garis panduan pengurusan saudara baru

22
1 LATAR BELAKANG 1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-negeri, Saudara Baru, ahli keluarganya atau mana-mana pihak yang berkenaan. 2. Penyebaran dakwah Islamiah di Malaysia telah memberikan kesan yang positif di mana ramai di kalangan masyarakat yang bukan Islam telah mula mengenal, memahami dan mengkaji tentang Islam dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memeluk Islam. 3. Bermula dengan pengislaman salah seorang dari ahli keluarga atau lebih, kadangkala membawa kepada terpisahnya hubungan di antara mereka dengan keluarga asalnya yang masih belum memeluk Islam. Apabila ini berlaku, golongan Saudara Baru akan merasa tersisih dan menganggap bahawa segala keperluan dan kebajikannya mula terabai. GARIS PANDUAN PENGURUSAN SAUDARA BARU (MUALLAF)

Upload: vuanh

Post on 23-Jan-2017

288 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

������������

1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pihakBerkuasa Agama Islam Negeri-negeri, Saudara Baru, ahlikeluarganya atau mana-mana pihak yang berkenaan.

2. Penyebaran dakwah Islamiah di Malaysia telah memberikankesan yang positif di mana ramai di kalangan masyarakat yangbukan Islam telah mula mengenal, memahami dan mengkajitentang Islam dan akhirnya mereka mengambil keputusan untukmemeluk Islam.

3. Bermula dengan pengislaman salah seorang dari ahlikeluarga atau lebih, kadangkala membawa kepada terpisahnyahubungan di antara mereka dengan keluarga asalnya yang masihbelum memeluk Islam. Apabila ini berlaku, golongan Saudara Baruakan merasa tersisih dan menganggap bahawa segala keperluandan kebajikannya mula terabai.

���� ������������� �� �����������

���������

2

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

4. Islam sebagai agama yang prihatin, awal-awal lagi telahmemberi jaminan kepada Saudara Baru dan ahli keluarganya yangturut memeluk Islam, bahawa nasib mereka akan dibelasehinggalah mereka boleh berdikari. Oleh sebab itu Islam telahmenyenaraikan mereka di kalangan lapan asnaf yang layakmenerima zakat.

5. Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk memberisokongan dan kekuatan kepada Saudara Baru terutama dalambentuk bantuan kebajikan, moral, kewangan dan pembelajaran.Ianya hendaklah bermula dari seawal proses pengislamannyasehinggalah kepada pengurusan kematiannya. Ini semuamerupakan satu tuntutan dalam Islam.

�����������������

6. Tatacara dan kaedah pengurusan masuk Islam yangdinyatakan dalam garis panduan ini adalah bagi memudahkanpengurusan secara sistematik berpandukan kepada kaedah danperaturan memeluk Islam yang digubal di setiap negeri.

������� ��������������

7. Mana-mana orang yang menguruskan pengislamanseseorang yang ingin masuk Islam bertanggungjawab untukmemberi penerangan mengenai Islam, pengertian Dua KalimahSyahadah, tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam.

3

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

��!�"����� "������

8. (a) Seseorang yang ingin masuk Islam hendaklahmengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pendaftar Muallafatau mana-mana pegawai atau mana-mana orang yangmenguruskan pengislaman seseorang Saudara Baru dengandisaksikan oleh seorang saksi lelaki.

(b) Bagi seseorang yang tidak dapat bercakap, bantuanJuru Bahasa Isyarat bolehlah diperoleh bagi membantu PendaftarMuallaf atau mana-mana pegawai atau mana-mana orang yangmenguruskan pengislaman seseorang Saudara Baru untukmemahami bahasa isyarat yang digunakan.

(c) Jika majlis pengislaman dibuat di hadapanseseorang yang selain daripada Pendaftar Muallaf, orang ituhendaklah bertanggungjawab membawa Saudara Baru tersebutkepada Pendaftar Muallaf bagi tujuan urusan pendaftaran.

���#����� ���"

9. Seseorang yang menjadi saksi dalam majlis pengislamanhendaklah:

(a) Beragama Islam;(b) Sempurna akal; dan(c) Berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun.

4

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

�������$������������

10. Seseorang yang telah masuk Islam atau orang yangmenguruskan pengislaman seseorang hendaklah:

(a) Mengisi borang yang disediakan oleh Jabatan /Majlis Agama Islam Negeri ;

(b) Membuat suatu catatan yang mengandungi butir-butir berikut :(i) nama Saudara Baru;(ii) agama asal ;(iii) nama setelah masuk Islam ;(iv) nombor kad pengenalan ;(v) tanggungan ;(vi) nama orang yang menguruskan

pengislaman;(vii) nama saksi;(viii) tarikh, masa dan tempat pengislaman; dan(ix) kenyataan kerelaan hatinya untuk masuk

Islam dan tandatangannya.(x) status perkahwinan.

(c) Seseorang yang menguruskan pengislamanSaudara Baru hendaklah mendaftarkan pengislamantersebut di mana-mana Jabatan / Majlis Agama IslamNegeri-negeri.

5

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

���%�$���� "������

11. (a) Pengislaman di Pejabat Agama IslamSeseorang yang masuk Islam di Pejabat Agamaakan terus didaftarkan secara rasmi mengikutperuntukan undang-undang.

(b) Pengislaman Selain di Pejabat Agama IslamSeseorang yang menguruskan pengislamanSaudara Baru di luar Pejabat Agama hendaklahsegera membawa bersama Saudara Baru kePejabat Agama untuk didaftarkan pengislamannyasecara rasmi mengikut peruntukan undang-undang.

(c) Pengislaman di Luar NegaraSeseorang yang memeluk Islam di luar negara jugaperlulah mendaftar pengislamannya di Malaysiasetelah kembali ke Malaysia.

�����&$����������������

12. Pendaftar Muallaf bertanggungjawab untuk mendaftarkanpermohonan pendaftaran oleh seseorang Saudara Baru dalamDaftar Muallaf dengan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang.

6

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

13. Pendaftaran Saudara Baru

(a) Pendaftar yang menguruskan pengislamanseseorang saudara baru perlulah berpuas hatidengan proses seperti di bawah sebelumpendaftaran saudara baru dilakukan :

(i) Mengucap dua Kalimah Syahadah di dalamBahasa Arab,

(ii) Memahami maksud daripada kedua-duaKalimah Syahadah yang dilafazkan,

(iii) Pengucapan dua Kalimah Syahadah dibuatdengan kerelaan hati dan,

(iv) Menyatakan maksud Kalimah Syahadahnyadengan menggunakan bahasa isyarat yangboleh difahami tentang pengislamannya jikatidak dapat melafazkan.

(b) Saudara Baru yang telah disahkan pengislamannyamelalui perkara-perkara di atas boleh didaftarkansebagai Saudara Baru di mana-mana PejabatAgama Islam.

(c) Seorang Pendaftar Muallaf hendaklah dilantik olehpihak Majlis / Jabatan Agama Islam yangbertanggungjawab menyelenggarakan suatu daftarSaudara Baru bagi tujuan pendaftaran.

7

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(d) Daftar sementara boleh diwujudkan denganmengambil maklumat-maklumat peribadi danmaklumat berkaitan proses pengislamanseseorang saudara sekiranya saudara baru belumbersedia untuk mendaftarkan pengislamannya.

��$�'���������&$����������������

14. Dalam meningkatkan keberkesanan pentadbiran danmelaksanakan program kepada Saudara Baru, satu senarai semaktatacara pendaftaran diguna pakai oleh Jabatan Agama IslamNegeri-Negeri. Senarai semak tersebut mengandungi butir-butirseperti berikut:

(a) Bagi Individu yang datang sendiri untuk Masuk Islamperlu :(i) Membawa kad pengenalan atau pasport

(jika bukan warganegara );(ii) Membawa bersama seorang saksi;(iii) Membawa empat keping gambar berukuran

pasport;(iv) Mengisi borang pengisytiharan masuk

Islam.

(b) Seterusnya menghadiri kursus dan kelas pengajian(i) Kelas asas fardhu ain secara mingguan dan

bulanan;(ii) Kursus intensif.

8

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(c) Perakuan masuk IslamKad / sijil / surat perakuan memeluk Islam akandikeluarkan serta merta kepada yang berkenaandan individu tersebut kemudiannya dimintamembuat pindaan butiran di dalam kad pengenalandi Jabatan Pendaftaran Negara. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:

(i) Kad / sijil / surat perakuan masuk Islam,(ii) Surat perakuan sumpah,(iii) Kad pengenalan atau MyKad,(iv) Sijil kelahiran

(d) Permohonan Pendaftaran Saudara Baru(i) Seseorang Saudara Baru boleh membuat

pendaftaran masuk Islam di Jabatan AgamaIslam dengan menggunakan borangtertentu yang telah disediakan.

(ii) Apabila Pendaftar Muallaf berpuas hatidengan pengesahan pengislamanseseorang Saudara Baru, Pendaftarbolehlah mendaftarkannya di dalam daftarSaudara Baru berserta butiran-butiran lainyang berkaitan dengannya.

9

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(iii) Pendaftar juga perlu mencatatkan namaSaudara Baru, tarikh masuk Islam di dalambuku daftar tersebut.

(iv) Pendaftar boleh melakukan apa-apasiasatan untuk memastikan tarikh sebenarkemasukan Saudara Baru ke dalam Islamjika difikirkan perlu.

(v) Sekiranya Pendaftar tidak berpuas hatidengan pengesahan pengislaman yangterdahulu, dia boleh membuat pengislamansemula di hadapannya atau di hadapanmana-mana pegawainya seperti yangdikehendaki pada perenggan 14 (a) (i) (ii) (iii)(iv).

(e) Daftar Saudara Baru

Suatu Daftar Saudara Baru hendaklahmengandungi butir-butir seperti berikut :

(i) bilangan daftar;(ii) tarikh daftar;(iii) nombor siri perakuan masuk Islam;(iv) nama penuh asal;(v) nama penuh Islam ( jika ada );(vi) agama, atau kepercayaan asal;

10

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(vii) bangsa;(viii) nombor kad pengenalan, nombor tentera

atau nombor polis atau nombor pasport;(ix) kerakyatan asal atau warganegara

sesebuah negara;(x) tarikh lahir dan tempat lahir;(xi) jantina;(xii) alamat surat menyurat dan alamat tempat

tinggal;(xiii) tarikh, tempat dan masa masuk Islam;(xiv) status perkahwinan;(xv) bilangan tanggungan dan bilangan anak;(xvi) pekerjaan orang yang masuk Islam;(xvii) orang yang menguruskan pengislaman;(xviii) nama penuh saksi dan alamat;(xix) nombor kad pengenalan saksi;(xx) maklumat keluarga terdekat Saudara Baru;(xxi) nama dan tandatangan Pendaftar serta

meterai pada setiap pendaftaran;(xxii) gambar berukuran pasport;(xxiii) tarikh kad masuk Islam dikeluarkan; dan(xxiv) apa-apa butiran yang difikirkan perlu oleh

Pendaftar Muallaf untuk direkodkan.

(f) Perakuan Masuk Islam

Seseorang yang telah didaftarkan sebagai seorangSaudara Baru hendaklah diberi suatu Perakuan

11

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

Masuk Islam dengan menggunakan borang yangtelah disediakan. Ianya bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berbangkit pada masa-masa akan datang. Seseorang Saudara Baru bolehmendapatkan suatu salinan Perakuan Masuk Islamdengan membuat permohonan dalam borangtertentu sekiranya berlaku kehilangan. PendaftarMuallaf selepas berpuas hati, hendaklahmengeluarkan satu salinan Perakuan Masuk Islamkepada pemohon dengan serta merta.

(g) Permohonan Pindaan Butiran

(i) Seseorang Saudara Baru boleh memohonuntuk meminda atau membetulkan apa-apabutiran berkenaan dengan dirinya dalamPerakuan Masuk Islam denganmenggunakan borang tertentu danmengemukakan kepada Pendaftar Muallaf.

(ii) Pendaftar Muallaf, selepas berpuas hati,boleh membuat pindaan atau pembetulanke atas butiran dalam Daftar Saudara Barudan mengeluarkan suatu Perakuan MasukIslam dengan butiran yang baru.

12

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

�(�!"���

15. Adalah menjadi tanggungjawab Majlis atau Jabatan AgamaIslam untuk menyediakan peruntukan bantuan dan kebajikankepada Saudara Baru mengikut peruntukan di bawah AsnafMuallaf.

16. Seseorang Saudara Baru yang didaftarkan adalah layakuntuk menerima bantuan sagu hati yang ditetapkan oleh Majlisatau Jabatan Agama Islam seperti berikut :

(a) Sagu hati memeluk Islam(b) Berkhatan(c) Kelengkapan Ibadah(d) Urusan pengebumian

17. Namun Saudara Baru juga boleh memohon untukmendapatkan bantuan yang ditetapkan oleh Majlis atau JabatanAgama Islam seperti :

(a) Bantuan sara hidup(b) Bantuan tempat tinggal(c) Bantuan perubatan(d) Bantuan perkahwinan(e) Bantuan bagi apa-apa pendidikan atau pengajian

yang difikirkan perlu oleh Majlis atau Jabatan

13

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

Agama Islam termasuklah pengajian Islam,akademik dan kemahiran

(f) Bantuan guaman.

18. Majlis atau Jabatan Agama Islam boleh menurut budibicaranya memberikan apa-apa bantuan lain yang difikirkan perlu.

��� �!����)��"�("� ������������

19. Kursus dan kelas pengajian Islam

Majlis atau Jabatan Agama Islam hendaklah mengadakanapa-apa kursus dan kelas pengajian yang sesuai untukmemberi pengetahuan dan meningkatkan kefahamanIslam kepada Saudara Baru. Seseorang Saudara Baru yangtelah didaftarkan, hendaklah menghadiri kursus yangditetapkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam.

20. Pusat Bimbingan Islam

(a) Majlis atau Jabatan Agama Islam hendaklahmenyediakan suatu pusat bimbingan Islam bagitujuan pengajaran dan pemantauan aqidahseseorang Muallaf.

14

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(b) Majlis atau Jabatan Agama Islam boleh melantikmana-mana orang yang berkelayakan untukmenjadi tenaga pengajar bagi mengendalikankursus dan bimbingan kepada Saudara Baru.

������������������� "� �����������

21. Seseorang Saudara Baru tidak akan terputus hubungankekeluargaan dengan keluarga asal. Mereka boleh bergaul sepertibiasa, cuma perlu menjaga perkara yang ada hubung kait denganhukum-hakam yang telah ditetapkan dalam Islam.

22. Kesan kemasukan Islam oleh seseorang bukan Islamadalah seperti berikut:

(a) Status PerkahwinanApabila salah satu pihak kepada sesuatuperkahwinan bukan Islam memeluk Islam, makaperbuatan yang demikian tidak boleh dengansendirinya berkuat kuasa membubarkanperkahwinan itu melainkan sehingga ianya disahkansedemikian oleh Mahkamah Sivil

(b) Hak Jagaan Anak (��������)

(i) Mana-mana ibu atau bapa atau penjagayang masuk Islam dan mempunyai anak atau kanak-kanak dalam jagaannya yang belum mencapai umur

15

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

lapan belas tahun, boleh membuat permohonanuntuk mendaftarkan anak itu sebagai seorangSaudara Baru

(ii) Bagi maksud kaedah ini, “kanak-kanak dalamjagaan” ertinya kanak-kanak yang berumur bawahlapan belas tahun yang dijaga oleh seseorang selaindaripada ibu atau bapanya.

(iii) Seseorang yang berumur di bawah lapanbelas tahun yang mana ibu, bapa atau penjaganyabukan beragama Islam, setelah mendapat keizinansalah seorang dari mereka, hendaklah membuatpermohonan masuk Islam dengan menggunakanborang tertentu.

���$"��

23. Urusan Pengebumian.

(a) Adalah menjadi fardhu kifayah kepada setiap orangIslam untuk menyempurnakan empat perkara keatas jenazah orang Islam kecuali mati syahid iaitu;(i) Memandikannya.(ii) Mengkafankannya.(iii) Menyembahyangkannya.(iv) Mengebumikannya.

16

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

24. Hak Keluarga Asal

(a) Keluarga asal Saudara Baru yang bukan Islamadalah berhak ke atas jenazah Saudara Baru dalammemberikan penghormatan kepada jenazah danjuga perkara-perkara yang berkaitan denganhubungan kekeluargaan. Mereka boleh melakukansemua perkara yang membawa kebaikan kecualijika perkara itu bertentangan dengan hukum syarakyang telah ditetapkan di dalam Islam.

(b) Keluarga asal Saudara Baru yang bukan Islamdibenarkan memberi penghormatan terakhirkepada jenazah Saudara Baru seperti menciumjenazah bagi ayah, ibu, datuk, nenek, adik-beradik,menziarahinya ataupun melakukan apa-apa bentukpenghormatan dengan menjaga adab-adab berikut;

(i) Tidak melakukan upacara keagamaan lainseperti membakar colok dan memukulgendang.

(ii) Tidak berlebih-lebihan dalam kesedihandengan meratap.

(iii) Tidak memburuk-burukkan jenazah dihadapan orang ramai.

(iv) Tidak menampar-nampar pipi dan memukulbadan.

17

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(v) Tidak mengoyakkan baju.(vi) Tidak membuat bising dan mengganggu

pengurusan jenazah.(vii) Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.(viii) Tidak melakukan apa-apa perkara yang

bertentangan dengan Ajaran Islam.

25. Sembahyang Jenazah

Keluarga Asal Saudara Baru yang bukan Islam dilarangmelakukan sembahyang mengikut upacara agama danadat mereka di hadapan jenazah, akan tetapi merekadibenarkan melihat jenazah disembahyangkan sekiranyatidak dibuat di dalam masjid. Jika diadakan solat jenazahdi dalam masjid, mereka hanya dibenarkan melihat dariluar masjid sahaja.

26. Pengurusan Jenazah

(a) Tiada halangan bagi keluarga terdekat SaudaraBaru yang bukan Islam untuk melihat jenazahSaudara Baru dimandikan dan dikafankan.

(b) Bagi jenazah saudara baru yang tidak mempunyaiwaris/tidak dituntut atau tidak mampu untukdiuruskan kerana sebab-sebab tertentu maka pihakMajlis atau Jabatan Agama Islam hendaklahmenguruskan jenazah tersebut.

18

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(c) Sekiranya berlaku pertikaian atau perebutan ter- hadap jenazah, Mahkamah Tinggi Syariah berhak

memutuskan status jenazah Saudara Baru yangmenjadi rebutan di antara Keluarga Asal yangbukan Islam dengan pihak Berkuasa Agama IslamNegeri. Pengurusan jenazah hendaklahdisempurnakan mengikut keputusan yangdiputuskan oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah.

27. Menziarahi Kubur

(a) Keluarga Asal Saudara Baru yang bukan Islamdibenarkan mengiringi jenazah Saudara Barusehingga ke tanah perkuburan.

(b) Mereka juga dibenarkan melihat jenazah dikebumi-kan dan menziarahi kubur selepas kematiannya.

(c) Kedua-dua kebenaran itu adalah tertakluk kepadaadab-adab seperti yang dinyatakan pada butiran 8.2( b ) mengenai penghormatan kepada jenazahSaudara Baru, di samping menjaga adab-adabketika berada di tanah perkuburan Islam iaitu;

(i) Menjaga kesopanan dengan tidakmelangkah ke atas kubur yang sedia ada

(ii) Tidak duduk di atas kubur orang lain

19

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

(iii) Sentiasa menjaga kebersihan di kawasanperkuburan

(iv) Tidak mengadakan upacara keagamaanmasing-masing

(v) Mematuhi segala peraturan yangditetapkan oleh pihak berkuasa agamanegeri

28. Tempat Pengebumian

Cadangan Keluarga Asal Saudara Baru yang bukan Islamboleh diambil kira dalam menentukan tempat pengebumianSaudara Baru dengan syarat mesti ditempatkan dikawasan perkuburan orang Islam.

29. Mengadakan Kenduri

Keluarga Asal Saudara Baru yang bukan Islam bolehmengadakan kenduri atau jamuan untuk orang Islam yangmenguruskan jenazah Saudara Baru dengan syarat tidakbertujuan untuk upacara keagamaan ataupun lambangbagi agama dan dipastikan makanan dan minuman yangdisediakan adalah halal.

20

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

30. Harta Pusaka

Keluarga Asal Saudara Baru yang bukan Islam tidak bolehdiberikan sebarang harta pusaka yang ditinggalkan olehSaudara Baru yang meninggal dunia.

31. Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (K.W.S.P.)

Wang peninggalan K.W.S.P. si mati (Saudara Baru)mestilah dibahagikan mengikut bahagian harta pusaka. Ahlikeluarga si mati yang bukan Islam adalah tidak layakmendapat bahagian harta tersebut. Ini berdasarkan kepadakeputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MajlisKebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang telahbersidang pada 10 September 2000.

32. Harta Sepencarian / Saham / Hutang

Harta sepencarian tidak termasuk dalam pembahagianharta pusaka, oleh itu harta tersebut boleh dibahagikankepada keluarganya sama ada yang Islam ataupun tidak,berbeza dengan saham yang termasuk di dalam hartapusaka. Manakala hutangnya pula perlu ditolak daripadahartanya sebelum dibuat pembahagian harta pusaka.

21

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

34. Wang Ganjaran dan Pencen

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BagiHal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 12 September1998 telah memutuskan bahawa wang ganjaran danpencen tidak tergolong dalam pembahagian harta pusaka.Oleh itu wang tersebut boleh dibahagikan kepadakeluarganya sama ada yang beragama Islam atau tidak.

35. Wang Insurans, SOCSO dan PERKESO

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal IslamMalaysia pada 19 September 2000 telah memutuskanbahawa wang insurans, SOCSO dan PERKESO bukantermasuk dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu wangtersebut boleh dibahagikan kepada keluarganya sama adayang beragama Islam atau tidak.

36. Tuntutan Wang Ganjaran dan Pencen

Pemberian Wang Ganjaran Dan Pencen adalah terpulangkepada pihak Kerajaan atau Syarikat Swasta di manaSaudara Baru berkhidmat atau mencarum ketika hayatnyauntuk diberikan kepada sesiapa waris yang berhak. Olehitu wang tersebut boleh dibahagikan kepada keluarganyasama ada yang beragama Islam atau tidak.

22

Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf)

������

37. Dengan mengikuti Garis Panduan Pengurusan SaudaraBaru (Muallaf) ini diharapkan hak-hak dan kebajikanSaudara Baru dan juga ahli keluarganya akan terus terbela,di samping mengekalkan keharmonian agama serta kaumlain di Malaysia dan mengelakkan sebarang keresahan yangmungkin berlaku di negara ini.

Disediakan Oleh:

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

20.2.2009