kreativiti

Upload: lufi-fa

Post on 06-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

art

TRANSCRIPT

  • KREATIVITI

  • Otak manusiaadalah suatu objek yang begitu menakjubkan. Ia merupakan anugerah Maha Pencipta kepada manusia yang berfungsi sebagai bahan pemangkin untuk manusia berfikir. Kanak-kanak seawal usia 0 3 tahun ibarat span yang menyerap air! Telah terbukti bahawa usia pra sekolah, sejak lahir hingga 6 tahun adalah masa yang paling penting untuk memastikan kejayaan anak-anak di sekolah Falsafah pendidikan Amerika Syarikat.

  • Apa itu sebenarnya kreativiti ? Biasanya kegiatan-kegiatan kreatif untuk kanak-kanak dihadkan dan disalah tafsir sebagai hanya kerja tangan, melukis, hasil imiganisi terhadap fantasi mereka. Lukisan dijadikan suatu asas untuk menilai kekreatifan seseorang kanak-kanak.

  • Jika kreativiti hanya ditumpukan kepada bidan seni terutamanya lukisan dan mewarna maka konsep kreativiti seperti yang dinyatakan di atas bukanlah konsep kreativiti yang sebenarnya. Sebenarnya anak-anak kita telah dibekalkan dengan kemampuan untuk menjadi kreatif dalam pelbagai bidang; kreatif dalam pertuturan; kreatif dalam seni gerak-geri dan sukan; kreatif dalam mengesan reka bentuk baru; kreatif dalam menyesuaikan emosinya mengikut keadaan; kreatif dalam menggunakan bahan-bahan bauan(cita rasa). Apa yang mendorong kesemua inspirasi kreatif kanak-kanak yang dinyatakan di aatas adalah apa yang disediakan di persekitarannya.

  • Kreativiti tidak boleh dihadkan hanya kepada satu aspek kemampuan manusia. Ia merangkumi kesemua kemampuan manusia menerusi derianya termasuk mendengar, melihat, merasa, menyentuh, bergerak, bertutur, menulis, menyanyi dan apa yang paling penting adalah apa yang difikirkan. Fikiran merupakan suatu aspek dalam diri kanak-kanak yang membentuk imiganisi, kawalan emosi, fantasi yang menggerakkan kreativiti. Justeru kreativiti perlu dilihat secara meluas dalam pelbagai dimensi bagi mengenalpasti bentuk aktiviti yang sesuai menurut keistimewaan individu kanak-kanak.

  • OTAK MANUSIAOTAK KIRIBahasaLogikSainsMatematikLisanAnalitikBerurutanSatu maklumat pada satu masalinearOTAK KANANPerhubungan ruangPemikiran kreatifFantasiApresiasiGlobalKeseluruhan/holistikAnalogiTanpa rasionalIntuitif

  • Kreativitiadalah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap individu. Mereka yang kreatif adalah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

  • Yong dan Biriamah (1996)berpendapat bahawa walaupun tiada suatu definisi mutlak atau menyeluruh pada masa kini, secara umumnya kreativiti dianggap sebagai suatu fenomena yang merangkumi pelbagai aspek di mana empat aspek utamanya ialah proses kreatif yang merangkumi keseluruhan sesuatu kerja dijalankan dari peringkat awal mendapatkan idea sehingga ke peringkat penghasilan

  • hasil kreatif pula merupakan aspek penilaian kreatif yang merujuk kepada hasil sahaja tanpa menghurai proses perlaksanaan, insan yang kreatif memberi gambaran pelaku yang mempunyai pemikiran yang baik dengan ciri-ciri keupayaan berfikir yang menjangkau kebiasaan dan situasi yang kreatif merupakan ruang yang wujud di antara insan dengan proses untuk menghasilkan suatu hasil yang kreatif.

  • Abdullah dan Ainon (1996)menjelaskan, pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut, dimensi. Seseorang melakukan suatu bentuk pemikiran divergen yang menuntutnya untuk berfikir dari pelbagai aspek, dan ada kalanya tidak masuk akal.

  • Apabila berfikir menggunakan daya kreatif, matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara penyelesaian masalah, cara meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perbincangan merupakan antara bentuk pemikiran yang menjurus kepada kreatif.

  • Bob Proctor (1994)menyatakan kreativiti sebagai kreativiti secara relatifnya sangat mudah. Ia merupakan gabungan beberapa siri idea, penyusunan semula idea-idea tersebut, penggabungan, adaptasi, penggantian dan idea-idea yang mengagumkan

  • Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982)Menjelaskan kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu, menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslianberlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji .

  • teliti.menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi). Prinsip-prinsip ini boleh membantu seseorang untuk melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan sekadar perkara atau objek yang dihasilkan, kreatif boleh dihasilkan.

  • Viktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret individu yang kreatif kepada 8 ciri yang dapat dipupuk pada diri seseorang iaitu kelenturan, pemikiran bercapah, mempunyai keaslian dalam hasil karya, kelancaran dalam berfikir, sedia menghadapi risiko, kerumitan, perasaan ingin tahu, dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

  • Torrance (1970)Menjelaskan 4 ciri individu kreatifKeaslian keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang lain, unikKelancaran- keupayaan untuk menghasilkan pelbagai idea, membuat andaian, untuk menyelesaikan sesuatu masalah/situasi/tugasanFleksibel - mengadaptasi perubahan, pelbagai pendekatanPenjelasan(elaboration) keupayaan untuk membentuk idea yang disertai oleh keterangan

  • Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

  • Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

  • Robert Schirrmacher (1997)menyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam aspek yang merangkumi :kreativiti sebagai sikap: kreatif adalah suatu cara yang unik untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul atau salah, yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan terhadap sesuatu situasi. Kanak-kanak menunjukkan sikap kreatif apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan cara lain melakukan sesuatu.

  • Menolak sempadan dan meneroka kemungkinan, memanipulasi idea dan bahan mengikut kehendak mereka, Memisahkan dan mencantumkan idea menerusi cara yang berbeza. Terlibat secara fizikal, menyelesaikan masalah mereka dan bertanya soalan atau melakukan sesuatu yang menuntut cabaran

  • kreativiti sebagai proses melakukan sesuatuPendekatan proses diperlukan untuk melibatkan proses kreatif walaupun akhirnya tidak akan mendapatkan hasil yang dikehendaki. Proses kreatif melibatkan pemikiran, percakapan, bermain, mencatat, mengkaji objek, memanipulasi idea sebagai asas proses.

  • kreativiti sebagai suatu produkSetiap produk mempunyai nilai kreatif.

  • kreativiti sebagai hasilHasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun hasil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan penghasilan.Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan mentol lampu hasil pemikiran kreatifnya. Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai orientasi hasil kerana mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi hasil yang mereka banggai.

  • Kreativiti sebagai kemahiran mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya kan pudar.

  • Kreativiti sebagai tret personalitiIa sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam dirinya.

  • Wallas (1926) dalam kajian kreativiti yang dilaksanakan 77 tahun yang lalu menjelaskan empat fasa utama dalam proses berkreatif iaitu Fasa 1 ialah maklumat (information) yang membawa seseorang secara berfikir ke arah perkara yang dinyatakanFasa 2 inkubasi iaitu proses melihat perkara tersebut dari pelbagai arah dan aspek secara bercapah. Fasa 3 ialah iluminasi iaitu mengenal pasti Fasa 4 verifikasi iaitu memikirkan kejeleketan dan efek tindakan sebelum membuat keputusan.

  • Kategori Pemikiran Kreatif

  • Kreativiti dan kanak-kanakAbdul Shukor Hashim (1985) menyatakan sifat kreatif telah wujud dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka dilahirkan. Perbezaannya sekadar lebih atau kurangnya sifat tersebut dari satu individu dengan individu yang lain. Proses-proses kreatif ini perlu dijalankan secara sistematik menerusi aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif digabungjalinkan di dalam proses pembelajaran. Hasil pemikiran kreatif selalunya dapat dilihat semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti melukis.

  • J. Presbury dan A. J Bensondalam Children and Creativity (2004) menjelaskan tanpa kreativiti kita tidak dapat mengadaptasi situasi baru atau menukar cara kita melihat dunia. Apabila seseorang dikatakan kreatif, kreatif itu boleh dilihat pada tahap mana, adakah kreatif itu mengakibatkan keaslian, kelainan, mempengaruhi keputusan atau hasil kerja? Tiada siapa yang dapat meletakkan tahap kreativiti seseorang.

  • Orang dewasa sering menganggap kanak-kanak seumur dengan mereka sehingga kanak-kanak merasa tertekan dan hilang nilai kreativiti yang sedia ada dalam diri mereka. Imaginasi adalah the heart of thinking bagi kanak-kanak untuk berusaha berimaginasi, berfantasi, membina impian adalah suatu kebenaran yang harus dibantu oleh orang dewasa. Kerangka pemikiran mereka masih terbuka luas untuk peluang-peluang kreatif berbanding orang dewasa yang dikekang oleh norma-norma dan peraturan.

  • Seterusnya J. Presbury dan A. J Benson (2004) menambah tret personaliti kanak-kanak mempunyai perbezaan dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang kreatif menunjukkan tret berikut:berfikir bebas bermain dengan idea yang hadir tidak secara tersusun dan sering berakhir tanpa penyelesaiangullility- kanak-kanak biasanya mempunyai idea half baked dan sukar untuk menyatakan idea mereka secara tersusun

  • kelakar kanak-kanak kreatif menjumpai idea secara lucu. Keupayaan untuk bertanya dan melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza dilihat sebagai peniruanangan-angan- kanak-kanak kreatif belajar menerusi imaginasi dan menyelesaikan masalah mereka menerusi aktiviti praktikal

  • keseorangan- kanak-kanak kreatif suka bersendiri, kerana pemikiran mereka terangsang pada ketika beginiaktiviti- idea kanak-kanak datang secara aktif semasa menjalankan aktiviti. Apabila mereka mempunyai idea,aktiviti akan menjadi menyeronokkan, namun sedikit masalah boleh membawa putus asa.

  • Florence Beetlestone (1988)menjelaskan kreativiti sebagai suatu bentuk pembelajaran kerana ianya sebahagian daripada fungsi kognitif. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak menjelaskan dan menerangkan konsep-konsep abstrak yang tersembunyi yang melibatkan kemahiran dan keupayaan seperti ingin tahu, kebolehan menghasilkan dan mereka cipta, meneroka, mempunyai sifat telus, suka mencuba yang mana kesemua kualiti ini terdapat di dalam diri kanak-kanak dan tidak mendapat perhatian oleh individu di sekeliling mereka.

  • Aspek-aspek ini dapat disemai ke dalam diri kanak-kanak dalam usaha golongan dewasa memberi peluang yang lebih luas kepada mereka untuk melihat sesuatu dan secara tidak langsung kreativiti dapat dibentuk dalam keseluruhan pembelajaran.

  • Piaget (1973)Menyatakan pemikiran kanak-kanak secara kualitatifnya begitu berbeza daripada orang dewasa. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan intelektualnya: pengalaman, kematangan, transisi sosial dan paling asas iaitu keseimbangan equilibrium (iaitu menyeimbangkan perkara yang telah difahami dengan menerima fahaman baru

  • Kesemua faktor ini menjana kepada proses perkembangan artistik, imaginatif dan estetika. Florence Beetlestone (1998) menjelaskan kreativiti berkait rapat dengan aktiviti seni, kerja-kerja lukisan merupakan representasi kepada kualiti kreativiti kanak-kanak.

  • Robert Schirmacher 1998Menerusi kajian telah menghasilkan satu model perkembangan kreatif yang menjelaskan model holistik perkembangan kanak-kanak yang boleh dibahagi kepada 4 aspek perkembangan yang boleh dirujuk kepada rajah menyatakan kanak-kanak pada peringkat awal perlu

  • Kognitif

    penyelesaian masalahpenerokaanbahasaingin tahukeinginan dan kesungguhan belajarpemikiran

  • Sosial/emosional

    hubungan dengan orang lainkonsep kendiriekspresi kendiripersonalitikawalan emosikawalan dirikefahaman kendiri dan penerimaan kendiri

  • Fizikal

    pembentukan motor halusmotor perseptual/ koodinasi mata-tangansensorikesihatanpenjagaan diripembentukan motor kasar

  • Kreatif

    imaginasiekspresi verbal dan non verbalkeaslian pemikiran

  • HALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITIKanak-kanak yang kreatif berasa terperangkap dalam persekitaran yang mempunyai struktur sosial, norma, nilai, kepercayaan dan budaya yang telah ditetapkan (Habibah & Noran 2002). Kanak-kanak kreatif berani menyatakan pendapat yang berbeza dari biasa bukan sahaja tidak diberi ganjaran sebaliknya ditertawakan dan dilabel sebagai pengacau atau banyak mulut.

  • Mengikut Torrance (1965) matlamat kebanyakan usaha terapi adalah untuk membantu individu menjadi lebih kreatif supaya mereka boleh menghadapi tekanan hidup dengan lebih wajar. Khayalan dan bayangan juga sangat penting dalam proses kreatif. Torrance dan Myres (1970) menyatakan bahawa ramai kanak-kanak disekat pemikiran mereka kerana ibu bapa dan guru memberi amaran supaya mereka menghentikan khayalan. Sebenarnya khayalan patut dihidupkan sehingga perkembangan mental kanak-kanak sudah sampai ke tahap yang membenarkan pemikiran kreatif yang lebih realistik.

  • Mereka juga biasanya akan ditegur dan penggunaan perkataan jangan membantutkan keupayaan kreatif kanak-kanak. Menurut Yong (1983) pada usia 4 hingga 5 kanak-kanak berada pada tahap kreatif yang paling berbanding apabila usia mereka semakin meningkat, ini adalah disebabkan faktor-faktor persekitaran yang menghadkan kreativiti.

  • Faktor-faktor ini termasuklah peraturan, desakan, arahan dan larangan tanpa penjelasan. Sebaliknya mereka yang memberi jawapan yang selamat tetapi tidak kreatif diberi penghargaan kerana mampu memberi apa yang dikehendaki oleh guru.

  • Alamshah (1972)menyatakan bahawa halangan kepada kreativiti ada banyak. Antaranya boleh dikenal pasti adalah sosio ekonomi, psikologikal dan characterological. Halangan-halangan sosio ekonomi terdiri daripada tanggapan-tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan kecerdasan manusia. Halangan psikologikal pula merangkumi kurangnya desakan dalaman, perasaan rendah diri dan tanggapan yang salah tentang bakat berhubung dengan kreativiti. Halangan-halangan characterological ,sifat individu terhadap diri dan persekitaran berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri, pertautan, ketiadaan dan komitmen.