kssr muzik thn 1

Upload: lin-chen

Post on 10-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    1/28

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    DUNIA MUZIK

    TAHUN SATU

    2010

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    2/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    3/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    4/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    5/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    6/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    7/28

    iii

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

    hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

    seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

    demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana

    kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara

    adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap

    tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai

    corak; membina satu masyarakat progresif yang akan

    menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

    menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

    mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

    prinsip berikut :-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan

    ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan.

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

    negara.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    8/28

    iv

    PENDAHULUAN

    Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

    program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada

    perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang

    muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea

    kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika

    muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina

    dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu

    Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzikserta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

    MATLAMAT

    Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat

    untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan

    kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara

    intelektual menerusi aktiviti muzikal.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    9/28

    v

    OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAHRENDAH

    Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk

    membolehkan murid mencapai standard pembelajaranberikut;

    i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

    ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzikdalam aktiviti muzikal,

    iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

    iv. membaca dan menulis notasi muzik,

    v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan

    menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya

    muzik yang didengar; dan

    vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

    FOKUS MATA PELAJARAN

    Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina

    berasaskan empat modul kurikulum dengan peratuspengagihan kandungan seperti berikut;

    Modul Pengalaman Muzikal (60%)

    Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktivitinyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

    Modul Penghasilan Muzik (20%)

    Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yangdialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

    Modul Apresiasi Muzik (10%)

    Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzikmenerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

    Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% -bermula di Tahun 4)

    Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asasmembaca dan menulis notasi muzik.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    10/28

    vi

    ORGANISASI KANDUNGAN

    Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan

    program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitudari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan dokumen

    ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:

    i. Pengalaman Muzikal

    ii. Penghasilan Muzik

    iii. Apresiasi Muzik

    iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

    Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.

    Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum

    diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam

    dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi

    ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur

    Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang

    harus dikuasai murid.

    Dari tahun satu hingga tiga, Muzik diajar dengan

    pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen

    kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya

    Di Sini dan Alunan Muzik Ku. Tema-tema ini dirancang

    sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan

    menguasai kemahiran muzikal. Murid berpeluang berkarya

    secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik

    muzik. Dari tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan

    pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat

    muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan

    kepada penggunaan perisian notasi muzik.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    11/28

    KURIKULUM DUNIA MUZIK

    TAHUN 1

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    12/28

    2

    OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1

    Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;

    i. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo,

    ii. memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo,

    iii. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang danpendek, mud serta lirik,

    iv. menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal,

    v. mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar; dan

    vi. mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    13/28

    3

    KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1

    MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

    Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo.

    Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo.

    Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan

    pendek, mud serta lirik.

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo

    atau berkumpulan.

    1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.

    - suara bercakap

    - suara menyanyi

    - suara memanggil

    - suara berbisik

    - suara lelaki dan perempuan

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    14/28

    4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.

    - postur duduk

    - postur berdiri

    1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.

    - pic tinggi

    - pic rendah

    1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.

    - cepat

    - lambat

    1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.

    - lembut(p)

    - kuat (f)

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    15/28

    5

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

    1.2 Memainkan perkusi secara solo atau

    berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

    1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.

    - postur

    - cara memainkan

    1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.

    - cepat

    - lambat

    1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.

    - lembut (p)

    - kuat (f)

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    16/28

    6

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.

    - dinamik kuat/ lembut

    - pic tinggi/ rendah

    - tempo cepat/ lambat

    - bunyi panjang/ pendek

    1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.

    - lagu aksi (action song)

    - permainan nyanyian (singing games)

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    17/28

    7

    MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

    Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan

    dan perkusi mulut.

    Aktiviti penerokaan suara:

    - meniru suara haiwan

    - meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

    Aktiviti perkusi badan:

    - bertepuk tangan

    - menepuk peha

    - memetik jari

    Aktiviti perkusi mulut:

    - klik lidah

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    18/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    19/28

    9

    MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

    Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar.

    Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai

    repertoir.

    3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.

    - suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

    - Muzik Popular

    -

    -

    Muzik Tradisional Malaysia

    Muzik Klasik Barat

    3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang

    didengar.

    - Muzik Asia - mud (riang, sedih, marah dan takut)

    - tempo (cepat-lambat)

    - tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)

    - dinamik (kuat-lembut)

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    20/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    21/28

    GLOSARI

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    22/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    23/28

    13

    GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

    PERKATAAN PENERANGAN

    Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah

    yang digunakan ialah :

    Istilah Simbol Makna

    Piano p Bunyi lembut

    Forte f Bunyi kuat

    Lagu aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

    Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintangdan berkontur.

    Contoh Melodi:

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    24/28

    14

    PERKATAAN PENERANGAN

    Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

    Muzik Asia (Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:

    a. Ghazal dari Malaysia

    b. Gamelan Bali dari Indonesia.

    Muzik instrumental

    (Instrumental Music )

    Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental

    boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

    Muzik Klasik Barat

    (Western Classical Music)

    Muzik klasik yang berasal dari negara Barat.

    Contoh: Symphony No.5oleh Beethoven.

    Muzik Popular (Popular Music ) Muzik semasa yang dikenali ramai.

    Muzik Tradisional Malaysia

    (Malaysian Traditional Music)

    Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.

    Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    25/28

    15

    PERKATAAN PENERANGAN

    Muzik Vokal (Vocal Music ) Muzik yang mengandungi nyanyian.

    Permainan Nyanyian

    (Singing Games)

    Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

    Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

    Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat

    muzik.

    Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

    Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

    Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.

    Contoh: Tempo cepat atau lambat.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    26/28

    16

    PERKATAAN PENERANGAN

    Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

    Warna ton (Colour Tone ) Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.

    Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    27/28

  • 8/8/2019 KSSR MUZIK THN 1

    28/28

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM

    ARAS 4

    8, BLOK E9KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA

    Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk