ksj prosa moden trauma embah

11
Prosa Moden Trauma Embah Haryati Abu Nasir [email protected] cikgubmupsi.blogspot.com

Upload: joe-zulkefli

Post on 25-Jun-2015

2.807 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ksj prosa moden trauma embah

Prosa ModenTrauma EmbahHaryati Abu Nasir

[email protected]

Page 2: Ksj prosa moden trauma embah

Sinopsis

Ibu seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual peralatan dapur dari kampung ke kampung. Ibu sudah berusiatetapi nampak sihat, cergas dan awet muda.

Bermula dengan modal yang kecil, perniagaan ibu tetap berjaya walaupun tanpa mempunyai asas dalam perniagaan.

Setelah datuk meninggal dunia, embah tinggal dengan Mak Cik Rafiah di Kuala Lumpur selama lebih lapan 13 belas tahun. Sejak suami Mak Cik Rafiah meninggal dunia secara mengejut, embah dibawa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibu.

[email protected]

Page 3: Ksj prosa moden trauma embah

Embah adalah seorang isteri yang penyabar. Embah membesarkan lima orang anak sendiri dan empat orang anak tiri. Embah juga gigih membantu datuk mencari rezeki dengan mengutip susu getah. Datuk pula sangat garang sehingga Embah dan anak-anaknya amat takut kepada datuk. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua.

Sebenarnya Embah mengalami trauma kerana pernah kehilangan dua orang anak lelaki dalam masa seminggu. Datuk melarang Embah meratapi kematian anaknya. Embah amat tertekan. Pada usia 80 tahun, Embah dibayangi kisah silamnya dan dia hilang ingatan.

Namun ibu menjaga Embah dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa berhenti berniaga. Ibu mahu membalas jasa Embah yang telah melahirkan dan membesarkannya. Abah sentiasa di sisi ibu untuk memberi sokongan moral.

[email protected]

Page 4: Ksj prosa moden trauma embah

Tema dan Persoalan

Tema Ketabahan dan kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang sakit.

Persoalan Pengorbanan dan tanggungjawab anak

terhadap ibu bapa Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya Kesabaran dan ketaatan seorang isteri Bertolak ansur sesama saudara sendiri Perniagaan sebagai sumber rezeki

[email protected]

Page 5: Ksj prosa moden trauma embah

Watak dan Perwatakan

Embah Berusia 80 tahun Membantu datuk menyara keluarga Isteri yang setia dan penyabar Seorang ibu dan nenek yang penyayang Uzur dan sudah hilang ingatan

Ibu Belajar hingga darjah enam Sihat dan awet muda Seorang anak dan ibu yang penyayang Seorang yang bertanggungjawab

[email protected]

Page 6: Ksj prosa moden trauma embah

Mak cik Adik kepada ibu Kematian suami pada usia muda Tabah menjaga embah yang uzur

Datuk Tegas dan panas baran Bekerja sebagai penoreh getah

[email protected]

Page 7: Ksj prosa moden trauma embah

Latar

Masa : zaman kini, siang dan malam, petang bulan Ramadan

Tempat : Kampung Jelutong, Kuala Lumpur, rumah ibu, hospital, dapur

Masyarakat : masyarakat desa, masyarakat bandar yang tinggal di

Kuala Lumpur, masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan

[email protected]

Page 8: Ksj prosa moden trauma embah

Gaya Bahasa

Personifikasi - dimakan usia, menangkap butiran perkataan, mencengkam jiwa

Metafora - bermata hijau, basikal tua Peribahasa - naik angin, cahaya mata,

syurga di bawah tapak kaki ibu Hiperbola - tulang di dada embah

membukit Bahasa Inggeris - lavender Ayat pendek - Dia mengajar, Jiwanya

tertekan [email protected]

Page 9: Ksj prosa moden trauma embah

Nilai

Bertanggungjawab - ibu dan mak cik menjaga embah selepas datuk meninggal

Pengorbanan - ibu sanggup berhenti berniaga untuk menjaga embah

Taat - Embah sangat taat dan takut kepada datuk

[email protected]

Page 10: Ksj prosa moden trauma embah

Pengajaran

Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang sesama anggota keluarga

Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa

Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua

[email protected]

Page 11: Ksj prosa moden trauma embah

SEKIAN TERIMA KASIH

[email protected]