hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan...

24

Upload: lemien

Post on 29-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi
Page 2: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi
Page 3: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN

PENGAJARAN PENSYARAH DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASREEN BINTI HUSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

ii

Page 5: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Sekalung budi buat bonda dan ayahanda

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi

dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan

sehinggalah sekarang...

Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi..

Ucapan terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan

sepanjang andakanda menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia

Untuk adikku,

semoga kejayaanku ini menjadi semangat untukmu terus maju di masa

hadapan....

Buat teman-teman jasa dan dorongan kalian terlalu besar sepanjang

penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini. Dan kepada

semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung...

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T..

Page 6: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA, penulis dapat disiapkan juga akhirnya.

Dikesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang telibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi sokongan kepada penulis

serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada penyelia tesis saya iaitu

Encik Mohd Ali Bin Ibrahim atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau dalam

sepanjang masa saya untuk menyiapkan tesis ini.

Ucapan penghargaan juga dirakamkan buat emak, abah dan adik

yang menjadi sumber inspirasi dan sentiasa berkorban untuk saya bagi

menyempurnakan kerja-kerja penyelidikan dan pembelajaran sepanjang tahun. Jasa

dan pengorbanan kalian sentiasa dikenang.

Jutaan terima kasih juga kepada :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains di UTM yang

terlibat di dalam kajian ini.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat

disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik

kalian..

Page 7: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik

dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan

Pendidikan Fizik. Seramai 139 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri

daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Fizik) dan program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). Alat kajian

yang digunakan ialah set borang soal selidik yang mengandungi 18 item soalan

menggunakan Skala Likert dan 14 soalan ujian penguasaan konsep Fizik Pekali

kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.76. Kajian mendapati wujud hubungan yang

signifikan antara minat dan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah (r = .38)

dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan penguasaan konsep

Fizik (r = .12) dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik. Kajian

juga mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan penguasaan konsep Fizik

antara kumpulan pelajar berdasarkan PNGK (p= .01, p < .05) dan antara kumpulan

pelajar berdasarkan program (p = .00, p < .05). Namun begitu, tidak terdapat

perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Fizik

antara kumpulan pelajar berdasarkan PNGK (p = .11, p > .05) dan antara kumpulan

pelajar berdasarkan program (p = .53, p > .05).

Page 8: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the relationship between the mastery of

physics concepts with interest and teaching method of the lecturers among Material

and Education Physics student. 139 respondent were involved in this reseach and

they were consists of Universiti Teknologi Malaysia students from Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Fizik) and Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). The

instrument used was a set of questionnaire that had 18 items using the likert scale and

14 items testing the mastery level of the physics concepts. The cronbach alpha

coefficient of questionnaire is 0.76. Research shows significant relationship between

the interest and perception of students towards the teaching method of physics

lecturers (r = .38) and there is no significant relationship between the interest and the

mastery of physics concepts among Material and Education Physics students (r =

.12). The result also show that there is a significant difference the mastery of physics

concepts between student based on CPA (Cumulative Grade Point Average)

achievement (p = .01, p < .05) and between student based on programme of study (p

= .00, p < .05). However, it is found that there is no significant difference the

perception of students towards the teaching method of their physics lecturers between

student based on CPA achievement (p = .11, p > .05) and between student based on

programme of study (p = .53, p > .05).

Page 9: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Program Sarjana Muda Sains dan

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan 3

1.2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Tahap Penguasaan Konsep Fizik 5

1.2.2.1 Faktor Minat 5

1.2.2.2 Faktor Pengajaran Pensyarah 6

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

viii

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Definisi Istilah 12

1.11 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Pembelajaran Konsep 15

2.3 Pengajaran Sains 17

2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Konsep Fizik 19

2.4.1 Faktor Minat 19

2.4.2 Pengajaran Pensyarah 20

2.5 Kajian Dalam Negara 22

2.6 Kajian Luar Negara 25

2.7 Kesimpulan 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Responden Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 32

3.6 Analisis Data 33

3.7 Analisis Korelasi Pearson 34

3.8 Rumusan 35

Page 11: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

ix

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Tahun 37

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Program 38

4.2.3 Bilangan Responden Mengikut Pencapaian PNGK 39

4.3 Analisis Inferensi Hipotesis 39

4.3.1 Korelasi Antara Minat Terhadap Fizik dengan

Penguasaan Konsep Fizik Dalam Kalangan

Pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik 39

4.3.2 Korelasi Antara Minat Terhadap Fizik dengan

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Pensyarah

Fizik Dalam Kalangan Pelajar Fizik Bahan dan

Pendidikan Fizik 40

4.3.3 Perbandingan Penguasaan Konsep Fizik

Antara Kumpulan Pelajar Berdasarkan PNGK 41

4.3.4 Perbandingan Penguasaan Konsep Fizik

Antara Kumpulan Pelajar Berdasarkan Program 42

4.3.5 Perbandingan Persepsi Pelajar Terhadap

Pengajaran Pensyarah Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan PNGK 43

4.3.6 Perbandingan Persepsi Pelajar Terhadap

Pengajaran Pensyarah Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan Program 44

4.4 Kesimpulan 45

5. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 46

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 46

5.2.1 Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik

dengan Penguasaan Konsep Fizik Dalam Kalangan

Page 12: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

x

Pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik 47

5.2.2 Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik

dengan Pengajaran Pensyarah Fizik Dalam Kalangan

Pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik 48

5.2.3 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara

Kumpulan Pelajar Berdasarkan PNGK 49

5.2.4 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara

Kumpulan Pelajar Berdasarkan Program 50

5.2.5 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran

Pensyarah Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan PNGK. 51

5.2.6 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran

Pensyarah Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan Program 53

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 54

5.4 Cadangan Kajian 55

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57

5.6 Penutup 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 63

Page 13: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL PERKARA HALAMAN

1.1 Taburan Kredit bagi Kursus Sarjana

Muda Sains (Fizik Bahan) 4

1.2 Taburan Kredit bagi Kursus Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) 4

3.1 Hubungan Persoalan Kajian dengan

Bilangan Item Dalam Soal Selidik. 30

3.2 Skala Likert Empat Peringkat 31

3.3 Skala Likert Lima Peringkat 31

3.4 Min Skor Bagi Faktor Pengajaran Pensyarah 33

3.5 Tahap Penguasaan Konsep Fizik 34

3.6 Kekuatan Korelasi 34

4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun 37

4.2 Taburan Responden Mengikut Program 38

4.3 Taburan Responden Mengikut Pencapaian PNGK 39

4.4 Korelasi Antara Minat Terhadap Fizik dengan

Penguasaan Konsep Fizik Dalam Kalangan

Pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik 39

4.5 Korelasi Antara Minat Terhadap Fizik dengan

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Pensyarah

Fizik Dalam Kalangan Pelajar Fizik Bahan dan

Pendidikan Fizik 40

Page 14: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

xii

4.6 Analisis Ujian-t Perbandingan Penguasaan

Konsep Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan PNGK 41

4.7 Analisis Ujian-t Perbandingan Penguasaan

Konsep Fizik Antara Kumpulan Pelajar

Berdasarkan Program 42

4.8 Analisis Ujian-t Perbandingan Persepsi Pelajar

Terhadap Pengajaran Pensyarah Fizik Antara

Kumpulan Pelajar Berdasarkan PNGK 43

4.9 Analisis Ujian-t Perbandingan Persepsi Pelajar

Terhadap Pengajaran Pensyarah Fizik Antara

Kumpulan Pelajar Berdasarkan Program 44

Page 15: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

xiii

SENARAI SINGKATAN

& Dan

% Peratus

No Nombor

Bil Bilangan

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS Statical Package For Social Sciences

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Elektrik)

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik/Matematik)

SPP Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik/Komputer)

PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan

CPA Cummulative Grade Point Average

Page 16: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Pengesahan Item Daripada Pakar Bidang

B Maklumat Diri Pelajar Dan Soal Selidik

C Ujian Penguasaan Konsep Fizik

Page 17: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Sains pada masa kini menjurus kepada dua matlamat utama.

Matlamat pertama ialah untuk menghasilkan saintis, pekerja mahir dalam bidang

teknikal manakala matlamat kedua pula menjurus ke arah melahirkan ahli-ahli

masyarakat yang literasi sains.

Tujuan matlamat pertama adalah untuk memenuhi permintaan negara bagi

menghasilkan ahli-ahli sains dan profesional yang mempunyai kepakaran sains.

Manakala matlamat kedua bertujuan untuk menyediakan masyarakat yang literasi

sains dan memperolehi faedah peribadi dan sosial daripada penggunaan sains.

Sekarang ini, negara kita sedang menuju ke arah negara industri yang maju

setanding dengan negara maju. Tidak dapat dinafikan bahawa tahap kemajuan

teknologi sesuatu masyarakat atau tamadun itu memerlukan tahap pengetahuan yang

mendalam mengenai sifat bahan, pemprosesan dan kegunaannya. Memandangkan

Malaysia beraspirasi menjadi negara industri, ia perlu memiliki berbagai jenis

teknologi untuk dapat terus bersaing dengan negara-negara industri lain. Untuk

melahirkan tenaga mahir ini, pengetahuan yang mendalam dalam Fizik asas amat

diperlukan terutamanya pengaplikasian konsep Fizik itu sendiri. Dengan itu,

pelbagai aktiviti kehidupan seperti teknologi pengangkutan, komunikasi, penjanaan

tenaga, pengembaraan dan penerokaan angkasa lepas dapat dilakukan pada zaman

Page 18: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

2

Sains dan Teknologi ini.

Fizik adalah salah satu ilmu yang paling asas dalam sains jati dan

pengajiannya telah membawa pengaruh yang besar dalam pembangunan manusia

sejagat. Pengajiannya meliputi dari sekecil-kecil dimensi dalam kajian zarah-zarah

asas hingga ke sebesar-besar dimensi dalam kajian kosmologi. Kajian Fizik juga

tidak ketinggalan memberi sumbangan dalam bidang industri dan hasil-hasil

penyelidikan telah menerap masuk ke pelbagai bidang kejuruteraan dan teknologi.

Bagi meningkatkan penerokaan terhadap sains dan teknologi, universiti tempatan

telah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran

dalam bidang Fizik.

Mata pelajaran Fizik menekankan penguasaan dan kefahaman konsep Fizik

bagi membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Justeru itu, salah satu

matlamat pendidikan Fizik adalah melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan

dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni.

Kegagalan untuk melahirkan graduan dan pelajar yang mempunyai

penguasaan konsep Fizik yang cemerlang akan menjejaskan usaha kerajaan bagi

melahirkan pakar sains dan teknologi dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi

negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kursus Fizik yang diajar di universiti bertujuan untuk melengkapkan pelajar

dengan landasan-landasan ilmu Fizik Asas yang mendalam serta kemahiran dan

keupayaan penyelesaian masalah. Antaranya ialah kemahiran berfikir analitik hasil

dari program pendidikan Fizik yang menyeluruh dan kaedah-kaedah untuk

menganalisis data dan membuat perbandingan dengan hasil yang diharapkan dari

model-model yang disarankan. Untuk itu pelajar perlu terlebih dahulu menguasai

Page 19: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

3

konsep Fizik secara mendalam. Dalam Fizik, pelajar tidak boleh hanya faham apa

yang dipelajari tetapi perlu mempunyai pengetahuan asas dalam Fizik terutamanya

konsep Fizik itu sendiri. Menurut Igal dan Varda (1992), untuk menguasai mata

pelajaran Sains seperti Fizik pada peringkat tertentu, pelajar perlu mempunyai

pengetahuan sebelumnya. Kegagalan pelajar untuk memberi gambaran awal tentang

sesuatu idea Fizik akan mempengaruhi kefahaman konsep Fizik mereka. Masalah

dalam penguasaan konsep Sains (Fizik) bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi turut

berlaku di pengajian tinggi. Satu kajian telah dijalankan oleh Hestenes et al. (1992)

mengenai kesediaan dalam mata pelajaran, pelajar yang baru hendak mengikut

kursus Fizik di universiti. Hasil pencapaian ujian pengetahuan asas (yang dianggap

pelajar telah menguasai sebelum masuk universiti) adalah rendah.

1.2.1 Program Sarjana Muda Sains dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Universiti tempatan khususnya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah

dipertanggungjawabkan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran

dalam bidang Sains terutamanya Fizik. UTM merupakan salah sebuah universiti

yang menyediakan kursus yang berkaitan dengan Fizik. UTM yang ditubuhkan pada

1 April 1975 mempunyai 13 buah fakulti. Antaranya ialah fakulti Sains dan fakulti

Pendidikan yang menawarkan kursus Fizik. Walaupun kedua-dua fakulti ini

menawarkan kursus Fizik, namun begitu, terdapat persepsi yang menyatakan bahawa

terdapat perbezaan penguasaan konsep Fizik di antara pelajar Sains (Fizik Bahan)

dan Pendidikan (Fizik). Kemungkinan ia disebabkan oleh beberapa kriteria seperti

mata pelajaran yang ditawarkan oleh fakulti, syarat kemasukan ke UTM yang

berbeza mengikut program yang diambil serta jam kredit yang berbeza yang dibawa

sepanjang pengajian.

Taburan kredit bagi program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan) serta

program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) diberikan dalam jadual di

bawah:-

Page 20: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

4

Jadual 1.1: Taburan Kredit bagi Program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan)

Kursus Taburan Kredit

Teras Fakulti 6

Teras Program 73

Elektif 10

Umum Universiti 8

Bahasa Inggeris 6

Ko-kurikulum 2

Jumlah Keseluruhan Kredit 105

Jumlah Kredit Kira 100

(Panduan Akademik Fakulti Sains, 2006/2007)

Jadual 1.2: Taburan Kredit bagi Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Fizik)

Kursus Taburan Kredit

Umum Universiti

a)Umum

b)Bahasa

c)ko kurikulum

8

6

2

Asas Pendidikan 15

Pendidikan pengkhususan 12

Teknologi Maklumat dan

Multimedia

4

Subjek teras(Fizik) 62

Latihan mengajar 8

Projek Sarjana Muda 6

Jumlah keseluruhan kredit 123

(Panduan Akademik Fakulti Pendidikan, 2005/2006)

Bagi syarat minima kemasukan untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf yang

ingin melanjutkan pelajaran dalam program yang ditawarkan terutamanya Ijazah

Page 21: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

5

Sarjana Muda Fizik Bahan adalah pelajar mestilah lulus sekurang-kurangnya dengan

sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Fizik dan lulus

sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana DUA (2) mata

pelajaran berikut iaitu Matematik Tambahan, Matematik Lanjutan Tambahan, Kimia,

Biologi serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat

SPM/setaraf.

Manakala bagi syarat minima kemasukan untuk pelajar lepasan STPM dan

setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan(Fizik) adalah pelajar mestilah lulus sekurang-kurangnya Gred C

(NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Fizik dan lulus sekurang-kurangnya Gred C

(NGMP 2.00) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut iaitu Matematik

Tambahan, Matematik Lanjutan Tambahan, Kimia, Biologi dan lulus dengan

kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf serta lulus

temuduga yang dikendalikan oleh Universiti.

1.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penguasaan Konsep Fizik

Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Fizik di kalangan pelajar

universiti bukanlah masalah baru. Namun demikian, terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi penguasaan konsep Fizik di kalangan pelajar.

1.2.2.1 Faktor Minat

Antara faktor yang mempengaruhi penguasaan konsep Fizik ialah minat

pelajar terhadap mata pelajaran Fizik itu sendiri. Kurang minat terhadap kuliah

adalah satu akibat daripada sikap yang negatif dan tiada motivasi. Tidak dapat

mengikuti apa yang dibicarakan oleh pensyarah ialah kerana tidak ada persediaan

ataupun masih tidak memahami kuliah atau kelas yang lepas (Khalid, 1993). Selain

itu, pelajar tidak mempunyai satu persepsi dan konsep Fizik yang betul. Ini kerana

Page 22: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

6

pelajar lebih tertarik kepada menyelesaikan masalah Fizik dari cuba memahami

dahulu fenomena Fizik serta mengenal pasti hukum Fizik yang menjadi asas kepada

jelmaan fenomena tersebut. Ramai di antara mereka tidak berminat dalam mata

pelajaran Fizik kerana mendapati mata pelajaran ini amat sukar untuk di fahami

terutamanya konsep Fizik Kewujudan masalah persepsi dan konsep terhadap Fizik

turut dipengaruhi oleh kejahilan pelajar tentang matlamat itu sendiri. Ada di

kalangan pelajar yang tidak mengetahui sifat fizik sebagai satu bidang ilmu lantaran

itu matlamat Fizik juga tidak ketahuinya secara sedar. Ini banyak berlaku pada

pelajar fakulti Pendidikan. Ini kerana mereka beranggapan bahawa menguasai

subjek pendidikan lebih membantu mereka dalam bidang pekerjaan sebagai

pendidik. Oleh itu adalah lebih mudah bagi pelajar untuk mengenepikan masa dan

tenaga yang diperlukan untuk mengulangkaji dan menelaah mata pelajaran Fizik.

Kalau ada pun masa yang diberi untuk belajar Fizik, maka keadaan mentalnya lebih

bersedia untuk menghafal dan bukan bertindak memahami konsep Fizik.

1.2.2.2 Faktor Pengajaran Pensyarah

Seterusnya, antara faktor yang turut menyebabkan kelemahan penguasaan

pelajar terhadap konsep Fizik ialah berpunca daripada kaedah pengajaran pensyarah

di dalam kelas. Setiap pensyarah mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang

boleh diguna pakai bagi tujuan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar di

dalam sesebuah institusi pendidikan memandangkan setiap topik atau bab di dalam

mata pelajaran Fizik terbahagi kepada aras yang mudah difahami dan aras yang sukar

difahami. Menurut Md. Nor (1995), pembentukan konsep di dalam pemikiran

pelajar adalah satu proses yang lambat dan kompleks. Maka setiap pensyarah

haruslah pandai memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan

penyampaian ilmu kepada pelajar di dalam kuliah. Kaedah pengajaran yang pelbagai

pasti dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik yang hendak

disampaikan di dalam bilik kuliah.

Amalan mengajar masa kini kurang memberi peluang kepada pelajar untuk

mendapatkan maklumbalas dan bantuan secara langsung dari pihak pengajar tentang

Page 23: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

7

masalah pembelajaran. Pendidikan Fizik mesti berjaya memperkenalkan kepada

pelajar tentang Fizik secara konsep dan metodologi bukan secara longgokan fakta,

formula matematik dan kerja-kerja membaca data dan memplot graf sahaja. Bagi

pelajar fakulti Pendidikan sendiri, kurangnya pengambilan mata pelajaran Fizik

sedikit sebanyak membantutkan penguasaan mereka terhadap konsep Fizik. Apabila

berlaku sedemikian, pensyarah kekurangan masa untuk menerangkan dari permulaan

asas kepada konsep Fizik. Selain itu, pensyarah beranggapan pelajar fakulti

Pendidikan mempunyai pengetahuan konsep Fizik yang kukuh sama seperti pelajar

dari fakulti Sains. Namun begitu, pensyarah yang peka terhadap masalah

penerimaan ilmu oleh pelajar akan terpengaruh untuk mengubahsuai cara

penyampaian maklumat supaya menjadi lebih berkesan (Khalijah, 1992).

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik

dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan

Pendidikan Fizik di UTM. Ini kerana, terdapat persepsi yang menyatakan bahawa

penguasaan konsep Fizik pelajar Sains (Fizik Bahan) lebih tinggi daripada pelajar

Pendidikan (Fizik) jika diambil kira bilangan mata pelajaran Fizik yang diambil oleh

pelajar. Ini akan menimbulkan masalah memahami konsep Fizik jika kurang

mempelajari mata pelajaran Fizik. Masalah memahami dan menguasai konsep-

konsep asas dalam Fizik boleh menjejaskan penguasaan terhadap ilmu Fizik.

Masalah ini akan menjadi bertambah serius jika tidak diambil tindakan dengan

segera. Justeru itu, kajian ini penting untuk melihat sejauh mana faktor minat dan

persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah mempengaruhi penguasaan konsep

Fizik pelajar. Dalam pembelajaran Sains (Fizik), penguasaan konsep merupakan

aspek yang penting yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Shaharom, 1999). Dalam kajian ini, penyelidik hanya menumpukan

kepada beberapa faktor yang utama iaitu minat terhadap Fizik dan persepsi pelajar

terhadap pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran Fizik itu sendiri.

Page 24: HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN ...€¦hubungan penguasaan konsep fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar fizik di universiti teknologi

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep

Fizik dengan minat dan pengajaran pensyarah dalam kalangan pelajar Fizik Bahan

dan Pendidikan Fizik di UTM. Di antara objektif yang ingin ditinjau dalam kajian

ini adalah untuk mengkaji:

(i) Hubungan antara minat terhadap Fizik dengan penguasaan konsep

Fizik dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik.

(ii) Hubungan antara minat terhadap Fizik dengan persepsi pelajar

terhadap pengajaran pensyarah Fizik dalam kalangan pelajar Fizik

Bahan dan Pendidikan Fizik.

(iii) Perbezaan penguasaan konsep Fizik antara kumpulan pelajar

berdasarkan pencapaian PNGK.

(iv) Perbezaan penguasaan konsep Fizik antara kumpulan pelajar

berdasarkan program.

(v) Perbezaan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Fizik antara

kumpulan pelajar berdasarkan pencapaian PNGK.

(vi) Perbezaan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Fizik antara

kumpulan pelajar berdasarkan program.