mengikuti pembelajaran melalui OLL dalam perkongsian ilmu.

Keadaan ini wujud disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan pilihan mereka terhadap item ini ke arah yang pasif. Ini mungkin wujud disebabkan masalah emosi dan motivasi dalaman yang tidak diluahkan. Seharusnya komunikasi bersemuka antara pelajar dan tenaga pengajar dilaksanakan lebih terancang di samping komunikasi secara maya melalui pembelajaran dalam talian. (Kamarudin Yusof, 2014).

Oleh itu, guru-guru yang mengikuti kursus PPG berumur bawah 47 tahun telah mengambil mata pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) pada semester ketiga pengajian mereka. Mereka dikehendaki menghadiri kulian

Page 35: Prosiding Pismp Bm 2014

atau interaksi bersemuka bersama pensyarah sebanyak lima kali setiap semester dan mesti menggunakan e-pembelajaran (Moodle) yang disediakan oleh pihak IPGM. Guru-guru ini telah didedahkan tentang penggunaan ICT termasuklah Web 2.0 atau e-pembelajaran sepanjang kursus tersebut.

Kesimpulannya, guru-guru PPG yang mengikuti pengajian mereka di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran sepanjang sesi pengajian mereka dengan menggunakan pembelajaran dalam talian (OLL – OnLine Learning) seperti dinyatakan dalam Buku Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2012. Hasil tinjauan awal terhadap 30 guru mendapati guru-guru yang mengikuti kursus ini tahu dan bersikap positif terhadap kepentingan ICT dalam PdP tetapi hanya 17 orang yang bercadang menerima dan menggunakan teknologi dalam e-pembelajaran dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka ketika mengikuti kursus PPG serta di sekolah.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui model kajian yang menggabungkan beberapa teori dapat menjelaskan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan guru PPG. Berdasarkan objektif umum ini, objektif khusus telah dibentuk seperti berikut:

3.1 melihat perbezaan Tahap Pengajian Guru dalam kalangan guru yang mengikuti pengajian Program Pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

3.2 melihat perbezaan penggunaan E-learning membantu meningkatkan prestasi pembelajaran dalam kalangan guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

3.3 melihat penggunaan e-learning ini interaksi dengan e-learning jelas dan mudah difahami oleh guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di InstitutPendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

3.4 melihat penggunaan e-learning ini menunjukkan sikap positif terhadap fungsi sistem e-learning dalam kalangan guru Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

3.5 melihat hubungan antara Prestasi Guru (pemboleh ubah 5) PPG dengan Gender Guru berkenaan (pemboleh ubah 4) dalam kalangan pelajar PPG ini.

3.6 melihat hubungan antara umur pelajar dan sikap positif pelajar terhadap penggunaan e-learning.

3.7 melihat perbezaan antara tahap pengajian dan prestasi dalam penggunaan e-learning untuk pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan.

3.8 melihat perbezaan min antara tahap pengajian, prestasi dalam penggunaan e-learning dan penerimaan pembelajaran e-learning secara positif oleh pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan?

Page 36: Prosiding Pismp Bm 2014

3.9 melihat hubungan antara Pengajian Sampel mempengaruhi Pencapaian Prestasi, interaksi sampel dan Sikap Sampel Terhadap E-learning pelajar Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

4. Kerangka Konsep dan Soalan Kajian

Soalan kajian ini dirangka berdasarkan kerangka konsep di atas.

Soalan 1 – Adakah terdapat perbezaan Tahap Pengajian Guru dalam kalangan guru yang mengikuti pengajian Program Pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Soalan 2 - Adakah terdapat perbezaan Penggunaan E-learning membantu meningkatkan prestasi pembelajaran dalam kalangan guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Soalan 3 - Adakah dengan menggunakan e-learning ini interaksi dengan e-learning jelas dan mudah difahami oleh guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di InstitutPendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Peringkat Pengajian (var 4)

Membantu meningkatkan prestasi (var 4)

Interaksi yang jelas dan mudah difahami (var 10)

Sikap positif terhadap fungsi sistem e-learning (var 22)

Page 37: Prosiding Pismp Bm 2014

Soalan 4 – Adakah pengguna e-learning ini menunjukkan sikap positif terhadap fungsi sistem e-learning dalam kalangan guru Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Soalan 5 - Adakah terdapat hubungan antara Prestasi Guru (pemboleh ubah 5) PPG dengan Gender Guru berkenaan (pemboleh ubah 4) dalam kalangan pelajar PPG ini?

Soalan 6 – Adakah terhadap hubungan antara umur pelajar dan sikap positif pelajar terhadap penggunaan e-learning?

Soalan 7 – Adakah terhadap perbezaan antara tahap pengajian dan prestasi dalam penggunaan e-learning untuk pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan?

Soalan 8 – Adakah terhadap perbezaan min antara tahap pengajian, prestasi dalam penggunaan e-learning dan penerimaan pembelajaran e-learning secara positif oleh pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan?

Soalan 9 – Apakah hubungan antara Pengajian Sampel mempengaruhi Pencapaian Prestasi, interaksi sampel dan Sikap Sampel Terhadap E-learning pelajar Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan terhadap 30 orang guru opsyen Bahasa Melayu yang mengikuti kursus Program Pensiswazahan Guru di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Kepentingan Kajian

Kajian tentang penerimaan e-pembelajaran ini mempunyai kepentingan kepada beberapa pihak, iaitu pelajar, pensyarah dan pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini penting kepada pihak yang dinyatakan kerana mereka terlibat dalam usaha meningkatkan penggunaan e-pembelajaran. Pihak IPGM merupakan pembangun sistem serta bertanggungajawab terhadap penyediaan kemudahan serta prasarana manakala IPG Kampus pula berperanan dalam melaksanakan dan mendedahkan kepada pelajar. Pihak pensyarah berperanan dalam mendorong dan menggalakkan pelajar aktif menggunakan e-pembelajaran. Pihak pelajar atau guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru harus menggunakan peluang yang diberikan agar tidak ketinggalan dalam dunia teknologi dan maklumat kini. Penerangan selanjutnya akan dinyatakan di bawah:Pelajar / Guru : Bagi pihak pelajar, kajian ini akan menambahkan pengetahuan mereka tentang niat yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaranterutamanya pelajar atau guru yang mengikuti kursus PPG dan telah mengambil subjek BMM3105 dan multimedia. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada pembelajaran atas talian (online). Pensyarah : Bagi pihak pensyarah, kajian ini menyumbangkan maklumat berkenaan niat yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar atau guru PPG. Dapatan kajian yang diperolehi diharap dapat membantu pensyarah-pensyarahdalam mengambil langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan mutu dan kualiti e-pembelajaran. Hasil daripada kajian ini

Page 38: Prosiding Pismp Bm 2014

juga diharap dapat membawa perubahan yang positif terhadap penggunaan e-pembelajarandalam proses pengajaran dan pembelajaran.IPG KAMPUS (IPGK) : Bagi pihak IPGK , kajian ini menyumbangkan maklumat tentang niat yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran khususnya dalam kalangan pelajar atau guru yang mengikuti PPG. Seterusnya, dapatan kajian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pihak IPGK dalam proses melakukan penambahbaikan sistem e-pembelajaran. Oleh itu, mutu sistem e-pembelajaran di IPGK dapat dipertingkatkan lagi tahapnya.Institut Pendidikan Guru Malaysia: Bagi pihak IPGM, kajian ini menyumbangkan maklumat tentang beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Hasil kajian ini juga boleh dikongsi dan disebarkan kepada IPGK lain dalam usaha penambahbaikan sistem e-pembelajaran. Usaha yang sedikit ini diharapkan dapat membantu dalam meningkat kualiti sistem e-pembelajaran di IPGM. Oleh yang demikian, kualiti sistem e-pembelajaran di IPG dapat dipertingkatkan lagi seiring dengan visi IPGM, iaitu IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

Definisi Istilah

Definisi istilah merujuk kepada penjelasan sesuatu konsep yang abstrak kepada dimensi yang objektif dan boleh diukur (Sekaran dan Bougie, 2010). Kajian ini akan mentakrifkan pemboleh ubah kajian serta istilah kajian seperti berikut:

PenerimaanPenerimaan ialah menambahkan pengetahuan, dimanfaatkan atau diaplikasikan dalam bidang tugas dan dapat meningkatkan prestasi.

E-Pembelajarane-pembelajaran bermaksud segala proses pembelajaran yang berasaskan teknologi serta media elektronik seperti menggunakan internet, web 2.0, e-mel serta elemen-elemen atau sumber multimedia.

SikapSikap merupakan kecenderungan untuk memberi respon sama ada positif atau negatif terhadap sesuatu idea, orang atau situasi.

Guru Bahasa MelayuGuru lepasan Sijil Perguruan yang mengikuti kursus Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia secara sambilan.

Kajian Literatur

Di Malaysia kebanyakan institut pengajian tinggi awam dan swasta pada masa kini telah menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan internet untuk menggalakkan persekitaran e-pembelajaran bagi kegunaan masyarakat kampus. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan universiti maya yang pertama di negara ini. UNITAR telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi e-pembelajaran. Antara universiti lain yang membangunkan sistem e-pembelajaran dengan pesat sejak Malaysia membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) ini Universiti Multimedia di Cyberjaya pada tahun 1999.

Page 39: Prosiding Pismp Bm 2014

Universiti ini menggunakan rangkaian komputer dan Multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan. Universiti lain juga sedang giat mempertingkatkan kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, contohnya Universiti Malaysia Sabah (UMS),Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), (Mohd Koharudin 2004).

Selim (2007), berpendapat konsep sistem e-pembelajaran merupakan salah satu aplikasi yang muncul dari evolusi teknologi maklumat yang telah berkembang lebih sedekad lalu dan merupakan salah satu perkembangan yang paling penting dalam industri sistem maklumat. Terkini, e-pembelajaran telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti seterusnya menyebabkan perubahan dalam proses pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.Manakala Fuller, Vician, dan Brown (2006), menyatakan e-pembelajaran pada asasnya adalah apa-apa bentuk pendidikan yang dikendalikan oleh internet dan teknologi yang menyokong pembelajaran dari aspek penyampaian kandungan kursus.

Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi melihat penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik diedarkan dan dikendalikan oleh penyelidik sendiri.

Sampel Kajian

Kajian telah dijalankan terhadap guru yang mengikuti kursus Program Pensiswazahan Guru di IPG Kampus Sultan Mizan. Kajian melibatkan guru yang mengikuti kursus PPG major Bahasa Melayu seramai 30 orang .

Instrumen Kajian

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A (Maklumat Demografi) dan Bahagian B (Faktor yang mempengaruhi penggunaan Web 2.0). Bahagian B terdiri daripada Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Kemudahan Prasarana, Motivasi Intrinsik, Kualiti Sistem, Kualiti Perkhidmatan, Kualiti Kandungan Kursus dan Kepuasan.

Dapatan Kajian

Soalan 1 – Adakah terdapat perbezaan Tahap Pengajian Guru dalam kalangan guru yang mengikuti pengajian Program Pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Page 40: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 1 Tahap Pengajian Sampel

Tahap Pengajian Bilangan Sampel PeratusDiploma 15 50.0

Ijazah 15 50.0Jumlah 30 100.0

Untuk menjawab soalan ini, analisis Frequancy digunakan. Dari jadual 1, sebanyak 30 sampel telah diambil. Sampel ini terdiri daripada 15 orang guru lelaki dan 15 orang guru perempuan. Kesemua sampel ini sedang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan bagi sesi 2011. Keadaan ini menunjukkan bilangan sampel guru lelaki dan guru perempuan adalah sama banyak.

Soalan 2 - Adakah terdapat perbezaan Penggunaan E-learning membantu meningkatkan prestasi pembelajaran dalam kalangan guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Jadual 2 Peningkatan Prestasi Pembelajaran Guru PPG

Peningkatan Prestasi Pembelajaran Bilangan Sampel Peratus

Sederhana 4 13.3

Setuju 19 63.3

Sangat Setuju 7 23.3

Jumlah 30 100.0

Bagi menjawab soalan ini, analisis frequency digunakan. Pada peringlat prestasi pembelajaran sederhana merupakan prestasi yang paling rendah, iaitu sebanyak 13.3 peratus sahaja. Manakala, pencapaian prestasi setuju merupakan yang tertinggi dipersetujui oleh sampel, iaitu sebanyak 63.3 peratus. Pencapaian prestasi sangat setuju pula diakui oleh sampel sebanyak 23.3 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian prestasi setuju adalah mendominasi pencapaian prestasi. Kesimpulannya, dengan penggunaan e-learning ini pencapaiannya sederhana sahaja oleh guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru ini.

Soalan 3 - Adakah dengan menggunakan e-learning ini interaksi dengan e-learning jelas dan mudah difahami oleh guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Page 41: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 3 Interaksi Jelas dan Mudah

Interaksi jelas dan mudah Bilangan Sampel PeratusSangat Tidak Setuju 1 3.3

Sederhana 5 16.7Setuju 20 66.7

Sangat Setuju 4 13.3Total 30 100.0

Analisis bagi jadual 3 adalah menggunakan analisis frequency. Hasil dapatan menunjukkan yang interaksi ini jelas dan mudah ini bersetuju sebanyak 66.7 peratus dan merupakan yang tertinggi. Sementara, 3.3 peratus pula merupakan interaksi yang sangat tidak setuju diperoleh. Sebanyak 13.3 peratus sampel sangat bersetuju dengan interaksi jelas dan mudah, manakala 16.7 peratus sampel menyatakan interaksi jelas dan mudah ini sederhana. Kesimpulannya, pencapaian sebenar bagi varibel ini ialah sampel tidak berbenar-benar bersetuju yang penggunaan e-learning ini mencapai tahap maksimum iaitu sangat setuju.

Soalan 4 –Adakah pengguna e-learning ini menunjukkan sikap positif terhadap fungsi sistem e-learning dalam kalangan guru Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Jadual 4 sikap yang positif terhadap e-learning

Sikap Positif Bilangan sampel PeratusTidak Setuju 2 6.7Sederhana 12 40.0

Setuju 16 53.3Total 30 100.0

Analisis bagi jadual 4 menggunakan frequency. Hasil analisis mendapati bahawa sikap positif setuju mendominasi sebanyak 53.3 peratus dan paling tinggi. Sementara, tidak setuju pun mencatat 6.7 peratus sahaja dan yang paling rendah. Tahap sederhana pula sebanyak 40.0 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa sampel sangat setuju dengan fungsi e-learning.

Soalan 5 - Adakah terdapat hubungan antara Prestasi Guru (pemboleh ubah 5) PPG dengan Gender Guru berkenaan (pemboleh ubah 4) dalam kalangan pelajar PPG ini?

Bagi menjawab soalan ini, analisis Crosstabulation dan Ujian Khi-Kuasa dua : melihat 2 pemboleh ubah. Pemboleh ubah gender dan penggunaan E-leraning membantu meningkatkan prestasi pembelajaran saya. Hasil yang diperoleh adalah seperti dalam jadual di bawah.

Page 42: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 5 Hubungan antara Gender dan Prestasi

Jadual 5 menunjukkan pelajar lelaki sangat bersetuju dengan

menggunakan laman web 2.0 ini membantu meningkatkan prestasinya, iatu sebanyak 25.00 peratus. Manakala sebanyak 39.27 % pelajar PPG perempuan mengelaskan sebagai setuju dan 0 peratus pelajar perempuan mengatakan sangat setuju. Hal ini bermaksud pelajar perempuan hanya menyatakan penggunaan lawan web 2.0 ini hanya bersetuju sahaja meningkatkan prestasinya.

Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat 2 orang pellajar tidak menjawab secara total. Secara keseluruhannya, sebanyak 53.70 peratus bersetuju mengatakan bahawa program ini mampu meningkatkan prestasi pelajar, sementara 14.28 peratus mengatakan pencapaian yang diperoleh menggunakan aplikasi ini sederhana. Bagi yang selebihnya sebanyal 25.00 peratus mengatakan bahawa mereka sangat bersetuju yang program web 2.0 ini sangat berfaedah kepada mereka.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar PPG Lelaki menggunakan laman web ini untuk manfaat pembelajarannya berbanding dengan guru perempuan.

Ujian Khi-kuasa Dua Likehood nilai 13.579, df 4, p<0.001 menunjukkan bahawa hubungan yang kurang signifikan antara Prestasi atau peningkatan kemahiran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Nilai Somer’s d 0.260, p<0.001 menunjukkan hubungan signifikan antara dua jantina ini.

Soalan 6 – Adakah terhadap hubungan antara umur pelajar dan sikap positif pelajar terhadap penggunaan e-learning?

Untuk menjawab soalan ini, crosstab digunakan untuk melihat dua pemboleh ubah (variable 4) dan pemboleh ubah sikap positif terhadap penggunaan e-learning (pemboleh ubah 22). Hasil yang diperoleh adalah seperti jadual yang di bawah.

Prestasi GenderLelaki Perempuan Total

Sederhana 3 1 410.71 % 3.57 % 14.28 %

Setuju 6 11 1521.43 % 39.27 % 53.70 %

Sangat Setuju 7 0 625.00 % o.oo % 25.00 %

Jumlah 16 12 2857.14 % 42.86 % 100.00 %

Page 43: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 6 Hubungan antara Umur Pelajar dan Sikap Terhadap Penggunaan E-learning

Sikap Terhadap

Penggunaan E-learning

Umur PelajarJumlah

36 - 45 46 - 50

Tidak Setuju1 1 2

3.33 % 3.33 % 6.66 %

Sederhana5 7 12

16. 67 % 23.33 % 40.00 %

Setuju2 14 16

6.67 % 46.67 % 53.34 %

8 22 30

Jumlah 26.67 % 73.33 % 100.00 %

Dari jadual 6 peringkat umur 36 – 45 tahun menunjukkan bahawa sikap pennggunaan terhadap e-learning adalah sederha, iaitu 16.67 %, manakala pada peringkat umut 46 – 50 tahun pula bersetuju yang penggunaan laman web 2.0 ini memberi kesan positif kepadanya, iaitu sebanyak 46.67 peratus. Secara keseluruhan pelajar yang berumur 46 – 50 sebanyak 73.33 peratus pelajar bersetuju yang penggunaan laman web 2.0 ini boleh meninggkatkan sikap positif.

Ujian Khi-kuasa Dua Likehood nilai 3.665, df 2, p<0.001 menunjukkan bahawa hubungan yang kurang signifikan antara peringkat umur guru PPG dan sikapnya terhadap pembelajaran E-learning. Nilai Somer’s d 0.398, p<0.001 menunjukkan hubungan signifikan umur guru PPG itu dengan tahap peningkatan kepositifan terhadap laman web ini.

Soalan 7 – Adakah terhadap perbezaan antara tahap pengajian dan prestasi dalam penggunaan e-learning untuk pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan?

Bagi menjawab soalan ini, analisis Anova digunakan untuk melihat perbandingan Min bagi skor Tahap Pengajian dengan prestasi pelajar PPG ini.

Page 44: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 7 Min Tahap Pengajian Sampel

Tahap Pengajian Sampel Min Sisihan Piawai

Diploma 15 3.9333 .59362

Ijazah & ke atas 15 4.2667 .59362

Nilai F 2.365 p<0.001

Hasil analisis Anova menunjukkan min pada Tahap Pengajian bagi Diploma ialah 3.9333 berbanding dengan min tahap pengajian Ijazah dan ke atas ialah 4.2667. hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pengajian, maka semakin prestasi atau kebolehan pelajar PPG ini. Hal ini dijelaskan dalam jadual 7

Nilai Ujian F ialah 2.365 p<0.001 pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan anatara tahap pengajian dan prestasi guru PPG ini. Hal ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah ini.

Soalan 8 – Adakah terhadap perbezaan min antara tahap pengajian, prestasi dalam penggunaan e-learning dan penerimaan pembelajaran e-learning secara positif oleh pelajar PPG IPG Kampus Sultan Mizan?

Jadual 8 Min bagi Tahap Pengajian, Prestasi dan Sikap Pelajar

Tahap Pengajian

Prestasi Positif

Sampel Min Sisihan Piawai Sampel Min Sisihan

PiawaiDiploma 15 3.93 0.59 15 3.20 0.68

Ijazah 15 4.27 0.59 15 3.73 0.46

Bagi menjawab soalan ini, digunakan Anova untuk melihat ketiga-tiga pemboleh ubah ini. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa min prestasi bagi Diploma ialah 3.93 manakala min bagi Penerimaan positif pula ialah 3.20. Dapatan ini menunjukkan bahawa min prestasi yang tinggi tetapi tidak dapat menerima pembelajaran e-learning.Di samping itu, bagi ijazah pula min prestasi menunjukkan 4.27, manakala min untuk positif ialah 3.73. Hal ini menunjukkan bahawa pemegang ijazah menyatakan yang beliau memperoleh manfaat daripada penggunaan e-learning ini berbanding dengan pemegang diploma. Begitu juga sikap penerimaan pelajar PPG ini, iaitu bagi pemegang ijazah menyatakan beliau menerima e-learning ini dengan sikap positif yang tinggi berbanding dengan pemegang diploma.

Page 45: Prosiding Pismp Bm 2014

Soalan 9 – Apakah hubungan antara Pengajian Sampel mempengaruhi Pencapaian Prestasi, interaksi sampel dan Sikap Sampel Terhadap E-learning pelajar Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan?

Untuk menjawab soalan ini, analisis Korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah Tahap Pengajian sampel, Prestasi sampel ,Interaksi Sampel dan Positif sampel dalam kalangan guru PPG di IPG Kampus Sultan Mizan.

Jadual 9 Analisis Korelasi antara Pengajian Sampel, Interaksi Sampel, dan Sikap Sampel Terhadap E-

learning

Pemboleh Ubah Pengajian Prestasi Berinteraksi Positif

Pengajian

Sig. (2-tailed)NPearson Correlation

1

30

.279

.13530

.437*

.01630

.431*

.01730

Prestasi

Sig. (2-tailed)NPearson Correlation

.279

.13530

1

30

.468**

.00930

.325

.08030

Berinteraksi

Sig. (2-tailed)NPearson Correlation

.437*

.01630

.468*

.009*

30

1

30

.344

.06330

positif

Sig. (2-tailed)NPearson Correlation

.431*

.01730

.325

.08030

.344

.06330

1

30

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan analisis Korelasi dalam jadual 9 di atas, keadaan ini menunjukkan kesemua pemboleh ubah yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Kesemua pemboleh ubah ini mempunyai peringkat kesignifikan kerertian pada 0.01 (2-tailed). Ada juga pemboleh ubah yang mempunyai hubungan signifikan secara negatif. Hasil dapatan ialah:-

1. Tahap Pengajian mempunyai Kolerasi Pearson dengan Prestasi dengan nilai Korelasi Pearson 0.279 p<0.01

2. Tahap Pengajian mempunyai Korelasi Pearson dengan Interaksi dengan nilai Korelasi Pearson 0.437* p<0.01

Page 46: Prosiding Pismp Bm 2014

3. Tahap Pengajian mempunyai hubungan dengan Interaksi mengikut nilai Korelasi Pearson ialah 0.431*p<0.01

4. Prestasi mempunyai hubungan dengan pengajian mengikut Korelasi Pearson 0.135 p<0.01

5. Prestasi mempunyai hubungan dengan interaksi mengikut Korelasi Pearson ialah 0.468** p<0.01

6. Prestasi mempunyai hubungan dengan positif mengikut Korelasi Pearson ialah 0.325 p<0.01

7. Interaksi mempunyai hubungan dengan Pengajian mengikut Korelasi Pearson ialah 0.437*p<0.01

8. Interaksi mempunyai hubungan dengan Prestasimengikut Korelasi Pearson ialah 0.468*p<0.01

9. Interaksi mempunyai hubungan dengan Positif mengikut Korelasi Pearson ialah 0.344p<0.01

Berdasarkan analisis Regrasi dengan meletakkan Pengajian sebagai pemboleh ubah bersandar, maka hasil dapatan seperti dalam jadual 10 di bawah.

Jadual 10 Analisis Regrasi antara pemboleh ubah yang dikaji dengan pemboleh ubah pengajian sebagai pemboleh ubah bersandar

Pemboleh Ubah

Bersandar

Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig.

B Std. Error Beta

(Constant) -.279 .658 -.424 .675

Prestasi .025 .161 .030 .155 .878

Berinteraksi .207 .127 .315 1.630 .115

Positif .253 .146 .313 1.734 .095a. Dependent Variable: Pengajian

Analisis Regresi digunakan itu telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan Prestasi, Interaksi dan Positif.

i. Pemboleh ubah Pengajian dan Prestasi mempunyai hubungan yang tidak signifikan, iaitu Beta 0.030 p<0.001

ii. Pemboleh ubah Pengajian dan Interaksi mempunyai hubungan yang signifikan, iaitu Beta0.315 p<0.001

iii. Pemboleh ubah dan Positif mempunyai hubungan yang signifikan, iaitu Beta 0.313 p<0.001

Page 47: Prosiding Pismp Bm 2014

Rumusan

Program Pensiswazahan Guru yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara tidak langsung telah mengangkat dan memartabatkan profesion perguruan. Guru-guru yang mengikuti kursus ini perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam proses pembelajaran kerana mereka mengikuti kursus secara sambilan dan perlu mahir menggunakan kemudahan ICT dalam e-pembelajaran. Sesuai dengan cadangan yang diutarakan oleh A. Alvarez et. al. (2006) bahawa komunikasi secara bersemuka dan komunikasi bertulis dalam talian diintegrasikan secara optimum mewujudkan kesepaduan yang sesuai dan unik dengan konteks pengalaman dan pembelajaran seseorang individu. Disokong oleh Marsh (2012) yang menjelaskan “Blended Learning” merupakan satu kombinasi pelbagai kaedah pengajian, persekitaran, dan gaya pembelajaran. Pelaksanaannya telah membuka ruang dan peluang pembelajaran serta peralatan yang boleh didapati bagi mencapai persekitaran pembelajaran yang optimum.

Bibliografi

Abbey, B. (2000). Instructional and Cognitive Impacts of Web-Based Education. LondonIdea Group Publishing.

Alvarez, A., Ruiz, S., Martin, M., Fernández-Castro, I., & Urretavizcaya, M.: MAGADI: a Blended-Learning Framework for Overall Learning. In V. Dimitrova, R. Mizoguchi, B. du Boulay & A. C. Graesser (Eds.), AIED (pp. 557-564). Spain : IOS Press. 2009

Azwan, A. & Rozita, N. (2002). e-Learning: Penerokaan Media Pembelajaran Terkini. Atastalian. http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html. (Accessed9th June 2007).

Fuller, R. M., Vician, C., & Brown, S. A. (2006). E-learning and individual characteristics: the role of computer anxiety and communication apprehension. Journal of Computer Information Systems, 46(4), 103-115.

Harasim, L., Hiltz, S., Teles, L. and Turoff, M. (1997). Learning Networks: A Field Guideto Teaching and Learning Online Cambridge, MA: MIT Press.

Haughey, M. & Anderson, T. (1998). Network Learning: The Pedagogy of the Internet.Canada. McGraw-Hill.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya Malaysia.

Learnframe. (2001). dalam talian: http://www.e-learningshowcase.com-i/eleanifeMarsh, D.: Blended Learning Creating Learning Opportunities for Language

Learners. New York: Cambridge University Press. 2012Mohaiadin, J. 2000. Isu dan Implikasi ‘E-Learning’ Terhadap Sistem Pendidikan

dalam Prosiding KonvensyenTeknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). KertasKerja. 245-252.

Mohd Koharudin, M.B. (2004). Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaane-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi. 41(E)Disember 2004: 55-72.

Mohd Zaidil, A., Azizi, Z. & Fadzilah, S. (2002). Agen Pedagogi Sebagai Tutor: PemantapanPemahaman Pelajar di dalam e-Pembelajaran. Dalam prosiding Seminar ICT 2002.Universiti Utara Malaysia. Sintok. Kertas Kerja. 218-224.

Page 48: Prosiding Pismp Bm 2014

Roblyer, M.D .(2006). Integrating Educational Technology into Teaching. personal.kent.edu/~sarnold7/edtech/articles/chapter1.pdf

Sajap Maswan: Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai daripada h ttp://www.sajadstudio.info/artikal/kelb_pemb_mel_internt.pdf 2006

Selim, H. M. (2007). Critical success factors for e-learning acceptance: Confirmatory factor models. Computers & Education, 49(2), 396-413.Zailan Arabi & Azmi Mansur. (2006). A Life Long Learning Platform for Malaysian

Society. Atas talian. http://www.ejel.org/volume-4/v4-i1/v4-i1-art-2.htm(Accessed5th June 2009).

GANTI NAMA DIRI DALAM AMALAN PROFESIONAL

Oleh

Muhammad Che MajidIPG Kampus Sultan [email protected]

Anua HarisIPG Kampus Sultan Mizan

[email protected]

Hamimah Abdul RahmanSK Kuala Besut

[email protected]

Latar Belakang

Kita selalu berinteraksi antara satu sama lain dengan pelbagai tujuan. Interaksi yang berlaku dapat memudahkan seseorang itu memahami butir isi yang ingin disampaikan oleh penutur. Dalam banyak interaksi banyak pula kata ganti nama digunakan. Hal ini bergantunglah di mana tempat ujaran itu.

Di manakah kita? Soalan ini sering dirujuki untuk diri sendiri. Soalan ini juga sukar untuk dijawab disebabkan butiran yang diperlukan terlalu luas. Dalam hal ini, kita telah merujuk kepada diri sendiri. Sementara, dalam kedudukan tatabahasa, kata ‘Kita’berada dalam Kata Nama (KN). KN pula terdiri daripada Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama. KGND (Kata Ganti Nama Diri) pula terbahagi kepada dua, iaitu KGND Tanya dan KGND Orang. KGND Orang (KGND) terbahagi kepada tiga, iaitu KGND I, KGND II dan KGND III.

KGNDO mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga (Nik Safiah Karim et al,2008:103). Dalam hal ini, Asmah (2008:70) mengkelaskan KGND ini kepada tiga bahagian seperti pengkelasan yang dibuat oleh Nik Safiah Karim.KGND ialah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia, dan secara terbatas kata nama lain (Asmah, 1993: 77). Asmah (1993: 77) juga mengatakan

Page 49: Prosiding Pismp Bm 2014

bahawa KGND manusia boleh dilihat dari segi penggunaannya dalam konteks sosiolinguistik dan konteks nahu. Beliau mengelaskan KGND manusia ini kepada tiga kategori. Selain Asmah, Nik Safiah Karim et al, Abdullah Hassan juga mengelaskan KGND ini kepada tiga, iaitu KGND I, KGND II dan KGNDIII. Beberapa sarjana lain berpendapat KGND adalah sama sahaja, iaitu KGND terbahagi kepada tiga. Sarjana berkenaan ialah Abdullah Hassan, Abdul Hamid Mahmood, dan Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor (2002:29).

Za’ba (200:113) juga menyatakan yang KGND ini terbahagi kepada tiga. Ketiga-tiga KGND ini diistilah seperti di bawah;

i. Yang dipakai buat mengganti nama diri orang yang bercakap (dinamakan diri yang pertama,

ii. Yang dipakai mengganti nama nama diri orang yang dilawan cakap (dinamakan diri yang kedua), dan

iii. Yang dipakai mengganti diri orang yang dicakapkan (dinamakan diri yang ketiga)(2000:113)

Yang berbeza dalam pembahagian KGND ini ialah istilah sahaja. Za’ba menggunakan istilah di atas itu, sementara sarjana lain menggunakan istilah KGND I, KGND II dan KGND III.

Dalam hal ini, saya memperkatakan tentang KGND dalam amalan profesional disebabkan kedapatan kekeliruan penggunaan KGND ini dalam kalangan guru pelatih baharu semasa menjalani latihan mengajar di sekolah. Kekeliruan ini harus dihapus oleh penyelia disebabkan berlaku salah kod bahasa. Berlaku percantuman antara kod bahasa dialek dan kod bahasa standard.

Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara IPG, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

i. menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran;ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran;iii. merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan

individu dengan bimbingan;iv. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran;v. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan

mengamalkan nilai profesion keguruan;vi. memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio

dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas;mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran;

vii. menguasai kemahiran pemudahcaraan; danviii. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Matlamat Praktikum i. Pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep,prinsip, teori,

kemahiran dan nilai

Page 50: Prosiding Pismp Bm 2014

ii. Amalan profesional membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri menghadapi cabaran di sekolah.

iii. Program ini melahirkan insan guru profesional, memiliki sahsiah guru dan bukan dibilik darjah semata-mata.

Tempat kajian yang dipilih adalah berdasarkan arahan pihak IPG Kampus Sultan Mizan dalam surat arahannya. Saya telah diberikan tugas untuk menyelia empat orang guru pelatih elektif Pengajian Melayu di dua buah sekolah yang berasingan. Sebuah sekolah rendah (SK) di Besut dan sebuah lagi di daerah Kuala Krai, Kelantan. Kedua-dua sekolah ini mempunyai dialek atau bahasa pertuturan harian yang hampir sama.

Mengikut sejarah, daerah Besut pernah menjadi tanah pegangan Kelantan sehinggalah terjadi satu peristiwa menyebabkan daerah Besut diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu. Namun, bahasa pertuturannya tidak berubah, iaitu bahasa Kelantan. Biarpun masa beredar dan bahasa berdinamika, bahasa Kelantan masih digunakan dalam semua aspek kehidupan penduduknya. Oleh sebab penggunaan bahasa dialek ini secara meluas digunakan dalam pertuturan sepanjang hari oleh penduduk Besut, maka satu kajian untuk melihat penggunaan dalam keadaan formal perlu. Untuk melunaskan kajian ini, saya melengkapkan dengan mengambil inisiatif pengkajian semasa menjalankan amalan profesional kepada guru pelatih.

Dalam pencerapan klinikal ini, saya telah ditugaskan untuk menyelia empat orang guru pelatih. Daripada empat orang guru pelatih itu, dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang diberikan untuk saya seliakan. Dua orang guru pelatih perempuan di sekolah di Besut yang saya namakan Miss X dan Miss Y. Miss X ni telah diberikan tugasan untuk mengajarkan murid Tahun Dua dan Tahun Tiga manakala Miss Y telah diberikan tugasan untuk mengajarkan Murid Tahun Empat dan Tahun 5.

Bagi dua orang guru pelatih lelaki pula, saya namakan guru-guru pelatih itu dengan nama Mr. Arrogant dan Mr. Right. Mr. Arrogant ditugaskan untuk melaksanakan tugasan bagi murid Tahun Dua dan Tahun Lima manakala Mr. Right pula untuk Tahun Tiga dan Tahun Lima. Mereka ditugaskan di Kelantan.

Daripada empat orang guru pelatih, Miss x dan Miss Y berasal dari Kelantan. Mr. Arrogant dan Mr. Right pula berasal dari Johor. Yang menjadi masalah bahasa dialek ini adalah kepada guru pelatih yang lahir bukan dari negeri Kelantan. Perbezaan bahasa pertuturan ini ketara kepada dua orang guru pelatih lelaki memandangkan guru pelatih lelaki ini berasal dari selatan tanah air.

Kesemua guru pelatih ini adalah dari Jabatan Kajian Sosial dengan pengkhususan subjek Geografi dan Sejarah. Mereka adalah pelatih untuk elektif Bahasa Melayu seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jarak sekolah berkenaan dari institut kami berlainan jarak. Di Besut, sekolah berkenaan terletak 8 kilometer dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Jarak IPGKSM ke sekolah di Kelantan ialah 130 kilometer.

Amalan Profesional adalah terdiri daripada unit praktikum. Yang dimaksudkan amalan profesional ialah perlakuan yang membolehkan atau melayakkan mereka untuk bergelar pendidik atau guru. Tanpa melalui amalan praktikum ini, mereka tidak layak bergelar profesional disebabkan tiada kelayakan ikhtisas.

Tuntasnya, begitulah susur galur kajian yang saya jalankan. Tempoh pelaksanaan penyeliaan klinikal ini ialah 12 minggu. Jumlah seliaan bagi setiap guru pelatih bergantung kepada penyelia masing-masing. Sebanyak tiga kali seliaan wajib dilaksanakan oleh penyelia.

Page 51: Prosiding Pismp Bm 2014

Namun, penyeliaan boleh dijalankan lebih jumlahnya daripada itu. Saya telah melaksanakan seliaan sebanyak empat kali bagi guru pelatih lelaki disebabkan mereka melaksanakan tugasan dengan baik, kemas dan berkesan. Bagi guru pelatih perempuan pula, pelaksanaan dijalankan lebih kerap disebabkan mereka perlukan bimbingan yang lebih.

Tujuan kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan KGND ‘Kita’ oleh murid semasa guru pelatih menjalani praktikum. Sewaktu guru pelatih menjalani praktikum, mereka terdedah dengan bahasa dialek. Dalam kajian ini, saya memperlihat akan KGND ‘Kita’ dan ‘Saya’ dan keupayaannya dalam amalan praktikum ini. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kekaburan penggunaan KGND Kita itu dalam konteks pendidikan. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2003:131) terdapat kekaburan dari segi penggunaan kata ganti nama itu sendiri... jika kata ganti nama itu dibandingan dengan bahasa Melayu baku. Sesungguhnya, dalam amalan profesional, semua aktiviti dalam pengajaran mestilah menggunakan bahasa Melayu baku. Di sinilah menampakkan adanya pertentangan. Tujuan kajian seterusnya adalah untuk melihat hubungan bahasa dialek dan bahasa Melayu standard dalam hubungan formal.

Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah pemerhatian. Dalam kaedah ini, Sulaiman Ngah Razali (2002:216) menyatakan bahawa terdapat dua jenis pemerhatian, iaitu pemerhatian beserta dan pemerhatian bukan beserta. Dalam kajian ini saya memilih kedua-duanya sekali dengan alasan, saya ingin melihat dengan lebih dekat tentang penggunaan KGND ‘Kita’ itu. Di samping itu, data yang diperoleh hasil daripada penglibatan saya dalam kajian ini lebih tuntas dan menyeluruh.

Kajian ini bersifat bukan arm-chair. Bukan arm-chair bermaksud kajian ini dijalankan di lapangan. Kajian ini dijalankan bukan berdasarkan kajian teks semata-mata. Saya mengutip data di lapangan secara langsung semasa guru pelatih berkenaan mengajar. Kutipan data bukan arm-chair atau lapangan ini sesuai dengan kajian bahasa dan tatabahasa (Nor Hashimah Jalaluddin, 1996: 49). Kajian lapangan juga disarankan oleh sarjana Barat, iaitu R. A. Hudson (1972) dan William J. Samarin (1967). Mereka berpendapat bahawa kajian lapangan adalah cara utama untuk memperoleh data dan maklumat dan mengkaji masalah dalam linguistik. Kajian lapangan juga menggambarkan yang individu itu tidak boleh memberi andaian dan pendapat melalui institusi sahaja. Melalui kaedah arm-chair gambaran sebenar penggunaan bahasa dapat digambarkan dengan jelas dan tepat oleh pengkaji itu (Muhammad Che Majid, 2005 : 47).

Data yang saya peroleh ini adalah hasil daripada catatan. Borang catatan pemerhatian saya bina sendiri berdasarkan keperluan. Tuada kutipan data secara kaset dilaksana untuk kali ini seperti yang dicadangkan oleh Burgess. Keadaan ini memandangkan saya hanya memerlukan data yang sedikit sahaja, iaitu KGND “kita’. Jadi, dengan mencatatkan pada borang pemerhatian sudah memadai. Di samping borang pemerhatian berkenaan, saya juga mencatat dalam bentuk diari. Setiap ayat atau ujaran yang diujarkan oleh guru dan murid saya catat, terutama yang melibatkan penggunaan KGND ‘Kita’ itu. Dalam kajian ini, implikatur tidak diperlukan. Saya terus kepada data utama sahaja.

Page 52: Prosiding Pismp Bm 2014

Kedudukan KGND Kita

Di atas telah dijelaskan tentang kedudukan KGND Orang. Dalam tatabahasa KGND dibahagikan kepada tiga, iaitu KGNDI, KGNDII dan KGNDIII. Semua sarjana tanah air bersetuju dengan pembahagian ini. Cuma, pengunaan huraian sahaja berbeza. Sebagai misalan, Za’ba menggunakan istilahnya (seperti penerangan dalam latar belakang) dan sarjana lain menggunakan KGND Pertama, Kedua dan Ketiga.Asmah (2008:70) menghuraikan KGND pertama bermaksud diri kita sendiri apabila bercakap dengan orang lain – dengan merujuk kepada diri kita dalam hubungan dengan orang lain. Diri kedua pula bermakna orang yang bercakap dengan kita, manakala diri ketiga membawa makna orang yang dirujuk atau menjadi orang yang diperkatakan oleh diri pertama dan diri kedua. Beliau juga membahagikan KGND ini kepada tiga, iaitu GND Asas dan GND Terbitan. GND Asas ini dibahagikan kepada tiga seperti yang dihuraikan di atas dan kedapatan juga bentuk klisis (kependekan).

Kesemua GND Asas ini dapat dilihat dari segi jumlahnya, iaitu mufrad dan jamak. Hal ini dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Diri Mufrad Jamak

Pertama saya, aku, beta, patik, *ku Kami, kita, patik, sekalian

Kedua kamu, engkau, awak, anda, *kau, *muKamu semua, engkau semua, awak

semua

Ketiga dia, beliau, ianya, *ia, *nya mereka

Tanda * kata yang menunjukkan klisis

Konteks sosiolinguistik merujuk kepada keadaan sosial dalam sesuatu unsur bahasa itu digunakan... dengan mengambil kira konteks sosiolinguistik dengan membahagikan kepada peringkat-peringkat berikut, iaitu neutral, hormat/halus dan intim/kasar (Asmah, 2008: 73).

Konteks neutral bermaksud keadaan dalam pergaulan biasa apabila pihak-pihak yang terlibat tidak berbeza atau banyak bezanya dari segi taraf sosial. Konsep hormat/halus pula menunjukkan adabta pihak mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada yang lain. Peraturan ini memastikannya adanya hormat menghormati yang nyata (Asmah, 2008: 73).

Dalam konteks intim, pihak yang terlibat dalam interaksi betul-betul akhrab satu sama lain. Dalam keadaan ini, dua sahabat yang sudah lama berkenalan secara akrab satu sama lain. Ganti Nama Diri “kasar” berlaku apabila ada pertengkaran, keadaan marah, dan juga merasakan darjat lebih tinggi daripada pihak yang lain atau orang yang dilawan cakapnya (Asmah, 2008: 73). Keadaan ini digambar dalam jadual di bawah.

Peringkat Ganti Nama Diri

neutral saya, anda, dia, kami, kita, mereka

Page 53: Prosiding Pismp Bm 2014

hormat/halus patik, beta, beliau

intim/kasar kamu, engkau, awak

Nor Hashimah Jalaluddin (2003: 130) menjelaskan konsep KGND konteks sosiolinguistik. Beliau memberi makna berkenaan sebagai konteks yang meliputi taraf sosial para pengguna bahasa yang terlibat dalam peristiwa bahasa, darjah rapat tidaknya hubungan antara pihak yang berkenaan, suasana persekitaran peristiwa bahasa berkenaan, dan judul yang dicakapkan. Hal ini bermaksud persekitaran memainkan peranan dalam hubungan antara orang yang bercakap, orang yang berlawan cakap dan orang yang dicakapkan. Pandangan Nor Hashimah Jalaluddin ini memfokuskan pada penggunaan Semantik dan Pragmatik untuk menghapuskan kekaburan KGND Kita.

Rancangan praktikum yang wajib dijalani oleh guru pelatih semua guru pelatih di IPG. Dalam rancangan praktikum ini, semua guru pelatih wajib menggunakan bahasa Melayu standard dalam pengajaran mereka dan menjadi kesalahan kepada semua guru pelatih apabila tidak menggunakan bahasa Melayu standard ini. Dengan jelas bahawa amalan praktikum terangkum dalam konteks formal.

Dalam Tatabahasa Dewan(2008: 103 – 104), huraian berkaitan KGND tidak dituntaskan seperti Asmah. Di samping itu, kedudukan KGND ini tidak dihuraikan dengan jelas dalam kedudukan pendidikan (education). Apakah penggunakan KGND ‘kita’ atau ‘saya’ harus digunakan apabila berlaku interaksi antara guru dan murid. Daripada pemerhatian yang saya jalani ini‘kita’ banyak digunakan oleh murid semasa berinteraksi dengan guru semasa PdP berlangsung.

Perbincangan

Kata Ganti Nama Diri telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam bab di atas. Juga telah dijelaskan sistem dalam KGND. Dalam bahagian ini dibincangkan dapatan dari kata KGND dan sedikit kedudukannya dalam sistem pendidikan hari ini. Jika sebelum ini, Mat Juhari Moain (1989) telah menjalankan kajian berkaitan KGND dan Kata Gelaran. Kali ini, saya memfokuskan kepada KGND Kita dan kedudukannya dalam pendidikan. Dalam pendidikan dalam kajian ini ialah kedudukan ganti nama diri kita digunakan dalam perbualan atau interaksi antara guru dan murid semasa PdP berlangsung.

Dalam sepnajang pemerhatian saya menyelia pelajar praktikum ini, ganti nama diri kita sangat kerap digunakan oleh murid semasa berinteraksi dengan guru. Bolehkan murid menggunakan ganti nama diri kita ini untuk menyatakan dirinya sendiri sebagai ganti nama diri saya yang sepatutnya digunakan oleh murid.

Ganti Nama Diri kita

Ganti nama diri kita dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ganti nama diri kita mufrad dan ganti nama diri kita jamak. Mufrad bermaksud tunggal dan jamak bermaksud ramai. Yang manakah sebenarnya kedudukan ganti nama diri kita ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan

Page 54: Prosiding Pismp Bm 2014

menunjukkan kedapatan kedua-dua fungsi untuk kata ganti nama diri kita ini. Di bawah ini dijelaskan tentang kedudukan ganti nama diri kita ini, bentuk mufrad dan bentuk jamak.

KGND Kita Mufrad

Hasil daripada pemerhatian yang saya jalankan sepanjang menyelia pelajar praktikum di dua sekolah yang berasingan ini, saya mendapati bahawa murid kerap menggunakan KGND kita. Setiap kali soalan guru kemukakan soalan kepada murid, murid menjawab kita... kita... kita, cikgu.

Contoh 1

Miss X: sapa nak jawab soalan ini?

Murid: kita, cikgu. (Suara ramai)

Contoh 2

Murid: kita buat macam ni boleh, cikgu.

Mr. Arrogant: kenapa kamu lakarkan begini.

Murid: ini idea kita cikgu.

Dalam kedua-dua contoh di atas, hampir semua murid menggunakan KGND kita dalam keadaan mufrad, bukan jamak. Dalam contoh 1 an contoh 2, murid menggunakan KGND kita sebagai mufrad (tunggal) sedangkan dalam kedudukan KGND bahasa Melayu baku, KGND kita berada dalam jamak (ramai). Banyak data yang saya kutip menunjukkan situasi ganti nama kita berada dalam mufrad. Keadaan ini bertentangan dengan pendidikan formal yang meletakan ganti nama kita sebagai jamak. Kita dalam kedua-dua contoh dia atas merujuk diri murid itu sendiri. Lihat contoh lain di bawah.

Contoh 3Murid: kita buat macam ni cikgu. Boleh ke

Miss Y: Betul murid. Macam nilah yang cikgu nak.

Contoh 4Murid: kita dah buat cikgu. Tak jadi. Nak buat macam mana lagi niMr. Right: kamu tersilap tu. Sepatutnya begini.

Page 55: Prosiding Pismp Bm 2014

Pada pandangan saya, pola penggunaan kata ganti nama diri kita tidak bertukar ganti dengan guru dan murid atau diistilahkan pertukaran pola. Ganti nama kita hanya digunakan oleh murid sahaja, dan tidak digunakan untuk murid dan guru seperti kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2003: 131). Dalam keadaan ini, murid kurang arif mengenai penukaran pola ganti nama kita. Penukaran pola ganti nama kita ini bermakna murid dan guru dilibatkan sesekali gus. Hal ini mungkin disebabkan hanya percakapan dalam keadaan formal, sedangkan kajian Nor Hashimah Jalaluddin bersifat tawar menawar yang memerlukan penjual menjadi pembeli dan pembeli menjadi watak penjual. Murid tidak mungkin menjadi watak guru. Dalam konteks pendidikan tidak ada proses tawar menawar dan pola ganti nama tidak berlaku walaupun perbualan itu secara spontan. Jadi, pendapat C. Kitigawa dan A. Leher (1990) tidak terdapat dalam perbualan akademik walaupun dalam perbualan biasa berlaku.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor usia menjadi penghalang dalam pola penukaran ganti nama diri. Dalam dapatan ini, tidak ada satu pun amalan penukaran pola ganti nama diri kita berlaku. Malahan, mereka tidak tahu untuk menukarkan pola pertukaran ganti nama ini. Pertukaran pola ganti nama kita bermaksud ganti nama kita itu menjadi hak murid dan menjadi hak guru kemudiannya. Seperti yang saya nyatakan, faktor usia menjadi penghalang ini. Murid pada usia 8 tahun hingga 11 tahun belum lagi pandai menukarkan watak sendiri menjadi watak orang lain.

Saya juga mendapati bahawa kesemua kelas/murid yang diajarkan oleh guru praktikum ini menggunakan ganti nama diri kita. Penggunaan ganti nama diri kita bukan sahaja digunakan di dalam kelas, malah keseluruhan di dalam kawasan sekolah. Di kantin, misalnya, murid juga menggunakan ganti nama diri kita biarpun bukan dengan guru praktikum. Contoh yang saya peroleh ini diambil semasa masa rehat di kantin.

Contoh 4Murid: cikgu, kita jumpa petang di padang, bolehGuru: pukul berapaMurid: kita buat sedikit perbincangan cikguGuru: boleh je

Penggunaan kata ganti nama diri kita digunakan bukan sahaja untuk guru yang baharu (praktikum) sahaja, malahan guru yang senior juga digunakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa murid ini menggunakan ganti nama diri kita kepada semua orang yang berumur.

Hasil perbincangan saya dengan salah seorang guru dari sekolah berlainan (Hamimah Abdul Rahman) juga mendapati keadaan yang sama berlaku dalam penggunan ganti nama kita. Muridnya juga banyak menggunakan ganti nama kita untuk ganti nama kita bnetuk jamak bukan mufrad. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran. Murid diajarkan penggunaan kata ganti nama ini di rumah mereka.

Saya juga berasal dari daerah kajian dijalankan ini (Besut, Terengganu) yang menggunakan ganti nama diri kita apabila bercakap dengan orang yang lebih berusia. Malah, sepanjang pengalaman saya, apabila saya tidak menggunakan ganti nama diri kita seolah-olah telah menjatuhkan air muka ibu bapa (berusia) dan dikatakan kurang ajar sekali gus – pada waktu itu. Murid telah biasa menggunakan ganti nama kita dalam perbualan sehariannya. Persekitaran ibu bapa dan masyarakat membuatkan murid menggunakan ganti nama kita di mana-mana sahaja, di rumah, di padang bola, di surau/masjid, di sekolah, di sungai, yakni secara tidak formal. Kebiasaanya ganti nama ini dituturkan oleh orang muda/budak-budak dalam

Page 56: Prosiding Pismp Bm 2014

lingkungan sekolah rendah. Jadi, ganti nama kita dituturkan untuk melambangkan menghormati orang yang lebih tua. Dapatan ini sesuai dengan pendapat Asmah Hj. Omar (1993:96)

Bahawa kita sebagai ganti nama jamak inklusif lebih awal muncul daripada kami itu boleh diterangkan dari segi kebiasaan mendididik anak-anak di kalangan orang Melayu. Perkataan kita itu inklusif sifatnya, yakni merangkumi orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap.

Asmah Haji Omar dengan jelas menurunkan pendapatnya itu. Pendapat beliau sesuai sekali dengan keadaan yang berlaku di dalam kelas yang saya alami ini. Murid sudah terbiasa terdidik dalam kalangan masyarakat Melayu yang berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi. Murid terdidik dalam acuan masyarakat Melayu yang mementingkan air muka atau imej. Air muka melambangkan keperibadian orang Melayu mendidik anak. Apabila murid bercakap kasar atau aku dengan orang yang lebih tua bererti murid itu telah melakukan kurang ajar dan menjatuhkan air muka ibu bapa sendiri.

Ajaran atau aturan masyarakat memainkan peranan penting dalam pembentukkan penggunaan ganti nama diri. Sebab itulah pada zaman dahulu timbulnya peribahasa menjaga tepi kain orang lain. Peribahasa ini bermaksud orang dahulu sangat mementingkan air muka dan maruah dalam bertutur. Kesilapan anak-anak mereka bertutur mencerminkan yang ibu bapa kurang memberi tumpuan terhadap maruah dan air muka. Pada peringkat awal / kanak-kanak ini, mereka terbiasa dengan ganti nama kita. Hal ini selaras dengan pendapat Asmah (1993:96), iaitu:

Dalam mendidik anak-anak di kalangan orang Melayu, kita dapati bahawa “kekitaan” itu amat penting, sesuai dengan kebudayaan Melayu yang memberi tumpuan kepada hidup berkerabat dan bermasyuarat.

Hasil dapatan pemerhatian saya juga mendapati bahawa murid banyak menggunakan kata ganti nama diri aku apabila bertutur atau berinteraksi sesama rakan. Apabila mereka menggunakan ganti nama aku, mereka berasakan lebih akrab. Pendapat saya jelas sependapat dengan hasil yang diperoleh oleh Asmah Haji Omar dan Nor Hashimah Jalaluddin. Ganti nama diri aku bererti mereka lebih intim atau mesra antara mereka, mengikut peringkat umurnya.

Rumusannya, majoriti murid menggunakan ganti nama kita dalam perbualan secara formal di dalam bilik darjah. Hal ini bertentangan dengan ganti nama saya yang formal. Keadaan yang sudah menjadi darah daging kepada murid berkenaan menggunakan ganti nama diri kita. Konsep ini dikukuhkan dengan persekitaran keluarga dan masyarakat. Apabila bertutur dengan orang yang berusia mereka mementingkan air muka. Kesilapan menuturkan kata atau ganti nama menerbitkan tercemarnya air muka. Bolehkah mereka menuturkan ganti nama kita semasa pembelajaran berlangsung. Inilah yang menjadi pertentangan yang harus dicarikan penyelesaian oleh semua pihak. Ganti nama diri kita telah berubah menjadi bentuk mufrad dan bukan jamak. Dalam pendidikan formal, ganti nama diri kita berada dalam sistem ganti nama diri jamak bukan mufrad.

Page 57: Prosiding Pismp Bm 2014

KGND Kita Jamak

Ganti nama Kita boleh hadir dalam KGND bentuk jamak. Keadaan bergantung kepada penutur dan pendengar itu. Keserasian antara penutur dan pendengar dalam membentuk ganti nama diri kita menjadi milik kedua-duanya itu. Dalam penelitian ini, saya mendapati bahawa penggunaan ganti nama kita menjadi milik kedua-dua pihak ini apabila hadirnya kata sama-sama. Kata sama-sama bermaksud menjadi milik kedua-dua pihak. Yang saya dapat kutip dalam kajian ini apabila semasa mereka menjalankan aktiviti berkumpulan.

Contoh 1:

Murid 1: Mari kita buat sama-sama.

Murid 2: Sama-sama kita buat, hasilnya menarik

Murid 1: Sungguh tu.

Murid 3: Jomlah

Contoh 2

Murid : Kita buat sama-sama dah cikgu.

Guru: Buat sama-sama eloklah. Buat kerja dalam kumpulan

Murid: sama-sama kita buat cikgu, kena tanya cikgu jugak.

Ganti nama diri kita digunakan dengan kemas dan jelas oleh murid semasa berbincang dengan guru. Semasa perbincangan itu berlangsung, murid langsung tidak menyangkutkan guru sebagai gantian bentuk jamak. Murid hanya menyangkutkan murid dan murid sahaja sebagai gantian. Kata sama-sama yang bermaksud bersama-sama, yakni murid dan murid sahaja menjalankan aktiviti itu. Sepanjang kajian dan penelitian ini dijalankan ganti nama diri kita jamak amat sedikit dituturkan oleh murid. Kata sama-sama itu menunjukkan penegasan yang murid – murid sahaja menjalankan aktiiviti. Keadaan ini selaras dengan pendapat Nor Hashimah Jalaluddin (2003:134),

jelaslah bahawa penggunaan perkataan sama-sama bertujuan untuk membezakan ganti nama kita itu sebagai ganti nama jamak daripada ganti nama kita mufrad yang lebih popular di kalangan penutur dialek Kelantan.

Penggunaan KGND kita ini dalam bentuk jamak sedikit disebabkan faktor usia atau hubungan kemesraan. Misalnya, murid apabila bercakap dengan rakan sebaya mereka lebih banyak menggunakan kata ganti nama aku. Hal ini disebabkan ganti nama aku lebih bersifat mesra, dan selaras dengan pandangan Asmah Haji Omar ( 1993: 79). Dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, Asmah mengkelaskan aku sebagar kasar/intim. Ganti nama aku menunjukkan intim/mesra sebagai kawan disebakan umur yang tidak jauh bezanya antara individu/murid itu. Ganti nama aku lebih jelas bersifat individu atau diri penutur itu.

Page 58: Prosiding Pismp Bm 2014

Dalam bahasa Kelantan, ganti nama diri kita bukan berada dalam bentuk jamak. Bentuk ini terjelma bukan dalam pendidikan malah dalam pertuturan harian. Murid menggunakan kita yang melambangkan dirinya sendiri. Mereka berinteraksi dengan ibu bapa juga menggunakan ganti nama diri kita. Hal ini dilihat dalam contoh di bawah.

Contoh 3

Emak: kenapa lewat ni

Murid: kita ke kantin dulu

Emak: tak cakap pulak

(situasi ini saya ambil sewaktu menunggu guru pelatih menghantar peralatan tertinggal di Kuala Krai).

Kita, aku dan saya

Setelah meneliti keseluruhan inti pati dalam amalan profesional, saya katakan bahawa terdapat tiga ganti nama, iaitu kita, aku dan saya yang digunakan oleh murid dalam semua aktiviti. Dalam aktiviti berkumpulan, aktiviti individu dan aktiviti berpasangan, semua murid menggunakan ganti nama kita apabila bercakap dengan guru, aku apabila bercakap dengan kawan sendiri. Dalam keadaan begini, murid harus menggunakan ganti nama diri yang sesuai, iaitu saya.

Tiada seorang pun murid yang menggunakan ganti nama diri saya semasa pengajaran guru berlangsung. Dapat saya katakan bahawa guru pelatih tidak membetulkan kesalahan penggunaan ganti nama diri ini. Semua guru pelatih mesti sedar bahawa sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung, semua murid mesti menggunakan bahasa Melayu standard. Perkataan saya sudah terangkum dalam pendidikan formal. Hal ini menunjukkan ada hubungan secara formal antara guru dan murid.

Selain ganti nama diri kita, ganti nama diri aku juga digunakan oleh murid dalam interaks gurunya disebabkan keformalan pendidikan. Aku merupakan kata yang menunjukkan keintiman antara mereka. Dalam situasi ini, ganti nama diri aku sesuai disebabkan ia tergolong dalam ganti nama diri i sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ganti nama diri aku sangat kerap digunakan oleh murid sahaja. Mereka menggunakan ganti nama diri aku semasa berbincang bersama-sama kawan dalam aktiviti berlangsung. Ganti nama diri aku boleh digunakan memandangkan umur mereka adalah sebaya. Namun, ia tidak digalakkan untuk bercakap dengan pertama mufrad. Jadi, ganti diri aku tepat dengan keadaan, atau maksudnya tepat dengan gantian diri bersifat mufrad ini. Secara ringkasnya, terdapat tiga ganti nama diri digunakan dalam interaksi ini, iaitu kita, aku dan saya.

Jelaslah bahawa ganti nama diri kita, aku dan saya mempunyai halangan dan keformalannya sendiri. Kita dan aku tidak boleh dituturkan dalam pendidikan formal disebabkan sistem dalam ganti diri itu sendiri. Sistem yang saya maksudkan ialah mufrad dan jamak itu. Ganti nama diri kita merujuk kepada bilangan yang ramai (jamak) dan bukan kepada diri sendiri. Manakala, ganti nama diri aku pula hanya sesuai dituturkan kepada mereka yang menunjukkan ada keakraban. Hubungan guru dan murid bukan bererti hubungan akrab. Hubungan guru dan murid ialah hubungan secara formal. Murid mesti menghormati guru disebabkan guru lebih

Page 59: Prosiding Pismp Bm 2014

berumur daripada murid. Penggunaan ganti nama diri juga mesti menunjukkan hormat dan bukan keakraban. Oleh yang demikian ganti nama diri saya amat sesuai digunakan murid apabila bercakap dengan guru. Dalam kajian ini, hasil dapatan menunjukkan ada pertentangan antara ganti nama untuk dialek dan pendidikan formal.

Rumusan

Sebagai rumusan perbincangan ganti nama diri ini, agak sukar untuk dibaiki penggunaannya oleh murid. Hal ini demikian kerana murid sudah biasa bercakap dengan menggunakan ganti nama diri kita. Faktor kebiasaan dan sosio masyarakat membuatkan mereka terbiasa. Konteks maruah dan air muka juga perlu diambil kira oleh semua pihak. Masyarakat kampung dan masyarakat Kelantan dan Besut, Terengganu lebih mengutamakan air muka. Air muka melambangkan maruah. Pertuturan yang salah melambangkan ibu bapa yang mengajar anak mereka bercakap kasar atau kurang ajar.

Penutup

Penggunaan ganti nama diri berlaku sudah lama dalam kalangan keluarga. Keadaan ini tidaklah rumit dan bergantung pada keluarga masing-masing. Namun, dalam dunia pendidikan semua pihak haruslah prihatin menggunakannya. Hal ini demikian kerana salah menuturkan ganti nama diri dapat memberi malu kepada diri sendiri. Oleh yang demikian, masyarakat Melayu dahulu sangat mementingkan ganti nama diri. Amalan penggunaan ganti nama diri diterap seawal anak boleh bertutur oleh ibu bapa. Ganti nama diri kita amat akrab digunakan oleh anak-anak. Hal ini bererti hubungan anak dalam keluarga dikelaskan sebagai akrab.

Hubungan guru – murid pula dikelaskan sebagai hubungan formal. Oleh itu, penggunaan ganti nama diri saya diterapkan. Penerapan ganti nama diri ini diterapkan bagi mewujudkan hubungan hormat menghormati. Hubungan hormat dan hubungan akrab adalah dua situasi yang berbeza.

Dalam kajian ini juga terdapat tiga ganti nama yang digunakan, iaitu kita, aku dan saya. Ketiga-tiga ini digunakan oleh murid dalam situasinya. Kita digunakan semasa berinteraksi dengan guru dan dianggap tidak formal. Aku digunakan oleh murid semasa berinteraksi sesama mereka. Saya digunakan sedikit sahaja dalam pendidikan dan wajib dikuasai walaupun dipengaruhi faktor persekitaran.

Dapatan daripada kajian ini wajar diterima semua pihak. Faktor sosiobudaya bukanlah penghalang untuk mengubah situasi. Memanglah tiada sesiapapun yang inginkan anak mereka menjatuhkan air muka keluarga, namun mereka harus akur pada alam pendidikan. Pendidikan mengajarkan mereka menjadi bertambah baik.

Bibliografi

Asmah Haji Omar 1993. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar, 1993. Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 60: Prosiding Pismp Bm 2014

Asmah Haji Omar 2008. Nahu Kemas Kini Panduan yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Muhammad Che Majid 2005. Bahasa guru – murid dalam pengajaran dan pembelajaran: satu analisis semantik dan pragmatik. Tesis MEd, Universiti Pendididkan Sultan Idris, Tanjong Malim

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor Hashimah Jalaluddin 1996. Tatacara kajian lapangan: satu panduan, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. Januari 1996 – hal. 44 – 46

Nor Hashimah Jalaluddin 2003. Bahasa dalam perniagaan: satu analisis Semantik dan Pragmatik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor 2002. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna, Utusan Publication Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Za’ba 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 61: Prosiding Pismp Bm 2014

HUBUNGAN FAKTOR DEMOGRAFI DENGAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

Normaizam Hj. Hamid, Ed.DRosli bin Abdul Ghani Suhaimi bin Ibrahim

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil gaya pembelajaran pelajar tiga buah Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu, IPG Kampus Sultan Mizan. IPG Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Dato’ Razali. Selain itu, ia bertujuan menentukan hubungan gaya pembelajaran dengan faktor demografi iaitu jantina, etnik dan status pendapatan keluarga. Seramai (600) orang pelajar yang sedang belajar di Institut Perguruan Sultan Mizan, Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Dato’ Razali telah dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik yang digunakan mengandungi soalan berbentuk demografi dan juga 44 soal selidik berdasarkan Felder-SolomonIndex Learning of Styles. Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan majoriti responden kajian mempunyai gaya responden jenis visual (min 3.65) berbanding gaya pembelajaran jenis verbal (min 3.43) dan gaya pembelajaran jenis sensing (min 3.36) berbanding gaya pembelajaran jenis intuitive (min 3.28). Hasil ujian chi square yang telah dijalankan, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dengan semua gaya pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara etnik dengan gaya pembelajaran. Sementara,dalam aspek pendapatan keluarga terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga terhadap sensing dan intuitif. Sehubungan itu, hasil penyelidikan ini diharap dapat memberi sumbangan dan informasi berguna kepada pelbagai pihak yang berkaitan supaya lebih memahami diri dan personaliti pelajar dengan lebih dekat. Kepentingan pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pengajaran guru. Guru perlu mengambil inisiatif untuk merangsang minat dan kecenderungan pelajar agar wujud interaksi positif bagi kedua-dua pihak. Kesesuaian dan keserasian gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar secara tidak langsung akan membantu meningkatkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: gaya pembelajaran, Felder-SolomonIndex Learning of Styles,sensing, intuitive

Pendahuluan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensasarkan dalam Falsafah Pendidikan Negara, bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan melengkapkan pelajar-pelajar bagi menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Menurut Mahathir Mohamad (1998), Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan negara-negara dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Ilmu

Page 62: Prosiding Pismp Bm 2014

pengetahuan yang diperolehi melalui proses pembelajaran suatu perkara yang penting kepada semua pelajar sebelum berada di alam pekerjaan.

Pembelajaran mestilah bermula sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan dan proses pembelajaran akan terus berjalan sehingga sampai tempoh tertentu. sekolah mengamalkan pelbagai cara pembelajaran bagi pelajar seperti membaca, memerhati, berbincang, perlakuan, pembelajaran secara sendiri, pembelajaran secara berkumpulan, belajar dalam keadaan tenang, dan pembelajaran dengan memasang muzik . Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekod dan memfail maklumat tersebut supaya mudah untuk digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait rapat dengan kecerdasan atau sebarang kemahiran yang telah dipelajari. Sosioekonomi, latar belakang keluarga, emosi, dan persekitaran pelajar yang mempengaruhi pelajar sebenarnya telah dipelajari sebelum ini daripada pelbagai sudut. Gaya pembelajaran merupakan satu konsep multidimensi yang kompleks dan terhasil daripada tindak balas antara beberapa pemboleh ubah seperti, persekitaran, emosi, sosial, fizikal dan psikologi. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai oleh para pelajar sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian. Sebaliknya, gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah. Keperluan ciri-ciri pelajar sangat penting kerana keberkesanan suatu program pengajaran, seterusnya peningkatan prestasi bergantung juga kepada keperluan, kehendak dan kebolehan pelajar.

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Setiap reka bentuk penyelidikan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Pemilihan reka bentuk oleh penyelidik bergantung kepada tujuan kajian dan masalah kajian yang ingin diselesaikan. Reka bentuk kajian merupakan satu-satunya faktor terpenting dalam menentukan sama ada kualiti dapatan bermutu secara saintifik. Penyelidik menggunakan kaedah kajian jenis kuantitatif.Selain itu juga, mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan faktor demografi iaitu jantina, etnik dan sosio ekonomi responden.

Sosioekonomi dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada taraf pendapatan keluarga. Populasi merupakan sekumpulan objek, benda, kejadian yang mempunyai ciri yang sama di mana penyelidik ingin melakukan penyelidikan. Oleh kerana kekangan masa, tenaga dan kos, penyelidik hanya menumpukan penyelidikan kepada sebahagian kecil populasi, seterusnya membuat generalisasi dari sampel yang dipilih kepada populasi. Dalam kajian ini populasi sasaran penyelidik terdiri daripada pelajar institut pendidikan guru di Negeri Terengganu dan Kelantan.

Instrumen kajian yang digunakan ialah Indek Gaya Pembelajaran (ILS) yang dibina untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik bagi mengumpul data-data penting yang diperlukan. Soal selidik dianggap sebagai pengumpul maklumat yang berkesan. Pemilihan soal selidik sebagai alat kajian adalah kerana soal selidik berupaya mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang melibatkan persampelan yang mengkaji populasi.

Kajian rintis merupakan satu kajian kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masalah dalam perancangan pembinaan soal selidik yang tepat dan efektif. . Ia

Page 63: Prosiding Pismp Bm 2014

merangkumi memperbaiki arahan dan soal-selidik dari segi gaya bahasanya agar mudah difahami. Kesahan instrumen bagi memastikan hal ini mengukur perkara sebenar yang hendak diukur, keperluan dalam memperbaiki soal selidik dengan menambah atau mengurangkan item. Kajian rintis dijalankan adalah bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Ujian yang digunakan bagi mengukur kebolehpercayaan sesuatu instrumen yang dibina dalam mengukur sesuatu konsep dengan konsisten ialah kaedah ‘Cronbach Alfa’. Nilai kebolehpercayaan ‘Cronbach Alfa’ adalah antara 0.00 hingga 1.00. Nilai yang boleh diterima bergantung kepada konsep yang hendak dikaji dan sama ada instrumen yang digunakanadalah yang baru dibina ataupun yang sudah mantap.

Dapatan Kajian

Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada wujud hubungan antara faktor demografi dengan gaya pembelajaran. Penemuan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif membentangkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Manakala statistik inferensi pula membentangkan hasil pengujian hipotesis yang telah dibina pada awal-awal penyelidikan ini. Sampel bagi penyelidikan ini terdiri daripada 600 orang pelajar yang sedang belajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan Besut, Institut Perguruan Kampus Dato' Razali (IPGKDRI) dan Institut Perguruan Kampus Kota Bharu. Majoriti responden kajian merupakan pelajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan Besut.

Sampel bagi penyelidikan ini terdiri daripada 600 orang pelajar yang sedang belajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan responden berjumlah 230, 38.3%. Manakala Institut Perguruan Kampus Dato' Razali (IPGKDRI) jumlah responden seramai 173, 28.8% dan Institut Perguruan Kampus Kota Bharu seramai 197 32.8% . Majoriti responden kajian merupakan pelajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan Besut kerana perkiraan berdasarkan borang soal selidik yang dikembalikan oleh responden. Daripada jumlah 600 responden ini seramai 326 orang (54.3%) terdiri daripada perempuan dan seramai 274 orang (45%) adalah laki-laki. Perbezaan perempuan dan laki-laki ini adalah kerana dalam sesebuah kelas di IPG hari ini perempuan memang lebih ramai daripada laki-laki.

Sampel bagi penyelidikan ini terdiri daripada 600 orang pelajar yang sedang belajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan responden berjumlah 230, 38.3%. Manakala Institut Perguruan Kampus Dato' Razali (IPGKDRI) jumlah responden seramai 173, 28.8% dan Institut Perguruan Kampus Kota Bharu seramai 197 32.8% . Majoriti responden kajian merupakan pelajar di Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan Besut. Penyelidik telah merumuskan lokasi taburan responden dalam rajah 1 di bawah

Page 64: Prosiding Pismp Bm 2014

050

100150

200250

230

173

197

IPG Kampus Kota Bharu IPG Dato' Razali (IPGKDRI) IPG Kampus Sultan Mizan

Rajah 1 Taburan Lokasi Responden

Jadual 1 : Taburan Jantina Responden

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 274 45.7

Perempuan 326 54.3

Jumlah 600 100.0

Jadual 1 menunjukkan taburan perangkaan responden dari segi jantina. Daripada jumlah 600 responden ini seramai 326 orang (54.3%) terdiri daripada perempuan dan seramai 274 orang (45%) adalah laki-laki

Page 65: Prosiding Pismp Bm 2014

Melayu Cina India Bumiputera Sabah/Sarawak

0

50

100

150

200

250

300

350

400

Rajah 2:Taburan Etnik Responden Mengikut Jantina

Jadual 2 menunjukkan taburan perangkaan etnik responden dari segi jantina. Daripada jumlah 600 responden ini seramai 183 orang perempuan Melayu, Cina 53, India 76 dan Bumiputera Sabah/ Sarawak 14 responden perempuan. Manakala responden lelaki pula Melayu 176, Cina 76, India 14 dan Bumiputera Sabah/Sarawak 8

Dapatan Kajian Secara Analisis Inferensi

Hipotesis pertama : Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dengan gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal

Bagi menjawab hipotesis tersebut, ujian chi square telah dijalankan. Penemuan pada jadual 16 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dengan semua gaya pembelajaran yang dikaji (gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal) apabila masing-masing nilai p adalah > 0.05

Jadual 2 : Ujian Chi-square Hubungan Gaya Pembelajaran dari Aspek Jantina Responden

Jenis Gaya Pembelajaran

Pearson chi square

Nilai Dk Sig.

Sensing

25.547a 39 0.952

Page 66: Prosiding Pismp Bm 2014

Intuitif 48.832a 40 0.160

Visual 33.393a 31 0.352

Verbal 24.354a 36 0.930

Hipotesis kedua: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kumpulan etnik dengan gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal.

Faktor etnik merupakan salah satu aspek demografi yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Hasil ujian chi square yang dilakukan, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kumpulan etnik dengan gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal.

Jadual 3: Ujian Chi-square Hubungan Gaya Pembelajaran dari Aspek Etnik Responden

Jenis Gaya Pembelajaran

Pearson chi square

Nilai Dk Sig.

Sensing 183.041a 117 0.000

Intuitif 166.149a 120 0.003

Visual 159.588a 93 0.000

Verbal 163.485a 108 0.000

Hipotesis ketiga : Hubungan pendapatan keluarga dengan gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal.

Hasil ujian chi square yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga dengan gaya pembelajaran sensing dan intuitif. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan sebaliknya bagi gaya pembelajaran visual dan verbal apabila masing-masing nilai p adalah > 0.05.

Jadual 4: Ujian Chi-square Hubungan Gaya Pembelajaran dari Aspek Pendapatan Keluarga Responden

Jenis Gaya Pembelajaran

Pearson chi square

Nilai Dk Sig.

Sensing 232.981a 156 0.000

Page 67: Prosiding Pismp Bm 2014

Intuitif 214.901a 160 0.002

Visual 149.328a 124 0.060

Verbal 147.464a 144 0.404

Secara keseluruhannya dapatlah diberi kesimpulan bahawa bab ini telah memberikan penemuan-penemuan penyelidikan profil demografi responden berdasarkan jantina, etnik dan pendapatan keluarga. Persoalan kajian yang telah dikemukakan pada bab 1 juga berjaya dijawab menerusi analisis secara inferensi yang telah dijalankan seperti ujian chi square.

5.0 Perbincangan Dapatan Kajian

Gaya merupakan satu konsep yang boleh dikaitkan dengan aspek individualistik seseorang individu. Istilah ini lazimnya digunakan untuk menjelaskan kualiti, bentuk atau tingkah laku tertentu individu yang berkekalan untuk jangka masa tertentu (Rayner & Riding, 1997). Manakala gaya pembelajaran pula merupakan satu kaedah dalam menerangkan cara bagaimana seseorang itu cenderung untuk mempelajari sesuatu hal atau perkara baharu. Seterusnya pelajar mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan pilihan dalam menerima dan memproses maklumat.

Ada sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah (Felder, 1996). Penyelidikan ini mendapati dua jenis gaya pembelajaran yang jelas iaitu gaya pembelajaran jenis sensing/intuitive dan gaya pembelajaran jenis visual/verbal. Analisis secara deskriptif menunjukkan majoriti responden mempunyai gaya pembelajaran jenis visual (min 3.65) berbanding gaya pembelajaran jenis verbal (min 3.43) dan gaya pembelajaran jenis sensing (min 3.36) berbanding gaya pembelajaran jenis intuitif (min 3.28).

Hasil dapatan ini selari dengan kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al Islamiah). Dapatan menunjukkan secara amnya, didapati ramai pelajar menggunakan gaya pembelajaran visual, sensing dan intuitif (152 orang pelajar) berbanding dengan gaya pembelajaran lain. Rosati (1999) juga telah membuat satu kajian penyelidikan gaya pembelajaran terhadap 868 orang siswazah Kejuruteraan di University Of Western Ontario (UWO) yang terdiri daripada 692 orang lelaki dan 176 orang perempuan dengan menggunakan set soal selidik Felders Index Of Learning Styles. Rosati mendapati 59% pelajar bersifat Sensing dan 89% pelajar berkecenderungan kepada gaya pembelajaran Visual.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dengan gaya pembelajaran jenis sensing, visual dan verbal. Dapatan kajian ini menyokong beberapa kajian lain seperti Shareena (1995), Stage dan Kloossterman (1995), Zaidah (2008), Noor Hayati (2008), Hamzah Nun (1999) dan Yufiza (2005) yang semuanya

Page 68: Prosiding Pismp Bm 2014

mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran responden berasaskan pada jantina.

Dapatan tersebut tidak menyokong hasil kajian Phang (2006) yang menyatakan daripada purata peratusan kajian, pelajar perempuan adalah kurang sensing berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian Rosati (1999) juga mendapati bahawa pelajar perempuan adalah kurang sensing, kurang Visual serta lebih Sequential berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih berhati-hati daripada pelajar lelaki semasa pertama kali membaca arahan sebelum mencuba sesuatu perkara.

Faktor etnik merupakan salah satu aspek demografi yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Hasil ujian chi square yang dilakukan, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kumpulan etnik dengan gaya pembelajaran sensing atau intutif dan visual atau verbal. Ini disokong oleh kajian Tumerah (1996) yang merumuskan wujudnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara, etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gaya pembelajaraan.

Hasil kajian mendapati wujud hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga dengan gaya pembelajaran sensing dan intuitif. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Hamzah Nun (1999) iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan pendapatan keluarga. Menurut kajian yang dilakukan oleh beliau, perbezaan antara gaya pembelajaran dengan pendapatan keluarga mungkin disebabkan oleh situasi kewangan pelajar menpengaruhi gaya pembelajaran pelajar-pelajar tersebut.

Namun begitu, hasil kajian menunjukkan sebaliknya bagi gaya pembelajaran visual dan verbal apabila masing-masing nilai p adalah > 0.05. Dapatan kajian ini tidak menyokong kajian Kara N. Swindell, B.S. 2009 menyatakan bahawa faktor sosioekonomi sememangnya mempengaruhi stail belajar pelajar.  Mereka mendapati bahawa pelajar yang berstatus sosioekonomi sederhana menggemari stail belajar secara visual. Manakala, menurut Biggs (1993) mendapati faktor-faktor etnik, latar belakang keluarga dan status sosioekonomi mempengaruhi pendekatan pembelajaran pelajar.  Pelajar yang datang dari latar belakang keluarga berada secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar itu berfikir dan seterusnya membentuk sahsiah individu ke arah ‘’introverts”.

Penutup

Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa faktor demografi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Oleh itu, pelbagai pihak perlulah berganding bahu untuk membantu pelajar meningkatkan potensi diri. Tidak dinafikan gaya pembelajaran pelajar secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pengajaran guru. Justeru, guru perlu mengambil inisiatif untuk merangsang minat dan kecenderungan pelajar agar wujud interaksi positif bagi kedua-dua pihak. Kesesuaian dan keserasian gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar secara tidak langsung akan membantu meningkatkan minat dan memupuk sikap positif dalam pembelajaran. Namun begitu, sekiranya guru tidak mampu menukar gaya pengajarannya, mereka sepatutnya membantu pelajar mengadaptasikan diri dengan gaya tersebut. Ini untuk kebaikan bersama dalam usaha menjamin kemantapan kualiti akademik yang berterusan.

Page 69: Prosiding Pismp Bm 2014

Bibliografi

Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Atory Hussain. (2004). Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Azizi Hj. Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Wan Zuraidah Wan Hamid. (2003). Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

PelajarTingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. (Kertas kerja Negeri Sembilan. (Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 Oktober 2003.

Azizi Hj. Yahaya, Mohd. Najib Ghaffar, Noraizah Damiri. (2003). Kajian Ciri-Ciri Personaliti dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar, Gaya Pembelayaran Pelajar dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik..Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Azizi Hj. Yahaya dan Shareeza Abdul Karim. (2004). Kajian Hubungan di antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Universiti Teknologi Malaysia.

Bazitah Abu Bakar. (2006). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik: Tinjauan Di Tiga Buah Madrasah Sepenuh Masa Di Singapura. Tesis Sarjana. UTM, Johor.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.

Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). „’Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik’. Jurnal Pendidikan

FakultiPendidikan UKM.

Collinson, V. (2000). Staff Development by Any Other Name: Changing Words orChanging Practices? The Education Forum, 64:124-132.

Collinson, V. (2000). Staff Development by Any Other Name: Changing Words or Changing Practices? The Education Forum, 64:124-132.

Esah Sulaiman. (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan: UTM.

Ewing, N. J. and Yong, F. L. (1992). A Comparative Study of the Learning Style Preferences and on Gifted African-American, Mexican-American, and American-born Chinese Middle Grade Students. Roeper Review, 14, 120-123.

Page 70: Prosiding Pismp Bm 2014

Fadzilah Kamsah. (2006). Tips Pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) Cemerlang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Hii Siong Ting. (2006). Gaya Pembelajaran Sains Tahun 5 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis. UTM, Johor.

Mohd. Nor Ihkasan dan Hazwani Sapar. (2007). Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang

Yufiza Mohd Yusof (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungannya DenganPencapaian Pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak. Jurnal Pendidikan

Zaidah binti Abd. Umar et. al (2008) Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Prestasi Matapelajaran Matematik Kejuruteraan Seminar Kebangsaan Matematik & Masyarakat 2008

Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Venton Publishing

Page 71: Prosiding Pismp Bm 2014

BUKU POP-UP 3D- MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGATI KONSEP KATA BERIMBUHAN MURID TAHUN 5

Abdul Rahim [email protected]

Rosli Abd. GhaniJabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan buku pop-up 3D dalam membantu murid Tahun Lima Gamma memahami konsep kata berimbuhan. Tinjauan awal mendapati, sesetengah murid tidak dapat membezakan setiap jenis kata berimbuhan dengan betul.Suatu teknik mengingat yang yang mudah, menarik dan berkesan dijalankan untuk meningkatkan prestasi murid dalam memahami konsep dan jenis-jenis kata berimbuhan.Saya juga turut membuat soal selidik mengenai minat murid terhadap kaedah yang digunakan ini.Kaedah mengumpul data terdiri daripada soal selidik, serta analisis dokumen.Peserta kajian terdiri daripada murid tahun Lima Gamma iaitu terdiri daripada 3orang murid lelaki(50%) dan3orang murid perempuan (50%) . Hasil analisis menunjukkan penggunaan Buku Pop-Up 3D berkesan meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran kata berimbuhan.

Kata kunci : kemahiran, menarik minat, kefahaman, Pop-up 3D

1.0 Pengenalan

Amalan penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif masih belum dilaksanakan secara maksimum memandangkan keperluan guru memberikan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyediakannya (Kamarudin Husin & Siti Hajar, 1998; Sufean Hussin et al, 2005). Saya sebagai bakal guru dalam subjek major Bahasa Melayu Pendidikan Rendah, telah menjalani pelbagai latihan keguruan seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah, Program Bina Insan Guru dan Praktikum. Saya mempelajari cara merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Saya turut didedahkan dengan pelbagai teori-teori dalam pedagogi. Saya telah menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Semasa mengajar di sekolah itu, saya mendapati segelintir murid Tahun 5Gamma mempunyai masalah mengenal konsep dan jenis-jenis kata berimbuhan. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk membantu mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar iaitukaedah buku Pop-Up 3D.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya telah mengalami masalah berkaitan minat serta kebolehan memahami daripada murid. Hal ini kerana murid dalam kalangan kelas tersebut kurang berminat serta kurang memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Untuk makluman, murid tahun 5 Gamma adalah murid yang berada di kelas hadapan. Kebiasaannya murid dari kalangan kelas hadapan adalah murid yang mempunyai IQ yang tinggi. Namun begitu, minat serta kemahiran mengingat mereka adalah sangat lemah.

Page 72: Prosiding Pismp Bm 2014

Berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti kad bergambar juga tidak dapat menarik perhatian mereka agar memberikan fokus yang lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apabila diberikan latihan, mereka tidak dapat menjawab dengan jawapan yang tepat. Jika mereka tidak dapat memahami konsep kata berimbuhan, mereka tidak akan dapat membina ayat dengan betul apatah lagi sebuah karangan. Penguasaan dalam pengenalan konsep ini adalah penting bagi memudahkan murid tersebut untuk ke langkah yang seterusnya.

2.0 Fokus Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah melakukan pemerhatian semasa saya mengajar. Antara masalah yang sering dihadapi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah masalah tumpuan mereka terhadp alat bantu mengajar yang ditunjukkan oleh guru. Mereka tidak dapat memberikan tumpuan yang penuh. Berikut adalah contoh masalah yang sering dihadapi semasa berada di dalam kelas :

1. Penggunaan alat bantu mengajar yang kurang menarik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran topik mengenal konsep kata berimbuhan.

2. Kekuatan ingatan murid terhadap konsep kata berimbuhan.

3. Murid tidak faham semasa pengenalan kepada tajuk kata berimbuhan.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang biasa dihadapi oleh murid, saya hanya berfokuskan kepada satu sahaja iaitu masalah dalam menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Disebabkan oleh hal demikian, saya telah memilih untuk membuat satu kelainan semasa menggunakan alat bantu mengajar. Saya yakin dengan adanya alat bantu mengajar yang sesuai, para guru boleh menarik minat murid lebih tinggi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Objektif kajian

3.1 Objektif Am

Menarik minat dan tumpuan murid terhadap proses pembelajaran dan pengajaran guru melalui penggunaan buku Pop-up 3D sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan murid yang hilang tumpuan dan susah untuk memahami sesuatu konsep tatabahasa.

3.2 Objektif Khusus

i. Meningkatkan minat murid tahun 5 dalam mengenal konsep kata berimbuhan dengan penggunaan Buku Pop-up 3D.

ii. Membantu murid tahun 5 meningkatkan kemahiran dalam memahami dan mengingati konsep kata berimbuhan dengan penggunaan Buku Pop-up 3D.

3.3 Persoalan Kajian

i. Adakah minat murid tahun 5 meningkat dalam kemahiran memahami dan mengingati konsep kata berimbuhan dengan penggunaan Buku Pop-up 3D?

Page 73: Prosiding Pismp Bm 2014

ii. Bagaimanakah cara membantu murid tahun 5 meningkatkan kemahiran dalam memahami dan mengingati konsep kata berimbuhan?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 6 orang murid yang berada di kelas 5 Gamma. Kelas ini merupakan kelas yang pertama di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima. Walaupun bilangan sebenar murid kelas tersebut ialah 29 orang, namun pemilihan dipilih berdasarkan mereka yang sukar memahami dan mengingati konsep dan jenis-jenis kata berimbuhan.  Ahli kumpulan kajian ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua murid yang dipilih ini kerap kali kelihatan tidak memberi tumpuan terhadap guru di hadapan. Bagi saya mereka ini memerlukan sesuatu yang menarik untuk memastikan tumpuan mereka akan sentiasa stabil dari awal hingga akhir.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Buku Pop-up 3D ini berfungsi untuk menunjukkan secara jelas perbezaan antara kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Langkah tindakan :

1. Langkah 1: Proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk kata berimbuhan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah dijalankan dalam kalangan murid kelas 5 Gamma dalam masa 15 minit iaitu dalam langkah ketiga proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan kaedah Pop-up 3D.

2. Langkah 2: Ujian Pengesanan telah dijalankan bagi mengenalpasti aras serta pemahaman dan penguasaan murid mengenai tajuk kata berimbuhan. Ujian ini mengandungi 10 soalan yang telah disediakan oleh saya. Tempoh masa yang telah diperuntukkan untuk menjalankan Ujian Pengesanan ini adalah 15 minit sahaja.

3. Langkah 3: Pengajaran dan pembelajaran pengenalan topik kata berimbuhan iaitu pengenalan konsep, jenis dan fungsi kata berimbuhan dengan menggunakan kaedah alat bantu mengajar Pop-up 3D pada langkah tiga sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu selama 15 minit.

4. Langkah 4: Ujian Pencapaian telah dijalankan. Soalan Ujian Pencapaian adalah sama tetapi soalan tersebut telah ditukarkan kedudukannya. 10 soalan yang diberikan tidak berubah yang berubah hanya kedudukan soalan. Tempoh masa bagi melaksanakan ujian ini adalah selama 15 minit juga.

5. Langkah 5: Saya edarkan borang soal selidik berkaitan minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran topik kata berimbuhan selepas saya menggunakan buku pop-up 3D.

6. Langkah 6: Penilaian mengenai markah bagi Ujian Pengesanan dan Ujian Pencapaian telah dianalisis serta direkodkan. Data yang telah diperoleh telah diinterpretasikan dan telah dinilai. Berdasarkan data yang telah diperoleh, rumusan serta kesimpulan bagi keseluruhan kajian ini telah dinyatakan.

6.0 Keputusan Analisis Data Dan Interpretasi

Ujian Pengesanan dan Ujian Pencapaian dijalankan oleh saya bagi menjawab persoalan pertama kajian. Markah pencapaian yang diperoleh oleh murid direkodkan serta dianalisis dan diinterpretasikan. Rajah 1

Page 74: Prosiding Pismp Bm 2014

menunjukkan perbandingan gred yang diperoleh murid di dalam ujian Pengesanan dan Ujian Pencapaian.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 100

1

2

3

4

5

6

7

Perbezaan Ujian Pengesanan dan Pencapaian

ujian pengesanan ujian pencapaian

Markah

Bila

ngan

Pel

ajar

Rajah 1 : Perbezaan Ujian pengesanan dan Ujian Pencapaian

Rajah 1 di atas menunjukkan perbandingan pencapaian tahap murid bagi ujian pengesanan dan ujian pencapaian. Melalui rajah di atas, seramai 6 orang murid yang dipilih tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan hanya mendapat peratus markah bawah 50 peratus dan tidak melepasi target yang ditetapkan dalam ujian pengesanan yang dijalankan. Hal ini kerana, murid tidak berminat serta tidak dapat mengingat jenis-jenis kata berimbuhan yang telah diajarkan sebelum ujian pengesanan dijalankan di dalam kelas. Analisis data dilakukan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar Pop-up 3D dalam meningkatkan minat serta kemahiran mengingat murid dalam topik kata berimbuhan tahun 5. Namun selepas menggunakan Buku Pop-Up 3D pencapaian murid meningkat dengan ketara iaitu kesemua murid mendapat markah penuh iaitu 10 markah.

Berminat 90%

Tidak Berminat 10%

Peratusan Minat Murid Terhadap topik kata berimbuhan

Rajah 2: Peratusan Minat Murid Terhadap topik kata berimbuhan

Page 75: Prosiding Pismp Bm 2014

Bagi menjawab objektif kedua dalam kajian ini, satu soal selidik telah dijalankan terhadap murid. Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan, maklumbalas murid telah dianalisiskan. Item yang disoal adalah berbentuk positif. Purata bagi peratusan “ ya” ialah 90% manakala purata bagi peratusan “tidak” ialah 10% sahaja. Hal ini membuktikan bahawa penerimaan dan persepsi murid terhadap topik kata berimbuhan meningkat dengan menggunakan Buku Pop-Up 3D.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil dapatan kajian serta analisis yang telah dibuat, didapati alat bantu mengajar Pop-up 3D ini telah berjaya dalam membantu mengatasi masalah murid dalam menguasai kemahiran mengingat dan memahamiserta dapat menarik minat mereka untuk belajar di dalam kelas. Namun, pada hemat saya, pencapaian yang ditunjukkan oleh murid ini boleh dibanggakan kerana hasil yang diperoleh mengambil masa lebih kurang sebulan sahaja.Hasil kajian juga turut menunjukkan terdapat peningkatan skor di antara ujian pengesanan dan pencapaian menggunakan alat bantu mengajar Pop-up 3D dalam kalangan murid setelah intervensi dilaksanakan. Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa intervensi selama tiga minggu ini telah membuktikan murid telah berjaya menguasai kemahiran mengingat yang mantap bagi mengingat konsep dan jenis-jenis kata berimbuhan dalam subjek Bahasa Melayu tahun lima.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood, (1983) . Kata Berimbuhan Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah karim, et. All. (2009). Tatabahasa Dewan, Edisi 3. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa ddan Pustaka.Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia, Dalam

Seminar Perguruan Disember 1981. Universiti Malaysia Hlm 26-30.

Page 76: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH POPSTAR DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT

Oleh :

Ahmad Afnan Tajuddin Suhaimi Ibrahim

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah kerana masalah kelemahan murid dalam menguasai penggunaan tanda bacaan. Kemahiran terhadap penggunaan tanda bacaan adalah penting bagi murid. Kegagalan menguasainya akan menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan penggunaannya dan ini menyebabkan kesalahan dari segi struktur dan maksud ayat yang telah dibina oleh mereka. Oleh itu, satu kajian akan dijalankan untuk mengatasi masalah kesalahan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun 4 Cerdas. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid tahun 4 Cerdasdi sebuah sekolah yang terletak di hulu negeri Kelantan. Tahun 4 Cerdas yang dipilih merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas bagi tahun 4 di sekolah ini. Tinjauan awal mendapati sememangnya terdapat kelemahan dalam penguasaan tanda baca dalam kalangan murid. Situasi ini dapat dilihat daripada hasil kerja murid di dalam buku latihan mereka. Satu ujian diagnostik telah dijalankan terhadap murid-murid Tahun 4 Cerdas dan didapati 10 daripada 31 orang murid kelas tersebut lemah dalam penguasaan penggunaan tanda baca. Data juga telah dikumpul melalui ujian bertulis yang dijalankan terhadap 10 orang murid tersebut. Antara strategi yang akan dijalankan ke atas murid bagi mengatasi masalah penggunaan tanda bacaan ialah penerangan konsep tanda baca, pemberian nota ringkas, latih tubi dan ujian penilaian. Strategi-strategi yang telah dirancang ini saya akan melaksanakannya dengan menggunakan kaedah perisian microsof power point serta didik hibur. Kaedah perisian microsoft power point dilaksanakan semasa PdP di dalam kelas menggunakan pembelajaran secara tapak pembelajaran. Strategi-strategi seperti penerangan konsep, nota ringkas, latih tubi dan ujian penilaian ini dimuatkan ke dalam perisian power point secara hyperlink.Manakala, kaedah didik hibur pula dijalankan pada akhir sesi pembelajaran sebagai latihan pengukuhan. Kaedah didik hibur ini dilaksanakan menggunakan konsep nyanyian, saya akan mencipta lirik lagu berdasarkan penggunaan tanda baca dan murid bebas menyanyikan lagu tersebut berdasarkan irama dan melodi lagu yang dipilih. Dapatan daripadasoal selidikdanperbincanganbersama murid juga telah mengesahkan murid-murid bersetuju bahawa strategi dan kaedahyang diperkenalkan akan membantu mengatasi masalah penggunaan tanda bacaan dan memberi manfaat kepada mereka.

Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, tanda baca, kaedah popstar

Page 77: Prosiding Pismp Bm 2014

1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan bukan sahaja melibatkan perubahan kurikulum bahkan juga dari segi pendekatannya.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Menurut Asmah Haji Omar (1970), bahawa penggunaan bahasa secara formal sama ada bahasa lisan mahupun bahasa tulisan adalah pengunaan bahasa standard. Dalam hal ini maka kesalahan bahasa boleh berlaku dalam kalangan pelajaran bahasa pertama kerana kelemahan mereka mengunakan ciri-ciri bahasa standard di samping kelemahan-kelemahan yang lain.

Bagi mengatasi masalah ini guru haruslah memikul tanggungjawab untuk mencari cara atau ‘’kaedah’’ yang sesuai pengajarannya memuaskan dan tercapai objektif pengajaran. Kebanyakan murid boleh menulis tetapi sejauhmanakah murid-murid dapat menulis dengan baik dan berkesan masih menjadi persoalan. Keberkesanan bahan penulisan akan melibatkan beberapa aspek kemahiran bahasa yang dicanai dalam bentuk idea yang hendak dikemukan. Ini bermakna, penguasaan bahasa yang baik menjamin idea yang hendak disampaikan dapat disalurkan dengan lancar dan berkesan.

Idea yang bernas dan jitu kadang-kadang menjadi hambar dan kabur, kesan daripada penggunaan bahasa yang kurang sesuai dan kesalahan-kesalahan bahasa yang tidak terkawal.Kesalahan-kesalahan yang kecil meskipun tidak menjejaskan idea keseluruhan sesuatu bahan penulisan namun kesalahan-kesalahan tersebut tetap menjejaskan aspek bahasa yang menjadi jambatan penglahiran idea.Oleh itu, para guru perlu berusaha menyediakan pelbagai strategi dan kajian secara menyeluruh bagi menangani masalah tatabahasa ini untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis.

Berdasarkan pemerhatian di sekolah, saya mendapati kesalahan tatabahasa yang sering dihadapi oleh murid ketika menulis ialah masalah penggunaan tanda baca dengan betul dalam penulisan Bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa kaedah telah dipraktikkan terhadap murid-murid, namun mereka masih tidak dapat menggunakan tanda baca yang betul. Oleh itu, pada kajian kali ini, saya ingin merancang kaedah-kaedah yang lebih berkesan bagi penggunaan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu.

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengajaran yang telah dijelaskan sebelum ini, menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 4 Cerdas menghadapi masalah penggunaan tanda baca. Oleh itu, saya perlu melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah penggunaan tanda bacaan agar masalah ini dapat diatasi segera. Perkara ini dapat dilihat melalui hasil kerja murid di dalam buku latihan Bahasa Melayu. Murid sering melakukan kesalahan tanda baca seperti tanda pembuka dan penutup kata, tanda koma, tanda seruan, tanda soal dan beberapa tanda baca yang lain. Murid-murid juga didapati tidak mempelbagaikan penggunaan tanda baca semasa mereka membuat karangan. Mereka hanya menggunakan satu atau dua tanda baca sahaja seperti tanda noktah atau tanda koma. Oleh itu, saya telah menjalankan kajian bagi membantu murid-murid mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ini kerana dalam penilaian sesuatu karangan mengikut format Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), setiap tiga kesalahan penggunaan tanda baca

Page 78: Prosiding Pismp Bm 2014

akan di tolak satu markah. Dengan itu, murid-murid tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan tersebut jika perkara ini tidak dapat diatasi dengan segera.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tanda baca dalam kalangan murid tahun empat di sebuah sekolah yang terletak di hulu negeri Kelantan.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Dalam kajian ini saya telah menetapkan dua objektif. Objektif yang telah ditetapkan menjadi matlamat utama yang perlu dicapai dalam kajian saya iaitu:

3.2.1 Meningkatkan penguasaan tanda baca dengan betul dalam ayat murid tahun empat menggunakan kaedah POPSTAR.

3.2.2 Membantu murid tahun empat menguasai kemahiran tanda baca dengan betul dalam ayat menggunakan kaedah POPSTAR.

3.3SOALAN KAJIAN

3.3.1 Apakah murid dapat meningkatkan penguasaan tanda baca dengan betul dalam ayat menggunakan kaedah POPSTAR?

3.3.2 Bagaimanakah kaedah POPSTAR dapat membantu murid tahun empat menguasai kemahiran menggunakan tanda baca dengan betul dalam ayat?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dengan kajian ini seramai 10 orang murid Tahun 4 Cerdas. 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Tahun 4 Cerdas merupakan kelas yang kedua di sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Prestasi murid 4 Cerdas berada di tahap sederhana berdasarkan rekod keputusan Ujian Bulanan Berkala (UBB). Murid-murid Tahun 4 Cerdas lemah dalam penulisan dan salah satu aspek kelemahan murid ialah termasuk juga daripada aspek penggunaan tanda baca.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah 1 : Pemerhatian

Bagi melaksanakan kaedah kajian ini, saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid-murid mempunyai masalah menggunakan tanda baca yang betul sewaktu aktiviti penulisan. Hal ini telah menimbulkan masalah dalam penulisan murid terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Hasilnya, penulisan murid-murid menjadi kabur dan tidak mantap.

Page 79: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 2 : Menyemak Buku

Setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan menyerahkan buku latihan kepada saya untuk disemak. Selepas disemak, saya mendapati ada murid yang belum dapat menggunakan tanda bacaan dengan tepat dalam penulisan.

Langkah 3 : Ujian Diagnostik

Saya menjalankan ujian diagnostik iaitu ujian pengesanan awal ke atas 31 orang murid kelas 4 Cerdas untuk mengenal pasti dan memilih peserta bagi kajian yang akan dijalankan. Ujian diagnostik yang akan diberi bertujuan untuk mengesan jumlah kesalahan penggunaan tanda baca dalam petikan teks. Hasil daripada ujian pengesanan, saya telah memilih 10 orang peserta kajian yang mendapat markah paling minimum. Kesemua 10 orang peserta yang terlibat terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Langkah 4 : Intervensi Kajian

Saya akan melaksanakan kaedah POPSTAR dalam meningkatkan penguasaan tanda baca dalam kalangan murid.

Kaedah pertama ialah perisian power point, Dalam kajian ini, saya menggunakan perisian multimedia bagi membantu murid-murid supaya lebih memahami penguasaan tanda baca. Perisian multimedia ini dibina dengan menggunakan program microsoft power point dan terdapat unsur-unsur hyperlink dan perisian word. Di dalam program ini, perisian dibentuk dengan menggunakan pelbagai media seperti teks, grafik, audio dan unsur hyperlink. Tujuannya adalah mengelakkan kebosanan murid semasa menggunakan perisian dalam pemahaman konsep tanda baca. Reka bentuk antara muka surat adalah mudah dan menarik. Perisian ini dibina adalah mudah dan dikendalikan oleh murid. Dalam perisian yang dibina murid dapat mengendalikan dengan mudah walaupun pengetahuan mereka tentang pengendalian Microsoft power point adalah terhad. Dengan itu saya menyediakan butang-butang nagivasi untuk memudahkan pelompatan dari satu antara muka sama ada depan atau ke belakang. Saya berharap dengan menggunakan perisian ini murid dapat dan mudah memahami konsep tanda baca yang sebenarnya. Latihan tanda baca yang disediakan untuk membantu murid dalam menguasai konsep tanda baca yang dapat memberi rangsangan untuk meneruskan pembelajaran.Pelaksanaan tindakan ini mempunyai empat strategi iaitu menerang konsep tanda baca, pemberian nota ringkas, membuat latih tubi, melaksanakan ujian. Semua strategi lebih mudah, ringkas dan telah terbukti berkesan.

Kaedah kedua ialah didik hibur. Murid-murid tahun empat telah dibekalkan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) yang menekankan juga berkaitan aspek didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran murid. Elemen didik hibur ini sangat berkesan kerana melalui kaedah ini murid dapat mempelajari sesuatu yang baru melalui kaedah pembelajaran secara didik hibur, seronok dan melibatkan penglibatan seluruh ahli kelas selain dapat mencungkil bakat murid yang terpendam. Melalui kaedah tersebut, pada akhir sesi pembelajaran,saya akan mencipta lirik lagu berdasarkan aspek dan penggunaan tanda baca untuk diaplikasikan dalam kalangan murid. Lirik lagu yang dicipta akan disesuaikan dengan melodi dan irama lagu terkini yang digemari oleh murid-murid. Kaedah ini seterusnya dapat membantu guru untuk memberikan pengajaran dan maklumat yang bermakna dan berguna kepada murid sepanjang

Page 80: Prosiding Pismp Bm 2014

sesi pembelajaran. Murid juga akan lebih memahami konsep serta penggunaan tanda baca dalam kehidupan mereka kerana mereka dapat mengaplikasikan kaedah didik hibur secara lirik lagu dan nyanyian dengan berkesan.

Langkah 5 : Ujian Selepas

Saya akan menjalankan sesi pascaujian ialah ujian yang akan dijalankan untuk menilai keberkesanan strategi yang dijalankan oleh saya. Ujian ini dijalankan selepas segala strategi penyelesaian dilaksanakan saya. Pascaujian dijadikan kayu ukur terhadap murid bagi menguji tahap pencapaian mereka.

Langkah 6 : Soal Selidik

Saya membuat penilaian tentang perubahan pada sikap dan minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran yang telah laksanakan oleh saya sepanjang tempoh kajian tersebut. Saya juga akan mengadakan beberapa sesi perbincangan dan soal selidik bersama murid untuk mengetahui masalah yang dihadapi dalam Bahasa Melayu. Melalui hasil perbincangan dan soal selidik yang dijalankan yang tersebut, saya boleh mengetahui masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran ialah dalam penguasaan penggunaan tanda baca. Keberkesanan kaedah kajian yang dilaksanakan terhadap kumpulan sasaran ini juga dapat dinilai melalui borang soal selidik menggunakan skala Likert yang diberikan kepada murid pada akhir kajian.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Penganalisan data melalui kaedah pengumpulan data yang digunakan

a. Pemerhatian

Saya telah memerhatikan tingkah laku murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Tingkah laku merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.Oleh itu, saya memilih untuk menjalankan kajian berkaitan dengan tanda baca dan mempunyai kaitan dengan tingkah laku ini kerana saya mendapati murid-murid telah mempamerkan sikap tidak berminat belajar dalam kelas.Saya telahmendapati murid-murid mempunyai masalah menggunakan tanda baca yang betul sewaktu aktiviti penulisan. Hal ini telah menimbulkan masalah dalam membuat ayat atau penulisan murid menjadi kabur dan tidak mantap.

b. Ujian Sebelum ( Ujian Diagnostik )

Ujian Diagnostik atau ujian pengesanan awal akan diberikan kepada 31 orang murid kelas 4 Cerdas untuk mengenal pasti murid bagi kajian yang dijalankan. Murid-murid kelas ini terdiri daripada 22 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Ujian diagnostik bertujuan untuk mengesan jumlah kesalahan penggunaan tanda baca dalam petikan teks. Ujian diagnostik ini berbentuk soalan yang memerlukan murid meletakkan tanda baca yang sesuai dalam ruangan yang telah disediakan.Ujian diagnostik pertama mempunyai 50 ruangan kosong untuk diisikan dengan tanda baca sesuai. Kesalahan murid dalam meletakkan tanda baca pada ruangan yang

Page 81: Prosiding Pismp Bm 2014

disediakan akandiambil kira sebagai kesalahan penggunaan tanda baca serta penilaian dibuat setiap kesalahan yang dilakukan. Ujian yang telah dijalankan membawa markah 100%.

Graf 1 :PeratusUjianSebelum

c. Ujian Selepas ( Pascaujian )

Pascaujian ialah ujian yang akandijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah yang digunakan dan dilaksanakan oleh saya. Ujian ini dijalankan selepas kaedah penyelesaian dilaksanakan oleh saya.Pascaujian dijadikan kayu ukur terhadap murid bagi menguji tahap pencapaian mereka.Dalam pasca ujian yang dijalankan oleh saya mengandungi 50 soalan yang terdiri daripada ayat yang mempunyai kaitan berdasarkan 5 tanda baca iaitu tanda noktah, pembuka dan penutup kata, tanda koma, tanda seru dan tanda soal. Ujian ini mengandungi 10 soalan berkaitan tanda noktah, 10 soalan berkaitan pembuka dan penutup kata, 10 soalan berkaitan tanda koma, 10 soalan berkaitan tanda seru dan 10 soalan berkaitan tanda soal. Saya telah menggunakan skala untuk mengukur kebolehan murid terhadap setiap tanda baca.

Adrian

a

Azizan

Nurul

lah

Hazim

Fakhr

ul

Khairu

ddin

Shan

ti

Najwa

Azlian

aTan

0

10

20

30

40

50

60

70

5852

46 4450

5460 58

54 56

Ujian Sebelum

Peratus

Adriana

Azizan

Nurulla

h

Hazim

Fakh

rul

Khairuddin

Shan

ti

Najwa

Azlian

aTa

n75

80

85

90

95

100

92

8684

90

84

92 92

9896

84

Ujian Selepas

Peratus

Page 82: Prosiding Pismp Bm 2014

Graf 2 :PeratusUjianSelepas

BANDING BEZA UJIAN SEBELUM DAN SELEPAS

Graf 3 :Perbezaan Ujian Sebelum dan Selepas

Ujian yang dijalankan telah menunjukkan perubahan positif pencapaian setiap responden setelah strategi dan kaedah dijalankan ke atas mereka.Peningkatan pencapaian markah responden yang sangat membanggakan. Pelaksanaan kaedah yang telah dijalankan amat berkesan dan membantu responden dalam meningkatkan penguasaan penggunaan tanda bacaan dengan betul. Selain itu, kajian ini berjaya meningkatkan penguasaan tanda baca semua responden kerana saya menggunakan dua kaedah dan penggunaan model Laid Law telah membantu saya dalam kajian ini. Berdasarkan peringkat-peringkat yang terdapat Model Laid Law, saya mengikut peringkat tersebut dan semua responden menunjukkan peningkatan dalam penggunaan tanda baca. Oleh itu, kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan tanda baca murid-murid serta dapat melihat masalah yang dihadapi oleh mereka.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan, saya dapati bahawa semua responden yang mengalami masalah tidak dapat menguasai tanda baca ini pada permulaan kajian dapat memahami tanda baca jika guru memberikan arahan yang terang dan jelas.Setelah menjalani kajian, saya mendapati kajian ini dapat meningkatkan pencapaian responden dalam penguasaan tanda baca. Saya mendapati dua objektif kajian telah tercapai, semua responden yang terlibat telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian yang disasarkan. Keseluruhan responden telah menunjukkan peningkatan cemerlang pada keputusan akhir kajian.

8.0 CADANGAN SETERUSNYA

Cadangan penyelidik seterusnya, boleh dijalankan dalam pendidikan tanda baca dengan menggunakan media elektronik terutama komputer dan rangkaian internet yang semakin meluas sekarang ini.Peranan komputer diharap dapat membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan yang melibatkan tanda baca.Pelbagai bahan boleh didapati di pasaran dengan grafik

Adria

na

Aziza

n

Nurul

lah

Hazim

Fakh

rul

Khairu

ddin

Shan

ti

Najwa

Azlia

naTan

0

20

40

60

80

100

120

5852

46 4450 54

60 5854 56

9286 84

9084

92 9298 96

84

Ujian SebelumUjian SelepasP

era

tus

Page 83: Prosiding Pismp Bm 2014

yang menarik .Bahan-bahan boleh diambil di internet dan disesuaikan untuk pengajaran guru yang terlibat. Pengajaran juga boleh menggunakan alat muzik. Rangsangan muzik mampu menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan permainan bahasa yang telah banyak diperkenalkan dalam pengajaran akan dapat membantu penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang diajar oleh guru Bahasa Melayu. Penyelidikan dalam mengesan peranan alat bantu mengajar melalui permainan bahasa akan dapat menyumbangkan kepada perkembangan pendidikan di negara ini. Kajian serta kaedah ini juga boleh dilaksananakan untuk mata pelajaran serta topik yang lain.

RUJUKAN

Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Kuala Lumpur :Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3, Kuala Lumpur; Longman.

Abdul aziz Abdul Talib (1993).Menguji Kemahiran Bahasa, Teknik, Prinsip dan contoh.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Abd.Talib (2007 ). Pedagogi bahasa Melayu:Prinsip,kaedah dan teknik. (Edisi 4 ).Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu pembelajaran dan pengataran Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 84: Prosiding Pismp Bm 2014

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA SUPER ABDIBA

Ahmad Nuruddin Bin Abu [email protected]

Dr. Hj Rosli Bin Ab. Rahman

Pengajian Melayu

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid tahun 5 menggunakan teknik “Super ABDIBA”. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid hilang fokus dan hilang minat untuk belajar terutama apabila melibatkan aktiviti membina karangan. Selain itu, karangan yang telah dibina oleh murid juga sangat pendek dan tidak gramatis. Oleh itu, penggunaan teknik “Super ABDIBA” digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Tumpat. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah melalui instrumen pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, murid telah menunjukkan perubahan yang positif dimana mereka lebih berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran guru semasa di dalam kelas terutama untuk aktiviti penulisan karangan. Karangan yang dibina oleh murid juga semakin baik dan mereka sudah mampu untuk mencari serta mengembangkan isi-isi utama untuk sesebuah karangan. Berdasarkan analisis dokumen yang telah dilaksanakan, berlaku peningkatan markah ujian bagi subjek Bahasa Melayu kertas 2kepada kelima-lima murid ini. Selain itu, melalui instrumen temu bual, murid bersetuju bahawa penggunaan teknik ‘Super ABDIBA’ dapat menarik minat murid dan dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti membina karangan menggunakan teknik ‘Super ABDIBA’ supaya dapat memberikan lebih kefahaman serta membantu meningkatkan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci: kefahaman, minat, teknik mengajar, Super ABDIBA

1.0 Pengenalan

Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), guru harus melakukan penerapan nilai murni dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme, kemahiran berfikir kreatif dan kritis untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.

Maka menjadi satu tanggungjawab untuk seorang guru itu melahirkan murid yang mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif.Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu

Page 85: Prosiding Pismp Bm 2014

mahir menulis kerana hampirsemua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuktulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.Oleh itu, murid perlu dilatih untuk berfikir cara membuat sesuatu dengan teliti dan berfokus untuk mendapatkan maklumat.

2.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan murid tahun lima Zamrud. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Sebagai guru, kita haruslah menjadi sebahagian daripada golongan yang mencetuskan keadaan untuk melihat kegagalan pelajar dalam menguasai penulisan dari pelbagai sudut secara lebih objektif.Berdasarkan kajian mendalam, punca yang dapat dikesan adalah salah satu daripadanya ialah penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai.Ini adalah kesan daripada penggunaan teknik yang konvensional (Vygotsky, 2006). Menurut (Barton, 2006), kesan daripada situasi ini menimbulkan gejala-gejala berikut:

i. Pelajar tidak berminat untuk mengikuti kemahiran menulis karangan.

ii. Pelajar sukar mendapat markah yang tinggi.

iii. Pelajar mempelajari bahasa hanya semata-mata untuk lulus peperiksaan sahaja dan bukan cenderung ke arah menguasai penulisan.

Berdasarkan kajian mendalam, punca masalah ini berlaku kerana penggunaan teknik yang tidak sesuai.Sebilangan murid sukar mengenal pasti keterangan bagi sesuatu perkara.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun lima dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kemahiran menulis isi-isi utama dalam karangan murid menggunakan kaedah “super ABDIBA”.

2. Kaedah “Super ABDIBA” membantu murid meningkatkan kemahiran menulis karangan dengan baik.

Page 86: Prosiding Pismp Bm 2014

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah kemahiran menulis isi-isi utama dalam karangan murid dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah “Super ABDIBA” ?

2. Bagaimanakah kaedah “Super ABDIBA” membantu murid meningtkatkan kemahiran menulis karangan dengan baik?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai lima orang murid Tahun Lima Zamrud dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Murid-murid ini terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Saya memilih lima orang murid ini kerana mereka adalah antara murid yang bermasalah kritikal dalam penulisan karangan berdasarkan markah ujian peperiksaan yang lepas serta berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka merupakan murid-murid yang sangat aktif dan tidak mempunyai masalah tingkah laku serta kelima-lima murid ini datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana.

5.0 Tindakan Dijalankan

5.1 Perancangan Tindakan

Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan Model Stephen Kemmis untuk mengatasi masalah yang dihadapi.Stephen Kemmis telah membina satu model ringkas menunjukkan kitaran semulajadi bagi kajian tindakan khas.Setiap kitaran mempunyai empat langkah iaitu merancang, membuat, memerhati dan refleksi. Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan saya menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditanggani. Kemudian, saya telah menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya saya telah melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaanya saya perlu membuat pemerhatian terhadap kemajuan tidakan yang dijalankan.

(i) Merancang

Saya telah merancang kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dengan menggunakan kaedah yang telah saya bina bagi meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu tajuk karangan. Sehari sebelum memulakan pengajaran, saya telah memberitahu murid tentang jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membaca format dan beberapa contoh karangan yang berkaitan serta membuat rujukan tentang tajuk tersebut. Dengan cara ini, murid-murid sudah ada pengetahuan tentang karangan yang akan diperbincangkan nanti.

(ii) Bertindak

Saya telah menggunakan satu teknik yang khas yang telah saya cipta sebagai satu kaedah baru yang perlu saya cuba. Kaedah ini dinamakan peta minda“super ABDIBA” iaitu teknik membina karangan menggunakan kaedah peta minda dengan gabungan kata tanya. Kata tanya ini terdiri daripada kata Tanya apa?, bila?, di mana?, dan bagaimana?

Page 87: Prosiding Pismp Bm 2014

(iii) Memerhati

Pada gelungan yang pertama, saya telah memerhati proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalan. Pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati beberapa orang murid menghadapi masalah untuk mengembangkan isi-isi utama kepada sebuah karangan.Maka, saya telah memilih isu ini sebagai masalah utama dan perlu mencari kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk mengatasinya dalam membaiki kualiti pengajaran saya pada masa hadapan.

(iv) Merefleksi

Setelah mendapat isu yang ingin diketengahkan, saya telah merefleksi mengenai isu yang menimbulkan masalah. Saya akan mencari punca-punca masalah dan cara untuk mengatasinya.

Perincian bagi Gelungan Kedua adalah seperti berikut : ( jika diperlukan )

(i) Mengubah rancangan

Sekiranya kaedah pertama yang saya gunakan pada gelungan pertama iaitu kaedah Peta Minda “superABDIBA” kurang berkesan, maka saya akan mengubah suai kaedah tersebut. Kaedah yang digunakan masih sama namun saya akan melakukan penambahbaikan terhadap kaedah tersebut.

(ii) Bertindak

Saya telah melaksanakan kaedah Peta Minda “superABDIBA” versi kedua yang telah dilakukan penambahbaikan.

(iii) Memerhati

Membuat pemerhatian terhadap kaedah yang telah dilakukan penambahbaikan.

(iv) Merefleksi

Saya telah membuat refleksi terhadap kaedah Peta Minda “superABDIBA” yang telah dilakukan penambahbaikan.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Temu bual

Saya juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka.Temubual saya bersama beberapa orang pelajar ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Saya dapati penggunaan kaedah peta minda “Super ABDIBA”dapat memudahkan mereka mencari isi-isi utama. Murid yang ditemubual juga menyatakan persetujuan mereka bahawa kaedah ini banyak membantu mereka dalam penulisan dimana isi-isi utama senang dicari dan idea mudah untuk disusun.

Page 88: Prosiding Pismp Bm 2014

6.2 Pemerhatian

Saya telah melaksanakan pemerhatian sewaktu program internship selama empat minggu.Pemerhatian yang dibuat ini dengan bantuan gambar visual.Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid yang bermasalah ini telah menunjukkan perubahan sikap yang positif dimana mereka lebih berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran guru semasa di dalam kelas terutama untuk aktiviti penulisan karangan.Karangan yang dibina oleh murid juga semakin baik dan mereka sudah mampu untuk mencari serta mengembangkan isi-isi utama untuk sesebuah karangan.

6.3 Analisis dokumen

Saya telah mengumpul markah-markah daripada 2siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis Markah Ujian seperti jadual 2.

Jadual 1 : Analisa Markah Ujian Penulisan Bahasa Melayu kertas 2

Bil Sampel Murid Markah Ujian April

Gred

1. Murid 1 47/100 C

2. Murid 2 40/100 C

3. Murid 3 55/100 C

4. Murid 4 57/100 C

5. Murid 5 57/100 C

Jadual 2 : Analisa Markah Ujian Penulisan Bahasa Melayu kertas 2

Bil Sampel Murid Markah Ujian Jun

Gred

1. Murid 1 65/100 B

2. Murid 2 60/100 B

3. Murid 3 62/100 B

4. Murid 4 60/100 B

5. Murid 5 72/100 B

Page 89: Prosiding Pismp Bm 2014

6.

Rajah 1 : Banding Beza Ujian Penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 Sebelum dan Selepas Intervensi

Berdasarkan analisis markah ujian untuk jadual 1 dan 2 di atas, didapati markah ujian murid satu dan dua telah meningkat dengan mendadak daripada 40, 47 iaitu pada gred C pada bulan April kepada 65, 60 kepada gred B untuk ujian bulan Jun. Manakala markah ujian untuk murid tiga dan empat juga berlaku peningkatan walaupun peningkatan mereka hanyalah mendatar iaitu 55, 57 iaitu gred C untuk ujian bulan April kepada 60, 62 iaitu gred B untuk ujian bulan Jun. Markah ujian murid lima pula telah meningkat dengan begitu tinggi sekali iaitu 57 (C) untuk ujian bulan April kepada 72 (B) pada bulan Jun.Secara keseluruhannya, pencapaian beberapa orang murid ini menunjukkan peningkatan yang amat memuaskan hati saya. Walaupun murid-murid ini belum mencapai tahap cemerlang, namun mereka telah menunjukkan pencapaian yang positif.

7.0 Refleksi dan Rumusan Kajian

Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan akhir kajian pelajar telah menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran menulis karangan.Keadaan ini memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri dalam menjawab soalan karangan sehingga mampu berdikari membuat latihan sendiri dan menulis karangan dengan baik. Guru juga telah mengemukakan soalan kepada pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah menulis karangan.

Selain daripada itu, berdasarkan analisis markah ujian murid bagi bulan April dan Jun, ujian telah menunjukkan peningkatangred markah untuk kelima-lima orang murid ini daripada gred C

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50

10

20

30

40

50

60

70

80

Banding Beza Markah Ujian Penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 Sebelum dan Selepas Intervensi

Mar

kah

Ujia

n Pe

nulis

an

Baha

sa M

elay

u Ke

rtas

2

Page 90: Prosiding Pismp Bm 2014

pada ujian bulan April meninggkat kepada gred B untuk ujian pada bulan Jun. Secara keseluruhannya, pencapaian beberapa orang murid ini ada menunjukkan peningkatan.Walaupun murid-murid ini belum mencapai tahap cemerlang namun mereka telah menunjukkan pencapaian yang positif.Oleh yang demikian, ternyata penggunaan teknik ‘Super ABDIBA’ telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun lima dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.Dapatan ini disokong oleh Zalekha Haji Elie (2005) dan Freddy Xaviers Jamil (2010). Hasil kajian mereka menunjukkan penggunaan kaedah peta minda dan kata tanyamenunjukkan hasil yang positif dalam memperbaiki tahap penulisan murid-murid mereka.

8.0 Rujukan

Abd Fatah Hasan.(2003). Penggunaan minda secara optimum dalam pembelajaran.Pahang: PTSPublications & Distributors.

Freddy Xavier Jamil.(2010). Kesan penggunaan peta minda berunsurkan “Kata Tanya” dalam meningkatkan kemahiran Mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa Melayu Tahun Lima. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 21010 IPG KBL ( BM pendidikan Rendah ), 140-156.Khairuddin Ayip. (2003). 88 Karangan UPSR Tahun 4, 5, 6. Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan.http://karanganbagus.blogspot.comPusat Perkembangan Kurikulum. (2003 ). Huraian Sukatan pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5.Kualan Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zalekha Haji Elle.(2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Minda dan Kata Soal.Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan MPBL tahun 2005, 160-166

Page 91: Prosiding Pismp Bm 2014

Penggunaan Permainan ‘Kenali Saya’ dalam PeningkatanPenguasaan Imbuhan ‘MeN…Kan’ Murid Tahun Lima.

Ahmad Syakir Bin MakhtarudinDr. Hj. Rosli Bin Ab Rahman

JabatanPengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik kata imbuhan meN..kan menggunakan permainan ‘Kenali Saya’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dalam menguasai penggunaan imbuhan meN...kan dalam penulisan ayat dan karangan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu ‘Kenali Saya’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Tumpat. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian tidak lagi melakukan kesalahan yang sama berkaitan kesalahan imbuhan meN...kan. Selain itu, pemerhatian terhadap peserta kajian menunjukkan perubahan positif dalam kelas seperti, melibatkan diri secara aktif semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran selain, cuba untuk membantu rakan yang lemah berkaitan dengan topik.Peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan ‘Kenali Saya’ dapat menarik minat peserta kajian dalam subtopik ini. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan ‘Kenali Saya’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik kata imbuhan meN...kan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘Kenali Saya’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci: kefahaman, minat, bahan bantu mengajar, Kenali Saya

4.0 Pengenalan

Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), yang menyatakan bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar subtopik kata imbuhan yang melibatkan imbuhan meN...kantahun lima. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak faham apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk lisan dan bertulis yang telah pengkaji berikan di akhir pembelajaran. Keduanya, murid tidak tahu kegunaan perkataan berimbuhan meN...kan. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan P&P.

Page 92: Prosiding Pismp Bm 2014

5.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik perkataan berimbuhan yang melibatkan imbuhan meN…kan. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dengan kata lain tidak mencapai tahap target guru dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

i. Kesilapan murid meletakkan imbuhan meN…kan pada sesuatu perkataan dasar.

ii. Kesilapan murid meletakkan objek selepas perkataan berimbuhan meN…kan.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk menukarkan kata dasar menjadi kata berimbuhan, dan kadangkala tersilap dalam meletakkan objek selepas perkataan berimbuhan tersebut.Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman kerana kaedah yang saya gunakan sebelum ini kurang berkesan.

6.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 5 dalam penggunaan imbuhan meN…kan dalam penulisan mereka menggunakan permainan ‘Kenali Saya’ di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

3.2.1 Mengenal pasti masalah murid dalam menguasai kemahiran penggunaan imbuhan meN…kan dalam penulisan ayat dan karangan.

3.2.2 Menjelaskan cara permainan “Kenali Saya” meningkatkan kemahiran penggunaan imbuhan meN..kan dalam penulisan ayat dan karangan.

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

3.3.1 Apakah masalah murid dalam menguasai kemahiran penggunaan imbuhan meN…kan dalam penulisan ayat dan karangan?

3.3.2 Bagaimanakah permainan ‘Kenali Saya’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 5 tentang penggunaanimbuhan meN…kan dalam penulisan karangan?

Page 93: Prosiding Pismp Bm 2014

4.0 Kumpulan Sasaran

Kelas 5 Intan Sek Keb Seri Wakaf Bharu seramai 40 orang telah saya ajar sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut.Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai empat orang murid Tahun LimaDelima dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.Empat orang murid ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan.Saya memilih murid Tahun lima Delima kerana saya telah mengajar subtopik Kata BerimbuhanTahun lima semasa praktikum fasa pertama. Pemilihan ini dibuat kerana murid-murid ini mengalami masalah berkaitan dengan imbuhan meN…kan terutama dalam penulisan karangan mereka.

5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Mereflek (Reflect)Pada awalnya, pengkaji mereflek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid tahun 5 iaitu kelemahan yang paling ketara adalah penggunaan imbuhan ‘meN…kan’. Murid dilihat sukar meletakkan imbuhan ini pada tempat yang betul bagi menghasilkan makna yang betul dan seterusnya menghasilkan ayat yang gramatis.Ada murid yang tertinggal ejaan ‘…kan’ dihujung kata dasar dan ada pula yang salah penggunaan imbuhan tersebut pada kata dasar.

Langkah 2: Merancang (Plan)Pengkaji telah memperkenalkan permainan ‘Kenali Saya’ untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan ‘meN…kan’ dalam kalangan murid tahun lima. Dengan menggunakan permainan ini, murid akan lebih berminat dan mudah memahami pembelajaran berbanding cara peneguran biasa dan seterusnya dapat membina ayat karangan yang gramatis tanpa kesalahan. Kajian ini melibatkan jangka masa selama tiga bulan iaitu sepanjang pengkaji menjalani praktikum fasa tiga.Murid- murid yang terlibat terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari tahun 5 Delima.Berdasarkan objektif kajian, pengkaji ingin peningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan ‘meN…kan’, menggunakan permainan ‘Kenali Saya’.Pengkaji telah merancang tiga aktiviti untuk mencapai objektif tersebut. Aktivti-aktivti tersebut adalah seperti berikut:

a) ‘Kenali Saya 1’ - Kenali kata dasar yang ingin digunakan. b) ‘Kenali Saya 2’ – Kenali kata dasar selepas dibubuh imbuhan ‘meN…kan’.c) ‘Kenali Saya 3’ - Kenali objek(benda mati) yang digunakan selepas kata imbuhnan tersebut.

Langkah 3: Bertindak (Action)Pengkaji memperkenalkan permainan ‘Kenali Saya’ bagi meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan ‘meN…kan’ dalam kalangan murid tahun 5 Delima.‘Kenali Saya’ ini merangkumi kesesuaian objektif yang ingin dicapai, tahap kebolehan murid, serta elemen-elemen grafik yang sesuai dengan murid.Arahan yang digunakan untuk berinteraksi semasa sesi (PdP) ini mudah difahami oleh murid dan tidak rumit. Hal ini akan memudahkan dan meningkatkan kefahaman murid mengenai perkara yang ingin disampaikan. Selain itu, bahan yang digunakan adalah bahan konkrit dan murid boleh membina pengalaman sendiri melalui aktiviti bermain.

Page 94: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 4: Memerhati (Observe)Pemerhatian akan dilakukan ketika tindakan dilakukan. Pemerhatian dilakukan bagi mengenal pasti dan mengkaji sejauh mana permainan ‘Kenali Saya’ ini dapat meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan ‘meN…kan’ dikalangan murid tahun 5 Delima.Selain itu juga, pemerhatian dilakukan ke atas penglibatan aktif murid dalam (PdP) dan kesan terhadap perubahan tingkah lakunya.Seterusnya secara tidak langsung pengkaji membuat penilaian tehadap kelebihan dan kekurangan permainan ini untuk mencapai objektif serta menyenaraikan cadangan penambahbaikan terhadap perlaksanaan permainan ‘Kenali Saya’.Jika terdapat kelemahan dan penambahbaikan serta tidak tercapai objektif maka, Gelungan Kedua (Cycle 2) berlaku, dan seterusnya sampailah murid sasaran mencapai objektif yang dikehendaki.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Analisis DokumenBerdasarkan analisis dokumen pula, perubahan dari segi peningkatan markah bagi kertas bahasa Melayu (penulisan) telah ditunjukkan oleh keempat-empat peserta kajian.Hal ini jelas kelemahan mereka pada ujian sebelum ini sudah dibaiki oleh mereka sendiri setelah kajian dilakukan. Guru mata pelajaran bahasa Melayu yang juga sebagai guru kelas mereka meluahkan rasa berpuas hati kerana mereka tidak lagi melakukan kesalahan imbuhan berkaitan imbuhan meN…kan dalam penulisan ayat dan karangan dalam kertas bahasa Melayu (penulisan). Walaupun kenaikan markah peserta kajian tidaklah kesemuanya menjangkau gred A, namun peningkatan positif telah ditunjukkan.Beberapa langkah peneguhan dan bimbingan masih lagi dilakukan terhadap peserta kajian bagi meningkatkan gred markah mereka.

6.2 PemerhatianDapatan kajian dari sudut pemerhatian pula jelas menunjukkan perubahan tingkah laku dalam kalangan peserta kajian, iaitu mereka menunjukkan sikap positif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti semasa PdP. Selain itu, mereka juga tidak malu untuk bertanya guru dan rakan jika melakukan kesalahan, jauh berbeza berbanding sebelum kajian, mereka agak malu dan merendah diri dengan kebolehan diri sendiri dan kurang keyakinan diri. Paling ketara, seorang daripada empat peserta kajian berani tampil ke hadapan kelas bagi mencuba menyampaikan keterangan kepada rakan-rakan yang lain berkaitan topik pembelajaran.

6.3 Temu bualBerdasarkan temu bual yang dijalankan terhadap peserta kajian menunjukkan peserta kajiansangat bersetuju bahawa permainan ‘Kenali Saya’ banyak membantu mereka memahami konsep perkataan dasar yang berubah selepas ditambah imbuhan meN…kan, dan seterusnya perlu kepada objek bukan hidup. Permainan ini memberi kesan kepada daya ingatan mereka. Dengan ini, mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang sama berulang kali setelah memahami dan mengingati konsep tersebut. Markah ujian mereka juga meningkat walaupun ada yang belum mencapai skor A, ternyata permainan ‘Kenali Saya’ banyak meningkatkan kemahiran menulis ayat atau karangan.Peserta kajian juga menunjukkan rasa puas hati dan seronok kerana dapat menguasai subtopik imbuhan ini.

Page 95: Prosiding Pismp Bm 2014

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis temu bual, jelas menunjukkan murid menghadapi masalah dalam menguasai imbuhan meN...kan dalam penulisan mereka.Selain itu, temu bual menunjukkan penguasaan murid terhadap subtopik imbuhan meN...kan ini selepas permainan ‘Kenali Saya’ diperkenalkan kepada mereka. Oleh yang demikian, penggunaan permainan ‘Kenali Saya’ telah meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik imbuhan yang melibatkan imbuhan meN...kan. Dapatan ini menjawab soalan kajian yang pertama.

Berdasarkan analisis perhatian, berlaku perubahan tingkahlaku yang positif dalam kalangan peserta kajian. Peserta kajian mula aktif dalam sesi PdP dan mula menunjukkan minat untuk belajar. Justeru itu, penggunaan ‘Kenali Saya’ telah menarik minat murid tahun lima dalam subtopik perkataan imbuhan meN...kan. Selain itu, peningkatan markah ujian bulanan adalah bukti kepada keberkesanan permainan ‘Kenali Saya’ terhadap peserta kajian. Oleh itu, soalan kajian kedua terjawab.

8.0 Rujukan

Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: FajarBakti Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar. (1993). Nahu Melayu muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Lufti Abbas. (1988). Nahu penambah bahasa Malaysia . Kuala Lumpur: Penerbit FajarBakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1993).Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognition (2nd ed).Oxford : Blackwell.

Za’ba (1965). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.

Page 96: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH WARNAMAMPU MENINGKATKANKEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Mohamad Afiq Mohd MustafaAnua Haris

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun tiga dalam menulis huruf besar. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan tidak boleh menulis huruf besar dengan betul di tempat yang sepatutnya. Oleh itu, saya telah memperkenalkan satu intervensi yang dinamakan ‘Kaedah Warna’ untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun tiga di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Saya menggunakan tiga instrumen untuk mengumpul data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif yang berkehendakkan saya membaiki mutu amalan pengajaran sebagai guru bagi membantu lima orang murid yang telah dikenal pasti. Hasil dapatan selepas intervensi dijalankan, kelima-lima murid telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah memperbanyakkan aktiviti menulis menggunakan ‘Kaedah Warna’ supaya dapat membiasakan penulisan huruf besar dengan betul kepada murid-murid.

Kata kunci: meningkatkan, kemahiran menulis,huruf besar, Kaedah Warna

Pengenalan

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid. Murid yang dapat menguasai kemahiran menulis akan dapat melahirkan idea, pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan mereka. Kemahiran menulis yang baik juga perlu dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh murid-murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu aspek tatabahasa ini ialah tanda baca yang selalu dipandang remeh oleh murid-murid. Walhal, tanpa disedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama bahagian penulisan karangan.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa saya menjalankan aktiviti menulis. Pertamanya, murid didapati tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul seperti di awal ayat dan juga penggunaan kata nama khas. Hal ini kerana mereka masih lagi keliru dengan penggunaan huruf besar. Keduanya, murid tidak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar pada sesetengah huruf yang mempunyai bentuk yang sama seperti huruf ‘c’, ‘k’, ‘o’, ‘s’ dan ‘p’. Hal ini dapat dilihat apabila adaantara mereka yang menulis huruf-huruf tersebut secara sama walaupun pada kata nama am dan kata nama khas mahupun di awal ayat.

Page 97: Prosiding Pismp Bm 2014

Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kemahiran menulis murid dalam penggunaan huruf besar dalam aktiviti menulis. Berdasarkan kepada analisis masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk menulis huruf besar pada tempat yang sesuai dan tidak menguasai penggunaan kata nama khas. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

iii. Kesilapan murid tidak menulis huruf besar pada tempat yang sesuai.

iv. Kesilapan murid tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid sering kali tersilap menggunakan huruf besar terutama pada kata nama khas tersebut. Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman mengenai huruf besar dan tidak mengingatinya dengan baik kerana kaedah yang saya gunakan sebelum ini iaitu buku garis tiga adalah kurang berkesan.

Kebolehtadbiran

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun tigadi sebuah sekolah di Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas seramai lima orang murid sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara saya dan murid memudahkan saya menjalankan kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik saya sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.

Kepentingan

Kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman murid untuk memahami konsep kata nama khas khususnya murid tahun tiga untuk mengatasi masalah menulis huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sesuai dan seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti pembelajaran aktiviti menulis dengan baik. Kajian ini juga dapat digunakan oleh guru lain untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja dalam topik ini tetapi juga topik yang lain.

Kebolehgunaan

Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk menjalankan aktiviti menulis dengan betul. Kajian ini amat mudah dilakukan oleh murid kerana berada di bawah pengawasan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sendiri. Selain itu, ‘Kaedah Warna’ ini bersesuaian dengan murid kerana mereka lebih mengingati penggunaan huruf besar dengan pensel warna. Melalui kaedah ini, murid dapat meningkatkan kefahaman dalam memahami konsep dan penggunaan huruf besar dengan betul.

Page 98: Prosiding Pismp Bm 2014

2.4 Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai perjalanan kajian ini. Ketika kajian dilakukan, saya memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Kolaborasi

Saya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru Bahasa Melayu di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu untuk memberikan pandangan tentang masalah murid Tahun Tiga Amal. Saya juga turut berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain bagi memastikan saya mengikuti kaedah dan prosedur yang betul dan seterusnya dapat memantapkan lagi kajian ini.

2.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Hal ini kerana, kaedah ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

3.0 Objektif Kajian

3.1 ObjektifUmum

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan ‘Kaedah Warna’ agar dapat mengatasi masalah kelemahan murid dalam penggunaan huruf besar dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi kemahiran menulis.

3.2 ObjektifKhusus

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

a) ‘KaedahWarna’dapat meningkatkan minat murid tahun tiga dalam menggunakan huruf besar dengan betul dalam penulisan.

b) Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dengan menggunakan ‘KaedahWarna’dalam kalangan murid tahun tiga.

3.3 SoalanKajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

a) Apakah minat murid tahun tiga dalam menggunakan huruf besar dengan betul dapat ditingkatkan dengan menggunakan ‘KaedahWarna’?

Page 99: Prosiding Pismp Bm 2014

b) Bagaimanakah ‘KaedahWarna’dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga?

4.0 Kumpulan Sasaran

Sasaran bagi kajian ini ialah murid-murid Tahun 3 Amal dari sebuah sekolah di Besut, Terengganu. Murid Tahun 3 Amal ini seramai 19 orang iaitu 7 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Namun, murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang iaitu 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

8.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Ujian SebelumSaya telah menjalankan ujian awal bagi mengukur pencapaian dan mengesan kelemahan murid dalam menulis huruf besar. Penilaian awal terhadap peserta kajian telah dijalankan.

Langkah 2: ‘Kaedah Warna’Setiap penggunaan huruf besar dalam penulisan murid ditulis menggunakan pensel warna atau pen berwarna.

- Murid diedarkan dengan lembaran kerja.- Guru memberi panduan kepada murid dalam menulis iaitu setiap huruf besar akan

ditulis menggunakan pensel warna dan huruf kecil ditulis dengan pensel biasa.

Langkah 3: Ujian SelepasSaya telah menjalankan ujian selepas kepada murid bagi melihat keberkesanan ‘Kaedah Warna’ dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf besar selepas sesi intervensi.

Langkah 4: RumusanSaya telah membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh.

6.0 Rumusan Data

6.1 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian awal, terdapat beberapa masalah yang wujud semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti menulis. Pertama, murid didapati tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul seperti di awal ayat dan juga penggunaan kata nama khas. Hal ini kerana mereka masih lagi keliru dengan penggunaan huruf besar. Melalui pemerhatian sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung terutamanya aktiviti menulis, murid dilihat menulis huruf besar pada tempat yang tidak sepatutnya menggunakan huruf besar. Seperti contoh, murid menulis huruf besar pada pertengahan atau pada hujung perkataan. Selain itu, murid didapati kurang mahir dalam menguasai kelompok kata nama khas menyebabkan mereka tidak menggunakan huruf besar pada kata nama khas yang terdapat dalam penulisan mereka.

Kedua, murid tidak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar pada sesetengah huruf yang mempunyai bentuk yang sama seperti huruf ‘c’, ‘k’, ‘o’, ‘p’ dan ‘s’. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang menulis huruf-huruf tersebut secara sama walaupun pada kata

Page 100: Prosiding Pismp Bm 2014

nama am dan kata nama khas mahupun di awal ayat. Sekiranya dilihat pada bentuk sesetengah huruf seperti ‘c’, ‘k’, ‘o’, ‘p’ dan ‘s’, bentuk huruf tersebut adalah sama dari segi bentuknya. Cuma yang membezakannya adalah saiz yang berbeza pada huruf besar dan huruf kecil.

Semasa guru memberikan penerangan, terdapat murid yang berbual-bual dengan rakan mereka. Selain itu, ada murid yang melakukan kerja lain dan tidak memberikan perhatian apabila guru memberi penerangan. Kebanyakan daripada mereka apabila disoal boleh menjawab dengan baik tetapi apabila melakukan aktiviti menulis masih terdapat kesilapan yang dilakukan. Hal ini kerana, mereka sudah terbiasa dengan cara penulisan mereka yang salah. Guru perlu sentiasa menegur dan mengingatkan mereka supaya menulis huruf besar dan kecil pada tempat yang betul. Oleh itu, mereka kadang-kala lebih bergantung kepada guru apabila timbul kekeliruan.

Semasa intervensi dijalankan, didapati murid berminat dengan ‘Kaedah Warna’ yang dilaksanakan oleh guru. Murid-murid dilihat lebih fokus dalam mendengar penerangan oleh guru kerana kaedah yang dijalankan belum pernah dilakukan. Dari segi kefahaman, murid dilihat lebih faham dan mengusai dalam menulis huruf besar dan huruf kecil. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian terhadap murid yang menulis huruf besar dan huruf kecil dengan betul pada tempat yang sepatutnya. Akhir sekali, amalan pengajaran guru juga bertambah baik dengan peningkatan peencapaian yang ditunjukkan oleh murid.

6.2 Temubual

Temubual telah dijalankan bagi menilai peningkatan murid dalam menulis huruf besar dan huruf kecil. Temubual ini dijalankan terhadap lima orang murid. Setelah sesi temubual dijalankan dan dianalisis, tahap pemahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil dilihat meningkat dengan menggunakan ‘Kaedah Warna’. Berikut adalah dialog temubual yang dijalankan.

Guru : Adakah kamu faham penggunaan yang betul dalam menulis huruf besar dan kecil?M1, M2, M3, M4, M5: Faham, cikgu.Guru : Apa pendapat kamu dengan menulis menggunakan ‘Kaedah Warna’?M1, M2 : Menulis dengan pensel warna lebih mudah nak ingat tempat yang patut

ditulis dengan huruf besar. M3 : Dapat bezakan huruf besar dan huruf kecil, cikguM4, M5 : Senang dan lebih mudah faham, cikgu. Guru : Kenapa awak tulis huruf ini dengan pensel warna dan huruf lain dengan

pensel biasa?M1, M2, M3 : Sebab huruf ini huruf besar dan yang lain huruf kecil. M4, M5 : Perkataan ini huruf besar, jadi perlu tulis huruf besar pada awal

perkataan.

Page 101: Prosiding Pismp Bm 2014

6.3 Analisis Dokumen

Murid Jantina Jumlah Kesalahan

Sebelum

Murid 1 (M1) L 36/61

Murid 2 (M2) P 12/61

Murid 3 (M3) P 9/61

Murid 4 (M4) L 14/61

Murid 5 (M5) L 16/61

Jadual 1: Jumlah kesalahan murid sebelum intervensi

Jadual 1 menunjukkan jumlah kesalahan murid yang disemak berdasarkan lembaran kerja yang diberi dalam latihan menulis. Berdasarkan jadual di atas, jumlah kesalahan menulis huruf besar dan huruf kecil sebelum intervensi dijalankan lebih tinggi. Hal ini kerana, murid masih lagi keliru dan kurang menguasai dalam penggunaan huruf besar pada tempat yang betul serta tidak menguasai sepenuhnya penulisan huruf besar dan huruf kecil yang betul.

Murid Jantina Jumlah Kesalahan

Selepas

Murid 1 (M1) L 12/61

Murid 2 (M2) P 3/61

Murid 3 (M3) P 1/61

Page 102: Prosiding Pismp Bm 2014

Murid 4 (M4) L 5/61

Murid 5 (M5) L 7/61

Jadual 2: Jumlah kesalahan murid selepas intervensi

Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian lembaran kerja selepas intervensi yang dijalankan bagi menilai keberkesanan amalan pengajaran guru di samping menilai penguasaan murid dalam memahami penggunaan huruf besar pada tempat yang betul dan menulis huruf besar dengan betul.

Data awal bermaksud data yang dikumpul sebelum pengajaran menggunakan‘KaedahWarna’dijalankan manakala data akhir pula merupakan data yang dikumpul selepas intervesi dijalankan. Berdasarkan Jadual 2, didapati berlakunya perubahan pada markah murid selepas intervensi dijalankan. Jumlah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil menurun menunjukkan murid menguasai penulisan menggunakan huruf besar dan huruf kecil menggunakan‘KaedahWarna’.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis data, berlaku peningkatan markah murid bagi lembaran kerja selepas intervensi dijalankan. Selain itu, sesi temubual yang dijalankan mendapati murid lebih memahami tentang penggunaan huruf besar dan cara menulisnya dengan betul. ‘Kaedah Warna’ yang dijalankan mampu memberi penekanan terhadap murid supaya lebih peka dengan huruf besar di samping mampu menarik minat murid untuk menulis dengan baik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa ‘Kaedah Warna’ yang dijalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam menulis perkataan dengan betul tanpa berlaku kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Di samping itu, berlaku peningkatan dalam amalan guru kerana mampu membantu murid serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap fungsi dan bentuk huruf besar dan kecil.

Refleksi daripada dapatan kajian yang diperoleh, saya perlu melaksanakan pengajaran menggunakan cara yang mudah difahami dan diingati oleh murid. Selain itu, pengajaran yang dilaksanakan haruslah mampu menarik minat murid kepada pengajaran supaya tidak berlaku keciciran maklumat dalam kalangan murid yang akan menyebabkan penguasaan yang lemah dalam pelajaran.

Page 103: Prosiding Pismp Bm 2014

8.0Rujukan

Abu Safian Amir. (2005). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Tesistidakditerbitkan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Arham Abdullah. (2006). Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.Tesis tidak diterbitkan, UniversitiTeknologi Malaysia.

Mok Soon Sang, 2008, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, PuchongSelangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

RosinahEdinin. (2011). PenyelidikanTindakan: KaedahdanPenulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Zailan Bin Jeman.(2005). “BESAR dankecil”.KoleksiLaporanPenyelidikanTindakan Tahun 2005. KPKM MaktabPerguruanBatuLintang, Kuching danKementerian

Pelajaran Daerah Kecil Serian, Sarawak.ZaridahBintiZuber. (2009). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi

Murid Tahun Dua Pandai Menggunakan Teknik Warna. Diperoleh pada 12 Mac 2014 di laman sesawang: http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/rumusan-laporan-kajian-tindakan.html

Page 104: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAD RUMUS “SKATU” BAGI PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR RANGSANGAN BAGI MURID TAHUN

LIMA

Mohamad Faiz Syarafuddin AsohanTn. Hj. Ahmmad Salehuddin Hj. Saman

Jabatan Pengajian MelayuInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam membina ayat berdasarkan gambar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A dalam kalangan murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh. Kajian yang dijalankan adalah bersifat kualitatif. Kajian tindakan ini melibatkan dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan tahun lima. Instrumen yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah analisis dokumen (Ujian awal, latih tubi), pemerhatian, temubual dan rakaman video. Saya menggunakan Kad Rumus “SKATU” sebagai intervensi bagi membantu meningkatkan penguasaan membina ayat murid. Berdasarkan analisis dapatan kajian melalui analisis dokumen ujian awal dan akhir, saya mendapati berlaku peningkatan dalam purata jumlah perkataan dan kosa kata dalam ayat yang dibina. Melalui analisis dokumen (latih tubi, ujian awal) dan senarai semak, didapati berlaku peningkatan terhadap markah yang diperolehi oleh murid dalam Penulisan Bahasa Melayu Bahagian A. Markah murid yang pada mulanya dalam kategori sederhana telah meningkat kepada kategori baik dan cemerlang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Kad Rumus “SKATU” dapat meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Kata kunci: menguasai, kemahiran membina ayat, Kad Rumus “SKATU”

PENDAHULUAN

Semasa saya menyemak buku latihan murid-murid tahun 5 Multimedia, didapati terdapat segelintirdaripada mereka masih belum menguasai kemahiran membina ayat dengan baik walaupun rangsangan bergambar diberikan. Kebanyakan latihan membina ayat yang disiapkan hanya memperoleh markah sederhana kerana berlakunya beberapa kesilapan terutamanya kesilapan ejaan, kosa kata yang terhad, pengulangan perkataan dan struktur ayat yang tidak lengkap

Saya telah memberikan beberapa set latihan membina ayat berdasarkan gambar rangsanganbagi mengesahkan masalah yang saya temui. Beberapa orang murid-murid tahun 5 Multimedia dilihat tidak dapat menyiapkan soalan latihan yang diberikan. Terdapat juga murid yang menyiapkan tugasan membina ayat yang diberikan namun dengan pelbagai jenis kesalahan seperti kesalahan ejaan, struktur ayat tidak lengkap dan tidak gramatis.

Page 105: Prosiding Pismp Bm 2014

Saya berpendapat masalah ini adalah disebabkan oleh tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan murid adalah terhad. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat membina ayat menggunakan perkataan yang lain daripada kebiasaan yang mereka gunakan. Ayat yang dibina juga kadangkala tidak bersesuaian dengan kehendak soalan kerana hanya menggunakan kosa kata yang biasa mereka gunakan.

FOKUS KAJIAN

Saya telah mengesan beberapa sebab yang menjadi punca murid-murid Tahun 5 Multimedia tidak dapat menjawab latihan membina ayat namun masalah yang akan saya fokuskan dalam kajian tindakan ini adalah berkaitan tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan murid adalah terhad serta kesilapan penggunaan tanda baca serta penggunaan huruf kecil dan besar yang tidak tepat.

Berdasarkan analisis dokumen yang telah dilakukan terhadap buku latihan murid, saya mendapati tahap penguasaan kosa kata murid adalah agak terbatas. Keadaan ini disebabkan oleh murid sering bertanya kepada saya beberapa perkataan yang berkaitan dengan rangsangan gambar yang diberikan sebelum membina ayat. Penguasaan kota kata yang lemah dalam kalangan murid menyebabkan mereka tidak dapat membina ayat yang gramatis atau tepat dari segi struktur ayatnya.Saya telah menggunakan rumus SKATU bagi membantu murid menghadapi masalah ini.

OBJEKTIF

Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat seterusnya dapat meningkatkan markah cemerlang dalam kertas Penulisan bahagian A.

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk:

(i) Menambahkan bilangan kosa kata dalam pembinaaan ayat berdasarkan gambar rangsangan oleh murid menggunakan kad rumus SKATU.

(ii) Meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 5 dalam membina ayat berdasarkan gambar rangsangan menggunakan kad rumus SKATU.

(iii) Menarik minat murid membina ayat berdasarkan gambar rangsangan menggunakan kad rumus SKATU.

SOALAN KAJIAN

Saya telah menyatakan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah :

(i) Apakah Kad Rumus SKATU dapat menambahkan bilangan kosa kata murid dalam pembinaan ayat berdasarkan gambar rangsangan?

(ii) Apakah Kad Rumus SKATU dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 5 dalam membina ayat berdasarkan gambar rangsangan?

Page 106: Prosiding Pismp Bm 2014

(iii) Bagaimanakah Kad Rumus SKATU dapat menarik minat murid dalam membina ayat berdasarkan gambar rangsangan?

KUMPULAN SASARAN

Lokasi kajian dijalankan adalah di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh. Kajian yang dijalankan ini melibatkan lima orang murid tahun 5Multimedia Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu. Purata markah dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap murid adalah dalam kategori sederhana.

Saya mendapati kelima-lima murid mempunyai persamaan dari segi :(i) Penggunaan kosa kata yang terhad.(ii) Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.(iii) Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.(iv) Tidak berminat dalam latihan membina ayat.

TINDAKAN

Langkah 1: Ujian Awal / Latih TubiSaya telah menjalankan ujian awal bagi mengenalpasti masalah sebenar murid dan mendapati mereka berhadapan dengan masalah dalam membina ayat secara betul dan gramatis. Murid telah diberi 3 set soalan membina ayat berdasarkan gambar rangsangan bagi tujuan penilaian awal.

Langkah 2: Kad Rumus SKATUSayatelah merancang satu pelan tindakan iaitu satu rumus membina ayat berdasarkan gambar rangssangan yang dikenali sebagai rumus SKATU iaitu S untuk‘Siapa’, K untuk‘Kata kerja’, A untuk ‘Apa’ (peralatan atau aktviti), T untuk ‘Tempat’ dan U untuk ‘Untuk apa’ (perbuatan dilakukan) dalam bentuk kad.

- Murid diedarkan dengan kertas lembaran kerja membina ayat berdasarkan gambar rangsangan.

- Guru mengedarkan Kad Rumus SKATU kepada murid.- Guru memberikan panduan kepada murid bagaimana untuk menggunakan Kad

Rumus SKATU.Melalui rumus ini, murid-murid telah didedahkan kepada tiga tahap yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar rangsangan dimulai dengan teknik menggunakan rumus iaitu menyenaraikan isi berdasarkan gambar, diikutibahagian untuk memperbanyak kosa kata dan akhirnya membina ayat lengkap menggunakan tanda baca yang betul.

Langkah 3: PemerhatianSaya telah membuat pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap murid sepanjang latihan membina ayat menggunakan Kad Rumus SKATU berlangsung. Saya mendekatkan diri dengan

Page 107: Prosiding Pismp Bm 2014

murid agar dapat mengetahui dengan lebih dekat situasi murid. Hal ini membolehkan saya mengetahui secara dekat tingkah laku dan masalah yangdihadapi oleh murid.

Langkah 4: Ujian SusulanSaya telah menjalankan 2 ujian susulan bagi mengkaji keberkesanan Kad Rumus SKATU dalam meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat berdasarkan gambar rangsangan.

Langkah 5: RumusanSayatelahmembuatrumusanakhirterhadapdapatankajian yang telahdiperoleh.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

1. Menambahkan bilangan kosa kata dalam pembinaaan ayat oleh murid. Saya melakukan analisis terhadap ujian awal dan 2 ujian susulan yang dijalankan ke atas murid untuk mendapatkan data yang berkaitan.

Subjek kajian 1 Subjek kajian 2 Subjek kajian 3 Subjek kajian 4 Subjek kajian 50

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Ujian AwalUjian S1Ujian S2

Rajah 1 : Analisis purata bilangan perkataan dalam ayat yang dibina.

Setelah saya mengaplikasikan Kad Rumus SKATU kepada murid, terdapat peningkatan dari segi penggunaan kosa kata dalam binaan ayat yang ditulis oleh mereka. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai “apakah Kad Rumus SKATU dapat meningkatkan bilangan kosa kata dalam ayat yang dibina oleh murid?” adalah ya kerana melalui rumus SKATU, murid menunjukkan peningkatan dalam jumlah perkataan yang digunakan semasa membina ayat. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi pengaplikasian rumus SKATU yang telah dijalankan kepada murid, berlaku penambahan perkataan terutamanya dari segi kata nama dan kata kerja.

2. Meningkatkan kemahiran membina ayat murid Tahun 4 dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Saya menggunakan instrumen senarai semak dan analisis dokumen untuk mendapatkan dapatan berkaitan peningkatan kemahiran membina ayat murid. Saya menganalisis latih tubi yang diberikan serta kertas ujian murid untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Saya turut menganalisis dokumen berdasarkan senarai semak yang disediakan.

Jadual 1 : Item ukuran pencapaian dalam membina ayat [ selepas]

Page 108: Prosiding Pismp Bm 2014

BIL ITEM MURID 1 MURID 2 MURID 3 MURID 4 MURID 5

1 Menggunakan tanda baca yang sesuai

/ / / / /

2 Penggunaan huruf kecil dan besar yang tepat

/ / / / /

3 Ayat yang bersesuaian dengan grafik

/ 0 / / /

4 Menggunakan ejaan yang betul

0 / / / 0

5 Mengandungi pelbagai kosa kata

/ / 0 0 /

Jadual 1 menunjukkan ukuran pencapaian murid dalam membina ayat selepas menggunakan rumus SKATU yang menunjukkan terdapat peningkatan dalam item yang diukur terutamanya dari segi penggunaan tanda baca dan huruf kecil serta huruf besar yang tepat.

Peningkatan markah yang diperoleh murid turut membuktikan bahawa Kad Rumus SKATU dapat meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar. Peningkatan markah yang diperolehi dicatatkan dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Jumlah peningkatan markah membina ayat

MURID UJIAN AWAL

UJIAN S2

JUMLAH PENINGKATAN

Murid 1 6 9 +3

Murid 2 4 7 +3

Murid 3 6 9 +3

Murid 4 5 8 +3

Murid 5 5 8 +3

Page 109: Prosiding Pismp Bm 2014

3. Menarik minat murid dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, saya telah melakukan pemerhatian tidak berstruktur ke atas murid bagi menilai bagaimana tingkahlaku mereka sebelum dan selepas intervensi. Penggunaan kedua-dua kaedah ini akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Saya turut melakukan sesi temubual tidak berstruktur bersama murid bagi mengetahui dengan lebih lanjut kesan penggunaan Kad Rumus SKATU ke atas mereka.Hasil daripada temubual yang dijalankan, murid menunjukkan minat sedikit demi sedikit dalam aktiviti membina ayat setelah didedahkan dengan Kad Rumus SKATU.

Mengan

ggu ra

kan lai

n secar

a ...

Bercaka

p tiada k

aitan

dengan

...

Berjala

n dari sa

tu tempat

ke t...

Keluar

kelas

[men

gasah

pensel

,...

Tidak

menyia

pkan tu

gasan

Membuat

kerja l

ain

3 3 3

2

5

11 1

2

1 1 1

Sebelum Selepas

Rajah 2 : Perbandingan kekerapan tingkahlaku negatif sebelum dan selepas intervensi

Rajah 2 menunjukkan berlakunya penurunan kekerapan tingkah laku negtif yang dilakukan oleh murid. Murid sudah mula menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tingkah laku negatif seperti menganggu rakan lain secara fizikal, bercakap tiada kaitan dengan tugasan, berjalan dari satu tempat ke tempat lain serta keluar kelas untuk mengasah pensel dan membuang sampah menunjukkan penurunan. Hal ini kerana murid semakin menumpukan perhatian dalam tugasan membina ayat yang diberikan. Subjek juga merasakan latihan membina ayat berdasarkan gambar menjadi mudah dan membuatkan mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Bilangan murid yang tidak menyiapkan tugasan juga telah menurun daripada 5 orang kepada seorang sahaja.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui alat yang digunakan sebagai intervensi bagi membantu murid menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar iaitu Kad Rumus SKATU, saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah kosa kata yang terdapat dalam ayat yang dibina oleh murid setelah mengaplikasikanrumus SKATU serta

Page 110: Prosiding Pismp Bm 2014

melakukan latihan secara latih tubi. Peningkatan kosa kata adalah kerana dalam rumus yang diperkenalkan, pelajar tahu di mana kedudukan setiap perkataan dan bagaimana menggunakannya sewaktu membina ayat. Selain itu, pelajar juga telah didedahkan dengan kriteria untuk mendapatkan markah cemerlang dalam karangan berdasarkan gambar bahagian A.

Intervensi yang digunakan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran membina ayat murid melalui peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian akhir yang diadakan untuk menguji tahap pencapaian subjek kajian. Kesilapan dalam ejaan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil turut menunjukkan penurunan berdasarkan senarai semak yang disediakan membuktikan bahawa rumus yang digunakan membantu subjek kajian untuk menulis ayat yang dibina dengan lebih baik dan tepat.

Minat murid dalam membina ayat dapat ditingkatkan melalui rumus yang digunakan apabila subjek kajian tidak lagi melakukan tingkah laku negatif seprti menggangu rakan, keluar kelas dan tidak menyiapkan tugasan. Dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian berdasarkan senarai semak ini menunjukkan bahawa murid semakin berminat untuk membina ayat dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh saya. Peningkatan markah juga berlaku kerana pelajar sudah mengetahui kriteria yang diperlukan untuk mendapat markah baik dan cemerlang.

Kesimpulannya, alat yang digunakan iaitu Kad Rumus SKATU dapat meningkat jumlah kosa kata yang terdapat dalam ayat yang dibina, meningkatkan kemahiran dalam membina ayat seterusnya menarik minat murid dalam melaksanakan latihan membina ayat yang diberikan.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1992), Pengajaran Bahasa Melayu dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman bin Omar (2012), Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Dalam Penulisan Murid tahun 5 Melalui Program Kasih Kabung.

Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006), Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris Menggunakan Formula ‘P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.

Habsah bt Nan (2006), Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri.

Iskandar Muda bin Ishak (2005), Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris.

Juriah Long (2010), Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marohaini Yusoff (2001), Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian (Qualitative Research: Fieldwork Research Experience ), Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan menggunakan teknik S-R 8W1H.

Page 111: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN TEKNIK 3M MAMPUMENINGKATKAN PENGUASAAN PENJODOH BILANGAN DALAM KALANGAN MURID

TAHUN 5

Mohamad Fikri Hafiz RamziSuhaimi Ibrahim

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membaiki amalan guru dengan menggunakan Teknik 3M bagi meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Seramai 6 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan kelas 5 Bestari di sebuah sekolah yang terletak di hulu Kelantan. Teknik 3M ini ialah merupakan satu teknik melukis, mengingat dan membina yang diringkaskan menjadi 3M. Sebelum kajian dijalankan, ujian pra dijalankan bagi melihat tahap murid dalam menguasai penjodoh bilangan. Didapati murid lemah dalam mengingat dan menulis ayat menggunakan penjodoh bilangan. Teknik 3M ini berfokus kepada penguasaan murid dalam penjodoh bilangan Bahasa melayu. Selepas kajian dijalankan, teknik pengumpulan data yang digunakan ialah ujian pasca, analisis dokumen, soal selidik dan temubual. Ujian pasca digunakan untuk melihat peningkatan murid dan dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Melalui analisis dokumen, pengkaji menganalisis melalui hasil salin kembali, lukisan dan ayat yang dihasilkan oleh responden selepas belajar. Teknik pengumpulan data yang kedua ialah soal selidik sosiometri yang mengumpul data mengenai emosi murid sepanjang menjalani kajian. Teknik pengumpulan data yang ketiga ialah temubual yang mengumpulkan maklumat secara bersemuka mengenai keseronokan responden menjalani kajian yang dijalankanData yang dikumpulkan melalui keempat-empat teknik pengumpulan data yang digunakan, hasil menunjukkan peningkatan murid dalam menguasai penjodoh bilangan. Melalui teknik 3M ini, murid telah berjaya meningkatkan penguasaan mereka melukis, mengingat dan membina ayat menggunakan penjodoh bilangan yang betul.

1.0 Pengenalan

Semasa melaksanakan pengajaran penjodoh bilangan Bahasa Melayu di dalam kelas tahun 5, saya melakukan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran dan ujian pra bagi melihat masalah yang dihadapi oleh murid. Masalah yang dikesan daripada pemerhatian dan ujian, masalah yang dihadapi oleh murid adalah untuk mengingat dan menulis kembali dan membina ayat menggunakan penjodoh bilangan yang betul. Kadang kala murid keliru dengan penjodoh bilangan yang ingin digunakan.

2.0 Fokus kajian

Kajian ini berfokuskan kepada pembelajaran penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu. Kaedah atau teknik yang akan dilakukan mengikut kesesuaian dan tahap murid itu sendiri. Kaedah yang

Page 112: Prosiding Pismp Bm 2014

akan pengkaji gunakan ini akan memberikan pendedahan yang meluas mengenai penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu. Teknik digunakan perlulah berpusatkan murid di mana murid sendiri yang melakukan dan murid dan merasakan pengalaman dan memberi daya ingatan yang kuat kepada murid kerana murid sendiri yang mengalami sendiri masalah ini. Pengkaji mengambil kesempatan dengan peluang yang diberi untuk memikirkan dan menghasilkan satu teknik yang mudah dan berkesan untuk memberi impak perubahan kepada murid - murid pengkaji.

3.0 Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan dan membina ayat Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 5 menggunakan Teknik Melukis Mengingat dan Membina (3M). Berikut antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang saya akan laksanakan.

3.1 Objektif Umum

i) Murid dapat menggunakan teknik 3M dengan baik untuk menguasai penjodoh bilangan bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus

i) Murid dapat menguasai penjodoh bilangan yang diberikan dengan baik menggunakan teknik 3M

ii) Murid dapat membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan setelah melaksanakan teknik 3M

3.3 Persoalan Kajian

i) Bagaimana teknik 3M dapat membantu murid menguasai penjodoh bilangan dengan baik?

ii) Adakah murid dapat membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan setelah melaksanakan teknik 3M?

4.0 Kumpulan Sasaran

Sasaran bagi kajian ini ialah seramai 6 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan kelas 5 Bestari di sebuah sekolah yang terletak di hulu Kelantan yang telah menjalani ujian saringan.

5.0 Tindakan Dijalankan

Pertama sekali, pengkaji memperkenalkan teknik 3M kepada murid bagi memberikan penjelasan yang jelas kepada murid sebelum menlaksanakan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Seterusnya, murid akan menjalani pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad gambar untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Langkah yang ketiga, murid melaksanakan aktiviti melukis selepas mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad gambar. Dalam aktiviti ini ada tiga peringkat iaitu secara berkumpulan, berpasangan dan individu.Langkah yang keempat ialah memadankan pasangan penjodoh bilangan menggunakan kad imbasan. Seterusnya murid dikehendaki menulis contoh penjodoh

Page 113: Prosiding Pismp Bm 2014

bilangan di atas satu kad dan menampal kad tersebut di papan putih untuk dikategorikan di dalam penjodoh bilangan yang betul. Langkah yang terakhir sekali ialah membina ayat menggunakan penjodoh bilangan yang betul. Dalam langkah terakhir ini juga mempunyai tiga peringkat iaitu bermula dengan berkumpulan, berpasangan dan individu.

6.0 Dapatan kajian

Penganalisan data melalui kaedah pengumpulan data yang digunakan

d. Pemerhatian

Saya telah melaksanakan pemerhatian tingkahlaku sewaktu program internship. Pemerhatian yang dibuat bagi mengesan masalah.

e. Ujian sebelum dan Ujian selepas

Keputusan daripada ujian sebelum kajian tidak begitu memuaskan. Setelah kajian dilaksanakan dan murid sekali lagi menjalani ujian selepas. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan daripada murid.

f. Analisis dokumen.

Analisis dokumen yang digunakan ialah sebuah diari. Perkara yang dianalisis ialah mengingat dan menulis kembali, melukis dan membina ayat. Keseluruhan analisis menunjukkan responden dapat mengingat, menulis kembali dan melukis penjodoh bilangan yang betul. Tetapi bagi aktiviti membina ayat, segelintir murid tidak dapat melakukan dengan baik

g. Temubual

Temubual ini dijalankan untuk mengetahui respon murid secara bersemuka. Pengkaji bertanyakan mengenai keseronokan dan pengalaman yang dirasai oleh murid sepanjang aktiviti. Melalui temubual yang dijalankan, respon yang diberikan oleh murid sangat baik dan positif.

Memperkenalkan teknik 3M kepada murid

Pembelajaran penjodoh bilangan menggunakkan kad gambar

Aktiviti melukis penjodoh bilangan yang telah dipelajari

Aktiviti memadankan pasangan menggunakan kad imbasan

Membina ayat menggunakan penjodoh bilangan.

Page 114: Prosiding Pismp Bm 2014

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Perbandingan nilai markah ujian awal dan ujian akhir dipersembahkan dalam bentuk graf.

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 60

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Analisis Purata Markah

Ujian AwalUjian Akhir

Rajah 1: Analisis purata markah yang diperoleh dalam setiap ujian.

Setelah guru mengaplikasikan teknik 3 M kepada murid, terdapat peningkatan dari segi penguasaan penjodoh bilangan. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai “adakah teknik 3 Mmeningkatkan penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid tahun 5 ?” adalah ya kerana melalui teknik 3 M, muridmenunjukkan peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam soalan penjodoh bilangan tersebut. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi pengaplikasian teknik 3M yang telah dijalankan kepada subjek kajian adalah berkesan.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, selepas kaedah yang dijalankan, murid dapat meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan Bahasa Melayu re. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mengingat dan menulis kembali penjodoh bilangan yang dipelajari. Selain itu, murid dapat melukis contoh penjodoh bilangan yang betul selepas melalui Teknik 3M. Murid dapat membina ayat yang digunakan dengan penjodoh bilangan Bahasa Melayu yang betul.

8.0 Cadangan Penambah Baik

Cadangan seterusnya yang ingin dijalankan ialah memperbaiki kelemahan dalam perancangan langkah tindakan yang kelima iaitu membina ayat menggunakan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Selain itu, ingin mengaplikasikanTeknik 3Mkepada murid-murid yang lain.

Page 115: Prosiding Pismp Bm 2014

9.0 Rujukan

Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1992). Nahu Melayu Mutakhir, Edisi Keempat, Kuala Lumpur:DewanBahasa dan Pustaka

 Choong Lean Keow.( 2011 ). Siri Pendidikan Perguruan, Asas Penyelidikan Tindakan untukSarjana Muda Perguruandengan Kepujian.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). KamusDewan edisi keempat. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

 Kartini Abdul et.al.( 2012 ). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP danDPLI, Perak: Percetakan Lee Sdn. Bhd.

 Zainal Abidin Ahmad. (1953). Pelita Bahasa melayu Penggal 1Cetak yang keempat, KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 116: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH 2PerSi DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENULIS NILAI MURNI BAGI MURID TAHUN 5

Muhamad Irfan Fakhrullah Mohamad NoorAnua Haris

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni dengan menggunakan kaedah ‘2PerSi’ iaitu (perbuatan),(percakapan),(sifat). Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak menunjukkan minat dan mengalami masalah dalam menjelmakan nilai murni. Oleh itu, saya menggunakan kaedah ‘2PerSi’ bagi mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan instrumen pemerhatian,analisis dokumen dan temu bual. Justeru itu, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘2PerSi’ dapat membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun lima dalam menjelmakan nilai murni. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘2PerSi’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif kepada murid-murid.

Kata kunci: kemahiran, minat, menjelmakan, 2PerSi

1.0 Pengenalan

Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu dan dua. Pada tahap dua ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan bukansahaja dalam Pendidkan Moral ataupun Pendidkan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam mata pelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu sains dan teknologi.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid tahun lima terutamanya semasa saya mengajarkan penulisan iaitu menulis karangan nilai murni. Pertamanya, kebanyakan murid tidak minat akan menulis nilai murni. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai kemahiran menulis, akan tetapi mempunyai masalah dalam menjelmakan nilai murni itu sendiri. Keduanya, murid juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada antara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malahan, terdapat juga segelintir murid yang masih tidak faham konsep nilai murni. Hal ini dapat dilihat apabila saya memberikan soalan berbentuk lisan dan tulisan.

Page 117: Prosiding Pismp Bm 2014

2.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu dan meningkatkan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai murni. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap penguasaan murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepadaa masalah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok Soon Sang (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

v. Ketidakupayaan mengesan nilai murni yang tersirat

vi. Ketidakupayaan menjelma nilai murni yang tepat

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk mengesan nilai murni dan selalu tidak dapat menjelmakan nilai murni. Saya beranggapan, murid tidak dapat mencapai tahap penguasaan kerana kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu kad gambar adalah kurang berkesan.

2.1 Kebolehtabbiran

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Besut, Terengganu. Kajian ini dijalankan ke atas seramai lima orang murid sahaja. Justeru, hubungan yang erat antara saya dan murid-murid memudahkan saya menjalankan kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik saya sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.

2.2 Kepentingan

Kajian ini penting bagi membantu dan meningkatkan kemahiran murid untuk memahami konsep dan kepentingan nilai murni dalam kehidupan khususnya murid tahun lima sekaligus dapat mengatasi masalah mereka dalam menjelmakan nilai murni seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Kajian ini juga dapat digunakan oleh guru – guru untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, buka sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi juga dalam mata pelajaran yang lain.

2.3 Kebolehgunaan

Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk memahami konsep dan menguasai penulisan nilai murni. Kajian ini amat mudah dilakukan oleh murid kerana di bawah pengawasan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sendiri. Selain daripada itu, kaedah ‘2PerSi’ ini bersesuaian dengan murid kerana mereka lebih seronok belajar dengan adanya unsur hiburan dan rangsangan. Melalui kaedah ini juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran penulisan nilai murni dengan cepat dan berkesan.

Page 118: Prosiding Pismp Bm 2014

2.4 Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai kajian ini. Semasa kajian dijalankan, saya telah memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Kolaborasi

Saya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru-guru lain di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu. Hal yang demikian untuk memberikan pandangan tentang masalah murid tahun Lima Amal. Saya juga turut berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih lain bagi memastikan kaedah dan prosedur dijalankan dengan betul seterusnya dapat memantapkan lagi kajian ini.

2.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan di semua sekolah, samada di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Hal ini kerana, kaedah ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk menerima pelajaran serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

7.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan pencapaian murid tahun 5 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C dengan menggunakan Kaedah (2PerSi)

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

i. Membantu murid tahun 5 menjelmakan nilai murni dengan tepat dengan mengunakan Kaedah 2PerSi

ii. Meningkatkan kemahiran menjelmakan nilai murni kepada murid tahun 5 dengan tepat melalui kaedah 2PerSi.

3.3 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah kaedah 2PerSi dapat membantu murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni dengan tepat?

ii. Bagaimakah Kaedah 2PerSi dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni dengan tepat?

Page 119: Prosiding Pismp Bm 2014

8.0 Kumpulan Sasaran

Peserta kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Amal yang seramai lima orang. Subjek kajian ialah murid dari Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Besut, Terengganu. Peserta kajian ini juga merupakan murid saya bagi kelas mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sesi praktikum fasa tiga ini.

9.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: UjianDilaksanakan bagi melakukan tinjauan awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Sayamemberikan satu set soalan ujian untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menjelmakan nilai murni.

Langkah 2: IntervensiMelakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah ‘2PerSi bagi menulis karangan nilai murni pada Bahagian C. Kajian dijalankan secara ‘hands on’ dalam aktiviti berkumpulan.

- Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan kalah mati.- Kumpulan A akan bersaing dengan kumpulan B, manakala kumpulan C akan bersaing

dengan kumpulan D. Pasukan yang menang dalam perlawanan tersebut akan bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan akhir.

- Setiap pasukan perlu menjelmakan lima nilai murni dengan tepat menggunakan kaedah ‘2PerSi’ dalam masa 10 minit sahaja.

- Saya berbincang dengan murid-murid tentang nilai murni yang telah dijelmakan.

Langkah 3: Analisis dokumenSaya membuat pemerhatian daripada analisis lembaran latihan yang telah dilakukan oleh perserta kajian.

Langkah 4: PemerhatianSaya menggunakan senarai semak tingkahlaku negatif untuk merekod data terhadap peserta kajian.

Langkah 5: Temu bualSaya menggunakan senarai temu bual terhadap peserta kajian selepas sesi intervensi dijalankan kepada mereka.

10.0 Dapatan Kajian

Sebelum kajian dijalankan terhadap pemahaman murid tentang penggunaan kaedah 2PerSi dalam menjelmakan nilai murni didapati keputusannya amat rendah. Tahap penguasaan dan kemahiran mereka rendah serta kurang keyakinan dalam menjelmakan nilai murni. Peratusan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan kepada ujian adalah sepertiyang berikut :

Page 120: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 1Markah murid sebelum menggunakan kaedah 2PerSi dalam menjelmkan nilai murni.

Bilangan Peserta Kajian Jumlah Skor

1 Peserta Kajian 1 8 daripada 20

2 Peserta Kajian 2 9 daripada 20

3 Peserta Kajian 3 7 daripada 20

4 Peserta Kajian 4 8 daripada 20

5 Peserta Kajian 5 6 daripada 20

Jadual 1 menunjukkan markah murid yamg disemak berdasarkan lembaran kerja yang diberi. Jumlah skor sebelum intervensi sangat rendah.

Jadual 2Markah murid selepas menggunakan kaedah 2PerSi dalam menjelmkan nilai murni.

Bilangan Murid Nama Murid Jumlah Skor

1 Peserta Kajian 1 17 daripada 20

2 Peserta Kajian 2 17 daripada 20

3 Peserta Kajian 3 18 daripada 20

4 Peserta Kajian 4 16 daripada 20

5 Peserta Kajian 5 14 daripada 20

Selepas murid didedahkan dengan penggunaan kaedah 2PerSi dalam menjelmakan nilai murni, mereka lebih cenderung untuk menggunakan kaedah 2PerSi ini semasa membuat lembaran kerja dalam menjelmakan nilai murni. Tahap keyakinan mereka juga meningkat kerana penggunaan kaedah 2PerSi ini jugan banyak membantu murid menjelmakan nilai murni dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, kajian mendapati, respon daripada murid lain juga adalah positif apabila mereka lebih yakin dalam mengesan dan menjelmakan nilai murni dengan sangat baik dan tepat.

Page 121: Prosiding Pismp Bm 2014

Graf 1Markah murid sebelum dan selepas menggunakan kaedah 2PerSi dalam menjelmakan nilai

murni

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 50

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

MARKAH PERBANDINGAN UJIAN AWAL DAN AKHIR

Ujian AwalUjian Akhir

Graf 1 menunjukkan perbandingan markah murid tahun 5 sebelum dan selepas menggunakan kaedah 2PerSi. Hal ini menunjukkan jumlah skor sebelum intervensi sangat rendah berbanding selepas intervensi. Konklusinya, kaedah ini dapat membantu dan meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam menjelmakan nilai murni dalam penulisan bahagian C.

Pemerhatian tidak berstruktur direkodkan melalui nota lapangan. Berdasarkan pemerhatian awal, dapat disimpulkan beberapa masalah yang wujud dalam kelas ini. Pertama, murid tidak dapat menguasai kemahiran dalam menjelmakan nilai murni. Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan murid menulis nilai murni yang tidak tepat pada papan hitam dalam sesi soal jawab. Di samping itu, murid kelihatan keliru semasa penerangan diberikan. Apabila disoal berkenaan cara yang betul untuk menjawabnya, murid mengatakan “tidak tahu”. Murid juga menunjukkan bahawa mereka mengalami kekeliruan terhadapat konsep nilai murni dimana mereka menulis milai murni yang disangka betul.

Semasa intervensi dijalankan, didapati bahawa murid kelihatan berminat dengan kaedah ‘2PerSi’ lebih-lebih lagi apabila saya menggunakan kaedah ‘2PerSi’ dalam aktiviti permainan. Murid menumpukan pemerhatian kepada pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan murid yang dihalakan kepada guru sepenuhnya semasa pengajaran. Dari segi kefahaman murid, dapat diperhatikan bahawa berlaku peningkatan terhadap penguasaan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai murni. Selain itu, murid kelihatan cepat dalam menyiapkan lembaran kerja serta nilai murni yang digunakan lebih tepat berbanding sebelum ini. Akhir sekali, amalan pengajaran saya juga bertambah baik dengan peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid.

Page 122: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual: Senarai Semak Analisis Dokumen

Data analisis dokumen ini dikumpul semasa proses intervensi dijalankan iaitu selepas peserta kajian telah diperkenalkan dengan Kaedah 2PerSi. Analisis dokumen semasa proses intervensi ini adalah bertujuan untuk melihat peningkatan peserta kajian dalam kemahiran menjelma nilai murni selepas menerima rawatan daripada saya. Berdasarkan jadual di atas kesemua peserta kajian, telah melakukan item pertama analisis dokumen iaitu dapat menggariskan ayat yang mempunyai nilai. Oleh itu, dapat dilihat peserta kajian dapat mengenal pasti ayat yang mempunyai unsur nilai selepas diterangkan dengan menggunakan Kaedah 2PerSi.

Bagi item analisis dokumen kedua iaitu mengesan nilai yang telah diberi daripada pernyataan di dalam petikan di dapati kesemua peserta kajian telah mempunyai peningkatan dalam mengesan nilai yang telah sedia ada. Hal ini, dapat dilihat dalam latihan yang diberi peserta kajian dapat menyenaraikan nilai yang telah diberi sebelum dijelmakan.

Seterusnya, item yang ketiga pada analisis dokumen yang telah dilakukan ialah dapat menjelma nilai murni yang betul daripada pernyataan. Hasil daripada analisis lembaran latihan yang telah dilakukan, dapat dilihat PK 1, PK2, PK 3, dan PK 4 dapat menjelma lima nilai murni yang baru daripada pernyataan dengan betul. Keempat - empat peserta kajian ini dapat menukarkan lima nilai murni baharu dengan betul setelah dapat mengesan nilai yang telah diberi daripada pernyataan.

Namun PK 5, tidak dapat menjelma lima nilai murni dengan betul tetapi hanya dapat menjelma empat nilai murni sahaja. Seterusnya, saya telah melaksanakan temu bual bersama peserta kajian bagi melihat apakah kaedah 2PerSi dapat membantu murid tahun 5 Amal dalam

Perkara

Peserta Kajian 1

Peserta Kajian 2

Peserta Kajian 3

Peserta Kajian 4

PesertaKajian 5

Jumlah

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Menggariskan ayat yang mempunyai nilai

/ / / / / 5 0

Mengesan nilai yang telah diberi daripada pernyataan

/ / / / / 5 0

Dapat menjelma 5 nilai murni yang betul

/ / / / / 4 1

Page 123: Prosiding Pismp Bm 2014

menjelmakan nilai murni dengan tepat. Saya telah melakukan transkripsi jawapan temu bual peserta kajian seperti di bawah mengikut soalan yang telah diberikan.

Saya ingin mengetahui bagaimana cara murid menjelma nilai murni dan membantunya untuk menjelma nilai dengan menggunakan kaedah 2PerSi. Hasil daripada temu bual berikut dapat dianalisis bahawa kesemua peserta kajian dapat menjelma nilai murni dengan mengaplikasikan langkah-langkah dalam Kaedah 2PerSi. Temu bual di atas menunjukkan bahawa peserta kajian telah mengikuti setiap langkah yang telah diperkenalkan bagi membantu mereka menjelma nilai murni dalam pernyataan.

11.0 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui kaedah 2PerSi yang digunakan sebagai intervensi bagi membantu murid dalam menguasai kemahiran menjelmakan nilai murni, saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah skor setelah mengaplikasikan kaedah 2PerSi. Selain itu, murid juga telah didedahkan dengan kriteria untuk mendapatkan markah cemerlang dalam karangan menulis nilai murni pada bahagian C.

Intervensi yang digunakan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran mengesan dan menjelmakan nilai murni melalui peningkatan jumlah skor yang diperolehi dalam ujian yang telah dijalankan untuk menguji tahap pencapaian murid. Minat dan keyakinan murid dalam menjelmakan nilai murni dapat ditingkatkan melalui kaedah 2PerSi yang digunakan apabila subjek kajian tidak lagi melakukan tingkah laku negatif seperti menggangu termenung, rakan, keluar kelas dan tidak menyiapkan tugasan. Dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian dan berdasarkan analisis dokumen ini menunjukkan bahawa tahap penguasan murid semakin dalam menjelmakan nilai murni dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh saya. Teorinya mudah, jika sesuatu itu mudah, maka murid akan minat untuk membuatnya.

Konklusinya, kaedah yang digunakan iaitu 2PerSi dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam menjelmakan nilai murni bagi murid tahun lima dalam karangan Bahgian C, seterusnya menarik minat murid dalam melaksanakan latihan dalam mengesan dan menjelmakan nilai murni.

Saya : Bagaimanakah kamu menjelma nilai murni dengan menggunakan Kaedah 2PerSi?PK 1 : Saya garis ayat yang ada nilai murni dengan 2PerSi. Pastu jelma nilai.PK 2 : Garis ayat yang ada 2PerSi dan sifat orang tu macam mana.PK 3 : Gariskan ayat yang ada perbuatan, percakapan dan sifat. Pastu tulis nilai murni.PK 4 : Gariskan ayat yang ada 2PerSi.PK 5 : Saya cari ayat yang ade perbuatan, percakapan dan sifat

cikgu.

Page 124: Prosiding Pismp Bm 2014

Rujukan

Abd . Rahim Ad Rashid ( 2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadap Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publicarions Distributors Sdn. Bhd.

Hartini Binti Hamzah (2013).Meningkatkan Kemahiran Menulis Nilai Murni Murid Tahun 5 Arif Menggunakan Teknik BeTH4L.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahsuri binti Ismail. (2012). Meningkatkan Penguasaan Penulisan Karangan Bahagian C Murid-Murid Tahun 6 Pintar Menggunakan Petak Minda. Diperoleh pada 03 Mac 2014.

Mohamad Habibullah bin Abu Seman ( 2012). Penggunaan Rumus BaBUT Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Berkaitan Dengan Nilai-Nilai Murni Murid Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.

Page 125: Prosiding Pismp Bm 2014

TEKNIK “IKAN” – MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI “IALAH”

DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT

Muhammad Afiq Farhan AmranAhmmad Salehuddin Saman

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tahun empat dalam menguasai penggunaan kata pemeri ‘ialah’ menggunakan teknik ‘IKAN’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dengan betul dan tidak menunjukkan minat dalam mempelajari tajuk yang mereka rasakan remeh ini. Oleh itu, penggunaan teknik mengajar yang baharu ini iaitu ‘IKAN’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 5orang murid tahun empat di salah sebuah sekolah Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh. Instrumen yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah analisis dokumen (Ujian awal, latih tubi), pemerhatian (senarai semak), temubual dan rakaman video. Pengkaji menggunakan teknik “IKAN” sebagai intervensi bagi membantu meningkatkan penguasaan kata pemeri”ialah” subjek kajian. Berdasarkan analisis dapatan kajian melalui analisis dokumen ujian pra dan pos, pengkaji mendapati berlaku peningkatan dalam purata jumlah jawapan yang betul oleh subjek kajian. Melalui analisis dokumen (latih tubi, ujian awal) dan senarai semak, didapati berlaku peningkatan terhadap markah yang diperolehi oleh subjek kajian dalam pembinaan ayat yang gramatis menggunakan kata pemeri “ialah”. Markah subjek kajian yang pada mulanya dalam kategori sederhana telah meningkat kepada kategori baik dan cemerlang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik “IKAN” dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam menguasai kata pemeri “ialah” dengan tepat.

Kata kunci: menguasai, kata pemeri, “ialah”, IKAN

PENDAHULUAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dalam ingatan murid dan menyebabkan ingatan lama mula hilang. Ini kerana, maklumat yang hilang itu tersimpan dalam ingatan jangka pendek.Kaedah akronim ini ialah satu kaedah yang boleh membantu murid mengingat dengan mengaitkan sesuatu konsep dalam Bahasa Melayu atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada murid itu.

Page 126: Prosiding Pismp Bm 2014

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar tajuk kata pemeri tahun empat. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak faham apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk lisan dan bertulis yang telah pengkaji berikan dengan betul di akhir pembelajaran. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang masih lagi menunjukkan sikap memandang remeh tajuk yang berkaitan kata pemeri ‘ialah’ ini dan tidak dapat menguasai penggunaan kata pemeri ‘ialah’ ini dengan tepat.

FOKUS KAJIAN

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada murid saya mempunyai penggunaan kata pemeri ‘ialah’ yang sangat terhad.Mereka hanya mampu menggunakan kata pemeri ‘ialah’ ini dengan betul apabila mereka merasakan bahawa penggunaan kata tersebut sesuai dengan ayat yang biasa ditemui oleh mereka semasa di kelas sahaja.Mereka melakukan banyak kesilapan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ ini apabila menulis ayat.Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

i. Kesilapan murid mengenal pastigolongan kata yang sesuai digunakan selepas kata pemeri ‘ialah’.

ii. Kesilapan murid dalam membina ayat yang tepat apabila melibatkan penggunaan kata pemeri ‘ialah’.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, saya beranggapan murid-murid terlalu mengambil remeh penggunaan kata pemeri ‘ialah’ ini dalam membina ayat.Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman kerana kaedah yang saya gunakan sebelum ini iaitu kaedah penerangan adalah kurang berkesan.

Kebolehtadbiran

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas seramai 5 orang murid sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara saya dan murid memudahkan saya menjalankan kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik saya sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.

Kepentingan

Page 127: Prosiding Pismp Bm 2014

Kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman murid untuk memahami aspek tatabahasa khususnya murid tahun empat untuk mengatasi masalah kefahaman mereka terhadap tajuk kata pemeri‘ialah’ ini dan seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar bagi topik yang seterusnya iaitu kata pemeri ‘adalah’ pula. Kajian ini juga dapat digunakan oleh guru lain untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja dalam topik ini tetapi juga topik yang lain

Kebolehgunaan

Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk mempelajari subtopik yang seterusnya iaitu kata pemeri ‘adalah’. Kajian ini amat mudah dilakukan oleh murid kerana ianya di bawah pengawasan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sendiri. Selain itu, teknik ‘IKAN’ ini bersesuaian dengan murid kelas kerana mereka lebih gemar belajar melalui teknik mengingat yang mudah dan efektif. Melalui teknik ini, ia dapat membantu murid meningkatkan kefahaman murid dalam memahami kata pemeri ‘ialah’ dengan cepat dan berkesan.

Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai perjalanan kajian ini. Ketika kajian dilakukan, saya memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Kolaborasi

Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru-guru Bahasa Melayu di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu untuk memberikan pandangan tentang masalah murid Tahun Empat Multimedia. Saya juga turut berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain bagi memastikan saya mengikuti kaedah dan prosedur yang betul dan seterusnya dapat memantapkan lagi kajian ini.

Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, samada di bandar mahupun di kawasan luar bandar. Hal ini kerana, teknik ini tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi serta dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan kefahaman murid tahun empat dalam penguasaan kata pemeri ‘ialah’ dengan menggunakan teknik ‘IKAN’

Objektif Khusus

Page 128: Prosiding Pismp Bm 2014

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan penguasaan kata pemeri ‘ialah’ murid tahun 4 dalam aspek tatabahasa menggunakan teknik ‘IKAN’.

2. Teknik ‘IKAN’ dapat menarik minat murid tahun 4 menguasai kata pemeri ‘ialah’ dalam aspek tatabahasa.

Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah penguasaan kata pemeri ‘ialah’ murid tahun 4 dapat ditingkatkan dalam aspek tatabahasa dengan menggunakan teknik ‘IKAN’?

2. Adakah teknik ‘IKAN’ dapat menarik minat murid tahun 4 menguasai kata pemeri ‘ialah’ dalam aspek tatabahasa?

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai 5 orang murid Tahun Empat Multimediadari Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh, Terengganu.Saya memilih murid Tahun Empat Multimedia kerana saya telah mengajar tajuk Kata Pemeri Tahun Empatini semasa praktikum fasa tiga.Saya memilih 5 orang murid Tahun Empat Multimedia ini juga kerana murid-murid inilah yang menghadapi masalah dalam menguasai kata pemeri ‘ialah’ semasa sesi pengajaran saya.

Tindakan Dijalankan

Pengkaji memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyelidikan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Rekabentuk ini menunjukkan kitaran-kitaran dalam kajian tindakan yang mana setiap kitaran mempunyai 4 bahagian iaitu refleksi, rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Mereflek

Melalui peringkat mereflek, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian berhadapan dengan masalah dalam menguasai penggunaan kata pemeri “ialah” dengan tepat. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang perlu ditangani kerana penggunaan penggolongan kata yang betul merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kemahiran tatabahasa dan menulis.

Merancang

Pengkaji merancang satu pelan tindakan iaitu satu teknik pembelajaran yang dikenali sebagai teknik “IKAN” iaitu singkatan akronim bagi teknik ini. “I” merujuk kepada “ialah” dan “KAN” pula merujuk kepada “Kata Nama” dimana kata pemeri “ialah” ini hanya boleh hadir di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama sahaja. Apabila murid dapat mengingati teknik ini, sudah pasti

Page 129: Prosiding Pismp Bm 2014

mereka tidak akan membuat kesalahan-kesalahan yang kecil ini dalam tatabahasa ataupun dalam penulisan Bahasa Melayu.

Bertindak

Pengkaji melaksanakan intervensi yang dirancangkan kepada subjek kajian selama tiga puluh minit bagi setiap sesi yang akan dilakukan pada waktu rehat sekolah. Subjek dipecahkan kepada dua kumpulan bagi tujuan ini. Hal ini kerana pengkaji tidak mahu mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu persekolahan serta dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek kajian yang terlibat.

Memerhati

Pengkaji membuat pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap subjek kajian sepanjang proses PdP rumus berlangsung. Pengkaji mendekatkan diri dengan subjek kajian agar dapat mengetahui dengan lebih dekat situasi subjek kajian. Hal ini membolehkan pengkaji mengetahui secara dekat tingkah laku dan masalah yangdihadapi oleh subjek kajian. Menurut Meriam ( 1988) dalam Wee Eng Lee (2001) menyatakan bahawa kaedah pemerhatian dapat memberi gambaran yang jelas tentang perlakuan peserta kajian kerana pengkaji berpeluang untuk melihat peserta kajian secara terus. Dengan cara ini pengkaji dapat melihat sendiri aspek kelemahan dan bagaimana subjek kajian menggunakan modul yang diberikan.

Gelungan kedua

Pengkaji telah mengenalpasti terdapat sedikit kelemahan dalam kaedah perlaksanaan yang dibuat berdasarkan pencapaian subjek kajian dalam ujian pos 1.Oleh yang demikian pengkaji telah merancang semula kaedah perlaksanaan yang sesuai bagi memperbaiki hasil daripada penggunaan teknik IKAN.Pengkaji melakukan sedikit penambahbaikan dalam sesi perlaksanaan bertujuan untuk mendedahkan bagaimana kriteria untuk mendapatkan markah cemerlang bagi bahagian ini.Hasil yang diperolehi melalui ujian pos 2 menunjukkan berlakunya peningkatan dari penggunaan kata pemeri dan penggunaannya yang tepat dan lebih teratur.Pengkaji juga telah membuat rumus dalam bentuk grafik dan peta minda bagi membantu pelajar mengingat dan memahami teknik IKAN ini.

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Perbandingan nilai markah ujian awal, ujian pos 1dan ujian pos 2 dipersembahkan dalam bentuk graf.

Page 130: Prosiding Pismp Bm 2014

Subjek kajian 1 Subjek kajian 2 Subjek kajian 3 Subjek kajian 4 Subjek kajian 50

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Ujian AwalUjian S1Ujian S2

Rajah 1: Analisis purata markah yang diperoleh dalam setiap ujian.

Setelah pengkaji mengaplikasikan teknik IKAN kepada subjek kajian, terdapat peningkatan dari segi penggunaan kata pemeri “ialah” dalam ujian tatabahasa kata pemeri yang diberi kepada mereka. Secara keseluruhannya, persoalan mengenai “adakah teknik ‘IKAN’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun empat dalam penguasaan kata pemeri ‘ialah’?” adalah ya kerana melalui teknik IKAN, subjek kajian menunjukkan peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam soalan kata pemeri tersebut. Peningkatan ini menunjukkan melalui latih tubi pengaplikasian teknik IKAN yang telah dijalankan kepada subjek kajian adalah berkesan.

RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui alat yang digunakan sebagai intervensi bagi membantu subjek kajian menguasai kata pemeri “ialah” iaitu teknik IKAN, pengkaji mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah markah yang diperoleh subjek kajian setelah mengaplikasikan teknik IKAN serta melakukan latihan secara latih tubi. Penguasaan kata pemeri ‘ialah’ yang tepat ini adalah kerana dalam rumus yang diperkenalkan, pelajar tahu apakah golongan kata yang perlu hadir selepas kata pemeri ‘ialah’ dan bagaimana menggunakannya sewaktu menjawab soalan tatabahasa. Selain itu, pelajar juga telah didedahkan dengan kriteria untuk mendapatkan markah cemerlang dalam topik kata pemeri ini kerana kesilapan yang kecil inilah yang menjadikan ayat dalam Bahasa Melayu tidak gramatis dan menarik.

Intervensi yang digunakan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran membina ayat subjek kajian apabila melibatkan kata pemeri ‘ialah’ ini melalui peningkatan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian pos yang diadakan untuk menguji tahap pencapaian subjek kajian. Kesilapan dalam pemilihan kosa kata yang tepat selepas hadirnya kata pemeri‘ialah’ ini turut menunjukkan penurunan berdasarkan senarai semak yang disediakan.Ini

Page 131: Prosiding Pismp Bm 2014

membuktikan bahawa rumus yang digunakan membantu subjek kajian untuk menulis ayat yang dibina dengan lebih baik dan tepat.

Minat murid dalam menguasai kata pemeri ‘ialah’ ini dapat ditingkatkan melalui teknik yang digunakan apabila subjek kajian tidak lagi melakukan tingkah laku negatif seperti mengganggu rakan, keluar kelas dan tidak menyiapkan tugasan.Dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian berdasarkan senarai semak ini menunjukkan bahawa subjek kajian semakin berminat untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengkaji.Teorinya mudah, seseorang manusia lebih menyukai sesuatu yang dianggap mudah bagi mereka.

Kesimpulannya, kaedah yang digunakan iaitu teknik IKANini dapat meningkat penguasaan kata pemeri ‘ialah’ ini dalam soalan tatabahasa yang diberi, meningkatkan kemahiran dalam membina ayat yang melibatkan kata pemeri ‘ialah’ seterusnya menarik minat subjek kajian dalam melaksanakan latihan kata pemeri ‘ialah’ yang diberikan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainun Mohd (1994).Tatabahasa Dinamika Pembelajaran Berintegrasi dan Perbahanan Terperingkatan.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1987). “Masalah Kenahuan dan Kesalahan Bahasa” dlm. Darwis Harahap. Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar dan Rama Subbiah (1968).An Introduction to Malay Grammar.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan (1987). “Isu-isu bahasa Malaysia” dlm. Darwis Harahap. Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harimurthi Kridalaksana (1982). Kamus Linguistik. Jakarta : Gramedia.

Mashudi B.H kader (1986).“Aspek-aspek Sintaksis di dalam Bahasa Melayu Tinggi” dlm. Darwis Harahap. Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Azemi Mohd. Yusoff (1998).“Makna Kata Pemeri Dalam Ayat” dlm. Dewan Bahasa 42:7, hlm.588-596.

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samsuri (1982).Tatakalimat Bahasa Indonesia.Jakarta : PT Sastra Hudaya. S.Nathesan (1997).“Kekhilafan Penggunaan Ialah Dan Adalah” dlm.Pelita Bahasa 9:9, hlm.18-19.

Page 132: Prosiding Pismp Bm 2014

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1962).Pelita Bahasa Melayu Penggal 111. London :Terbitan macmilan and Co Limited.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun.(2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Tang, G.L. (2005). Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah dengan Menggunakan Kaedah Mnemonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 97-107. Dimuat turun pada 12 Jun 2014daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/11%20%20tang%20mneumonik.pdf

Suwito, N.S. (2005). The Art Memory dan Estetika Pembelajaran (Implementasi Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab). Ibda’ Vol.3, No.2, 275-296. Dimuat turun pada 16 Jun 2014 daripada http://ibda.files.wordpress.com/2008/04/8-the-art-of-memory-dan-estetika-pembelajaran.pdf

Jamaludin Ag. Damit. (2008). Penggunaan “Sistem Trek” dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F. Dimuat turun pada 12 Jun 2014 daripada http://www.smk-majakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/Arman.pdf

Page 133: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN “KAD TERANG BACA” MEMBANTU MENINGKATKAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Muhammad Fathi Mohamed YusoffRosli Ab. Ghani

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan “ Kad Terang Baca “ dalam membantu muridmengatasi masalah penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun lima. Tinjauan awal mendapati, sesetengah murid tidak dapat menulis dengan baik dan tidak menggunakan tanda baca yang betul. Satu teknik yang menarik untuk dirujuk, mudah difahami, dan berkesan dijalankan untuk meningkatkan prestasi murid dalam mengatasi masalah penggunaan tanda baca. Kaedah mengumpul data terdiri daripada semakan dokumen, ujian pengesanan dan ujian pencapaian serta soal selidik. Responden terdiri daripada murid tahun Lima iaitu terdiri daripada 4orang murid lelaki (40%) dan 6orang murid perempuan (60%) . Hasil analisis menunjukkan penggunaan“Kad Terang Baca” berkesan membantu murid dalam mengatasi masalah penggunaan tanda baca dan menarik minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran berkenaan tanda baca.

Kata kunci : “Kad Terang Baca”,tanda baca,teknik.

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah rendah.Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan dari segi tulisan mahupun berkomunikasi selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap murid di sekolah.Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang terakhir yang yang menjadi puncak dalam penguasaan bahasa Melayu.Kemahiran menulis ini dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran menulis mekanis dan penulisan mentalis (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).

Saya telah berbincang dengan guru pembimbing berkenaan dengan masalah tanda baca.Beliau yang juga merupakan guru Bahasa Melayu yang mengajar di kelas tahun Lima Alpha.Beliau menyatakan bahawa masalah penggunaan tanda baca ini tidak terhenti setakat tahun Lima tetapi juga melibatkan kebanyakan murid di sekolah ini. Beliau menyokong keputusan saya untuk cuba mengatasi masalah ini. Oleh sebab itu, saya memikirkan masalah

Page 134: Prosiding Pismp Bm 2014

ini perlu diatasi dengan kadar segera kerana tanda baca merupakan perkara asas dalam bidang penulisan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran dapat dilihat betapa pentingnya penguasaan tanda baca oleh murid-murid.Oleh itu, kajian tindakan ini sangat bertepatan dan sesuai bagi membantu murid-murid tahun Lima Alpha mengatasi masalah ini.

Bagi menfokuskan lagi kajian ini, tiga tanda baca yang dirasakan sering menjadi permasalahan murid tahun Lima Alpha ini telah dipilih.Tiga tanda baca tersebut ialah huruf besar, tanda noktah, dan tanda koma.Tiga tanda baca tersebut dipilih kerana sangat bersesuian dengan tahap penulisan mereka.Tiga tanda baca ini dapat membantu murid dalam menulis pelbagai ragam ayat.Huruf besar dan tanda noktah merupakan perkara wajib yang terkandung dalam setiap ayat.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid-murid ini pasti akan menghadapi banyak masalah yang besar ketika menghasilkan sesuatu hasil penulisan sama ada membina ayat tunggal, ayat majmuk mahupun penulisan karangan yang diberikan oleh guru di masa hadapan. Sesuatu hasil penulisan juga akan dianggap lemah dan tidak diiktiraf sekiranya terdapat kesalahan tanda baca atau penulisan huruf besar, dipetik daripada Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, (1992).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut:

Objektif Am

Secara umumnya, objektif kajian saya adalah untuk meningkatkan penguasaan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun 5 dengan menggunakan kaedah ‘‘ Kad Terang Baca’’

Objektif Khusus

(i) Meningkatkan tahap penguasaan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun 5 dengan menggunakan kaedah ‘‘Kad Terang Baca’’

(ii) Menarik minat murid dalam menggunakan ‘‘Kad Terang Baca’’ semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan.

Persoalan Kajian

(i) Adakah penggunaan ‘‘Kad Terang Baca’’ dapat meningkatkan penguasaan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid?

(ii) Adakah penggunaan ‘‘Kad Terang Baca’’ dapat menarik minat murid semasa aktviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan?

Page 135: Prosiding Pismp Bm 2014

4.0 KUMPULAN SASARAN

Terdapat seramai 10 orang murid yang lemah dalam penggunaan tanda baca.Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan tanda baca malah mereka kadangkala cuai dalam penggunaan tanda baca. Namun begitu sampel mempunyai tahap IQ yang sama. Kesemua murid boleh membaca dan menulis dengan baik. Oleh itu saya menjalankan kajian tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut. Persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana subjek kajian dipilih mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian (Chua, 2006)

5.0 TINDAKAN PELAKSANAAN

Sayatelah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh Lima terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian.Setelah mendapat kebenaram, sayatelah berbincang dengan guru pembimbing untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Dalam kajian ini, penggunaan ‘Kad Terang Baca’ akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap penguasaan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun lima. Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan kajian ini :

PELAKSANAAN KAJIAN1. Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran

Memasuki kelas Melakukan ujian pengesanan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji.

2. Menjalankan intervensi ‘Kad Terang Baca’ Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah

kuliah kepada kumpulan sasaran dengan menggunakan ‘Kad Terang Baca’3. Menjalankan ujian pencapaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran kepada

kumpulan sasaran. Mengumpul ujian pencapaian kumpulan sasaran dan menganalisis data.

4. Mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran.

Instrumen Kajian

Instrumen penyelidikan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A berbentuk ujian iaitu Ujian Pengesanan. Bahagian Bjuga berbentuk ujian iaitu Ujian Pencapaian yang menggunakan dengan aras Taksonomi Bloom yang sama. Manakala Bahagian C pula terdiri daripada satu set item soal selidik.

Bahagian A. Bagi ujian pengesanan ini, terdapat penulisan karangan yang dibaca oleh guru.Murid diberi sehelai kertas dan diminta menyalin semula karangan yang telah dibaca.Selepas aktiviti menyalin semula karangan, semakan dokumen dijalankan. Ujian iniakan diberikan kepada kumpulan kawalan iaitu semua murid tahun Lima Alpha. Soalan ini akan dijawab dalam masa 30 minit. Ujian ini amat bernilai untuk menguji tahap murid dalam permasalahan yang dihadapi.Data yang dikutip dikumpul dalam bentuk markah.

Page 136: Prosiding Pismp Bm 2014

Bahagian B. Bagi ujian pencapaian ini, set ujian ini menggunakan aras taksonomi bloom yang sama dengan ujian pengesanan. Set ini terdiri daripada penulisan karangan yang dibaca oleh guru dan murid menyalin semula apa yang didengar di atas kertas. Murid juga dinilai dari semakan dokumen oleh guru Ujian ini hanya akan diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu 10 orang murid Tahun Lima Alpha. Soalan ini akan dijawab dalam masa 30 minit.Ujian ini adalah untuk menguji berbezaan tahap pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku.Data yang dikutip dikumpul dalam bentuk markah.

Bahagian C. Terdapat satu set soalan soal selidik. Set ini terdiri daripada 10 item dikemukakan bagi mengenalpasti minat murid semasa menggunaan ‘Kad Terang Baca’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Set soal selidik ini akan diberikan kepada murid Kumpulan sasaran sahaja memandangkan penggunaan ‘Kad Terang Baca” ini hanya terhad kepada mereka. Kesahan bagi soalan item minat telah disahkan oleh Encik Osman Bin Jusoh, guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Persoalan Kajian 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 200

1

2

3

4

5

6

7Ujian Pengesanan

Markah

Bila

ngan

Pe

laja

r

Rajah 1: Ujian Pengesanan

Rajah 1 menunjukkan markah dalam ujian pengesanan yang dijalankan kepada murid tahun Lima Alpha.Terdapat 10 orang murid yang masih berada dalam keadaan lemah kerana telah melakukan kesalahan melebihi 50% daripada jumlah kesalahan tanda baca dalam latihan yang diberikan.Saya telah memilih murid dalam keadaan lemah ini untuk menjalankan intervensi ‘Kad Terang Baca’.

Page 137: Prosiding Pismp Bm 2014

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 200

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5Ujian Pencapaian

Markah

Bila

ngan

Pe

laja

r

Rajah 2 : Ujian Pencapaian

Rajah 2 menunjukkan markah dalam ujian pencapaian yang dijalankan kepada kumpulan sasaran yang telah diberikan intervensi oleh saya dengan menggunakan ‘Kad Terang Baca’.Graf menunjukkan tiada lagi pelajar dalam keadaan lemah.Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan ‘Kad Terang Baca’ adalah lebih berkesan.

Persoalan Kajian 2

Jadual 1

Taburan frekuensi, peratus, min minat murid terhadap penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’

BIL

ITEM PERSOALAN SKALA MIN

Sangat

Tidak Setuju

1

Tidak Setuju

2

Setuju

3

Sangat

Setuju

4

1 Saya suka mempelajari Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

6

(60%)

4

(40%)

3.40

2 Saya bersemangat semasa mempelajari Bahasa Melayu.

1

(10%)

5

(50%)

4

(40%)

3.30

Page 138: Prosiding Pismp Bm 2014

3Saya seronok belajar bersama kawan-kawan dalam kumpulan semasa subjek Bahasa Melayu.

1

(10%)

4

(40%)

5

(50%) 3.40

4‘Kad Terang Baca’ sangat menarik dan mudah diingat.

2

(20%)

8

(80%) 3.80

5 Saya lebih bersemangat untuk belajar apabila menggunakan ‘Kad Terang Baca’

4

(40%)

6

(60%) 3.60

6Saya berusaha menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul selepas guru menggunakan ‘Kad Terang Baca’

7

(70%)

3

(30%) 3.30

7Saya tidak merasa bosan jika guru menggunakan ‘Kad Terang Baca’semasa mengajar.

6

(60%)

4

(40%) 3.40

8Saya tidak mengantuk semasa guru menggunakan ‘Kad Terang Baca’semasa mengajar.

2

(20%)

4

(40%)

8

(40%) 3.20

9

Saya berasa seronok menggunakan ‘Kad Terang Baca’ semasa membuat latihan.

10

(100%)

4.00

10

Saya gembira kerana berpeluang menggunakan kad ‘Kad Terang Baca’

1

(10%)

5

(50%)

4

(40%) 3.30

KESELURUHAN 5% 95% 3.47

Jadual 1 menunjukkan bahawa responden berminat dengan penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan tanda baca.Hal ini jelas dapat dilihat menerusi peratusan keseluruhan responden yang bersetuju sebanyak 95% berbanding dengan hanya 5% responden yang tidak bersetuju.Dengan ini, dapatlah dirumuskan bahawa sebahagian besar responden berminat dengan penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan tanda baca.

Page 139: Prosiding Pismp Bm 2014

7.0RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian, saya mendapati bahawa penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’dapat memberi kesan terhadap tahap pencapaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu dalam meningkatkan tahap penguasaan penggunaan tanda baca dalam kalangan murid tahun Lima Alpha.Hal ini kerana pencapaian murid selepas intervensi, pencapaian murid meningkat dalam penggunaan tanda baca.Selain itu juga, dengan menggunakan penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’, proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam meningkatkan tahap penggunaan tanda baca dapat dijalankan dalam suasana yang seronok.Penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’ini juga dapat memberi kesan positif dengan membantu murid menjawab soalan ujian dengan baik. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ‘Kad Terang Baca’ini dapat membantu murid dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan tanda baca lebih menarik.

7.1 Cadangan Dan Penambahbaikan

Terdapat beberapa cadangan atau penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memantapkan lagi kajian ini. Antara cadangan atau penambahbaikan yang dicadangkan ialah :

1. Menggunakan kaedah ini untuk topik-topik lain yang bersesuai dalam Huraian Sukatan Pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu.

2. Mengaplikasikan kaedah kajian ini untuk subjek-subjek lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.

3. Mengaplikasikan kaedah ini kepada semua murid terutamanya murid yang menghadapi masalah pembelajaran seperti murid pemulihan, disleksia dan sebagainya.

RUJUKAN

Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.: McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.Mok Soon Sang (2009) Pengajaran & Persediaan Mengajar , Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud (2010) .Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Mata Pelajaran Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Tin Len Siong PhD, A. S. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

Page 140: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH GET MAMPU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA PERKATAAN DIGRAF ‘NG’ BAGI MURID TAHUN LIMA.

Noor Sharizan Binti Mohd Shah

Encik Mohd Sarifuddin Bin Mat Salleh

Jabatan Pengajian Melayu

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan masalah mengeja perkataan digraf ‘ng’ di samping melihat cara kaedah GET dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja perkataan digraf ‘ng’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami masalah tertinggal abjad ‘n’ atau ‘g’ dalam mengeja perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkonsepkan permainan kaedah GET digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap tiga orang murid lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Besut. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh empat minggu. Pengumpulan data dilakukan melalui ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Melalui instrumen pemerhatian, subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengeja perkataan digraf ‘ng’ melalui permainan kaedah GET ini. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan permainan kaedah GET dapat meningkatkan kemahiran murid mengeja perkataan digraf ‘ng’. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah dengan mengaplikasikan kaedah ini untuk tajuk-tajuk yang sesuai dalam semua mata pelajaran terutama mata pelajaran Bahasa Melayu supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih seronok kepada murid-murid.

Kata kunci : meningkatkan, kemahiran, mengeja, perkataan, digraf ‘ng’, kaedah GET

1.0 Pengenalan

Membaca merupakan kunci segala ilmu pengetahuan (Faizah Jamaluddin; Mazni Mohd Kharoni 2005). Ia merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu (Roziah Abd Hamid 2005). Bagi membaca dengan lancar, seseorang perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran tersebut merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sewaktu praktikum, saya telah dapat mengenal pasti masalah yang dialami oleh murid kelas tahun lima (5) Firuz. Murid-murid tersebut mengalami masalah kesukaran dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’ apabila dieja bersama imbuhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat banyak kesalahan ejaan perkataan digraf ‘ng’ yang dilakukan oleh murid apabila membuat latihan membina ayat dalam lembaran kerja yang diberikan. Antara kesalahan ejaan yang sering dilakukan ialah apabila murid mengeja perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’, salah satu konsonan tersebut akan tertinggal contohnya perkataan ‘mengangkat’ akan dieja ‘mengankat’.

Page 141: Prosiding Pismp Bm 2014

2.0 Fokus Kajian

Menurut Mazni Othman (2008), selain mengalami masalah menyebut perkataan digraf, murid juga mengalami kelemahan untuk mengeja perkataan tersebut. Fokus kajian saya merujuk kepada murid yang mengalami masalah mengeja perkataan digraf ‘ng’ apabila perkataan tersebut dieja bersama imbuhan ‘me-’ dan ‘meng-’. Murid melakukan kesilapan mengeja ‘menagis’ bagi perkataan ‘menangis’ dan ‘menanga’ bagi perkataan ‘menganga’. Masalah ini berlaku kepada tiga orang murid dari kelas tahun 5 Firuz. Kajian yang dijalankan menekankan kepada aspek mengeja perkataan digraf ‘ng’ dengan betul. Fokus kajian yang dijalankan menekankan supaya murid dapat mengeja perkataan digraf ‘ng’ dengan betul. Pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan kaedah GET agar kemahiran murid dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’ dapat ditingkatan dalam kalangan murid yang bermasalah ini.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran mengeja perkataan digraf ‘ng’ murid tahun lima menggunakan kaedah GET.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti masalah murid dalam mengeja perkataan yang mengandungi digraf ‘ng’ apabila dieja bersama imbuhan ‘me-’ dan ‘meng-’.

2. Menjelaskan cara kaedah GET membantu meningkatkan kemahiran murid mengeja perkataan digraf ‘ng’.

3.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’?

2. Bagaimanakah kaedah GET dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah, Besut, Terengganu. Murid ini disasarkan kerana kelemahan mereka dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’. Subjek kajian terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan mempunyai tahap kecerdasan IQ yang berbeza.

5.0 Tindakan yang dijalankan

Langkah 1 : Temu bual awal

Page 142: Prosiding Pismp Bm 2014

Temu bual sebelum intervensi adalah penting bagi pengkaji untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan murid. Beberapa maklumat penting dicatatkan sebagai rujukan. Temu bual telah dilakukan bersama subjek kajian.

Langkah 2 : Ujian Awal.

Memandangkan kajian ini dijalankan dalam bulan puasa, ujian awal ini dilaksanakan pada waktu rehat minggu pertama berdasarkan tinjauan awal. Ujian ini mengandungi 10 soalan berkaitan dengan ejaan perkataan digraf ‘ng’. Pengkaji memberikan soalan ujian awal untuk mendapatkan data awal masalah mengeja perkataan digraf ‘ng’ sama ada masih berlanjutan berikutan daripada dapatan sewaktu pengkaji mula mengenal pasti masalah mengeja murid pada lembaran kerja yang diberikan sewaktu tempoh awal praktikum. Tempoh pelaksanaan ujian adalah 20 minit.

Langkah 3 : Pemerhatian

Pemerhatian ini dijalankan selepas ujian awal dilaksanakan agar pengkaji dapat mengenal pasti dengan lebih menyeluruh tahap pencapaian semasa murid berkenaan.

Langkah 4 : Intervensi

Sebelum memulakan permainan kaedah GET, subjek kajian diberikan sedikit taklimat dan cara permainan ini dijalankan. Ketika subjek kajian bermain, pengkaji bertindak sebagai pembimbing dan pemantau sebagai persediaan awal jika subjek kajian ingin bertanyakan apa-apa soalan yang berkaitan. Pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah GET untuk masalah mengeja perkataan digraf ‘ng’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

- Murid akan bermain litar lumba kereta yang disediakan oleh guru.- Murid diminta untuk menggerakkan kereta lumba yang mengandungi imbuhan ‘me-’ dan

‘meng-’ ke arah salah sebuah kereta lumba bertentangan yang terselit perkataan digraf ‘ng’ pada kereta lumba tersebut.

- Setelah berlaku pertembungan antara dua buah kereta lumba tersebut, murid diminta untuk menggabungkan perkataan tersebut dengan betul. (kaedah G : Gabung)

- Kemudian, murid akan memilih suku kata yang bersesuaian untuk membentuk perkataan yang diperoleh berdasarkan dua buah kereta tersebut.

- Suku kata akan dimasukkan ke dalam papan tanda yang disediakan di tepi litar lumba dan murid akan mengeja perkataan tersebut dengan betul. (kaedah E : Eja)

- Setelah murid dapat mengeja perkataan digraf dengan betul, murid akan menulis semula perkataan digraf tersebut tanpa melihat papan tanda. (kaedah T : Tulis)

- Guru berbincang dengan murid tentang perkataan digraf ‘ng’ yang telah dieja.

Langkah 5 : Ujian Akhir

Pengkaji menjalankan ujian akhir terhadap murid untuk mendapatkan dapatan akhir setelah melaksanakan intervensi menggunakan kaedah GET bagi masalah mengeja perkataan digraf ‘ng’. Hasil ujian akhir akan dapat menilai sejauh mana keberkesanan kaedah GET yang telah digunakan sewaktu intervensi sama ada kemahiran mengeja murid bertambah baik atau sebaliknya. Set soalan yang diberi adalah sama dengan set soalan ujian awal yang telah diberi dahulu.

Page 143: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 6 : Pemerhatian

Selepas ujian akhir dilaksanakan, pengkaji akan melakukan pemerhatian tindak balas murid terhadap kaedah GET yang telah digunakan dalam pembelajaran. Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk melihat pencapaian murid selepas ujian akhir dilaksanakan.

Langkah 7 : Temu bual akhir

Temu bual ini dijalankan selepas intervensi seperti mana temu bual yang dilakukan sebelum intervensi ini dijalankan. Temu bual telah dilakukan bersama subjek kajian.

Langkah 8 : Gelungan Kedua

Pengkaji telah mengenal pasti kelemahan kaedah GET iaitu pada cara perlaksanaan kaedah tersebut bermula daripada menggabung suku kata, mengeja suku kata sehinggalah menulis perkataan. Guru perlu lebih memberi bimbingan agar murid lebih faham apa yang perlu dilakukan bermula dari langkah pertama sehinggalah langkah yang seterusnya memandangkan subjek kajian tergolong dalam kalangan murid yang lemah.

6.0 Dapatan Kajian

6.1. Ujian Awal dan Ujian Akhir

Hasil keputusan ujian awal dan ujian akhir ini dianalisis dan menjawab soalan kajian pertama. Skor yang diperoleh akan menentukan tahap keberkesanan kaedah yang digunakan dalam intervensi.

Bilangan Markah Tahap Keberkesanan8 – 10 Menguasai6 – 7 Sederhana

4 – 5 Tidak Menguasai 0 – 3 Gagal

Rajah 1 : Jadual Skor

Markah ujian awal dan ujian akhir direkodkan dalam satu bentuk dokumentasi carta setelah kaedah yang dihasilkan oleh pengkaji berkesan atau tidak. Ujian awal dan ujian akhir dianalisis bagi melihat hasil penggunaan kaedah GET. Berikut merupakan perbandingan keputusan ujian awal dan ujian akhir dalam bentuk graf.

Page 144: Prosiding Pismp Bm 2014

Murid 1 Murid 2 Murid 30

2

4

6

8

10

12

Perbandingan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir

Ujian Awal Ujian Akhir

Subjek Kajian

Mar

kah

Rajah 2 : Perbandingan Keputusan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir.

Berdasarkan perbandingan keputusan ujian data awal dan data akhir jelas membuktikan bahawa berlaku peningkatan terhadap markah murid selepas penggunaan kaedah GET. Berdasarkan rajah 2, keputusan markah yang minimum bagi ujian awal ialah pada tahap gagal iaitu bilangan markah antara 0 hingga 3 daripada 10 markah. Melalui ujian awal ini, didapati dua orang subjek kajian yang berada pada tahap ini. Manakala tahap maksimum bagi ujian awal ini berada pada tahap tidak menguasai iaitu seorang subjek kajian yang mendapat markah 4 daripada 10 markah. Bagi keputusan ujian akhir pula, markah yang paling minimum berada pada tahap menguasai iaitu memperolehi 9 daripada 10 markah. Manakala markah paling maksimum yang diperolehi oleh seorang subjek kajian berada pada tahap menguasai sepenuhnya dengan memperolehi keputusan penuh 10 markah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang positif terhadap pencapaian subjek kajian.

Berdasarkan rajah 2, murid yang berada pada tahap gagal telah meningkat naik prestasinya kepada tahap menguasai. Ini bermakna murid telah dapat menguasai kemahiran mengeja perkataan digraf ‘ng’ melalui penggunaan permainan kaedah GET. Manakala murid yang yang berada pada tahap tidak menguasai juga berjaya meningkat naik kepada tahap menguasai sepenuhnya. Ini bermakna, gaya pembelajaran penggunaan permainan kaedah GET sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid terutamanya bagi murid yang lemah dalam kemahiran mengeja. Peningkatan markah yang ditunjukkan melalui rajah 2 ini juga membuktikan bahawa penggunaan permainan kaedah GET ini berkesan.

6.2. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini telah dilaksanakan sepanjang kajian ini dijalankan. Dalam meningkatkan kefahaman murid mengeja perkataan digraf ‘ng’ melalui permainan kaedah GET ini, pengkaji telah menyediakan analisis data dengan menggunakan borang pemerhatian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Analisis data pemerhatian ini dapat menjawab persoalan kajian kedua. Antara item yang diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah pencapaian, tindak balas terhadap soalan, penglibatan dan komunikasi subjek kajian. Melalui pemerhatian daripada data ujian awal dan akhir yang diperoleh, didapati berlaku peningkatan pencapaian dalam kemahiran mengeja perkataan digraf. Melalui aspek tindak balas terhadap soalan, didapati sebelum intervensi, subjek kajian tidak memberi respon apabila guru bertanyakan soalan berkaitan ejaan

Page 145: Prosiding Pismp Bm 2014

perkataan digraf. Hanya seorang subjek kajian sahaja yang cuba untuk memberi jawapan walaupun jawapan yang diberi salah. Manakala, selepas melaksanakan intervensi, semua subjek kajian dapat memberikan tindak balas terhadap soalan dengan jawapan yang yakin. Pemerhatian dari segi penglibatan murid sebelum intervensi pula agak pasif berbanding dapatan pemerhatian selepas intervensi yang lebih aktif dan melibatkan diri sepenuhnya. Aspek terakhir yang diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah komunikasi subjek kajian menjadi lebih baik antara subjek kajian lain dan guru selepas menjalankan intervensi. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan instrumen kualitatif iaitu pemerhatian dalam bentuk gambar dan video untuk menyokong lagi hasil analisis data pemerhatian.

6.3. Temu bual separa berstruktur

Majid Konting (2009), temu bual merupakan kaedah yang mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses memperolehi maklumat. Teknik temu bual separa berstruktur hanya soalan utama disediakan dan soalan susulan berdasarkan jawapan subjek kajian. Berdasarkan keputusan analisis data temu bual, didapati juga telah dapat menjawab soalan kajian pertama. Hasil analisis temu bual mendapati bahawa penggunaan permainan kaedah GET berjaya meningkatkan kemahiran murid untuk mengeja perkataan digraf ‘ng’.

Temu bual sebelum intervensi. Guru : Adakah kamu tahu tentang carauntuk mengeja perkataan digraf ‘ng’ dengan betul sebelum gurumenggunakan permainan kaedah GET ? Murid 1 : Tidak.Temu bual selepas intervensi Guru : Adakah kamu tahu tentang carauntuk mengeja perkataan digraf ‘ng’ dengan betul selepas gurumenggunakan permainan kaedah GET ? Murid : Ya .

Jadual 3 : Analisis Temu bual sebelum dan selepas intervensi

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis markah bagi kedua-dua ujian awal dan akhir ,ini jelaslah bahawa peningkatan markah pada ujian akhir menunjukkan bahawa permainan ini dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh yang demikian, penggunaan permainan kaedah GET telah meningkatkan kefahaman murid dalam mengeja perkataan digraf ‘ng’. Hal ini membuktikan bahawa pelaksanaan permainan dalam pengajaran amat berkesan seperti yang diperkatakan oleh Kamaruddin Haji Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1995), permainan bahasa berupaya meninggalkan kesan mendalam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana hal ini bersesuaian dengan sifat semula jadi murid yang gemarkan hiburan, cabaran dan kepuasan. Oleh yang demikian, hasil analisis data telah pun terjawab kepada persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini.

Page 146: Prosiding Pismp Bm 2014

8.0 Rujukan

Faizah Jamaluddin, Mazni Mohd Kharoni (2005). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Pelajar Peralihan dengan Latih Tubi, Kertas Kerja dibentang di Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA : Kuala Lumpur.

Kamaruddin Haji Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1995). Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mazni Bin Othman (2008). Mengatasi Masalah Kelemahan Menyebut Perkataan yang Melibatkan Konsonan Bergabung (Digraf) dengan ‘Teknik Cantum dan Sebut’. Perak: Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak.

Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 dengan Latih Tubi Menggunakan Suku Kata dan Gambar, Kertas Kerja dibentang di Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA : Kuala Lumpur.

Page 147: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH SUESELIS DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA PERKATAAN VOKAL BERGANDING ‘IA’ BAGI MURID TAHUN EMPAT

Norazira [email protected]

En. Mohd Sharifuddin Mat SallehJabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid Tahun Empat mengeja dengan betul setiap perkataan yang melibatkan vokal berganding ‘ia’ dalam sesuatu penulisan melalui kaedah SuESelis iaitu secara Susun, Eja, Sebut dan Tulis yang digabungkan bersama dengan menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan khas. Kajian ini melibatkan lima orang murid Tahun Empat dari salah sebuah sekolah di daerah Besut, Terengganu semasa menjalani latihan praktikum fasa tiga. Pemilihan murid-murid ini berdasarkan tinjauan awal terhadap hasil lembaran kerja yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan berdasarkan model Kemmis dan Taggart (1982). Teknik yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur, temu bual dan analisis dokumen.Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif bagi memurnikan lagi dapatan yang diperoleh.Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan kesalahan ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’ dalam kalangan murid semakin berkurangan iaitu daripada maksimum sembilan kepada dua kesalahan melalui instrumen ujian awal dan ujian akhir.Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah SuESelis dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’.Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah menerapkan lebih banyak konsep permainan supaya dapat meningkatkan lagi tahap keseronokan dan keaktifan murid ketika belajar.

Kata kunci : kefahaman, penguasaan, keseronokan, bahan bantu belajar SuESelis

1.0 Pengenalan

Menurut Applebee, Langer dan Mullis (seperti yang dipetik dalam Lilies Suryanti, 2010, hal 1), laporan The National Asessment of Educational Progress (NAEP) Amerika menyatakan bahawa tidak sampai satu perlima penulisan murid memuaskan sejak dari tahun 1986. Kebanyakan murid menghadapi masalah menyusun pandangan dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresikan dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.Sehingga ke hari ini, kemahiran menulis terus menjadi masalah ketara dalam kalangan murid sekolah terutama dalam aspek tatabahasa.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan semasa praktikum fasa tiga, terdapat satu masalah pembelajaran yang berjaya dikesan berlaku dalam kalangan murid Tahun Empat. Semasa menyiapkan lembaran kerja bertarikh 3 Februari 2014, lima orang murid Tahun Empat didapati telah melakukan kesalahan dalam mengeja perkataan yang melibatkan vokal berganding ‘ia’ iaitu bagi perkataan ‘hias’, ‘biar’ dan ‘sentiasa’. Arahan soalan telah meminta murid membina ayat ringkas berdasarkan gambar.Berdasarkan lembaran kerja tersebut, murid boleh membina ayat tunggal dengan betul dari segi makna tetapi berlaku kesalahan dalam ejaan apabila ketiga-tiga perkataan tersebut telah dieja menjadi hiyas, biyar dan sentiyasa.Jika diperhatikan, murid mengalami kekeliruan dalam mengeja perkataan yang

Page 148: Prosiding Pismp Bm 2014

melibatkan vokal berganding khususnya ‘ia’ ini apabila sesetengah dalam kalangan mereka menambahkan huruf y ditengah-tengah vokal berganding tersebut.

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian saya adalah merujuk kepada membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’.Berdasarkan kepada analisis masalah pengajaran dan pembelajaran yang lalu, murid gagal untuk menghasilkan penulisan yang baik apabila terdapat kesalahan tatabahasa khususnya dari segi ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’.Salah satu sebab yang mendorong kepada wujudnya masalah ini ialah murid mengalami kekeliruan antara bunyi sebutan perkataan dengan ejaan sebenar.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah yang sesuai agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan subjek kajian dalam mengeja perkataan yang mengandungi vokal berganding ‘ia’.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

3.2.1 Membantu murid mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan betul dan melalui kaedah SuESelis yang dibentuk.

3.2.2 Meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’menggunakan kaedah SuESelis.

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut :

3.3.1 Apakah kaedah SuESelisdapat membantu murid mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan betul dan berkesan?

3.3.2 Bagaimanakahkaedah SuESelis dapat meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada lima orang subjek kajian dari Tahun Empat. Subjek kajian ini disasarkan apabila mereka mempunyai kelemahan dalam mengeja perkataan yang mengandungi vokal berganding ‘ia’ketika membina ayat dalam lembaran kerja.Sekiranya mereka dapat menguasai kemahiran yang diberikan, maka bilangan murid untuk membina ayat tanpa sebarang kesalahan ejaan sesuatu perkataan adalah tinggi.

5.0 Kajian Dijalankan

Langkah 1 : Temu bual

Page 149: Prosiding Pismp Bm 2014

Sesi temu bual separa berstruktur dengan subjek kajian menggunakan soalan temu bual yang telah disediakan untuk mendapatkan refleksi secara lisan tentang sesi P&P Bahasa Malaysia dan faktor wujudnya masalah mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’.

Langkah 2 : Ujian Awal

Saya menyediakan satu set soalan yang meminta murid mengeja sepuluh patah perkataan vokal berganding ‘ia’ berdasarkan sebutan guru.

Langkah 3 : Pemerhatian dan Analisis Dokumen

Pemerhatian semasa murid menjawab soalan ujian awal berpandukan borang pemerhatian berstruktur dan menganalisis hasil ejaan.

Langkah 4 : Intervensi dan Pemerhatian

Mengaplikasikan kaedah SuESelis dalam pembelajaran ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’.

i. Murid akan mendengar dengan teliti perkataan yang disebutkan oleh guru. (kemahiran mendengar dan mengimlak)

ii. Murid mula menyusun kad huruf dan suku kata yang bersesuaian dengan perkataan didengar pada bahan bantu belajar yang disediakan.

iii. Setelah selesai, murid perlu mengeja perkataan yang berjaya dibentuk.iv. Murid akan menyebut semula perkataan untuk menilai sama ada perkataan yang dieja tersebut adalah

betul atau sebaliknya dengan perkataan asal yang disebutkan oleh guru.v. Akhir sekali, murid perlu menulis perkataan pada papan tangga yang disediakan untuk mengukuhkan

lagi kefahaman dan penguasaan murid dalam mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan betul dan berkesan.

Langkah 5 : Ujian Akhir (Dapatan Akhir), Pemerhatian dan Analisis DokumenSaya menyediakan satu set soalan yang meminta murid mengeja semula sepuluh patah perkataan vokal berganding ‘ia’ untuk membuat perbandingan dengan dapatan awal. Saya menganalisis hasil ejaan dan membuat pemerhatian ke atas aspek yang diperhatikan.

Langkah 6 : Gelungan KeduaSaya telah mengenal pasti kelemahan yang berlaku semasa sesi pengendalian kaedah SuESelis dijalankan terhadap murid satu dan dua.Justeru, saya telah membuat penambahbaikan dengan cara menerapkan konsep ansur maju kepada murid iaitu kemahiran mengeja dimulakan dengan perkataan dua suku kata dan kemudian beralih kepada perkataan tiga suku kata selepas murid memahami dan menguasai konsep dengan betul.

Langkah 7 : Temu Bual AkhirSesi temu bual bersama subjek kajian dan guru tentang pandangan ke atas keseluruhan kaedah SuESelis dalam sesi P&P dengan menggunakan soalan temu bual separa berstruktur.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Ujian Awal dan Ujian Akhir

Page 150: Prosiding Pismp Bm 2014

Perbandingan perbezaan bilangan kesalahan ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’ semasa dapatan awal (ujian awal) dengan dapatan akhir (ujian akhir) dinyatakan dalam bentuk jadual seperti berikut :

SUBJEK BILANGAN KESALAHAN EJAAN BILANGAN KESALAHAN EJAAN

KAJIAN VOKAL BERGANDING “IA” VOKAL BERGANDING “IA”

SEMASA UJIAN AWAL SEMASA UJIAN AKHIR

MURID 1 9/10 (betul = 1/10) 2/10 (betul = 8/10)

MURID 2 6/10 (betul = 4/10) 1/10 (betul = 9/10)

MURID 3 8/10 (betul = 2/10) 0/10 (betul = 10/10)

MURID 4 2/10 (betul = 8/10) 0/10 (betul = 10/10)

MURID 5 8/10 (betul = 2/10) 0/10 (betul = 10/10)

Jadual 1 : Bilangan Kesalahan Ejaan Perkataan Vokal Berganding ‘ia’ Semasa Ujian Awal dan Ujian Akhir

Skor Bilangan Perkataan Vokal Berganding “ia” Tahap Pencapaian

Yang Dieja Dengan Betul

10 Sangat memuaskan

6-9 Memuaskan

0-5 Kurang memuaskan

Jadual 2 : Skor Bilangan Perkataan Vokal Berganding “ia” Yang Dieja Dengan Betul

Page 151: Prosiding Pismp Bm 2014

Perbandingan perbezaan bilangan perkataan vokal berganding ‘ia’ yang dieja dengan betul semasa ujian awal (dapatan awal) dan ujian akhir (dapatan akhir)turut dijelaskan dalam bentuk persembahan graf seperti berikut :

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50

2

4

6

8

10

12

PERBANDINGAN PERBEZAAN BILANGAN PERKATAAN VOKAL BERGANDING 'IA' YANG DIEJA SECARA BETUL

Ujian AwalUjian Akhir

Subjek Kajian

Bila

ngan

Per

kata

an V

okal

Berg

andi

ng 'ia

' Yan

g Di

eja

Seca

ra B

etul

Rajah 1 : Perbandingan Perbezaan Bilangan Perkataan Vokal Berganding ‘ia’ Yang Dieja Secara Betul Semasa Ujian Awal dan Ujian Akhir

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, bilangan kesalahan ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’ yang dilakukan oleh murid ternyata semakin berkurangan.Hal ini bermakna, tahap kefahaman dan penguasaan murid dalam mengeja perkataan yang melibatkan vokal berganding ‘ia’ semakin baik. Bahkan, terdapat tiga orang subjek kajian iaitu murid tiga, empat danlimayang mendapat keputusan sepuluh persepuluh kerana telah berjaya mengeja semua perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan betul.Mereka ini berada pada tahap yang sangat memuaskan.Hanya murid satu dan dua sahaja yang melakukan sedikit kesalahan dalam mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ iaitu masing-masing mendapat keputusanlapan persepuluh dan sembilan persepuluh kerana mengalami kekeliruan dengan sebutan perkataan iaitu mutiara dan peria.Murid ini berada pada tahap memuaskan.Justeru, gelungan kedua telah dijalankan untuk penambahbaikan bagi membantu murid satu dan dua mengeja secara ansur maju supaya semua perkataan vokal berganding ‘ia’ dapat dieja dengan betul tanpa sebarang kesalahan lagi.Selepas gelungan kedua, didapati murid satu dan dua telah berjaya mengeja sepuluh perkataan vokal berganding ‘ia’ tanpa sebarang pengulangan kesalahan yang sama apabila konsep mengeja secara ansur maju diterapkan kepada mereka. Tambahan lagi, peningkatan kefahaman dua orang subjek kajian tersebut dalam mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ lebih terbukti apabila mereka berjaya mengeja perkataan lain seperti perkataan ‘dahlia’ dan ‘rumbia’ dengan betul selain daripada sepuluh perkataan yang biasanya diberi semasa ujian. Akhirnya, semua subjek kajian mampu berada pada tahap yang sangat memuaskan dalam aspek pencapaian.Kaedah SuESelis tetap dianggap berjaya walaupun berlaku dua gelungan kerana mampu mengurangkan kesalahan murid dalam mengeja perkataan

Page 152: Prosiding Pismp Bm 2014

vokal berganding ‘ia’ dengan kadar yang tinggi. Maka, dapatan ini telah menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua.

6.2 Temu Bual Separa Berstruktur

Selain itu, rakaman audio turut dilakukan bagi merakamkan temu bual separa berstruktur sebelum dan selepas intervensi yang telah dijalankan bersama dengan subjek kajian serta gurumenggunakan beberapa soalan yang telah disediakan.Berdasarkan hasil temu bual sebelum intervensi bersama dengan lima orang subjek kajian, kebanyakan mereka hanya mengatakan jawapan “tidak tahu” apabila disoal tentang masalah mereka dalam menulis huruf ‘y’ diantara vokal ‘i’ dengan ‘a’ dalam mengeja perkataan. Namun, terdapat juga subjek kajian yang memberitahu sebab perkataan seperti ‘sentiasa’ dieja secara ‘sentiyasa’ kerana dirinya yakin bahawa terdapat huruf ‘y’ dalam ejaan perkataan tersebut dan perkara itu sudah menjadi kebiasaan baginya. Hakikatnya, subjek kajian telah mengelami kekeliruan antara bunyi sebutan perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan ejaan sebenar.Rakaman temu bual selepas intervensi pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pandangan dan tindak balas daripada subjek kajian serta guru tentang kesan pengaplikasian kaedah SuESelis dalam pengajaran dan pembelajaran ejaan vokal berganding ‘ia’.Berdasarkan hasil temu bual, semua subjek kajian melahirkan tindak balas yang positif terhadap penggunaan bahan bantu belajar SuESelis semasa kemahiran mengeja dijalankan. Menurut mereka, kaedah yang digunakan sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman tentang cara mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ dengan betul dan tepat. Tambahan lagi, langkah-langkah dalam pelaksanaan kaedah ini sangat mudah difahami oleh murid kerana arahannya ringkas dan padat.Dari sudut pandangan guru pula,mereka tertarik dengan penggunaan kaedah SuESelis yang sangat membantu guru dalam usaha membimbing murid menguasai kemahiran mengeja vokal berganding ‘ia’ secara mudah dan cepat.Secara tidak langsung, kaedah ini mampu meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dalam bilik darjah.Tambahan lagi, guru yang ditemu bual itu juga turut memberikan cadangan penambahbaikan yang membina untuk memantapkan lagi keberkesanan kaedah SuESelis dalam P&P. Hasil temu bual bersama guru ini dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian.Berdasarkan dapatan ini maka soalan kajian yang kedua telah terjawab.

6.3 Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan sebelum dan semasa intervensi untuk melihat banding beza perubahan yang berlaku dalam diri murid dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur dan rakaman video.Terdapat empataspek yang diberi keutamaan dalam pemerhatian iaitu dari segi pencapaian, tingkah laku, penglibatan, dan komunikasi. Berdasarkan hasil pemerhatian, semua subjek kajian memberikan perubahan yang positif semasa intervensi dijalankan menggunakan kaedah SuESelis.Hal ini bermakna, berlaku peningkatan tahap maklum balas murid terhadap sesi pembelajaran ejaan vokal berganding ‘ia’ antara sebelum dan semasa intervensi.Semasa intervensi, maklum balas daripada murid satu dan dua berada pada tahap sederhana iaitu tahap dua. Manakala bagi murid tiga, empat dan lima masing-masing memberikan maklum balas yang sangat memuaskan iaitu tahap tiga bagi keempat-empat aspek yang diperhatikan. Justeru, berlaku gelungan kedua dalam kajian ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap cara pengendalian kaedah SuESelis bagi pembelajaran ejaan untuk murid satu dan dua demi meningkatkan tahap pencapaian mereka dan juga aspek lain ketika sesi pembelajaran. Hasil pemerhatian gelungan kedua menunjukkan bahawa berlaku peningkatan tahap maklum balas murid satu dan dua kepada tahap tertinggi iaitu tahap tiga bagi semua aspek yang diperhatikan.Dua orang murid ini telah berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran mengeja di samping mampu bertindak dengan betul bagi setiap arahan diberi dan bergerak aktif semasa aktiviti dijalankan.Mereka juga sudah mula suka bersoal jawab dengan guru dan rakan jika terdapat sebarang permasalahan.Berdasarkan peningkatan tahap maklum balas, kaedah SuESelis sangat memberi kesan kepada

Page 153: Prosiding Pismp Bm 2014

perubahan positif murid dalam pelbagai aspek semasa pembelajaran ejaan perkataan vokal berganding ‘ia’ dijalankan.Maka secara keseluruhan, dapatan pemerhatian telah menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang dilampirkan telah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan penguasaan kemahiran mengeja perkataan vokal berganding ‘ia’ dalam kalangan murid. Justeru, penggunaan kaedah SuESelis dengan berbekalkan bahan bantu belajar telah membantu meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran mengeja. Kemahiran mengeja merupakan aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam setiap penulisan.Menurut Ku Zawiah Ku Lah (2011), penggunaan ejaan yang betul perlu diterapkan oleh guru kepada pelajarnya dari peringkat awal lagi. Keadaan ini dapat membantu pelajar supaya bersikap lebih berhati-hati dan prihatin dalam setiap penulisan mereka, sama ada dalam melahirkan sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan untuk disampaikan kepada pembaca dengan tepat, jelas dan berkesan pada masa akan datang.

Selain itu, bahan bantu belajar SuESelis telah memberikan keseronokan dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaraan ejaan serta membantu guru memperbaiki amalan pengajaran supaya lebih berkesan. Menurut Ab. Halim Said (2010), fungsi utama bahan bantu belajar adalah untuk memudahkan isi pelajaran, dapat merangsang minat murid dan juga akan memberi perhatian serta tumpuan kepada guru.

8.0 Rujukan

Ab. Halim bin Said (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Minat Pelajar Tahun 4 Mempelajari Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia

Ku Zawiah binti Ku Lah (2011).Satu Analisis Kesilapan Ejaan dalam Penulisan Bahasa Melayu Tahun Enam di Sebuah Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan dan

Bahasa, Open University MalaysiaLilies Suryanti (2010).Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk dalam Kalangan Pelajar

Tahun Tiga Cemerlang dengan Menggunakan Teknik 5W1H. Pengkalan Chepa : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Nur Farhana binti Ramli (2012).Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Menulis dan Mengeja Kata Tunggal Tiga Suku Kata. Pengkalan Chepa : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Sharifah Nur Liyana binti Syed Alwi Allhadas (2013).Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis KV + KVK Bagi Murid Tahun 5. Pengkalan Chepa : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Page 154: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH ‘ MNEMONIK’ MAMPU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT BENTUK KATA MAJMUK MANTAP BAGI TAHUN LIMA

Oleh :Nur Azwani Binti Mohd Sezali

Muhammad bin Che Majid

PISMP Pengajian [email protected]

Jabatan Pengajian Melayu

ABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah lupa dan kekeliruan yang berlaku kepada murid semasa menulis perkataan bentuk kata majmuk mantap. Subjek kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 Bestari, di sebuah sekolah daerah Besut. Seramai empat orang murid lelaki dan seorang murid perempuan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas semakan kerja rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati bahawa murid- murid tersebut gagal untuk mengingat dan menulis kata majmuk mantap dengan betul. Perancangan tindakan difokuskan dengan menggunakan kaedah ‘Mnemonik’ supaya kemahiran mengingat mereka dapat ditingkatkan. Kajian ini juga dilaksanakan sepanjang tempoh saya menjalani praktikum di sekolah tersebut iaitu selama tiga bulan dan masih diberikan bimbingan secara berterusan. Dapatan kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan terhadap pencapaian yang dilakukan terhadap subjek kajian. Peningkatan berlaku terhadap pencapaian yang dilakukan terhadap subjek kajian. Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid dan kebolehan dalam membina bentuk kata majmuk mantap dengan betul. Hasil temu bual yang dilakukan, sebjek kajianmengatakan kaedah ini dapat meningkatktan daya ingatan dan memudahkan mereka untuk mengingat bentuk kata majmuk mantap. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai.

Kata kunci : Mnemonik, daya ingatan,kekeliruan

1.0Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia. Selain itu, Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek penting yang diajar di sekolah-sekolah selain menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan umum. Menurut Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof, dan Zaridah Ramli (2014: 69) semua pendidik berpeluang melalui semua fasa dalam kajian tindakan, iaitu merancang, melaksana, memerhati dan merefleks. Masalah lupa dan kekeliruan semasa menulis bentuk kata majmuk ini dikenal pasti apabila mengimbas kembali PdP yang lepas. Saya mendapati murid sukar mengingat bentuk kata majmuk mantap dan murid gagal menulis

Page 155: Prosiding Pismp Bm 2014

perkataan tersebut dengan betul. Apabila saya menyoal murid di dalam kelas untuk menguji daya ingatan mereka terhadap bentuk kata majmuk mantap, mereka didapati keliru dan tidak dapat mengingat mengenai bentuk kata majmuk mantap ini, walaupun telah diajarkan. Sehubungan dengan itu, mereka hanya meneka sahaja dan tidak yakin dengan jawapan latihan yang ditulis. Kemahiran mengingat adalah aras kemahiran belajar yang paling rendah mengikut Taksonomi Bloom. Saya telah memutuskan untuk menjalankan kajian tindakan ini dengan memilih seramai 5 orang orang murid Tahun 5 Bestari sebagai subjek kajian. Hal ini demikian kerana mereka merupakan sasaran murid yang memperoleh markah yang paling rendah, iaitu kurang daripada lima markah. Kajian tindakan ini diharap mampu meningkatkan daya ingatan 5 subjek kajian terhadap tajuk kata majmuk mantap ini melalui kaedah ‘Mnemonik’.

2.0 Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan kepada cara penyelesaian masalah dalam meningkatkan daya ingatan mengenai bentuk kata majmuk mantap bagi murid 5 Bestari. Menurut Nik Safiah Karim (2009:75) perkataan bentuk kata majmuk mantap tetap dieja sebagai satu perkataan berbanding dengan bentuk kata majmuk. Semasa saya melakukan latihan ujian lisan secara imlak, saya telah dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan kata majmuk mantap ini. Mereka sukar mengingat dan terdapat kekeliruan semasa menulis bentuk kata majmuk mantap ini. Berdasarkan kepada masalah ini, saya telah menggunakan kaedah yang dipanggil sebagai ‘Mnemonik’. Kaedah ini boleh membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut.

Saya telah menggunakan kaedah ‘Mnemonik’ dalam membantu subjek kajian meningkatkan daya ingatan terhadap bentuk kata majmuk mantap ini.Hal ini demikian kerana dengan mengunakan kaedah ini subjek kajian dapat mengingat perkataan yang terdiri dalam kata majmuk mantap. Mnemonik mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perkataan atau nama yang digunakan untuk memudahkan pengguna mengingat sesuatu maklumat. Dengan menggunakan kaedah ‘Mnemonik’ ini, murid hanya perlu menghafaz perkatan yang diberikan. Secara tidak langsung, subjek kajian dapat membezakan cara menulis bentuk kata majmuk mantap dengan betul. Siti Fatira(2012:296) menyatakan bahawa pelaksanaan kaedah ‘Mnemonik’ telah menunjukkan kesan positif dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik yang diajar. Manakala Mohammad Ashraf (2012: 351) pula menyatakan bahawa murid dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran di dalam kelas dan meningkatkan motivasi dalam pelajaran dengan menggunakan kaedah seperti ini. Kesimpulannya,hasil dapatan positif yang mereka peroleh membuatkan saya turut memilih kaedah ini untuk meningkatkan daya ingatan murid serta kefahaman mereka terhadap masalah yang dihadapi.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Page 156: Prosiding Pismp Bm 2014

Objektif umum ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat bentuk kata majmuk mantap tahun lima menggunakan kaedah ‘Mnemonik’.

3.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap bentuk kata majmuk mantap dengan menggunakan kaedah ‘Mnemonik’

2. Menulis bentuk kata majmuk mantap dengan betul dan tepat setelah menggunakan kaedah ‘Mnemonik’.

3. Meningkatkan kefahaman murid terhadap topik bentuk kata majmuk mantap menerusi kaedah ‘Mnemonik’ yang diajarkan oleh guru.

3.2 Persoalan KajianKajian ini dijalankan untuk menjawab tiga persoalan berikut:1. Apakah dengan menggunakan kaedah ‘Mnemonik’murid dapat meningkatkan daya ingatan terhadapbentuk kata majmuk mantap?

2. Bagaimanakah murid mampu menulis bentuk kata majmuk mantap dengan betul dan tepat setelah menggunakan kaedah ‘Mnemonik’?

3. Apakah berlaku peningkatan kefahaman murid terhadap topik bentuk kata majmuk mantap selepas menggunakan kaedah ‘Mnemonik’.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan kepada 31 orang murid Tahun Lima Bestari di sebuah sekolah daerah Besut. Saya telah memilih lima orang murid untuk dijadikan sebagai subjek kajian saya disebabkan mereka memperoleh pencapaian yang paling rendah berbanding dengan rakan mereka yang lain dan setelah berulang kali latihan lisan mengenai bentuk kata majmuk. Murid-murid tahun lima sekolah ini berusia sebelas tahun. Sampel saya terdiri daripada seorang murid perempuan dan empat orang murid lelaki. Mereka juga merupakan murid yang sukar untuk mengingat senarai bentuk kata majmuk mantap.

5.0 Pelaksanaan TindakanMenurut Sufean (2005:78), dalam proses menjalankan kajian tindakan terdapat lima fasa. Fasa pertama ialah fasa untuk mengenal pasti masalah. Fasa kedua pula ialah fasa berkenaan dengan perancangan untuk mengendalikan kajian tindakan yang dibuat. Fasa ketiga adalah untuk pengelolaan kajian tindakan yang ingin dijalankan ataupun dikendalikan. Fasa keempat pula ialah mengenai penilaian kajian yang telah dibuat dan fasa yang terakhir iaitu tindakan yang diambil untuk membaiki masalah yang telah dikaji. Berikut merupakan langkah –langkah yang telah dilakukan saya.

Page 157: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah PertamaSaya mengenalpasti masalah yang berlaku melalui pemerhatian yang dijalankan semasa sesi PdP berlangsung serta memberi ujian lisan secara imlak kepada sampel sebagai latihan dan untuk menguji kemahiran mengingat sampel terhadap kata majmuk mantap. Semasa proses pemerhatian dilakukan, saya juga telah merekod data dokumen seperti mengambil gambar semasa sampel melaksanakan pencapaian awal.

Langkah KeduaSaya telah menyemak dan menilai hasil ujian lisan yang telah ditulis oleh sampel.

Langkah KetigaSaya telah memperkenalkan kaedah ‘Mnemonik’ sebagai intervensi dalam meningkatkan kemahiran mengingat sampel terhadap kata majmuk mantap. Bagi memudahkan mereka mengingat, saya telah menterjemahkan kaedah tersebut dalam bentuk penanda buku supaya mereka dapat menghafal di mana- mana tempat sahaja.

Langkah KeempatBagi menilai keberkesanan intervensi yang dijalankan serta untuk memperoleh data akhir, saya melakukan sekali lagi ujian lisan secara imlak mengenai kata majmuk mantap dan menyemaknya serta menjalankan temu bual terhadap murid.

Langkah KelimaRefleksi saya jalankan untuk melakukan penambahbaikan sekiranya perlu supaya dapat membaiki ke arah yang lebih berkesan.Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan sangat positif, walaupun hasil yang diperoleh berbeza mengikut setiap murid.

6.0 Dapatan Kajian6.1 Pencapaian Awal

Jadual 1Pencapaian Awal Sampel Kajian

Murid PencapaianAwal/ 15 MarkahMurid A 2MuridB 5MuridC 5MuridD 4MuridE 4

Sumber : Hasil Kajian

Page 158: Prosiding Pismp Bm 2014

Jadual 1 di atas menunjukkan hasil pencapaian awal yang diperoleh oleh setiap sampel. Hasil yang diperoleh kesemua sampel mendapat markah yang rendah dan mereka belum masih belum menguasai latihan dan ujian yang diberikan. Markah yang paling rendah adalah sebanyak dua markah daripada lima belas markah.

6.2 Pencapaian Akhir

Jadual 2Pencapaian Akhir Sampel Kajian

Murid PencapaianAkhir / 15 MarkahMurid A 12Murid B 14Murid C 13Murid D 14Murid E 11

Sumber : Hasil Kajian

Jadual 2 merupakan keputusan analisis yang telah diperoleh sepanjang melakukan kajian tindakan ini. Kesemua murid dapat meningkatkan daya ingatan serta mampu menulis bentuk kata majmuk dengan betul selepas diberikan internvensi. Keputusan yang diperoleh memberangsangkan apabila pencapaian akhir kesemua pelajar melebihi daripada enam markah berbanding dengan pencapaian awal sebelum ini. Markah yang paling tinggi ialah sebanyak empat belas markah iaitu diperoleh oleh murid B dan murid D. Pencapaian yang paling rendah diperoleh oleh murid E iaitu sebanyak sebelas markah. Manakala, murid yang yang lain pula dikategorikan sebagai lain-lain berdasarkan sebelas dan dua belas markah. Kesimpulannya, kesemua murid dapat meningkatkan daya ingatan terhadap bentuk kata majmuk mantap ini, walaupun memperoleh markah yang berbeza setiap individu.

6.2 Pemerhatian

Sepanjang menjalankan kajian tindakan,saya telah melakukan pemerhatian kepada murid. Jadual 3 di bawah merupakan kriteria yang dinilai dan diperhatikan semasa membuat permerhatian. Manakala Jadual 4 pula adalah pemerhatian yang dijalankan semasa pencapaian akhir. Terdapat perbezaan yang diperoleh oleh setiap sampel. Keseluruhan aspek yang dinilai telah dikuasai oleh sampel kajian iaitu pada tahap tiga.

Jadual 3Aspek Yang Dinilai Semasa Pencapaian Awal

Aspek yang Dinilai SkorA B C D E

1. Pencapaian / Prestasi 1 2 2 1 12.Cara Penulisan Kata Majmuk Mantap

1 2 1 1 1

Page 159: Prosiding Pismp Bm 2014

3.Komunikasi 2 2 1 1 1Sumber : Hasil Kajian

Jadual 4Aspek Yang Dinilai semasa Pencapaian Akhir

Aspek yang Dinilai SkorA B C D E

1. Pencapaian / Prestasi 3 3 2 3 22.Cara Penulisan Kata Majmuk Mantap

3 3 3 3 2

3.Komunikasi 3 3 3 3 2Sumber : Hasil Kajian

Jadual 5 pula menunjukkan skor tahap penguasaan bagi aspek yang dinilai. Daripada skor yang diperoleh pengkaji dapat melihat perubahan yang diperhatikan oleh pengkaji terhadap setiap murid.

Jadual 5 Skor Penguasaan

Tahap penguasaan Hasil1 Kurang menguasai2 Menguasai3 Sangat menguasai

Sumber : Hasil Kajian

Daripada pemerhatian yang dilakukan jelaslah bahawa murid telah menguasai bentuk kata majmuk mantap. Penilaian mengikut aspek pencapaian menunjukkan sampel sangat menguasai kerana sebelum ini, pencapaian kebanyakkan murid hanyalah berada di tahap satu iaitu kurang menguasai. Setelah melakukan dan diberikan interversi kesemua murid menunjukkan sangat menguasai iaitu tahap ketiga.

6.3 Temu bual

Sesi temu bual separa berstruktur telah dijalankan terhadap sampel kajian selepas melakukan pencapaian akhir. Hasil daripada temu bual yang dilakukan, maklum balas sampel kajian telah dianalisis. Kesemua murid menyatakan dengan menggunakan kaedah ‘Mnemonik’ ini, mereka dapat meningkatkan daya ingatan dan kefahaman mengenai kata majmuk mantap. Hal ini menunjukkan bahawa penerimaan dan persepsi murid terhadap penggunaan kaedah ‘Mnemonik’ sangat positif.

Page 160: Prosiding Pismp Bm 2014

7.0 Rumusan

Saya mendapati bahawa intervensi kaedah ‘Mnemonik’ terbukti mampu meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap bentuk kata majmuk mantap dan secara tidak langsung pelajar juga memahami cara penulisan kata majmuk mantap ini. Penggunaan kaedah ini mampu juga mengatasi masalah kekeliruan murid semasa menulis bentuk kata majmuk mantap.Kajian ini juga dapat memberi kesan terhadap tahap pencapaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Bahasa Melayu bagi topik bentuk kata majmuk mantap. Hal ini kerana pencapaian murid selepas intervensi dilakukan lebih baik dari pencapaian murid yang tidak menggunakan intervensi.

RUJUKAN

Kahairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof, Zaridah Ramli (2014) . Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohammad Ashraf (2012). Meningkatkan Kemahiran Murid Mengingat Kedudukan Negeri di Semenanjung Malaysia Mengggunakan Teknik ‘Mnemonik Pena.’ Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKSM 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood(2009). Tatabahasa Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Fatira (2012) .Meningkatkan Daya Ingatan Murid Tahun 5 Bestari Dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan Melalui Kaedah ‘Mnemonik’. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKSM 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Sufean Hussin (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong Heights: PTS Professional Publisher.

Page 161: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH SAK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID TAHUN

LIMA

Nur Syuhadah Che AminulddinFuadi Abd Razak

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkankemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar tunggal menggunakan kaedah SAK dalam kalangan murid tahun lima. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan tidak menunjukkan minat dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Oleh itu, penggunaan kaedah SAKdigunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 3 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah berlaku daripada analisis dokumen melalui lembaran kerja. Selain itu, melalui pemerhatian dan temu bual, sampel bersetuju bahawa penggunaan kaedah SAK dapat menarik minat responden dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Justeru, analisis data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah SAK dapat meningkatkan kemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah SAK supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci : meningkatkan, membina ayat, kaedah SAK, gambar

9.0 Pengenalan

Mills (2003) menyatakan kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar membina ayat berdasarkan gambar tunggal tahun lima. Masalah pertama yang dikesan oleh guru ialah kebanyakan murid-murid tidak faham bagaimana membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk bertulis yang

Page 162: Prosiding Pismp Bm 2014

telah pengkaji berikan di akhir pembelajaran. Masalah yang kedua ialah murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan P&P.

10.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar tunggal.Berdasarkan kepada analisis masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:iii. Kesilapan murid membina ayat dengan situasi yang betul berdasarkan gambar tunggal.iv. Kesilapan murid membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar tunggal.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk membina ayat berdasarkan gambar tunggal dan ayat yang dibina tidak lengkap.Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman kerana kaedah yang saya gunakan sebelum ini iaitu kad ayat bergambar adalah kurang berkesan.

11.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menggunakan kaedah dan teknik agar dapat mengatasi masalah menguasai kemahiran menulis ayat gambar tunggal.Di samping itu, murid-murid dapat meningkatkan peratus kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kemahiran membina ayat gambar tunggal menggunakan kaedah SAK.2. Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat gambar

tunggal dengan kaedah SAK.

Page 163: Prosiding Pismp Bm 2014

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah penggunaan kaedah SAK dapat meningkatkan kemahiran membina ayatgambar tunggal?

2. Bagaimanakah menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat gambar tunggalmenggunakan kaedah SAK?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai 3 orang murid Tahun Lima Kreatifdari Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong, Besut, Terengganu.Saya memilih murid Tahun Lima Kreatif kerana kelemahan mereka dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal.

5.0 Tindakan Yang Dijalankan

Langkah tindakan :

1. Langkah 1: Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Malaysia

bagi membina ayat gambar tunggal secara pemerhatian. Guru membiarkan pelajar menyelesaikan membina ayat gambar tunggal tersebut secara individu.

2. Langkah 2:Lembaran kerja dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal murid yang

menguasai kemahiran membina ayat bagi gambar tunggal. Markah yang diperolehi akan dicatat dan dianalisis. Dalam lembaran kerja ini, saya telah menyediakan satu gambar tunggal bagi tiga orang murid tersebut.

3. Langkah 3:Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membina ayat

gambar tunggal menggunakan kaedah SAK. Murid menggunakan kaedah SAK dalam menulis ayat gambar tunggal melalui lembaran kerja. Guru memberikan bimbingan terhadap murid. Tempoh pelaksanaan adalah 20 minit.

4. Langkah 4:Lembaran kerja diberikan dan dilaksanakan tanpa bimbingan guru bagi menilai

penguasaan murid-murid terhadap kaedah SAK dalam membina ayat gambar tunggal.Tempoh diberikan adalah selama 15 minit.

5. Langkah 5:Markah bagi lembaran kerja awal dan akhir direkod dan dianalisis.Data yang diperoleh

diinterprestasikan dan dinilai.Kemudian, guru membuat temu bual bersama murid mengenai minat pelajar terhadap kaedah SAK. Segala data diambil dan dianalisiskan.

Page 164: Prosiding Pismp Bm 2014

Gelungan kedua

Saya telah mengenal pasti kelemahan kaedah SAK iaitu pada alat intervensi. Saya telah menambaik kad SAK dari segi saiznya supaya responden dapat mengesan ayat yang dibina dalam lembaran kerja adalah betul. Responden juga diberikan tumpuan yang lebih oleh guru untuk membimbing dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal.

6.0 Keputusan Analisis Data Dan Interpretasi

6.1 Analisis Dokumen

Murid 1 Murid 2 Murid 30

1

2

3

4

5

6

7

8

9

lembaran kerja awal lembaran kerja akhir

Rajah 2 : Markah Lembaran Kerja

Berdasarkan graf di atas, markah lembaran kerja awal dan akhir telah dianalisis untuk Kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal.Markah untuk lembaran kerja membina ayat berdasarkan gambar tunggal sebelum menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal menunjukkan jumlah markah yang rendah iaitu tidak melebihi saparuh daripada markah penuh yang diperuntukkan.Namun begitu, selepas menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggaladalah tinggi dan melebihi separuh markah yang diperuntukkan berbanding sebelumnya.Ini menujukkan terdapat peningkatan jumlah markah yang positif apabila menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal ini.

6.2Pemerhatian Berstruktur

Perbandingan markah tingkah laku dan penglibatan murid di antara sebelum dan semasa penggunaan Kaedah SAK untuk membina ayat berdasarkan gambar tunggal.

Penglibatan Murid Secara Aktif Semasa Belajar Kekerapan

1. Murid tidak melibatkan diri dengan aktif semasa membuat lembaran kerja

2. Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar

Page 165: Prosiding Pismp Bm 2014

3. Murid mengganggu rakan semasa guru sedang mengajar

4. Murid membuat kerja sendiri seperti melukis semasa guru sedang mengajar

5. Murid berbual – bual dan tidak memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar

6. Murid tidak tahu menjawab pertanyaan guru

7. Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon menandakan bosan dan tidak berpuas hati

8. Murid kurang mendengar arahan guru

Jadual 1 : Senarai Semak Pemerhatian

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 0

2

4

6

8

10

12

14

16

pemerhatian sebelum pemerhatian selepas

Rajah 1 : Skor Responden

Dengan berpandukan jadual 1 di atas, terdapat 8 item yang diperhatikan sebelum dan semasa guru mengajar dengan menggunakan Kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan tunggal. Pemerhatian telah dibuat oleh rakan pengkaji selama satu jam.

Berdasarkan graf di atas, pemerhatian sebelum dan selepas telah dianalisis untuk Kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal.Bilangan skor untuk item 1 – 8 sebelum menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal menunjukkan jumlah skor yang tinggi.Namun begitu, selepas menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal skor responden adalah rendah berbanding sebelumnya.Ini menujukkan terdapat penurunan skor yang positif apabila menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal ini.

6.3 Temubual

Berdasarkan keputusan markah lembaran kerja selepas menggunakan kaedah SAK itu, saya telah menjalankan temu bual kepada tiga orang responden saya.Temu bual dijalankan bagi melihat kemahiran membina ayat berdasarkan gambar tunggal dapat ditingkatkan.Setelah temu bual dijalankan dan dianalisis, hasil temu bual telah menunjukkan murid dapat membina ayat

Page 166: Prosiding Pismp Bm 2014

berdasarkan gambar tunggal menggunakan kaedah SAK. Responden menyatakan apabila menggunakan kaedah SAK ini, mereka mudah untuk memahami bagaimana untuk membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Berikut adalah dialog yang menunjukkan responden menyatakan kaedah SAK memudahkan mereka untuk membina ayat berdasarkan ayat tunggal:

Dialog temu bual :

Guru : Adakah awak boleh membina ayat berdasarkan gambar tunggal menggunakan kaedah SAK?

Murid 1 : Boleh cikgu.

Murid 2 : Betul cikgu. Senang nak faham.

Murid 3 : Mudahlah cikgu.

Berdasarkan temu bual diatas, tiga orang responden dapat mengikuti kaedah SAK ini dengan baik.Hal ini menunjukkan melalui kaedah SAK, responden dapat membina ayat berdasarkan gambar tunggal dengan struktur ayat yang betul.

7.0 Rumusan Dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada analisis dalam pemerhatian sebelum dan semasa menggunakan Kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal, didapati bahawa sebelum menggunakan kaedah tersebut jumlah puarata skor murid yang membuat tingkah laku negatif adalah tinggi iaitu sebanyak 89. Namun setelah menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal ini, jumlah purata skor murid yang membuat tingkah laku negatif adalah rendah iaitu sebanyak 42 dan ini menunjukkan penggunaan kaedah ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku murid dan membantu melibatkan murid secara maksimun semasa guru mengajar membina ayat berdasarkan gambar tunggal.

Berdasarkan graf di atas, markah lembaran kerja sebelum dan selepas telah dianalisis untuk Kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal.Markah untuk lembaran kerja membina ayat berdasarkan gambar tunggal sebelum menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal menunjukkan jumlah markah yang rendah iaitu tidak melebihi saparuh daripada markah penuh yang diperuntukkan.Namun begitu, selepas menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggaladalah tinggi dan melebihi separuh markah yang diperuntukkan berbanding sebelumnya.Ini menujukkan terdapat peningkatan jumlah markah yang positif apabila menggunakan kaedah SAK dalam membina ayat berdasarkan gambar tunggal ini.Malahan, hal ini juga dapat dibuktikan melalui temu bual yang dijalankan bersama responden yang menunjukkan ketiga-ketiga responden boleh membina ayat berdasarkan gambar tunggal melalui Kaedah SAK dengan baik.Dapatan ini disokong oleh satu kajian yang dibuat iaitu Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru oleh Dr. Vishalache Balakrishnan. Kajian tersebut menyatakanguru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar dengan menggunakan beberapa teknik yang berkesan.Oleh itu, penggunaan kaedah SAK ini dapat meningkatkan minat responden untuk membina ayat berdasarkan gambar tunggal.

Page 167: Prosiding Pismp Bm 2014

8.0 Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010) .Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006).Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Habsah Nan (2006) .Teknik Four Wife One Husband (4W1H) Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri : Jurnal Kajian Tindakan Guru Negeri Perlis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) .Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Izzul Imran (2012) .Ayat Betul Markah Penuh .Laporan Penyelidikan Yang Tidak Diterbitkan. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Page 168: Prosiding Pismp Bm 2014

PENINGKATAN PENGUASAAAN SEBUTAN KATA TUNGGAL BERDIGRAF ‘NG’ PADA AKHIR PERKATAAN MELALUI ‘ KIT NYANYI DAN SEBUT’ MURID

TAHUN TIGA

Nur’Ain SulaimanDr. Mohd Haidi Haji Mohd Kasran

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun tiga dalam sebutan dalam kemahiran bertutur kata tunggal yang berdigraf ‘ng’ pada akhir perkataan melalui kaedah ‘Nyanyi dan Sebut’. Hasil daripada refkleksi pembelajaran dan pengajaran mendapati murid tidak dapat menyebut kata tunggal yang berdigraf ‘ng’ pada akhir perkataan dengan tepat dan betul. Oleh itu, penggunaan kaedah pembelajaran dan pengajaran iaitu ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun tiga yang terdiri daripada empat orang murid lelaki di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat murid terdiri daripada ujian, temu bual dan analisis dokumen. Data dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ dapat meningkatkan murid tahun tiga dalam sebutan dalam kemahiran bertutur kata tunggal yang berdigraf ‘ng’ pada akhir perkataan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah menyelitkan unsur gaya dan pergerakan semasa menggunakan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci: penguasaan, kata tunggal digraf ‘ng’, Kit Nyanyi dan Sebut

1.0 Pengenalan

Menurut Nor Aina Dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009), bertutur ialah kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Dengan kata lain, bertutur merupakan proses yang berkaitan dengan penghasilan dan persepsi bunyi yang dilafazkan secara lisan.

Page 169: Prosiding Pismp Bm 2014

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menyebut perkataan berdigraf (ng) pada akhir perkataan dengan betul dan tepat. Hal ini penting kerana bertutur dengan sebutan yang betul dan tepat akan mempengaruhi kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid berdasarkan standard pembelajaran iaitu murid perlu membaca dan frasa yang mengandungi digraf daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran bertutur menyebut perkataan berdigraf (ng) pada akhir perkataan dengan betul dan tepat melalui kaedah nyanyian. Antara masalah yang sering dihadapi murid tersebut ialah ketika menyebut perkataan berdigraf ‘ng’ pada akhir perkataan dibunyikan /n/, misalnya ‘jantung’, ‘padang’ dan ‘tukang’ disebut (jantun), (padan) dan (tukan). Hal ini juga akan menyebabkan kesalahan semasa menulis ayat. Murid-murid akan menulis perkataan berdasarkan sebutan yang diujarkan. Masalah ini berlaku dalam kalangan empat orang murid dari kelas 3 Bestari. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek kemahiran bertutur.

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini dijalankan selesai, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif umum

Secara umumnya, objektif kajian saya adalah bertujuan bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah yang sesuai agar dapat memperbaiki masalah sampel dalam sebutan kemahiran bertutur kata tunggal yang mengandungi digraf ‘ng’ .

3.2 Objektif khusus

3.2.1 Meningkatkan penguasaan dalam menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat menggunakan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’.

3.2.2 Meningkatkan daya ingatan bagi menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat menggunakan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’.

3.3 Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :

3.3.1 Bagaimanakah ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ dapat meningkatkan penguasaan dalam menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat ?

3.3.2 Apakah daya ingatan murid untuk menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat dapat ditingkatkan menggunakan ‘Kit Nyanyi dan Sebut ’?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada empat orang murid lelaki dari kelas 3 Bestari. Murid ini disasarkan apabila mereka mempunyai kelemahan dalam menyebut kata

Page 170: Prosiding Pismp Bm 2014

tunggal yang mengandungi digraf (ng) ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca dan memahami frasa yang mengandungi digraf . Sekiranya subjek kajian dapat menguasai kemahiran yang diberikan, maka penguasaan murid untuk menyebut s perkataan yang mengandungi digraf dengan betul akan meningkat.

5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1 : Ujian awal

Ujian lisan awal dijalankan kepada empat orang murid yang telah dikenal pasti mengalami masalah sebutan dalam kemahiran bertutur menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) pada akhir perkataan. Guru telah menggunakan borang pemerhatian sebutan ujian lisan bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam menyebut kata tunggal digraf ‘ng’ dengan betul. Ujian ini dijalankan kepada murid dan rakaman audio telah dilaksanakan. Ujian awal ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan sampel dalam menyebut kata tunggal digraf ‘ng’ dengan betul.

Langkah 2 :Kutipan data berbentuk dokumen

Data berbentuk dokumen dikumpulkan melalui lembaran kerja yang telah diedarkan kepada murid untuk menulis perkataan kata tunggal yang mengandungi digraf ‘ng’ dengan betul berdasarkan gambar yang diberi . Hal ini demikian, melalui ujian ini guru dapat melihat tahap kefahaman murid dalam menyebut kata tunggal yang mengandungi ‘ng’ melalui kemahiran menulis kerana kefahaman dalam kemahiran bertutur turut mempengaruhi kemahiran menulis murid.

Langkah 3 : Guru menjalankan intervensi kepada murid

Intervensi dijalankan dengan memperdengar rakaman lagu ‘Layang-layang’ kepada murid agar mereka dapat mendengar dengan jelas cara sebutan yang betul dan tepat bagi perkataan kata tunggal yang mengandungi digraf (ng). Seterusnya, subjek kajian akan menyanyikan lagu tersebut secara kaedah latih tubi sehingga sebutan yang betul dapat dituturkan. Kaedah ini juga telah disokong oleh, Mohamad Lutfi bin Mat Saad (2011) dalam kajian beliau yang menyatakan bahawa kaedah nyanyian telah meningkatkan kemahiran berbahasa murid melalui dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tindak balas balas positif daripada sampel apabila dapat membaca kesemua perkataan selepas intervensi dilakukan .

Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ adalah seperti berikut:

I. Guru mengedarkan lirik lagu ‘Layang-layang’. II. Guru memperdengarkan lagu ‘Layang-layang’ kepada murid. III. Guru menyanyikan lagu ‘Layang-layang’ bersama-sama berpandukan kepada

lirik yang dipaparkan. IV. Murid akan menyanyi lagu ‘Layang-layang’sebanyak dua kali. V. Guru akan menunjukkan gambar yang mengandungi digraf ’ng’VI. Murid akan menyebut kad gambar yang mengandungi digraf ’ng’

Page 171: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 4 : Guru menjalankan ujian akhir

Penilaian ujian lisan akhir dijalankan untuk melihat penguasaan kemahiran bertutur menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) pada akhir perkataan berdasarkan kad gambar yang telah disebut oleh murid semasa intervensi dijalankan. Guru telah menggunakan borang penilaian sebutan ujian lisan bagi mendapatkan data tahap penguasaan murid serta kemahiran mengingat dalam menyebut kata tunggal digraf ‘ng’ dengan betul selepas intervensi dijalankan terhadap murid yang mengalami masalah tersebut.

Langkah 5 : Guru menjalankan kutipan data dokumen

Menurut Khairuddin Mohamad (2014), penyelidik boleh mendapat maklumat daripada data melalui beberapa bahan yang telah didokumentasi dan bahan sedia ada. Oleh itu, ujian akhir melalui lembaran kerja yang telah diedarkan kepada sampel untuk menulis perkataan kata tunggal yang mengandungi digraf ‘ng’ dengan betul berdasarkan gambar yang diberi . Hal ini demikian, melalui ujian ini tahap kefahaman murid dapat dikenal pasti untuk menyebut kata tunggal yang mengandungi ‘ng’ selepas intervensi dijalankan.

Langkah 6 : Guru menjalankan temu bual bersama murid

Sesi temu bual bersama sampel dijalankan untuk mendapatkan maklum balas terhadap kaedah yang telah digunakan saya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sampel tersebut. Kaedah temu bual separa struktur telah digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada sampel. Menurut Akhiar Pardi ( 2010), antara kelebihan temu bual separa struktur ialah memudahkan berlaku hubungan yang “ rapport” yang dapat meningkatkan kepercayaan sampel. Oleh itu, maklumat yang diperoleh adalah lebih luas berbanding menggunakan kaedah temu bual berstruktur.

Langkah 7 : Guru menjalankan gelungan kedua

Tindakan gelungan kedua kepada murid yang masih tidak dapat menguasai sebutan kata tunggal digraf ‘ng’ dengan betul. Guru telah membuat penambahbaikan dalam kaedah yang digunakan dengan menyelitkan unsur gaya dan pergerakan dalam nyanyian tersebut. Oleh itu, daya ingatan murid dalam sebutan dapat ditingkatkan.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Dapatan analisis dokumen

Jadual di bawah menunjukkan dapatan analisis ujian awal dan ujian akhir perbandingan keputusan perbandingan ujian lisan kata tunggal digraf ‘ng’ sebelum dan selepas intervensi dijalankan bertujuan untuk menilai penguasaan murid dalam menyebut kata tunggal digraf ‘ng’ dengan betul dan tepat. berdasarkan jadual tersebut, peningkatan markah bagi ujian lisan hasil daripada kaedah intervensi yang telah digunakan oleh saya untuk mengatasi masalah sebutan dalam kemahiran bertutur kata tunggal digraf ‘ng’ pada belakang perkataan dengan betul. Dapatan kajian melalui ujian lisan ini menunjukkan terdapat seorang murid yang berjaya mendapatkan markah yang cemerlang dengan dapat menyebut semua ujian lisan dengan betul manakala terdapat tiga orang murid yang

Page 172: Prosiding Pismp Bm 2014

membuat satu kesalahan semasa ujian lisan dilaksanakan. Secara keseluruhannya, pencapaian objektif kajian dapat dilihat melalui jadual peningkatan markah sampel. Hasil daripada kesemua ujian yang dilaksanakan telah menunjukkan peningkatan pencapaian markah ujian lisan yang sangat baik.

Jadual 1 : Perbandingan Keputusan Ujian Lisan Sebutan Kata Tunggal Digraf ‘ng’

Responden

Bilangan sebutan kata tunggal digraf

‘ng’ yang betul sebelum intervensi

dijalankan

Bilangan sebutan kata tunggal digraf

‘ng’ yang betul selepas intervensi

dijalankanMurid A 6/10 10/10

Murid B 3/10 9/10

Murid C 4/10 9/10

Murid D 5/10 10/10

6.2 Dapatan temu bual

Dapatan hasil temu bual telah diperoleh melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil analisis dapatan temu bual menunjukkan bahawa keempat-empat orang murid mengatakan bahawa mereka dapat mengingat cara sebutan perkataan digraf ‘ng’ pada akhir perkataan dengan betul. Kaedah nyanyian menjadi faktor murid dapat mengingat cara sebutan digraf ‘ng’ kerana nyanyian ini menggunakan melodi yang mudah untuk dilagukan dan diingat oleh murid. Selain itu, hasil temu bual mendapati bahawa kefahaman serta daya ingatan murid untuk menyebut sebutan digraf ‘ng’ telah dapat ditingkatkan kerana perkataan berdigraf ‘ng’ telah diserlahkan menggunakan warna merah untuk mudah dikenal pasti oleh murid. Di samping itu, hasil temu bual yang dijalankan kepada murid menunjukkan bahawa keempat-empat orang murid dapat menyebut kata tunggal berdigraf ‘ng’ dengan betul dan mudah setelah pengukuhan dilaksanakan dalam menyebut kad gambar yang ditunjukkan. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kaedah ‘ Kit Nyanyi dan Sebut’ telah berjaya menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya sebagai guru Bahasa Malaysia untuk mengatasi masalah murid menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat.

VI.3 Dapatan analisis pemerhatian

Kaedah pemerhatian menggunakan borang pemerhatian telah dijalankan sebelum dan semasa intervensi dijalankan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam diri murid. Terdapat tiga aspek yang diberi keutamaan dalam pemerhatian iaitu dari segi tingkah laku, penglibatan dan pencapaian. Berdasarkan hasil pemerhatian, peningkatan

Page 173: Prosiding Pismp Bm 2014

terhadap tahap aspek yang dinilai antara sebelum dan semasa kaedah ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ telah ditunjukkan oleh keempat-empat orang murid. Semasa intervensi dijalankan, pemerhatian terhadap aspek tingkah menunjukkan keempat-empat orang murid berada pada tahap tiga iaitu memberikan tumpuan kepada guru. Manakala bagi aspek penglibatan hanya murid C berada pada tahap dua manakala ketiga-tiga yang lain berada pada tahap tiga. Bagai aspek pencapaian menunjukkan keempat-empat berjaya menguasain sebutan kata tunggal ‘ng’ dengan betul.

Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran bertutur menyebut perkataan kata tunggal ‘ng’ melalui penggunaan ‘Kit Nyanyi Dan Sebut’. Selain itu juga, ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ ini juga dapat meningkatkan daya ingatan bagi menyebut kata tunggal yang mengandungi digraf (ng) dengan betul dan tepat berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh. Maka, terbuktilah bahawa penggunaan ‘Kit Nyanyi dan Sebut’ telah berjaya meningkatkan penguasaan dan daya ingatan murid dalam menyebut dalam kemahiran bertutur kata tunggal yang berdigraf ‘ng’ dengan betul dan tepat.

Rujukan

Akhiar Paridi, Shamsina Shamsuddin, (2011). Pengantar Penyelidkan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

Mohamad Lutfi Bin Mat Saad, ( 2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dapat Menarik Minat Dan Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halm.

Noor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik.Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Siti Hajar Abdul Aziz, ( 2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar. Shah Alam, Selangor

Khairuddin Mohamad,( 2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Puchong, Selangor.

Page 174: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN “KAEDAH BaGITuSs” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN NILAI MURNI MURID TAHUN 5

Nurul Fahana HussinDr. Hajah Normaizam Hamid

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat secara gramatis dalam karangan nilai murni murid tahun 5 dengan menggunakan “Kaedah BaGITuSs” untukkertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Subjekkajian yang digunakan terdiri daripada empat orang murid iaitu dua murid lelaki dan dua murid perempuan. Keempat-empat subjek kajian ini merupakan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen murid. Model yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah Model Kemmis & McTaggart (1988). Hasil analisis kajian menunjukkan penggunaan kaedah BaGITuSs berjaya membantu subjek kajiandalam meningkatkan kemahiran menulis ayat secara gramatis dalam karangan nilai murni. Peratusan markah pada lembaran kerja meningkat daripada 20%, 15%, 15% dan 15% kepada 85%, 75%, 75% dan 90%. Hasil pemerhatian dan temu bual turut menunjukkan perubahan yang sangat positif dan memberangsangkan. Kaedah BaGITuSsjuga dapat menambahbaik amalan pengajarandan pembelajaran (pdp)guru dalam aspek penulisan dalam karangan nilai murni.

Kata kunci : Murid tahun 5, kaedah “BaGITuSs”, karangan nilai murni.

1.0 Pengenalan

Dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menjelaskan bahawa Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia telah dibahagikan kepada empat bahagian yang utama iaitu kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, dan kemahiran menulis. Keempat-empat kemahiran ini sangat penting dalam pdp Bahasa Melayu sama ada di sekolah menengah ataupun di sekolah rendah. Maka, tidak hairanlah kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiranbahasa yang ditekankan dalam pendidikan. Hal ini kerana hampir kesemua kertas peperiksaan di Malaysia memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat (Noorazman Mahat, 2009).

Roselan Baki (2003), menghasilkan penulisan merupakan satu proses yang kompleks. Oleh itu, penulisan mestilah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara bersistematik.Hal ini bersesuaian dengan tajuk kajian yang saya jalankan iaitu membina ayat secara gramatis dengan mengikut tahap-tahap tertentu secara sistematik. Kaedah yang digunakan mempunyai tahap-tahap yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid.

Page 175: Prosiding Pismp Bm 2014

Membina ayat yang gramatis amatlah sukar bagi murid yang sukar menguasai kemahiran menulis terutamanya bagi murid yang lemah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008), Nik Safiah Karim et al. (2006:414), ayat ialah satu unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Oleh itu, sebagai guru yang proaktif akan kelemahan anak murid, saya menjalankan satu kajian tindakan untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam menghasilkan sebuah penulisan nilai murni. Kajian yang dilakukan ini untuk memperbaiki struktur ayat murid agar menjadi lebih gramatis. Apabila struktur ayat yang dibina secara gramatis, murid turut dapat meningkatkan skor dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan.

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian saya untuk meningkatkan penguasaan subjekkajian untuk membina ayat secara gramatis dalam karangan nilai murnikertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Permasalahan ini terjadi kerana kurangnya pendedahan terhadap kaedah pdpyang berkesan di samping pengaplikasian pembelajaran yang kurang menyeronokkan. Subjek kajianmenyatakan rasa kurang berpuas hati dengan hasil kerja sehingga menjadikan skor dalam peperiksaan rendah.

Perkara ini memerlukan satu tindakan yang segera kerana proses pdpyang dilalui mestilah menjadi satu proses yang menyeronokkan dan berkesan.Hal ini bertepatan dengan Shaffe et al (2011), salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan dapat mengurangkan batasan hubungan atau formaliti antara guru dengan murid. Natijahnya, murid akan lebih selesa, yakin diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Amalan ini membolehkan isi pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah secara semula jadi dan bukannya secara paksaan. Amalan pdp yang menyeronokkan berupaya membantu kelancaran interaksi guru dan murid.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah BaGITuSs agar dapat mengatasi kelemahan murid tahun 5 untukmembina ayat yang gramatis dalam karangan nilai murnikertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C.

3.2 Objektif Khusus

Dua objektif khusus kajian adalah seperti yang berikut:

Page 176: Prosiding Pismp Bm 2014

3.2.1 Penggunaan kaedah BaGITuSs dapat meningkatkan penguasaan murid untuk membina ayat secara gramatis.

3.2.2 Penggunaan kaedah BaGITuSs dapat meningkatkan kefahaman, dan keseronokan murid untukmembina ayat secara gramatis.

3.3 Soalan Kajian

3.3.1 Apakah guru mampu meningkatkan penguasaan murid untuk membina ayat secara gramatis dengan menggunakan kaedah BaGITuSs?

3.3.2 Bagaimanakah untuk meningkatkan kefahaman, dan keseronokan murid untuk membina ayat secara gramatis dengan menggunakan kaedah BaGITuSs?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada empat orang subjek kajian dari kelas 5 Cemerlang. Subjek kajian terdiri daripada dualelaki dan dua perempuan. Keempat-empat subjek kajian ini dipilih kerana kelemahan mereka dalam menulis ayat secara gramatis dalam karangan nilai murni. Penguasaan kaedah yang kurang berkesan menjadikan penulisan nilai murni subjek kajian lemah. Di samping itu, karangan mereka kurang menepati skema permarkahanpeperiksaanBahasa Melayu Penulisan Bahagian C.

5.0 Prosedur Kajian

Gelungan Pertama

Lima langkah yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah berdasarkan kaedah BaGITuSs. Langkah-langkah yang dijalankanadalah seperti yang berikut:

Langkah 1 : Ba(Baca)Subjekkajian diminta untuk membaca petikan nilai murni yang diberikan. Bacaan mentalis ditekankan semasa subjek kajian membaca petikan agar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mendalam.

Langkah 2 : G(Garis)Subjek kajian diminta untuk menggariskan kata kunci ayat yang menunjukkan nilai murni yang terdapat dalam petikan. Kemudian, subjek kajian perlu mentafsir nilai murni yang paling sesuai untuk mengambarkan kata kunci tersebut.

Langkah 3 : I(Isi)Subjek kajiandiminta mengisi maklumat yang diperoleh ke dalam Petak Mudah secara berperingkat. Permulaanya,subjek kajian perlu menyelesaikan ayat yang pertama dengan menyatakan nilai murni yang bersesuaian dengan ayat yang telah dipilih. Subjek kajian yang berjaya menjawab dengan betul akan diberi token sebagai peneguhan. Selepas berjaya menyelesaikan binaan ayat yang pertama,subjekkajian boleh meneruskan binaan ayat yang kedua sehingga ke ayat yang terakhir secara berperingkat.

Page 177: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 4 : Tu(Tulis)Subjek kajianperlu menulis semula ayat-ayat nilai murni yang telah dibina dalam Petak Mudah tadi ke dalam kertas jawapan yang sudah disediakan.

Langkah 5 : S(Semak)s(semula)Saya mengarahkan subjek kajian untuk menyemak semula struktur ayat dan ejaan sebelum diberikan kepada saya untuk disemak.

Gelungan Kedua

Selepas kelima-lima langkah kaedah BaGITuSs dijalankan, saya mendapati dua orang subjek kajian saya masih memerlukan bimbingan secara khusus. Dua subjek kajian saya ini didapati sukar untuk menerbitkan nilai murni daripada ayat yang dipilih dalam petikan. Maka, saya telah membuat gelungan kedua iaitu dengan mempermudah penggunaan Petak Mudah. Tindakan saya ini bersesuaian dengan Model Kajian Tindakan (Kemmis & Mctaggart, 1988). Menurut model ini, gelungan kedua perlu dilakukan sekiranya keputusan gelungan pertama kurang memberangsangkan. Oleh itu, subjek kajian telah diberi pilihan jawapan berdasarkan kad-kad nilai murni yang ditampal secara rawak dan meminta subjekkajian untuk memandankannya dengan petikan ayat yang dipilih. Keputusannya, subjek kajian dapat menguasai sesi mencari jawapan dengan lebih cepat secara bimbingan separa terkawal.

6.0 Keputusan Analisis Data dan Interpretasi

6.1 Pemerhatian

Pemerhatian berstruktur yangdijalankan kepada subjek kajiansebelum dan selepas intervensi meliputi aspek minat, penglibatan, komunikasi dan penulisan subjek kajian sepanjang pdp.Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan sebelum intervensi adalah seperti yang berikut :

Sebelum kajian

Jadual 1Keputusan pemerhatian berstruktur sebelum intervensi

Bil. Item pemerhatian KekerapanMurid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4

1 Menunjukkan minat pada permulaan sesi pembelajaran.

0 0 1 0

2 Bertanya dan bersoal jawab dengan guru dengan baik.

1 1 2 1

3 Berkomunikasi dan berbincang dengan rakan.

1 1 2 1

4 Menunjukkan sikap yang aktif dan bersemangat semasa menjawab soalan.

1 2 1 1

5 Menghasilkan penulisan dengan 0 0 0 0

Page 178: Prosiding Pismp Bm 2014

baik.

Keputusan pemerhatian sebelum intervensi menunjukkan keseluruhanitem pemerhatian mendapat skor kekerapan yang rendah. Hal ini dapat diperhatikan apabila sampel kajian menunjukkan tingkahlaku yang agak pasif, kurang aktif dan kurang berkomunikasi semasa pdp dijalankan. Kesannya, subjek kajian mengalami kesukaran untuk menerbitkan nilai murni di dalam petikan ayat yang ditemui. Perkara ini turut memberi kesan kepada karangan nilai murni subjek kajian.

Selepas kajian

Jadual 2Keputusan pemerhatian berstruktur selepas intervensi

Bil. Item pemerhatian KekerapanMurid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4

1 Menunjukkan minat pada permulaan sesi pembelajaran.

2 2 2 2

2 Bertanya dan menjawab soalan guru dengan baik.

4 4 5 5

3 Berkomunikasi dan berbincang dengan rakan dan guru.

5 4 5 5

4 Menunjukkan sikap yang aktif dan bersemangat semasa menjawab soalan.

5 5 4 5

5 Menghasilkan penulisan dengan baik.

1 1 1 1

Peningkatan pada kekerapan skor terhadap item-item semankin meningkat berbanding pemerhatian sebelum intervensi. Subjekkajian mula menunjukkan minat dan kesungguhan pada permulaan pdp. Subjek kajian juga menunjukkan penglibatan yang aktif dan kerap bertanya serta berbincang dengan guru dan rakan. Subjek kajian sungguh gembira dalam menyiapkan karangan nilai murni. Kesimpulannya, penggunaan kaedah BaGITuSs sangat berjaya dalam menarik minat subjekkajian untuk menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis dalam karangan nilai murni.

6.2 Temubual

Dalam memahami masalah subjek kajian, saya telah membuat satu temu bual separa berstruktur dengan subjek kajian. Sepanjang temu bual tersebut, saya mendapati subjek kajian kurang seronok sepanjang pdp berlangsung kerana teknik penyampaian guru yang kurang berkesan. Menurut subjek kajian juga, bahan bantu mengajar saya kurang menarik minat subjek kajian. Hal ini menyebabkan subjek kajian cepat bosan dan tumpuan subjek kajian lebih terarah kepada perkara lain seperti e-book dan bola sepak. Subjek kajian juga kurang memahami kaedah yang sesuai untuk membina ayat dan ini menjadikan subjek kajian kurang memberi perhatian kepada saya.

Page 179: Prosiding Pismp Bm 2014

Selepas intervensi dijalankan, sayamembuat temu bual bersama subjek kajian secara berstruktur separa berstruktur. Antara soalan yang dikemukakan kepada sampel kajian adalah seperti yang berikut :Soalan 1: Apakah kamu memahami cara yang diajar oleh guru berkaitan nilai murni dengan menggunakan kaedah BaGITuSs ?Soalan 2: Apakah kamu berasa seronok mengikuti pembelajaran nilai murni dengan menggunakan kaedah BaGITuSs?Soalan 3: Adakah kamu ingin menghasilkan sebuah penulisan nilai murni yang baik dan mendapatkan markah yang tinggi?

Kesimpulannya, subjek kajianmenyatakan perasaan seronok dan gembira sepanjangmengikuti pdp Bahasa Melayu terutamanya apabila membuat karangan nilai murni. Subjek kajian menyatakan bahawa mereka lebih mudah memahami cara membina ayat secara gramatis kerana kaedah ini memudahkan lagi pemahaman mereka. Subjek kajianturut menyatakan pembelajaran semakin menyeronokkan apabila sistem token turut diselitkan dalam sesi pembelajaran. Soalan terakhir yang diajukan turut mendapat respon yang baik. Hasilnya, subjek kajian menyatakan keinginan untuk menghasilkan sebuah penulisan nilai murni yang baik. Kesimpulannya, kaedah BaGITuSs adalah sangat memberi kesan yang positif kepada subjek kajian saya.

6.3 Analisis Dokumen Sampel Kajian

Dalam menganalisis dokumen subjek kajian, saya menyediakan lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi. Setelah intervensi dijalankan, saya menyemak keputusan lembaran kerja subjek kajian. Keputusan yang dicatat amat memberangsangkan. Keputusan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan keputusan sebelum intervensi dijalankan.

Keputusan sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek kajianadalah seperti dalam jadual 3 yang berikut :

Jadual 3Keputusan lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi

Subjek/ Analisis Markah Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4

Sebelum Intervensi 4/20 3/20 3/20 3/20Peratus (%) 20 15 15 15Selepas Intervensi 17/20 15/20 15/20 18/20Peratus(%) 85 75 75 90Jumlah PeningkatanMarkah (%)

65 60 60 75

Jadual 3 di atas menunjukkan peratusan jumlah peningkatan markahsubjek kajian. Peratusan jumlah peningkatan markah yang tertinggi iaitu sebanyak 75%, meningkat daripada 15% kepada 90% iaitu Murid 4. Peratusan jumlah peningkatan markah yang terendah ialah Murid 2 dan Murid 3 iaitu sebanyak 60%. Peratusan markah kedua-dua sampel kajian sebelum intervensi ialah 15% meningkat kepada 75%. Murid 1 pula meningkat sebanyak 65%, iaitu daripada 20% kepada 85%. Kesimpulannya, jumlah peningkatan markah sebelum dan selepas intervensi

Page 180: Prosiding Pismp Bm 2014

amatlah memberangsangkan. Peningkatan yang diperoleh menunjukkan penggunaan kaedah BaGITuSs adalah sangat berkesan kepada subjek kajian.

Graf 1 di bawah menunjukkan peratusan markah sebelum dan selepas intervensi bagi analisis dokumensubjekkajian iaitu :

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 40

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

sebelum intervensiselepas intervensi

Graf 1Graf bar peratusan markah sebelum dan selepas intervensi

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Kesimpulannya, kaedah BaGITuSs telah menggalakkan subjek kajianuntuk membuat ayat secara gramatis dalam membuat karangan nilai murni. Peningkatan pemahaman dan penguasaan terhadap pembelajaran semakin meningkat apabila subjek kajian mampu mendapat markah yang baik selepas penggunaan kaedah BaGITuSs berbanding pdp sebelum intervensi. Tahap keseronokkan juga semakin bertambah kerana wujudnya persaingan dan rangsangan melalui sistem token yang dijalankan. Di samping itu, penglibatan subjek kajian juga lebih aktif dan bersemangat untuk belajar. Walau bagaimanapun, duasubjek kajian saya masih memerlukan bimbingan yang lebih khusus kerana mereka agak sukar untuk menterjemahkan potongan ayat dalam petikan kepada nilai murni.Gelungan kedua dilakukan dengan mempermudah lagi penggunaan Petak Mudah. Hasilnya, mereka menunjukkan perubahan yang lebih positif. Jelaslah, penggunaan kaedah BaGITuSs adalah satu kaedah yang sangat membantu subjek kajian dalam menulis sebuah karangan nilai murni dengan mudah, cepat dan menyeronokkan.

8.0 Rujukan

Noorazman Mahat. (2009). Panduan Menulis Karangan. http://karangbagus.blogspot.com.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publication.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar

Nawawi. (2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144.

Page 181: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN KAEDAH ‘MATETIK’ MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’

DALAMKEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN

Nurul Syahirah Faten Bt ZolhainiMuhammad Bin Che Majid

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman murid menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dalam kemahiran menjawab soalan kefahaman bahasa Malaysia tahun empat menggunakan kaedah MATETIK. Subjek kajian yang terlibat terdiri daripada tiga orang murid iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Mereka merupakan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. Instrumen kajian yang telah digunakanadalah pemerhatian, temubual dan data dokumen murid. Hasil analisis kajian menunjukkan penggunaan kaedah MATETIK berjaya membantu meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’ di samping meningkatkan daya ingatan mereka.

Kata kunci: kefahaman, MATETIK, kata sendi

1.0 Pengenalan

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa saya mengajarkan kefahaman bahasa Melayu yang melibatkan penggunaan kata sendi ‘dari’. Hal ini disebabkan, kebanyakan murid tidak faham apa-apa yang telah dipelajari dan mereka tidak dapat menjawab soalan.

berbentuk lisan dan bertulis sepanjang PdP. Selain itu, murid mampu menghafaz teknik atau formula yang saya sediakan namun mereka keliru ketika menggunakannya.Menurut Rosli Ab. Rahman (2002) dalam kajiannya mendapati setiap kata sendi nama memberi peranan kepada frasa nama yang mengikutinya dan pengguna bahasa Melayu perlulah memahami peranan kata sendi nama tersebut bagi mengelakkan kekeliruan. Hal ini menyebabkan kajian ini dijalankan bagi mengelakkan murid terus keliru dalam menggunakan kata sendi nama ‘dari’.

Page 182: Prosiding Pismp Bm 2014

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian saya ialah membantu meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran menjawab soalan kefahaman menggunakan kata sendi ‘dari’. Berdasarkan analisis masalah pengajaran dan pembelajaran murid dalam sesi yang lepas, murid tidak boleh membezakan penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan betul menyebabkan berlakunya kesalahan tatabahasa. Murid keliru untuk menggunakan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’. Murid mencapai markah ujian yang rendah sebelum ini kerana tahap kefahaman murid berada pada paras yang rendah. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu disebabkan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan tahap murid.Menurut Choong Lean Keaw (2011: 223) kaedah pengajaran bertujuan untuk merekabentuk persekitaran pembelajaran, serta menyatakan secara khusus jenis aktiviti yang melibatkan guru dan murid.

Fokus kajian saya ialah :

i. Kesilapan murid dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dalam soalan kefahaman.ii. Murid kelirumenggunakan kata sendi nama ‘dari’dalam membuat pilihan jawapan

yang betul.

2.1 Kebolehtabbiran

Kajian ini dijalankan bagi murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka. Seramai tiga orang murid sahaja yang terlibat. Mereka terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Jalinan erat saya dan subjek kajian memberi satu kelebihan. Kelebihan itu ialah kemudahan kepada saya untuk menjalankan kajian disebabkan murid-murid ini adalah anak didik saya sepanjang pratikum fasa tiga yang lalu.

2.2 Tujuan

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman subjek kajian dalam kemahiran menjawab soalan kefahaman bahasa Malaysia yang melibatkan penggunaan kata sendi ‘dari’. Seterusnya, tujuan lain kajian ini membolehkan subjek kajian dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.Guru lain juga mendapat manfaat daripada hasil pengaplikasian kaedah MATETIK dalam PdP.Selain itu, kaedah ini tidak terhad kepada matapelajaran bahasa Malaysia sahaja.

2.3 Kepentingan

Hasil daripada kajian ini membolehkan subjek kajian mempelajari subtopik kata sendi dalam tatabahasa Melayu. Kajian ini amat mudah dilaksanakan oleh murid disebabkanguru yang mengajar subjek bahasa Malaysia sendiri yang mengelolanya. Selain itu, kaedah ‘MATETIK’ ini bersesuaian dengan subjek kajian disebabkan ia menggunakan kaedah interaktif dan permainan bahasa. Menurut Hasnah Awang (2010:167) dalam kajiannya menyatakan permainan bahasa dalam PdP bahasa Malaysia dapat melatih murid untuk memahami dan menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dalam kehidupan mereka, di samping dapat belajar bermain dan menyeronokkan.

Page 183: Prosiding Pismp Bm 2014

2.4 Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal, iaitu dijalankan dalam persekitaran kelas biasa. Subjek kajian diberikan penerangan tentangkaedah dan perjalanan kajian ini. Saya memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di makmal sekolah pada tarikh 16 Julai 2014 dengan menggunakan kaedah interaktif dan permainan bahasa.

2.5 Kolaborasi

Saya mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian. Saya juga membuat kolaborasi terlebih dahulu melalui perbincangan bersama-sama dengan guru pembimbing dan guru-guru bahasa Malaysia ketika menjalani praktikum fasa tiga yang lalu. Perbincangan dan kolaborasi dijalankan bagi memberikan pandangan tentang masalah murid tahun Empat Bestari. Saya juga turut berkolaborasi bersama-sama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain bagi memastikan saya mengikuti kaedah dan prosedur yang betul.

2.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, sama ada di bandar mahupun di kawasan luar bandar . Hal ini demikian, kaedah ini dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah dan membaiki amalan pengajaran guru supaya proses PdP lebih menarik minat murid dan meningkatkan pemahaman penggunaan kata sendi nama ‘dari’.

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu, objektif umum dan objektif khusus.

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah MATETIK untuk mengatasi masalah penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dengan betul dalam membuat pilihan jawapan kefahaman bahasa Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian ini ialah:

3.2.1 Meningkatkan kefahaman muridterhadap penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dengan betul dalam membuat pilihan jawapan kefahaman dengan menggunakan kaedah MATETIK.

3.2.2 Membantu murid menjawab soalan kefahaman yang melibatkan kata sendi nama ‘dari’ dengan menggunakan kaedah MATETIK.

Page 184: Prosiding Pismp Bm 2014

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

3.3.1 Apakah penggunaan MATETIK mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan betul dalam membuat pilihan jawapan kefahaman.

3.3.2 Apakah kaedah MATETIK mampu membantu murid dalam menjawab soalan kefahaman yang melibatkan kata sendi nama ‘dari’.

4.0 Kumpulan Sasaran

Subjekkajianiniterdiridaripadatiga orang muriddarikelasempat (4) Bestari.Murid-muridinidipilihkeranasentiasamelakukankesilapan samawalaupunpengkajitelahmenggunakankaedah yang berlainan. Merekaterdiridaripadaseoranglelaki yang merupakandanduaorang perempuan yang mempunyaiprestasi yang lemahdalammatapelajaranbahasa Malaysia dansederhanadalammatapelajaran yang lain.

12.0 PelaksanaanKajian

Dalammelaksanakankajianini, terdapatempatlangkah yang perludilaluiseperti di bawah :

Langkah1 :Pengumpulan data awal

Dalammelaksanakanpengumpulan data awal, sayamenjalankantinjauanawaluntuk mengenal pasti permasalahan yang wujud.Sayamemberikansatu set soalanberkaitandengan kata sendi ‘dari’ dalampilihanjawapansoalankefahamanbahasa Malaysia.Pengumpulan data awalinidilakukansecarapemerhatian, temu bual dananalisisbeberapadokumen yang berkaitansepertilembarankerja yang disediakanoleh guru.

Langkah2 :Intervensi

Dalamperingkatintervensi, sayatelahmelaksanakan proses pengajarandanpembelajarandenganmengaplikasikankaedah MATETIK bagisubtopiktatabahasaiaitu kata sendinama ‘dari’ secarakelas yang dijalankan di makmalkomputersekolah.Sayamemulakanproses PdPdenganmenggunakanslaiddaripadaperisianpower point yang menjelaskankonsepdankaedah MATETIKsecaragrafik.Konsep MATE ialah M-masa, A-arahdan TE-tempat.Secaraindividu, subjekkajiandimintauntukmenghafazdanmengingat formula MATETIK yang disediakan.Kemudian, subjekkajianbermainsebuahpermainanbahasa yang dipanggil ‘Jentik’ berasaskanpermainancaromuntukmengujikefahamanmereka.Hasilgabunganinitercetuslah kaedah MATETIK.

Langkah3 :Pengumpulan Data Akhir

Page 185: Prosiding Pismp Bm 2014

Bagimenilaikeberkesananintervensi yangtelahdijalankan, sayamelaksanakanujianbertulis kali kedua,iaitumemberikansatu set soalan yangsamaseperti pengumpulan data awaluntuk melihatperubahanprestasisubjekkajian.

Langkah 4 : Refleksi

Padaperingkatini, sayamembuatrefleksisemuatindakan yang telahdilakukansemasamelaksanakankaedah MATETIKdanmelakukan penambahbaikan sekiranyaperlu.

13.0 DapatanKajian13.1 PencapaianAwal

Jadual 1 Pencapaian Awal Subjek Kajian

Murid PencapaianAwal/ 10Markah

Murid X 4

MuridY 5

MuridZ 5

Sumber : Hasil Kajian

Jadual 1 menunjukkan pencapaian awal subjek kajian dalam ujian pertama yang dijalankan pada tarikh 9 Julai 2014 bertempat di makmal komputer sekolah pada jam 8.45 pagi. Pencapaian awal ini menunjukkan subjek kajian berada pada tahap yang lemah disebabkan perolehan markah kurang daripada enam markah daripada 10 markah penuh. Dua orang daripada subjek kajian memperolehi lima markah manakala seorang mendapat empat markah.

13.2 Pencapaian Akhir

Jadual 2 Pencapaian Akhir Subjek Kajian

Murid PencapaianAwal/ 10Markah

Murid X 8

MuridY 9

MuridZ 8

Sumber : Hasil Kajian

Jadual2 menunjukkanpencapaianakhirsubjekkajian yang terlibatmenunjukkankeputusan yang sangatmemberangsangkanselepasmenjalaniperingkatintervensi.Merekaberjayamemperolehmarkah yang melebihienamselepasintervensi.Hal

Page 186: Prosiding Pismp Bm 2014

inimenunjukkankesanperubahanpositifpadasetiappencapaiansubjekkajian.Murid X dan Y berjayamemperolehlapanmarkahdaripada 10 markahpenuh yang menunjukkanpeningkatanempatdanlimamata. Murid Y pula memperolehpeningkatankepadaempatmarkahiaitudaripadalimakepadasembilanmarkah. Hal inimembuktikankesemuasubjekkajianmengalamiperubahan yang positif.MenurutSalwaZaharin (2012: 187) dalamkajiannya, Program DaripadakuKepadamuMeningkatkanPenguasaan Kata SendiNamaTahun Lima membuktikanbahawapenguasaandankefahaman kata sendinamadalamkalanganmuridbolehditingkatkansekiranya guru mempelbagaikankaedahpengajaran yang menarikdansesuai.

6.3 Pemerhatian

Sepanjang melakukan pencapaian awal dan pencapaian akhir kepada subjek kajian, pengkajitelah melakukan pemerhatian berserta untuk mencatat interaksi dan respon subjek kajian yang berlaku dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 3 Aspek Yang Dinilai Semasa Pencapaian Awal

Aspek yang Dinilai Tahap Penguasaan Setiap Sampel

X Y Z

1. Pencapaian / Prestasi 1 1 1

2.Cara penggunaan kata sendi nama ‘dari’

1 2 1

3.Komunikasi 2 2 1

Sumber : Hasil Kajian

Jadual 3 menunjukkanaspek-aspek yang dinilaidalampemerhatiansemasapencapaianawalsubjekkajian.Secarakeseluruhannya, prestasi yang ditunjukkanolehkesemuasubjekkajianadalahrendahdanberada pada tahap yang lemah.Tahappenguasaansubjekkajiandalampenggunaan kata sendinama pula dinilaidaripadasegilisandanbertulisberada pada tahap yang sederhana, manakaladua orang subjekkajianberada di tahap yang rendah. Tahapkomunikasisubjekkajian pula adalahsederhana.

Jadual 4Aspek Yang Dinilai Semasa Pencapaian Akhir

Aspek yang Dinilai Tahap Penguasaan Setiap Sampel

X Y Z

1. Pencapaian / Prestasi 3 3 2

Page 187: Prosiding Pismp Bm 2014

2.Cara Penggunaan Kata Sendi Nama ‘dari’

3 2 3

3.Komunikasi 3 3 2

Sumber : Hasil Kajian

Jadual 4 menunjukkan hasil kajian daripada segi pemerhatian terhadap subjek kajian semasa pencapaian akhir. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan perubahan yang positif dari segi skor penguasaan mengikut pencapaian awal dan akhir setiap subjek kajian. Subjek kajian banyak menunjukkan perubahan positif ketika proses PdP. Perkembangan positif yang dapat dilihat ialah apabila subjek kajian X mencapai tahap penguasaan rendah kepada baik manakala subjek kajian Y berubah daripada tahap sederhana kepada baik. Subjek kajian Z pula mengalami peningkatan apabila mencapai tahap penguasaan baik pada pencapaian akhir kajian. Kesimpulannya kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan bagi tahap skor penguasaan.

Jadual 5 Skor Penguasaan

Tahap penguasaan Hasil

1 Rendah

2 Sederhana

3

4

Baik

Sangat Baik

Sumber : Hasil Kajian

Jadual 5 pula menunjukkan skor tahap penguasaan bagi aspek yang dinilai. Daripada skor yang diperoleh pengkaji dapat melihat perubahan yang diperhatikan oleh setiap subjek kajian. Daripada pemerhatian yang dilakukan, terbukti bahawa murid telah menunjukkan peningkatan terhadap penggunaan kata sendi nama ‘dari’.

6.4Temubual

Temubualdijalankankepadasampelkajiandalamduasesiiaitusebelumdanselepasintervensiuntukmemperolehmaklumat.Di sampingitu, untukmeninjaupersepsi, sikap, nilaidanpendapatsubjekkajianterhadapkajian yang dijalankan.Temubualdijalankansecaraberstruktur yang mengandungisoalan-soalan yang disusunsecaraterancang, rapidanteratur. Hal inimenjadikansubjekkajianlebihselesadanterbimbingsemasa proses temubualdijalankan.Hasilanalisistemubualmenunjukkansubjekkajianmampumenghafazdanmenggunakankaedah MATETIK denganbaiksertameningkatkandayaingatanmerekatentangkonsep kata sendinama ‘dari’. Hal inimenunjukkanbahawapenerimaandanpersepsisubjekkajianterhadappenggunaankaedah MATETIK memberangsangkan.

Page 188: Prosiding Pismp Bm 2014

6.5 Dokumen

Data dokumenmerujukkepadarekodberbentukawamatauperibadimengenaisesuatutempatatausubjekkajianuntukmemahamifenomenautamaberkaitankajian yang dijalankan.Data dokumen yang digunakandalamkajianiniialahbukukerjasubjekkajiandanlembarankerja.Analisis data tersebutpentinguntukmembuatperbandinganhasilkerjasubjekkajiansebelumdansemasakajian.Hal inidapatmenyokonginstrumen yang digunapakaibagimenjawabpersoalankajianini.Foto-fotohasilkerjasubjekkajiantelahdigunakanuntukmembuktikankeberkesanankajian yang dijalankan.

14.0 Rumusan

Keseluruhannya, sayamendapatibahawakaedahMATETIKtelahberjayamemenuhiobjektifdanmenjawabsoalankajian yang telahditetapkan.Kaedah yang menggunakanpendekataninteraktifdanpermainanbahasainimampumemberiperubahanpositifkepadasubjekkajian.MenurutNurulAtiqahAzahari (2013:186)kaedahbermaininitelahmenggalakkanmuridbelajarsecaraaktifdanmemyeronokkandalam proses PdP. KenyataaninidisokongolehNurul Hannah bt Abdul Awang (2012: 152) dalamkajianbeliaubahawateknikpermainandapatmembantumuridmengingatfakta yang terdapatdalamsesebuahtopikpembelajarandenganlebihmudahkeranabersesuaiandenganperkembanganusiamuridsekolahrendah.Data yang telahdikumpuldandianalisistelah terbuktikaedah MATETIK inimampumeningkatkankefahamanmuridmenggunakan kata sendinama ‘dari’ dalamkemahiranmenjawabsoalankefahamanbahasa Malaysia tahunempat. Namun, gelungankeduaterpaksadilakukanuntukmenambahbaikmengikutaspekpencapaianmuriddengan menggunakan penambahbaikan carapengendalianintervensidanalatkajian.

15.0 Rujukan

Choong Lean Keaw (2011).MuriddanAlamBelajar. Kuala Lumpur: Seasons Sdn. Bhd.

HasnahAwang,&HabibahMohdSamin (2010). LiterasiBahasaMelayu.SubangJaya :Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

NurulAtiqahAzahari (2013). MeningkatkanPenguasaan Kata SendiNama ‘Dari’ Dan ‘Daripada’MuridTahunEmpatMenggunakanKaedah J-Mon. Prosiding Seminar PenyelidikanTindakanIjazahSarjanaMudaPerguruan (PendidikanRendah), Kuala Terengganu: InstitutPendidikan Guru KampusDatoRazali.

Nurul Hannah bt Abdul Wahab (2012). MeningkatkanPenguasaanMuridTahun 5 IbnuKhaldun MengingatiFaktadalamTopikKegemilanganMelaka MenggunakanTeknikPermainan“Dice

Games”.PenyelidikanTindakanIjazahSarjanaMudaPerguruan

Page 189: Prosiding Pismp Bm 2014

(PendidikanRendah), Kuala Terengganu: InstitutPendidikan Guru KampusDatoRazali.

RosliAb.Rahman (2002). Ciri-ciriSintaksisdanSemantik Kata SendiNamaBahasaMelayu: AnalisisBerdasarkanPendekatanTransformasiGeneratif.TesisIjazahSarjana, Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

SalwaZaharin (2012). Program DaripadakuKepadamuMeningkatkanPenguasaan Kata SendiNamaMuridTahun Lima.Prosiding Seminar PenyelidikanTindakanIjazahSarjanaMudaPerguruan (PendidikanRendah), Kuala Terengganu: InstitutPendidikan Guru KampusDatoRazali.

PENGGUNAAN KAEDAH KECAM GERAK MAGNET DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN “DI” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Nurul Yasmeen Binti Muhamed YunusDr. Mohd Haidi bin. Hj. Mohd Kasran

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat bagaimana kaedah Kecam Gerak Magnet membantu penguasaan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja atau “di” sebagai kata sendi nama bagi tempat dan arah oleh lima orang murid Tahun 4 yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumen. Data dianalisis menggunakan analisis kandungan dan pola yang kemudian disemak menggunakan trigulasimasa dan sumber, menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama. Hasil kajian menunjukkan kaedah pengecaman berkesan dalam membantu lima orang murid menguasai penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama dalam ayat Bahasa Melayu.

Page 190: Prosiding Pismp Bm 2014

Kata Kunci : Kecam Gerak Magnet, “di” sebagai imbuhan, “di” sebagai kata sendi nama

1.0 PengenalanMenurut Azman Wan Chik (1989), murid lebih kerap melakukan kesilapan dalam aspek tatabahasa khususnya imbuhan disebabkan oleh pengajaran imbuhan Melayu yang kurang memuaskan ini disebabkan oleh ketidakbolehan guru untuk memilih dan menyusun bahan yang bersabit dengan objektifnya dan menyampaikan bahan itu dengan cara berkesan untuk memaksimumkan hasil pembelajaran murid khususnya murid bukan Melayu. Kajian ini dijalankan apabila murid dikenalpasti lemah dari segi kemahiran menulis “di” sebagai imbuhan atau kata sendi nama. Murid tidak tahu dan keliru sama ada imbuhan atau kata sendi nama ”di” ditulis bersambung atau tidak bersambung. Oleh itu, lima orang murid dipilih untuk dibantu dengan menggunakan kaedah Kecam Gerak Magnet.

2.0 Fokus KajianMasalah pengunaan “di” dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Aktiviti menyalin petikan yang mengandungi penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama bagi mengenalpasti murid yang benar-benar bermasalah dalam menggunakan “di” sebagai imbuhan atau kata sendi nama. Setelah semakan dibuat, didapati terdapat lima orang murid banyak melakukan kesilapan tersebut. Justeru itu, satu kaedah diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini iaitu kaedah Kecam Gerak Magnet intervensi yang menggunakan blok perkataan untuk dikecam dan kemudiannya disemak menggunakan butang magnet. Penggunaan alat ini dilihat sangat praktikal, mesra pengguna selain mudah diguna murid dan dipantau. Menurut Noraziah Abdul Hamid ( 1981 ), bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa , alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana pemahaman, penguasaan dan minat murid terhadap kaedah yang digunakan.

3.0 Objektif Kajian / Soalan KajianDalam kajian ini, terdapat objektif umum, objektif khusus dan soalan kajian yang cuba diketengahkan dalam pengkajian ini.

3.1 Objektif UmumObjektif umum kajian ini dijalankan ialah untuk melihat sejauh mana kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh murid di kelas tahun 4 Bestari yang dipilih dalam penggunaan “di” sebagai imbuhan atau sebagai kata sendi nama. Kajian ini akan memberi kesedaran kepada murid terhadap kesilapan yang dilakukan dan secara tidak langsung dapat membantu mengenal pasti punca-punca masalah ini berlaku.

3.2 Objektif khususSecara khususnya, kajian ini bertujuan:

1. Meningkatkan penguasaan murid tahun empat dalam penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama murid menggunakan kaedah kecam gerak magnet.

2. Melihat dan menilai minat murid mempelajari penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama menggunakan alat intervensi kecam gerak magnet.

3.3 Soalan kajian

Page 191: Prosiding Pismp Bm 2014

Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijadikan garis panduan. Antaranya ialah:

1. Bagaimanakah penguasaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama murid dapat ditingkatkan menggunakan kaedah kecam gerak magnet.

2. Adakah penggunaan kaedah kecam gerak magnet dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari fungsi “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama?

4.0 Kumpulan SasaranKumpulan sasaran kajian terdiri daripada lima orang murid iaitu empat orang lelaki dan seorang perempuan dari kelas tahun empat. Murid ini disasarkan apabila mereka mempunyai kelemahan dalam penggunaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama ketika menjalankan aktiviti menulis ayat dalam lembaran kerja dan semasa pembentangan hasil kerja yang dibuat.

5.0 Tindakan DijalankanBagi mengatasi masalah ini, pelaksanaan kaedah ini dijalankan secara individu dan berkumpulan berdasarkan data awal yang telah dikumpul. Terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam proses pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Menurut Frence (1995) dalam Arpan Shahbudin Latip (1998), antara proses yang menjadi punca kesilapan bahasa ialah pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan dan kerana itu pelajar membuat kesalahan dalam penggunaanya. Hasil pengumpulan data mendapati, kesilapan yang dilakukan murid dalam kemahiran menulis yang penggunaan imbuhan “di” dan kata sendi nama “di” adalah disebabkan oleh masalah kekeliruan penggunaan “di’ sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama. Justeru itu, satu pelaksanaan tindakan dirancang.

Tindakan 1 : Analisis Awal Dokumen.Pengumpulan data analisis dokumen dilakukan melalui lembaran kerja. Analisis awal dokumen dijalankan bagi mengenal pasti kesilapan dan masalah yang dikaji berlaku. Berdasarkan hasil analisis penyelidik mendapati murid melakukan kesilapan dalam penggunaan imbuhan “di” dan kata sendi nama “di” dalam ayat. Murid melakukan kesilapan yang banyak dalam menulis perkataan yang melibatkan penggunaan “di” secara bersambung atau tidak bersambung. Namun begitu, terdapat juga penggunaan “di” bagi beberapa perkataan dalam ayat yang ditulis dengan betul oleh murid. Menurut Abdullah (1989) ,pelajar melakukan kesalahan dalam penggunaan tatabahasa disebabkan mereka tidak memahami fungsinya. Hasil analisis awal dokumen mendapati murid dilihat keliru dengan kemahiran menulis “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama.

Tindakan 2 : Menjalankan Pemerhatian AwalPemerhatian dijalankan dengan mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rekod anekdot digunakan untuk mencatat maklumat yang dilihat. Berdasarkan pemerhatian awal, murid teragak-agak untuk menjawab pertanyaan yang dikemukan. Murid dilihat tidak memahami kata kerja dan kata nama dan hanya meneka jawapan apabila dikemukan soalan.

Tindakan 3 : Menjalankan Temu Bual AwalKaedah temu bual digunakan bagi mengumpul data bagi penyelidikan tindakan yang dirancang. Jenis soalan yang digunakan adalah soalan tertutup bagi temu bual berstruktur. Jadual 1 menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan.

1. Adakah anda setuju untuk menyertai latihan ini?

Page 192: Prosiding Pismp Bm 2014

2. Adakah anda faham perbezaan menulis “di” bersambung atau tidak bersambung?

3. Adakah anda tahu maksud kata nama dan kata kerja?4. Pernahkan guru menegur penulisan anda yang melibatkan penggunaan “di” ?

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, didapati murid tidak tahu membezakan cara penulisan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama. Murid juga didapati tidak memahami kata nama dan kata kerja dengan baik. Masalah ini telah mempengaruhi penulisan murid semasa menggunakan imbuhan atau kata sendi nama “di” dalam ayat Bahasa Melayu.

Tindakan 4 : Menjalankan intervensiKaedah intervensi yang telah dirancang ialah kaedah kecam gerak magnet. Kaedah ini menekankan kemahiran mengecam perkataan bagi menentukan sama ada perkataan tersebut kata kerja atau kata nama bagi arah dan tempat.

1. Murid diterangkan penggunaan “di” sebagai imbuhan dan kata sendi nama dan kaedah kecam gerak magnet.

2. Murid mengecam blok perkataan yang dipilih sama ada kata kerja atau kata nama.

3. Murid melengkapkan lembaran kerja menggunakan perkataan yang telah dikenal pasti

4. Murid menyemak perkataan yang diperolehi sama ada “di” ditulis bersambung atau tidak menggunakan magnet.

Tindakan 5 : Menjalankan pemerhatian akhirPemerhatian akhir dijalankan dengan melihat riak wajah, bahasa, percakapan, gaya badan dan nada percakapan murid semasa murid mengikuti aktiviti intervensi. Rakaman video bagi sesi intervensi tersebut diteliti semula bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Tindakan 6 : Menganalisis dokumen akhirMurid diminta untuk menulis petikan yang akan dibacakan. Petikan yang dibaca merupakan petikan yang telah digunakan pada awal tindakan. Melalui lembaran kerja ini, perubahan tahap kefahaman murid dapat dilihat dan dinilai. Tindakan selanjutnya diambil dengan meminta murid untuk melengkapkan lembaran kerja yang seterusnya dengan mengisi tempat kosong. Latihan ini diberikan bagi memudahkan tahap pemahaman murid mengenai cara penulisan imbuhan “di” atau kata sendi nama “di” dilihat dan dinilai.

Tindakan 7 : Gelungan KeduaKelemahan semasa menjalankan aktiviti Kecam Gerak Magnet dikenalpasti. Suatu penambahbaikan telah dijalankan menggunakan huruf yang bertindak sebagai formula dalam lembaran kerja yang disediakan.. Kad-kad grafik ini dapat membantu memudahkan murid membuat pengecaman dengan lebih baik.

Tindakan 8 : Menjalankan temu bual akhirTemu bual akhir murid dijalankan bagi mendapatkan respon murid mengenai kaedah yang digunakan. Murid menunjukkan peningkatan penguasaan “di” sebagai imbuhan atau sebagai kata sendi nama. Melalui respon ini, penambahbaikan bagi meningkatkan kaedah intervensi yang dipilih dapat dikenalpasti. Pada temu bual akhir juga soalan tertutup dan soalan terbuka digunakan kepada murid.Soalan Tertutup :

1. Adakah anda seronok dengan kaedah Kecam Gerak Magnet yang telah dijalankan?

Page 193: Prosiding Pismp Bm 2014

2. Adakah kaedah Kecam Gerak Magnet membantu anda memahami penggunaan “di” sebagai imbuhan dan juga kata sendi nama?

3. Adakah anda faham maksud kata nama dan kata kerja?Soalan Terbuka :

1. Berikan contoh kata nama.2. Berikan contoh kata kerja.

6.0 Dapatan Kajian6.1 Dapatan Analisis PemerhatianPemerhatian dijalankan sebelum, semasa dan selepas intervensi digunakan untuk melihat kefahaman dan tahap penguasaan murid menggunakan rekot anekdot dan rakaman video. Pemerhatian ini meliputi aspek tingkah laku, prestasi dan penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti. Hasil pemerhatian mendapati murid menunjukkan peningkatan berdasarkan komunikasi dan respon yang ditunjukkan oleh murid. Murid B dan D menunjukkan hasil yang baik manakala murid A, C, dan E menunjukkan respon atau maklum balas yang sangat baik semasa aktiviti berlangsung.

6.2 Dapatan Analisis Temu bual

Menurut Mohd Majid (2000) dalam Roselan (2003), kaedah temu bual boleh digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan persoalan kajian. Rakaman audio dan video dijalankan bagi merakamkan isi perbualan yang dilakukan. Rakaman sebelum, semasa dan selepas dibuat bagi mendapatkan maklumat peningkatan kefahaman murid mengenai penggunaan “di”. Hasil temu bual , semua murid menunjukkan perkembangan dan perubahan positif mengenai penguasaan penggunaan imbuhan “di” dan kata sendi “di”. Langkah-langkah yang dijelaskan dalam kaedah Kecam Gerak Magnet ini mudah difahami dan mudah diaplikasikan. Murid juga menunjukkan minat terhadap kaedah yang digunakan. Hasil temu bual mendapati kajian berjaya menjawab persoalan kedua kajian melalui dapatan ini.

6.3 Dapatan Analisis DokumenPerbandingan perbezaan bilangan kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan atau kata sendi nama dalam lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi dinyatakan dalam bentuk jadual dan rajah seperti berikut :

A 5/10 (betul = 5/10) 1/10 (betul = 9/10) B 5/10 (betul = 4/10) 3/10 (betul = 7/10) C 5/10 (betul = 5/10) 0/10 (betul = 10/10) D 5/10 (betul = 5/10) 3/10 (betul = 7/10) E 5/10 (betul = 5/10) 0/10 (betul = 10/10)

Jadual 1 : Bilangan Kesalahan Penggunaan “di” Sebagai Imbuhan atau Kata Sendi Nama dalam Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Bilangan Kesalahan Penggunaan “di” Sebagai Imbuhan Atau Kata Sendi

Nama Sebelum Intervensi

Bilangan Kesalahan Penggunaan “di” Sebagai Imbuhan Atau Kata Sendi

Nama Selepas IntervensiMurid

Page 194: Prosiding Pismp Bm 2014

Skor Bilangan Perkataan Tahap Pencapaian 10 Sangat Baik 6-9 Baik 0-5 Kurang baik

Jadual 2 : Skor Bilangan Perkataan

1st Qtr 2nd Qtr 3rd Qtr 4th Qtr0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

East West North

Rajah 1 : Banding Beza Penggunaan “di” dalam Lembaran Kerja Awal dan Lembaran Kerja Akhir yang Ditulis dengan Betul.

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, berlaku peningkatan dalam penggunaan “di” sama ada sebagai imbuhan atau kata sendi nama dalam ayat. Bilangan kesalahan penggunaan “di”semakin berkurang. Murid disimpulkan sudah boleh memahami dan menguasai penulisan penggunaan “di” sebagai imbuhan atau kata sendi nama iaitu sama ada ditulis bersambung atau tidak bersambung. Murid A tidak menunjukkan peningkatan tahap tetapi berlaku peningkatan dari segi skor iaitu dari lima kepada sembilan. Murid B dan D pula meningkat dari tahap kurang baik kepada baik iaitu dari skor empat kepada tujuh dan lima kepada tujuh, manakala murid C dan E pula menunjukkan peningkatan dari kurang baik kepada sangat baik dengan skor lima kepada sepuluh. Semasa pelaksanaan aktiviti intervensi ini, gelungan kedua telah dijalankan bagi membantu murid B dan D kerana murid masih pada tahap yang kurang baik. Gelungan kedua dijalankan bagi membantu murid mengurangkan kesalahan penggunaan “di” dengan menggunakan kad grafik bagi mengukuhkan lagi pengecaman yang akan dilakukan. Hasilnya, semua murid berjaya meningkatkan penguasaan penggunaan “di” dan berada pada tahap baik dan sangat baik seperti yang ditujukkan dalam jadual dan rajah di atas. Tindakan susulan juga telah dijalankan bagi memastikan murid betul-betul memahami dan menguasai penggunaan “di”. Hasil ini membuktikan penguasaan “di” sebagai imbuhan atau “di” sebagai kata sendi nama dapat ditingkatkan menggunakan kaedah kecam gerak magnet dan menjawab persoalan pertama kajian.

7.0 Rumusan Dan Refleksi DapatanSecara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan “di” atau kata sendi nama “di” dalam ayat Bahasa Melayu tahun empat. Penggunaan kaedah Kecam Gerak Magnet berjaya membantu meningkatkan kefahaman murid dalam penulisan. Penggunaan bahan yang sesuai dan menarik akan

Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E0

2

4

6

8

10

12

Banding Beza Penggunaan "di" dalam Lembaran Kerja Awal dan Lembaran Kerja Akhir yang Ditulis dengan Betul.

Lembaran Kerja AwalLembaran Kerja Akhir

Sampel Kajian

Bil

anga

n P

engg

unaa

n "

di"

dala

m L

emba

ran

Ker

ja A

wal

dan

Lem

bara

n K

erja

Akh

ir y

ang

Dit

ulis

den

gan

Bet

ul.

Page 195: Prosiding Pismp Bm 2014

mendorong minat murid untuk menyertai proses pembelajaran dan membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dengan lebih jelas seperti yang telah dirancang. Justeru itu, kajian ini membuktikan bahawa kesilapan yang dilakukan murid dapat dikurangkan jika pengajaran dibuat dengan memilih bahan dan kaedah yang boleh menarik minat murid untuk belajar.

8.0 Rujukan

Abdullah Hassan (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Arpan Shahbudin Latip (1998). Bahasa Melayu : Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Roselan Bin Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication.

PENGGUNAAN KAEDAH SERI GALIS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA TUNGGAL DIGRAF ‘NG’ BAGI MURID TAHUN 3

Siti Halwani BintiMakaseri Fuadi Bin Abdul Razak

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan puzzle menggunakan kaedah Seri Galis dalam kalangan murid tahun tiga. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan tidak menunjukkan minat dalam kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’. Oleh itu, penggunaan kaedah Seri Galis digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun tiga di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah berlaku daripada analisis dokumen melalui lembaran kerja. Selain itu, melalui pemerhatian dan temu bual, kumpulan sasaran bersetuju bahawa penggunaan kaedah Seri Galis dapat menarik minat kumpulan sasaran dalam kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan puzzle. Justeru, analisis data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah Seri Galis dapat

Page 196: Prosiding Pismp Bm 2014

meningkatkankemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan puzzle. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Seri galis supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci:kemahiran, kata tunggal digraf, Seri Galis

12.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 menyatakan Pelan Pembangunan 2013-2025 dalam 11 anjakan utama turut memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Hal ini membuktikan setiap murid memerlukan kemahiran bahasa Malaysia terutamanya dalam kemahiran menulis. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa saya memberi lembaran kerja bagi kemahiran menulis digraf ‘ng’. Pertamanya, kebanyakkan murid-murid tidak dapat menulis dengan betul. Hal ini kerana mereka tidak dapat menulis lembaran kerja dengan betul yang telah saya berikan di akhir pembelajaran. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

13.0 FokusKajian

Sebagaiseorangpendidik, kitaharuslahmenjadisebahagiandaripadagolongan yang mencetuskankeadaanuntukmelihatkeberhasilanpelajardalammenguasaikemahiranmenulisdaripelbagaisudutsecaralebihobjektif.Fokuskajiansayaadalahmerujukkepadamembantumuridmeningkatkanpenguasaanmerekadalamkemahiranmenulis kata tunggaldigrah ‘ng’.Berdasarkankajian yang dijalankan, puncadapatdikesanadalahpenggunaankaedahpengajarandanpembelajaran yang tidaksesuai.Empat orang muriddikenalpastisukaruntukmenguasaikemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’.

3.0 ObjektifKajian

3.1 ObjektifUmum

Kajian yang dijalankaninibertujuanuntukmemberikanpengajarandanpembelajaran yang berkesandenganmenggunakankaedahSeri Galisagar dapatmengatasimasalahmenguasaikemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’.Di sampingitu, murid-muriddapatmeningkatkanperatuskecemerlangandalammatapelajaranBahasa Malaysia.

3.2 ObjektifKhusus

Kajianinijugabertujuanuntuk :

Page 197: Prosiding Pismp Bm 2014

1. Meningkatkankeberkesanankemahiranmenulismuriddalam kata tunggaldigraf ‘ng’ menggunakankaedah Seri Galis.

2. Meningkatkankemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ melaluikaedah Seri Galisdapatmenambahbaikamalanpengajarandanpembelajaran.

3.3 SoalanKajian

Kajianinibertujuanuntukmenjawabpersoalankajianberikut :1. Apakahkesankemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ melaluikaedah Seri

Galis?2. Bagaimanakahkemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’

dapatmenambahbaikamalanpengajarandanpembelajaransemasamengajarmelaluikaedah Seri Galis?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasarankajianiniterdiridaripadaempat orang muridiaitudualelakidanduaperempuantahun 3.Murid-muridinidisasarkankeranakelemahanmerekadalammenguasaikemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’.

5.0 Tindakan Yang Dijalankan

Langkah tindakan :

Langkah1 :Rancang (LembaranKerjaAwal)

Sayamemberikanlembarankerjakepadamuriddanmulamengenalpastimasalahmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ semasapraktikumfasa 3.Lembarankerjainimengandungi 10 soalanberkaitandengan kata tunggaldigraf ‘ng’.Sayamemberikanlembarankerjaawaluntukmendapatkan data awalmasalahmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ samaadamasihberlanjutan. Tempohpelaksanaanlembarankerjaadalah 20 minit.

Langkah2 :Bertindak (Kaedah Seri Galis)

Setelahmerancangdenganmemberikanlembarankerjaawaldilaksanakan.Sayamulabertindakdenganmengenalpastidenganlebihmenyeluruhtahappenguasaanmuriddalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ dengankaedah Seri Galis.Sebelummemulakankaedah Seri Galis, kumpulansasarandiberikansedikittaklimattentangcara-carakaedah Seri Galisdijalankan.Semasakumpulansasaranmelakukankaedah Seri Galis, sayaakanbertindaksebagaipembimbingdanpemantausebagaipersediaanawal. Sayamelaksanakan proses pengajarandanpembelajarandenganmengaplikasikankaedah Seri Galisuntukmasalahmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ bagimatapelajaranBahasaMelayu :

1. Se (Sebut) : Pelaksanaan yang pertama ialah menjalankan aktiviti menyebut. Saya akan menyebut satu kata tunggal digraf ‘ng’ dan murid harus peka tentang perkataan yang disebut oleh guru.

Page 198: Prosiding Pismp Bm 2014

2. ri (cari) : Setelah pelaksanaan pertama dijalankan, murid harus mencari puzzle kata tunggal digraf ‘ng’ yang telah disebut oleh guru secara individu di dalam sebuah kotak yang telah disediakan oleh guru. Pelaksanaan ini bertujuan untuk mengetahui kefahaman murid tentang kata tunggal digraf ‘ng’ yang telah disebut oleh guru semasa pelaksanaan pertama.

3. Ga (Gabung) : Pelaksanaan kedua telah dijalankan, murid harus menggabungkan kepingan puzzle kata tunggal digraf ‘ng’ pada permainan puzzle yang telah disediakan oleh guru bertujuan untuk memudahkan murid menggabungkan kepingan puzzle yang telah dicari. Tempoh pelaksanaan langkah tiga adalah selama 20 minit.

4. lis (Tulis) : Setelah langkah tiga dijalankan, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran menulis melalui kaedah Seri Galis menggunakan permainan puzzle diberikan dan dilaksanakan tanpa bimbingan guru bagi menilai penguasaan murid-murid terhadap kaedah Seri Galis untuk untuk menguasai kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’. Tempoh yang diberikan adalah selama 20 minit.

Langkah 3 : Lembaran kerja Akhir

Saya menjalankan lembaran kerja akhir terhadap murid untuk mendapatkan dapatan akhir setelah melaksanakan intervensi menggunakan kaedah Seri Galis bagi masalah menulis kata tunggal digraf ‘ng’. Hasil lembaran kerja akhir yang telah diberikan dapat menilai keberkesanan kaedah Seri Galis yang telah digunakan sewaktu intervensi sama ada murid dapat menguasai kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’.

Langkah 4 : Pemerhatian

Selepas lembaran kerja akhir dilaksanakan, saya melakukan pemerhatian secara berstruktur terhadap murid melalui senarai semak ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan kerjasama rakan. Pemerhatiandilakukanuntukmelihattahapkeberkesanankaedah Seri Galisdalamtingkahlakumuridsemasa guru mengajar.

Langkah5 :Temubualberstruktur

Temubualinidijalankanselepasintervensidilaksanakan.Temubualtelahdilakukanbersamaempatkumpulansasaran di tempat yang sama.

Langkah6 :Refleksi

Selepasmelaksanakanintervensi, sayamembuatperbandinganmarkahlembarankerjaawaldanakhirbagimelihatpeningkatankemahiranmenulis kata tunggal digraf ‘ng’.Terbuktibahawakaedah Seri Galisdapatmeningkatkanpenguasaanmuriddalamkemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ denganbetul

6.0 KeputusanAnalisis Data

Page 199: Prosiding Pismp Bm 2014

Perbandingan min markahtingkahlakudanpenglibatanmurid di antarasebelumdansemasapenggunaanKaedahSeri Galisberdasarkanpermainan puzzle.

Rajah 1 : SkorPemerhatian

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 60

2

4

6

8

10

12

Perbandingan Pemerhatian Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelum IntervensiSelepas intervensi

Ke

kera

pan

Denganberpandukanjadual 1 di atas, terdapat 6 item yang diperhatikansebelumdanselepas guru mengajardenganmenggunakanKaedah Seri Galisdalamkemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’. Pemerhatiantelahdibuatolehrakansayaselamasatu jam.Berdasarkangraf di atas, pemerhatiansebelumdanselepastelahdianalisisuntukKaedah Seri Galisdalamkemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’. Bilanganskoruntuk item 1-6 sebelummenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’berdasarkanpermainanpuzzlemenunjukkanjumlahskor yang tinggi. Namunbegitu, selepasmenggunakanKaedah Seri Galisdalamkemahiranmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ skorkumpulansasaranadalahrendahberbandingsebelumnya.Inimenunjukkanterdapatpenurunanskor yang positifapabilamenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzle.

Rajah 2 :MarkahLembaranKerja

MURID A MURID B MURID C MURID D0

1

2

3

4

5

6

7

8

Perbandingan Ujian Awal dan Akhir

Ujian AwalUjian Akhir

Mar

kah

Page 200: Prosiding Pismp Bm 2014

Berdasarkangraf di atas, markahlembarankerjasebelumdanselepastelahdianalisisuntukkaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzle. Markahuntuklembarankerjamenulisdigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzlesebelummenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’berdasarkanpermainanpuzzlemenunjukkanjumlahmarkah yang rendahiaitutidakmelebihiseparuhdaripadamarkahpenuh yang diperuntukkan. Namunbegitu, selepasmenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzleadalahtinggidanmelebihiseparuhmarkah yang diperuntukkanberbandingsebelumnya.Inimenunjukkanterdapatpeningkatanjumlahmarkah yang positifapabilamenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzle.

7.0 Temu bual berstruktur

Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan orang yang ditemu bual (kumpulan sasaran). Temu bual telah dijalankan bagi menilai penguasaan murid dalam menulis kata tunggal digraf ‘ng’. Berdasarkan analisis temu bual menunjukkan murid mudah untuk memahami cara menulis kata tunggal digraf ‘ng’ setelah penggunaan kaedah Seri Galis dalam permainan puzzle dengan betul.

Guru :Adakahandafahamcaramenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ melaluikaedah Seri Galis?Murid 1 : faham. (sambiltersenyum)Murid 2 : fahamdanmenarik.Murid 3 : faham (menganggukkepala)Murid 4 : fahamdanseronok (sambilketawa)

Berdasarkananalisistemubual di atas, empat orang kumpulansasarandapatmemahamicaramenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ kaedah Seri Galisinidenganbetul. Hal inimenunjukkanbahawamelaluikaedah Seri Galis, kumpulansasarandapatmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ denganbetul.

8.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis yang dilakukan dalam dua pemerhatian sebelum dan selepas menggunakan kaedah Seri Galis dalam menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan permainan puzzle, didapati bahawa sebelum menggunakan kaedah tersebut jumlah purata skor murid kumpulan sasaran yang membuat tingkah laku negatif adalah tinggi iaitu sebanyak 44. Namun selepas menggunakan kaedah Seri Galis dalam menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan permainan puzzle, jumlah purata skor murid yang membuat tingkah laku negatif adalah rendah iaitu sebanyak 24 dan ini menunjukkan penggunaan kaedah ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku murid dan membantu melibatkan murid secara maksimun semasa guru memberi lembaran kerja dalam kemahiran menulis kata tunggal digraf ‘ng’ berdasarkan permainan puzzle.

Berdasarkangraf di atas, markahlembarankerjasebelumdanselepastelahdianalisisuntukkaedah Seri Galisdalammenulis

Page 201: Prosiding Pismp Bm 2014

kata tunggaldigraf ‘ng’. Markahuntuklembarankerjamenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ sebelummenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzlemenunjukkanjumlahmarkah yang rendahiaitutidakmelebihiseparuhdaripadamarkahpenuh yang diperuntukkan. Namunbegitu, selepasmenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzleadalahtinggidanmelebihiseparuhmarkah yang diperuntukkanberbandingsebelumnya.Inimenunjukkanterdapatpeningkatanjumlahmarkah yang positifsetelahmenggunakankaedah Seri Galisdalammenulis kata tunggaldigraf ‘ng’ berdasarkanpermainanpuzzle. Dapataninidisokongolehsatukajian yang dibuatolehZamri, JuliawatidanNikMohdRahimi (2009) yang menyatakanpengajaranberkaitrapatdengantanggungjawab guru sebagaipenyampaiilmudankeberkesananpengajaranbanyakbergantungkepadasejauhmana guru berjayamencapaiobjektifpengajarannyadalammembantukanak-kanakbelajarapa yang diajarkan. Olehitu, penggunaankaedah Seri Galisinidapatmeningkatkanminatkumpulansasaranuntukmenulis kata tunggaldigraf ‘ng’.

9.0 Rujukan

BahagianPerancangandanPenyelidikanDasarPendidikan, KementerianPelajaran Malaysia (2008) .Buku ManualKajianTindakanEdisiKetiga .Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006) .KaedahPenyelidikanBuku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff & Juliawati Ibrahim. (2009). Perbandingan Gaya PengajaranGuru Bahasa Melayu Dan Guru Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia34 (1): 67-92.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan: Edisibaharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 202: Prosiding Pismp Bm 2014

PENGGUNAAN TEKNIK “TiTasNa” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRANMENULIS AYAT MAJMUK GABUNGAN MENGGUNAKAN KATA HUBUNG

MURID TAHUN 5

Siti Mukhlisa Abdullah HalimDr. Hjh. Normaizam Hamid

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penulisan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampong Raja yang terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu. Tiga instrumen telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Model Kemmis dan Mc Taggat (1988) telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Hasil analisis dapatan kajian, saya dapati berlaku peningkatan yang ketara selepas intervensi dilaksanakan iaitu kesemua subjek kajian berjaya membuat peningkatan markah sebanyak 90% melalui ujian akhir selepas intervensi dilaksanakan. Dapatan ini membuktikan bahawa teknik “TiTasNa” berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam mengaplikasikan penggunaan kata hubung menjadi ayat yang majmuk yang betul.

(Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, kata hubung, ayat majmuk gabungan, teknik “TiTasNa”)

14.0 Pengenalan

Page 203: Prosiding Pismp Bm 2014

Ahmad Marzuki Ismail (2007), mengatakan bahawa kemahiran menulis memaparkan kebijaksanaan, kecerdikan dan kepintaran individu dalam menyempurnakan tulisannya.Kajian ini dilaksanakan bagi memberikan fokus untuk membantu murid menguasai penulisan ayat yang gramatis berdasarkan ayat tunggal dan kata hubung. Mills (2003) menyatakan kajian tindakan ialah pertanyaan secara sistematik yang dikendalikan oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah, tentang guru mengajar dan tentang pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif pelajar.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas 5 Bestari 2, pelbagai masalah mula menghimpit diri saya selaku guru praktikal di kelas terbabit. Masalah utama yang menjadi halangan ialah murid tidak dapat menyusun perkataan yang melibatkan penggunaan kata hubung menjadi ayat yang sempurna. Hal ini membuatkan saya berpendapat bahawa terdapat murid di kelas terbabit memiliki masalah dalam membina ayat majmuk yang membabitkan penggunaan ayat tunggal dan kata hubung. Bagi memastikan kesahihan masalah ini, saya telah menjalankan aktiviti latihan menggabungkan dua ayat tunggal menggunakan kata hubung pada lembaran kerja. Ketika menyemak latihan yang diberikan, saya dapati beberapa orang murid telah gagal menggabungkan dua ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung yang diberikan. Binaan ayat yang dilakukan oleh murid tidak menepati kriteria yang sepatutnya yang perlu mengalami proses pengguguran pada perkataan atau frasa yang mengalami pengulangan dalam ayat satu dan dua.Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan ‘meningkatkan’ bermaksud bertambah banyak, naik sedikit demi sedikit atau naik makin tinggi. Ini beerti kajian yang dilakukan ini untuk menambahkan atau menaikkan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk yang gramatis.

Masalah yang kedua ialah murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada antara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara yang lain sewaktu pelaksanaan Pdp.

15.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya merujuk kepada membantu meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. Analisis masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini disebabkan olehtahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu punca yang menyebabkanpemahaman murid yang rendah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

v. Kesilapan murid tidak menggunakan kata hubung dengan betul.

vi. Kesilapan murid membina ayat majmuk yang lengkap berdasarkan kata hubung dengan betul.

Murid-murid mengambil masa yang lama untuk membina ayat dengan menggunakan kata hubung dan ayat yang dibina tidak lengkap. Pada hemah saya, murid tidak dapat faham kerana teknik yang saya gunakan sebelum ini iaitu kad kata hubung adalah kurang berkesan.

Page 204: Prosiding Pismp Bm 2014

16.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menggunakan kaedah dan teknik agar dapat mengatasi masalah menguasai kemahiran menulis ayat majmuk menggunakan kata hubung. Di samping itu, murid-murid dapat meningkatkan peratus kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian adalah seperti yang berikut :

3. Penggunaan teknik TiTasNa meningkatkan kemahiran murid menulis ayat majmuk gabungan.

4. Penggunaan teknik TiTasNa meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis ayat majmuk gabungan di dalam bilik darjah.

3.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini seperti yang berikut:

3. Apakah teknik TiTasNa mampu meningkatkan kemahiran menulis ayat majmuk gabungan dalam kalangan murid?

4. Bagaimanakah pendekatan belajar melalui teknik TiTasNa mampu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran seramai 4 murid Tahun Lima Bestari 2dari Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Saya memilih murid Tahun LimaBestari 2 kerana kelemahan mereka menggunakan kata hubung dengan betul dalam penulisan ayat majmuk.

5.0 Prosedur kajian

Langkah Pertama : Refleksi Awal

Satu refleksi awal mendapati murid kelas tahun Lima Bestari 2 ini mengalami masalah dalam menulis ayat majmuk. Murid-murid ini sudah mempunyai kemahiran yang baik dalam menulis ayat tunggal. Menerusi refleksi awal inilah yang telah mendorong untuk merancang pelan tindakan yang sesuai dalam langkah kedua mengikut Model Kemmis dan Mc Taggat (1988).

Langkah kedua : Perancangan

Perancangan telah dijalankan bermula dengan mengkaji dan merujuk kajian-kajian lepas berkaitan permasalahan ayat majmuk gabungan dan teknik intervensi yang berkaitan. Selepas menulis sorotan literatur, saya telah menyediakan objektif kajian, kepentingan kajian, menentukan subjek kajian, penentuan alat-alat dan teknik intervensi serta prosedur dan pelaksanaan kajian.

Langkah ketiga : Pelaksanaan Tindakan

Page 205: Prosiding Pismp Bm 2014

Saya telah menjalankan intervensi menggunakan teknik TiTasNa. Berikut adalah intervensi yang telah dijalankan mengguanakan teknik tersebut :

i. Teknik ‘Tiru dan Hilang’

Teknik ‘Tiru dan Hilang’ merupakan satu teknik yang menggunakan kaedah latih tubi. Dalam teknik ini, subjek kajian diberikan latihan dan diajar dengan teknik asas untuk menggabungkan dua ayat tunggal menggunakan kata hubung yang diberikan.

ii. Teknik ‘Cantas Sama’

Teknik ini merupakan penambahbaikan pada teknik yang pertama yang menerapkan kaedah latih tubi. Pada teknik ini subjek kajian diajar untuk membina ayat majmuk gabungan berdasarkan kata hubung yang diberikan dengan menggunakan palang. Palang digunakan untuk mencantas frasa atau perkataan yang sama dalam kedua-dua ayat tersebut. Bahagian yang diasingkan akan digugurkan.

iii. Teknik ‘Majmuk Warna’

Teknik ini menerapkan konsep penggunaan warna dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagaimana kajian warna dapat membantu murid untuk mengingati sesuatu pembelajaran. Dalam teknik ini, subjek kajian diajar menggunakan kotak untuk mengasingkan frasa dalam ayat dan juga menggunakan warna untuk membezakan frasa atau perkataan yang sama dalam kedua-dua ayat yang diberikan.

Langkah Keempat : Pemerhatian

Sepanjang sesi intervensi ini dilaksanakan, saya telah memerhati pencapaian, perubahan tingkah laku dan minat subjek kajian terhadap sesi intervensi. Saya telah menggunakan tiga instrumen utama bagi melihat respon serta perubahan tingkah laku subjek kajian terhadap sesi intervensi iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian.

6.0 Keputusan Analisis Data Dan Interpretasi

Senarai semak

Perbandingan min markah tingkah laku dan penglibatan subjek kajian antara sebelum dan semasa penggunaan teknik Titasna untuk membina ayat majmuk menggunakan kata hubung dengan betul.

Jadual 1 : Senarai Semak Pemerhatian sebelum Intervensi

Penglibatan Murid Secara Aktif Semasa Belajar

Kekerapan

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 49. Murid tidak melibatkan diri dengan

aktif8 7 8 6

10. Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar

5 5 8 6

11. Murid mengganggu rakan semasa guru sedang mengajar

7 4 9 4

12. Murid membuat kerja sendiri seperti 7 5 6 5

Page 206: Prosiding Pismp Bm 2014

melukis semasa guru sedang mengajar13. Murid berbual – bual dan tidak

memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar

8 6 6 5

14. Murid tidak tahu menjawab pertanyaan guru

4 6 5 7

15. Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon menandakan bosan dan tidak berpuas hati

4 6 85

16. Murid kurang mendengar arahan guru 4 5 7 6

Jadual 2 : Senarai Semak Pemerhatian selepas Intervensi

Penglibatan Murid Secara Aktif Semasa Belajar

Kekerapan

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 41. Murid tidak melibatkan diri dengan

aktif1 2 2 1

2. Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar

1 2 2 1

3. Murid mengganggu rakan semasa guru sedang mengajar

2 2 2 2

4. Murid membuat kerja sendiri seperti melukis semasa guru sedang mengajar

2 2 2 2

5. Murid berbual – bual dan tidak memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar

2 1 2 2

6. Murid tidak tahu menjawab pertanyaan guru

1 1 2 2

7. Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon menandakan bosan dan tidak berpuas hati

2 1 1 2

8. Murid kurang mendengar arahan guru 2 2 1 2

Jadual di atas terdapat 8 item yang diperhatikan sebelum dan semasa guru mengajar dengan menggunakan Teknik Titasna dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Pemerhatian telah dibuat oleh rakan saya selama satu jam.

Pemerhatian sebelum dan selepas telah dianalisis untuk teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Bilangan skor untuk item 1 – 8 sebelum menggunakan Teknik Titasna dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubungmenunjukkan jumlah skor yang tinggi. Namun begitu, selepas menggunakan teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung skor subjek kajian adalah rendah berbanding sebelumnya. Penurunan skor yang positif didapati apabila menggunakanteknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung ini.

Analisis dokumen

Saya menyediakan lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi dan menyemak lembaran kerja subjek kajian. Keputusan yang dicatat amat memberansangkan.

Page 207: Prosiding Pismp Bm 2014

Berikut merupakan keputusan sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek kajian.

Jadual 3 : Peratus lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi

Analisis/

subjek

Sebelum

intervensi

Peratus (%)

Selepas

intervensi

Peratus (%)

Jumlah peningkatan

Peratus (%)

Murid 1 2/10 20 10/10 100 80

Murid 2 1/10 10 10/10 100 90

Murid 3 0/10 0 9/10 90 90

Murid 4 4/10 40 10/10 100 60

Jadual di atas menunjukkan markah lembaran kerja sebelum dan selepas telah dianalisis untuk teknik Titasna dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Markah untuk lembaran kerja membina ayat majmuk menggunakan kata hubung sebelum menggunakan teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung menunjukkan jumlah markah yang rendah iaitu tidak melebihi separuh daripada markah penuh yang diperuntukkan. Namun begitu, selepas menggunakan teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubungadalah tinggi dan melebihi separuh markah yang diperuntukkan berbanding sebelumnya. Ini menujukkan terdapat peningkatan jumlah markah yang positif apabila menggunakan teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung ini.

Temu bual

Saya mendapati subjek kajian menunjukkan respons yang positif apabila disoal tentang sesi pembelajaran yang menggunakan teknik TiTasNa. Antara soalan yang diutarakan kepada subjek kajian:

i. Adakah kamu berasa seronok mengikuti pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan ayat majmuk?

ii. Adakah kamu memahami cara yang diajar oleh guru berkaitan dengan ayat majmuk?iii. Mengapakah kamu kurang memahami apa yang diajar oleh guru kamu tentang

penulisan ayat majmuk?

Hasil daripada proses temu bual, subjek kajian menyatakan perasaan gembira mengikuti Pdp Bahasa Melayu khususnya Pdp penulisan ayat majmuk. Subjek kajian menyatakan bahawa teknik TiTasNa membuatkan mereka lebih faham untuk menulis ayat majmuk dengan betul. Hal ini menunjukkan penerimaan dan persepsi subjek kajian terhadap penggunaan teknik TiTasNa adalah memberansangkan.

9.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Analisis terhadap dua pemerhatian iaitu sebelum dan selepas menggunakan teknik TiTasNa dalam membina ayat majmuk menggunakan kata hubung mendapati bahawa sebelum menggunakan teknik tersebut jumlah purata skor murid yang membuat tingkah laku negatif adalah tinggi iaitu sebanyak 85. Namun, setelah menggunakan teknik TiTasNa dalam

Page 208: Prosiding Pismp Bm 2014

membina ayat majmuk meggunakan kata hubungini, jumlah purata skor murid yang membuat tingkah laku negatif adalah rendah iaitu sebanyak 30 dan ini menunjukkan penggunaan teknik ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkahlaku murid dan membantu melibatkan murid secara maksimum semasa guru mengajar membina ayat majmuk menggunakan kata hubung. Oleh itu, penggunaan teknik TiTasNaini dapat meningkatkan minat subjek kajian untuk membina ayat majmuk menggunakan kata hubung dengan betul.

10.0 Senarai Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1988) Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya

Masni Binti Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003), Meningkatkan kebolehan membina ayat majmuk tentang sesuatu tajuk dengan teknik S-R 8W1H. Prosiding Seminar Penyelidikan IPBA 2005

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood ( 2011) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Selangor: Dawana Sd. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008) Bahasa Melayu 1. Siri Pendidikan Guru. Selangor Darul Ehsan; Oxford Fajar Sdn. Bhd.

PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MENGGUNAKAN KAEDAH ‘GaWa’ BAGI MURID TAHUN 4.

Siti Nadiah Binti Hassan

Page 209: Prosiding Pismp Bm 2014

Fuadi bin Abdul Razak

Jabatan Pengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengukuhkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil menggunakan kaedah ‘GaWa’. Murid-murid yang mengalami kekeliruan dalam menggunakan huruf besar semasa menulis perkataan menyebabkan mereka menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan. Kaedah ‘GaWa’ yang menggabungkan garis tiga dan warna boleh membantu murid membezakan huruf besar dan huruf kecil. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid berminat untuk mengikuti kajian yang dijalankan. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat sebuah sekolah di daerah Besut. Dapatan kajian ini menunjukkan murid mengalami peningkatan dalam penguasan huruf besar dan huruf kecil. Data dianalisis menggunakan beberapa instrumen iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis dokumen menunjukkan penurunan jumlah kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Selain itu, menerusi pemerhatian, didapati murid menunjukkan minat dan memberi tumpuan semasa pembelajaran menggunakan kaedah ‘GaWa’ dan kesan yang dapat diperhatikan, murid menulis dengan tepat ejaan perkataan tanpa percampuran huruf besar dan huruf kecil. Di samping itu, berdasarkan temu bual yang dijalankan, murid menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan kaedah ‘GaWa’ membuatkan murid lebih memahami cara menulis perkataan dengan betul tanpa mengalami kekeliruan bentuk dan fungsi huruf. Kesimpulannya, jelaslah bahawa kaedah ‘GaWa’ mampu meningkatkan penguasaan murid dalam menulis perkataan dengan tepat tanpa mengalami kekeliruan percampuran antara huruf besar dan huruf kecil.

Kata kunci: kaedah ‘GaWa’, huruf besar, huruf kecil, garis tiga, warna

1.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, anjakan kedua antara 11 anjakan untuk transformasi sistem ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Bagi melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan, saya menjalankan kajian tindakan berkaitan dengan kemahiran menulis.

Dalam penulisan, kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil di tengah perkataan merupakan kesalahan tatabahasa. Murid-murid perlu tahu bagaimana menggunakan huruf besar sesuai dan betul pada tempatnya. Menurut Abdullah Hamid Mahmood, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Haji Musa (2010), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Kata nama khas ialah kata yang mendukung

Page 210: Prosiding Pismp Bm 2014

makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

2.0 Fokus Kajian

Murid kebiasaannya lambat dalam menulis huruf bagi membentuk perkataan. Mereka memilih huruf dengan menulisnya tanpa menghiraukan perkataan tersebut merupakan kata nama am atau kata nama khas. Mereka juga menulis huruf yang mereka tahu bentuknya tanpa mengetahui penggunaan yang betul. Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid-murid tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang kali. Murid-murid juga dapat mengenali fungsi dan penggunaan yang betul huruf besar dan huruf kecil semasa menulis.

Kajian ini dibina berdasarkan teori pengamatan, visual dan Gagne. Aspek warna dipilih kerana dapat membantu murid lebih berhati-hati semasa membuat piihan huruf untuk membina perkataan.Menurut Baharuddin Aris (2002) dalam Nornajidah A. Rahman (2007), warna adalah lebih berkuasa untuk menonjolkan sesuatu maklumat berbanding bentuk. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan warna memberi kesan yang amat mendalam dalam pembangunan sesebuah perisian.

Selain itu dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Nur Iffat Farain binti Wan Muhammad Azmi (2013) dalam kajiannya yang bertajuk “Meningkatkan Penggunaan Penggunaan Huruf Besar Pada Pangkal Ayat dan Dalam Ayat”. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penguasaan huruf besar pada pangkal ayat dan dalam ayat. Responden kajian ini terdiri daripada enam orang murid Tahun 4. Tindakan-tindakan yang dilakukan adalah seperti “saya am , SAYA KHAS!”, “Garis Tiga, Saya BETUL!”, dan “Warnakan Saya!”.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman asas mengenal huruf iaitu bentuk dan fungsi huruf besar dan huruf kecil.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:-

1. Meningkatkan kefahaman murid tentang bentuk dan fungsi huruf menggunakan ‘GaWa’.

2. Mengatasi masalah murid mengeja perkataan menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul menggunakan kaedah ‘GaWa’

3.3 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan memperoleh jawapan kepada soalan-soalan awal kajian iaitu:-

1. Adakah kefahaman murid tentang bentuk dan fungsi huruf besar dan huruf kecil dapat ditingkatkan setelah menggunakan kaedah ‘GaWa’?

Page 211: Prosiding Pismp Bm 2014

2. Apakah masalah murid untuk mengeja menggunakan huruf besar dan huruf kecil dapat diatasi dengan menggunakan kaedah ‘GaWa’?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran saya adalah lima orang iaitu empat orang lelaki dan seorang perempuan. Saya memilih murid Tahun 4 Kreatif Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong sebagai bahan kajian kerana mereka mengalami masalah yang sama iaitu kelemahan mengenal bentuk dan fungsi huruf besar dan huruf kecil.

5.0 Tindakan yang Dijalankan

Langkah 1 : Melaksanakan tinjauan awal untuk mengenal pasti pemasalahan yang wujud dalam kalangan murid Tahun 4 Kreatif. Saya memeriksa buku latihan murid dan mengenal pasti kelemahan kemahiran menulis murid.

Langkah 2 : Saya memperkenalkan kaedah garis tiga dan warna menggunakan ‘GaWa’ sebagai intervensi dalam membantu meningkatkan kebolehan menulis murid. Saya memperkenalkan cara penggunaan ‘GaWa’ kepada murid.

Langkah 3 : Saya telah merekodkan gambar foto sepanjang intervensi dijalankan. Gambar foto akan digunakan sebagai data yang akan dianalisis untuk memperolehi dapatan kajian.

Langkah 4 : Selesai intervensi, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid bagi melihat peningkatan pencapaian murid setelah menggunakan ‘GaWa’.

Langkah 5 : Setelah itu, saya menjalankan temu bual tidak berstruktur. Hasil temu bual direkodkan untuk dianalisis.

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Analisis Dokumen

Jadual 1Jumlah Kesalahan Murid Sebelum Intervensi

Sampel Jumlah KesalahanSebelum

Murid 1 (M1) 50Murid 2 (M2) 41Murid 3 (M3) 60Murid 4 (M4) 39Murid 5 (M5) 82

Jadual 1 menunjukkan jumlah kesalahan murid disemak berdasarkan lembaran kerja yang diberi. Kesalahan sebelum intervensi sangat tinggi mengikut kiraan kesalahan

Page 212: Prosiding Pismp Bm 2014

penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Murid belum lagi mengetahui kekeliruan terhadap bentuk dan fungsi huruf.

Jadual 2Jumlah Kesalahan Murid Selepas Intervensi

Sampel Jumlah KesalahanSelepas

Murid 1 (M1) 7Murid 2 (M2) 5Murid 3 (M3) 4Murid 4 (M4) 1Murid 5 (M5) 3

Jumlah kesalahan selepas intervansi menurun secara mendadak kerana murid sudah mengetahui kesalahan yang sering dilakukan. Murid juga sudah didedahkan dengan cara penulisan yang betul menggunakan kaedah ‘GaWa’ dan mengatasi kekeliruan bentuk dan fungsi huruf. Jumlah kesalahan ini dikira berdasarkan ayat yang sama dengan ayat sebelum intervansi dijalankan.

1 2 3 4 50

10

20

30

40

50

60

70

80

90

SebelumSelepas

Rajah 1: Jumlah Kesalahan Murid Sebelum dan Selepas Intervensi

Rajah 1 menunjukkan keputusan ujian lembaran kerja bagi menilai keberkesanan amalan pengajaran saya di samping menilai penguasaan murid dalam memahami penggunaan dan fungsi huruf. Bar gelap menunjukkan kuputusan ujian bagi data awal manakala bar cerah pula menunjukkan ujian keputusan ujian data akhir. Data awal bermaksud data yang dikumpul sebelum pengajaran menggunakan kaedah ‘GaWa’ dijalankan manakala data akhir pula merupakan data yang dikumpul selepas intervesi dijalankan. Murid yang mendapat jumlah kesalahan tertinggi pada pengumpulan data awal dikategorikan sebagai lemah. Jadi M1 hingga M5 mewakili murid yang dipilih sebagai kumpulan sasaran. Berdasarkan Rajah 1, didapati berlakunya perubahan pada markah murid selepas intervensi dijalankan. Jumlah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil menurun menunjukkan murid menguasai kaedah ‘GaWa’.

6.2 Temu bual tidak berstruktur

Temu bual telah dijalankan bagi menilai penguasaan murid dalam menulis huruf besar dan huruf kecil. Temu bual ini dijalankan terhadap lima orang murid. Setelah temu bual

Page 213: Prosiding Pismp Bm 2014

dijalankan dan dianalisis, murid menunjukkan tahap pemahaman terhadap fungsi dan bentuk huruf meningkat dengan menggunakan kaedah ‘GaWa’. Berikut adalah dialog temu bual yang dijalankan.

Guru : Adakah kamu faham penggunaan dan bentuk huruf besar dan huruf kecil ini?M1, M3, M5 : FahamM2, M4 : Pehe (Faham)Guru :Apa pendapat kamu menggunakan kaedah ‘GaWa’?M1 : Lebih seney nok nulih. (Lebih senang untuk menulis)M2 : Bereh cikgu.M3 : Senang cikguM4 : Mudoh nok pehe (Mudah nak faham)M5 : Baru tahu wak saloh slamo nih. (Baru tahu selama ini buat salah)

Analisis temu bual ini juga menunjukkan murid sudah yakin untuk menulis dengan betul menggunakan huruf besar huruf kecil di tempat yang sepatutnya. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini dibantu ketika mereka menggunakan kaedah ‘GaWa’. Berikut merupakan dialog yng menunjukkan murid sudah mampu menulis dengan betul kerana mereka sudah sedar akan kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Cikgu : Kenapa awak tulis perkataan ini dengan huruf besar manakala perkataan ini dengan huruf kecil?

M1, M2, M5 : Hok ni dok depe, hok ni dok tengoh (Yang ini di hadapan, yang ini di tengah-tengah)

M3, M4 : Betul cikgu tulih ginih. (Betul cikgu tulis seperti ini)

6.3 Pemerhatian tidak beserta

Pemerhatian tidak berstruktur direkodkan dalam nota lapangan yang dilakukan semasa pemerhatian berlangsung. Terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti semasa menjalankan pemerhatian ini. Pertama, murid tidak dapat menguasai cara menulis perkataan dengan betul kerana terdapat penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang salah. Pemerhatian ini berdasarkan penulisan murid dalam buku latihan walaupun hanya menyalin semula berdasarkan papan putih. Di samping itu, murid kelihatan keliru semasa guru menyatakan kesalahan yang dilakukan. Murid juga tidak sedar mereka melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Murid juga menunjukkan bahawa mereka mengalami kekeliruan terhadap bentuk huruf. Mereka menulis bentuk yang disangka betul seperti penggunaan huruf ‘d’ kecil dan ‘D’ besar. Terdapat juga bentuk yang ditulis terbalik seperti yang mengalami gangguan pembelajaran Disleksia.

Kedua, murid tidak dapat menulis perkataan dengan betul kerana kekeliruan bentuk huruf. Mereka akan mudah terganggu untuk mengeja sesuatu perkataan sehingga berkemungkinan tertinggal satu huruf. Hal ini kerana murid tidak dapat mengenal pasti bentuk huruf yang perlu ditulis sehingga mendorong mereka meninggalkan huruf tersebut. Kesannya, murid tidak menulis perkataan pada buku tulis mereka dengan betul. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian terhadap murid, terdapat murid yang berbual-bual dan bermain sesama sendiri Selain itu dapat juga diperhatikan, murid juga mudah berputus asa untuk mengeja sendiri perkataan yang disebut sehingga mereka meminta saya menulisnya di hadapan. Ada juga yang sedang mengelamun menunjukkannya tidak dapat mengeja perkataan tersebut.

Page 214: Prosiding Pismp Bm 2014

Terdapat juga murid yang mengganggu murid lain untuk meniru ejaan perkataan yang tidak diketahui.

Semasa intervensi dijalankan, didapati bahawa murid kelihatan berminat dengan kaedah ‘GaWa’ lebih-lebih lagi apabila guru menggunakan buku garis tiga dan pensel warna. Murid menumpukan pemerhatian kepada pengajaran guru. Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan murid yang dihalakan kepada guru sepenuhnya semasa pengajaran. Dari segi kefahaman murid, dapat diperhatikan bahawa berlaku peningkatan terhadap kefahaman dan penguasaan murid terhadap cara menulis perkataan dengan menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian bahawa murid dapat menulis dengan ejaan yang betul bagi perkataan tanpa menggunakan buku garis tiga dan pensel warna. Selain itu, murid kelihatan cepat dalam menyiapkan kerja serta ejaan perkataan juga lebih tepat berbanding sebelum ini. Hal ini berikutan peningkatan penguasaan dalam bentuk dan fungsi huruf. Murid juga didapati dapat menunjukkan cara menulis perkataan dengan betul tanpa bantuan guru. Akhir sekali, amalan pengajaran guru juga bertambah baik dengan peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Kajian ini perlu dibuat kerana murid selalu keliru dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Murid sering kali tidak menggunakan huruf di tempat yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu, perlu satu kaedah yang sesuai bagi menangani masalah tersebut. Dalam kajian ini, teknik warna telah diperkenalkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Berdasarkan analisis kajian, berlaku peningkatan markah murid bagi lembaran kerja selepas intervensi dijalankan. Selain itu, temu bual yang dijalankan menunjukkan murid memahami cara menulis perkataan menggunakan huruf yang betul di samping penggunaan buku garis tiga dan warna yang mampu menarik minat murid untuk belajar. Murid juga menyedari kesalahan yang sering kelakukan selama ini dengan bantuan kaedah ‘GaWa’ ini. Justeru, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah ‘GaWa’ dalam pengajaran telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam menulis perkataan degan betul tanpa berlaku kekeliruan dan percampuran huruf besar dan huruf kecil. Di samping itu, telah berlaku peningkatan dalam amalan guru kerana mampu membnatu murid mneyedari serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap fungsi dan bentuk huruf. Dapatan kajian disokong oleh Zaridah (2006) iaitu Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Dalam kajiannya, beliau telah menggunakan kaedah warna sebagai cara atau kaedah untuk membantu menangani masalah penggunaan huruf besar. Hasilnya, seramai 31 orang murid telah berjaya dalam kajiannya dan hanya tiga orang sahaja murid beliau yang masil gagal dalam teknik itu.

Refleksi hasil kajian yang dijalankan, saya perlu melaksanakan pengajaran menggunakan cara yang mudah difahami dan dapat diterima oleh murid. Selain itu, saya dapat simpulkan murid tidak menyedari kesalahan yang sering dilakukan sehingga ditegur oleh guru. Mereka juga tidak mudah untuk membetulkan kesalahan tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan yang sering diamalkan. Oleh itu, saya sebagai cikgu harus memainkan peranan penting bagi memastikan murid dapat membiasakan yang telah diperbetul.

8.0 Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Page 215: Prosiding Pismp Bm 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Nur Iffat Farain binti Wan Muhammad Azmi (2013). Meningkatkan Penggunaan Penggunaan Huruf Besar Pada Pangkal Ayat dan Dalam Ayat. Laporan Penyelidikan Yang TidakDiterbitkan. Jabatan Pengajian Melayu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Zaridah (2006). Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.Laporan Yang Tidak Diterbitkan: Perak

PENGGUNAANKAEDAH LIFIFABUDALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN APITAN MEMPER- … -KAN BAGI MURID TAHUN 5

Tuan Muhd NorFirdaus Tuan ZakariaAhmmad Salehuddin Saman

JabatanPengajian [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam penggunaan imbuhan apitan memper...kan menggunakan kaedah Lififabu. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan kesalahan dalam mengggunakan imbuhan ini semasa menulis ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah Lififabu digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Melalui data awal yang dikumpul berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 Tahun 5 2014, peserta kajian mendapat keputusan amat rendah.

Page 216: Prosiding Pismp Bm 2014

Setelah melalui intervensi menggunakan kaedah Lififabu, responden menunjukkan peningkatan penguasaan, pengetahuan dan minat yang positif dalam soal penggunaan imbuhan apitan memper...kan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh membuktikan kaedah Lififabu dapat meningkatkan kefahaman murid. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Lififabu supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci: kefahaman, minat,imbuhan, Kaedah Lififabu

17.0 Pengenalan

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyaipsikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaranyang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantumengajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran danpendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum fasa tiga, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang telah saya kesan semasa saya mengajar membina ayat bahasa Melayu. Pertamanya, ada murid tidak dapat menulis ayat dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan imbuhan yang betul dan sesuai untuk digandingkan dengan kata kerja dan kata nama. Imbuhan yang ketara kurang difahami murid ialah imbuhan memper-...-kan. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdP.

18.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan. Ini kerana, murid-murid agak lemah dalam menguasai imbuhan apitan memper-... –kan jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain seperti imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah mereka keliru sama ada mahu menggunakan imbuhan awalan atau imbuhan apitan dan sama ada imbuhan akhiran atau imbuhan apitan semasa membina ayat.

Hasil semakan saya mendapati murid-murid masih lemah dalam membina ayat lengkap dengan menggunakan imbuhan yang betul.Selain itu, murid-murid juga tidak dapat membezakan jenis imbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Mereka sangat lemah dalam mengenal pasti imbuhan apitan berbanding dengan imbuhan yang lain. Oleh itu, berdasarkan penelitian yang dilakukan, sayaakan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan apitan dengan baik agar mereka dapat membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta dapat membina ayat dengan lebih baik.

Page 217: Prosiding Pismp Bm 2014

19.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menggunakan imbuhan apitan memper-... –kan dengan betul menggunakan Kaedah Lififabu.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

(i) Meningkatkan penguasaan murid mengenai penggunaan imbuhan apitan memper-... –kandengan menggunakan Kaedah Lififabu.

(ii) Mengatasi masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-...–kan murid dengan menggunakan Kaedah Lififabu.

(iii) Meningkatkan minat murid mempelajari imbuhan apitan memper-... –kan denganmenggunakan kaedah Lififabu.

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Apakah penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan memper-... –kan bolehditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?

(ii) Apakah masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-... –kan murid murid dapat diatasi menggunakan Kaedah Lififabu?

(iii) Bagaimanakah minat murid untuk mempelajari imbuhan apitan memper-... –kan boleh ditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 Siber dari Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh Terengganu.Mereka terdiri daripada 15 orang murid.Mereka semua mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza-beza.Mereka kebanyakannya terdiri daripada anak jati kampung Tok Motong dan kawasan sekitarnya.Peserta kajian yang dikenal pasti ialah seramai empat orang berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru pembimbing yang juga guru kelas ini.Empat orang murid ini kesemuanya lelaki dan berbangsa Melayu.Purata markah dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap peserta kajian ialah dalam kategori rendah.

16.0 Tindakan Dijalankan

Page 218: Prosiding Pismp Bm 2014

Langkah 1: Temu Bual

Saya telah menjalankan satu sesi temu bual separa berstruktur dengan peserta kajian menggunakan soalan temu bual yang telah disediakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah murid memahami dan menggunakan imbuhan memper-…-kan dengan betul.Murid juga ditanya tentang pengalaman murid dalam sesi PdP yang telah dijalankan sebelum ini.

Langkah 2: Sesi Intervensi& Pemerhatian

Strategi 1(Lihat nota dan contoh sedutan Filem)Kaedah nota dalam bentuk persembahan elektronik PowerPoint digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan peserta kajian berkenaan imbuhan apitan memper-...-kan.Nota ini turut disertakan dengan sedutan filem terpilih untuk menarik minat murid.Peserta kajian haruslah memahami dan mengetahui tentang konsep imbuhan apitan terlebih dahulu.Sesi penerangan dan perbincangan dilakukan agar peserta kajian lebih faham tentang penggunaan imbuhan apitan tersebut.

Strategi 2 (Faham)Setelah mengetahui konsep dan contoh imbuhan apitan, saya telah menguji penguasaan peserta kajian dengan memberikan dua petikan yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan. Murid dikehendaki mengenal pasti serta mencatat perkataan berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan tersebut.Setiap petikan mengandungi enam perkataan berimbuhan apitan memper-...-kan yang perlu dikenal pasti dan dicatat dalam ruangan yang disediakan.

Strategi 3 (Buat)Murid dikehendaki membuat latihan yang diberikan. Kemudian sayaakan bantu membimbing aktiviti murid. Terdapat dua set soalan yang perlu dijawan oleh peserta kajian dengan bentuk soalan yang berbeza. Set satu, murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam ayat dengan memberikan imbuhan apitan yang sesuai kepada kata dasar yang terdapat dalam kurungan. Set dua pula murid diminta membina empat ayat menggunakan kata yang mengandungi imbuhan apitan memper-…-kan.

Langkah 3: Temu Bual& Analisis DokumenSaya telah menjalankan sesi temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid.Hasil kerja murid dalam Ujian Faham dan Buat diteliti untuk dianalisis.

Langkah 4: Gelungan KeduaSaya telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat semasa sesi pengendalian kaedah Lififabu dijalankan. Saya perlu lebih memberi penerangan dan masa kepada peserta kajian supaya mereka lebih faham tentang konsep imbuhan memper-…-kandan contoh penggunaannya. Persembahan elektronik juga diperbaiki supaya senang dan lebih difahami murid.

Langkah 4: RumusanSaya akan membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh.

Page 219: Prosiding Pismp Bm 2014

17.0 Analisis Data dan Interpretasi

6.1 Dapatan Analisis Dokumen

Saya melakukan analisis terhadap dua ujian Buat yang dijalankan ke ataspeserta kajian untuk mendapatkan data berkaitan.

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 40

2

4

6

8

10

12

14

8

6 67

12

10 10

12

Ujian Faham & Buat 1 Ujian Faham & Buat 2

Rajah 1: Markah Ujian Buat 1 & 2

Setelah saya menjalankan sesi intervensi kepada subjek kajian, terdapat peningkatan markah yang diperoleh. Pada Ujian Faham &Buat 1, subjek kajian yang pertama kali menjalani Kaedah Lififabu masih menyesuaikan diri dengan kaedah ini dan markah yang diperoleh kebanyakan bertumpu pada ujian mengisi tempat kosong. Soalan membina ayat menggunakan imbuhan apitan memper-…-kan masih kurang mampu dijawab dengan betul dan tepat. Setelah melakukan pusingan kedua Kaedah Lififabu pada hari yang lain, murid didapati lebih bersedia dan ini dibuktikan melalui peningkatan markah pada Ujian Faham &Buat 2.

6.2 Dapatan Analisis Temu bual

Saya melakukan analisis melalui instrumen temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid. Terdapat dua sesi dijalankan iaitu Soalan Temu bual Sebelum Intervensi danSoalan Temubual Selepas Intervensi. Temu bual.Temu bual ini digunakan untuk melihat sejauh mana kekeliruan yang dihadapi murid dapat diatasi selepas menggunakan Kaedah Lififabu. Di samping itu, temu bual juga dapat melihat sama ada Kaedah Lififabu dapat menarik minat murid dalam memahami imbuhan apitan memper-…-kan. Hasil daripada temubual yang dijalankan, peserta kajian menunjukkan penguasaan dan tidak lagi keliru dalam menggunakan imbuhan ini. Malah subjek kajian juga menyatakan bahawa dia lebih berminat menggunakan kaedah ini daripada cara biasa belajar iaitu menggunakan buku sahaja. Perkara-perkara ini

Page 220: Prosiding Pismp Bm 2014

menunjukkan peserta kajian dapat mengatasi kekeliruan dalam menggunakan imbuhan memper-…-kan setelah menggunakan kaedah Lififabu.

6.3 Dapatan Analisis Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dilaksanakan semasa intervensi dijalankan.Antara item yang diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah tumpuan murid, interaksi murid dengan guru, kerjasama dalam melakukan aktiviti, keyakinan diri murid dan tingkah laku yang ditunjukkan.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kesemua murid menunjukkan tingkah laku yang pelbagai. Murid 1 dan Murid 2 didapati paling banyak terlibat dalam aktiviti pembelajaran dengan masing-masing melakukan 8 perkara yang diperhatikan.Murid 3 pula merupakan murid paling kurang terlibat semasa aktivit dijalankan. Namun kesemua murid banyak menunjukkan tingkah laku yang baik berbanding tidak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.Keadaan ini menunjukkan kesediaan dan minat murid untuk mengikuti sesi intervensi menggunakan Kaedah Lififabu di tahap baik dan memuaskan.

18.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis, kaedah Lififabu dapat meningkatkan penguasaansubjek kajian dalam aspek penggunaan imbuhan apitan memper-...-kan dengan betul. Saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah markah yang diperoleh subjek kajian selepas menjalani dua sesi intervensi . Keadaan ini menunjukkan subjek kajian sudah mula memahami cara penggunaan imbuhan memper-...-kan dengan betul dan sudah mampu menggunakan imbuhan ini semasa membina ayat bahasa Melayu. Temu bual juga digunakan untuk mengetahui persepsi subjek kajian. Hasil temu bual menunjukkan keempat-empat subjek kajian sudah tidak mengalami kekeliruan besar dalam menggunakan imbuhan ini.Mereka memberikan respon dan jawapan positif dari setiap soalan yang diajukan iaitu soalan temu bual selepas subjek kajian menggunakan Kaedah Lififabu.Minat peserta kajian dalam mendalami ilmu berkaitan imbuhan apitan memper-...-kan juga dapat ditingkatkan. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang positif dan aktif semasa menjalani aktiviti ini. Mereka ternyata lebih fokus dan mudah faham di samping lebih banyak memberikan respon untuk bertanya kepada saya. Sebagai cadangan, aktiviti berbentuk kuiz atau aktiviti berkumpulan boleh digunakan sebagai penambahbaikan.

Rujukan

Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Page 221: Prosiding Pismp Bm 2014

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini:Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.

Mohd Hazri Bin Abd Latib.(2010). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Apitan Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Excellent Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan. Tesis tidak diterbitkan:IPG Kota Baharu.

Nik Safiah Karim et.al .(2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsina Shamsuddin.(2013), Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Shaifullah Bin Hasan Basri.(2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Akhiran “-Kan” dan “-An” Bagi Murid Tahun Empat Menggunakan Printeim Kanan.Tesis tidak diterbitkan. IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail