kps powerpoint, strategi mengurus bilik dajah

31
KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN Faten Munerah Bt Mohamad Ariffin D20132065254 Siti Aliah Munirah Bt Ngami D20132065571 Nurul Asleeza Bt Ramlee D20132065573 Fymila Jessica Nandoh D20141067063

Upload: fymila-nandoh

Post on 22-Jan-2017

1.082 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

KPS3014PENGURUSAN

PEMBELAJARAN Faten Munerah Bt Mohamad Ariffin D20132065254

Siti Aliah Munirah Bt NgamiD20132065571

Nurul Asleeza Bt RamleeD20132065573

Fymila Jessica NandohD20141067063

Page 2: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Strategi pengurusan bilik pembelajaran

Page 3: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

PENGENALAN Semasa di sekolah guru akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik pembelajaran. Ia merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Secara rasmi bilik pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Marland 1975 suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran.

jes

Page 4: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

jes

Page 5: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

1. Apakah yang dimaksudkan dengan

pengurusan bilik pembelajaran? Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses

perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan.

Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.

Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. jes

Page 6: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

2. Apakah yang dimaksudkan dengan

strategi?• Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk

mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011).

jes

Page 7: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

FAKTOR FIZIKAL :  

Penyusunan kerusi dan meja murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan guru dan guru dengan murid.  Suasana bilik pembelajaran yang dihiasi dan diatur dengan kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar untuk menggalakkan aktiviti Pembelajaran Dan Pengajaran.

Saiz bilik pembelajaran yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.  

 

3. APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK

PEMBELAJARAN?

jes

Page 8: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

FAKTOR SOSIAL : Merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Interaksi dan komunikasi antara dua hala. Guru dan murid. Murid dan guru. Membina peraturan. Menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.   

alia

Page 9: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

FAKTOR EMOSI

Gaya kepimpinan (autoritarian) - mengawal murid melalui ganjaran dan

hukuman. Wujud suasana tertekan dan tidak kondusif.

alia

Page 10: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

4. Apakah pendekatan yang perlu digunakan bagi

menarik minat pelajar?• Pendapat Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa

guru-guru akan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan jika pengajaran mereka menggunakan pelbagai rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti ini guru akan dapat menimbulkan dan mengekalkan minat murid-murid terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada murid-murid.

alia

Page 11: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

• Menurut Smith (1969), untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya kefahaman mengenai disiplin-disiplin yang telah melahirkan mata pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain kefahaman yang pertama adalah perlu untuk mengajar apa jua mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru.

alia

Page 12: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

5. Apakah peranan sebenar seorang guru di dalam bilik

pembelajaran?• Di dalam mengurus bilik pembelajaran seseorang

guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu sukar.

alia

Page 13: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

• Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

• Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.

alia

Page 14: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

• Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.

• Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.alia

Page 15: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

6. Berapakah jumlah pelajar yang sesuai mengikut peringkat pendidikan?

PRA-Sekolah = 10- 15 orang pelajarSekolah rendah = 20-30 orang pelajarSekolah menengah = 30-40 orang pelajarKolej dan Universiti = 30-60 orang pelajar

alia

Page 16: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

7. Apakah ciri – ciri bilik pembelajaran yang kondusif?

Bilik darjah tradisiBilik darjah terbuka

Bilik darjah KBSR & KBSM

as

Page 17: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Apakah ciri – ciri bilik darjah yang kondusif?

CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI

-Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.- pelajar tubuh kecil, penglibatan/pendengaran yang kurang baik ditempatkan di hadapan.-Kerusi dan meja sesuai dengan pendekatan berpusatkan guru.-Aktiviti berkumpulan jarang dilakukan.

as

Page 18: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Apakah ciri – ciri bilik darjah yang kondusif?

CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI

-Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.- pelajar tubuh kecil, penglibatan/pendengaran yang kurang baik ditempatkan di hadapan.-Kerusi dan meja sesuai dengan pendekatan berpusatkan guru.-Aktiviti berkumpulan jarang dilakukan.

as

Page 19: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Apakah ciri – ciri bilik darjah yang kondusif?

CIRI-CIRI BILIK DARJAH TERBUKA

-Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tertumpu kepada seluruh bilik darjah.-PdP biasanya diadakan dalam kumpulan kecil atau individu.-Pelbagai aktiviti berlaku pada satu masa.-Jadual mudah diubah dan pelajar dapat ikut pelbagai aktiviti dalam masa yang berbeza.-Pelajar bebas bergerak, beralih dan bekerjasama.

as

Page 20: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

8. Apakah jenis gaya pembelajaran yang perlu

diketuai oleh seorang guru?

Gaya belajar merupakan sesuatu hal yang sangat penting dalam melaksanakan tugas belajar baik di rumah mahupun di sekolah. Ketika seseorang dalam proses belajar mereka akan menjumpai gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka. Menurut Deporter dan Hernacki gaya belajar merupakan kombinasi dari bagaimana ia menyerap kemudian mengatur serta mengolah informasi. Terdapat 3 jenis gaya pembelajaran mengikut buku Quantum Learning iaitu gaya visual, auditori dan kinestetik (V.A.K)

as

Page 21: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Visual (belajar secara melihat)

Seseorang yang memiliki gaya belajar visual cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Ia menggunakan material atau media yang boleh dilihat atau memberi pendapat melalui pemerhatian. Contoh material ialah buku, poster, majalah, rangka tubuh manusia, peta dan lain-lain.

as

Page 22: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Auditori (belajar dengan gaya mendengar)

Pelajar lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberhasilan dalam belajar. Gaya belajar auditori bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja berkumpulan.

as

Page 23: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Kinestetik (belajar dengan cara bergerak, berkerja atau menyentuh)

Orang yang mempunyai gaya belajar kinestetik akan belajar melalui gerakan yang berserta informasi kemudian akan menyimpannya ke dalam kotak fikiran. Penyentuhan dengan objek sangat digemari kerana ia boleh dirasai oleh diri. Gaya pembelajaran ini melibatkan kegiatan fizik, menghasilkan model, berjalan dan pergerakan.

fatin

Page 24: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

9. Apakah pengurusan bilik pembelajaran yang

berkesan?

fatin

Page 25: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Merancang • Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi

pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru ju

fatin

Page 26: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Mengurus

• Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.

fatin

Page 27: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Mengelola • Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang

juga pentingnya. Sebagai pengelola juga, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:

1. Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

2. Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.

3. Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

4. Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

5. Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

6. Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.

fatin

Page 28: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Mengarah • Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat

lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

• Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.fatin

Page 29: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Mengawal • Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki

oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

• Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.

fatin

Page 30: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

10. Cara komunikasi guru yang berkesan dalam proses PdP

1. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik.2. Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan

aktiviti.3. Gunakan kaedah berkumpulan.4. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran.5. Menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi.

fatin

Page 31: Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH

Kesimpulan

Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.

fatin