dasar sogososha dan dasar pandang ke timur

14

Upload: siti-nabila-aishah

Post on 21-Jun-2015

1.338 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR
Page 2: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Sogoshosha atau syarikat perdagangan am ialah konsep yang diperkenalkan di negara Jepun.

Untuk mencapai taraf sogoshosha sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa , mengendalikan barang dagangan yang banyak, dan memainkan peranan utama dalam bidang perdagangan luar.

Peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktiraf sebagai salah satu sifat Jepun mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perdagangan luar.

Pengalaman Jepun telah memberikan inspirasi kepada Malaysia menubuhkan sogoshosha sebagai institusi bagi memajukan eksport negara.

Malaysia melancarkan DasarSogoshosha pada tahun 1982 .

Page 3: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Mencari strategi baru dalam bidang perdagangan luar berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di negara –negara perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang lembap serta dasar perlindungan yang semakin meluas.

Mempercepatkan perkembangan ekonomi negara dengan memulakan strategi menggalakkan eksport keluaran negara secara besar-besaran.

Page 4: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada pengguna-pengguna baharu, termasuk di pasaran tradisional.

Menggalakkan eksport bukan tradisional. Mengembangkan peluang antarabangsa dari

segi menggalakkan pelaburan secara usaha sama dalam sektor industri di Malaysia untuk keperluan pasaran di dalam dan di luar negara.

Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru.

Page 5: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Menerangkan definisi tetap dan peraturan-peraturan tentang sogoshosha.

Memberikan kemudahan dan bantuan kepada syarikat sogoshosha tanpa mengetepikan syarikat perdagangan am yang lain.

Memberikan galakan cukai dan galakan kewangan.

Page 6: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

DASAR PANDANG KE TIMUR

Page 7: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Dasar Pandang Ke Timur dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1982.

Melalui dasar ini, kerajaan akan membuat kajian, penelitian, dan penelitian pemilihan contoh dan teladan yang terbaik dari Jepun serta Korea Selatan, kemudian mengubahsuaikan nya dengan keadaan di Malaysia.

Oleh itu, adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa-apa sahaja dari Jepun dan Korea Selatan untuk dipraktikkan di Malaysia dan mengetepikan teladan yang dapat dipelajari dari negara-negara Barat.

Page 8: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Jepun dan Korea Selatan merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, dan dalam beberapa bidang, negara-negara itu lebih maju daripada beberapa buah negara Barat.

Kejayaan Jepun dan Korea boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan sektor swasta.

Page 9: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Meninggikan prestasi pengurusan, pembangunan, dan produktiviti.

Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

Mewujudkan golongan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai yang positif (kerajian dan disiplin kerja) untuk meninggikan kemajuan negara.

Page 10: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Perubahan struktur melalui cara-cara yang berikut : - Kad perakam waktu kerja Penggunaan tanda nama Penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu

Kerja Konsep pejabat terbuka Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan

bil setempat. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja.

Page 11: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Perubahan sikap melalui :- Perkhidmatan cemerlang Konsep Bersih, Cekap dan Amanah Kepimpinan melalui teladan

Page 12: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Latihan dan kursus :-

Latihan Perindustrian dan Teknikal – untuk melatih pekerja bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea Selatan.

Program Pengajian Akademik – untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.

Program Pengajian Teknikal – untuk menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan kepada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan politeknik.

Page 13: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Program Kemajuan Eksekutif – untuk menyediakan dengan menempatkan latihan kepada para eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta dan mereka di beberapa firma dan agensi kerajaan di Jepun dan Korea Selatan.

Hubungan antara firma – untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea selatan.

Skim Latihan Pembangunan Usahawan – dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, JPM, untuk memberikan peluang dan pendedahan kepada usahawan bumiputera memperoleh idea baru dan teknologi luar untuk memajukan urus niaga mereka

Page 14: DASAR SOGOSOSHA DAN DASAR PANDANG KE TIMUR