konsep pengajaran mikro
DESCRIPTION
PIM3093 ETRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Alhamdulillah
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kami telah
berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini dengan sempurna dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami tujukan kepada pensyarah
Pendidikan Islam (PIM 3093 E), En. A. Mazlam bin Ibrahim yang telah banyak membantu
dan membimbing kami bagi menyiapkan tugasan ini. Beliau telah banyak menerangkan
dengan lebih lanjut tentang kerja kursus ini bagi memudahkan kerja kami. Tanpa beliau,
kami tidak tahu sama ada boleh menyiapkan kerja kursus ini ataupun tidak.
Selain itu, saya sangat menghargai kemudahan-kemudahan yang disediakan di IPG
Kampus Sultan Mizan seperti perpustakaan dan internet yang memudahkan kami mencari
maklumat dan membuat rujukan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kami ucapkan kepada
rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami dalam
mencari bahan-bahan penting untuk digunakan dalam menyempunakan kerja kursus ini.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada ibu saya yang sentiasa memberikan
semangat untuk saya lebih bersungguh dalam pelajaran. Akhir sekali, sekalung
penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.
1
1.0 KONSEP PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro merupakan salah satu inovasi dalam latihan kemahiran mengajar
dalam bilik darjah yang telah digunakan secara meluas sejak 1961 di Universiti Stanford,
California. Pengajaran mikro dapat melatih guru pelatih sebelum mereka mengajar dalam
bilik darjah yang sebenar. Dalam pengajaran mikro, situasi pengajaran dan pembelajaran
dipermudah dengan tempoh mengajar. Jumlah bilangan murid dalam kelas juga dikecilkan
agar pengajaran guru lebih terkawal. Guru hanya perlu melaksanakan satu aspek atau satu
jenis kemahiran mengajar daripada beberapa kemahiran yang disenaraikan.
Pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi
limabelas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru
pelatihboleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran
sapertipengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba
menerapkanpelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai
teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.Mikro bermaksud kecil atau halus.
Pengajaran mikro bermaksud pengajaranyang memberikan fokus atau tumpuan kepada
bahagian-bahagian kecil tertentu yangapabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu
pengajaran yang lengkap.Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang
dipermudahkan dariaspek skop dan organisasinya. Istilah “mikro” bermaksud sesuatu yang
kecil danapabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas,
masadan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi
Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran
dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran
pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang
sahaja. Tujuan mengadakan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru yang
berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran mikro adalah sama dengan penggunaan teknik simulasi untuk menguasai
kemahiran-kemahiran pengajaran seperti teknik menggunakan set induksi, penyoalan,
variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar,
penggunaan papan kapur, pengukuhan dan penutup.
Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang mempraktikkan teori
pengajaran dalam situasi yang terkawal. Biasanya, pengajaran mikro ini hanya menumpukan
kepada satu jenis kemahiran sahaja.
Semasa sesi pengajaran mikro, aktiviti pengajaran yang disampaikan oleh guru
pelatih itu diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan dan pensyarahnya yang memainkan
2
peranan sebagai penyelia, dan juga dirakamkan oleh video. Selepas aktiviti pengajaran
selesai, perbincangan tentang kelemahan pengajaran dengan merujuk kepada rakaman
video yang diadakan di antara penyelia dengan guru-guru pelatih. Melalui komen-komen
penyelia dana rakan-rakannya, guru pelatih yang terlibat dapat membaiki kelemahan
pengajarannya.
Pengajaran mikro ini dipelopori oleh Robert Bush dan D. Wight Allen di Pusat
Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada
tahun 1961. Sejak itu, teknik pengajaran mikro telah digunakan secara meluas di maktab-
maktab perguruan untuk melatih guru-guru pelatih supaya menguasai kemahiran-kemahiran
mengajar sebelum mereka menjalankan latihan mengajar di sekolah.
Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran
untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set
induksi atau motivasi, penyoalan, variasi ransangan, penggunaan papan kapur, alat bantuan
mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain.
2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
Sebagaimana yang kita ketahui, pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang
bertujuan untuk memberikan guru-guru pelatih pengalaman mengajar serta menguasai
kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti
pengajaran di bilik darjah. Kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir
sama dengan aktiviti pengajaran di bilik darjah. Kemahiran-kemahiran mengajar yang dipilih
merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah semasa menjalani latihan praktik di
sekolah, dan selepas tamat pengajian kursus di maktab perguruan. Di antara kemahiran-
kemahiran mengajar yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro adalah:
1. Kemahiran penyampaian set induksi.
2. Kemahiran menggunakan papan tulis.
3. Kemahiran pengelolaan variasi ransangan.
4. Kemahiran penggunaan penyoalan.
5. Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh / ilustrasi.
6. Kemahiran-kemahiran penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran.
7. Kemahiran pemudahcaraan.
8. Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan.
9. Kemahiran pelaksanaan penutup.
3
Untuk menjalankan sesuatu sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat boleh
memilih salah satu daripada kemahiran-kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang
satu persediaan mnegajar berdasarkan prinsip objektif dan komponen-komponen
kemahirannya. Oleh kerana kemahiran mengajar hanya merupakan sebahagian kecil
daripada satu waktu pelajaran yang sebenar, masa penyampaian kemahiran mengajar ini
dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit
sahaja, bergantung kepada keperluan masa sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran.
3.0 PENGUASAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENGAJAR MELALUI PENGAJARAN
MIKRO
3.1 Kemahiran Set Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama
mengadakan set induksi adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat
pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran
yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi atau
permulaan pelajaran ini. Antaranya adalah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik
menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing pelajar mengingat kembali
pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.
Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina
aliran fikiran pelajar sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang
hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas
dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
Komponen-komponen kemahiran set induksi
Kemahiran set induksi lazimnya dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu
menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur. Rajah 1
menghuraikan secara ringkas cara-cara yang digunakan untuk melaksanakan setiap
komponen kemahirannya.
4
Cara pengendalian set induksi
Langkah pertama dalam pengendalian set induksi adalah merancang satu aktiviti
pengajaran yang berdasarkan komponen-komponen kemahiran set induksi, khususnya
komponen-komponen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk
belajar. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan tujuan untuk menambahkan kesan set
induksi dalam aktiviti pengajaran.
Rajah 1: Komponen-komponen kemahiran set induksi.
5
Komponen-komponen kemahiran set induksi
Menarik perhatian -Menggunakan nada suara- Menggunakan alat bantu mengajar
- Menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata- Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa
Mewujudkan motivasi- Membangkitkan rasa ingin tahu- Menggunakan teknik bercerita
- Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna- Menggunakan soalan yang mencabar
Membuat perkaitan- Menyatakan had tugas yang akan dijalankan- Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan- Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
- Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
Menstruktur- Mengaitkan pengetahuan lepas pelajar
- Mengaitkan isi pelajaran baru- Mengaitkan peristiwa semasa
- Mengaitkan minat dan pengalaman pelajar
3.2 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Penggunaan papan tulis merupakan suatu kemahiran mengajar yang sering diadakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran penggunaan papan
tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah
di tempat papan tulis yang sesuai. Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis
dnegan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami
pengajaran guru dengan tepat tetapi juga menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.
Komponen-komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Rajah 2 : Komponen-komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
6
Komponen-komponen Kemahiran Pengunaan Papan Tulis
Kejelasan
- Saiz tulisan yang sesuai- Tulisan kemas dan tepat
- Gambarajah jelas dan ringkas
Susunan (Layout)- Penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai
dan seimbang- Susunan dapat jelas dilihat oleh seluruh kelas
- Nota-nota disusun secara sistematik
Penonjolan atau Penekanan
- Penggunaan kapur warna yang sesuai- Penggunaan kapur warna yang menarik
Teknik Persembahan- Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat
- Berjaya memudahkan konsep atau idea yang susah.
- Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran
- Menggunakan papan tulis dalam masa yang sesuai.
3.3 Kemahiran Variasi Rangsangan
Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti
pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan perhatian
pelajar adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajaran guru tidak
dipelbagaikan.
Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru,
mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara
guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.
Rajah 3 : Komponen-komponen Variasi Rangsangan
7
Komponen-komponen Variasi RangsanganPerubahan pergerakan langkah guru
* Kiri ----- kanan * depan ----- belakang
Perubahan pergerakan anggota guru* tangan ----- kepala* tangan ----- hentian
Perubahan nada suara*mendatar ----- lantang
*lantang ----- senyap
Perubahan fokus deria pelajar*mendengar ----- menonton
*melihat ----- merasa
Perubahan bentuk lisan pelajar* menyoal ----- menjawab* bertutur ----- membaca
* bercerita ------ membaca
Perubahan bentuk fizikal pelajar* menulis ----- melukis* duduk ----- berdiri
* demonstrasi ----- berlakon
3.4 Kemahiran Penyoalan
Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.
Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik
menyoal. Misalnya, dalam set induksi iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu
pengetahuan lepas yang berkaitan. Dalam peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan
digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran
dengan lebih berkesan.
Komponen-komponen kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen kemahiran iaitu pembentuk
soalan, fokus (tunggal), fokus (pelbagai), sebaran, hentian, melayani jawapan, memberi
petunjuk dan mencungkil fikiran. Rajah 4 menerangkan secara ringkas kriteria-kriteria teknik
menyoal setiap jenis komponen kemahiran penyoalan.
8
Komponen-komponen kemahiran penyoalan
Pembentukan soalan- Jelas- Tepat
- Ringkas
Fokus (tunggal)- Soalan ditumpukan kepada satu idea
- Soalan konvergen
Fokus (pelbagai)- Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea
- Soalan divergen
Sebaran
- Soalan disebarkan ke seluruh kelas
Hentian- Memberi masa kepada pelajar memikirkan
jawapannya
Melayani jawapan- Memberi pujian- Melengkapkan jawapan
- Membaiki jawapan
Memberi petunjuk menjawab- Memberi petua atau petunjuk untuk
membantu pelajar
Mencungkil fikiran- Mengemukakan satu siri soalan untuk
mencungkil fikiran
Rajah 4 : Komponen-komponen Kemahiran Penyoalan
3.5 Kemahiran Menerang Dengan Menggunakan Contoh, Ilustrasi Dan Sumber
Pengajaran-Pembelajaran
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat , konsep atau isi
kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa
menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang
sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran.
Misalnya:
1. Guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang
mengandungi sifat kata.
2. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk-bentuk
goemetri.
3. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi
dengan gambar-gambar.
4. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks.
Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis untuk menulis
isi penting pada papan tulis supaya pelajar boleh memahami dan merekodkannya dalam
buku nota mereka.
Komponen-Komponen Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu : komponen aras
permulaan, komponen kemahiran ilustrasi, komponen penyusunan idea dan komponen
penutup. Rajah 5 berikut menerangkan kriteria-kriteria kemahiran menerang dalam setiap
komponennya.
9
3.6 Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen,
model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan
pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti
buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer.
Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan
strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik
serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih
10
Komponen-komponen Kemahiran Menerang
Aras permulaanPenerangan guru:
- Membangkit dan mengekalkan perhatian pelajar.- Membangkit kesediaan pelajar untuk belajar
-Jelas, ringkas dan tepat
Kemahiran IlustrasiPenggunaan contoh / sumber pelajaran- Contoh / sumber yang mencukupi
- Contoh / sumber yang sesuai- Contoh / sumber yang jelas dan menarik- Kecekapan mengurus contoh / sumber
Penyusunan IdeaPengurusan kemahiran menerang
- Idea dikembangkan secara teratur- Variasi rangsangan berjaya digunakan
- Penerangan lisan jelas dan tepat
PenutupRumusan / Kesimpulan
- Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis- Isi-isi penting disusun secara teratur
- Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas
Rajah 5 : Komponen-komponen Kemahiran Menerang
bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara
kumpulan tanpa kehadiran guru.
Antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran
adalah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan
video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti komputer dan modul
yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.
Setengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat
dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau
teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti
transparensi dan projektor.
Setengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait
rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri
penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan
radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.
3.7 Kemahiran Pemudahcaraan
Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan. Di bawah
bidang pendidikan, pemudahcaraan adalah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti
pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan
merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar-pelajar bersendiri belajar,
membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, menggalakkan mereka
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala proses
pembelajaran secara terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.
Guru yang menguasai kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap
menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat
memimpin. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pemudahcaraan
merupakan kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada
secara kelas atau secara kumpulan.
Komponen-komponen Kemahiran Pemudahcaraan Untuk Aktiviti Perbincangan
1. Kemahiran menentukan struktur perbincangan.
2. Teknik memulakan perbincangan.
3. Teknik mengawal proses perbincangan.
4. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan.
a) Teknik melibatkan murid-murid menyertai aktiviti perbincangan.
11
b) Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan.
c) Kemahiran menggunakan teknik menyoal.
5. Kemahiran mewujudkan suasan kondusif untuk perbincangan.
6. Kemahiran membimbing murid-murid merumus dan membuat cadangan.
3.8 Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)
Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan
apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran. Dalam keadaan ini, guru akan memberi pujian kepada pelajar itu
sebagai pengukuhan tingkahlaku itu.
Menurut Skinner, hampir semua tingkahlaku manusia boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu tingkahlaku responden dan tingkahlaku operan.
Tingkahlaku responden adalah tingkahlaku tidak terlazim seperti yang disenaraikan
oleh Pavlov dalam Teori Pelazimannya. Tingkahlaku ini adalah tindakbalas terhadap stimuli
khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli
baru digunakan bersama-sama dengan stimuli lama. Apabila stimuli ini digunakan beberapa
kali, stimuli baru ini sahaja telah cukup untuk mendapat tindakbalas terlazim yang
dijangkakan. Dalam pembelajaran secara responden, pelajar bertindakbalas terhadap stimuli
yang diberikan. Oleh itu, pembelajaran ini pula merupakan pembelajaran stimuli-tindakbalas.
Tingkahlaku operan adalah tingkahlaku yang bukan automatik atau boleh
dijangkakan serta tidak ada kaitan dengan stimuli yang telah dikenalpasti. Tingkahlaku
operan ini merupakan satu set yang merangkumi contoh-contoh tingkahlaku spesifik,
beroperasi dan mneghasilkan tindakbalas atau situasi dalam alam sekitarnya, peluang
mengulang tingkahlaku operan ini akan bertambah. Tingkahlaku operan ini boleh diajarkan
dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku
operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai ‘peneguhan’. Peneguhan boleh
berupa positif atau negatif. Peneguhan positif adalah stimuli yang boleh menambahkan
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku operan seperti memberi pujian,
penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan yang sesuai itu
berlaku. Contohnya:
GURU : Apakah nombor bercampur Rahman?
RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan pecahan.
GURU : Bagos.
12
Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang
individu kerana tingkahlaku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang
individu di hadapan orang ramai. Contohnya :
GURU : Apakah pecahan setara, Ali?
ALI : (Tidak menjawab)
GURU : Ali mungkin sudah lupa menjawab.
Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali.
Sebaliknya ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkahlaku operan itu pada
masa depan. Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan,
sentuhan dan sebagainya.
Komponen-komponen Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)
Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu
komponen lisan-positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen
sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.
Rajah 6 berikut menerangkan aktiviti-aktiviti peneguhan yang boleh digunakan dalam
setiap komponennya.
13
3.9 Kemahiran Penutup
Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti
rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup ini. Oleh
itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan
konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting
atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh
menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran yang berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup yang biasa digunakan iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
Penutup kognitif adalah penutup yang bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran
dan kemahiran yang telah dipelajari. Penutup kognitif ini boleh dilakukan melalui aktiviti
14
Komponen-komponen Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)
Lisan-positif- Guru menggunakan sebutan : baik/ bagus/betul/ya
- Guru mengulang jawapan pelajar
Gerak isyarat positifGuru menunjukkan:
-Senyuman-Anggukan kepala-Menepuk tangan
- Mengangkat ibu jariDampingan
Mendampingi pelajar
SentuhanSentuhan mengikut adat-Menyentuh kepala-Menyentuh bahu
-Menyentuh bahagian belakang badan
Lisan negatif-Buruk -bukan -salah -tidak
-kurang lengkap -jawapan bodoh
Gerak isyarat negatifMenyindir-Menggeleng-gelengkan kepala
-Menunjukkan muka marah-Menggoyangkan tangan
Rajah 6 : Komponen –komponen Kemahiran Pengukuhan
rumusan, pengukuhan dan susulan. Antara cara-cara melaksanakan penutup kognitif
adalah:
1. Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti
mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.
2. Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-
pelajar.
3. Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-peajar.
4. Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
Penutup sosial adalah penutup yang bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian
kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Penutup sosial ini biasanya
dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan. Misalnya:
“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan.
Dalam pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu.”
Aktiviti-aktiviti dan Komponen Kemahiran Penutup
Kemahiran penutup mengandungi dua komponen utama iaitu komponen perkaitan
kognitif dan komponen perkaitan sosial. Rajah 7 menerangkan aktiviti-aktiviti penutup yang
terkandung dalam kedua-dua komponen tersebut.
15
Komponen-komponen Kemahiran Penutup
Perkaitan kognitif- Membuat rumusan
- Mengulang isi-isi penting- Menjalankan aktiviti penilaian
- Mencadangkan aktiviti susulan- Menjalankan aktiviti pengukuhan
Perkaitan sosial- Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar.
- Memberi peneguhan positif- Mewujudkan perasaan ingin tahu.
- Memotivasikan perasaan ingin belajar.- Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang
Rajah 7 : Aktiviti-aktiviti dan Komponen Kemahiran Penutup
4.0 KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO YANG DIPILIH (SET INDUKSI)
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 2 Bestari
Tarikh : 01 September 2014
Bilangan Pelajar : 40 orang
Masa : 1 Jam
Tajuk : Adab Menjaga Maruah Diri
Sub Tajuk : Adab Berpakaian
Objektif Pembelajaran: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Menyebut pengertian maruah diri.
2. Menyatakan empat adab-adab apabila hendak memakai
pakaian.
3. Mengamalkan cara berpakaian yang sempurna dalam
kehidupan harian.
Isi Pelajaran Aktiviti
1. Pakaian
2. Kebersihan
1. Guru menayangkan satu gambar keluarga pada hari
raya.
2. Dengan penuh ceria, guru bertanya kepada murid,
“Apakah yang dapat kamu saksikan daripada gambar
itu?”
3. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid. Seperti,
“Hari raya, ibu bapa, adik-beradik, keluarga bahagia,
baju-baju yang cantik, memakai baju baru”.
4. Bagi murid yang menjawab baju, guru dengan selamba
sambil berjalan ke arah murid tersebut dan bertanyakan
soalan berkaitan dengan baju.
5. Guru bertanya, “Awak suka pakai baju yang macam
mana?”
6. Pelbagai jawapan diberikan oleh murid seperti, “baju
yang cantik”, “baju yang bersih”, dan lain-lain.
16
7. Guru menyuruh murid bangun dan menunjukkan baju
yang dipakai oleh mereka.
8. Murid dengan bersemangat bangun dan menunjukkan
baju masing-masing.
9. Guru memuji murid-murid yang berpakaian kemas dan
bersih.
10. Guru pula bertanya kepada murid, “Kenapa kita perlu
berpakaian bersih dan kemas?”
11. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran
iaitu adab-adab berpakaian dalam Islam
17
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat juga saya
menyiapkan Kerja Kursus PIM3093E dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan
kepada Encik A. Mazlam bin Ibrahim kerana telah banyak membimbing saya dan rakan-
rakan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini, banyak perkara baru yag telah saya pelajari dan tidak kurang juga diuji dengan
pelabagai masalah. Namun begitu, saya tetap bersemangat dan berusaha menyiapkan
tugasan ini dengan sebaiknya.
Antara ilmu baru yang telah saya dapati adalah tentang kemahiran pengajaran mikro.
Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah dapat memahami dengan lebih lanjut lagi
tentang kemahiran-kemahiran pengajaran mikro seperti set induksi, kemahiran menerang,
kemahiran penyoalan dan seterusnya. Pengajaran mikro ini tertumpu kepada perhatian atas
latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran tertentu secara beransur-ansur dan
berperingkat-peringkat. Alhamdulillah, sememangnya saya melihat latihan pengajaran mikro
ini adalah sesuatu yang amat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh bakal guru
khususnya, memandangkan ianya menyediakan satu latihan asas atau kepada para
pendidik sebenar.
Selain itu juga, saya dapat belajar dengan lebih terperinci lagi tentang tiap-tiap
kemahiran. Untuk tugasan ini saya telah memilih kemahiran set induksi untuk membina satu
rancangan pengajaran mikro Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2 yang
bertajuk ‘Adab Berpakaian’. Pembinaan rancangan pengajaran mikro ini membolehkan saya
menghuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang setiap yang saya lakukan dalam kemahiran
set induksi. Dari situ, sesuatu kemahiran tersebut dapat saya dalami dengan lebih terperinci
lagi dan lebih mudah untuk difahami cara perlaksanaannya. Pada pendapat saya, kemahiran
set induksi ini amat penting kerana ia merupakan satu permulaan pengajaran untuk menarik
perhatian murid kepada pengajaran selanjutnya. Jika kita gagal dalam melaksanakan set
induksi, berkemungkinan kita akan gagal dalam pengajaran yang berikutnya.
Tambahan pula, perlaksanaan kerja kursus ini banyak memberi saya panduan untuk
mengajar sebagai bakal guru nanti. Ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi kemahiran
saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dipraktikkan sewaktu fasa
praktikum pada semester yang akan datang. Dengan ini, saya juga akan merasa lebih
bersemangat kerana pelbagai kemahiran telah dipelajari. Pengajaran mikro juga dapat
membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di
sekolah pada masa depan.
18
Namun begitu, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada diri saya sepanjang prose
penghasilan kerja kursus ini. Antaranya adalah kurangnya pengetahuan sedia ada mengenai
pengajaran mikro. Ia telah membuat saya terpinga-pinga dan kebuntuan idea selepas
mendapat soalan kerja kursus ini. Tapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk
melaksanakan tugasan ini, saya telah banyak membuat rujukan pada buku-buku di pusat
sumber, rujukan di internet dan telah berbincang bersama rakan-rakan. Alhamdulillah kerana
diberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan ini. Iktibar yang perlu diambil
daripada apa yang telah berlaku adalah saya perlu bersedia sejak dari awal semester
dengan menyediakan pengetahuan mengenai apa yang bakal dipelajari. Jadi apabila
mendapat sesuatu tugasan, fikiran lebih tenang dan bersedia.
Sepanjang tempoh ini juga, saya telah banyak berbincang dengan rakan-rakan dan
saling bertukar pendapat tentang kerja kursus ini. Masing-masing saling membantu antara
satu sama lain. Dalam pada itu, kami juga sering merujuk antara tugasan masing-masing.
Jadi, sesuatu kesalahan yang saya lakukan dalam kerja kursus boleh dibaiki dan disedari
dengan teguran dan pembetulan daripada rakan-rakan. Oleh itu, saya juga telah sedar
bahawa pentingnya meminta pandangan dan pendapat dalam sesuatu yang dilakukan.
Rakan-rakan telah banyak membantu saya memperbaiki beberapa kesilapan dalam kerja
kursus ini.
Akhir sekali, sebelum membukukan kerja kursus ini, saya akan menyemak semula
sekiranya ada sebarang kesilapan dan tugasan-tugasan yang tercicir. Penelitian perlu dibuat
supaya tiada kesilapan besar yang dilakukan. Ia juga dapat melatih diri saya untuk lebih
bersabar dan teliti dalam membuat sesuatu kerja dan kerja yang dilakukan mestilah
mengikut arahan yang telah ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana telah mendapat
banyak ilmu melalui kerja kursus ini. Ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini.
Sekian, terima kasih.
19
RUJUKAN
Amin, A. (2013, May 14). Pengajaran Mikro . Didapatkan September 03, 2014, daripada
Pendidikan Islam: http://ahidaamin.blogspot.com/p/mikro-pengajaran-set-induksi.html
Hussin, A. (2012, Julai 25). Pengajaran Mikro. Didapatkan September 05, 2014, daripada
Teratak Ilmu Pendidikan Islam: https://www.blogger.com/profile/13595714169909071932
Hussin, K. (2012, November 11). Kemahiran Set Induksi. Didapatkan September 02, 2014,
daripada Wadah Pendidikan: http://nisahussin76.blogspot.com/2012/11/kemahiran-
memulakan-pengajaran-atau-set.html
Salleh, A. M. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam. Shah Alam,
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya, Selangor.:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yahya, R. b. (2013, Mac 11). Set Induksi : Satu Keperluan atau Pembaziran. Didapatkan
September 01, 2014, daripada Menyelusuri Ilmu di bawah payungMu:
http://ramlibinyahya.blogspot.com/2013/03/set-induksi-satu-keperluan-satu.html
20
21