kuliah 4 pandang sebut

8
Membaca: Kaedah pandang sebut KULIAH 4

Upload: faridhakimi

Post on 22-Jun-2015

396 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 4 pandang sebut

Membaca:Kaedah pandang sebut

KULIAH 4

Page 2: Kuliah 4 pandang sebut

Kaedah pandang dan sebutKaedah ini juga dikenali sebagai kaedah

seluruh perkataan.Ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada

kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad.

Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’.

Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya.

Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.

Page 3: Kuliah 4 pandang sebut

Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu demi satu tetapi murid dikenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar.

Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca.

Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.

Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.

Page 4: Kuliah 4 pandang sebut

Cara pelaksanaanDisediakan pelbagai jenis gambar.Murid disuruh menyebut perkataan dengan

mengenali gambar sekali.Setelah murid menyebut dan mengenali

gambar sekali, barulah diajar nama-nama huruf atau abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu.

Page 5: Kuliah 4 pandang sebut

Jadi mengikut kaedah ini, pada permulaan murid cuba mengenali lambang-lambang abjad secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan dan untuk membaca sebuah ayat yang pendek, mereka perlu mengetahui berpuluh-puluh lambang.

Page 6: Kuliah 4 pandang sebut

• Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad, yang dianggap tidak bermakna.

• Kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu secara tersendiri memang bermakna.

• Murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka merasa bosan.

Page 7: Kuliah 4 pandang sebut

Cara pelaksanaanmenyebut perkataan.mencerakinkan perkataan menjadi suku

kata.membaca ayat.

Page 8: Kuliah 4 pandang sebut

Contoh :

Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar (gambar buku dan perkataan buku)

Kemudian, murid-murid diperkenalkan kepada ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya:

Saya ada buku. Buku saya baru. Saya suka baca buku.