kaedah pandang dan sebut

21
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Untuk memahaminya, sila teliti nota berikut iaitu tentang kaedah pandang dan sebut. Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 4.1.1 Menyebut Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: menyebut perkataan 4.1.2 Mencerakinkan perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: mencerakinkan perkataan menjadi suku kata 4.1.3 . Membina dan membaca ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membina ayat Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap. 4.1.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut

Upload: mohd-adzwan-azizan

Post on 29-Dec-2014

24 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pandang Dan Sebut

KAEDAH PANDANG DAN SEBUTUntuk memahaminya, sila teliti nota berikut iaitu tentang kaedah pandang dan sebut.

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:

4.1.1 Menyebut Perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakanlangkah-langkah berikut:

menyebut perkataan

4.1.2 Mencerakinkan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:

mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

4.1.3 . Membina dan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:

membina ayat

Teruskan aktiviti membaca dengan

membaca ayat yang lengkap.

4.1.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedahpandang dan sebut

Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah pandang dan sebut.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah anda pelajari.

Page 2: Kaedah Pandang Dan Sebut

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.2.2 KAEDAH ABJADKaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANSetelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya, bola.Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca 2.3 KAEDAH FONETIKKaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-A = aaaa E = e’hE = eh I = iiiii O = ooooU = uuuu

B = behC = cehD = deh F = feh G = geh H = hehJ = jeh

Page 3: Kaedah Pandang Dan Sebut

K = keh L = el M = em N = en P = pehQ = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = wehY = yehZ = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUTKaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila

Page 4: Kaedah Pandang Dan Sebut

yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Page 5: Kaedah Pandang Dan Sebut

prabacaan

2.0 PRABACAAN2.1 PendahuluanDi akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak boleh membaca’ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut:a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris misalnya).Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita – ‘kaedah abjad’ , ‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dan sebut’, ‘kaedah eklektik’ dan sebagainya.Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ‘ilmu pengetahuan’, mesej moral, dan sebagainya.2.2 Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di Peringkat AwalMasalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi

Page 6: Kaedah Pandang Dan Sebut

perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain.Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat ‘mengenal huruf’ sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai ‘functionally literate’ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’ bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan.Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas)a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah ‘normal’ dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar;c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang ‘mencukupi’ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.2.3 Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat.2.3.1 Kaedah abjadKaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek.Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna

Page 7: Kaedah Pandang Dan Sebut

bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.2.3.2 Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.

Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’ berdasarkan gambar daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang ‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan.Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.2.3.3 Kaedah FonikPada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol

Page 8: Kaedah Pandang Dan Sebut

(huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ – ‘zz…’, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.2.3.4 Kaedah EklektikKaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik.‘’The analytic-synthetic method… entails selection of carefully graded words, sentences and simple passage which children analyse, compare and synthesize more or less simultaneously right from the beginning, and in doing so become acquainted with the elements of language, in the desired order, while learning the mechanics of reading.’’ 11 Twelfh International Conference on Public Education, Gena, 1949.The Teaching of Reading. Geneva : International Bureau of Education 1949, m.s. 24.

Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi Kaedah itu haruslah sistematik.2.4 Kaedah Gabungan yang dicadangkanKaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut:a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.

Page 9: Kaedah Pandang Dan Sebut

b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ boleh digabungkan.d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a, b, c… sampai z secara tertib biasa.Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca.Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh:a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal:a o udengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d k mdengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:da di duka ki k usa si suSeterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya: ba ba bababu bu bubuda da dadaku ku kuku Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya:baba bubudada kukud) Perkenalkan gabungan lain:a ku akua da adai ni inii tu itubu ku bukuba ba bababu ka buka

Page 10: Kaedah Pandang Dan Sebut

ba ju bajuSeluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:aku ada bukuaku buka bajuini buku akuitu baju akuKemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:buku diabuku bababuku aku/kuGantikan ‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.i bu ibubu di budiu da udabudi ibubudi ibukubudi udadi a diaka ki kakikaki diakaki ibukaki kudaSuruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:ibu bukubaba uda bubuudaku ada kudadia kaki kudabuku udaBegitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga, empat hari, sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

2.5 Kesediaan MembacaKesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan,

Page 11: Kaedah Pandang Dan Sebut

dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama.Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah.

Meniarap (aktiviti kesediaan merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)membaca) berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) berlari ( mahir membaca peringkat tinggi)

2.6 Aktiviti Kesediaan MembacaSyed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATANAktiviti Pengamatan Penglihatan 1Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

Page 12: Kaedah Pandang Dan Sebut

Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.Bahan:Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.Aktiviti Guru/Murid:1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARANAktiviti Pengamatan Pendengaran 1Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.Bahan:Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.Aktiviti Guru/Murid:1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.Bahan:Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.Aktiviti Guru/Murid:1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

Page 13: Kaedah Pandang Dan Sebut

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATAAktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.Bahan:Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.Aktiviti Guru/Murid:1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.Bahan:Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.Aktiviti Murid:1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya.2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Page 14: Kaedah Pandang Dan Sebut

Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah

inijuga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah

ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan

dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan

dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.

Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa,

iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap

rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran

dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk

mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan

unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini

berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada

perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.

Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan

yang mudah, contohnya:

Ini meja

Ini kerusi

Itu buku

Itu bola

Page 15: Kaedah Pandang Dan Sebut

Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah,

misalnya:

Ini meja saya

Ini kerusi guru

Itu buku saya

Itu bola Ahmad

Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat

peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah.

Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.

Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu

diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna.

Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali.

Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu

perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk

kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam

kalimat-kalimat baru.

Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan

diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk

membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

Page 16: Kaedah Pandang Dan Sebut

http://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmhttp://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/nota-penting-4-konsep-kaedah-pandang.html

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkat-pengajaran-membaca.html

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/