laporan selepas krs

9
LAPORAN SELEPAS Perkhemahan Unit beruniform program PISMP ambilan Jun 2013 selesai berlangsung selama empat hari tiga malam daripada 30 Mac hingga 3 April 2015 di Bukit PULAKO IPG KSAH. Banyak pengalaman diperoleh sepanjang menjalani perkhemahan ini.Setiap guru pelatih pasti memperoleh perkara yang berfaedah. Bagi kami setiap aktiviti itu mengajar kami sesuatu yang baru terutamanya daripada aspek kepimpinan. Setiap guru pelatih pasti akan memegang satu jawatan kecil untuk memudahkan pengurusan ahli jawatankuasa induk. Walaupun jawatan yang dipegang adalah kecil tetapi kami dapat lihat bagaimana jawatan yang kecil ini membantu jawatankuasa besar untuk mengurus sesuatu aktiviti sekali gus memberi peluang pada kami untuk mengurus ahli-ahli lain. Tugas mengurus ahli lain bukan satu tugas yang mudah dan memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik sesama ahli. Menjadi tanggungjawab ketua apabila ada ahli yang tidak mahu bertugas jika tiba masa bertugas untuk berhadapan dengan pengurusan dan menerangkan situasi. Semua itu mengajar kami untuk berunding dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang baik. Selain itu, perkara yang kami dapat semasa menjalani perkhemahan unit beruniform ini ialah membuat gadjet. Sebelum kami mula perkhemahan, kami telah belajar untuk membuat gadjet menggunakan ikatan yang telah kami pelajari. Kami belajar setiap satu fungsi gadjet dan cara menggunakan gadjet. Sebelum perkhemahan berlangsung juga kami telah cuba untuk membuat gadjet

Upload: cuz-mah

Post on 15-Jan-2016

299 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

krs 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Selepas Krs

LAPORAN SELEPAS

Perkhemahan Unit beruniform program PISMP ambilan Jun 2013 selesai

berlangsung selama empat hari tiga malam daripada 30 Mac hingga 3 April 2015 di

Bukit PULAKO IPG KSAH. Banyak pengalaman diperoleh sepanjang menjalani

perkhemahan ini.Setiap guru pelatih pasti memperoleh perkara yang berfaedah.

Bagi kami setiap aktiviti itu mengajar kami sesuatu yang baru terutamanya

daripada aspek kepimpinan. Setiap guru pelatih pasti akan memegang satu jawatan

kecil untuk memudahkan pengurusan ahli jawatankuasa induk. Walaupun jawatan yang

dipegang adalah kecil tetapi kami dapat lihat bagaimana jawatan yang kecil ini

membantu jawatankuasa besar untuk mengurus sesuatu aktiviti sekali gus memberi

peluang pada kami untuk mengurus ahli-ahli lain. Tugas mengurus ahli lain bukan satu

tugas yang mudah dan memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik sesama ahli.

Menjadi tanggungjawab ketua apabila ada ahli yang tidak mahu bertugas jika tiba masa

bertugas untuk berhadapan dengan pengurusan dan menerangkan situasi. Semua itu

mengajar kami untuk berunding dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang

baik.

Selain itu, perkara yang kami dapat semasa menjalani perkhemahan unit

beruniform ini ialah membuat gadjet. Sebelum kami mula perkhemahan, kami telah

belajar untuk membuat gadjet menggunakan ikatan yang telah kami pelajari. Kami

belajar setiap satu fungsi gadjet dan cara menggunakan gadjet. Sebelum perkhemahan

berlangsung juga kami telah cuba untuk membuat gadjet dan mengaplikasikan ikatan

yang kami pelajari. Ternyata banyak perkara yang kami perlu pelajari kerana keadaan

gadjet kami yang tidak kukuh dan tidak sesuai digunakan memberikan motivasi kepada

kami untuk membuat gadjet yang lebih baik semasa perkhemahan berlangsung.

Sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan kami telah berjaya membuat beberapa

jenis gadjet, antaranya penyapu, ampai, tong sampah dan rak kasut. Keadaan gadjet

kami lebih kukuh daripada gadjet kami yang sebelum ini. Ini semua disebabkan

kesalahan yang kami lakukan sebelum ini mengajar kami untuk membuat gadjet yang

lebih baik.

Page 2: Laporan Selepas Krs

Semua aktiviti semasa perkhemahan unit beruniform yang kami lakukan adalah

mengikut unit masing-masing. Sama dengan unit yang lain, kami lebih banyak memakai

uniform Kadet Remaja Sekolah penuh kerana aktiviti kami yang banyak melibatkan

aktiviti kawad. Apa-apa yang seronok semasa belajar kawad ialah mengajar kami untuk

lebih berdisiplin dan memerlukan kerjasama berpasukan yang sangat baik untuk

menjadikan kawad kami lebih nampak cantik dan harmoni tanpa ada kesalahan yang

berlaku. Aktiviti kawad juga akan mengeratkan silaturahim antara kami kerana belajar

kawad bukan hanya kita perlu memikirkan diri kita sahaja tetapi perlu memikirkan orang

lain di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita. Semua ini memerlukan satu proses dan

tempoh yang lama.

Tambahan lagi, seperti mana unit-unit lain kami juga perlu berjaga malam. Setiap

malam akan ada ahli Kadet Remaja Sekolah yang akan berjaga malam untuk menjaga

ahli-ahli yang lain tidur. Semua ini mengajar kami erti pengorbanan. Ahli yang berjaga

akan mengorbankan waktu tidur dan waktu rehat mereka supaya keselamatan semua

ahli terjaga. Sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan berlangsung tiada apa-apa

yang menganggu keselamatan ahli dan semua ahli dalam keadaan yang selamat.

Diharapkan segala aktiviti dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada

setiap guru pelatih yang mengikuti perkhemahan unit beruniform ini. Semoga segala

apa-apa yang dipelajari dapat digunakan pada masa akan datang dalam apa-apa jua

situasi.

Page 3: Laporan Selepas Krs

LAMPIRAN

SEBELUM PERKHEMAHAN

(PERJUMPAAN DENGAN PENSYARAH)

Page 4: Laporan Selepas Krs

SEMASA PERKHEMAHAN

(MEMASANG KHEMAH)

Page 5: Laporan Selepas Krs

SEMASA PERKHEMAHAN

(ORIENTEERING)

Page 6: Laporan Selepas Krs

MASAKAN RIMBA (IKHTIAR HIDUP)

Page 7: Laporan Selepas Krs

MALAM KEBUDAYAAN

Page 8: Laporan Selepas Krs

KEMAHIRAN IKATAN