konsep sastera

14
BAHASA MELAYU AKADEMIK 3.1 KESUSASTERAAN MELAYU PENGENALAN - Konsep Kesusasteraan - Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Pembahagian Hasil Karya Sastera - Moden - Tradisional Bentuk - Puisi - Prosa Genre sastera - Novel - Cerpen - Sajak - Pantun - Syair - Gurindam - Seloka - Nazam Struktur - plot - watak dan perwatakan - Tema dan persoalan - Latar - Gaya Bahasa - Nilai dan pengajaran Kajian - novel - cerpen - puisi Kritik Sastera - Formalistik - Struktural - Feminisme - Sosial 1

Upload: mohd-farid

Post on 19-Dec-2015

424 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Sastera

BAHASA MELAYU AKADEMIK

3.1 KESUSASTERAAN MELAYU

PENGENALAN- Konsep Kesusasteraan- Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Pembahagian Hasil Karya Sastera- Moden- Tradisional

Bentuk- Puisi- Prosa

Genre sastera- Novel- Cerpen- Sajak- Pantun- Syair- Gurindam- Seloka- Nazam

Struktur- plot- watak dan perwatakan- Tema dan persoalan- Latar- Gaya Bahasa- Nilai dan pengajaran

Kajian

- novel- cerpen- puisi

Kritik Sastera- Formalistik- Struktural- Feminisme- Sosial

Sumbangan sastera dalam pendidikan di sekolah.

3.1 Konsep Kesusasteraan

1

Page 2: Konsep Sastera

3.1.1 Erti KesusasteraanPerkataan kesusasteraan telah lama terpakai dan tersebar luas di kalangan masyarakat. Perkataan ini terbentuk daripada akar katanya susastera. Berasal daripada kata Sanskrit. Tiap suku kata mempunyai makna yang khusus.

su: indah, lebih berfaedah, baiksastera: Huruf / bukuKe-susastera-an: Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik

isinya.

Keindahan ciptaan bahan sastera ditonjolkan melalui bahasanya. Bahasa merupakan bahan utama dalam kesusasteraan.

Bahasa

Alat perantara yang menyebar dan menyampai

Memberi penghayatan

Menjadi rangsangan dan daya tarikan

Rumusan Kesusasteraan adalah ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik lagi berfaedah.Kesusasteraan selalu dapat menimbulkan daya tarikan, membangkitkan rangsangan dan mengusik rasa kepada penggunanya.

3.1.2 Unsur-Unsur Dalam Kesusasteraan

Kesusasteraan mempunyai unsur-unsur yang tertentu sebagai memenuhi keperluan sifatnya yang baik dan tinggi. Antara unsur-unsur tersebut:

a. Intelek – daya intelek atau nilai fikiran yang baik dan bermutu akan menjadi bahan renungan atau teladan kepada pengguna.

b. Emosi – unsur ini menjadi pembeza antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Unsur emosi menjadikan perasaan pengguna boleh terusik.

c. Imaginasi – Ketajaman daya pengamatan, penghayatan dan penglihatan terhadap sesuatu peristiwa atau perkara membolehkan sesuatu gambaran yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar.

d. Teknik – kebolehan atau keupayaan penyampai menggunakan ciri-ciri yang tersendiri dalam menyampai, mengungkapkan isi dan persoalan karyanya.

3.1.3 Masyarakat Penglahir kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu lahir di kalangan masyarakat Melayu. Malahan kesusasteraan merupakan salah satu cabang bidang kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu. Hasil kesusasteraan ini memancarkan dan menggambarkan cara hidup, fikiran, sikap, peradaban dan kebudayaan Melayu. Lima sifat yang membolehkan masyarakat melahirkan karya sastera;

I. Berdaya cipta dan berkreativiti

- kebolehan masyarakat dalam melahirkan nilai-nilai keindahan dan kesenian terserlah melalui keupayaan mereka menghasilkan kraftangan dalam bentuk pertukangan, sulaman, anyaman dan seumpamanya. Akhirnya penyaluran fikiran juga disampaikan dalam suasana

2

Page 3: Konsep Sastera

bentuk yang indah dan berseni seperti berpantun, yang digunakan untuk menegur, menyampai hajat atau sebagainya.

II. Nilai kehalusan budi bahasa.

- Kehalusan budi bahasa yang dimiliki oleh masyarakat menjadikan mereka halus dan berhati-hati tetapi berkesan dalam memberi teguran atau untuk mengajar. Umpamanya mereka menggunakan kias ibarat, mencipta cerita jenaka.

III. Sifat Terbuka

- Sifat terbuka memudahkan masyarakat menerima pengaruh dari luar terutama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebudayaan termasuklah kesusasteraan. Sehubungan itu terdapat terjemahan karya-karya luar seperti karya-karya Hindu, Jawa dan akhirnya mempenagaruhi proses penciptaan karya.

4. Sensitiviti

- Daya sensitiviti yang tajam membolehkan mereka melahirkan perasaan senang atau tidak senang terhadap sesuatu peristiwa,perkara atau kejadian melalui karya sastera.

5. Tanggungjawab

- Rasa kesedaran, keinsafan dan bertanggungjawab untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Justeru itu karya sastera yang dilahirkan bertujuan memberikan pengajaran moral, panduan kehidupan yang lebih ideal dan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.

3.1.4 Faktor Dorongan PenglahiranKesusasteraan

I. Berkebolehan dn berdaya kreativiti untuk menyampaikan keinginan dan menyalurkan buah fikiran yang dapat dijadikan pengajaran.

II. Kekurangan bahan bacaan dalam bahasa Melayu terutama zaman sebelum perang. Pertambahan penduduk yang boleh membaca dan sistem pelajaran yang mewajibkan pembelajaran Bahasa Melayu menggalakkan penglhiran kesusasteraan Melayu.

III. Adanya percetakan yang membantu penerbitan karya seperti Jelutong Press, Teruna Press, Pustaka Antara, Pustaka Melayu Baru dan DBP.

IV. Kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menyampaikan kesedaran kebangsaan kepada masyarakat.

V. Pelbagai peraduan menulis seperti Hadiah Sastera Malaysia, Pertandingan Anjuran Bahagian Agama, Anjuran DBP. Pihak swasta juga terlibat dalam penganjuran ini seperti Esso-Gapena, Yayasan Sabah-Gapena

3

Page 4: Konsep Sastera

VI. Kursus-kursus penulisan yang diadakan oleh badan-badan penulis tempatan seperti Gapena, DBP dan di institusi pengajian tinggi.

3.1.5 Sifat Umum Kesusasteraan Melayu

I. Kesusasteraan Melayu bersifat didaktik terutama karya-karya sebelum zaman perang II. Kelahiran karya sastera pada waktu ini adalah bertujuan untuk membimbing masyarakat.

II. Berciri propaganda terutama pada zaman Jepun. Karya sastera berbentuk propaganda ini bertujuan untuk mendewa-dewakan golongan tertentu.

III. Bercirikan aliran tertentu seperti aliran ‘seni untuk masyarakat’ seperti yang dibawa oleh golongan Asas 50. Bentuk karya ini lebih menumpukan perhatian kepada masalah-masalah kehidupan masyarakat golongan bawahan seperti petani, nelayan dan buruh.

IV. Bersifat protes iaitu yang lahir pada zaman awal-awal kemerdekaan dan 60-an. Protes ini lebih ditujukan kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat seperti golongan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, kesan pembangunan yang negatif.

V. Bersifat peribadi yang lebih menumpukan kepada persoalan dalaman diri terutama yang bersangkutan dengan agama dan iman.

VI. Bersifat terarah yang mempersoalkan cita-cita kerajaan berkaitan dengan perpaduan, pembaangunan, semangat kerjasama dan berdikari.

3.1.6 Sejarah Perkembangan

Bermula dengan sastera lisan iaitu peranan-peranan pencerita seperti seperti Pawang Ana, Awang Belanga, Awang Batil, Tuk Selampit. Cerita disampaikan secara lisan dan berkembang. Dalam proses ini berlaku tokok tambah.

Apabila berlaku perkembangan tulisan dan pertembungan dengan peradaban luar, cerita-cerita lisan mula dituliskan. Pada mulanya ditulis dengan tulisan tangan. Pada waktu ini cerita-cerita ini ditulis oleh penulis-penulis istana. Pada waktu ini lahir pelbagai corak kesusasteraan seperti sastera bercorak Hindu, bercorak sejarah, sasteraan keagamaan, sastera undang-undang dan ketatanegaraan dan sastera epik atau kepahlawanan. Pada zaman ini penulis-penulis tidak menuliskan nama-nama mereka sebagai pencatat atau penulis.

Pertembungan dengan peradaban Barat yang turut memperkenalkan alat cetak membuka jalan kepada perkembangan karya sastera yang lebih meluas. Karya yang dihasilkan mula dicetak antaranya seperti karya Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah. Bermula pada zaman ini perkembangan sastera semakin meluas dan menggalakkan kelahiran penulis-penulis.Pada waktu ini juga sudah lahir penulis-penulis yang terkenal sepertiRaja Ali Haji, Munsyi Abdullah.

Beberapa orang penulis pula bekerja sebagai wartawan memudahkan mereka terlibat dalam penghasilan karya sastera.

Sebelum Perang Dunia II dari tahun 1920 –1941-an terdapat tiga golongan penulis iaitu penulis agama, penulis guru dan penulis wartawan. Penulis agama diwakili oleh Syed Sheikh Al-Hadi, Ahmad Rashid Talu dan Ahmad Ismail. Penulis guru diwakili oleh guru-guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malik seperti Harun Aminurashid, Ahmad Bakhtiar, Shahrom Husain dan beberapa yang lain. Penulis wartawan adalah golongan yang terlibat dengan dunia kewartawanan dan berpendidikan Melayu, Arab dan Inggeris seperti Abd. Rahim kajai, Ishak H. Muhamad, Raja Mansur dan beberapa orang lain.

Bilangan penulis semakin bertambah dalam tahun 1950-an, tambahan pula tertubuhnya Asas 50 yang diwakili oleh penulis-penulis muda yang berpendidikan Melayu dan Inggeris.Antaranya seperti Keris mas, Usman awang, Masuri S.N, Wijaya Mala, A.Samad Said dan beberapa orang lain.

Pada zaman kemerdekaan dunia kesusasteraan semakin meriah.Penulis-penulis pada zaman ini datang dari pelbagai bidang pendidikan dan latar belakang kehidupan. Penulis-penulis pada waktu ini seperti Arena Wati, Abdullah Husain, Khadijah Hashim, Salmi Manja, Azizi Hj. Abdullah dan beberapa orang lain. Perkembangan dunia sastera ini semakin ceria dengan

4

Page 5: Konsep Sastera

penglibatan penulis-penulis bukan Melayu seperti Lim Siew Tin, Goh Chen Thye dan beberapa orang lain.

Kesimpulannya dunia sastera terus berkembang seiring dengan peredaran dan kemajuan zaman. Kelahiran dan pengembangannya tidak terikat oleh waktu.

3.2 Pembahagian Hasil karya Sastera

Proses perjalanan masa yang panjang yang dilalui oleh kesusasteraan Melayu membolehkan ia dibahagi kepada beberapa bentuk. Pembahagian ini asasnya adalah mengikut perkembangan yang dilalui berdasarkan tahap-tahap zaman tertentu. Sehubungan itu hasil kesusasteraan ini dapat dibahagikan sebagai sastera tradisional atau sastera klasik dan sastera moden. Sastera tradisional merangkumi hasil karya sastera yang lahir pada zaman sebelum 1800 masihi iaitu zaman masyarakat Melayu belum dipengaruhi oleh peradaban Barat. Sastera moden atau kesusasteraan baru pula merangkumi hasil karya sastera yang berkembang selepas tahun 1800 masihi. Pada zaman ini masyarakat Melayu mula diresapi oleh peradaban Barat.

3.2.1 Sastera Tradisional

Secara asasnya pembahagian sastera tradisional ditandai dengan beberapa ciri-ciri yang tertentu.Ciri yang paling jelas ialah penggunaan alat penyampaian. Sastera tradisional disampaikan secara lisan. Bagaimanapun setelah berlaku perkembangan dalam penulisan, sebahagian daripada hasil karya sastera tradisional ini juga telah ditulis dengan menggunakan tulisan tangan. Hasil karya sastera tradisional adalah bersifat sepunya. Ia tidak ditanda sebagai hak peribadi. Oleh itu dalam sastera tradisional tidak terdapat hak cipta. Sehubungan itu karya sastera tradisional biasanya tidak mempunyai nama pengarang. Dari segi isinya pula, karya sastera tradisional lebih mengutamakan penceritaan hal-hal yang mengandungi alam khayalan daripada kenyataan. Akibat dari itu, dalam perkara-perkara yang bersifat kenyataan seperti keagamaan, pensejarahan dan perundangan pun dicampuradukkan dengan unsur khayalan.Seterusnya cara penyebaran sastera tradisional adalah terbatas. Ini disebabkan ia disampaikan secara lisan dan juga bilangan naskhahnya yang amat terhad.

3.2.1 Pembahagian Karya Sastera Tradisional

Setiap zaman mempunyai norma-norma sastera yang khusus. Oleh itu karya-karya tersebut boleh diwarnakan dengan ciri-ciri yang khusus.

Zaman Purba-merujuk kepada zaman masyarakat sebelum dipengaruhi oleh peradaban lain dan setelah menerima peradaban Hindu dan Islam. Karya zaman purba lebih berbentuk cerita rakyat dan disampaikan secara lisan. Terdapat tiga jenis yang utama iaitu cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita binatang.Cerita penglipur lara lebih bersifat romantis yang memuatkan kisah pertemuan dan percintaan yang biasanya berakhir dengan kebahagiaan. Watak-wataknya keseluruhan adalah terdiri daripada anak-anak raja.Contoh-contoh cerita penglipur lara seperti Hikayat Malim Demam, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa.Cerita binatang pula biasanya mengambil binatang sebagai watak-watak utama. Binatang ini diberikan sifat-sifat manusia dan boleh bercakap, berfikir dan bertindak. Antara cerita binatang yang popular ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.Cerita jenaka biasanya berkisar pada watak-watak manusia tertentu yang berperangai lucu dan menimbulkan rasa geli hati. Dalam masyarakat kita, terdapat tiga jenis watak manusia begini iaitu yang digelarkan sebagai ‘bodoh-sial’, ‘bodoh-pintar’ dan ‘pintar’ Watak ‘bodoh-sial’ ialah watak yang bodoh dan sering mendapat malang atau sial seperti watak Lebai Malang dan Pak Kaduk. Watak ‘bodoh-pintar’ watak yang berperilaku kadang-kadang

5

Page 6: Konsep Sastera

bodoh dan kadang-kadang pintar seperti watak Pak Pandir.Watak ‘pintar’ ialah watak bijak yang memperdayakan orang lain dengan cara yang lucu dan sinis seperti watak Pak Belalang dan Si Luncai.

Zaman HinduKemasukan peradaban Hindu membawa bersama pengaruhnya dalam bidang sastera. Dunia kesusasteraan pada zaman ini mengalami perubahan. Karya sastera pada zaman ini lebih dikenali sebagai karya epik. Karya epik ialah karya yang menceritakan kegagahan para pahlawan. Terdapat dua buah karya sastera yang terkenal yang akhirnya menjadi asas dan saduran kepada penghasilan karya-karya lain. Dua buah karya tersebut ialah Ramayana yang ditulis oleh Valmiki dan Mahabrata yang dihasilkan oleh Vyasa. Daripada epik ini lahirlah Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima. Hasil epik Hindu ini mempunyai pengaruh yang amat besar kepada masyarakat Melayu. Cerita-cerita ini telah menjadi sumber kepada cerita-cerita wayang kulit Melayu. Seterusnya berlaku perkembangan kerajaan Majapahit dan ini telah melahirkan cerita-cerita panji. Cerita-cerita panji ini berasal daripada Jawa Timur tetapi disesuaikan dengan unsur-unsur tempatan. Antara karya-karya panji yang terkenal ialah Hikayat Cekel Waneng Pati, Hikayat Panji Kuda Semirang dan Hikayat Panji Semirang. Cerita panji ini juga dikategorikan sebagai cerita roman yang mengisahkan tentang pengembaraan dan percintaan.

Zaman IslamZaman pengaruh Islam melahirkan pelbagai jenis sastera. Antaranya sastera yang berhubungan dengan cerita-cerita tentang Nabi Muhamad. Sastera ini memperkatakan tentang ketokohannya, sifat-sifatnya yang unggul dan peristiwa-peristiwa luar biasa mengenainya. Antara karya-karya yang terkenal dari jenis ini ialah Hikayat Nur Muhamad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Mikraj dan Hikayat Rasulullah. Terdapat cerita-cerita tentang nabi-nabi lain seperti cerita Hikayat Nabi Sulaiman, Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi Yusuf dan beberapa yang lain.Cerita-cerita yang berkaitan dengan sahabat dan tokoh Islam boleh didapati daripada cerita-cerita Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir al-Mukminin, Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Raja Handak dan beberapa yang lain.Cerita-cerita pahlawan Islam juga dikenali sebagai epik Islam. Antara karya-karya sastera yang termasyhur ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Malik Saiful Lizan dan Hikayat Semaun.Dalam zaman Islam ini juga ditulis hasil-hasil sastera yang berkaitan dengan sejarah dan ketatanegaraan. Sastera sejarah ialah yang berkaitan mengenai sejarah dan susur keturunan raja-rajanya seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Acheh. Salsilah Melayu Bugis dan beberapa yang lain.Sastera ketatanegaraan ialah yang berkaitan dengan perundangan dan pemerintahan negara. Karya undang-undang yang terkenal ialah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka, Undang-undang Kedah, Bustanus Salatin, Tajus Salatin.

3.3 SASTERA MODEN

Konsep kesusasteraan moden muncul ditandai dengan beberapa ciri yang tertentu. Karya kesusasteraan moden menggunakan tulisan atau percetakan sebagai alat penyampaiannya. Setiap karya yang dihasilkan dianggap sebagai pernyataan perasaan individu dan pengkarya bertanggungjawab di atas hasil penulisannya. Sehubungan itu pada setiap karya akan ditulis nama pengarangnya. Dari segi isi pula kesusasteraan moden lebih banyak menceritakan perkara-perkara yang didasarkan pengalaman atau kebenaran iaitu perkara-perkara yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, kesusasteraan moden tidak membahagikan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, perundangan dan sejarah bukan sebagai karya kesusasteraan. Karya kesusasteraan moden biasanya dicetak dalam jumlah naskhah yang banyak. Justeru itu ia dapat disebarkan secara meluas dan penyebarannya menjadi mudah, lekas dan rata.

6

Page 7: Konsep Sastera

3.3.1 Pembahagian aman kesusasteraan Moden.

Zaman kesusasteraan moden mempunyai dua bahagian yang utama iaitu zaman kelahiran dan zaman perkembangan. Zaman kelahiran bermaksud munculnya bentuk-bentuk baru dalam kesusasteraan. Zaman ini diwakili dengan zaman Abdullah Munsyi ( 1800-1923) dan zaman sebelum Perang Dunia II(1923-1942).Zaman perkembangan merupakan zaman berkembangnya bentuk dan jenis sastera yang baru serta bertambah maju. Ia merangkumi tiga tahap zaman iaitu zaman Jepun( 1943-1945), zaman ASAS ’50 (1946-1956) dan zaman kemerdekaan (1957...)

Zaman Abdullah Munsyi Pada zaman ini lahir dua karya sastera yang terpenting, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah( 1840). Karya ini membawa pembaharuan dari segi jenis dan bentuk. Ia lebih berupa “autobiografi” iaitu biografi diri pengarang iaitu Abdullah Munsyi. Ia juga menjelaskan namanya sebagai pengarang. Isi karya-karya Abdullah juga berubah. Ia lebih menyentuh tentang kehidupan sehari-hari dan pengalaman pengarang dalm pelayaran ke negeri Trengganu, Kelantan dan Pahang. Isi karya juga memasukkan unsur nasihat, kritik yang terbuka dan pedas serta memberikan beberapa pandangan. Watak-wataknya pula terdiri daripada watak manusia biasa yang mempunyai sifat yang baik dan lemah. Gaya dan teknik pemulisan juga berubah. Dalam karya ini Abdullah menggunakan ‘aku’ sebagai bahan cerita. Gaya bahasanya lebih menghampiri bahasa lama tetapi diselitkan juga beberapa istilah bahasa Inggeris.Pembaharuan Abdullah ini radikal dan mendahului zamannya.

Zaman Sebelum Perang Dunia IIZaman ini terdapat tiga golongan penulis yang mula terkenal iaiatu golongan intelek agama, guru Melayu dan wartawan-sasterawan. Jenis-jenis karya seperti cerpen dan sajak sudah mula diterbitkan dalam akhbar dan majalah. Antara majalah yang memuatkan ruangan cerpen seperti majalah Pengasuh dan Panduan Guru.Pada tahun 1920-an bentuk cerpen semakin berkembang pesat dan meluas. Selain akhbar, majalah juga turut meuatkan penerbitan cerpen seperti majalah Warta Ahad, Warta Jenaka, Warta Malaya, Kehidupan Dunia Akhirat. Cerpen semakin berkembang kerana ia seolah-olah menjadi bahan muatan terpenting dalam terbitan akhbar dan majalah. Bentuk cerpen sejak tahun 1920-1941 masih menghampiri bentuk cerita tradisional dan masih banyak penggunaan istilah ‘cetera’, ‘kisah’ atau ‘hikayat’.Perkara yang lebih ditekankan dalam cerita ialah untuk mengajar walaupun adakalanya jalan sesuatu cerita itu menyeleweng atau menjadi kacau.Unsur didaktik amat ditekankan dan teknik penulisan diabaikan. Perkara sedemikian disebabkan dunia cerpen lebih diteokai oleh golongan penulis berpendidikan Melayu Arab. Penciptaan mereka juga bersifat sambilan. Mereka tidak mendapat pendidikan kesusasteraan. Buku novel yang pertama juga lahir pada zaman ini iaitu Hikayat Faridah Hanum atau Hikayat Setia Asyik Kepada Masyuknya (1926).Novel ini ditulis oleh Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Selain itu lahir lagi seorang penulis iaitu Ahmad Muhamad Rashid Talu. Beliau telah menghasilkan beberapa buah novel seperti Kawan Benar (1927), Iakah Salmah (1928), dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapa Jahat atau Datuk Cencano (1930). Novel-novel Ahmad Rasyid Talu latar, watak atau suasana tempatan. Seterusnya dunia sastera pada zaman ini diwarnai dengan beberapa golongan penulis daripada guru-guru Maktab lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara yang terkenal ialah Harun Aminurrashid, Muhamad assin Makmur, Ahmad Bakhtiar dan beberapa orang yang lain. Kebanyakan persoalan yang diutarakan dalam karya lebih menyentuh tentang soal-soal kemasyarakatan yang berhubungan dengan pengaruh buruk daripada kebudayaan Barat.

7

Page 8: Konsep Sastera

Mereka lebih mempertahankan kebudayaan Timur tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan masalah adat atau kebiasaan yang lapuk dan kolot seperti kahwin paksa.

Penulis-penulis lain yang turut menghasilkan novel ialah dari kalangan penulis wartawan-sasterawan seperti Shamsuddin Salleh,Raja Mansur dan Ishak Hj. Muhamad. Antara novel-novel yang dihasilkan ialah Putera Gunung Tahan ( 1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941).Persoalan yang dikemukakan dalam karya novel pada zaman ini lebih berupa sindiran terhadap golongan feudal Melayu dan kecaman terhadap penjajahan Inggeris.

Pada zaman ini juga bentuk sajak sudah mula diterima masyarakat. Pungguk adalah orang yang mula-mula sekali mencipta sajak dan diterbitkan dalam Majalah Guru. Selain daripada Pungguk muncul penyajak-penyajak lain seperti Pujangga, Yusuf Arshad, Muhamad Taib Akil dan beberapa orang lain. Persoalan-persoalan dalam sajak pada waktu ini lebih menggambarkan sifat-sifat romantik, yang merayu-rayui dan menyatakan perasaan sendiri.

Zaman JepunPada zaman ini badan-badan penerbitan mula dikawal rapi oleh penjajah Jepun. Hanya karya-karya cerpen dan sajak sahaja yang dihasilkan. Antara penulis-penulis Tanah Melayu yang bergita aktif ialah Ishak Hj. Mohamad, A. Samad Ismail, Zubir Salam dan Tharuddin Samad.

Tema dan persoalan yang dikemukakan lebih menyentuh tentang propaganda dan dakyah Jepun seperti cerpen A. Samad Ismail yang bertajuk Ke Bintan To. Bagaimanapun persoalan-persoalan lain juga dikemukakan setelah merasakan kepediahan dan kesengsaraan pemerintahan Jepun.Karya-karya pada zaman Jepun ini agak kecil bilangannya tetapi mempunyai kesan yang besar. Ia telah memperlihatkan unsur-unsur pembaharuan yang lebih dinamis dan mendorong kepada kelahiran ASAS ’50.

ASAS ’50Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS ’50 merupakan badan pertubuhan kesusasteraan. Penulis-penulis zaman ini mempunyai cita-cita kebangsaan, politik dan sosial. Mereka menjadikan sastera sebagai alat untuk memperjuangkan keadilan masyarakat, kemakmuran rakyat dan kedamaian hidup. Mereka menganggap sastera adalah ‘seni untuk masyarakat’. Beberapa buah antologi cerpen juga sudah mula diterbitkan seperti Mekar dan Segar (1959) dan Patah Tumbuh (1962). Antologi sajak pula ialah seperti Awan Putih( 1958), Warna Suasana (1962) dan Bunga Pahit (1967).

Secara keseluruhannya perjuangan ASAS ’50 ini banyak kekurangannya tetapi telah memberi sumbangan dalam melahirkan beberapa pembaharuan terhadap pembentukan dan perkembangan kesusasteraan.

Zaman KemerdekaanSelepas zaman kemerdekaan perkembangan kesusasteraan semakin pesat dan

mencapai kemuncaknya dalm tahun 1960-an kerana kuantiti hasil karya semakin bertambah terutama novel-novel Melayu.. Ini disebabkan beberapa faktor, antara peraduan yang diadakan, pertambahan penerbit yang mencetak dan kemunculan lebih ramai penulis muda. Antara penulis-penulis yang mula mendapat nama ialah seperti Salmi Manja, Yahya Samah, Abdullah Husain, Yahya Ismail, S. Othman Kelantan, Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Perkembangan genre sastera juga mula bertambah. Selain daripada novel, sajak dan cerpen , muncul bentuk lain iaitu drama dan kritikan. Drama mula dihasilkan untuk bacaan, pementasan, lakonan radio dan televisyen. Antara penulis-penulis drama ialah seperti Usman Awang, A. Samad Said,Kala Dewata, kalam Hamidi dan beberapa orang lagi.

Bidang kritikan juga mula mendapat perhatian daripada penulis-penulis. Bentuk kritikan lebih serius dan tepat kerana ramai di antara penulis mendapat pendidikan kesusasteraan. Antara pengkritik yang berjaya ialah M. Noor Azam, Shahnon Ahmad, Yahya Ismail, Ismail Husein dan beberapa orang lain.

Perkembangan dunia kesusasteraan semakin meriah apabila terdapat penghargaan kerajaan dengan mengeluarkan hadiah sastera, badan-badan penerbitan yang sanggup menerbitkan karya-karya dan peraduan-peraduan yang diadakan oleh institusi, badan-badan penulis dan sebagainya. Keseluruhannya perkembangan pada waktu ini merangkumi bidang kreatif dan bukan kreatif seperti kritikan.

8

Page 9: Konsep Sastera

Rumusan

1. Kesusasteraan lahir dan berkembang sejak wujudnya masyarakat di kalangan bangsa Melayu.2. Kesusasteraan terus berkembang tanpa putus walaupun beberapa perubahan berlaku

dalam bidang sosial, agama dan politik.3. Peruabahn dan pertukaran yang melanda memperkayakan lagi dunia kesusasteraan kita.4. Perubahan dan perbezaan yang melanda membolehkan kesusasteraan memiliki ciri-ciri

yang tersendiri mengikut zaman yang dilaluinya.

BENTUK SASTERA

PROSA

Merupakan karangan biasa yang tidak mempunyai pola rima. Ia tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang tertentu. Ia menyarankan suatu cara pengucapan yang eksplisit, menghurai dan menjelasterangkan sesuatu.

Prosa mempunyai perbezaan penulisan ilmiah kerana ia mempunyai nilai-nilai estetika atau penerapan keindahan bahasa.

Hasil bentuk prosa seperti cerita-cerita hikayat, autobiografi, biografi, cerpen, novel, esei dan kritikan. Dalam sastera klasik, prosa merangkumi kesusasteraan rakyat termasuk cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara. Dalam prosa sastera klasik, ia menggunakan ayat yang panjang untuk memberi penjelasan yang lengkap. Adakalanya berlaku pengulangan kata-kata.

Biasanya karya-karya sastera berbentuk prosa ini jelas menyarankan pengucapan atau persoalan yang dikemukakan secara terang dan langsung. Ia dapat menghuraikan sesuatu perkara itu dengan nyata dan pembaca tidak sukar untuk menanggapi atau memahami maksudnya.

Bentuk-bentuk prosa yang lebih moden seperti cerpen, novel, esei dan kritikan telah muncul sejak tahun 1920-an. Kemunculan genre ini memperlihatkan perubahan dan pembaharuan yang terungkap dalam hasil karya, terutama dari aspek persoalan, gaya bahasa dan teknik penyampaian.

Persoalan dalam karya prosa moden lebih menggarap kehidupan semasa dan realiti. Gaya bahasanya juga lebih mudah, jelas dan indah dengan teknik pengolahan lebih meyakinkan.

Cerpen merupakan karya sastera moden berbentuk prosa yang awal sekali. Cerpen merujuk kepada cerita pendek yang biasanya menjangkau hingga 5000 patah perkataan. Cerpen biasanya membawa persoalan yang terhad .

Prosa genre novel pula mempunyai jumlah perkataan yang lebih banyak sehingga mencapai 40 000 patah perkataan. Lazimnya novel mengungkapkan persoalan yang lebih luas, dengan watak-watak yang ramai dan pelbagai.

9

Page 10: Konsep Sastera

Prosa berkaitan esei pula sering dikaitkan dengan tulisan mengenai sesuatu topik atau persoalan tertentu berkenaan kesusasteraan. Pada dasarnya esei mengandungi pemikiran yang bernas serta bersifat analisis. Penulisan esei sastera boleh ditulis dengan pelbagai cara dan sifat seperti bersifat naratif,deskripif, objektif, subjektif dan polemik yang menimbulkan nada sinis dan menyindir. Esei biasanya dijadikan dalam bentuk artikel-artikel dalam majalah atau suratkhabar atau mengisi ruangan khas yang membicarakan tentang kesusasteraan secara keseluruhannya.

Prosa kritikan sastera lebih merupakan penilaian, penganalisisan dan mencari nilai sastera dalam sesebuah hasil karya sastera itu sendiri. Kritikan ini berfungsi menjadi penghubung antara pembaca dengan pengarang. Seterusnya pengkritik berperanan sebagai menjelaskan sebarang kesulitan untuk memahami sesebuah karya itu. Pengkritik akan mentafsir makna-makna yang tersirat dan menghuraikan nilai-nilai yang tersembunyi, seterusnya memperlihatkan keindahan karya, menunjukkan yang baik untuk dihayati dan dinikmati atau memperlihatkan kekurangan serta menyarankan pemikiran bagi memperbaikinya.

PUISI

Merupakan satu bentuk pengucapan kesusasteraan Melayu yang telah wujud sejak zaman silam. Puisi lazimnya digubah dengan pemilihan bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuknya yang tersendiri. Sebahagian besar kandungannya terdiri daripada kalimat-kalimat yang tersusun secara lurus dan bersahaja. Puisi biasanya mempunyai bentuk yang tersendiri, bersifat padat, ringkas dan rumit.

Bahasa dalam puisi tidak selalu tunduk kepada hukum tatabahasa biasa. Ia mempunyai inversi-pembalikan kalimat atau ungkapan tertentu sebagai satu stail atau cara gaya untuk mendapatkan kesan tertentu.

Dari aspek persoalan atau perutusan, biasanya puisi mengungkapkannya secara implisit, samar dengan makna yang tersirat, diksi atau pemilihan kata-katanya amat cenderung kepada erti yang konotatif dan ambiguiti sifatnya.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, puisi dapat dibahagikan kepada dua golongan yang besar iaitu puisi tradisional dan puisi moden.

Puisi tradisional terdiri daripada bentuk pantun, syair, seloka, gurindam, mantera, peribahasa, perbilangan adat, bahasa berirama, nazam, masnawi, kitaah, rubai dan ghazal.

Puisi moden merujuk kepada sajak-sajak moden.

10