konsep dan perlaksanaan sekolah bestari di · pdf filedan mempunyai pelbagai cabaran. namun...

18
Muka surat 1/18 KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA. Abd. Ghani Jaafar How Lee Chan K.Shoba A/P C. Karuppaya Bazrulzaman Baharom Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat konsep sekolah bestari dan sejauh mana perlaksanaan sekolah bestari di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 Sekolah bestari di wujudkan bagi melahirkan generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam berfikir dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan bersedia pula untuk menerima dan menguruskan ledakan maklumat dalam dekad teknologi maklumat. Sekolah bestari dirujuk sebagai sekolah yang memberi peluang teknologi maklumat interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama sekolah bestari ialah untuk melahirkan ‘kanak-kanak bestari’ iaitu mereka yang kreatif dan menjana maklumat baru supaya mereka boleh dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang semata-mata mengeluarkan semula pengetahuan. Terdapat enam unsur penting yang perlu diambil perhatian dalam perbincangan sekolah bestari iaitu pengajaran & pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran, teknologi dan penilaian. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha untuk merealisasikan konsep sekolah bestari pada tahun 2010 bukan mudah dan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan Semenjak mencapai kemerdekaan , negara kita telah mengalami suatu perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya.Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara ini. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi dunia . Antara cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-ekonomi, tuntutan-tuntutan

Upload: duongliem

Post on 04-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 1/18

KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA.

Abd. Ghani Jaafar

How Lee Chan K.Shoba A/P C. Karuppaya

Bazrulzaman Baharom Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat konsep sekolah bestari dan sejauh mana perlaksanaan sekolah bestari di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 Sekolah bestari di wujudkan bagi melahirkan generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam berfikir dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan bersedia pula untuk menerima dan menguruskan ledakan maklumat dalam dekad teknologi maklumat. Sekolah bestari dirujuk sebagai sekolah yang memberi peluang teknologi maklumat interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama sekolah bestari ialah untuk melahirkan ‘kanak-kanak bestari’ iaitu mereka yang kreatif dan menjana maklumat baru supaya mereka boleh dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang semata-mata mengeluarkan semula pengetahuan. Terdapat enam unsur penting yang perlu diambil perhatian dalam perbincangan sekolah bestari iaitu pengajaran & pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran, teknologi dan penilaian. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha untuk merealisasikan konsep sekolah bestari pada tahun 2010 bukan mudah dan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan.

Pengenalan Semenjak mencapai kemerdekaan , negara kita telah mengalami suatu perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya.Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara ini. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi dunia . Antara cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-ekonomi, tuntutan-tuntutan

Page 2: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 2/18

terhadap pembangunan masyarakat, dan persaingan-persaingan antara antarabangsa telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam bidang

pendidikan di seluruh dunia (Cheng & Towsend, 2000). Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari bertujuan menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian Falsafah Pendidikan Negara ke tahap maximum. Teknologi Maklumat menjadi konponen utama dalam perlaksanaan projek ini. Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Fokus diberikan terhadap domain intelektual dan juga pembentukan warga Malaysia yang berakhlak mulia, cekap teknologi maklumat, bersifat global dan mampu beroperasi dalam arena antarabangsa.

Proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum dalam sekolah bestari

mengalami anjakan paradigma. Kurikulum sekolah bestari mengambil kira kebolehan setiap pelajar. Pelajar cemerlang boleh mempelajari kandungan sukatan yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan aktiviti-aktiviti pembelajaran sedia ada sehingga mereka bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Sistem pengurusan sekolah, sistem pentaksiran dan penilaian dan lain-lain komponen pengurusan turut diubah suai dengan perkembagan ICT(Information & Comunication Technology) iaitu teknologi komunikasi dan maklumat. Faktor ini memerlukan anjakan peradigma semua pihak khususnya pengurus sekolah bestari dan warga pendidik serta masyarakat Malaysia amnya. Konsep Sekolah Bestari Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat menglicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelejari. (Hamizer,1997). Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001). Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris ‘smart school’ dalam kata yang sebenarnya ialah suatu tempat di mana guru-guru dan murid-murid bekerja atau menjalankan aktiviti pembelajaran dengan melibatkan pemikiran yang menyeluruh.Ia melibatkan pelbagai tektik dan kaedah, mungkin juga melibatkan tugasan yang terbuka, perbincangan,kolaborasi rakan sejawat serta perbahasan dan sebagainya.(Perkins,1992).

Page 3: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 3/18

Manakala menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah berorientasikan

pembelajaran bukan pengajaran. Cara sekolah bestari beroperasi adalah berdasarkan hubungan bahawa guru sebagai jurulatih (coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan beralih dari pengajaran kepada pembelajaran.Pendidikan dikatakan telah berlaku apabila berlaku proses pemikiran di kalangan pelajar. Menurut Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih menjadi asas model sekolah bestari. Matlamat sekolah Bestari

Antara matlamatnya ialah: • Menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh pengetahuan dan

mampu menjalankan pembelajaran mengikut kadar pembelajaran sendiri (self-paced), minat sendiri (self-directed) dan menilai diri (self assessed). Dengan ini mereka dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.

• Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat.

• Mengubahkan secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini menitikberatkan peperiksaan kepada yang berfokus kepada aspek kreatif dan inovatif.

• Melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.

• Membentukkan satu generasi warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai kekeluargaan dan peka terhadap pemeliharaan alam sekitar.

• Menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis dan kreatif untuk industri tempatan Malaysia

Kualiti Sekolah Bestari Menurut Dr.Nor Hayati (2003) Sekolah bestari di Malaysia seharusnya mempunyai kualiti berikut :-

1. Satu falsafah bahawa semua pelajar boleh diajar dan dapat mempelajari sesuatu ilmu sekiranya diajar dengan baik.

2. Satu kurikulum yang mempertimbangkan kepelbagaian kebolehan dan keperluan yang berbeza pada semua pelajar.

3. Iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran. 4. Penilaian yang berterusan yang dapat menyokong pengajaran yang baik. 5. Mempunyai seorang pengetua yang professional, ‘strong’ dan mempunyai guru-

guru yang professional. 6. Penglibatan aktif dari ibubapa dan komuniti yang memberi sokongan.

Ciri-Ciri Sekolah Bestari 1. Sekolah Bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Tempatan (LAN)

Page 4: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 4/18

• Ini membolehkan perkongsian maklumat melalui telekonferensing, pangkalan data dan mel elektronik, ensaiklopedia elektronik, katalog kad

perpustakaan dan pusat sumber ‘on-line’ dan data pentadbiran. 2. Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Luas (WAN)

• Hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah, negeri dan dunia. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari pembelajaran jarak jauh.

3. Kepelbagaian bahan

• Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Pengintegrasian mata pelajaran

• Mata pelajaran diintegrasikan bercorak tematik dan bukan lagi diajar secara berasingan. Konsep belajar merentas kurikulum diperluas.

5. Orientasi pengajaran dan pembelajaran.

• Kurikulum adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidak berorientasikan fakta semata-mata.

6. Persekitaran pembelajaran yang luas.

• Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan sumber akan menjadikan guru sebagai perantara dan bukan lagi sebagai sumber pengetahuan yang utama. Guru-guru perlu lebih ke hadapan dalam mencapai maklumat berbanding pelajar mereka.

Projek Rintis Sekolah Bestari Malaysia Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponan penting dalam konsep sekolah bestari. Sekolah bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah bestari mewakili satu penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan pengajaran, sistem pentadbiran sekolah, proses sekolah dan lain-lain. Teknologi baru juga digunakan bagi membolehkan transformasi sekolah biasa kepada sekolah bestari dapat dilakukan. Sekolah bestari mempunyai komponan-komponen berikut :-

Page 5: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 5/18

Rajah : Komponan Sekolah Bestari di Malaysia. (Dr.Nor hayati,2003 ; Shahabuddin et al.2003) (i) Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Proses P&P merupakan teras atau ‘jantung’ sekolah bestari. Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan P&P direka semula untuk membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah bestari akan mendorong pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Kurikulum sekolah bestari akan mengambil kira hakikat bahawa pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang berlainan. Dari aspek pernilaian, pelbagai alat pengukuran akan digunakan dalam peperiksaan, projek, tugasan dan produk yang berteraskan penggunaan komputer. Pernilaian sekolah bestari bukan sahaja melihat dari segi pencapaian pelajar sahaja tetapi juga mengambil kira keberkesanan dengan kesediaan, kemajuan dan bakat. (ii) Pengurusan pentadbiran Pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari yang merupakan penggerak atau ‘otak’ sekolah bestari dan dikomputerkan. Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah mengurus dengan cekap dan berkesan. (iii) Sumber Manusia, Kemahiran dan Tanggungjawab Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatkan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, P&P dan sebagainya. (iv) Proses Proses sekolah bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses sekolah bestari dikaji dengan teliti dan disemak untuk memastikan sistem tersebut dibekalkan dengan input yang tepat dan berfungsi menghasilkan output yang dikehendaki. (v) Teknologi

P & P

Kurikulum Pedagogi Penilaian Bahan- P & P

Page 6: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 6/18

Teknologi digunakan sebagai pengupayaan kepada amalan sekolah bestari seperti P&P, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.Teknologi komputer akan

membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka yang kurang berada. (vi) Dasar Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sekolah bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diubah. Ciri-Ciri Bilik Darjah Bestari Bilik darjah bestari mempunyai persekitaran yang ideal untuk belajar dengan bantuan komputer. Berdasarkan kajian Triangle (1999, dlm Sukimin & Noor Hanim,2003) bilik darjah bestari mempunyai setting yang berbeza. Pelajar-pelajar boleh akses kepada maklumat bila-bila diperlukan. Bilik darjah bestari ialah tempat di mana pelajar-pelajar mudah mendapat maklumat. Guru bukan lagi menjadi penyalur maklumat, tetapi lebih kepada peranan sebagai fasilitator. Di antara ciri –ciri bilik darjah bestari ialah :-

1. Pelajar-pelajar mudah mengakses kepada komputer. 2. Keupayaan guru mengintegrasikan penggunaan komputer dalam bilik darjah. 3. Interaksi pelajar secara kolaborasi di dalam bilik darjah.

Persekitaran bilik darjah bestari adalah bersesuaian dengan Teori Piaget bahawa pada tahap operasi konkrit, seseorang pelajar mempunyai kebolehan pemikiran secara logik. Ini hanya akan berlaku sekiranya wujud persekitaran fizikal yang sebenar. Komputer dalam bilik darjah adalah sebagai catalyst kepada pembelajaran kerana pada tahap operasi konkrit. “ seeing is believing”. Malah menurut Gagne & Briggs (1982, Sukimin & Noor hanim,2003) situasi pembelajaran bilik darjah harus berbentuk kondusif. Pemantauan dan Tindakan Susulan Pada tahun 2002, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pemantauan kolaboratif pelaksanaan projek rintis sekolah bestari ke atas semua 87 buah sekolah bestari di seluruh Malaysia untuk meninjau dan mengenal pasti beberapa aspek berikut:

(i) sejauh mana sekolah telah melaksanakan projek sekolah bestari. (ii) masalah yang dihadapi pihak sekolah dalam melaksanakannya. (iii)keberkesanan pelaksanaan di sekolah-sekolah oleh pentadbir.

Hasil pemantauan kolaboratif yang telah dilakukan oleh KPM terhadap sekolah-sekolah bestari di negeri Johor menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pembangunan adalah paling tinggi, diikuti perancangan, pentadbiran, hubungan dengan komuniti, kemudahan fizikal, penyeliaan P&P, pengurusan kurikulum dan kokurikulum. Tahap pelaksanaan perisian pengurusan sekolah bestari adalah paling rendah.

Page 7: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 7/18

Kekangan Terhadap Inovasi Pendidikan

Pelaksanaan sekolah bestari merupakan inovasi pendidikan. Inovasi pendidikan sering diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah dan memperbaiki amalan pendidikan. Inovasi pendidikan juga diperkenalkan di atas kepercayaan untuk meningkatkan mutu pendidikan. Di negara kita, banyak inovasi pendidikan telah dan sedang dilaksanakan, antaranya yang besar, KBSR dan KBSM. Bagi menghadapi era globalisasi pula, kita berkepercayaan konsep ‘sekolah bestari’ telah diperkenalkan. Banyak inovasi yang diperkenalkan gagal mencapai matlamatnya adalah disebabkan kesukaran pelaksanaan memahami makna inovasi itu sendiri (Fullan 1991). Kesukaran memahami makna sesuatu inovasi berlaku kerana kebanyakan inovasi pendidikan yang diperkenalkan adalah berbentuk exogenus. Akibat kesukaran memahami makna, pelaksana biasanya membuat penilaian apakah ‘makna’ inovasi yang diperkenalkan pada dirinya sendiri dan orang lain pada mana inovasi tersebut disasarkan. Sekiranya inovasi tersebut ‘bermakna’ pada dirinya, pelaksana dijangka akan melaksanakan inovasi sebagaimana yang diarahkan. Bagaimanapun, sekiranya inovasi ‘tidak bermakna’, pelaksana beranggapan dan merasa inovasi tersebut hanya akan menambah tugas dan beban kerja mereka. Pelaksana yang menganggap inovasi tidak bermakna akan menggunakan strategi daya tindak yang bersesuaian dengan etika praktikal bagi memastikan dirinya selamat dalam profesionannya. Strategi daya tindak ini biasanya menjadi subur dan membentuk budaya kerja baru sekiranya faktor-faktor luaran seperti kemudahan prasarana dan sokongan, sistem peperiksaan dan pemantauan pendidikan gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh inovasi. Hj. A. Hamid Abu Hassan (1998) telah membuat kajian untuk mengenal pasti keberkesanan guru. Analisis persepsi guru yang berkesan menunjukkan masalah utama yang mereka kenal pasti ialah ialah: pertama, kelemahan penguasaan mata pelajaran dan kurang minat di kalangan pelajar; kedua, kesukaran mengelola kerja kumpulan; ketiga, kesukaran menggunakan teknologi dan alat bantuan mengajar; keempat, perasaan meningkatnya beban kerja. Empat masalah utama yang dikenal pasti oleh guru tersebut berkait dengan kekurangan pengetahuan dan kemahiran pada guru itu sendiri serta kekurangan peralatan kemudahan dan sokongan. Ciri-Ciri Guru Bestari Sekolah bestari bergantung kepada guru bestari. Sesungguhnya kejayaan guru melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, keimanan, sahsiah dan kepimpinan yang berwibawa dan kreativiti yang menjangkau zaman akan memberi sumbangan yang amat besar kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan negara.Malah Perkins (1992) ada menyatakan bahawa guru bukan sahaja mengorbankan masa, sumber dan tenaga dalam pengajaran, mereka juga turut meluangkan masa untuk perkembangan dan peningkatan kemahiran serta ilmu dirinya. Guru adalah tonggak sistem pendidikan dan agen perubahan. Justeru itu jika kita ingin melahirkan generasi bestari, maka guru perlu membestarikan diri mereka sendiri. Salleha (2002; Perkins 1992) menyatakan tiga ciri guru bestari iaitu:

Page 8: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 8/18

(i) Informed (bermaklumat dan kemas kini)

Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa mencari maklumat dalam bentuk fakta-fakta terkini, sentiasa melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama seperti dalam pendekatan generik contohnya pengajaran masteri, kontekstual, konstruktisme, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan. Guru sentiasa dapat menyesuaikan pengajaran mereka dengan kehendak pelajar yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan. Guru bestari juga mampu menghasilkan penggunaan modul-modul pengajaran yang terkini serta mempu membina modul pengajaran selaras dengan kemampuan dan tahap pencapaian pelajar.

Guru yang bermaklumat dan kemas kini mampu berkongsi maklumat dan menggunakan ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan matlamat pengajaran, juga dapat memainkan peranan menambah keperluan yang difikirkan penting atau mengubahsuai modul-modul pengajaran yang boleh meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kemampuan berfikir pelajar-pelajar.

Guru bestari juga perlu mampu mengawal proses pembelajaran mengikut kebolehan dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu serta sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap berupaya untuk mencapai standard yang ditetapkan mengikut masa yang mereka sendiri tentukan. Seterusnya, guru yang bermaklumat dan kemas kini sentiasa one step head dalam menguasai teknologi ICT terkini serta mampu menghebahkan ilmu di kalangan rakan sejawat supaya ilmu dan kemahirannya dapat dikongsi dan diguna pakai dalam meningkatkan profesion dan martabat keguruan di kalangan masyarakat dan negara. (ii) Energetic (bertenaga dan positif) Guru-guru bestari adalah sentiasa bertenaga dan bersikap positif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan, pergerakan dan berfikir dan sentiasa menjaga kesihatan pada tahap cemerlang, tidak kenal erti jemu dan sentiasa berfikiran positif, inovatif dan proaktif, serta mempunyai moto ‘Kita Boleh’. Bertenaga dalam konteks pedagogi adalah penyampaian dan pengkaedahan pengajaran. Guru bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada standard yang telah ditetapkan. Guru bestari sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi pelajarnya pada tahap yang tinggi. Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif serta ceria dalam melaksanakan segala tugasan secara pembelajaran kolaboratif di samping menekankan penerapan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap, mementingkan kecemerlangan bersama-sama serta sestia kawan yang tinggi. Guru bestari sentiasa memandang pelajar mereka mempunyai potensi yang tinggi yang boleh dikembangkan dan dipertingkatkan tahap pencapaian mereka semaksimum mungkin. Guru bestari tidak pernah memandang remeh dan rendah kemampuan dan potensi pelajar mereka serta tidak pernah menidakkan kebolehan dan idea-idea pelajar

Page 9: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 9/18

mereka. Guru bestari sentiasa meningkatkan semangat, daya juang dan keyakinan diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari mereka kebolehan dan

berkemampuan menyelesaikan sebarang masalah dan kreatif. (iii) thoughtful (penyayang dan berfikir) Guru bestari sentiasa bersifat penyayang, mereka melihat pelajar-pelajar sebagai satu aset negara yang paling berharga yang perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berjaya dan cemerlang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah menjadikan negara maju tauhn 2020. Guru bestari bersifat penyayang akan berfungsi sebagai pembimbing dan pemudah cara juga bertindak menjadi penasihat dalam menagani sebarang masalah pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap permasalahan yang dilontarkan oleh pelajar mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani bukan sebagai beban malah sebagai suatu peluang yang baik untuk guru tersebut memahami dan memberi jalan terbaik melalui perbincangan dan berkongsi idea-idea bersama-sama supaya memberikan peluang kepada pelajar-pelajar mereka untuk diselesaikan masalah mereka sendiri. Guru bestari sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara masa kini dan melaksanakan falsafah negara dalam menyediakan pekerja-pekerja mahir dalam mengisi era Malaysia sebagai negara maju. Guru-guru ini sentiasa menyedari bahawa kegagalan membentuk pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran bermakna akan mengekang pembentukan generasi madani yang akan menerajui negara pada masa depan. Guru bestari akan menerima amanah membentuk dan melahirkan pelajar yang baik dan cemerlang sebagai satu agenda utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif untuk mencanai dan merangsang pelajar-pelajar ini supaya berjaya dengan menggunakan segala kebolehan dan kewibawaan guru dalam mengilap, mengadun serta meningkatkan potensi pelajar-pelajar ke tahap yang terbaik dalam menghasilkan pekerja-pekerja mahir yang cemerlang, syumul dan berketrampilan menetapi acuan yang dikehendaki. Peranan Guru Bestari Berdasarkan ciri-ciri guru bestari yang diperjelaskan, secara tuntasnya guru-guru bestari mempunyai peranan-peranan yang berikut: (i) Pemimpin yang konstruktivist

• Penggalak pembelajaran yang berpusatkan pelajar • Pencetus pemikiran pelajar iaitu pembimbing di sisi seperti pendeta di atas

pentas (ii) Pendidik yang inovatif dan kreatif

• Mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran

(iii) Mahir menggunakan teknologi multimedia sebagai alat kreatif dan inovasi

Page 10: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 10/18

• Guru sentiasa mementingkan kemahiran ICT daru semasa ke semasa agar dapat melahirkan idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran

(iv) Pengguna komunikasi yang cekap • Guru haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan agar segala

ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan jayanya (v) Penguasaan ilmu yang mantap

• Menguasai ilmu dalam bidang yang diajar adalah prasyarat yang penting untuk menjadi guru yang berkesan dalam sekolah bestari

(vi) Pemupuk nilai yang gigih • Menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan ilmu yang diajar dari

aspek nilai murni • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tindak lakunya

Untuk memperjelaskan lagi peranan guru bestari, jadual di bawah membuat perbandingan guru-guru sebelum dan selepas bestari.

Sebelum bestari Selepas bestari Peranan guru Penyampai Fasilitator Komunikasi Sehala dua hala Penggunaan sumber Guru yang banyak guna Pelajar yang banyak guna Ikut keperluan guru Ikut keperluan pelajar Sedikit banyak

Kajian Tentang Peranan Pengetua Sekolah Bestari Malaysia kini mempunyai 7404 sekolah rendah dan 1794 sekolah menengah. Lebih kurang 635 buah sekolah sedang mengikuti program Komputer Dalam Pendidikan dan 87 buah sekolah mengikuti progaram Sekolah Bestari ( Rohani, 2002). Rohani (1999) menyatakan bahawa sekolah bestari bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Untuk meninjau tahap keberkesannya, Hj Mohammed Sani B. Hj Ibrahim dan Mohd Jasmy Abd Rahman (2003) telah menjalankan kajian sepanjang tahun 2001. Kajian telah melibatkan 882 orang guru bestari dan 2689 orang pelajar sebagai respondennya. Dapatan menunjukkan guru-guru bestari telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab walaupun mereka terpaksa menghadapi pelbagai kekangan. Rata-rata, hanya 23.9% daripada pengetua yang mengambil berat dan memberi sokongan terhadap pelaksanaan program perintis sekolah bestari ini. Dapatan yang sama juga didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad (2002) yang meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar dalam celik komputer di sekolah-sekolah Negeri Johor. Kajian yang dijalankan secara tinjauan melibatkan 380 orang guru di negeri Johor yang terlibat dalam program Komputer Dalam Pendidikan dan sekolah bestari yang dipilih secara rawak berlapis. Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang berada pada tahap kepuasan yang tinggi terhadap kepimpinan pengajaran di

Page 11: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 11/18

kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah.

Dua kajian ini sudah membuktikan bahawa pengetua-pengetua di Malaysia masih belum lagi menghayati budaya pengkomputeran di sekolah masing-masing. Jika keadaan ini tidak dibetulkan, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membetarikan sekolah-sekolah tidak akan tercapai. Kita tidak boleh menyalahkan pengetua semata-mata. Sesuatu langkah perlu dibuat untuk memupuk budaya pengkomputeran di kalangan pengetua sebelum hendak membestarikan semua sekolah di Malaysia. Peranan Pengetua Dalam Pembestarian Sekolah (i) Kepimpinan Penyelaras komputer yang dianggap pakar dalam ICT pun tidak mungkin memberi impak kepada sekolah tanpa sokongan daripada pengetua. Pengetua seharusnya terus berkuasa dalam menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah, dan melalui bekerja dengan individu-individu lain di dalam sistem persekolahan akan mampu untuk melibatkan mereka dalam proses perubahan. Oleh itu, pengetua seharusnya bijak untuk mengambil hati guru-gurunya bila hendak membestarikan sekolah. pengetua juga boleh bekerjasama dengan penyelaras ICT untuk memastikan polisi ICT sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi menjayakan projek pembestarian sekolah. (ii) Budaya ICT Pengetua berperanan membudayakan sekolah. Budaya sesebuah sekolah amat sukar untuk dihuraikan, kerana ia merupakan kombinasi antara hubungan, kepercayaan, sikap dan ideologi di kalagnan semua orang yang bekerja di dalam sesebuah institusi pendidikan tersebut (Stoll & Fink, 1996). Pengetua dan pasukan pentadbir kanan di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membina budaya pengajaran yang profesional yang memberi respon kepada perubahan (Hargreaves & Dawe 1990). ICT (Teknologi maklumat dan komunikasi), kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya sekolah. jika pengetua hendak membestarikan sekolah, maka budaya ICT perlu dimasukkan ke dalam struktur sekolah. (iii) Penggubalan dan Pengekalan Satu Polisi ICT Polisi diperlukan untuk menjelaskan tentang idea budaya ICT yang ingin diperkenalkan, visi kepimpinan sekolah, dan tindakan yang dijangka dilakukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Guru-guru perlu dilibatkan dalam penggubalan polisi ini. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru-guru meningkat. Ketrampilan pelajar akan berubah apabila mereka kerap menggunakan komputer di rumah. Polisi ICT dirangka berdasarkan matlamat, polisi dan perancangan sekolah; pandangan daripada ibu bapa dan wakil-wakil komuniti; polisi Pejabat Pelajaran Daerah dan Sokongan yang akan

Page 12: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 12/18

diberi; polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif; dan perkembangan teknologi.

Satu kajian yang telah dijalankan di Australia (Gurr 2000) bagi mengenal pasti perubahan pada pengetua dan guru besar dalam bidang-bidang seperti kepimpinan, tuntutan dalam menjalankan tugas, akauntabiliti, pengurusan sumber manusia, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan komunikasi, kuasa dan perancangan apabila ICT diperkenalkan dalam sistem sekolah. Gurr (2000) dalam kajiannya telah mendapatkan persepsi 21 orang pengetua dan guru besar mengenai kesan teknologi dalam sembilan perkara berikut: penggunaan software, penggunaan teknologi (hardware), penggunaan teknologi kerja-kerja jaringan (networks) pengajaran dan pembelajaran, kerja bersama staf, hubungan dengan Kementerian Pelajaran, perkembangan profesional pengetua dan guru besar dalam teknologi, kualiti personel, dan kesan terhadap staf pejabat kepada kerja pengetua dan guru besar. Menurut Gurr (2000) dalam kajiannya ke atas 21 orang pengetua di Australia mengenai kesan teknologi maklumat dan komunikasi mendapati bahawa mereka secara beransur-ansur menjadi pengguna Komunikasi Maklumat Komputer (KMK) atau ICT yang canggih. Perkembangan dalam teknologi tersebut telah membuka ruang kepada pengetua untuk melakukan tugas mereka dengan cara yang berbeza dalam menghadapi dan membentuk tugasan baru. Mereka juga perlu membantu sekolah mereka menggunakan ICT di samping turut menyokong staf sekolah iaitu guru dan staf sokongan menghadapi perubahan ini. Pengetua dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam proses pembestarian sekolah masing-masing. Pada masa yang sama mereka juaga perlu memperlengkapkan diri dengan isu-isu yang berkaitan dengan minat, kebolehan dan kemahiran dalam ICT. Penentuan Sasaran Sasaran kerja adalah fokus untuk merancangkan perubahan dan untuk memantau kemajuan matlamat individu dan institusi. Target yang berfokus kepada hasilan, lazimnya lebih jelas daripada yang berfokus kepada proses-proses seperti pelaksanaan polisi, pendekatan yang digunakan oleh guru dan aktiviti pelajar. Lawley (1999) menyatakan penentuan target perlu memenuhi lima ciri mengikut akronim SMART iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik (realistic) dan berkaitan dengan masa (time-related). Prinsip-prinsip Untuk Pembestarian Sekolah Terdapat beberapa prinsip untuk pembestarian sekolah (Mohammed Sani & Mohd Jasmy, 2003): (i) Membina Kebolehan Pelajar Dalam ICT Kita perlu membina pelajar yang mampu menggunakan ICT. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan bahawa:

• Pelajar-pelajar mampu meningkatkan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumber-sumber luar termasuk di rumah. Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai akses kepada ICT di rumah akan ketinggalan

Page 13: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 13/18

• Bukan semua guru mampu mengajar secara bestari jika tidak dilatih secara berterusan. Oleh itu ada pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu ICT

sementara yang lainnya tidak • Pelajar-pelajar akan mendapat lebih manfaat melalui pengajaran bestari yang

berstruktur. Guru-guru perlu mampu menguruskan kelas-kelas bestari dengan bijak.

• Tugas-tugas yang diberi kepada pelajar perlu dirancang agar pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam aplikasi dan membuat keputusan serta menguasai ketrampilan-ketrampilan baru yang beraras tinggi.

(ii) Membina Kebolehan Guru-guru Dalam ICT Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Sektor Pendidikan di negara ini dijangka mempunyai jumlah tenaga pengajar berkemahiran yang mencukupi apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk melatih 100,000 lagi guru dalam bidang teknologi maklumat (IT) (Khairul Anuar, 2002). Oleh itu, pengetua-pengetua perlulah berfikiran terbuka untuk melepaskan guru-guru menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiranICT. (iii) Membina Kebolehan Kelas Dalan ICT Sesebuah kelas yang berkebolehan dalam ICT adalah merupakan satu kombinasi yang terdiri daripada :-

• Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada pelajar-pelajar.

• Pelajar-pelajar yang terpaksa menggunakan ICT yang mereka merasai bahawa penggunaan ICT banyak memberi manfaat kepada diri masing-masing

• Sumber yang mudah didapati sama ada di dalam kepas atau di sudut yang berdekatan.

Guru-guru dikehendaki menghubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik komputer dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik mata pelajaran. (iv) Membina Kebolehan Guru-guru Mata Pelajaran Dalam ICT Peranan Ketua-ketua Bidang adalah penting untuk membina sepasukan guru dalam penggunaan ICT di bilik-bilik darjah. Guru-guru seharusnya mampu menggunakan ICT dalam menganalisis data yang berkaitan dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ketua-ketua Bidang perlu menyediakan rancangan persediaan mengajar yang meliputi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk disebarkan kepada guru-guru yang berkenaan di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka juga perlu bekerjasama dengan kordinator-kordinator ICT untuk menghasilkan bahan-bahan ini. (v) Membina Kebolehan Kordinator ICT Seseorang kordinator ICT di sebuah sekolah seharusnya mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap konsep asas ICT dan berketrampilan di aras yang tinggi. Mereka juga

Page 14: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 14/18

perlu bekerjasama dengan guru-guru lain yang mempunyai stail pengajaran yang pelbagai. Fokus terhadap pelbelajaran pelajar akan menggerakkan kordinasi dalam

pengajaran, kurikulum dan sumber, dan akan merupakan aspek nasihat yang perlu diberikan kepada pihak pengetua tentang penggubalan polisi sumber. Kordinator ICT perlu jelas tentang arahan-arahan daripada Kementerian Pel.ajaran Malaysia, tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, kordinator ICT perlu menguasai segala prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pengurus sumber ICT. Mereka akan menggunakan internet untuk berkomuniakasi dengan rakan-rakan di sekolah untuk mendapatkan idea-idea baru tentang perkembangan teknologi dan pengajaran menggunakan ICT dan juga untuk memenuhi keperluan perkembangan staf guru-guru. (vi) Membina Tahap Kebolehan Pengurusan ICT Kordinator-kordinator ICT semenangnya memerlukan sokongan dan kepimpinan pengetua dan guru-guru kanan. Pengetua-pengetua dan guru-guru kanan sekolah boleh menyokong kordinator-kordinator ICT di sekolah masing-masing secara langsung melalui

• Menentukan visi dan dorongan • Menyemak semula polisi • Perancang sumber dan penentuan peruntukan • Perancangan program perkembangan staf • Pemantauan dan penilaian • Menjadi model dalam penggunaan ICT

Pengurusan Perubahan Dalam Sekolah Bestari 1. Pengajaran berasaskan penggunaan komputer dan maklumat pelbagai Teknologi maklumat merupakan salah satu daripada alat untuk mencapai objektif Sekolah Bestari. Justeru itu guru-guru bolehlah menggunakan Teknologi Maklumat (komputer) ini sebagai pemangkin untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar. Dengan penggunaan Teknologi Maklumat (komputer) banyaklah perisian komputer akan digunakan. Di antaranya Excel, Grafic Calculator, Geometer's Sketchpad dan Internet yang akan digunakan untuk mencapai objektif Sekolah Bestari. 2. Pembelajaran berpusatkan pelajar, secara terus menerus dan berkualiti. Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Pembelajaran beranjak daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bernas, mempunyai tanggungjawab sosial, refleksi, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza. Pelajar akan dibimbing berpusatkan budaya berfikir dengan menfaatkan sumber

Page 15: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 15/18

ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang

kreatif dan pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi denga pelajar dan guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia. 3. Penilaian secara berterusan, berpusat dan berasaskan sekolah. Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada bagi membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru, pelajar dan ibu bapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan disamping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian humulatif pelajar, tetapi juga terbuka untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat. 4. Pengurusan sumber yang cekap Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengjaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan. Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pertadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran. Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni, serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai dan cekap. Proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sdesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan atau penyertaan yang aktif dan produktif dim kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi. Sokongan Daripada Pihak Luar Sesebuah sekolah bestari perlu menggunakan pelbagai perkhidmatan luar iaitu komersial, akademik, kerajaan dan swasta. Pejabat Pelajaran Daerah adalah sumber rujukan ke arah memantapkan dalam proses membestarikan sekolah. Pejabat Pelajaran Daerah dan Nazir Sekolah boleh memainkan peranan untuk menggerakkan perubahan

Page 16: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 16/18

di sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah perlu bersikap positif terhadap laporan-laporan daripada pihak Pejabat Pelajaran Pendidikan Daerah atau Nazir

Sekolah. Pengetua-pengetua perlu bertindak terhadap segala teguran dan cuba mendapatkan nasihat daripada sekolah-sekolah lain atau membaca makalah-makalah yang berhubung dengan proses pembestarian sekolah. Semua sekolah wajar mengalakkan guru masing-masing menulis tentang kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk berokngsi bersama dengan guru-guru lain, mungkin secara on-line juga. Program Perkembangan Staf Ke Arah Peningkatan Kebolehan Guru-guru Dalam ICT Program perkembangan staf perlu berdasarkan analisis keperluan guru. Program pendidikan guru dalam perkhidmatan amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Merancang Program Perkembangan Staf Jawatankuasa Perkembangan Staf perlulah terdiri daripada

(i) Pengetua dan guru-guru kanan (ii) Wakil daripada ketua-ketua bidang semua mata pelajaran (iii)Kordinator ICT

Langkah pertama dalam perancangan ialah bagaimana hendak memotivasikan guru-guru untuk mempelajari ilmu dan ketrampilan-ketrampilan baru. Ahli Jawatankuasa Perkembangan Staf boleh membuat keputusan sama ada untuk menjemput pakar-pakar daripada luar atau dari dalam sekolah bagi mengendalikan kursus-kursus untuk guru-guru di sekolah. Banyak kajian menunjukkan bahawa guru-guru lebih suka latihan dalaman dikendalikan oleh kordinat ICT dan lain-lain ahli daripada sekolah yang sama (Mohammed Sani Ibrahim, 1992). Guru-guru boleh juga dihantar ke maktab-maktab perguruan atau universiti-universiti berdekatan untuk menghadiri kursus-kursus pendek dalam bidang-bidang ICT yang mereka minati. Kesimpulan Kewujudan Sekolah Bestari akan melahirkan generasi yang mampu menangani masa depan khususnya dalam kepesatan penggunaan teknologi maklumat. Namun demikian adalah agak sukar untuk mencari satu model khusus sekolah bestari yang sesuai dengan aspirasi negara dari mana-mana negara. Kita hanya boleh membentuk sekolah mengikut acuan sendiri asalkan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Malah menurut Ted Sizer :

We believe that good people with the right idea can fashion a school that will meet particular needs of the community. (Fiske,1991).

Page 17: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 17/18

Sekolah bestari mendapat motivasi dari matlamat pendidikan iaitu pengekalan

budaya, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Sekolah bestari menjanjikan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk memberitahu, berdaya dan pemikiran yang menyeluruh. Sekolah bestari mendapat asasnya daripada satu set prinsip yang menyeluruh dan kompek tentang pemikiran manusia dan pembelajaran pelajar. Dunia berkembang dengan pesat, sekolah tidak ada pilihan melainkan terpaksa menerima fenomena ICT dan menjangkakan guru-guru dapat menguasai dengan cepat ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan ke dalam P & P di bilik darjah. Di samping itu, peranan pengetua perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketrampilan dalam ICT bagi memberi dorongan dan membimbing guru serta pelajar dalam proses pembestarian sekolah. Dengan adanya kerjasama dan persediaan semua pihak, mudah-mudahan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 nanti. RUJUKAN Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003).Applications Of The Smart School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis 2003.m/s 1-10. Fazli Abdullah.(22hb Julai 2003). 300 lagi Sekolah Bestari Akan Dibina. Berita Harian. Fiske,Edward B.(1991).Smart School, Smart Kids. New York : Simon & Schuster. Fullan, M. 1991. The New Meaning of Education Change. 2ed. London: Cassell. Hazani bin Che The.(1997) Guru Bestari Sekolah Bestari. Pengurusan Kemahiran Belajar Ke Arah Pembentukan Guru Dan Sekolah Bestari.Bestari Koleksi Guru Johor.m/s1-6. Johor : UMIDA Industries Sdn Bhd. Hamizer Bin Mohd Sukor.(1997).Smarting Up For New Challenges Of Smart Schools. Bestari Koleksi Johor.m/s12-21. Mohammed Sani B. Hj Ibrahim. 2003. Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi: Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jurnal BTP. Siri 5. ISSN 1511-5925. m.s. 21-40. Mohd. Majid Konting. 1998. Sekolah Bestari Dan Pengalaman KBSM: Implikasi Kepada Profesion Pengurusan. Jurnal Pendidikan PKPSM. Julai, Bil 3. m.s. 27-37.

Page 18: KONSEP DAN PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI · PDF filedan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan. Pengenalan

Muka surat 18/18

Nojumuddin B. Abd. Samad. 2002. SMK Dato’ Sri Amar Diraja: Sekolah Bestari. Jurnal

Pendidikan PKPSM. Jun, m.s.12-24. Norzilawati Abdul Halim.(6hb Mei 2004).10,000 jadi Sekolah Bestari Menjelang 2010.Berita Harian. Perkins,David.(1992).Smart Schools. Better Thingking and Learning For Every Child.New York : The Free Press. Salleha bt Salleh. 2002. Pembestarian Guru. Guru SMKA: Satu Cabaran dan Harapan. Jurnal Pendidikan PKPSM. Jun, m.s.8-11. Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani & Mohd. Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi Staregi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sukimin Juki & Noor Hamin Rahmat.(2003). Studying In A Smart School : What Do The Students Think ? Jurnal BTP Siri 5.Dis 2003. m/s 51-58. Zalina Yahaya.(8hb Julai 2002).Sekolah Bestari –Konsepnya Banyak Kelebihan.Berita Harian. Zalina Yahaya.(24hb Julai 2002). Bukan Sekadar Teknologi IT.Berita Harian. ------.(10hb April 2002).Kurang Pakar IT Jejas Projek Sekolah Bestari.Berita Harian.