krs refleksi m1

2
Minggu 1 REFLEKSI M1 8 Jan 2014 1.0 Isu / Perkara yang difokuskan: 1.1 Latihan Asas Kawad Kaki KRS 2.0 Analisis isi / perkara: 2.1 Kekuatan: 2.1.1 Dengan pengalaman pendedahan dalam aktiviti-aktiviti unit beruniform ketika sekolah menengah dahulu, ia telah memberikan persediaan kepada saya untuk menghadapi latihan kawad kaki yang bersifat tegas, malahan memudahkan saya untuk membiasakan diri dengan disiplin-disiplin yang patut diamalkan dan peraturan- peraturan yang patut dipatuhi oleh setiap ahli pasukan unit beruniform, seperti tepat masa, mematuhi arahan dan tegas berbanding dengan kawan-kawan lain yang kurang aktif atau tidak pernah menceburi dalam aktiviti unit beruniform sebelum ini. 2.1.2 Kegemaran saya dalam bidang aktiviti kawad kaki dan pengalaman saya dalam penyertaan pertandingan kawad kaki ketika sekolah menengah dahulu juga telah memberikan pengetahuan sedia ada kepada saya mengenai bahasa hukuman, arahan dan tatatertib asas kawad kaki walaupun saya sudah 4 tahun tidak terlibat dalam latihan tersebut setelah tamat persekolahan. 2.2 Kelemahan: 2.2.1 Disebabkan saya merupakan bekas ahli pasukan St.John Ambulans ketika sekolah menengah dahulu, maka kebiasaan memulakan langkah pertama dengan kaki kiri telah menyebabkan saya agak sukar menyesuaikan diri dengan cara kawad kaki KRS yang bermula dari langkah kaki kanan. 3.0 Cadangan penambahbaikan: 3.1 Demi mengatasi kelemahan tersebut, saya perlu melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang cara kawad kaki KRS dan video berkenaan agar pengetahuan-pengetahuan ini dapat membantu saya untuk mengenali perbezaannya dengan unit beruniform yang lain serta menjadi persediaan dan ingatan kepada saya untuk latihan kawad kaki yang seterusnya. 3.2 Saya juga perlu sentiasa berlatih dengan rakan-rakan pasukan dan saling belajar agar saya dapat lebih cepat dan mudah membiasakan diri dan memahirkan diri dengan kawad kaki KRS.

Upload: tiffany-teoh

Post on 16-Aug-2015

241 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KRS REFLEKSI M1

TRANSCRIPT

Minggu 1REFLEKSIM18 Jan 20141.0 Isu / Perkara yang difokuskan1.1 Latihan Asas Kawad Kaki KRS2.0 !na"isis isi / #erkara2.1 Kekua$an 2.1.1 Dengan pengalaman pendedahan dalam aktiviti-aktiviti unit beruniform ketikasekolahmenengahdahulu iatelahmemberikanpersediaankepadasa!auntuk menghadapi latihan kawad kaki !ang bersifat tegas malahanmemudahkan sa!a untuk membiasakan diri dengan disiplin-disiplin !ang patutdiamalkan dan peraturan-peraturan !ang patut dipatuhi oleh setiap ahlipasukanunit beruniform seperti tepat masa mematuhi arahandantegasberbandingdengankawan-kawanlain!angkurangaktif atautidakpernahmen"eburi dalam aktiviti unit beruniform sebelum ini. 2.1.2 Kegemaransa!adalambidangaktiviti kawadkaki danpengalamansa!adalam pen!ertaan pertandingan kawad kaki ketika sekolah menengah dahulu#uga telah memberikan pengetahuan sedia ada kepada sa!a mengenaibahasahukuman arahandantatatertibasas kawadkaki walaupunsa!asudah $ tahun tidak terlibat dalam latihan tersebut setelah tamatpersekolahan. 2.2Ke"e%a&an 2.2.1 Disebabkansa!amerupakanbekasahli pasukanSt.%ohnAmbulansketikasekolahmenengahdahulu makakebiasaanmemulakanlangkahpertamadengan kaki kiri telah men!ebabkan sa!a agak sukar men!esuaikandiridengan "ara kawad kaki KRS !ang bermula dari langkah kaki kanan. '.0 (adangan #ena%)a&)aikan&.1 Demi mengatasi kelemahan tersebut sa!a perlu mela!ari internet bagi mendapatkanmaklumat tentang "ara kawad kaki KRS dan video berkenaan agar pengetahuan-pengetahuan ini dapat membantu sa!a untuk mengenali perbe'aann!a dengan unit beruniform !ang lain serta men#adi persediaan dan ingatan kepada sa!a untuk latihan kawad kaki !ang seterusn!a. &.2 Sa!a #uga perlu sentiasa berlatih dengan rakan-rakan pasukan dan saling bela#ar agar sa!a dapat lebih "epat dan mudah membiasakan diri dan memahirkan diri dengan kawad kaki KRS.