kronologi konflik perang saudara libya

Upload: najjzumi

Post on 05-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    1/20

    GMJC 3333 : PENGURUSAN KONFLIK SOSIAL ( A )

    ( TUGASAN INDIVIDU )

    TUGASAN : KONFLIK PERANG SAUDARA LIBYA2011

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    2/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    ISI KANDUNGAN

    Tajuk Muka Surat

    1.0 Pengenalan 32.0 Apa Itu Konflik? 5

    2.1 Jenis Konflik 62.2 Sifat Konflik 8

    3.0 Kumpulan Sosial Yang Terlibat 74.0 Punca Konflik 95.0 Tuntutan Yang Timbul 116.0 Kronologi Masa Berkonflik 127.0 Tahap Perkembangan Konflik 16

    7.1 Konflik Terpendam 167.2 Konflik Dikesan 167.3 Konflik Sedar 177.4 Konflik Manifestasi 177.5 Kesan Konflik 18

    8.0 Rumusan 19Rujukan 20

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    3/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    1.0 PENGENALAN

    Konflik akan berlaku apabila wujudnya pertentangan, perbezaan dan percanggahan

    dalam mencapai matlamat termasuklah perbezaan nilai, keperluan dan kepentingan

    serta persaingan dalam memperoleh sumber yang terhad. Konflik Perang Saudara

    Libya 2011 yang berlaku di Libya adalah berkaitan dengan konflik perebutan kuasa,

    perluasan tanah jajahan, perampasan sumber asli di Libya oleh pihak Barat dan

    permintaan kebebasan demokrasi oleh rakyat Libya sehingga memaksa Presiden

    Libya Muammar Gaddafi untuk meletakkan jawatannya dengan menjanjikan pelbagai

    ancaman sekiranya Gaddafi akur dengan tuntutan yang diminta. Tragedi ini telah

    mengakibatkan kehilangan banyak nyawa rakyat Libya disebabkan oleh rusuhan yang

    berlaku.

    Konflik ini menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Libya, pihak-pihak yang

    berkepentingan, pertubuhan-pertubuhan serta masyarakat lain di seluruh negara iaitu

    apakah tindakan yang telah dibuat oleh presiden Libya untuk mempertahankan kuasa

    dan kedudukannya sebagai presiden yang memerintah negara paling lama selama 42

    tahun bermula beliau berumur 27 tahun lagi. Selain itu, apakah tuntutan-tuntutan yang

    diusulkan oleh pihak-pihak berkepentingan dan rakyat Libya kepada Gaddafi

    sehingga menimbulkan perbagai konflik serta tindakan yang dilakukan oleh mereka

    untuk mencapai matlamat masing-masing.

    Konflik dapat ditafsirkan sebagai diekspresikan dengan kesungguhan antara

    paling kurang terdiri daripada dua pihak yang yang berdiri teguh yang tidak

    menyedari mempunyai matlamat yang tidak serasi, sumber yang terhad, dan

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    4/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    berasingan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat mereka. Konsep penting

    dalam definisi ini termasuklah menunjukkan kesungguhan yang bermaksud kedua-dua

    pihak mesti berhubung tentang masalah untuk menjadi konflik. Konflik juga biasanya

    melibatkan persepsi yang berlainan, mempunyai pilihan mereka sendiri namun,

    konflik bukan sahaja menggambarkan perkara negatif, ia cuma menunjukkan

    perbezaan pandangan seseorang. Konflik dipengaruhi oleh pengaruh luar dan diri

    sendiri serta dituruti oleh nilai-nilai emosi.

    Menurut M. Afzalur Rahim (1985) konflik ialah proses interaktif yang nyata

    tentang ketidaksesuaian, tiada persetujuan dengan atau diantara entiti sosial seperti

    individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya. Maksud konflik sosial dalam bidang

    sosiologi ialah satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan persaingan antara

    kumpulan-kumpulan sosial atau pelakon kolektif dengan sumber yang terhad seperti

    status, kuasa, keistimewaan, ekonomi dan fizikal dan sebagainya (Kim. 2005).

    Konflik menjadi pemusnah (destructive) apabila sesuatu kelompok itu

    mengalihkan perhatian kepada aktiviti-aktiviti lain iaitu tidak memberikan perhatian

    terhadap perkara-perkara yang penting serta sentiasa mencari kelemahan antara satu

    sama lain, suka memporak-porandakan orang lain terutamanya kepada mereka yang

    tidak mempunyai kerjasama akan mudah terpengaruh dengan situasi yang

    ditimbulkan dan sentiasa mencari perbezaan dalam kumpulan sosial sehinggalah

    kepada perkara yang remah-temeh.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    5/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    2.0 APA ITU KONFLIK?

    Konflik adalah sebahagian penting dalam menguruskan diri. Konflik boleh wujud

    dalam keadaan situasi konflik sedar mahupun separa sedar. Konflik berlaku antara

    individu dan antara kumpulan-kumpulan yang boleh diramal dan menjadi sebahagian

    penting dalam hidup. Konflik akan membina (constructive) apabila wujudnya

    perbahasan dan perbincangan mengenai isu yang berbangkit atau tidak jelas

    seterusnya boleh meningkatkan tahap kesedaran peribadi dan sosial. Namun, konflik

    juga boleh menjadi musnah (destructive) apabila adanya suatu kumpulan lain atau

    dalam kumpulan itu sendiri yang suka memporak-perandakan orang lain ditambah

    dengan kekurangan kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain.

    Konflik di Libya yang memaksa perletakan jawatan Muammar Muhammad

    Al-Gaddafi berkait rapat dengan kepentingan atau idea yang secara peribadi yang

    bermakna kepada salah satu atau kedua-dua pihak iaitu antara rakyat Libya itu sendiri

    yang sudah muak dengan presidennya kerana terlalu lama memerintah. Gaddafi juga

    mempunyai kepentingan peribadinya keatas tanah Libya iaitu mahu mengaut

    kekayaan Libya untuk peribadi dan keluarganya. ...konflik adalah satu tindak balas

    emosi seperti ketakutan, kesedihan, kepahitan, kemarahan atau putus asa kepada

    situasi atau interaksi bahawa isyarat perselisihan pendapat (Bernard, 2000). Konflik

    sebenarnya adalah satu proses semulajadi organisma namun, ia bergantung atas

    individu atau kumpulan sosial itu untuk mencorakkan konflik itu konflik yang

    membina ataupun sebaliknya.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    6/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    2.1 Jenis KonflikKonflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi sebagai presiden Libya berlaku

    dapat dibezakan kepada tiga jenis konflik iaitu :-

    2.1.1 Tingkat KonflikKonflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi adalah berbentuk tingkat

    interkumpulan iaitu konflik berlaku antara antara puak-puak Gaddafi

    itu sendiri dengan Gaddafi sebagai presiden yang memerintah negara

    paling lama iaitu selama 42 tahun. Konflik timbul adalah disebabkan

    rakyat Libya mahukan sistem demokrasi dan kebebasan hak untuk

    memilih siapa ketua negaranya. Selain itu, sikap Gaddafi yang tamak

    dengan mengaut kekayaan hasil bumi Libya untuk dirinya dan

    keluarga telah memaksa rakyat Libya membuat tuntutan pada Februari

    2011 supaya Gaddafi meletakkan jawatannya sebagai presiden kerana

    mereka merasa seperti ditindas oleh presidennya sendiri.

    Walaubagaimanapun, konflik ini bukan sahaja melibatkan rakyat Libya

    dengan presiden Libya namun, ia juga melibatkan konflik antara

    Gaddafi dengan negara Barat yang ingin menjatuhkannya sebagai

    presiden.

    2.1.2 Situasi KonflikKonflik tuntutan perletakan jawatan presiden Libya apabila dilihat dari

    sudut situasi berkonflik ialah berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk

    konflik horizontal iaitu konflik antara hierarki yang sama seperti kuasa,

    budaya, personal, dan nilai yang sama. Konflik horizontal yang berlaku

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    7/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    ialah antara Gaddafi dengan negara Barat terutamanya Amerika

    Syarikat (AS). Konflik berlaku disebabkan AS ingin menguasai hasil

    bumi di Libya yang kaya dengan minyak serta Gaddafi dianggap

    sebagai budak nakal oleh AS kerana telah mengganggu kelicinan

    campur tangan mereka terhadap negara-negara lain yang merdeka dan

    berdaulat.

    Selain itu, konflik utama yang berlaku di Libya adalah

    berbentuk konflik vertikal yang mengikut hierarki antara orang atasan

    yang berkuasa dengan orang bawahan yang menuntut bela kerana

    ditindas. Rakyat Libya menuntut supaya Gaddafi meletakkan

    jawatannya kerana mereka merasakan mereka mempunyai presiden

    yang kejam kerana telah mengambil hak rakyat untuk kepentingan

    peribadi sehingga wujud pelbagai rusuhan yang dibuat oleh rakyat.

    2.1.3 Ciri Hubungan dalam berkonflikRusuhan yang berlaku di Libya sehingga membunuh banyak nyawa

    adalah berpunca daripada perbezaan matlamat yang ingin dicapai

    dalam konflik yang berlaku. Gaddafi yang tetap dengan pendiriannya

    untuk mengekalkan kuasanya sebagai presiden Libya telah melakukan

    serangan balas bersama penyokong dan tenteranya yang setia dari

    kubunya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid selepas

    kejatuhan Tripoli kepada pihak pemberontak pada 23 Ogos 2011.

    Manakala pihak Barat pula mempunyai matlamat untuk

    menggulingkan Gaddafi sebagai langkah paling mudah untuk

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    8/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    menguasai kuasa di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang

    merdeka dan berdaulat kerana Gaddafi mempunyai pengaruh yang

    sangat kuat dan jasanya yang banyak kepada beberapa negara lain dan

    Libya sendiri. Antaranya beliau dapat menutup pangakalan tentera

    udara AS pada 1970 serta menebus maruah setelah menjadi negara

    yang berpengaruh dan menguasai sendiri sumber minyak di negaranya.

    2.2 Sifat KonflikAmat penting dalam memahami setiap konflik agar kita dapat membuat

    peramalan, perubahan, memperoleh manfaat daripada kesan konflik yang

    berlaku namun, dari keseluruhan mengenai isu yang dibincangkan jelaslah

    bahawa sifat konflik yang ditonjolkan dalam konflik Perang Saudara di Libya

    2011 adalah bersifat konflik pemusnah atau distruktif kerana apabila

    wujudnya sesuatu konflik itu setiap ahli yang terlibat dalam konflik sentiasa

    mencari perbezaan antara mereka seperti matlamat, kuasa dan pengaruh.

    3.0 KUMPULAN SOSIAL YANG TERLIBAT

    Kumpulan sosial yang terlibat secara langsung dalam konflik tuntutan perletakan

    jawatan Presiden Libya iaitu Muammar Muhammad Al-Gaddafi, 69 iaitu nama yang

    amat digeruni oleh negara-negara Barat atas kelantangan suara beliau menyuarakan

    pendapat dan ketegasannya dalam mencampakkan piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa

    Bersatu (PBB) semasa berucap dihadapan pemimpin-pemimpin dunia dalam

    perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu. Rakyat Libya yang terdiri daripada lebih

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    9/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    140 puak yang merasakan mereka ditipu dan ditindas oleh Gaddafi menuntut

    perletakan jawatan Gaddafi dengan segera. Pihak negara Barat yang berkuasa yang

    terdiri daripada AS, Britain dan Perancis serta dibantu oleh Pertubuhan Perjanjian

    Atlantika Utara (NATO). Namun, dalang segala tercetusnya peperangan dan serangan

    adalah AS yang banyak menyumbang senjata kepada rakyat Libya untuk mengambil

    alih kekayaan sumber asli Libya daripada Gaddafi dengan berselindung di sebalik

    NATO. Selain itu, negara-negara lain yang mengambil berat konflik yang telah

    berlaku di Libya seperti Jacon Zuma, Presiden Afrika Selatan yang telah berunding

    dengan Gaddafi untuk menyuruh Gaddafi berundur dan menggesa NATO

    memberhentikan serangan udaranya.

    4.0 PUNCA KONFLIK

    Anggapan umum yang menjadi punca konflik adalah apabila persepsi dan analisis

    mengenai konflik yang berbeza. Punca berlaku konflik di Libya adalah disebabkan

    kedegilan Gaddafi yang tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Presiden Libya

    yang memerintah hampir 4 dekad bermula ketika beliau berusia 27 tahun iaitu pada 1

    September 1969. Dalam tempoh pemerintahan ini beliau telah mencetuskan pelbagai

    isu kontroversi yang menyakitkan hati rakyat. Walaupun beliau pernah berjasa kepada

    rakyatnya dengan menutup pangkalan tentera udara AS tahun 1970 namun, jika

    dibandingkan dengan kontroversi yang ditimbulkan adalah lebih banyak daripada jasa

    yang ditaburkan.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    10/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    Gaddafi pernah menimbulkan kontoversi dengan menulis sebuah buku yang

    bertajuk Penghapusan Sunnah Habis-habisan di Libya. Beliau juga mengemukakan

    satu cadangan yang tidak dapat diterima oleh semua umat Islam iaitu penghapusan

    perkataan Qul dalam empat surah iaitu Al-Kafirun, Al-Falaq, al-Ikhlas dan An-Nas.

    Beliau mengatakan bahawa surah-surah itu hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad

    S.A.W., sedangkan Baginda sudah lama wafat dan ia tidak sesuai dengan tuntutan

    semasa. Hal ini mengakibatkan ramai ulama serta rakyat menentangnya.

    Selain itu, dalam tahun 1975 hingga 1979 beliau memperkenalkan buku rasmi

    Buku Hijau yang merangkumi 3 jilid, di dalamnya memperkenalkan sistem moral

    Islam melarang meminum alkohol dan berjudi dalam kalangan rakyatnya namun

    dalam praktik pemerintahannya tidaklah seidealis sebagaimana yang sepatutnya.

    Sikap Gaddafi yang kejam, angkuh dan keji hasilnya menyebabkan rakyatnya

    bersepakat mencapai matlamat untuk menggulingkan beliau.

    Menurut Dr. Chandra dalam satu temu bual yang dibuat oleh wartawan

    Utusan Online pada 7 Mei 2011 mengatakan punca AS menyerang Libya adalah

    untuk menguasai minyak Libya selain isu geopolitik, AS seolah-olah mahu menguasai

    laluan dan lautan tertentu serta mahu melindungi Israel dalam konteks dunia Arab.

    Selain itu, disebabkan China mempunyai lebih 50 pelaburan di Libya iaitu hampir

    30,000 pekerja China bekerja dalam industri minyak dan gas serta prasarana. Jelas

    ditunjukkan tujuan AS menjatuhkan Libya dan negara Afrika adalah disebabkan

    Libya yang memudahkan laluan kemasukan China di Libya dan negara-negara Afrika

    seterusnya ingin menyekat China dari mendapat akses minyak yang mudah.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    11/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    5.0 TUNTUTAN YANG TIMBUL

    Punca berlaku konflik sosial Perang Saudara Libya yang berkait dengan tuntutan

    perletakan jawatan presiden Libya, Gaddafi adalah disebabkan setiap kumpulan sosial

    yang terlibat mempunyai tuntutan atau matlamat mereka masing-masing untuk

    diperjuangkan. Menurut Sherif (1966) melalui Teori Konflik Kumpulan Realistik

    yang diperkenalkannya menyatakan konflik sudah boleh wujud dengan hanya adanya

    matlamat yang tidak sama. Dalam situasi ini, saya mendapati tuntutan yang

    diperjuangkan oleh mereka yang terlibat dalam konflik di Libya ini sememangnya

    mempunyai tuntutan serta matlamat yang berbeza dan ia lebih menunjukkan untuk

    kepentingan individu.

    Berdasarkan kajian yang dibuat, Gaddafi sebenarnya mempunyai tuntutannya

    yang tersendiri apabila beliau tidak akan berganjak dari kedudukan beliau sebagai

    presiden Libya. Antaranya adalah beliau mahu dilihat sebagai pemimpin rantau yang

    lebih berkuasa berbanding dengan Barat seperti AS serta beliau juga mahu

    menyatukan Afrika. Hal ini kerana beliau ingin memastikan China tidak menjadi

    pesaing kepada AS dalam arena politik dan ekonomi negara. Walaubagaimanapun,

    rakyat Libya juga mempunyai tuntutannya iaitu ingin mendapat kebebasan diri

    daripada pemerintahan Gaddafi yang dianggap sebagai diktator dengan menggantikan

    dengan sistem demokrasi. Dari situlah rakyat Libya yang terdiri lebih daripada lebih

    140 puak itu mencapai persefahaman untuk menggulingkan Gaddafi. Pada

    pertengahan Ogos menunjukkan puak-puak ini telah berjaya menawan benteng

    Tripoli dengan bantuan daripada NATO dan Majlis Keselamatan PBB dimana ini

    merupakan benteng terakhir tempat penyembunyian Gaddafi.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    12/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    Malang sekali saya merasakan rakyat Libya seperti keluar dari mulut buaya,

    masuk ke mulut harimau kerana rakyat Libya telah kehilangan presiden yang

    berwibawa ditambah pula dengan rakyat Libya yang pelbagai puak. Rakyat Libya

    sebenarnya terperangkap dalam permainan Barat khususnya AS bersama sekutunya

    Perancis dan Britain yang mengemudi NATO. Pihak Barat sememangnya mempunyai

    agenda mereka yang tersembunyi dalam bersatu dengan rakyat Libya untuk

    menghapuskan Gaddafi. Tujuan utama mereka ingin memusnahkan Gaddafi adalah

    kerana Gaddafi merupakan pemain utama dalam mengubah dasar Pertubuhan Negara-

    negara Pengeksport Minyak (OPEC) sekaligus mencabar Barat untuk menguasai

    industri minyak.

    6.0 KRONOLOGI MASA BERKONFLIK

    Sesuatu konflik yang berlaku kebanyakkanya mengikut tahap kronologi masa lebih-

    lebih lagi dalam konflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi presiden Libya yang

    sememangnya telah dirancang oleh pihak Barat yang ingin mengambil alih kekayaan

    hasil bumi di Libya. Konflik Perang Saudara Libya 2011 adalah konflik bersenjata

    yang berpunca daripada pelbagai pihak yang ingin menggulingkan Gaddafi iaitu

    menggantikan dengan mengadakan pilihanraya demokratik serta angkatan pro-

    Gaddafi. Konflik ini bermula 15-19 Februari 2011 dengan tunjuk perasaan damai

    yang dilakukan oleh rakyat Libya namun ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi.

    Aksi protes rakyat Libya ini tercetus di Benghazi, kota terbesar kedua Libya.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    13/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    Seminggu kemudian, 19 Mac 2011 pemberontakan ini merabak ke merata

    negara dengan cepat menyebabkan Gaddafi terpaksa bergelut untuk untuk

    mempertahankan kedudukannya sebagai presiden Libya. Pasukan pro-diktator

    Gaddafi telah mengancam akan melancarkan serangan ke Benghazi yang telah

    dikuasai pasukan revolusioner, Barat memulai mandat PBB dengan melancarkan

    serangan udara untuk mendesak pasukan pro-Gaddafi berundur tetapi sebaliknya,

    Gaddafi mengatakan pemimpin Barat yang memusnahkan pasukan tenteranya dengan

    serangan udara itu sepatutnya yang berundur dan menyifatkan mereka sebagai yang

    gila kuasa (dipetik daripada agensi berita Libya, Jana).

    Pada 31 Mac 2011 NATO telah menjadi eksekutif mandat PBB dan

    memperkenalkan operasi tentera di Libya. Walaupun begitu, Gaddafi tidak

    membiarkannya sahaja tetapi membalas dengan kekuatan tentera dan penyokongnya

    yang setia serta mengambil langkah berhati-hati dengan membuat penapisan akhbar

    dan penyekatan komunikasi. Angkatan Gaddafi berarak ke arah timur untuk melawan

    semula beberapa kota pinggir sebelum menyerang Benghazi. Selain itu, resolusi PBB

    juga membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkan zon

    larangan terbang di Libya.

    Keadaan semakin teruk apabila Perancis dan Itali mula bergabung dengan

    Barat dalam mengirimkan penasihat tentera mereka untuk membantu pasukan

    pemberontak di Libya pada 20 April 2011. 1 Mei 2011 pula, NATO telah melepaskan

    serangan dari udara dengan jet pejuangnya di Tripoli namun, Gaddafi masih

    terselamat tetapi Seif Al-Arab anak bongsunya bersama 3 orang cucunya pula yang

    terkorban. Rasmussen mengulaskan tindakan itu melalui satu forum NATO ..operasi

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    14/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    kami di Libya sudah mencapai matlamatnya ... kami sudah mengurangkan keupayaan

    Gaddafi untuk membunuh rakyatnya sendiri.

    Seterusnya, keadaan ini menjadi konflik bersenjata apabila pihak pemberontak

    telah membentuk sebuah gabungan Majlis Peralihan Negara (NTC) pada 15 Julai

    2011 sebagai kerajaan sementara di Libya yang bertapak di Benghazi. Gaddafi serta

    ahli-ahli kerajaannya juga telah menerima amaran daripada Mahkamah Jenayah

    Antarabangsa setelah mendapat resolusi yang merujuk kepada tindakan-tindakan

    pemerintahan Gaddafi. Selain itu, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan satu

    resolusi untuk membekukan aset-aset Gaddafi dan 10 sekutunya dan akan diserahkan

    kepada NTC serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Pada 28 Julai pula

    pemimpin pasukan revolusioner, general Abdul Fatah Yunis telah tewas di wilayah

    timur ketika pasukan pejuang menggempur pro-Gaddafi di kawasan barat.

    Setelah itu, pada 23 Ogos 2011 rakyat Libya bersama tentera Barat yang

    dibantu oleh NATO berjaya memecahkan benteng pertahanan Gaddafi di Tripoli

    setelah melalui pertempungan dengan tentera dan penyokong setia Gaddafi. Namun,

    mereka tidak dapat menjejaki Gaddafi atau anaknya juga kerana Gaddafi telah

    bersembunyi sebuah tempat yang tidak diketahui.

    1 September 2011 di Paris, negara-negara anggota tetap PBB telah mencairkan

    kembali aset milik Gaddafi senilai 10 miliar euro dengan syarat Gaddafi melakukan

    demokrasi. 9 September pula, Polis International (Interpol) telah mengeluarkan surat

    untuk menangkap Gaddafi, anaknya Seif Al-Arab serta Abdullah Al-Senussi atas

    tuduhan kejahatan mereka terhadap kemanusiaan. Seterusnya Setelah menyedari

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    15/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    bahawa beliau tidak kuat lagi untuk menentang, Gaddafi kemudiannya mengadakan

    gencatan senjata namun beliau sendiri gagal mematuhinya. Pada 15 September, rakyat

    Gaddafi bersama revolusioner NTC mulai menyerang Gaddafi di Kota Sirte, tempat

    kelahiran Gaddafi yang menjadi salah satu kota benteng pertahan terakhir beliau.

    Namun, Gaddafi tidak menyerah dengan membuat serang balas kepada mereka. 16

    September, PBB memberikan kerusi Libya kepada NTC.

    9 Oktober 2011, pasukan revolusioner berjaya menguasai Sirte, Gaddafi

    bersama beberapa tenteranya pula lari menyembunyikan dirinya di dalam saluran

    perbentungan. Zon udara Libya juga dibuka kembali untuk penerbangan komersial. 15

    Oktober, pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan balas kepada pasukan

    pemberontak di Sirte namun mereka dan Bani Walid tetap tewas.

    10 Oktober 2011 NATO telah mengumumkan akan mengakhiri pengeboman

    selama 7 bulan di Libya itu selewat-lewatnya isnin tengah malam setelah yakin

    mereka sudah berjaya menggulingkan Gaddafi. 19 Oktober 2011, Gaddafi dijumpai di

    dalam saluran pembentungan dan ditembak di kaki oleh pemberontak yang

    menjumpainya. 20 Oktober Gaddafi telah tewas dan meninggal di tempat kejadian

    akibat kecederaan yang teruk.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    16/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    7.0 TAHAP PERKEMBANGAN KONFLIK

    Mengikut Pondy (1967) mengatakan terdapat 5 tahap konflik yang biasa akan dilalui

    oleh setiap sesuatu kumpulan yang berkonflik. Konflik Perang Saudara di Libya juga

    mempunyai tahap perkembangannya iaitu :-

    7.1 Konflik TerpendamTahap ini adalah tahap permulaan untuk berlakunya sesuatu konflik

    itu. Konflik kejatuhan Gaddafi sebenarnya terjadi tanpa disedari oleh

    pihak rakyat Libya khususnya walaupun mereka sudah menyedari

    bahawa mereka sedang berkonflik namun, mereka tidak menyangka

    bahawa konflik ini akan menjadi konflik yang sangat tragis sehingga

    berlakunya tumpahan darah di atas tanahnya sendiri. Konflik

    terpendam sudah berlaku sejak Gaddafi mula menunjukkan seakan-

    akan beliau anti-Islam dengan menulis buku Penghabisan Sunnah

    Habis-habisan di libya serta telah memenjarakan penceramah-

    penceramah Islam Libya.

    7.2 Konflik DikesanPada tahap ini, pihak-pihak yang berkonflik iaitu antara rakyat Libya

    dan AS dengan Gaddafi telah menimbulkan perbezaan persepsi, idea

    dan pendapat kerana mereka telah mulai perasan bahawa mereka

    sedang mengalami konflik yang agak serius setelah menyedari Gaddafi

    menguasai segala kekayaan Libya dengan kehidupan yang mewah di

    kota Tripoli sedangkan rakyatnya hanya hidup sederhana sahaja

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    17/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    walaupun Libya adalah negara yang mempunyai minyak yang

    melimpah-ruah. Walaubagaimanapun, rakyat Libya masih tunduk pada

    pemerintahan Gaddafi dan tidak bertindak serta hanya menyimpan

    didalam hati.

    7.3 Konflik SedarSegala tindakan mula difikirkan dan dilaksanakan oleh rakyat Libya

    setelah merasai ketegangan konflik yang berlaku di negaranya. Oleh

    itu, rakyat Libya yang terdiri lebih daripada 140 puak itu bersepakat

    untuk menggulingkan Gaddafi namun, sekiranya hanya mereka yang

    menentang Gaddafi yang sangat berpengaruh itu kemungkinan tidak

    akan berjaya. Setelah menyedari keadaan itu, rakyat Libya menerima

    bantuan daripada Barat yang terdiri daripada AS, Perancis dan Britain

    untuk mencapai matlamat mereka yang sama iaitu mahu memusnahkan

    Gaddafi.

    7.4 Konflik ManifestasiSetelah pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh Gaddafi sepanjang

    pemerintahannya 42 tahun itu dan pelbagai perasaan ketidakpuasan

    hati rakyat telah mencapai tahap klimaks yang sudah tidak dapat

    dibendung. Rakyat Libya telah mula menunjukkan kemarahan masing-

    masing melalui pertengkaran, percakapan, bantahan, desakan,

    demontrasi malah sehinggalah kepada tahap penggunaan fizikal dan

    mental. Seorang pengulas politik iaitu Jamal Al-Hajji menyeru supaya

    mereka mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut kebebasan di

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    18/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    tanah airnya sendiri. Pada 15 februari 2011, tunjuk perasan damai

    diteruskan tetapi cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi.

    Setelah itu, pemberontakan ini mulai merebak ke serata negara.

    Gaddafi yang menyedari keadaan ini mula bergelut untuk

    mempertahankan tampuk pemerintahannya denga membalas kembali

    melalui kekuatan tentera serta membuat tapisan akhbar dan penyekatan

    komunikasi.

    7.5 Kesan KonflikAmat menyedihkan dan sudah dijangka apabila konflik yang dialami

    yang berlanjutan selama 9 bulan bermula 15 Februari hingga 20

    Oktober 2011 itu telah menunjukkan kitaran akhir konflik yang negatif

    apabila banyak berlaku kemusnahan bangunan, infrastruktur dan

    sebagainya akibat daripada serangan bom yang dilepaskan oleh kedua-

    dua belah pihak. Angka korban pula menunjukkan ramai rakyat Libya

    yang terdiri daripada pejuang, aktivis dan penyokong pembangkang

    seramai 2,034 hingga 2,770 yang terkorban dalam rusuhan 9 bulan itu

    termasuk anak serta cucu gaddafi sendiri dan pengikut-pengikut

    setianya. Sebanyak 849 hingga 922 orang askar yang terbunuh dan

    anggaran jumlah korban bagi kedua-dua pihak termasuk orang awam

    adalah kira-kira sebanyak 2,000 hingga 10,000 iaitu sebuah angka

    yang cukup banyak menggambarkan konflik Perang Saudara ini sangat

    tragis.

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    19/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    8.0 RUMUSAN

    Perang Saudara Libya 2011 sememangnya menunjukkan kebangkitan Islam yang

    menuntut kebebasan hak di tanah negaranya yang diperintah oleh presiden yang

    kejam, keji, dan zalim yang sentiasa menindas rakyatnya dalam mengaut kekayaan

    negaranya untuk kepentingan peribadi dan keluarga telah berjaya menggulingkan

    Muammar Muhammad Al-Gaddafi dengan dibantu oleh upaya Barat yang

    menjanjikan demokrasi untuk rakyat Libya. Namun, mampukah rakyat Libya yang

    terdiri daripada lebih 140 puak itu untuk memerintah? Adakah sistem demokrasi yang

    diagung-agungkan oleh rakyat Libya itu akan dijalankan seiring dengan janji AS

    sebelum mereka bersepakat dalam menjatuhkan Gaddafi? Hasil akhirnya sangat

    bergantung kepada kesedaran rakyat Libya namun, sekiranya tidak rakyat Libya tetap

    akan diperbodohkan oleh kuasa Barat maka hasilya adalah meet the new boss, same

    as the old boss (IRIB).

  • 7/31/2019 Kronologi Konflik Perang Saudara Libya

    20/20

    GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial |

    RUJUKAN

    Azmi hassan (2011). Libya menjerumus huru-hara iraq. Diakses pada 26 Oktober

    2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info

    Bernard, M. S. (2000). The Dynamics of Conflict Resolution a Practitioners Guide

    (1st ed.). San Francisco: Jossey-Bass Publisher.

    Dina Y. Sulaeman (2011). Kronologi di Libya. Diakses pada 10 Oktober 2011,

    daripada http://indonesian.irib.ir/c/journal/view_article_content

    Gaddafi tidak berganjak (2011). Diakses pada 26 Oktober 2011, daripada

    http://satuummat.blogspot.com/

    Gencatan Senjata Libya (2011). Diakses pada 10 November 2011, daripada

    http://berita-harian-online.com

    Kim, W. C., Mauborgen, R. (2005). Blue ocean strategi: How a create uncontested

    market space and make competition irrelevant. Cambridge, MA: Hrvard

    Business School Press.

    M. Afzalur Rahim (1985). A strategi for managing conflict in complex organisation:

    Human Relations. 38(1), 81-89.

    Pondy, L. R. (1967). Organisational Conflict: Conflic and Models. Administrative

    Science Quartely, 12(2), 296-320.

    Tamatnya pemburuan Gaddafi (2011). Diakses pada 26 Oktober 2011. Daripada

    http://www.utusan.com.my/utusan/info

    http://indonesian.irib.ir/c/journal/view_article_contenthttp://indonesian.irib.ir/c/journal/view_article_content