pengajaran mikro pke3303.pptx

34
PENGAJARAN MIKRO

Upload: joan-koh

Post on 23-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

PENGAJARAN MIKRO

Page 2: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

MEMBUAT PERANCANGAN MENGAJAR Tujuan utama guru menyediakan rancangan

pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan

meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja

aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan

Page 3: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat:

1.mengenai murid dan perkara yang akan diajar;

2.catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.

Page 4: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan di mana guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran yang menarik dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

2. Masa

3. Pemeringkatan isi

4. Pemilihan sumber dan alat

5. Kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran

6. Kualiti guru itu tersendiri

7. Mempunyai sistem penataran (delivery system) untuk penyampaian yang efektif

Page 5: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Penulisan Hasil Pembelajaran (Objektif Pengajaran)

Objektif pengajaran adalah pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Objektif pengajaran adalah merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi pelajaran (pernyataan, fakta, konsep,prinsip, dan sebagainya); disamping mencadangkan aktiviti guru/murid yang sesuai dalamproses pengajaran dan pembelajaran

Page 6: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis

berasaskan kepada: Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu,

pemusatan kepada murid); Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat

atau diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran;

Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku

Page 7: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Objektif pengajaran hendaklah melibatkan: Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid Masa objektif tersebut hendak dicapai (misalnya,

di akhir pengajaran) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran

terdahulu Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang

dikehendaki, dinyatakan dengan jelas.

Page 8: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Pemilihan objektif pengajaran yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: mudah (untuk dicapai murid); sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan

masa); realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan); jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras

bahasa yang betul); tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai,

daripada yang mudah kepada yang sukar).

Page 9: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Pemilihan dan Penulisan Isi PelajaranBerikut adalah beberapa faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti yang dicadangkan oleh Graham (1992):

1. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll.

2. Persekitaran Pengajaran

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Oleh itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 10: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

3. Latar Belakang Guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada

tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran.

4. Latar Belakang Pelajar Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan

perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang.

Page 11: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Aktiviti dan Kaedah Pengajaran

Beberapa kaedah yang biasa diamalkan:

(a) Kaedah Langsung atau Arahan

(b) Kaedah Tugasan

(c) Kaedah Resiprokal atau Bertindakbalas

(d) Kaedah Penyelesaian Masalah

(e) Kaedah Ekletik atau Gabungan

Page 12: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Kesemua kaedah-kaedah itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Ini dapat; ditinjau dari segi:

1. Pengurusan kelas semasa pengajaran

2. Penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran,

3. Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif dan

psikomotor,

4. Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur dan

kemampuan murid.

Page 13: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Kepentingan Penulisan Rancangan PengajaranMelalui (penulisan)persediaan yang terancang, pelajr guru akan dapat: Meningkatkan keyakinan diri sebelum masuk mengajar. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar

daripada perkara/aspek yang perlu diajar. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu

digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara

menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.

Page 14: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.

Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.

Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

Merancang aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistematik.

Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Page 15: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Penyediaan Rancangan Mengajar Ia terdiri daripada:

(a) Butiran am

(b) Tajuk pelajaran

(c) Objektif

(d) Kemahiran

(e) Bahan bantu mengajar

(f) Pengetahuan sedia ada

(g) Penerapan ilmu

(h) Penerapan nilai

(i) Set induksi

(j) Teknik Mengajar

(k) Langkah perkembangan

(l) Penutup

(m) Tindakan susulan

Page 16: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Set Induksi

Komponen set induksi

Mewujudkan motivasi

Menarik perhatian

Menstruktur

Membuat kaitan

Page 17: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Komponen Set Induksi

Page 18: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Komponen Kognitif masa pemeringkatan isi pemilihan sumber dan alat kesesuaian aktiviti kualiti guru

Page 19: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

PerkembanganSebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian penyampaian

Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada perkara berikut:

Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam.

Melibatkan murid secara aktif.

Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk membantu memudahkan

pemahaman murid.

Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan.

Menilai prestasi murid dengan menggunakan teknik menyoal yang sesuai dan

berkesan.

Setiap langkah/isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai murid terlebih dahulu, sebelum pindah kepada langkah/isi pelajaran yang berikutnya.

Page 20: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Perkembangan atau penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat perkembangan ini ialah isi pelajaran kemahiran strategi pengajaran pembelajaran penerapan nilai penggunaan sumber

Page 21: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Penutup

Guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, dengan membuat rumusan atau kesimpulan mengenai apa yang telah diajar pada peringkat akhir sesuatu pengajaran.

Page 22: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:

(i) Penutup Kognitif

Aktiviti yang digunakan oleh guru sebagai penutup kognitif sesuatu pengajaran ialah

merumus dan mengulang segala fakta penting dengan menggunakan kaedah

pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait, atau dengan melibatkan perkaitan

perkataan, mencadangkan aktiviti melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan

aktiviti susulan, dan sebagainya. Menjalankan aktiviti pengukuhan dengan

mengguna teknik soal-jawab.

(ii) Penutup Sosial

Penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid, mewujudkan

perasaan ingin tahu dan belajar, memberi peneguhan positif mengaitkan apa yang

telah dipelajari dengan pelajaran akan datang dan sebagainya.

Page 23: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Berikut merupakan peraturan atau garis panduan untuk sesi penutup pengajaran: cara penutup aktiviti susulan penilaian objektif rumusan/kesimpulan Pengubahsuaian pentaksiran

Page 24: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Penulisan RPH Lengkap

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif).

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran).

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang?

Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)?

Page 25: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

(i) Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);

(ii) Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta

dan sebagainya);

(iii) Aktiviti guru dan murid.

Page 26: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima komponen penting: Isi pelajaran, Kefahaman, Kemahiran, Aktiviti guru/murid, dan Catatan.

Page 27: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

1. Isi Pelajaran Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta

atau yang perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Penjelasan isi pelajaran oleh guru juga perlu menyatakan

segala isi pelajaran yang akan disampaikan dan selaras dengan objektif pengajaran.

Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran.

Page 28: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

2. Kefahaman Aspek kefahaman melibatkan domain kognitif

dan afektif. Kefahaman melibatkan aspek celik akal yang

diperolehi pelajar mengenai tajuk yang dipelajari di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.

Berbeza dengan objektif pengajaran, kefahaman memberi tumpuan kepada aspek dalaman. Aspek kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.

Page 29: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

3. Kemahiran

Kemahiran melibatkan kebolehan murid untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat. Ia melibatkan domain psikomotor. Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.

4. Aktiviti Guru/Murid

Aktiviti guru/murid melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh guru/murid (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) disepanjang proses pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif pengajaran.

Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan murid secara aktif bagi membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk.

Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru. Kesemua aktiviti guru dan murid perlu dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran.

Page 30: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx

5. Catatan

Para guru boleh menggunakan bahagian ini untuk menulis aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar,

penggunaan bahan bantu mengajar, peruntukan masa bagi setiap aktiviti, dan sebagainyadi sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Bahagian ini merupakan bahagian yang

buat catatan merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi pelajaran,kefahaman/kemahiran, atau aktiviti guru/murid atau yang berkaitan dengan strategi

pengajaran yang akan dilaksanakan.

Page 31: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx
Page 32: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx
Page 33: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx
Page 34: PENGAJARAN MIKRO pke3303.pptx