pengurusan sumber dan pengajaran mikro

Upload: dzulyahya

Post on 08-Aug-2018

306 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    1/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    1

    TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT

    BIDANG.

    SINOPSIS

    Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk

    pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan

    Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada

    Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran.

    HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

    1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.

    2. mengolah keberkesanan bahan sumber.

    KERANGKA TAJUK

    Sumber Pengajaran

    Pendidikan Islam

    Kategori Bahan

    Bahan Teknoligi

    MaklumatBahan Bercetak

    Bahan Maujud

    Keberkesanan

    Bahan

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    2/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    2

    1.1 KATEGORI BAHAN SUMBER

    1.1.1: PENGENALAN

    Pelajar-pelajar yang d irahmati Allah sekalian !

    Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau

    bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat

    menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan,

    kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-

    bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran.

    Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran

    guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan

    bahan maujud.

    Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain

    daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk

    merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat

    kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media,

    peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan

    kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan

    intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.

    Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-

    murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan

    perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber

    pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi

    mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak.

    Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah

    bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi

    lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses

    pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    3/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    3

    Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap

    sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan

    membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

    membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang

    diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini

    melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif

    pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan

    Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

    Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran

    manusia yang mana disebut sebagai Cone of Experience, Dale memperjelaskan

    kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

    mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Konsep ini

    disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah

    persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER

    Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan

    pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses

    pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran

    yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

    Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai

    hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran

    serta mencapai objektif pembelajaran.

    Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut

    kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak

    digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang

    boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh

    digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota.

    Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    4/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    4

    kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh

    menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan

    televisyen.

    Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk

    melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak

    langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru.

    Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk

    dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada

    kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

    1.1.2.1: BAHAN BERCETAK

    Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan

    dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus.

    Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan

    dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

    Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad

    katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan

    bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun

    di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir

    dan terkenal di bidang masing-masing.

    Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas

    oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat

    pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia

    adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

    Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan

    ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu

    digunakan.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    5/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    5

    Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak

    ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal

    contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh

    disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana

    isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-

    buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar

    di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

    Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan

    ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selaludigunakan.

    Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak

    ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal

    contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh

    disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana

    isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-

    buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar

    di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

    1.1.2.2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran

    yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat

    (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat

    memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini

    perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara

    terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan

    keberkesanan P&P itu.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    6/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    6

    Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan

    portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah

    multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru

    untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru

    sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma

    disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan

    pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan

    secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa

    proses P&P sedang berlangsung.

    Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka

    akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung

    telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji

    apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya

    guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya

    penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding

    kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun

    tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan

    mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

    1.1.2.3: BAHAN MAUJUD

    Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan

    bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan

    maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam

    keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja

    tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta

    alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi

    sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat

    tulis dan perkakas sains.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    7/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    7

    Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan

    spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan

    bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia

    realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula

    ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada

    benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis

    bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

    Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan

    hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya

    terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati

    dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen

    ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi,

    gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman

    sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang

    penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-

    murid

    1.1.3: BAHAN MEDIA

    Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan ianya

    boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :

    Bil Jenis Media/ Bahan Contoh

    1. Media/ bahan tayang kaku Transparensi, slaid,

    mikrofilem

    2. Media / bahantayang bergerak Pita video, CD dan filem

    3. Bahan grafik Lukisan, poster, kartun,

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    8/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    8

    carta dan graf

    4. Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan

    dan poskad

    5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, dioramadan pupet

    6. Papan pameran Papan kapur, papan putih,

    papan flanel dan papan

    buletin

    7. Media audio Pita kaset, CD dan

    komputer

    8. Media cetak Modul, buku teks, surat

    khabar, majalah dan

    risalah.

    6. Papan pameran Papan kapur, papan putih,

    papan flanel dan papan

    buletin

    1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER

    Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media

    pengajaran atau mediayang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar

    mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik.

    Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi

    hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja

    penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang

    seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif

    Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

    Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi

    pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan

    tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya

    proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    9/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    9

    merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan

    kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian bahan-bahan

    pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah berikut:

    1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN

    1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif

    pengajaran dan pembelajaran.

    Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran

    para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan

    program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya

    sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran

    haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

    1.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan

    dengan Falsafah Pendidikan.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

    harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan

    rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

    Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh

    membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-

    bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai

    murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir

    secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada

    pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    10/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    10

    1.1.5.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan

    pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu

    secara efektif.

    Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap

    orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah

    diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari

    bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada

    kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari

    itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengankehidupan seharian.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah

    perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main

    peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam

    situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang

    keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang

    melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya

    dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar

    aktiviti komunikasi.

    Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa

    Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa

    untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek

    sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akanpenggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang

    dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang

    cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam

    latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    11/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    11

    1.1.5.4: Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para

    pelajar.

    Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari

    sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya

    disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya

    dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan

    licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit

    pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru.

    Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama

    lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan

    mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang

    diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.

    Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan

    terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek

    dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan

    galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya

    adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan

    menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara

    yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk

    sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-

    pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung

    kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran

    yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

    1.1.5.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek

    bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.

    Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

    Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak

    sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya

    tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    12/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    12

    patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar

    menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari

    semasa ke semasa.

    Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung

    berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang

    dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang

    pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat

    membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan

    komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk

    mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-

    latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh

    pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi

    mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

    1.1.5.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk

    memudahkan pembelajaran mereka.

    Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat

    mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu

    yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang

    ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi

    keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya

    dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang

    diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan

    perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa

    kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan

    keperluan sedia ada.

    Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan .

    Buat catatan isi secara grafik peta minda

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    13/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    13

    1.2 : KEBERKESANAN BAHAN

    1.2.1: PENDAHULUAN

    Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran. Ia

    bukan sahaja

    dapat memberi

    suatu

    pengalaman

    yang konkrit

    malahan dapat

    membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan sumber

    yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan

    berkesan. Justeru bahan sumber menjadi elimen perantaraan dan pemindah

    maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang pengajar perlu peka kepada

    faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat,

    menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.

    1.2.2: KERANGKA TAJUK

    Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum

    Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk

    tajuk berikutnya

    Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media

    Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik,

    Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan

    Pameran, Media Audio dan Media Cetak

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    14/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    14

    1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN

    Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya

    terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :

    1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER

    - selaras dengan falsafah pendidikan negara

    - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

    - releven dengan kurikulum

    - selaras dengan prinsip pedagogi

    - memberi maklumat terkini

    KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER

    PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

    CIRI-CIRI BAHAN SUMBER

    KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    15/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    15

    - cost effective

    - mudah diperolehi

    - mudah digunakan

    - mudah alih

    - mudah senggara

    - pelbagai rangsangan

    - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

    - fleksibel

    1.2.3 .2 : PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

    a) Ketahanan

    Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan

    pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau

    bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang

    ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

    b) Kos

    Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan

    kewangan sekolah.

    Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan

    pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang

    digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan

    tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.

    Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh

    menjimatkan bahan-bahan terpakai.

    c) Aspek-aspek Teknikal

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    16/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    16

    Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama

    ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh

    diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya

    d) Ketepatan Maklumat

    Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan

    maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster,

    rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat

    juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.

    Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

    e) Mudah Alih

    Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan

    di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan

    dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

    Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan

    bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam

    keadaan tertentu.

    f) Saiz/Pengelolaan Kelas

    Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga

    perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran.

    Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih

    besar.

    Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan

    tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau

    pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan,

    atauun pengajaran individu

    g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

    Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini

    ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    17/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    17

    Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah

    pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan

    memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang

    dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

    Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong

    semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur

    yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya

    wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

    1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER

    Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan

    dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk

    mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang guru

    perlu mengetahui cirinya seperti berikut :

    a) Menjelaskan idea yang kabur

    Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan

    dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumberjuga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran.

    b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami

    Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami

    oleh pelajar (Wifa al-Tajl dan Rana al-Fauri, 2006). Pengunaan bahan

    sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan

    diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan

    grafik banding beza.

    c) Besar dan jelas

    Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas

    mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan

    sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam

    pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    18/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    18

    d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat

    Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna

    berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna

    menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran. Selain itu,

    warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz sesuatu bahan

    sumber juga penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya saiz

    tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap) dan

    kedudukannya hendaklah di tengah-tengah.

    e) Tahan lama

    Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidakmembebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja

    sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan

    sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.

    f) Paling memberi kesan

    Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan

    sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar

    mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut.

    Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

    g) Murah

    Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang

    tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak membebankan

    guru dan juga pihak sekolah

    1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER

    Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu

    sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut prinsip

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    19/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    19

    asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa al-Tajl dan

    Rana al-Fauri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :

    a) Besesuaian dengan tajuk

    Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar.

    Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang hendak

    dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber. Ini

    bermaksud, alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah sesuai

    dengan tajuk, isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar.

    b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar

    Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid, gaya

    pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman murid belajar

    berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai dengan

    tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan bahasa, tahap

    kefahaman serta pendengaran. Contohnya sumber visual seharusnya tidak

    digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup

    untuk menginterpretasikan dan mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan

    dengan pembelajaran (Kamarudin, 2003).

    c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.

    Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan

    digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang hendak

    dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian mengenai tempat

    bahan yang bakal digunakan.

    d) Berteknologi rendah dan sederhana

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    20/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    20

    Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran teknikal

    yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk menggunakan alat

    dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya sebelum sesi pengajaran

    yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka tidak boleh mengambil sikap

    ambil mudah dengan mengangap pelajar akan memahami apa yang

    dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin, 2003). Ini sekaligus bertujuan

    untuk mengelakkan kesilapan atau kelamahan semasa persembahan.

    e) Tidak berbahaya

    Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan

    menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan tersebut

    seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak, terutama jika alat itu

    melibatkan penggunaan oleh murid. Bahan tidak memerlukan kelengkapan

    tambahan yang banyal apabila hendak digunakan dan tidak mudah

    ketinggalan zaman.

    f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar

    Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar

    dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.

    g) Sesuai dengan tahap IQ

    Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran,

    peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar kelajuan

    peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan mempunyai peluang

    merujuk kembali kepada bahan yang digunakan dengan mengikut kadar

    keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan murid lain yang lebih

    cekap.

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    21/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    21

    Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri,

    Pendidik an Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007.

    Layari internet ........

    http://www.sumber pengajaran an pembelajaran

  • 8/22/2019 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro

    22/22

    PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

    22

    LATIHAN

    i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan

    setelah melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.

    ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi

    mempastikan satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai

    dalam orientasi pengajaran dan pembelajaran.