kps

5
2.0. PERSOALAN KAJIAN Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu set pemikiran ke arah kreativiti dan kritis. Ia melibatkan beberapa proses agar penghasilan dan aplikasi ilmu dalam sesuatu bidang khususnya dalam matapelajaran sejarah lebih efektif dan menyeluruh. Kemahiran ini mampu merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis kerana proses ini merangkumi pembentukan konsep. Dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, pelajar-pelajar hanya tumpu kepada hafalan bukan pemahaman konsep. Fakta atau bukti dalam Sejarah dianggap sebagai cerita semata-matanya. Namun, pelajar-pelajar harus memahami konsep sebalik daripada ceritanya. Oleh itu, melalui KPS para pelajar akan digalakan memahami proses pembentukan konsep.Contohnya, melalui tajuk 1 iaitu Sejarah dan Kita akan mempelajari sub tajuk konsep masa dalam Sejarah. Pelajar-pelajar akan membuat garis masa peristiwa penting mengenai konsep sejarah. Manakala, KPS dapat mampu merangsang pemikiran pelajar dari segi pembentukan prinsip. Pentingnya pelajar harus memahami prinsip atau matlamat sejarah dalam pembelajaran. Di dalam KPS terdapat kemahiran membuat rasionalisasi menggalakan pelajar memahami pembentukan prinsip. Dengan kemahiran membuat rasionalisasi melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan wajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dari pandangan sejarah. Salah satu objektif dalam sejarah adalah

Upload: parani

Post on 16-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kps

TRANSCRIPT

Page 1: Kps

2.0. PERSOALAN KAJIAN

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu set pemikiran ke arah

kreativiti dan kritis. Ia melibatkan beberapa proses agar penghasilan dan aplikasi ilmu

dalam sesuatu bidang khususnya dalam matapelajaran sejarah lebih efektif dan

menyeluruh.

Kemahiran ini mampu merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritis

dan analitis kerana proses ini merangkumi pembentukan konsep. Dalam pengajaran

dan pembelajaran Sejarah, pelajar-pelajar hanya tumpu kepada hafalan bukan

pemahaman konsep. Fakta atau bukti dalam Sejarah dianggap sebagai cerita semata-

matanya. Namun, pelajar-pelajar harus memahami konsep sebalik daripada ceritanya.

Oleh itu, melalui KPS para pelajar akan digalakan memahami proses pembentukan

konsep.Contohnya, melalui tajuk 1 iaitu Sejarah dan Kita akan mempelajari sub tajuk

konsep masa dalam Sejarah. Pelajar-pelajar akan membuat garis masa peristiwa

penting mengenai konsep sejarah.

Manakala, KPS dapat mampu merangsang pemikiran pelajar dari segi

pembentukan prinsip. Pentingnya pelajar harus memahami prinsip atau matlamat

sejarah dalam pembelajaran. Di dalam KPS terdapat kemahiran membuat rasionalisasi

menggalakan pelajar memahami pembentukan prinsip. Dengan kemahiran membuat

rasionalisasi melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan wajar dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dari pandangan sejarah. Salah satu objektif dalam

sejarah adalah memahami peristiwa masa lalu. Contohnya, kedatangan kerajaan

Melayu awal adalah merupakan tajuk 4 dalam matapelajaran Sejarah yang perlu pelajar

memahami prinsip peristiwa tersebut.

KPS juga penting bagi menggalakan pelajar mempunyai skil kefahaman

khususnya dalam matapelajaran Sejarah. Kemahiran KPS memahami kronologi amat

membantu pelajar mempunyai kemahiran kefahaman. Memahami kronologi bermaksud

melihat masa lalu, masa kini dam masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa

Sejarah yang berlaku. Contohnya, dalam tahun 4 terdapat tajuk 9, Parameswara

Page 2: Kps

Pengasas Melaka. Dalam tajuk pelajar perlu memahami rentetan peristiwa perjalanan

Parameswara dari Palembang hingga Melaka.

Seterusnya, KPS dapat menghubungkan pelajar dengan matapelajaran Sejarah

melalui proses penyelesaian masalah. KPS menitikberatkan kemahiran meneroka bukti.

Kemahiran meneroka bukti ini mengenal pasti sumber pertama dan sumber kedua serta

membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Melalui kemahiran ini akan

mengalakan para pelajar bersikap inkuiri dalam mencari bukti dan membuat analitikal.

Hal ini secara langsung, membantu pelajar dapat menyelesaikan masalah. Contohnya,

melalui tajuk 10 iaitu Kebijaksanan Tun Perak, pelajar dapat menjelaskan kebijaksana

Tun Perak mengalahkan Siam yang ingin menawan Melaka. Tajuk ini juga dapat

merangsangkan pelajar melalui perbincangan seperti langkah-langkah yang diambil

penyelesaian masalah oleh Tun Perak.

Membuat interpretasi merupakan salah satu KPS. Kemahiran ini mendokong

maksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan

kupasan. Dengan itu, pelajar-pelajar akan memahami perkaitan antara fakta sejarah

dan tafsiran Sejarah. Oleh itu, melalui kemahiran membuat interpretasi akan

menggalakan pelajar menjalankan proses penyiasatan dan membuat keputusan.

Contohnya, tajuk 5 Zaman Air Batu. Pelajar-pelajar dapat interpretasi maklumat

mengenai perubahan Zaman Air Batu . Pelajar akan berlaku penyiastan dan

merumskan serta membuat keputusan.

Akhir sekali, membuat imaginsasi merupakan salah satu KPS. Kemahiran

imaginsasi ialah secara visual dan empati. Ia merupakan satu usaha yang melibatkan

pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Bagi menerapkan

kemahiran ini, pengajaran akan merangkumi proses penggabungan. Guru Sejarah

perlu melibatkan pelajar dalam pengajaran serta menggunakan pelbagai kaedah dan

teknik seperti debat, simulasi, demostrasi, pameran, permanian dan sebagainya. Hal ini

membangkitkan semangat pelajar terhadap Sejarah dan membuat imaginsasi.

Contohnya, dalam tahun 4 terdapat tajuk 3 iaitu Zaman Prasejarah. Guru Sejarah

membimbing pelajar-pelajar membuat pameran artifak. Dengan kaedah ini dapat

merangsang pelajar-pelajar berimaginsasi.

Page 3: Kps

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kami telah memahami Kemahiran pemikiran Sejarah

(KPS) mempunyai peranan yang penting dalam melahirkan insan berfikir kritis, kreatif

dan inovatif melalui kaedah inkuiri dan penerokaan terhadap Sejarah.

Enam tunjang yang menggariskan dalam KSSR mendomain utama dan

bergabung satu sama lain dengan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal. Kandungan

mata pelajaran sejarah disusun secara tematik yang membincangkan pengenalan

negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan

kejayaan negara. Oleh itu, KPS memainkan peranan dan tanggungjawab bagi

melahirkan pelajar-pelajar yang berasaskan enam tunjang KSSR.

KPS adalah memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpertasi,

membuat imganisasi dan membuat rasionalisasi. Kelima-lima kemahiran ini akan

meningkatakan kualiti matapelajarn Sejarah di sekolah rendah dari segi pengetahuan,

pemahaman dan aplikasinya. KPS bukan sahaja dapat diaplikasi dalam bilik darjah

tetapi dalam kehidupan harian pelajar-pelajar yang akan berhadapan pelbagai

pancaroba dunia.

Akhir sekali, KPS yang meningkatkan lagi kemahiran sosial dalam kalangan

pelajar-pelajar. Dengan peningkatan kemahiran sosial para pelajar akan membina

sendiri pengetahuannya, lebih beryakin, seronok belajar Sejarah dan sikap inkuiri

Selain itu, lebih memahami konsep dan sikap patriotik. Hal ini secara langsung, akan

membantu guru dalam menjalankan pengajaran berkesan dan berjaya.