konsep pengajaran reflektif

6
Konsep Pengajaran Reflektif membandingkan tindakan reflektif: Tindakan melibatkan kesediaan untuk membuat penilaian kendiri dan perkembangan secara berterusan Empat ciri Pengajaran Reflektif Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru Guru akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati Pengajaran Reflektif memerlukan enam jenis kemahiran Ciri-Ciri Guru Reflektif: 1. Keterbukaan Minda

Upload: aimi-dayana-jaafar

Post on 02-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

maksud pengajaran reflektif

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Pengajaran Reflektif

Konsep Pengajaran Reflektif  membandingkan tindakan reflektif: 

Tindakan melibatkan kesediaan untuk membuat penilaian kendiri dan perkembangan secara berterusan

 

                                    Empat ciri Pengajaran Reflektif

  Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal

  Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru

  Guru  akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran 

Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati  

Pengajaran Reflektif memerlukan enam jenis kemahiran 

                                                              Ciri-Ciri Guru Reflektif: 

Page 2: Konsep Pengajaran Reflektif

1.  Keterbukaan Minda  

2. Tanggung Jawab  3. Kesungguhan  4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.

  

    5.Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia

 

    6.    Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.

      7.Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis data serta menilai data      8.   Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal  mengenai tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak            Cara-cara membuat refleksi dengan merujuk kepada Model Boud

 http://www.infed.org/foundations/understanding.htm 

Dengan merujuk kepada laman web ini, sila membuat nota-nota penting tentang konsep dan proses refleksi berlandaskan kepada tajuk-tajuk kecil berikut:

 

Page 3: Konsep Pengajaran Reflektif

Pengajaran ReflektifPengajaran reflektif bermaksud melihat semula apa yang anda lakukan dalam bilik darjah, memikirkan tentang megapa anda melakukannya serta memikirkan sama ada ia berkesan atau sebaliknya – satu proses pemerhatian kendiri serta penilian kendiri. Dengan mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berlaku dalam bilik darjah, dan dengan membuat analisis serta menilai maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan, anda mengenalpasti dan meneroka amalan anda serta kepercayaan yang menjadi asas kepada tindakan anda. Ini akan seterusnya membawa kepada perubahan serta penambahbaikan pengajaran.

Oleh itu pengajaran reflektif merupakan alat untuk perkembangan profesionalisme yang bermula dari dalam bilik darjah anda sendiri.

Mengapa pengajaran reflektif begitu penting?

Ramai di kalangan guru telah mula memikirkan mengenai pengajaran mereka dan  berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja. Anda mungkin berfikir dan berkongsikan dengan seseorang tentang “Pengajaran anda yang berjalan lancar dan baik” atau “Murid anda tidak memahami apa yang anda ajarkan” atau “Murid-murid anda tidak bertingkahlaku baik pada hari ini.”

Walau bagaimanapun, dengan memberikan masa yang lebih untuk berfokus atau membincangkan apa yang telah berlaku, anda mungkin akan membuat rumusan tentang mengapa perkara itu berlaku. Anda mungkin hanya akan melihat reaksi murid yang lebih dominan. Pengajaran reflektif menekankan kepada proses yang lebih sistematik ketika mengumpulkan maklumat, merekodkannya serta membuat analisis tentang pemikiran dan pemerhatian anda di samping pemikiran dan perlakuan murid-murid anda. Seterusnya anda lakukan perubahan yang bersifat penambahbaikan dalam pengajaran.

Sekiranya pelajaran berjalan dengan lancar anda boleh menjelaskannya dan memikirkan mengapakah ia berjaya.

Sekiranya murid-murid tidak memahami penggunaan bahasa atau istilah yang anda gunakan, anda perlu memikirkan tentang apa yang telah anda lakukan dan mengapa ia menjadi tidak jelas.

Sekiranya murid-murid salah laku dalam kelas – apakah sebenarnya yang mereka telah lakukan, bila dan mengapa?

 Memulakan proses refleksiAnda mungkin memulakan proses refleksi sebagai respons kepada masalah tertentu yang timbul dalam kelas anda, atau hanya sebagai satu cara untuk mencari-cari sesuatu tentang pengajaran anda. Anda mungkin membuat keputusan untuk memberikan fokus kepada kelompok murid tertentu atau melihat ciri-ciri pengajaran anda – contohnya bagaimana anda kendalikan murid salah laku atau bagaimana anda menggalakkan murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Arab dalam bilik darjah.

Page 4: Konsep Pengajaran Reflektif

Langkah pertama ialah dengan mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya.

Diari / jurnal reflektif guru Penulisan diari guru merupakan cara yang paling mudah untuk memulakan proses refleksi kerana sifatnya yang lebih peribadi. Selepas setiap pengajaran, anda perlu menuliskan di dalam diari anda tentang apa yang berlaku. Anda mungkin juga akan menjelaskan tentang reaksi dan perasaan anda dan segala yang anda perhatikan tentang murid-murid anda. Anda mungkin akan mula mengemukakan pelbagai persoalan tentang apa yang telah anda perhatikan. Anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk menggunakan masa mencatatkan ke dalam diari ini secara tekal.

Pemerhatian rakan sebaya Ajaklah rakan sejawat untuk turut bersama berada di dalam kelas ketika anda mengajar dengan tujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pengajaran anda. Mungkin anda boleh lakukan dengan tugasan yang mudah atau dengan membuat nota / catatan. Anda boleh mengaitkan maklumat yang dicatatkan oleh rakan ini dengan perkara yang ingin anda buat refleksi. Contohnya, anda boleh bertanya rakan sejawat anda untuk memfokuskan kepada murid manakah yang menyumbang paling banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan corak interaksi yang berlaku atau bagaimana anda kendalikan sebarang kesilapan.

Rakaman pelajaranRakaman audio atau video tentang pelajaran boleh menjadi sumber maklumat yang berguna untuk dibuat refleksi. Anda mungkin melakukan rakaman di dalam bilik darjah tentang perkara yang tidak anda sedari atau mungkin berlaku sesuatu di dalam bilik darjah yang lazimnya tidak disedari.

Rakaman audio adalah berguna apabila diambilkira tentang aspek percakapan (lisan) guru.

o Berapa banyak anda bercakap?

o Tentang apa?

o Adakah arahan dan penerangan dibuat dengan jelas?

o Berapa banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk bercakap (menjawab atau berbincang)?

o Bagaimana nada memberi respon ketika murid berbual-bual (perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran)?

Rakaman video berguna untuk menunjukkan aspek tingkahlaku anda.

o Di mana anda berdiri?

o Kepada siapa anda bercakap?

o Bagaimana anda Malayan murid?

Page 5: Konsep Pengajaran Reflektif

Maklubalas muridAnda juga boleh bertanya kepada murid-murid mengenai apa yang mereka fikirkan tentang perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Pandangan serta persepsi mereka akan dapat digunakan untuk mendapatkan pandangan yang berbeza serta dapat memperkayakan perspektif. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan soal selidik mudah atau diari pembelajaran.

Apakah yang perlu dilakukan seterusnya?Setelah mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah anda, apakah yang perlu dilakukan?

FikirAnda mungkin telah mengesan corak yang berlaku dalam pengajaran anda melalui pemerhatian anda sendiri. Anda mungkin juga telah mengesan perkara yang berlaku yang selama ini tidak anda sedari. Anda mungkin tersentak dengan maklum balas yang diberikan oleh murid-murid anda. Anda mungkin telah mempunyai idea untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan.

BerkongsiHanya dengan berkongsikan maklumat yang telah anda perolehi dengan rakan sejawat, anda akan berupaya untuk mendapatkan idea bagaimana melakukan sesuatu dengan cara yang lain.

o Sekiranya anda mempunyai rakan yang pada masa yang sama, ingin membina dan memperbaiki pengajaran melalui proses refleksi, anda boleh berbincang mengenai isu atau fenomena yang ingin dibincangkan. Perbincangan boleh didasarkan kepada senario dalam kelas anda.

o Gunakan senarai pernyataan mengenai pengajaran (contohnya, kerja berpasangan merupakan aktiviti yang berguna dalam kelas Bahasa Arab atau keupayaan bertutur lebih baik daripada nahu) anda boleh berbincang tentang mana yang anda persetujui atau tidak persetujui dan mana satu yang yang menjadi bukti yang menyokong pengajaran anda.

BacaAnda mungkin membuat keputusan bahawa anda perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara yang berlaku serta ingin dibuat refleksi. Anda boleh merujuk bahan-bahan berkenaan dalam buku atau daripada Internet serta majalah dan jurnal pendidikan.  

TanyaKemukakan soalan melalui forum di Internet atau kepada orang lain yang lebih mengetahui (rakan atau guru pakar) untuk mendapatkan idea. Tanyalah perkara yang menarik minat anda untuk mendapatkan jawapannya.

Page 6: Konsep Pengajaran Reflektif

KesimpulanPengajaran reflektif merupakan proses kitaran kerana apabila anda mula melaksanakan perubahan, proses reflektif dan penilaian akan bermula semula.

o    Apa yang anda lakukan

o    Mengapa anda lakuakannya?

o    Sejauh mana keberkesanannya?

o    Bagaimana respons murid?

o    Bagaimana boleh anda jadikan lebih baik?

Sebagai hasil keputusan yang diperolehi melalui refleksi, anda mungkin membuat keputusan untuk melakukan perubahan atau anda mungkin memutuskan untuk memperbaiki agar menjadi lebih baik.