l2 soalan tugasan projek mte3111 1
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
TUGASAN PROJEK
TARIKH MULA
Tugasan 1: 25 Jan 2014 Tugasan 2: 08 Feb 2014
TARIKH HANTAR
Tugasan 1: 08 Feb 2014 Tugasan 2: 01 Mac 2014
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menunjukkan kefahaman terhadap amalan utama yang berkaitan dengan geometri, sukatan serta pengendalian data.
2. Merancang secara berkesan perkembangan dalam pengajaran geometri, sukatan dan pengendalian data.
3. Membuat refleksi terhadap amalan bilik darjah bagi tajuk berkenaan.
4. Mengaplikasikan pengetahuan geometri, sukatan dan pengendalian data dalam kehidupan seharian.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.
Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengaplikasikan kefahaman terhadap amalan utama yang berkaitan dengan geometri, sukatan serta pengendalian data dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut.
2. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan murid dalam geometri, sukatan dan pengendalian data dengan mempertimbangkan isu-isu utama yang terkini.
3. Membuat refleksi tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dan mencadangkan cara penambahbaikan.
PROGRAM:
PPG
NAMA PELAJAR GURU:
KOD DAN NAMA KURSUS:
MTE3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN
DAN PENGENDALIAK DATA
SEMESTER:
SEMESTER SATU 2014

2
Tugasan 1 (40%)
Keupayaan murid menguasai konsep-konsep dalam bidang geometri, sukatan dan pengendalian data akan membantu murid dalam kehidupan seharian mereka. Keupayaan murid untuk menguasai konsep-konsep dalam bidang tersebut dipengaruhi secara langsung oleh kemajuan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam tugasan ini, anda dikehendaki memilih satu topik geometri, sukatan atau pengendalian data, kemudian sediakan satu pelan kemajuan pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar kesemua subtopik di dalam topik yang anda pilih. Anda perlu memberi ulasan yang jelas dan logik tentang penyusunan subtopik berkenaan dengan mempertimbangkan isu-isu utama terkini dalam pengajaran dan pembelajaran (termasuk miskonsepsi).
Topik yang boleh anda pilih disenaraikan di bawah:
(i) Bentuk dua dimensi (ii) Bentuk tiga dimensi (iii) Sukatan panjang (iv) Sukatan isipadu dan kapasiti (v) Sukatan jisim (vi) Sukatan masa (vii) Pengendalian data
Tugasan 2 (30% + 30%)
Anda dikehendaki memilih satu subtopik kecil dalam geometri, sukatan atau pengendalian data (seperti yang disenaraikan dalam Pro Forma Kursus) dan merancangan serta melaksanakan satu pengajaran dan pembelajaran memusatkan murid. Rancangan pengajaran dan pembelajaran anda hendaklah mengandungi idea untuk mengatasai masalah yang diakibatkan oleh salah satu isu yang telah anda bangkitkan dalam Tugasan 1. Anda dikehendaki melampirkan sokongan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. (30%)
Buat refleksi dan komen tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan untuk menyelesaian isu utama yang anda pilih. Buat cadangan penambahbaikan daripada aspek yang kurang berkesan. Contoh aspek-aspek yang mungkin boleh anda fokus adalah seperti masalah yang dihadapi oleh murid, isu-isu baru yang bangkit, cara mengatasi isu baru dan lain-lain. (30%)

3
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu. 2. Tugasan 1 dan 2 hendaklah diserah pada tarikh yang telah ditetapkan. 3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul rujukan, maklumat atau
bahan. 4. Muka depan penulisan tugasan-tugasan merangkumi:
Nama pelajar
Angka giliran
No. Kad pengenalan
Kumpulan
Kod dan nama kursus
Tajuk tugasan
Nama pensyarah akademik
Tarikh hantar 5. Format penulisan tugasan-tugasan adalah seperti berikut:
Muka depan seperti yang dinyatakan di atas
Fon Arial
Saiz huruf - 11
Langkau 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
Lampiran rujukan adalah wajib
Lampiran sokongan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Tugasan 2)
Penulisan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
Amalan plagiat tidak dibenarkan 6. Tugasan 1 ditaksirkan berdasarkan kriteria berikut:
Liputan isu dan kandungannya
Ketepatan pelan kemajuan pengajaran dan pembelajaran
Organisasi pelan kemajuan pengajaran dan pembelelajaran 7. Tugasan 2 ditaksirkan berdasarkan kriteria berikut:
Rancangan
Refleksi dan komen tentang keberkesanan rancangan
Cadangan penambahbaikan 8. Sila rujuk rubrik pemarkahan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(TEOH YEW TEIK) (TEH KIM HONG)
Penyelaras Pakar Bidang Matematik Jabatan Matematik Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang IPG Kampus Pulau Pinang
Disahkan oleh:
(ZAINURIAH AWANG KECHEK)
Ketua Jabatan Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang