terima kasih kepada saudara pengaraca majli

21
1 Terima kasih kepada saudara pengaraca majli Bismillahirrahmanirrahim, TEKS UCAPAN YB. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCORP YANG KETUJUH DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH 1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Upload: vuongtram

Post on 14-Jan-2017

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

1

Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

Bismillahirrahmanirrahim,

TEKS UCAPAN

YB. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE

TIMBALAN MENTERI

KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCORP YANG KETUJUH

DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH

1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

22 MEI 2015 (JUMAAT)

Page 2: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam

1 Malaysia.

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun

pada hari yang berbahagia ini untuk meraikan Majlis Sambutan Ulang

Tahun SWCorp Yang Ketujuh dan Konvensyen Bandar Bersih.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SWCorp kerana

telah sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan

terima kasih kepada para hadirin yang dapat hadir ke majlis ini.

Sesungguhnya kehadiran YBhg.Datuk/Tuan/Puan dan para hadirin ke

majlis ini telah menzahirkan komitmen yang tinggi dan sokongan

Page 3: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

3

padu untuk merealisasikan hasrat dan agenda negara bagi

melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni

yang tinggi dalam aspek penjagaan kebersihan persekitaran dan

pemeliharaan alam sekitar yang mampan selari dengan wawasan

Malaysia untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun

2020.

2. Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp yang diadakan ini

memanglah tepat pada masa dan ketikanya untuk diraikan. Ianya

adalah sebagai pemangkin untuk meningkatkan lagi motivasi dan

meneruskan komitmen khususnya kepada warga kerja SWCorp dan

masyarakat amnya, di samping menjadikannya sebagai platform bagi

Page 4: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

4

organisasi ini untuk mewar-warkan kepada segenap lapisan

masyarakat berkaitan halatuju, peranan, tanggungjawab,

pencapaian yang diperolehi dan inisiatif-inisiatif terbaharu

sepanjang tempoh tujuh (7) tahun dalam usahanya untuk

meletakkan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang terus

relevan untuk memacu dalam membudayakan amalan kebersihan

melalui pelbagai pendekatan yang strategik dalam aspek

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke arah

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah

dan sejahtera.

3. Sememangnya kita sebagai masyarakat telah merasai pelbagai

bentuk pembaharuan yang telah ditunjukkan oleh pihak SWCorp sejak

Page 5: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

5

pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dari

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 1 Septembar 2009 yang lalu

melalui Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam). Pada hari ini segala transformasi yang telah dilaksanakan

oleh SWCorp telah berjaya mempertingkatkan sistem dan kaedah

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara kepada

suatu sistem yang lebih moden setanding perkhidmatan di negara

maju melalui pelbagai penambahbaikan fasiliti dan penggunaan

teknologi tinggi serta perkhidmatan yang berkualiti dan mesra

demi kesejahteraan rakyat. Namun demikian, kita tidak seharusnya

mudah berpuas hati memandangkan banyak lagi tugas yang perlu

dilaksanakan khususnya dalam membudayakan masyarakat supaya

lebih prihatin dan peka terhadap alam sekitar. Ini kerana negara tidak

Page 6: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

6

akan boleh dianggap sebagai sebuah negara yang maju sekiranya kita

hanya mempunyai infrastuktur yang moden tetapi pemikiran

masyarakatnya dan kesedaran masih lagi di tahap yang belum

dibanggakan dalam aspek menghargai alam sekitar.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan

tahniah kepada SWCorp yang telah mengambil tindakan yang

proaktif dan berkesan untuk melaksanakan pelbagai program.

Segala inisiatif yang dilaksanakan telah dapat mendekatkan SWCorp

dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dapat menjalinkan

hubungan mesra bersama penduduk setempat seterusnya

Page 7: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

7

mendidik masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal secara

bijak dan membudayakan penjagaan kebersihan persekitaran

melalui program Jelajah Mata Hati 2015. Penglibatan yang

menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat termasuklah pihak yang

berkepentingan dan berpengaruh membuktikan komitmen yang tinggi

telah ditunjukkan oleh pihak SWCorp agar hasrat ini benar-benar

terlaksana dengan jayanya. Syabas! Diucapkan.

5. Saya juga difahamkan bahawa SWCorp sedang giat

melaksanakan Operasi Mata Helang bagi memastikan tahap

kebersihan di semua wilayah seliaanya sentiasa berkeadaan

bersih. Operasi ini yang berlandaskan kepada kolaborasi National

Blue Ocean Strategy (NBOS) dan penglibatan masyarakat telah

Page 8: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

8

dapat memberikan kesan yang dirasai melalui penurunan purata

penerimaan aduan sehingga ke 70 peratus bagi tahun 2014

berbanding tahun 2011. Ini adalah satu usaha yang sangat-sangat

dihargai dan menjadi kebanggaan kepada Kementerian ini. Selain

daripada itu, program 3R International Marathon and Carnival yang

telah diadakan pada 19 April 2015 yang lalu telah berjaya mendidik

masyarakat negara ini, malah program ini juga telah berjaya

menyampaikan mesej kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia

juga mementingkan penjagaan alam sekitar melalui penyertaan

peserta dari peringkat antarabangsa. Saya berharap program-

program berimpak tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan

datang.

Page 9: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

9

6. Kejayaan sesuatu sistem pengurusan sisa pepejal yang moden

dan mampan bukan sahaja bergantung kepada operasi dan program

yang dilaksanakan oleh SWCorp sahaja tetapi ianya juga harus

bermula dengan pelaksanaan Sistem Pengasingan Sisa di rumah

yang lebih sistematik. Selaras dengan perlaksanaannya yang akan

dikuatkuasakan mulai 1 September 2015 secara mandatori ini,

masyarakat perlu lebih bijak menguruskan sisa bermula dari

rumah yang melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut jenis

yang boleh dikitar semula sama ada sisa organik dan bukan

organik. Walaupun perkara ini telah dijelaskan dalam Akta 672, tetapi

pelaksanaannya masih belum menampakkan keberhasilannya. Ini

adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang belum menunjukkan

keprihatinan terhadap alam sekitar.

Page 10: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

10

Kata-kata Albert Einstein menyebut, “Education is not the learning

of facts, but the training of the mind to think” harus dihayati

sepenuhnya. Sekiranya masyarakat hanya tahu dan sedar akan

amalan pengasingan sisa ini tetapi tidak mengamalkannya, tentunya

aspirasi negara untuk menjadi di antara 10 negara terbersih di dunia

akan menjadi impian semata-mata. Oleh itu, perkara penting yang perlu

dilaksanakan adalah mendidik masyarakat supaya mereka boleh

berfikir tentang kesan-kesan yang berlaku sekiranya masyarakat

tidak menguruskan sisa pepejal secara mampan. Saya juga amat

bersetuju dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh SWCorp

supaya masyarakat dapat melihat sesuatu isu melalui pandangan

‘Mata Hati’ dan bukan menilai dasar kerajaan untuk mewajibkan

Page 11: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

11

pengasingan sisa di rumah itu sebagai suatu yang membebankan

malah ianya adalah untuk memelihara alam sekitar dan

kesejahteraan bersama.

7. Selain daripada itu, kita juga perlu sedar bahawa sisa pepejal

merupakan sumber bernilai yang boleh dijadikan sumber ekonomi

dan nilai artistik yang tinggi. Anggapan bahawa sisa adalah bahan

tidak diperlukan dan tiada nilai perlu dikikis dan menggantikannya

dengan pemikiran kepada menghargai sesuatu. Menyedari akan

kepentingan amalan membudayakan kitar semula ini, saya menyeru

agar semua komuniti sama ada di bandar mahupun di desa agar

dapat merintis ‘cottage industry’ berasaskan barangan kitar

Page 12: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

12

semula seperti kraftangan dan sebagainya dalam komuniti dan

mewujudkan jaringan industri kitar semula secara sihat

seterusnya dapat membantu menjana pendapatan dan sumber

ekonomi isi rumah sekaligus meningkatkan taraf hidup yang kian

mencabar masa kini. Melalui industri komuniti 3R yang akan

diperkenalkan melalui Kementerian ini juga, komuniti akan diberikan

bimbingan dan bantuan dari segi pengetahuan, kemahiran serta

peluang bagi jaringan usahawan sesama komuniti.

8. Di samping itu, pihak komuniti melalui persatuan penduduk juga

dapat mengembangkan perniagaan kitar semula dengan

membangunkan ‘Kiosk Waste Bank’ untuk memperolehi barangan

Page 13: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

13

kitar semula di kalangan penduduk setempat. Kita juga seharusnya

dapat mencontohi Program Adipura yang telah dilaksanakan oleh

negara jiran kita iaitu, Indonesia, di mana program yang

dilaksanakan telah mewujudkan perhubungan yang rapat antara

pihak kerajaan dengan masyarakat setempat bersama-sama

menjayakan aktiviti 3R seterusnya dapat mewujudkan satu bandar

yang bersih dengan menerapkan prinsip nilai-nilai murni yang baik

dalam memelihara alam sekitar. Selain itu, badan-badan korporat dan

swasta turut memainkan peranan penting dalam amalan

membudayakan kitar semula sebagai contoh Syarikat Unilever di

Indonesia turut bersama dengan pihak komuniti bagi mewujudkan

“Bank Sampah”. Melalui bank tersebut, insentif dalam bentuk

kewangan akan diberikan berdasarkan jumlah amaun sisa pepejal

Page 14: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

14

yang direkod di dalam buku simpanan individu. Justeru itu, saya

berharap agar pihak-pihak swasta di Malaysia turut sama memainkan

peranan masing-masing dalam menjayakan agenda nasional yang

dihasratkan ini.

Para hadirin yang dhormati sekalian,

9. Peranan belia atau generasi muda sangat penting dalam memacu

corak kemajuan dan pentadbiran negara. Sememangnya

kecemerlangan golongan muda, merupakan kayu pengukur maju atau

mundur sesebuah bangsa dan negara pada masa hadapan. Amalan

membudayakan kebersihan juga perlu diterapkan di kalangan

Page 15: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

15

generasi muda dan pelapis negara. Kebersihan dan kelestarian alam

sekitar di samping menyediakan bakal pemimpin negara untuk

mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih,

indah dan sejahtera menjelang tahun 2020. Untuk itu, program Green

Campus di institusi pengajian tinggi yang akan dilancarkan hari ini

harus diberikan pujian. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan

kelestarian persekitaran kampus malah membantu komuniti di luar

melalui pemindahan ilmu atau Knowledge Transfer Program (KTP)

yang dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi.

Page 16: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

16

10. Namun demikian, visi untuk mencapai hasrat tersebut

merupakan satu cabaran yang amat besar dan tidak mungkin

dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada semua pihak

khususnya di pihak masyarakat. Masalah yang melibatkan mutu

perkhimatan awam yang diberikan, komunikasi yang kurang berkesan

dan jurang perhubungan jauh antara pihak kerajaan dengan

masyarakat harus ditangani dengan bijak. Program-program yang

khusus dan tindakan yang menyentuh hati dan nurani (Hearts and

Minds) pelanggan, pemegang taruh dan masyarakat adalah sangat

penting bagi memastikan segala hasrat dapat mencapai objektif

yang telah disasarkan. Oleh itu, perlaksanaan Pelan Tindakan

Winning The Hearts and Minds atau Pelan WHM oleh pihak SWCorp

dalam usaha-usahanya untuk menjadikan masyarakat dekat di hati dan

Page 17: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

17

mendapat sokongan padu adalah bertepatan dengan isu dan cabaran

yang dihadapinya.

11. Program Bandar Bersih yang telah dilaksanakan oleh SWCorp

juga adalah salah satu program untuk mencapai aspirasi negara untuk

menjadi negara bersih, indah dan sejahtera. Keperluan terhadap

pengiktirafan bandar bersih perlu mematuhi penilaian melalui

kriteria seperti bandar mampan, tahap kebersihan persekitaran,

kebertanggungajwaban masyarakat, pengurusan sumber dan

penyediaan infrastruktur yang lestari. Di samping itu, penyertaan

dan kesedaran masyarakat turut menjadi penilaian utama di bawah

pengiktirafan tersebut. Selaras dengan hasrat tersebut, Konvensyen

Bandar Bersih yang diadakan hari ini adalah untuk memberi

Page 18: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

18

pendedahan kepada peserta tentang inisiatif dan pendekatan

spesifik yang sedang dilaksanakan. Saya berharap melalui

Konvensyen ini, para peserta mengambil tindakan-tindakan yang perlu

dilaksanakan bagi mencapai objektif program yang sedang giat

diusahakan ini.

Para hadirin yang dhormati sekalian,

12. Pelaksanaan dan kejayaan sesuatu yang telah disarankan

tidak akan dapat dicapai tanpa penglibatan dari semua pihak

terutamanya agensi-agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan

Negeri mahupun pihak swasta serta peranan penting daripada

masyarakat. Pihak media juga turut memainkan peranan yang penting

Page 19: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

19

bagi membantu mendidik masyarakat untuk menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Saya

berharap agar semua pihak mengambil inisiatif yang bersepadu

dan strategik bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai dengan

jayanya.

13. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang

Anugerah Taman Perumahan Bersih peringkat Kebangsaan.

Anugerah ini bukanlah matlamat akhir inisiatif pengiktirafan ini

tetapi yang penting adalah untuk membudayakan amalan

kebersihan persekitaran dan kitar semula secara lebih efektif dan

berterusan. Bagi yang tidak memenangi pertandingan ini, diharapkan

dapat terus berusaha untuk meningkatkan lagi amalan pembudayaan

Page 20: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

20

tersebut ke tahap yang lebih membanggakan. Saya berharap agar

pertandingan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun

yang akan datang.

14. Seterusnya, saya dengan ini Melancarkan Pelan Tindakan

Winning The Hearts and Minds, Program Komuniti 3R dan

Program Green Campus. Akhir kata, dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Konvensyen

Bandar Bersih 2015.

Page 21: Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

21

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.