konsep-konsep asas penilaian dan pengukuran dalam pengajaran dan pembelajaran pengajian sosial

39
(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) TAJUK 1 Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial SINOPSIS Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial. KERANGKA TAJUK-TAJUK KONSEP-KONSEP ASAS PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIAN 1

Upload: perdull-der-chopper

Post on 13-Aug-2015

275 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

TAJUK 1 Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial

SINOPSIS

Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim.

HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP-KONSEP ASAS PENILAIAN DAN PENGUKURAN

DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIAN

PENGUKURAN

1

Page 2: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

KANDUNGAN ISI

Modul ini menerangkan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Modul ini juga akan menerangkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial. Seterusnya menyenaraikan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

1.0 Pengujian

Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang

piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau

prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku

atau perubahan seseorang individu atau murid (Azizi, 2008).

Manakala menurut Siti Rahayah (2003) pengujian adalah proses

pengukuran pencapaian penguasaan pelajar dalam suatu

disiplin di dalam kelas dengan menggunakan ujian.

Menurut Bhasah (2009) ujian adalah satu konsep yang kerap

digunakan oleh guru pada setiap bulan. Guru dikehendaki

menyediakan ujian bulanan, ujian pertengahan semester juga

ujian percubaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR

(Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),

STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan STAM (Sijil Tinggi

Agama Malaysia).

Manakala menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang

bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku

seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala

bernombor atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala

bernombor dalam mengukur pencapaian murid bagi sesuatu mata

pelajaran seperti dalam ujian KajianTempatan murid mendapat

markah 90/100. Contoh sistem berkategori seperti ekstrovert atau

2

Page 3: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

introvert bagi ujian personaliti dan buta warna hijau-merah bagi ujian

penglihatan (Mokhtar, 2009).

1.1 Tujuan pengujian

a) Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.

b) Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

c) Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh

pelajar.

d) Maklum balas kepada guru dari segi kekuatan dan

kelemahan pengajarannya.

e) Maklum balas kepada pelajar dari segi kekuatan dan

kelemahan pembelajarannya.

1.2 Pelaksanaan pengujian

Pelaksanaan ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian

berbahasa dan ujian bukan berbahasa. Contoh ujian

berbahasa adalah ujian kertas dan pensel (ujian bertulis) dan

ujian lisan. Ujian bukan berbahasa contohnya adalah ujian

prestasi yang lebih tertumpu kepada kemahiran psikomotor.

Guru di sekolah selalu mengadakan ujian dari masa ke semasa. Jelaskan

proses-proses yang terlibat.

3

Page 4: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

2.0 Pengukuran

Pengukuran adalah satu proses mendapatkan penjelasan secara

numerik atau melalui angka tentang tentang sebanyak mana

individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan

menggunakan alat atau instrumen tertentu (Azizi, 2008). Menurut

Bhasah (2009) pengukuran adalah pemberian angka-angka atau

nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set

peraturan yang telah ditetapkan. Alat pengukuran yang digunakan

oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, skala kadar (rating scales)

atau senarai semak. Contoh bagi pengukuran adalah skor atau

markah 85 daripada 100 markah bagi sesuatu ujian.

2.1 Tujuan Pengukuran

a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran dan jenis-jenis kemahiran

yang diperoleh.

b) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh pelajar.

c) Membandingkan pencapaian dan kedudukan di antara

pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun

keseluruhan pencapaian akademiknya.

d) Mendapat maklumat untuk membuat pengelasan dan

menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.

e) Mendapat maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil

sebagai maklum balas kepada pelajar dan ibu bapa.

Huraikan alat-alat pengukuran yang boleh digunakan oleh guru selain

daripada ujian.

3.0 Penilaian

4

Page 5: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Menurut Siti Rahayah (2003), penilaian adalah satu sistem atau

proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang

strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat

analisis dan keputusan yang sewajarnya dan merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang

berkesan. Dalam konteks yang lebih luas, penilaian adalah satu

usaha mengemukakan pendapat tentang nilai sesuatu idea,

penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya. Ia melibatkan

penggunaan kriteria dan juga standard untuk menentukan sejauh

mana sesuatu itu tepat, berkesan, ekonomikal atau memuaskan.

Menurut Gay (1985) dalam Bhasah (2009), penilaian adalah satu

proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis

data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah dicapai. Seterusnya membolehkan guru

membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung

pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan

sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu

boleh diterima atau tidak. Ia melibatkan pengenalpastian,

pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi

pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu

objektif pendidikan

Penilaian merupakan satu aspek penting dan sangat mustahak

dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek

pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi

tujuan perancangan program-program penambahbaikkan

pendidikan. Melalui penilaian pengajaran dan pembelajaran, para

pengajar, pensyarah, guru, pelajar, murid, ibu bapa, pentadbir dan

5

Page 6: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

perancang pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi

meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

a) Kualitatif

Menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi

pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan

lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu

(Bhasah, 2009).

Data kualitatif diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod

pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

Contoh: Muhammad Haziq seorang pelajar yang pintar dan

cerdas.

b) Kuantitatif

Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti

Nurul Izzah mempunyai darjah kecerdasan 120.

Ringkasnya penilaian merupakan satu aspek proses

pembelajaran yang penting kerana ia menggalakkan murid

menbaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran

tentang pembelajaran murid-murid, dan menggalakkan guru

membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Namakan jenis-jenis penilaian yang kamu tahu?

6

Page 7: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

3.2 Proses Penilaian

Pada umumnya, proses membuat penilaian adalah seperti

berikut:

a) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan

b) Menentukan jenis responden/subjek

c) Pengumpulan data

d) Analisis

e) Interpretasi data

f) Membuat keputusan

3.3 Tujuan Penilaian

a) Mengumpul maklumat pencapaian pelajar, membuat

analisis dan mengambil tindakan yang selanjutnya.

b) Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar serta

merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.

c) Membuat pertimbangan dan penghakiman terhadap

kualiti, keberkesanan atau nilai sesuatu aktiviti

pendidikan.

d) Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang

ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran pada

masa akan datang.

e) Membantu guru mengetahui tahap pencapaian

sesuatu objektif pengajaran, keadaan ini memudahkan

guru membuat keputusan.

Anda dikehendaki mencari maklumat tentang pelaksanaan Penilaian

Kendalian Sekolah (PKS) bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan di sekolah anda.

7

Page 8: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

4.0 Pentaksiran

Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009), pentaksiran bilik

darjah meliputi satu kaedah dan sumber yang luas digunakan

oleh guru untuk mengumpulkan, menginterpretasi dan

mensintesis maklumat tentang pelajar. Pentaksiran adalah

proses yang melibatkan pengutipan, sintesis dan interpretasi

maklumat dalam membuat keputusan (Airasian, 2001) dalam

Vincent Pang dan Denis Lajium (2008).

Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penilaian saling

bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan membuat

keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian.

Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, oleh

itu pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan

yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran, pemarkahan dan

penggredan sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan segala

bentuk maklumat yang membantu pemahaman mengenai pelajar

dan pemantauan pengajaran. Pelbagai kaedah pengutipan

maklumat dan interpretasi juga terlibat dalam pentaksiran. Sebagai

contoh, Azni mendapat 85 markah untuk mata pelajaran Kajian

Tempatan. Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama

ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah tersebut tidak

mencukupi untuk memberi maklumat yang berkenaan. Yang diukur

adalah prestasinya sahaja, ada beberapa perkara yang tidak dapat

ditunjukkan atau ditentukan daripada penaksiran. Contohnya nilai,

sebab-sebab pelajar mendapat markah sedemikian, tahap program,

pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan

objektif kurikulum tercapai atau tidak.

8

Page 9: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

4.1 Ciri-ciri pentaksiran

a) Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul data

bertujuan membuat keputusan tentang individu atau

kumpulan.

b) Ujian merupakan sebahagian daripada pentaksiran.

c) Semasa membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru

sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk

menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu

dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan

pembelajaran telah dapat diwujudkan.

4.2 Tujuan Pentaksiran

a) Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah,

guru dan pelajar meningkatkan dan memberikan

piawaian yang lebih bermakna.

b) Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada

pengajaran dan pembelajaran dalam menepati

piawaian yang ditetapkan.

c) Memberi sijil kepada pelajar yang menunjukkan

kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran dan

guru menentukan tahap pencapaian pelajar

berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan.

d) Mengunakan maklum balas dari hasil pentaksiran

untuk pendidik dan pelajar memahami dan memberi

tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan

pengajaran dan pembelajaran mereka. Contohnya,

mencari punca kelemahan dan membantu pelajar

untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki

kaedah pengajaran.

9

Page 10: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

e) Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan

lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih

bermakna dan sistem persekolahan yang lebih

berkesan. Contohnya, apabila pelajar dapat

melaksanakan tugasan dengan cemerlang, mereka

diberikan pengiktirafan di atas pencapaian mereka.

Mengapa guru perlu tahu mengenai pentaksiran?

5.0 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

JADUAL 1.0: Perbezaan antara Pengujian,

Pengukuran dan Penilaian

Perkara Pengujian Pengukuran Penilaian

Takrif Teknik mengukur

perubahan tingkah

laku individu.

Proses memperoleh

nilai kuantitatif bagi

menentukan

pencapaian

pembelajaran

individu.

Proses mentaksir

perubahan

tingkah laku

berdasarkan data

kuantitatif dan

kualitatif.

Fungsi Mengesan hasil

pembelajaran

yang diperolehi.

Mengesan hasil

pembelajaran, jenis-

jenis kemahiran dan

kemajuan.

Membuat

pentaksiran

tentang

pencapaian murid

untuk tujuan

pemulihan dan

penggredan.

10

Page 11: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Masa Sebelum, semasa

dan selepas

pengajaran.

Sebelum, semasa

dan selepas

pengajaran.

Sebelum, semasa

dan selepas

pengajaran.

Cara Melalui item-item

(soalan-soalan)

ujian.

Berbagai-bagai cara

memperoleh data

kuantitatif.

Melalui ujian dan

alat-alat lain

seperti soal

selidik, rekod

anekdot atau

senarai semak.

Fokus Satu-satu unit

pembelajaran atau

beberapa unit

pembelajaran.

Satu-satu unit

pembelajaran atau

beberapa unit

pembelajaran.

Berdasarkan

maklumat

pengujian dan

data kualitatif dari

pemerhatian, soal

selidik atau

senarai semak.

Hasil Menunjukkan

pencapaian murid-

murid dalam satu

atau beberapa unit

pembelajaran.

Menunjukkan

pencapaian dalam

segmen pelajaran

yang diukur.

Menunjukkan

pencapaian dan

tingkah laku

murid secara

keseluruhan.

Nyatakan hubungan antara pengujian, pengukuran, penaksiran dan

penilaian.

6.0 Kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial

adalah seperti berikut;

11

Page 12: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

a) Memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran

guru. Daripada keputusan prestasi pelajar, dapat membantu

guru mempertingkatkan pengajarannya. Guru dapat

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran

berdasarkan objektif yang ditetapkan.

b) Memberi kesan yang sangat hebat iaitu secara umumnya

kesannya adalah memberi motivasi kepada pelajar yang

mempunyai matlamat yang jelas dalam pembelajaran. Pelajar

perlu berusaha untuk lulus dalam peperiksaan kerana hasil

peperiksaan memberi satu status pencapaian akademik. Ini

merupakan motivasi yang menyebabkan pelajar berminat

untuk belajar.

c) Memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang

kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran,

sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dikuasai.

d) Mendapat maklumat secara berterusan tentang pengajaran

dan pembelajaran.

e) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran.

Bandingkan dan bezakan pengukuran, pengujian, pentaksiran dan

penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses pelaksanaan dalam

konteks pendidikan.

TAJUK 2 Penilaian dan Ujian

12

Page 13: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

SINOPSIS

Dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis penilaian, ujian dan bentuk-bentuk ujian dan seterusnya membanding beza jenis-jenis ujian.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan dan membanding beza jenis-jenis ujian.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Formatif Penilaian Sumatif

Jenis-jenis Ujian

Ujian Rujukan Ujian Rujukan Kriteria Norma Ujian Pencapaian

Ujian Kecerdasan

Ujian Prestasi

Ujian Diagnostik

Ujian Personaliti

Ujian Bakat

2.0 Penilaian dan Ujian

13

Page 14: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

2.1 Jenis-jenis Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian

sumatif.

2.1.1 Penilaian formatif

Satu jenis penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk

mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil

pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad

contohnya satu unit pelajaran.Tujuan penilaian formatif adalah untuk

memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa

pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mengesan

kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu

kemahiran. Fungsi penilaian formatif adalah untuk memastikan guru

mendapat maklum balas dengan kadar segera tentang

pengajarannya dan pelajar dapat memahami pembelajaran yang

sedang berlaku. Cara penilaian adalah berbentuk tidak formal

seperti pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan ujian ringkas.

Contoh ujian formatif adalah seperti lembaran-lembaran kerja dan

ujian bulanan.

2.1.2 Penilaian sumatif

Merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus

atau program. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang

dijalankan. Cara penilaian adalah berbentuk formal seperti ujian

bertulis, peperiksaan amali, skala kadar dan senarai semak. Contoh

penilaian sumatif adalah seperti peperiksaan akhir tahun, Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah

14

Page 15: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia (STPM).

Penilaian sumatif juga digunakan untuk mengesan pencapaian

dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid

antara kelas. Pencapaian ini dinyatakan dalam bentuk gred dan

markah tertentu dan pemberian sijil-sijil. Jadual 2.1 menyenaraikan

perbezaan di antara ujian formatif dan ujian sumatif.

JADUAL 2.1

Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif

Perkara Ujian formatif Ujian sumatif

Konsep Ujian boleh dibina dan

ditadbir secara formal

atau tidak formal bagi

mengesan kemajuan

pelajar terhadap sesuatu

pembelajaran.

Ujian boleh dibina dan

ditadbir secara tidak

formal bagi mengesan

pencapaian pelajar

dalam tempoh tertentu

persekolahan.

Kaedah Secara formal: ujian

kertas dan pensel

Secara tidak formal:

pemerhatian, soal jawab,

tugasan dan latihan.

Secara formal : ujian

kertas dan pensel

Fungsi Memberi maklum balas

kepada guru dan murid.

Dapat mengesan punca-

punca kelemahan untuk

kegunaan dalam

pendidikan pemulihan.

Pemberian gred dan sijil

kepada murid diakhir

kursus.

15

Page 16: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Penekanan

dalam

penilaian

Tingkah laku kognitif,

psikomotor dan afektif.

Tingkah laku kognitif.

Fokus

pengukuran

Satu-satu segmen. Objektif kursus.

Masa diberi Sepanjang tahun. Diakhir satu-satu unit

atau kursus.

Contoh Ujian bulanan, lembaran

kerja

UPSR, PMR, SPM,

STPM dan Peperiksaan

akhir tahun.

Bezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif dari segi kaedah dan

kepentingan.

2.2 Jenis-jenis Ujian

2.2.1 Ujian Rujukan Norma (URN)

URN dirangka untuk membandingkan prestasi individu dengan

kumpulan rakan sekelasnya atau kumpulan yang berbeza mengikut

kelas, tingkatan atau program sekolah. Matlamat URN adalah untuk

membuat perbandingan antara pelajar oleh itu URN tidak memberi

maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran

dan kemahiran yang diajar. Matlamat URN adalah untuk

memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar. Oleh itu

tahap kesukaran item yang dibina dikawal supaya mempunyai

pelbagai aras kesukaran. Lazimnya kesukaran item adalah

berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar.

16

Page 17: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Item URN juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai

dan pelajar lemah.

2.2.2 Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian ini digunakan sekiranya guru ingin membandingkan pretasi

pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. URK

memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai

sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. URK tidak

mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan

pelajar yang lain. Menurut Popham (1981) dalam Bhasah (2009),

URK digunakan untuk memastikan status pencapaian seseorang

individu berdasarkan domain perlakuan yang telah ditetapkan. URK

merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

URK memberikan penjelasan yang lebih baik tentang sesuatu

atribut yang diukur, tetapi pengukurannya tidak menyeluruh URN.

Contoh: (Bhasah, 2009)

Bagi satu ujian sepanjang 10 muka surat, pelajar dianggap lulus,

sekiranya dapat menaip 50 psm tanpa membuat lebih 2 kesalahan

ejaan pada setiap muka surat.

Kriteria: menaip 10 muka surat dengan kelajuan 50 psm.

Keadaan: menggunakan mesin taip elektrik.

Piawai: tidak melebihi 2 kesilapan ejaan pada setiap muka

surat

Adakah ujian formatif boleh dianggap sebagai ujian URK? Berikan

sebabnya.

17

Page 18: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

JADUAL 2.2

Perbandingan antara ciri-ciri Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan (URK)

PerkaraUjian Rujukan Norma(URN)

Ujian Rujukan Kriteria(URK)

Matlamat Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain.

Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.

Kegunaan Satu kaedah membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar yang lain terhadap satu-satu tugasan yang nyata.

Satu kaedah yang menentukan berbanding dengan satu-satu kriteria atau objektif yang spesifik.

Sebagai suatu alat untuk memilih individu dalam mendapatkan sesuatu hadiah yang terhad. Contohnya, Kemasukan ke universitii awam, hadiah biasiswa.

Sebagai satu sekatan untuk menentukan sama ada seseorang pelajar telah mendapat cukup pengetahuan atau kemahiran. Contoh; telah cukup penguasaan untuk terus ke aras pengajaran yang lebih tinggi.

Ciri-ciri soalan Soalan ujian berbeza mengikut tahap kesukaran. Bertujuan untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.

Semua soalan hampir sama tahap kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran

Ciri-ciri ujian Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan dan memadai pernyataan lulus/ gagal

Jangkaan purata jawapan betul

Purata bilangan pelajar yang dapat menjawab item dengan betul 50%.

Purata bilangan pelajar yang dapat menjawab item dengan betul 80%.

18

Page 19: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Kandungan ujian

Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Terumpu pada topik-topik tertentu yang lebih khusus.

Contoh ujian Peperiksaan akhir tahun, UPSR, PMR, SPM, STPM.

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab.

2.2.3 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian digunakan bagi menilai tahap pengetahuan,

kemahiran dan kecekapan semasa. Bertujuan untuk mengukur

prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Ujian

pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian

akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian

pencapaian akademik mengukur pengetahuan, kebolehan dan

kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Ujian ini boleh dibina oleh pihak institusi seperti Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

menyediakan ujian di peringkat pusat seperti UPSR, PMR, SPM,

SPVM, STPM dan sebagainya. Ujian ini juga boleh dibina oleh guru

secara perseorangan seperti ujian dalam kelas.

2.2.4 Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian ini telah

dibina oleh Alfred Binet dan beliau telah menerbitkan Skala Binet

pada tahun 1905. Skala ini digunakan untuk mengasingkan kanak-

kanak “lembam” daripada kanak-kanak cerdik (Mokhtar, 2009).

Lewis M.Terman telah menghasilkan Skala Ujian Mental pada

tahun 1916 yang dikenali sebagai Standard-Binet yang popular

hingga ke hari ini. Kekuatan ujian ini adalah ia menjadikan

kebolehan mental sebagai sesuatu yang standard. Ujian ini berjaya

menguji aktiviti mental yang kompleks serta dapat memberikan nilai

19

Page 20: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Intelligence Quotient (IQ) yang mudah difahami. Terdapat ujian

kecerdasan yang lain seperti The Wechsler Adult Intelligence

Scale(WAIS), The Wechler Intelligence Scale for Children (WISC)

dan The Wechler Pre-school and Primary Scale of Intelligence

(WPPSI).

2.2.5 Ujian Prestasi

Adalah ujian yang digunakan bagi mengelak berlakunya tekanan

kepada pelajar hasil daripada penggunaan ujian kertas dan pensel

yang berasaskan fakta. Pelajar perlu membuat beberapa tugasan

selain daripada menjawab soalan. sahaja Ujian prestasi memberi

rangsangan kepada pelajar untuk memgembangkan aktiviti

pemikiran dan taakulan berasaskan kurikulum yang diajar. Teknik-

teknik yang digunakan adalah seperti memerhati, menemubual,

merakam aktiviti dan membuat folio bagi mengesahkan kebolehan,

kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik menghasilkan folio juga

selalu digunakan untuk memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui

laporan kendiri pula, pelajar menilai diri sendiri melalui soal selidik

yang menilai peribadi seseorang individu.

2.2.6 Ujian Diagnostik

Digunakan oleh guru atau kaunselor untuk mengenal pasti sesuatu

perkara atau masalah yang berlaku dan menentukan punca yang

menimbulkan masalah itu. Tujuan ujian diagnostik adalah untuk

menentukan kedudukan seseorang atau sekumpulan pelajar dalam

pelajarannya sebelum memulai sesuatu pelajaran. Ujian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya sesuatu

kelemahan dalam pembelajaran sebelum merancang dan

menjalankan rancangan pemulihan. Oleh kerana ujian diagnostik

20

Page 21: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

bertujuan untuk menentukan kelemahan maka ujian ini

dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan bukan

pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Dalam ujian diagnostik

markah diterjemahkan dalam bentuk profil individu dengan

berasaskan markah tentang aspek-aspek pelajaran. Profil ini

membantu guru dalam mengenal pasti tentang aspek-aspek yang

belum dikuasai sepenuhi oleh murid. Contoh ujian diagnostik

adalah seperti menilai bacaan murid yang bertujuan untuk

membunyikan huruf dan mengenal huruf. Ujian diagnostik biasanya

diberi secara individu dan ujian ini boleh dijalankan secara formal

iaitu ujian kertas dan pensel juga kaedah lain seperti soal jawab,

inventori, pemerhatian dan tugasan.

2.2.7 Ujian Personaliti

Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti

sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti

digunakan bagi memahami tingkah laku pelajar khususnya sikap,

minat dan motivasi mereka. Sebagai contoh, sikap pelajar terhadap

mata pelajaran Kajian Tempatan. Ujian ini mengukur kewujudan

keadaan atau trait dalam seseorang pelajar. Ciri-ciri yang

dinyatakan diukur dengan instrumen psikologi yang berbentuk ujian,

inventori, indikator atau indeks. Contoh ujian personaliti adalah

seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Personal

Preference Schedule (EPPS).

2.2.8 Ujian Bakat

Ujian ini digunakan untuk membuat ramalan prestasi dan kebolehan

pelajar belajar pada masa hadapan. Bakat bermaksud apa yang

pelajar boleh belajar. Maklumat yang diperolehi daripada ujian bakat

sangat berguna untuk pemilihan dan penempatan pelajar sesuatu

21

Page 22: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

progam. Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon bagi

melakukan pekerjaan tertentu, kemasukkan ke program latihan,

permohonan biasiswa, membimbing pelajar ke arah kerjaya yang

sesuai dan sebagainya. Contoh ujian bakat adalah Ujian

Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). Contoh lain ujian bakat

yang biasa digunakan di sekolah menengah Amerika Syarikat ialah

Differential Aptitud Test (DAT) (Mokhtar, 2009).

Kelasifikasikan ujian-ujian yang telah anda pelajari kepada tiga bidang iaitu

bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

Nyatakan perbezaan antara ujian pencapaian dan ujian perlakuan.

2.3 Bentuk-bentuk ujian

2.3.1 Ujian individu (perseorangan) dan kumpulan

Bilangan calon yang mengambil ujian pada satu-satu masa

terbahagi kepada ujian individu dan ujian berkumpulan. Ujian

berkumpulan biasa dijalankan di sekolah contohnya ujian

pencapaian. Ujian berbahasa (ujian bertulis dan ujian lisan) jarang

dijalankan secara individu oleh guru di sekolah. Contoh ujian

individu adalah ujian lisan berbahasa, ujian perlakuan/ ujian

prestasi, Ujian Kecerdasan The Stanford Binet Intelligence scale

dan The Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan

ini adalah contoh ujian kecerdasan yang ditadbirkan secara individu

pada satu-satu masa.

22

Page 23: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

2.3.2 Ujian bertulis dan lisan

Dari segi pelaksanaan, ujian terbahagi kepada ujian berbahasa dan

ujian bukan berbahasa. Contoh ujian berbahasa adalah ujian kertas

dan pensel (ujian bertulis) dan ujian lisan (Mokhtar Ismail, 2009).

Ujian kertas dan pensel adalah contoh ujian bertulis yang

bergantung kepada penggunaan perkataan. Ujian bertulis

merupakan ujian yang paling kerap digunakan oleh guru di dalam

bilik darjah. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif

dan ujian subjektif (Ee Ah Meng, 2000). Ujian kertas dan pensel

adalah ujian yang menguji pencapaian pelajar. Antara ciri-ciri ujian

ini adalah memerlukan kemahiran membaca dan menulis, kertas

dan pen biasanya diperlukan dan biasanya dijalankan secara

kumpulan.

Dalam ujian objektif pelajar mungkin dikehendaki menulis dengan

ringkas, menanda atau memilih jawapan. Contoh soalan objektif

adalah soalan objektif pelbagai pilihan, memadankan jawapan,

benar-salah dan mengisi tempat kosong. Dalam ujian subjektif

pula, pelajar dikehendaki menulis jawapan pendek (satu atau lebih

ayat) atau jawapan tidak terhad (bentuk karangan).

Ujian lisan memberi penekanan kepada penggunaan bahasa

sebagai asas menjawab soalan atau item. Ujian lisan boleh

melibatkan pembacaan, penulisan dan lisan (Bhasah, 2009). Ujian

lisan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Tujuan

ujian lisan adalah untuk mengesan punca kelemahan pelajar

dengan serta merta dan menolong pelajar membetulkan kesalahan.

Dalam ujian lisan guru boleh mendapat maklumat tentang

pencapaian objektif pelajaran dan sebagai panduan untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

23

Page 24: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Ujian bukan berbahasa (bukan lisan) ialah ujian perlakuan/ ujian

prestasi yang lebih menumpukan perhatian kepada kemahiran

psikomotor daripada kemahiran kognitif, contohnya ujian membaiki

radas elektronik. Antara ciri-ciri ujian perlakuan yang lain adalah

tidak memerlukan kemahiran membaca dan menulis, tidak

semestinya memerlukan kertas dan pen dan biasanya dijalankan

secara individu.

2.3.3 Ujian objektif dan subjektif

Ujian objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan

yang pendek dan tepat. Ujian objektif terdiri daripada soalan yang

memerlukan jawapan yang pendek dan tepat biasanya beberapa

perkataan atau satu frasa sahaja. Pelajar dikehendaki menulis

dengan ringkas, menanda atau memilih jawapan. Ujian objektif

mudah diperiksa dan boleh diperiksa oleh pemeriksa yang lain akan

memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan

objektif yang sama. Oleh yang demikian pemeriksa yang kurang

berpengalaman juga boleh memeriksa dan lebih mudah lagi mesin

juga boleh digunakan untuk memeriksa jawapan pelajar. Contoh

soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, benar-salah, padanan

dan mengisi tempat kosong.

Kelebihan-kelebihan Ujian Objektif

a) Mempunyai keobjektivitian yang tinggi. Jawapan yang sama

akan diberi markah yang sama walaupun diperiksa oleh

pemeriksa yang berlainan.

24

Page 25: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

b) Ujian ini dapat meliputi banyak bidang yang terdapat dalam

sesuatu mata pelajaran. Oleh yang demikian ia mempunyai

ciri kesahan kandungan.

c) Ujian ini dapat menguji aras kognitif di peringkat

pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, aras sintesis dan penilaian agak sukar

diukur.

d) Ujian objektif ini mudah ditadbir dan mudah diperiksa.

e) Unsur-unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi

pemarkahan.

f) Calon-calon yang penguasaan bahasanya lemah juga dapat

menjawab soalan-soalan objektif.

g) Ujian objektif lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif

kerana ia dapat menguji banyak bidang pada sesuatu masa,

oleh itu ujian objektif mempunyai cirri kebolehpercayaan.

Kelemahan-kelemahan Ujian Objektif

a) Pembinaan ujian objektif memerlukan lebih tenaga, masa dan

perbelanjaan untuk membina item yang bermutu tinggi.

b) Ujian objektif jika tidak berhati-hati, item mungkin mempunyai

lebih daripada satu jawapan yang betul.

c) Ujian ini menggalakkan calon-calon yang tidak tahu

menjawab untuk meneka jawapan.

d) Ujian objektif kurang sesuai digunakan dalam penilaian

formatif.

e) Calon-calon yang berlatih menjawab soalan-soalan objektif

tahun lepas dapat meningkatkan prestasinya.

f) Setengah-setengah calon tidak perlu membuat persediaan

yang rapi kerana mereka boleh meneka jawapan daripada

senarai jawapan yang diberi.

25

Page 26: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Ujian Subjektif

Dalam ujian subjektif pelajar dikehendaki memberikan jawapan yang

terdiri daripada satu atau lebih ayat, satu perenggan atau beberapa

perenggan atau sebuah karangan yang lengkap. Soalan esei

menguji kebolehan murid untuk mengingat semula, menyusun,

mengait, membuat sintesis, menganalisis dan menilai idea-idea.

Pemeriksa akan menentukan ketepatan dan jawapan berdasarkan

kepada tugasan soalan dan peraturan pemarkahan yang

disediakan. Contoh soalan subjektif adalah soalan esei, struktur dan

jawapan pendek.

Kelebihan-kelebihan Ujian Subjektif

a) Soalan subjektif lebih mudah digubal dan ditadbir.

b) Soalan subjektif boleh digunakan dalam kebanyakan mata

pelajaran.

c) Soalan jenis ini amat sesuai untuk mengukur aras kognitif

seperti sintesis dan penilaian.

d) Oleh sebab tiada pilihan jawapan maka peluang pelajar untuk

meneka jawapan adalah kurang.

e) Soalan subjektif memerlukan calon menulis jawapan dengan

perkataan sendiri, ujian subjektif akan memberi peluang

kepada calon untuk latihan kemahiran menulis.

f) Peluang untuk meniru dapat dikurangkan kerana soalan

subjektif memerlukan calon menggunakan perkataan sendiri

untuk menulis jawapan.

26

Page 27: Konsep-Konsep Asas Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Kelemahan-kelemahan Ujian Subjektif

a) Soalan subjektif hanya meliputi bidang yang terhad kerana

bilangan soalan esei terbatas. Oleh itu soalan ini mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan yang rendah.

b) Oleh kerana bilangan soalan terhad, calon boleh meramal

soalan-soalan yang akan disediakan.

c) Ujian ini kurang sesuai untuk mengukur aras kognitif

pengetahuan sesuatu bidang terutama bagi calon yang

kurang mahir dalam penggunaan bahasa.

d) Pemeriksaan jawapan soalan subjektif memerlukan masa

dan tenaga yang banyak.

e) Pemeriksa mungkin dipengaruhi oleh kesan halo iaitu

apabila pelajar mendapat menjawab soalan 1 dengan baik

tetapi tidak dapat menjawab soalan 2 dan 3 dengan baik

maka pemeriksa akan memberi markah rendah.

f) Pemeriksa juga mungkin dipengaruhi oleh kesan horn iaitu

apabila sesorang pelajar jawapannya kurang memuaskan

tetapi pelajar itu adalah budak pandai maka pemeriksa akan

memberi markah tinggi.

27