kontrak n agensi ass

19
JABATAN PERDAGANGAN Undang-undang komersan (p2114) TUGASAN 2 Kontrak & Agensi DISEDIAKAN OLEH-: 1. SITI NORFAZILAH BINTI CHE HAMID. -04DAT06F578- KELAS: <CARRY>DAT3B

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

10.321 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak n Agensi Ass

JABATAN PERDAGANGAN

Undang-undang komersan

(p2114)

TUGASAN 2Kontrak & Agensi

DISEDIAKAN OLEH-:1. SITI NORFAZILAH BINTI CHE HAMID. -04DAT06F578-

KELAS: <CARRY>DAT3B

DISEDIAKAN UNTUK:-:CIK FATIMAH...

Page 2: Kontrak n Agensi Ass

UNDANG-UNDANG AGENSI.

1. AKTA KONTRAK 1950 MENYATAKAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN ADALAH MEMATUHI ARAHAN PRINSIPAL DAN MEMBAYAR KPD PRINSIPAL SEMUA WANG YANG DITERIMANYA BAGI PIHAK PRINSIPAL. NYATAKAN 3 REMEDI YANG DIAMBIL OLEH PRINSIPAL JIKA AGEN DIDAPATI MELANGGAR KEWAJIBANNYA SEBAGAI AGEN.

i. Prinsipal boleh menamatkan kontrak yang dibuat oleh ejen bagi pihaknya, lebih-lebihlagi jika menyedari kontrak itu tidak mendatangkan faedah baginya.

ii. Menurut seksyen 169 akta kontrak. Prinsipal oleh menuntut jumlah rasuah itu. Hak untuk prinsipal menuntut untung rahsia yang diterima oleh ejen ini termasuklah dalam traksasi di mana ejen telah menjualkan barang-barang tertentu lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh prinsipal dan juga untung rahsia yang diberikan oleh ejen kepada orang lain. Sama ada ejen mendapat untung rahsia atau tidak, bukanlah persoalannya

.Kes rujukan : TAN KIONG HWA VS ANDREW S.H CHONG. Plaintif membeli sebuah flat daripada sebuah syarikat. defenden dalam

syarikat itu. plaintif mengarahkan defenden sebagai ejen untuk menjual flat itu pada harga RM45 000 tetapi defenden dapat menjualkannya pada harga RM54 000 dan untung RM9000 dikreditkan dalam akaun syarikat. Apabila syarikat itu dibubarkan, mahkamah memutuskan plaintif berhak menuntut RM9000 daripada defenden yang telah melakukan kemungkiran tugas sebagai ejen.

iii. Prinsipal boleh enggan untuk membayar komisen; kepada ejen termasuklah lain-lain ganjaran.

Dalam kes : ANDREW VS RAMSY & CO. Dimana prinsipal telah berjaya menuntut kedua-dua pembayaran

komisen yang dibayar pada ejen dan komisen rahsia yang diterima oleh ejen dari pihak ketiga.

iv. Prinsipal boleh menamatkan kuasa ejen kerana kemungkiran tugas-tugasnya. Seperti dalam kes : BOSTON DEEP SEA FISHING AND LEE CO. VS ANSEL. Ejen dipecat daripada tugasnya kerana menerima rasuah.

Page 3: Kontrak n Agensi Ass

2. NYATAKAN 5 CARA YANG LAZIM SESUATU AGENSI DIBENTUK.

kontrak agensi boleh wujud melalui beberapa cara berikut :

1. Ejensi Secara Pelantikan Nyata :

seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa seorang ejen boleh dilantik melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis. Di dalam perjanjian ejensi ini, prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen untuk bertindak bagi pihaknya dan menyatakan upah atau komisen yang akan dibayar apabila kerja ejensinya selesai.

Pelantikan ejen secara nyata ini boleh di lihat melalui surat kuasa wakil ( power of attorney ) atau surat mandat ( letter of mandate )

2. Ejensi Secara Pelantikan Termaklum.

seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa hubungan ejensi boleh disiratkan, atau dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata-kata atau kelakuan prinsipal menunjukkan bahawa orang lain itu mempunyai kuasa untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

3. Ejensi Secara Pengesahan ( Ratifikasi )

- ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan atau tindakan yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan secara nyata atau disiratkan daripada perbuatan prinsipal.

- Menurut seksyen 149, ratifikasi boleh ditakrifkan seperti berikut : - 149 : apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal,

prinsipal tidak mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen untuk berbuat demikian, maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu dilakukan dengan izin dan kuasanya.

- Sebelum sesuatu ratifikasi boleh dibuat oleh prinsipal, salah satu perkara berikut perlu wujud:

i. Tindakan yang dilakukan oleh ejen itu hendaklah sesuatu yang tidak sah atau diluar kuasa ejen ( ejen yang melampaui kuasanya ); atau

ii. Tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang berpura-pura sebagai ejen, ia tidak ada kuasa untuk bertindak bagi pihak prinsipal tetapi boleh bertindak seolah-olah ia mempunyai kuasa berbuat demikian.

Page 4: Kontrak n Agensi Ass

4. Ejensi Secara Perlu.

- Ejensi secara perlu wujud apabila dalam keadaan tertentu. Seseorang yang diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu demi memelihara atau melindungi barangan itu. Walaupun ia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

- Mengikut seksyen 142, seseorang ejen mempunyai kuasa dalam kecemasan. Untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi prinsipalnya daripada kerugian. Seperti yang akan dilakukan oleh seseorang yang bijak, bagi dirinya sendiri dalam keadaan yang sama.

5. Ejensi Secara Persekatan ( Estoppel )

- pada amnya, seorang prinsipal tidak akan terikat dengan perbuatan yang dibuat oleh ejen bagi pihaknya tanpa kebenarannya dahulu. Walau bagaimanapun, sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau kelakuannya membuatkan pihak ketiga mempercayai bahawa ejen itu adalah ejennya yang sebenar dan pihak ketiga mempercayainya sehingga merugikan pihak ketiga tersebut, maka prinsipal tadi tersekat atau dihalang daripada menafikan tentang kewujudan kuasa ejen itu.

3. SEKSYEN 164 – 178 AKTA KONTRAK 1950 MENGGARISKAN TANGGUNGJAWAB AGEN TERHADAP PRINSIPALNYA. TERANGKAN DENGAN RINGKAS 5 TANGGUNGJAWAB TERSEBUT.

Page 5: Kontrak n Agensi Ass

- Terdapat beberapa tanggungjawab ejen kepada prinsipalnya yang termaktub di bawah undang-undang ejensi, iaitu :

o Mematuhi arahan-arahan prinsipal.o Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan

menggunakan kebolehan yang dipunyainya.o Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.o Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen

bagi pihaknya,o Menghubingi prinsipal.o Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.o Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan

tugasnya.o Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang

diamanahkan kepada oleh prinsipal, dan.o Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.

i. Memetuhi Arahan Prinsipal.o Seorang egen hendaklah mematuhi arahan-arahan prinsipal selagi

mana arahan-arahan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang. Sekiranya ejen gagal mematuhi arahan prinsipal, ejen dikatakan telah pecah kontrak dan ejen hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang dialami oleh prinsipal akibat daripada pecah kontrak itu.

o Menurut seksyen 164 akta kontrak 1950. 164, ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan

prinsipal, jika tiada arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama, jika berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mestilah membayar ganti rugi kepada prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan mengenainya, memulangkan untung kepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

ii. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha, dan menggunakan kebolehan yang dipunyainya.

o Mengikut seksyen 165 akta kontrak:o 165. ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan

kemahiran yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan membuat pampasan kepada prinsipal atas akibat secara langsung kecuaian, kurang mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.

iii. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.o Seksyen 166 akta kontrak, seorang ejen hendaklah memberikan akaun-

akaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna bermaksud akaun yang berimbangan ( balance ) dan mempunyai bukti-bukti pembayaran, invois, resit bayaran dan resit perbelanjaan seperti dalam akaun.

iv. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen bagi pihaknya.o Seksyen 171 memperuntukan,.o 171. seseorang ejen hendaklah membayar kepada prinsipal, semua

jumlah wang yang diterimanya atas akaun prinsipal, tetapi tertakluk kepada apa-apa potongan dalam seksyen 170.

Page 6: Kontrak n Agensi Ass

v. Menghubingi pri nsipal.o Menurut seksyen 167 akta kontrak :o 167. seseorang ejen adalah wajib, dalam masa kesusahan,

menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan-arahan selanjutnya.

o Kes rujukan : turpin vs bilton.hilang, menyebabkan ejen terpaksa menanggung kerugian, kerana gagal mematuhi arahan prinsipal.

o Ejen gagal membeli insurans untuk kapal prinsipalnya apabila diarahkan berbuat demikian. Kapal tersebut

vi. Tidak membiarkan kepentingan berlawanan dengan tugasnya.o Seorang ejen tidak boleh menjadi satu pihak kepada kontrak yang

bertentangan dengan kepentingan prinsipalnya. Contohnya ejen yang diupah untuk membeli saham bagi pihak prinsipal tidak boleh menjual saham kepunyaannya sendiri kepada prinsipal, kecuali mendapat persetujuan prinsipal. Apabila prinsipal mendapat tahu perkara ini dan itidak bersetuju atas tindakan ejen itu, prinsipal berhak menbatalkan transaksi tersrbut walaupun ejen telah bertindak secara berhati-hati.

o Mengikut seksyen 168:o 168 : prinsipal berhak menolak transaksi yang dibuat oleh ejen jika dia

mendapati ejen semasa melaksanakan tugas telah menyembunyikan fakta materil dengan tidak jujur atau urus niaga ejen itu merugikan.

vii. Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan tugasnya.o Seseorang ejen tidak boleh menggunakan kedudukan untuk mengambil

untung rahsia ketika menjalankan perniagaan ejensinya. Untung rahsia bermaksud, apa-apa rasuah dalam bentuk pembayaran komisen secara rahsia atau sulit, duit kopi atau ’kickback’. Sebarang untung rahsia yang diperolihi oleh ejen adalah milik prinsipal.

o Apa yang dimaksudkan dengan menggunakan kedudukan untuk mengambil rasuah ialah seseorang ejen tidak boleh menggunakan harta prinsipal atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kontrak ejensinya, semata-mata untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya.

o Ejen bukanlah terhalang langsung daripada membuat untung, Cuma tidak boleh mwnggunakan harta prinsipal untuk tujuan tersebut.

o Menurut seksyen 168 : o 168. jika prinsipal tahu dan bersetuju tentang untung rahsia itu, ejen

boleh menyimpan untung tersebut kerana untung itu bukan rahsia lagi.

viii. Ejen tidak akan mewakilkan kuasa yang diberikan kepada nya kepada orang lain. Seseorang ejen yang dilantik oleh prinsipal, kerana kepakaran atau

kemahiran menguruskan bidang tugas tertentu, tidak boleh mewakilkan kuasa kepada orang lain kerana ia diupah berdasarkan kepakaran atau kemahiran yang ada pada dirnya (personal qualities).

4. TANGGUNJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN IALAH AKAN MELEPAS TANGGUNGAN AGEN BAGI PERBUATAN YANG DILAKUKAN DI DALAM MENJALANKAN KUASANYA. NYATAKAN 3 KEADAAN YANG BOLEH MENIMBULKAN LEPAS TANGGUNGAN TERSEBUT.

i. Ejen mengalami kerugian, tanggungan atau perbelanjaan dalam masa menjalankan tugasnya. Tindakan ejen yang layak ditanggung oleh prinsipal

Page 7: Kontrak n Agensi Ass

mestilah suatu perbuatan yang sah disisi undang-undang, dan dilakukan dalam kuasanya sama ada secara nyata atau tersirat dalam kontrak ejensi. Dan prinsipalan perlu melepaskan ejen daripada sebarang tanggungan.

ii. Ejen menyebabkan bencana kepada pihak ketiga semasa menjalankan tugas ejensinya meskipun menjalankan tugasnya dengan suci hati. Dan prinsipalan perlu melepaskan ejen daripada sebarang tanggungan.

iii. Ejen mengalami sebarang bencana atau kesulitan atau menyebabkan ejen berhak menuntut komisen atau ganjaran, wang yang dibayar kepada prinsipal dan kerugian yang dialami ejen dalam menjalankan tugasnya.

5. BINCANGKAN 3 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN.

i. Menbayar komisen atau ganjaran-ganjaran lain seperti yang telah dipersetujui, melainkan jika hubungan ejensi itu adalah secara percuma.

- Pada amnya, jumlah komisen dan cara pembayaran komisen itu dibuat akan dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak ejensi. Biasanya bayaran upah atau komisen akan hanya dibuat oleh prinsipal kepada ejen apabila ejen selesai melaksanakan semua kerja yang dipersetujui oleh kedua-kedua belah pihak. Bayaran tersebut mestilah dijelaskan kepada ejen walaupun kontrak dalam perniagaan ejensi itu mungkin gagal desebabkan oleh prinsipal atau orang ketiga.

- Upah akan dibayar atas kerja yang selesai dibuat oleh ejen, bukan atas kejayaan sesuatu kontrak atau matlamat kerja yang dilaksanakan oleh ejen.

- Mengikut seksyen 172. jika tiada kontrak yang khas, bayaran bagi pelaksanaan oleh ejen akan dibayar oleh prinsipal apabila tindakan itu selesai disempurnakan. Ejen juga berhak untuk menahan wang tang diterima hasil daripada jualan barang-barang walaupun bukan kesemua barang tersebut telah terjual atau jualan barang itu belum selesai.

Sekiranya tidak ada apa-apa jumlah dipersetujui, maka ejen itu berhak untuk mendapatkan ganjaran yang munasabah berdasarkan quantum merit. Quantum merit bermaksud satu jumlah yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan berdasarkan kontrak ejensi antara prinsipal dan ejen.

Walau bagaimanapun, seorang ejen akan hilang hak untuk mendapat ganjaran apabila ia melakukan salah laku dalam perniagaan ejensi. Salah laku bermakssud kelakuan yang salah yang menyalahi kontrak ejensi atau undang-undang semasa atau kesalahan yang boleh membawa kerugian yang salah kepada prinsipal.

ii. Tidak akan menyekat atau menghalang ejen dengan sengaja daripada mendapat komisen.

Apabila prinsipal melantik seorang ejen untuk mewakilkannya, maka prinsipal ttidak boleh lagi mengupah orang lain fdi tengah-tengah perundingan, semata-mata untuk menarik balik komisen yang dijanjikan kepada ejen asal itu.

Page 8: Kontrak n Agensi Ass

iii. Melepaskan tanggungan ejen bagi tindakan-tindakan yang dilakukan dengan menjalankan tugasnya.

Menurut seksyen 175 : 175. prinsipal adalah terikat untuk menangggung rugi akibat semua

tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh ejen dlam menjalankan tugas ejensinya.

6. APAKAH 3 SYARAT YANG PERLU DIPENUHI SEBELUM KONTRAK AGENSI SECARA KEPERLUAN BOLEH WUJUD? JELASKAN.

i. Mestilah wujud satu kecemasan yang sebenarnya.

Dalam kes PHELPS JAMES & CO. VS HILL. Kecemasan diertikan sebagai keperluan iaitu perlu dalam situasi yang

munasabah dengan merujuk kepada keadaan bahaya, kemudahan perbelanjaan, masa, jarak dan lain-lain.

Kuasa ejen Cuma wujud semasa kecemasan

ii. Barang-barang prinsipal berada di bawah jagaan ejen dan ejen mestilah bertindak bagi maksud menyelamatkan atau melindungi prinsipal dari kerugian.

Menurut seksyen 142 akta kontrak. Tindakan ejen alam peruntukan ini adalah terhad kepada situasi-situasi keperluan sahaja dengan tujuan semata-mata untuk melindungi harta dan kepentingan prinsipal yang berada di dalam jagaannya,

Mengikut kes jebarra vs ottoman bank. Egensi keperluan hanya wujud apabila ejen telah diarahkan menghantarkan barang-barang kepunyaan prinsipal atau diarahkan menghantar barang-barang itu ke satu destinasi tertentu di mana kecemasan berlaku semasa barang-barang tersebut berada di bawah jagaan ejen. Dengan ittu, cara termaklum telah wujud satu kontrakk agensi antara prinsipal dan ejen.

Menurut seksyen 167 akta kontrak, eje mempunyai tanggungjawab ketika kesusahan atau kecemasan untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dan munasabah untuk menghubungi prinsipal

Kalau dibaca bersama peruntukan diatas, seksyen 142 akta kontrak seolah-oleh merupakan kecuaian bagi seksyen 167 akta kontrak. Maksudnya, meskipun dalam masa kecemasan ejen perlu menghubungi prinsipalnya seboleh yang munggkin dengan cara munasabah, namun kegagalan usaha-usaha tersebut membolehkan ejen bertindak mengikut budi bicara sendiri dengan syarat untuk tujuan menyelamatkan harta atau kepentingan prinsipal yang berada ddibawah jagaannya.

iii. Ejen dalam masa kecemasan perlulah bertindak dengan ikhlas dan jujur atau disebut ’succi hati’.<kes rujukan : Transon vs Dent >

Semasa dalam kecemasan, tindakan ejen mestilah merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang munasabah, iaitu sesiapa yang berada dalam situasi yang dihadapi oleh ejen itu akan bertindak serupa.

Page 9: Kontrak n Agensi Ass

7. SEPERTI KONTRAK-KONTRAK YANG LAIN, KONTRAK AGENSI BOLEH DIBUAT SECARA NYATA ATAU TERMAKLUM. JELASKAN 5 CARA PERLANTIKAN AGEN YANG MANA SETERUSNYA AKAN MEMBENTUK SATU KONTRAK AGENSI SAH.

kontrak agensi boleh wujud melalui beberapa cara berikut :

1. Ejensi Secara Pelantikan Nyata :

seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa seorang ejen boleh dilantik melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis. Di dalam perjanjian ejensi ini, prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen untuk bertindak bagi pihaknya dan menyatakan upah atau komisen yang akan dibayar apabila kerja ejensinya selesai.

Pelantikan ejen secara nyata ini boleh di lihat melalui surat kuasa wakil ( power of attorney ) atau surat mandat ( letter of mandate )

2. Ejensi Secara Perlantikan Termaklum.

seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa hubungan ejensi boleh disiratkan, atau dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata-kata atau kelakuan prinsipal menunjukkan bahawa orang lain itu mempunyai kuasa untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

3. Ejensi Secara Pengesahan ( Ratifikasi )

- ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan atau tindakan yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan secara nyata atau disiratkan daripada perbuatan prinsipal.

- Menurut seksyen 149, ratifikasi boleh ditakrifkan seperti berikut : - 149 : apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal,

prinsipal tidak mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen untuk berbuat demikian, maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu dilakukan dengan izin dan kuasanya.

- Sebelum sesuatu ratifikasi boleh dibuat oleh prinsipal, salah satu perkara berikut perlu wujud:

i. Tindakan yang dilakukan oleh ejen itu hendaklah sesuatu yang tidak sah atau diluar kuasa ejen ( ejen yang melampaui kuasanya ); atau

ii. Tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang berpura-pura sebagai ejen, ia tidak ada kuasa untuk bertindak bagi pihak prinsipal tetapi boleh bertindak seolah-olah ia mempunyai kuasa berbuat demikian.

4. Ejensi Secara Perlu.

- Ejensi secara perlu wujud apabila dalam keadaan tertentu. Seseorang yang diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu demi memelihara atau melindungi barangan itu. Walaupun ia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

- Mengikut seksyen 142, seseorang ejen mempunyai kuasa dalam kecemasan. Untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi

Page 10: Kontrak n Agensi Ass

prinsipalnya daripada kerugian. Seperti yang akan dilakukan oleh seseorang yang bijak, bagi dirinya sendiri dalam keadaan yang sama.

5. Ejensi Secara Persekatan ( Estoppel )

- Menurut seksyen 190 akta kontrak. Seseorang itu tidak akan terikat dengan kontrak yang dibuat oleh seseorang yang lain bagi pihaknya sekiranya kontrak tersebut dibuat tanpa mendapat persetujuan atau kebenaranya.

- pada amnya, seorang prinsipal tidak akan terikat dengan perbuatan yang dibuat oleh ejen bagi pihaknya tanpa kebenarannya dahulu. Walau bagaimanapun, sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau kelakuannya membuatkan pihak ketiga mempercayai bahawa ejen itu adalah ejennya yang sebenar dan pihak ketiga mempercayainya sehingga merugikan pihak ketiga tersebut, maka prinsipal tadi tersekat atau dihalang daripada menafikan tentang kewujudan kuasa ejen itu.

8. SECARA LAZIMNYA, AGENSI WUJUD DARIPADA PERJANJIAN DI ANTARA PRINSIPAL DAN AGEN. MAKA DENGAN ITU, HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN ADALAH BERGANTUNG KEPADA SYARAT-SYARAT KONTRAK AGENSI SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT. SEKIRANYA KONTRAK ITU TIDAK MENGIKAT , MAKA HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN KEPADA PRINSIPAL ADALAH TERANGKUM DI DALAM SEKYEN 164 HINGGA 174 AKTA KONTRAK 1950. JELASKAN 5 HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN KEPADA PRINSIPAL SEPERTI YANG DINYATAKAN DI DALAM AKTA KONTRAK 1950.

i. Mematuhi arahan-arahan prinsipal.

Seorang ejen hendaklah mematuhi arahan-arahan prinsipal selagi mana arahan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undanng sekiranya ejen gagal mematuhi arahan prinsipal, ejen dikatakan pecah kontrak dan ejen hendaklah bertanggungjawab keatas apa-apa kerugian yang dialami oleh prinsipal akibat daripada pecah kontrak itu.

Menurut seksyen164 akta kontrak.

Page 11: Kontrak n Agensi Ass

164, ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal, jika tiada arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama, jika berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mestilah membayar ganti rugi kepada prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan mengenainya, memulangkan untung kepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

Kes : turpin lwn bilton.ejen telah gagal mengambil insurans ke atas kapal seperti mana yang arahkan olah prisipal.kemudian kapal tersebut hilang.mahkamah memutuskan bahawa ejen bertanggungjawad keatas kerugian yang dialami oleh prisipal

ii. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan menggunakan kebolehan yang dipunyainya.

Mengikut seksyen165 atau kontrak ; 165. ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan kemahiran

yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan menbuat pampasan kepada prisipal atas akibat secara langsung kecuaian, kurang mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.

Jika ejen merupakan seorng yang profesional, ia hendaklah menunjukkan kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi. Sekiranya ejen itu menpunyai apa-apa kekurangan, dan perkara ini diketahui oleh prinsipal, maka prinsipal tidak berhak untuk menuntut atas kekurangan ejen tersebut.

Ejen hendaklah sentiasa adalah terikat untuk menjalankan tugas dengan kemahiran yang dipunyainya, menunjukkan kecekapan, dan kerajinan yang berpatutan serta bersedia untuk membayar apa-apa pampasan kepada prinsipal jika berlaku kerugian di atas kecuaian. Kurang mahir atau salah laku oleh ejen tersebut.

Kes rujukan : Keppel VS Wheeler Mr Keppel (K) melantik Nr Wheeler (w) untuk menjual sebuah rumah.

Pada 29 mei, w menerima tawaran 6150 pound sterling daripada E, dan kemudiannya memberitahu K yang menerima tawaran ’ tertakluk kepada kontrak ’ yang akan ditandatangani. Pada 3 jun, D menawarkan 6750 pound sterling kepada W. W tidak memberitahu K mengenai tawaran ini. Setelah kontrak diantara K dan E sempurna. K mengetahui tentang tawaran baru itu dan terus membuat tuntutan terhadap W. Mahkamah memutuskan bahawa W telah melakukan pecah kewajipan sebagai ejen kepada K kerana tidak memberitahu K tentang tawaran baru yang lebih tinggi itu. W diarahkan membayar perbezaan diantara kedua-dua tawaran itu sebagai gantirugi

iii. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.

Menurut seksyen 166 akta kontrak. Seorang ejen hendaklah memberikan akaun-akaaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna bermaksud akaun yang berimbangan ( balance ) dan mempunyai bukti-bbukti pembayaran, invois, resit bayaran,perbelanjaan sepertti dalam akaun.

Dalam kes parker (harry) ltd vs Mason, mahkamah telah memutuskan bahawa untung yang diperoleh melalui traksaksi haram atau batal. Hendaklah juga diserahkan kepada prinsipal sekiranya kontrak ejensi antara ejen dan prinsipal tidak menyalahi undang-undang inggeris seperti pertaruhan kuda ( racingg bet )

Page 12: Kontrak n Agensi Ass

iv. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen bagi pihaknya.

Seksyen 171 memperuntukan : 171 : seseorang ejen hendaklah membayar kepada prinsipal, semua jumlah

wang yang diterimanya atas akaun prinsipal, tetapi tertakluk kepada apa-apa potongan dalam seksyen 170.

Peruntukkan di atas bermaksud, setiap sen yang diterima oleh seseorang ejen dalam kapasitinya sebagai ejen kepada prinsipal mestilah dipulangkan kepada prinsipal, ia hendaklah menggantikannya ke dalam akaun prinsipal. Seksyen 170 menyatakan bahawa ejen berhak untuk memegang wang prinsipal, dan menolak wang pendahaluan yang telah dibayarnya dalam urusan perniagaan ejensi atau komisen yang patut dibayar oleh prinsipal kepadanya.

v. Menghubungi menghubungi prinsipal.

Seksyen 142 akta kontrak memberikan kekecualian untuk ejen menghubungi prinsipal. Jika ejen telahpun sedaya upaya mungkin, tetapi tidak dapat menghubungi prinsipal dan atas tujuan untuk menyelamatkan harta atau barang-barangg prinsipal yang berada di bawah jagaannya(terutamanya barang-barang yang mudah rosak) maka prinsipal bolehlah bertindak mengikut budi bicara atau kebijaksanaannya sendiri.

9. HUBUNGAN AGENSI BOLEH DIWUJUDKAN DI ANTARA SUAMI ISTERI JIKA MEREKA TINGGAL BERSAMA. DALAM HAL INI, ISTERI MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT HUTANG ATAS NAMA SUAMI. WALAU BAGAIMANAPUN, ADA BEBERAPA KEADAAN DI MANA SUAMI BOLEH MENAFIKAN TANGGUNGJAWAB YANG MENGIKAT DIRINYA.

JELASKAN KENYATAAN DI ATAS DENGAN BERPANDUKAN PRINSIP UNDANG-UNDANG AGENSI DAN KES BERKAITAN.

i. Hubungan ejensi boleh disiratkan daripada hubungan suami isteri. <EJENSI SECARA PERLANTIKAN TERSIRAT / TERMAKLUM >

- Apabila sepasang suami isteri tinggal bersama,terdapat satu anggapan bahawa si isteri mempunyai kuasa untuk berhutang dengan menggunakan nama suaminya untuk membeli barang keperluan yang sesuai dengan taraf hidup mereka. Hutang sebegini akan mengikat suaminya.

- Walau bagaimanapun, suami boleh mematahkan anggapan itu jika ia dapat membuktikan bahawa :

o Suami telah secara nyata melarang isteri berhutang atas namanya.o Suami telah secara nyata memberi amaran kepada peniaga supaya

tidak menjualbarang-barang kepada isterinya secara hutang.o Suami telah menyediakan dengan cukupnya barang-barang

keperluan untuk isterinya.

Page 13: Kontrak n Agensi Ass

o Suami telah memberi elaun belanja kepada isteri supaya ia dapat membeli barang-barang keperluan tanpa berhutang.

o Pesanan barang keperluan yang dibuat isteri itu tidak menusabah apabila diambil kira pendapatan suami ketika itu.

KES RUJUKAN : MISS GRAY VS CATCARD. Isteri telah membeli pakaian 215 pound sterling, dan suami enggan membayarnya. Apabila dituntut oleh pekedai, si suami membuktikan bahawa is telah memberi elaun sebanyak 960 pound sterling setahun kepada isterinya. Mahkamah memutuskan bahawa suami tidak bertangunggan atas hutang isteri itu

10. HAK DAN TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL DAN AGEN TERKANDUNG DALAM SYARAT KONTRAK AGENSI ANTARA MEREKA SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT. JIKA KONTRAK AGENSI TIDAK MENYATAKAN PERKARA-PERKARA INI, MAKA HAK DAN TANGGUNGJAWAB ITU DIRANGKUMI OLEH PERUNTUKAN DALAM AKTA KONTRAK 1950.BINCANGKAN 3 TANGGUNGJAWAB AGEN TERHADAP PRINSIPAL SEBAGAIMANA YANG TERDAPAT DALAM AKTA DAN DISOKONG DENGAN KES-KES YANG BERKAITAN.

a. Mematuhi arahan prinsipal.

i. Menurut seksyen 164. ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal. Jika tiada arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis yang sama, jika berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mesti membayar ganti rugi kepada prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan mengenainay. Memulangkan untung kepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

ii. Kes rujukan : Turpin VS Bilton.- Ejen telah gagal mengambil insurans ke atas kapal seperti mana yang

diarahkan oleh prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa ejen bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami oleh prinsipal.

Page 14: Kontrak n Agensi Ass

b. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan menggunakan kebolehan yang dipunyainya.

i. Mengikut seksyen 165 : ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan kemahiran yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan membuat pampasan kepada prinsipal atas akibat secara langsung kecuaian, kurang mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.

ii. Kes rujukan : Keppel VS Wheeler - Mr Keppel (K) melantik Nr Wheeler (w) untuk menjual sebuah rumah. Pada

29 mei, w menerima tawaran 6150 pound sterling daripada E, dan kemudiannya memberitahu K yang menerima tawaran ’ tertakluk kepada kontrak ’ yang akan ditandatangani. Pada 3 jun, D menawarkan 6750 pound sterling kepada W. W tidak memberitahu K mengenai tawaran ini. Setelah kontrak diantara K dan E sempurna. K mengetahui tentang tawaran baru itu dan terus membuat tuntutan terhadap W. Mahkamah memutuskan bahawa W telah melakukan pecah kewajipan sebagai ejen kepada K kerana tidak memberitahu K tentang tawaran baru yang lebih tinggi itu. W diarahkan membayar perbezaan diantara kedua-dua tawaran itu sebagai gantirugi

c. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.

i. Menurut seksyen 166, seorang ejen hendaklah memberikan akaun-akaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna bermaksud akaun yang berimbangan (balance) dan mempunyai bukti-bukti pembayaran , invois, resit pembayaran dan resit perbelanjaan seperti dalam akaun.

ii. Dalam kes : Parker (Harry) Ltd Mason:- Mahkamah telah memutuskan bahawa untung yang diperoleh melalui

transaksi haram atau batal. Hendaklah juga diserahkan kepada prinsipal sekiranya kontrak ejensi antara ejen dan prinsipal tidak menyalahi undang-undang inggeris seperti pertaruhan kuda ( racing bet ).

11. KONTRAK AGENSI BOLEH WUJUD SECARA PENGESAHAN ATAU RATIFIKASI. BINCANGKAN KEADAAN-KEADAAN DI MANA PENGESAHAN ATAU RATIFIKASI BOLEH DIBUAT.

i. Perbuatan atau kontrak yang dibuat oleh seseorang itu ( ejen ) mestilah pada asalnya tanpa kuasa langsung atau telah melampaui kuasa yang diberikan kepadanya.

ii. Perbuatan yang dilakukan oleh ejen itu mestilah tidak dibenarkan atau tanpa kuasa tetapi ianya tidaklah sesuatu yang melanggar undang-undang. Sesuatu kontrak yang batal atau perbuatan jenayah tidak boleh ddiratifikasikan sama sekali.

iii. Pada masa kontrak itu dibuat ejen mestilah dengan secara nyata bertindak bagi pihak prinsipal dan bukan di atas namanya sendiri.

iv. Semasa kontrak dibuat ejen, prinsipal mestilah wujud untuk meratifikasikan kontrak tersebut. Jika tiada sebarang pengesahan boleh dibuat. Masalah ini biasanya berlaku terutamanya untuk sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan tetapi belum didaftarkan menurut akta syarikat 1965, di mana penganjur telah membuat kontrak di atas nama syarikat tersebut sebelum selesai proses pendaftaran pertubuhan ini.

Page 15: Kontrak n Agensi Ass

Menurut seksyen 35 akta syarikat 1965. sesuatu kontrak yang dibuat oleh syarikat atau ejennya sebelum penubuhannya, boleh diratifikasikan oleh syarikat itu selepas penubuhannya.

v. Pada masa kontrak dibuat, prinsipal mestilah mempunyai keupayaan untuk berkontrak ( dan begitu juga semasa membuat ratifikasi ) < kes rujukan : bo,ton Deep Sea Fishing and ice Co. Vs farnbam )

vi. Pada masa ratifikasi dibuat, prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan sebenar tentang semua fakta penting berkaitan dengan kontrak itu. Ini dinyatakan dalam seksyen 151 akta kontrak. <kes rujukan : Marsh vs Bayley >

vii. Menurut seksyen 152 akta kontrak apabila prinsipal membuat ratifikasi. Ia mestilah meratifikasikan kesemua perbuatan ejen itu. Prinsipal tidak boleh menerima sebahagian daripada kontrak atau perbuatan yang memberi keuntungan dan menolak perbuatan yang membawa kerugian. Seandainya ia bertindak sedemikian, undang-undang menganggap prinsipal telah menerima keseluruhannya sekali.

viii. Menurut seksyen 153 akta kontrak, penerimaan atau ratifikasi yang dibuat oleh prinsipal mestilah tidak mengakibatkan kerugian kepada pihak ketiga atau menamatkan kepentingannya.

ix. Ratifikasi perlu dibuat pada masa yang munasabah.x. Perbuatan atau kontrak yang disahkan oleh prinsipal itu hendalah perkara-perkara

yang disahkan disisi undang-undang dan bukan satu penipuan.

Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan atau tindakan ejen

yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan secara nyata atau disiratkan daripada perbuatan prinsipal.

Menurut seksyen 149, ratifikasi itu boleh ditakrifkan seperti berikut : 149. apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal, prinsipal tidak

mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen untuk berbuat demikian. Maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu

dilakukan dengan izin dan kuasanya.