konsep 2

2
v Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teori saja tanpa amali atau dalam erti kata lain ‘chalk and talk’ di mana murid hanya membuat bayangan mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas. Murid juga tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk tersebut mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimana untuk menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa bosan dan tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar oleh guru dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka. Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan beberapa kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan digunakan dalam mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, murid dapat membuat hipotesis atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid juga terdedah dengan kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan mengawal pembolehubah yang terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dalam keadaan yang lebih menyeronokkan kerana murid berpeluang untuk mencari dan menjalankan aktiviti itu sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini, penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan dunia pendidikan. Maka, sesuailah kiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan bahan

Upload: hamizahsy

Post on 25-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

konsep

TRANSCRIPT

Page 1: konsep 2

v Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teori saja

tanpa amali atau dalam erti kata lain ‘chalk and talk’ di mana murid hanya membuat bayangan

mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas. Murid juga

tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk tersebut

mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimana untuk

menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa bosan dan

tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar oleh guru

dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka.

Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan beberapa

kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan digunakan dalam

mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, murid dapat membuat hipotesis

atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid juga terdedah dengan

kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan mengawal pembolehubah yang

terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dalam keadaan yang

lebih menyeronokkan kerana murid berpeluang untuk mencari dan menjalankan aktiviti itu

sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini, penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan

dunia pendidikan. Maka, sesuailah kiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan

komputer. Guru boleh menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk

CD ROM ataupun kepada guru yang berkesempatan boleh mencari atau mendapatkan video

yang berkaitan di dalam internet. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan lebih memberi

perhatian dan meningkatkan pemahaman mereka kerana dapat melihat gambaran dengan konsep

yang lebih jelas.. Kecenderungan murid member tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran

yang menggunakan multimedia ini lebih tinggi berbanding sesi pengajaran ‘chalk and talk’ yang

sering dijalankan di kelas.