good halangan,isu,cabaran,kebaikan

31

Click here to load reader

Upload: klkklk

Post on 29-Nov-2015

180 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

guyguyg

TRANSCRIPT

Page 1: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KBP 6014 – PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN

“KAJIAN BEBAS”

TAJUK : ISU-ISU DAN PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA PENSYARAH : DR. NOOR AINI BT AHMAD

NAMA PELAJAR : ALIAA BINTI ISMAIL

NO. MATRIK : M20122001573

NO. KAD PENGENALAN : 831209-02-5020

Page 2: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 PENDIDIKAN INKLUSIF

2.1 MURID BERKEPERLUAN KHAS DI ALIRAN PERDANA

2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

2.2.1 KEPERLUAN KESAMARATAAN HAK ASASI

2.2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN BERKUALITI

2.2.3 KEPERLUAN SOSIAL

3.0 PENGSEALIRAN (MAINSTREAMING)

3.1 DEFINISI PENGSEALIRAN

3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENGSEALIRAN

3.3 KEBAIKKANPENGSEALIRAN

3.4 KEBURUKAN PENGSEALIRAN

4.0 PERSEKITARAN KURANG TERHALANG (LEAST

RESTRICTIVE ENVIRONMENT)

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

5.1 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

5.2 BENTUK-BENTUK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

5.2.1 PENDIDIKAN INKLUSIF SEPENUH MASA

5.2.2 PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF

5.3 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

6.0 ISU-ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

7.0 KESIMPULAN

8.0 BIBLIOGRAFI

1

2

3

4

4

5

6

7

7

8

8

9

10

12

12

13

13

13

14

15

17

Page 3: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

1.0 PENGENALAN

“Pendidikan untuk semua” menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak

tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia

terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka

yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,

Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b)

Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi

memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa

dirancang yang mana membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta

mempelajari melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah

program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan

khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah

pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas

juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan

persamaan peluang.

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani

dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997),

pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau

Page 4: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan

ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.

Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan

yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program

pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya

juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus

(Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-

kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital

atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada

suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai

yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang

dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai

kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan

pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan

institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa

yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid

yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu.

2.0 PENDIDIKAN INKLUSIF

Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang

memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan

maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas

ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar

dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran

yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-

kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau

kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan

Page 5: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan

peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa

atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2.1 MURID BERKEPERLUAN KHAS DI ALIRAN PERDANA

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK

di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih

terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu

sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam

setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata

sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :

i. fizikal (cacat anggota)

ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

iv. penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan

rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari

masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau

bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi

kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah

(Supiah Saad, 2010).

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah

Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan

untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu

dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara” (Sabilah, 2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat

dunia

Page 6: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk

semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh

yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu

menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk

belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek intelek,

rohani, jasmani, emosi , sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika (Mohd Najib, 2006).

2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara

bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang

diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-

kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan

‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan

pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan

inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan

khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem

pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan

pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

2.2.1 KEPERLUAN KESAMARATAAN HAK ASASI

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk

golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa yang menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah

suatu hak bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke

Page 7: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan

bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang

komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui

pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama

menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.

Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini

dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan

kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

2.2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN BERKUALITI

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi

untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial,

dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang

bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia

seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan

sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang

baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini

kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan

bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan

pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan

kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam

persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu

pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan

dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak

menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam

suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja

di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk

memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga

sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti

pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi

sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

Page 8: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

2.2.3 KEPERLUAN SOSIAL

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan

pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan

kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-

kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap

prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan

Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima

golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk

mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami

terhadap orang kurang upaya OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang

akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus

perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan

khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta

mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

3.0 PENGSEALIRAN (MAINSTREAMING)

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan

pendiidkan muris dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, di

laksanakan secara teratur serta dinilai keberkesannya secara teliti bagi membantu pelajar

dengan berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang

memuaskan. Oleh itu pelbagai program telah direka bentuk dan dilaksanakan di dalam dalam

menjayakan program pendidikan khas. Antaranya, pengsealiram (mainstreaming), kurikulum

tidak terhad, normalisasi dan integrasi dalam Pendidikan Khas.

3.1 DEFINISI PENGSEALIRAN

Pengsealiran di definisikan sebagai polisi pendidikan dalam penempatan pelajar

disekolah biasa. Ia melibatkan penempatan pelajar berkeperluan khas daripada proram

pendidikan yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Ini bagi

mengelakkan berlakunya pengasingan, namun begitu konsep ini lebih merujuk kepada

Page 9: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

penempatan pelajar secara fizikal di sekolah-sekolah biasa. Menurut Kaufman (1975),

pengsealiran merujuk kepada penempatan sementara integrasi social hak kanak-kanak kurang

upaya dengan rakan sebaya yang normal.

Pengsealiran ini melibatkan penempatan yang bergantung kepada keperluan semasa

individu mengikut perancangan pendidikan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Manakala

mengiut Birch (1978), pengsealiran bermaksud kanak-kanak kurang upaya mendaftarkan diri

di sekolah biasa dan akan di ajar dalam kelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan

di bawah kendalian guru kelas biasa.

Seterusnya pada pendapat Johnson & Johnson (1980), mengistilahkan pengsealiran

memberi penekanan kepada tentang nilai kepada batasan yang kurang mengehadkan kepada

semua kanak-kanak kurang upaya.

Menurut Lipsky & Gardner (1980), menyatakan bahawa pengsealiran merupakan

peruntukkan peluang kanak-kanak yang di kategorikan dan di labelkan sebagai cacat dan

ditempatkan dalam bilik darjah khas yang hanya memberi peruntukkan masa yang sedikit

untuk melibatkan diri dalam pendidikan perdana.

Mengikut Kirk & Gallagher (1983), pengsealiran di maksudkan dengan proses yang

melibatkan pelajar berkeperluan khas berinteraksi dan berhubung dengan pelajar biasa dalam

bidang pendidikan.

3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENGSEALIRAN

Sebelum Education For All Handicapped Children Act (EHA) ditubuhkan pada

1975,terdapat satu daripada lima kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah awam di

Amerika Syarikat.

Page 10: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

3.3 KEBAIKKAN PENGSEALIRAN

Terdapat beberapa kebaikan pengsealiran kepada pelajar berkeperluan khas

umumnya di dalam kurikulum, diantaranya ialah :

i. Pencapaian akademik yang tinggi : Pengsealiran menunjukkan lebih banyak

pencapaian akademik yang lebih afektif berbanding dengan membuat latihan.

Sebagai Pusat Penyelidikan Kebangsaan terhadap masalah pembelajaran

mendapati kadar pencapaian untuk semua pelajar kurang upaya di Amerika

Syarikat telah meningkat sebanyak 14% dari tahun 1984 hingga 1997. Walau

bagaimana pun, laporan ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara di antara

pelajar yang terlibat dalam pengsealiran.

ii. Arahan yang khusus : Pelajar yang mengikuti kelas pendidikan khas yang

dikenali dengan ‘bilik resos’ memberi kelebihan kepada kanak-kanak yang

kurang upaya. Menerusi pembelajaran kaedah bilik resos ini, seorang pelajar

ditempatkan bersama dengan seorang guru pendidikan khas yang segala

keperluan di penuhi oleh guru tersebut.

iii. Estem kendiri yang tinggi : Bagi membentuk keyakinan pelajar khas dan

mempamerkan kualiti efikasi kendiri yang tinggi, haruslah melibatkan langkah

yang tersusun dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh, pelajar di California

terlebih dahulu mengikuti program pengsealiran untuk mendapatkan penilaian

dari sekolah yang sebelumnya bagi membuat perbandingan tentang program

inklusif. Penilaian ini menunjukkan bahawa 96% pelajar yang mengikuti

program pengsealiran telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

Keseluruhannya di dapati pelajar adalah sama dengan rakan sebaya dan

mereka tidak di layan secara berbeza. Pelajar biasa juga, mendapat kelebihan

dengan program ini.

iv. Kemahiran sosial yang lebih baik : Kebanyakkan latihan inklusif atau

percantuman, yang mengamalkan pengsealiran membenarkan pelajar

berkeperluan khas untuk mempelajari kemahiran sosial melalui pemerhatian,

menambah kefahaman yang baik tentang persekitaran mereka dan menjadi

sebahagian daripada kebiasaan komuniti. Pengsealiran memberikan kelebihan

kepada kanak-kanak autism dengan interaksi rakan sebaya yang biasa.

Page 11: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

3.4 KEBURUKAN PENGSEALIRAN

Walaupun pengsealiran terdapat banyak kebaikkan, namun ianya tetap membawa

keburukan kepada sistem pendidikan. Di antara keburukan pengsealiran ialah :

i. Memberi kemudaratan kepada akademik pelajar biasa : Kemungkinan besar

keburukan pengsealiran ini ialah pelajar yang disealirkan memerlukan lebih

banyak perhatian guru berbanding pelajar yang biasa dalam kelas biasa.

Pengsealiran ini berlaku tidak secara holistik di dalam kelas tetapi lebih

tertumpu kepada sumber dan bahan bagi pelajar berkeperluan khas.

ii. Memberi kesan kepada pelajar yang pintar : Ini akan memberi kesulitan untuk

menyesuaikan pelajar pintar dengan kepentingan pelajar ketidakupayaan

intelek di samping memberi cabaran kepada pelajar pintar. Oleh itu, pelajar

pintar banyak kehilangan peluang untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang

boleh meningkatkan kemahiran akademik. Ini mengakibatkan pelajar pintar

mengalami kebosanan di sebabkan pengajaran yang berulang.

iii. Implikasi kepada akademik pelajar kurang upaya: Kebimbangan ibu bapa

terhadap guru yang tidak terlatih dan tidak diberi kemahiran untuk

menyesuaikan keperluan khusu pelajar berkeperluan khas dalam pendidikan

dalam bilik darjah.

iv. Isu sosial : Perbandingan menyeluruh pelajar berkeperluan khas yang mana

pengsealiran hanya untuk sesetengah kelas dan menyebabkan pengasingan

yang ketara. Selain itu, pelajar berkeperluan khas ini menjadi sasaran buli dan

menyebabkan mereka berasa malu dan lebih selesa berada dalam keadaan di

mana persekitaran yang melibatkan pelajar yang mempunyai keupayaan yang

sama.

v. Kewangan : Sekolah dikehendaki menyediakan perkhidmatan untuk

pendidikan khas tetapi tidak diberi tambahan sumber kewangan. Perbelanjaan

bagi setiap seorang pelajar berkeperluan khas adalah tinggi.

Page 12: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

4.0 PERSEKITARAN KURANG TERHALANG (LEAST RESTRICTIVE

ENVIRONMENT)

Penempatan pendidikan merupakan satu konsep yang amat penting dalam

menjayakan pelaksanaan pendidikan khas. Semua pendidik, sama ada guru pendidikan aliran

perdana atau guru pendidikan khas, perlu memahami konsep tersebut.

Dalam pendidikan aliran perdana, murid ditempatkan di sekolah kebangsaan, sekolah

jenis kebangsaan atau sekolah agama berdasarkan permohonan dan pendaftaran yang telah

dibuat oleh ibu bapa.  Kemudian, di sekolah murid akan ditempatkan di kelas-kelas tertentu

mengikut pencapaian akademik atau kriteria lain yang ditetapkan oleh sekolah.  Selepas

peperiksaan awam tertentu, murid boleh diberi penempatan di aliran Sains atau aliran Sastera,

atau ke sekolah-sekolah khusus terpilih. 

Pada amnya, di pendidikan aliran perdana  keutamaan dalam pemberian penempatan

tertentu adalah berdasarkan pencapaian akademik atau kemahiran khusus murid.  Walau

bagaimanapun, dalam pendidikan khas istilah penempatan membawa konsep yang agak

berlainan.  Selepas seseorang murid telah didapati sebagai calon yang sesuai untuk menerima

pendidikan khas, jenis penempatan yang dianggap sesuai untuknya perlu diputuskan. 

Terdapat beberapa jenis penempatan dalam pendidikan khas.  Seorang murid yang

telah disahkan menghadapi masalah yang boleh menjejaskan pembelajaran boleh

ditempatkan di kelas biasa untuk menerima pendidikan bersama-sama dengan murid yang

tidak mengalami masalah.  Jenis penempatan ini dikenali sebagai pendidikan inklusif atau

pengsealiran (mainstreaming).  Untuk segolongan murid yang  tidak mengalami masalah

teruk,  mereka boleh diberi penempatan di mana mereka akan menghabiskan sebahagian

besar masa pembelajaran dalam kelas biasa atau aliran perdana tetapi untuk waktu-waktu

tertentu dikeluarkan untuk menerima perkhidmatan atau bantuan khas untuk memulihkan

aspek-aspek kelemahan tertentu.  Jenis penempatan tersebut dinamakan penempatan bilik

resos.  Ramai murid berkeperluan khas ditempatkan untuk belajar di kelas-kelas yang dibuka

khas untuk mendidik mereka di sekolah biasa.  Jenis penempatan ini lebih kerap dikenali

sebagai kelas khas.  Ada kemungkinan seseorang murid  ditempatkan di sebuah sekolah yang

dibuka khusus untuk murid yang berkeperluan khas.  Jenis penempatan tersebut ialah sekolah

khas.

Page 13: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

Di negara barat seperti Amerika Syarikat, pendidikan wajib disediakan untuk semua

kanak-kanak berkeperluan khas tidak kira betapa teruk tahap keterukan masalah atau

kecacatan yang dialami mereka.  Untuk seseorang murid yang terhalang daripada menghadiri

sekolah disebabkan masalah yang dihadapinya, pendidikan untuknya boleh disediakan di

hospital atau di rumahnya sendiri.  Di Malaysia, walaupun tidak disediakan penempatan

pendidikan di hospital atau di rumah, namun untuk murid yang mengalami masalah yang

begitu teruk sehingga sukar dididik di sekolah, pusat-pusat pemulihan yang dianjurkan oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau agensi-agensi bukan kerajaan biasanya berperanan untuk

memberi perkhidmatan pendidikan dan pemulihan yang bersesuaian.  Pusat-pusat tersebut

lebih kerap dikenali sebagai pusat PDK atau Pemulihan Dalam Komuniti.

Penempatan pendidikan khas biasanya dibuat atas prinsip persekitaran yang paling

tidak menghadkan (least restrictive environment). Salah satu matlamat yang amat penting dan

diharapkan daripada penyediaan pendidikan khas ialah murid berkeperluan khas dapat

mendapat pengetahuan and kemahiran yang membolehkan mereka berdikari dan

menyesuaikan diri dengan masyarakat.  Langkah yang paling asas untuk mencapai matlamat

tersebut bermula dengan kebolehan untuk bercampur gaul dan bersosialisasi dengan orang

yang tidak mengalami masalah.  Kebolehan dan kebiasaan untuk bersosialisasi hanya boleh

dicapai sekiranya mereka sendiri mempunyai pengalaman berinteraksi dengan golongan

orang yang tidak menghadapi masalah. 

Prinsip persekitaran yang paling tidak menghadkan berkaitan dengan konsep bahawa

dalam penetapan penempatan untuk murid berkeperluan khas, seboleh mana yang mungkin,

murid patut ditempatkan belajar bersama-sama dengan murid yang tidak mengalami

masalah.  Hal ini akan memberi mereka peluang dan pengalaman untuk berinteraksi dan

menyesuaikan diri dengan masyarakat umum.  Penempatan yang paling ideal dan yang

memberi peluang yang paling baik sekali untuk mencapai tujuan tersebut ialah penempatan

inklusif.  Namun, hanya mereka yang tidak mengalami masalah yang teruk yang sesuai

ditempatkan untuk belajar bersama-sama murid biasa untuk sebahagian besar

masa pembelajaran.  Untuk mereka yang mengalami masalah yang teruk, penempatan

pendidikan yang lain seperti di kelas khas atau sekolah khas, atau penyediaan pendidikan di

hospital atau di rumah adalah lebih sesuai diamalkan.   Pada amnya, kesesuaian penempatan

pendidikan khas amat bergantung kepada tahap keterukan masalah yang dihadapi oleh murid

berkeperluan khas.

Page 14: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

5.1 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas

biasa.  Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka

mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jarji,

1994). Dalam melaksanakan program ini terdapat prinsip-prinsip yang perlu diambilkira,

antaranya;

i. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian

kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.

ii. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke

kompleks.

iii. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.

iv. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya

tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik.

v. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.

vi. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph

adalah sama.

vii. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat

viii. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khassepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran

ix. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian

di program pendidikan inklusif.

x. Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak /

ujian formatif dan sumatif dari aspek:

a. Tingkah laku

b. Sosial

c. Akademik

Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada

di

program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi

penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program

pendidikan pra inklusif.

Page 15: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

5.2 BENTUK-BENTUK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

5.2.1 PENDIDIKAN INKLUSIF SEPENUH MASA

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa ialah dimana murid dikehendaki mengikuti semua

mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar

kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan

khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi  pembelajaran

atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas juga diberi peluang untuk mengambil peperiksaan

awam.

5.2.2 PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF

Pendidikan sepada inklusif pula ialah dimana murid hanya mengikuti pembelajaran di

kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Contohnya untuk matapelajaran teras sahaja.

Waktu selebihnya murid tersebut akan mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai

nama murid akan di daftar dalam program Pendidikan Khas.Guru Pendidikan Khas akan

terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian bulanan ataupun peperiksaan bagi

mata pelajaran yang diambil akan terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan

Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan

prestasi atau Rancangan Pelajaran Individu (RPI) oleh guru untuk menentukan samada

pelajar itu layak atau sebaliknya.

Page 16: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

5.3 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

Antara model-model tersebut adalah seperti berikut:

i. Model A - Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dan

pengubahsuaian

kurikulum dan strategi P&P.

ii. Model B - Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat

khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

iii. Model C - Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas

Khas/BilikResos/

Pusat Sumber.

iv. Model D - Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelas“Satellite”

di

sekolah biasa.(OctopusModel)

v. Model E -  Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

vi. Model F - Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

6.0 ISU-ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan

matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun

terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara

sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang

terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya

(Ysseldyke dan Alozzine, 1982).

Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih perlu

diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan; (i) perlu

wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan peluang pendidikan bagi

murid-murid berkeperluan khas, (ii) pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh

masyarakat sekolah perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan

murid-murid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti

intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia memasuki

Page 17: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan. (iii) adalah penting bagi ibu bapa

dan masyarakat menyambung dan memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh

pihak sekolah di rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-

murid berkeperluan khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap

dan membuat persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi

melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan tersusun perlu

dibuat dan diharapkan.

Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan

Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi

termasuklah:

i. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama

kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan

dalam kelas inklusif.

ii. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah

biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan

pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum

kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

iii. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program

khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang

ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor

murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

iv. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-

lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi

gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak

bekerjasama.

v. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas

yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat

dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau

tidak mencukupi.

vi. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang

mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas.

Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan

Page 18: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan

tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

vii. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru.

Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas

pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru matapelajaran

adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik

dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu

melaksanakan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing

supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan

aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-

muird bekeperluan khas, bengkel “co-teaching” atau mengajar bersama, lawatan sambil

belajar, dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan

pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik.

7.0 KESIMPULAN

Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam

"Universal Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World

Declaration on Education for All 1990":

"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan

kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis

pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).

Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun

kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya

perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan

peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi

fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan

Page 19: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua.

Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat

belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid

normal mengenali rakan-rakan khas mereka.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat

diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama

diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat

menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat

golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan

yang terdapat pada golongan berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha

bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah

tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian

daripada golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui

untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya,

guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua

guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani

segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif

hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.

Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan

sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas

Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang

mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan

kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan.

Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan

bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia

dipersada dunia.

Page 20: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan

BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas

dan

Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan

Pendidikan

Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor

Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Roben W. Taylor & Ravic P. Ringlaben. 2012. Impacting Pre-Service Teacher’ Attitudes

toward Inclusion. Canadian Center of Science and Education.

V. Donnelly & A. Watkins. 2011. Teacher educations for inclusion in Europe Denmark.

European Agency for Development in Special Needs Education.

D. Vaillant. 2011. Preparing teacher for inclusive education in Latin America. Uruguay.

ORT University.

W. Hodgkinson & M. Cheryl. 2012. The Role of postgraduate student in co-authoriting open

educational. Centre for Educational Technology, University of Cape Town, Cape Town.

South Africa.

Page 21: Good Halangan,Isu,Cabaran,Kebaikan