bab 2 - keusahawanan konsep yang terus b

Upload: shakir-zufayri

Post on 27-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    1/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    21

    Bab 2.indd 21 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    2/30

    22

    Bab 2.indd 22 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    3/30

    23

    eusahawanan tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kepentingannya

    terhadap kemanusiaan. Ia merupakan punca kepada pertumbuhan ekonomi,

    pembaharuan sosial dan pembangunan personal. Subjek yang penting ini sangat

    sesuai untuk diselidiki dengan mendalam, dijadikan tauladan yang penting dan

    dijadikan bahan perbahasan secara berterusan. Apabila satu subjek apa-apa subjek

    yang mempunyai kepentingan yang mendalam seperti keusahawanan, sayapercaya ia berupaya menjadi asas kepada pendidikan yang hebat.

    Prof. Kevin Hindle, Australian Graduate School of Entrepreneurship, Melbourne

    B A B 2

    Keusahawanan:Konsep Yang Terus Berubah

    K

    Bab 2.indd 23 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    4/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    24 Objektif

    Evolusi Pengusahaan

    Perkataan entrepreneur atau usahawan ini adalah berasal dari perkataanPerancis entreprendre bermaksud untuk diuruskan. Kami menggunakanperkataan Perancis ini adalah kerana perkataan untuk diuruskan telahdigunakan oleh profesyen lain! Walau apa sekalipun usahawan adalahmerupakan seseorang yang mengambil tugas untuk menyusun atur,mengurus dan mengambil risiko perniagaan. Denisi ini diperluaskan lagidi mana hari ini usahawan juga dianggap sebagai seorang penginovatoratau pemaju yang dapat mengenalpasti dan merebut peluang; peluangtersebut ditukarganti menjadi idea yang boleh dilaksanakan/dipasarkan;menambah nilai mengikut masa, berdaya usaha, wang, atau kemahiran;mengambil risiko di dalam pasar yang bersaing untuk melaksanakan ideatersebut; dan memperolehi ganjaran dari daya usaha tersebut.

    Usahawan adalah penggerak yang agresif untuk melakukan perubahan didalam dunia perniagaan. Mereka merupakan pemikir bebas yang sanggupuntuk menjadi berbeza terhadap kejadian yang biasa. Satu kajianmendedahkan bahawa semua usahawan mempunyai ciri-ciri tertentuyang seragam, ini termasuklah keupayaan untuk menggabungkan sumber,kemahiran pengurusan, berhasrat untuk mencapai autonomi danmengambil risiko. Ciri-ciri lain ialah seperti agresif, bersaing, bermatlamat,berkeyakinan diri, sentiasa mencari dan merebut peluang, bertindak

    1. Untuk mengenalpasti pembangunan sejarah usahawan

    dan keusahawanan

    3. Untuk mendefinisikan dan meneroka sekolah pemikiran

    keusahawanan

    5. Untuk menetapkan satu definisi lengkap tentang keusahawanan

    2. Untuk meneroka dan membongkar mitos dalam keusahawanan

    4. Untuk menjelaskan pendekatan proses untuk mengkaji

    keusahawanan

    Bab 2.indd 24 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    5/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    25mengikut gerak hati, tindakan berasaskan realiti, keupayaan belajar melaluikesilapan serta berupaya menggunakan kemahiran perhubungan manusia.

    Walaupun tiada satu denisi usahawan secara tepat dan tiada satuprol dapat menggambarkan usahawan hingga masa kini, penyelidikanmenyediakan fokus yang lebih jitu terhadap subjek ini. Satu ulasan ringkastentang sejarah keusahawanan dipaparkan berikutnya.

    Keusahawanan Merentasi Zaman

    Sepanjang sejarah selalu terdapat individu yang bersikap inginmengusahakan perniagaan dengan mengesan dan memanipulasikanpeluang. Tetapi apabila manusia berubah dari bertindak dalam unit secarakolektif ke arah individualisme, mereka digelar sebagai orang yangbermimpi dan melakukan oleh Pinchot. Mereka sentiasa berhadapandengan kebimbangan, malah boleh mengancam nyawa serta cabaran demimencapai impian mereka.

    Secara lebih mudah, andaikan usahawan adalah sebagai seorang pemburuyang mempunyai senjata yang terkini mencari kelebihan kedudukan dalampasaran yang ganas. Semakin majunya teknologi pemburuan, merekamemperolehi lebih banyak tangkapan menyebabkan hasilnya terkumpuldan berlebihan. Kelebihan dalam kekayaan dan pengetahuan ini mengubahkedudukan mereka dari kehidupan sara diri kepada pembentukan sebuahmasyarakat yang stabil. Sebahagian yang lain yang lebih bijak menyediakankemudahan pinjaman dalam bentuk kewangan atau pengetahuan untukdimanfaatkan oleh orang lain atau kumpulan itu sendiri. Tetapi dalam

    sebuah masyarakat yang kolektif adalah lebih baik jika manfaat individuyang diperolehi dirahsiakan.

    Data daripada pengajian anthropologi memaklumkan bahawa ciptaankekayaan melalui keusahawanan telah wujud sejak ribuan tahun lagi.Batu bersurat perniagaan yang digali menunjukkan bahawa inovasi dankeusahawanan adalah aspek utama di dalam sesebuah tamadun yangtelah lama hilang. Masyarakat Assyrian kuno menunjukkan mereka telahmelakukan pemindahan inovasi, memiliki pekerja berpengetahuan dan

    telah membangunkan komunikasi perniagaan. Masyarakat Assyrian jugamewarisi sistem perusahaan persendirian daripada tamadun Sumer danBabylon. Wingham percaya bahawa keusahawanan yang kita amalkankini adalah lanjutan dari tamadun Phoenicia sejak abad kesebelas sebelummasihi. Para pedagang yang belayar ini telah berjaya menghubungkanempayar komersil dari Syria yang berada di sebelah timur hingga keSepanyol di sebelah barat. Mereka merupakan usahawan sejati yangtelah mengambil risiko dengan meneroka ke tempat yang tidak dikenalidan menghadapi kekalutan setiap hari. Mereka berjaya mendapatkan

    Bab 2.indd 25 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    6/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    26keuntungan untuk diagihkan kepada pelabur, pedagang dan merekasendiri. Perdagangan yang aman ini telah diganggu oleh orang Parsi yang

    suka berperang dan tamak sehingga dua ribu tahun lamanya, keadaan initelah menghasilkan konsep pengusaha yang mengambil risiko.

    Di era anutan kitab injil, seorang individu yang berkebolehan dan bebasdalam menjalankan perusahaannya berhadapan dengan masyarakat yangprejudis dan menentang sistem pinjaman yang dikenakan faedah. Kitab injilmelarang keras kegiatan sebegini dan menganggapnya sebagai satu jenayahyang berat. Ezekiel 18:13 mengatakan, Dia yang memberi pinjaman danmengambil faedah yang berlebihan. Patutkah orang seperti ini hidup? Dia

    tidak akan hidup! Sebab dia telah melakukan sesuatu yang sangat dibenci,dia hendaklah dihukum mati. Bayangkan betapa sukarnya mencarikelebihan kedudukan pada masa itu.

    Masyarakat Romawi tidak menghalang pinjaman yang dikenakan faedah,tetapi anehnya orang Romawi tidak menyukainya. Mereka jugamenganggap perniagaan yang dijalankan oleh golongan bangsawan akanmenyebabkan kehilangan prestij mereka. Mereka juga memandang tinggikepada pengumpulan kekayaan asalkan ia tidak berpunca dari kegiatan

    perindustrian atau perdagangan. Di Rom terdapat penciptaan kekayaantetapi hanya melalui perdagangan. Perniagaan hartanah dan pinjamankewangan berfaedah merupakan jalan biasa untuk mendapatkan kekayaan.Wang mencurah daripada hasil harta rampasan perang, ganti rugi, cukaiwilayah, pinjaman dan lain-lain perahan atau cabutan. Keadaan inimenguntungkan pihak tertentu apabila golongan bangsawan mengelak dariterlibat dalam perdagangan. Ruang ini terbuka kepada golongan usahawandari kalangan orang biasa dan bekas hamba yang diberi peluang berniagaoleh tuannya. Perhambaan merupakan salah satu jalan untuk melibatkan diri

    dalam perdagangan bagi golongan kelas bawahan di Rom.

    Inovasi dan keuntungan adalah tidak berkaitan langsung. Keadaan ini jelaskerana orang Romawi melakukan kemajuan teknologi yang terhad, itupuntidak berkaitan dengan perdagangan. Pliny menulis bahawa suatu hariseorang pencipta datang mengadap Maharaja Tiberius untuk menunjukkanciptaannya iaitu cermin kaca yang susah pecah dan memohon sumbanganuntuk ciptaannya. Tiberius bertanya sama adakah formula tersebut telahdiketahui oleh orang lain? Pencipta tersebut menyakinkan bahawa ia masih

    satu rahsia dan pencipta tersebut dipancung serta merta, jika tidak emasakan bertukar nilainya menjadi selut. Pengajaran sedih dari cerita ini ialahapabila pencipta tersebut terpaksa mengadap maharaja untuk mendapatkanganjaran yang sepatutnya dia bertemu dengan pemodal teroka untukmendapatkan pelaburan.

    Beralih ke zaman pertengahan China, bagaimanakah caranya seorangusahawan memulakan perniagaannya apabila semua harta benda adalahmilik raja? Apabila raja memerlukan wang ia hanya perlu merampas

    Bab 2.indd 26 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    7/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    27daripada bangsawannya yang kaya. Ini bermakna tiada sesiapa sanggupuntuk melabur dalam perniagaan yang produktif demi mengelak dari

    hilang begitu sahaja. Hanya pelajaran dan jawatan sahaja sebagai jalan kearah kejayaan dan nilai hanya terdapat pada pemilikan tanah bukannyaperniagaan. Kekayaan hanya untuk mereka yang lulus peperiksaan dandapat menjawat jawatan dalam kerajaan.

    Di zaman pertengahan di Eropah pula kekayaan dan kuasa juga bukannyadatang daripada kemahiran perniagaan tetapi melalui penaklukan tentera.Inovasi seperti perisai, panah dan ubat senapang amat diperlukan olehtentera bukannya kedai runcit. Di istana King Arthur, budak lelaki yang

    belajar ilmu peperangan diterima sebagai satu kaedah untuk mengumpulkekayaan. Sesungguhnya, tulisan Mark Twain dalam A Connecticut Yankeein King Arthurs Court membidas keadaan ini dengan mengatakan bahawajika usahawan Amerika di bawa ke zaman tersebut mereka akanmenubuhkan akademi perusahaan.

    Tetapi apabila Eropah berubah daripada ekonomi feudal kepada kapitalisbaru, keadaan mula berubah. Usahawan perdagangan telah mengambilgunakemajuan teknologi dalam bidang pembinaan kapal dan membina jaringan

    perdagangan global dan mereka telah menggunakan kemajuan persenjataanuntuk melindunginya. Berbagai bentuk pinjaman berfaedah diperkenalkanseperti pinjaman kepada pemerintah, pajakan monopoli, pembelian secarakredit, kadar tetap pertukaran matawang dan sebagainya. Usahawanperdagangan telah menjadi pemain utama di dalam arena politik Eropahdan juga sebagai pemilik armada perkapalan dan pewaris perbankan sepertiMedici, yang boleh dianggap sebagai pemerintah sekular ataupun sebagaiseorang rahib. Di penghujung zaman pertengahan, kewujudan semulabandar menyaksikan zon bebas cukai dan pembebasan hamba telah

    melahirkan pertumbuhan pesat di dalam semangat keusahawanan.

    Oleh itu, sehingga era revolusi perindustrian pada penghujung abad kelapan belas dan awal abad ke sembilan belas, kita saksikan bahawa seorangusahawan mungkin dihukum pancung, mati di medan peperangan atauditentukan oleh pemerintah. Satu persekitaran yang sangat tidak kondusif!

    Walaupun kerjaya ini nampaknya sangat merbahaya, sepanjang sejarahnyasemangat keusahawanan telah memacu banyak pencapaian untuk

    kemanusiaan. Sesungguhnya, setengah orang mengatakan tidak banyakyang berubah. Perbadanan multinasional wujud di Assyria. Grik kunomeletakkan jenamanya dalam persaingan. Perniagaan pelanconganbukanlah sesuatu yang luar biasa. Wujudnya kelompok industri di Phoenicia.Bentuk perniagaan bebas yang kreatif dan inovatif wujud dalam beberapaabad. Kemanusiaan telah maju dari dalam gua hingga ke kampus dijelaskandalam beberapa bentuk. Tetapi persoalan penting berkaitan teori-teoritersebut adalah peranan sebagai agen perubahan yang memaksa dalaminisiatif dan pelaksanaan kemajuan kebendaan. Hari ini kita kenal agen

    Bab 2.indd 27 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    8/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    28perubahan di dalam sejarah manusia adalah usahawan.

    Individualis yang kasar, mereka yang menghargai kebebasan dan berdirisendiri, selalunya adalah golongan yang bertentangan dengan pemerintahdan tidak suka kepada kongkongan. Pada dasarnya usahawan adalahgolongan mereka yang tahu apa yang mereka buat. Usahawan hari iniboleh dikategorikan sebagai jenis individu yang berdaulat. Dalam bukuThe Sovereign Individual oleh Davidson dan Reesmogg melihat sejarahsebagai kitaran 500 tahun daripada kegemilangan Athen dan kejatuhannya(500 BC), sehingga permulaan agama Kristian dan kejatuhan Rom (AD 500),sehingga kemunculan feudalisme (AD 1000) dan kejatuhannya di sekitar

    1500. Setiap kitaran melihat genggaman yang kuat oleh sistem pemerintahanyang akhirnya tumbang manakala kebebasan kemudian wujud buatsementara waktu. Di zaman moden ini, warganegara tidak lagi perlu setiaatau terhutang budi kepada sesebuah negara bangsa mengikut penulis.Usahawan masa hadapan akan berada di dalam talian internet dan akanmemilih untuk bermastautin dan melakukan perniagaan berasaskanpertimbangan kos dan keuntungan. Mereka akan melakukan pembeliansecara pembandingan untuk perkhidmatan (utiliti, perlindungan polis,malah matawang) monopoli negara tidak lagi berkuasa di dalam pasaran.

    Definisi Awal Keusahawanan

    Pengenalan usahawan dalam satu kelas telah dilakukan sejak abad kelapanbelas lagi di Perancis apabila Richard Cantillon mengaitkan usahawandengan kegiatan menanggung risiko di dalam ekonomi. Di abad yangsama di Eropah, Revolusi Perindustrian berkembang dengan pesat dan

    usahawan berperanan dengan jelas sekali dalam kegiatan menanggungrisiko dan transformasi sumber.

    Sejak sekian lama ahli ekonomi mengatakan bahawa perkataan usahawan ituadalah milik mereka. Sehingga tahun 1950 kebanyakan denisi dan rujukanterhadap keusahawanan datang dari ahli ekonomi. Contohnya, Cantillon(1725), sebagaimana yang disebut; Jean Babtiste Say (1803), seorang ahliekonomi Perancis yang terkenal; Joseph Schumpeter (1934), ahli ekonomiyang bijak di abad ke-20, semuanya menulis tentang keusahawanan dan

    kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Selama beberapa dekadpenulis-penulis terus mencuba untuk menerangkan atau mendenisikantentang keusahawanan. Berikut adalah beberapa contoh berkaitan:

    Keusahawanan ... terkandung dalam kegiatan melakukansesuatu yang bukan kebiasaan dalam rutin perniagaan; ianyapada dasarnya adalah satu fenomena yang tergolong sebagaisalah satu aspek dalam kepimpinan.

    Bab 2.indd 28 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    9/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    29Keusahawanan, sekurang-kurangnya di dalam semuamasyarakat bukan kuku besi, merupakan satu jambatan antara

    masyarakat keseluruhannya, terutama sekali aspek bukanekonomi masyarakat tersebut, serta penubuhan institusi yangberasaskan keuntungan untuk tujuan mengambil manfaat darikekayaan ekonomi dan untuk memuaskan hajat ekonominyasebaik mungkin.

    Dalam ... keusahawanan, terdapat perjanjian tentang kelakuanyang sedang kita bincangkan termasuklah: (1) mengambilinisiatif, (2) menyusun atur atau menyusun atur semula

    mekanisma ekonomi untuk menjadikan sumber dan situasikepada keadaan yang praktikal, serta (3) penerimaan terhadaprisiko kegagalan.

    Para penulis yang terkemuka telah lama berselisih pendapat tentang samaada seorang usahawan mencipta keseimbangan atau ketidakseimbangan,mestilah menanggung risiko, pemilik modal, terkecuali, seorang pemimpinatau hanya sebagai penggabung faktor, inovatif atau lebih bersediaberbanding dengan orang awam. Selepas mengulas tentang evolusi

    keusahawanan serta memeriksa denisinya yang berbeza-beza, Ronstadtmeringkaskannya seperti berikut:

    Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik dalammencipta kekayaan yang meningkat. Kekayaan ini dicipta olehindividu yang menanggung risiko utama dalam bentuk ekuiti,masa, dan/atau pengorbanan kerjaya untuk menyediakan nilaiuntuk beberapa produk atau perkhidmatan. Produk atauperkhidmatan itu sendiri mungkin atau mungkin tidak baru

    atau unik tetapi nilainya bagaimanapun tetap dimasukkanoleh usahawan menggunakan kemahiran dan sumber yangbersesuaian.

    Di abad kedua puluh ini, dunia telah menjadi sangat rapat hubungannyadengan enterprais bebas dan kapitalisme. Begitu juga, secara umumnyaia dikenali bahawa usahawan bertindak sebagai agen kepada perubahan;menyediakan kreativiti; idea yang inovatif untuk perniagaan; sertamembantu mengembangkan dan memberi keuntungan kepada perniagaan.

    Walau apa pun yang dilakukan oleh usahawan di abad kedua puluh ini,mereka dianggap sebagai wira kepada enterprais bebas. Ramai darikalangan mereka telah menggunakan inovasi dan kreativiti untuk membinaperniagaan yang bernilai jutaan dollar yang berasal dari perniagaan yangdhaif setengahnya dalam tempoh kurang dari satu dekad. Mereka jugatelah mencipta produk dan perkhidmatan baru dan telah mengambil risikoberkaitan dengan kegiatan ini. Orang ramai kini menganggap usahawanadalah peneroka di atas persempadanan perniagaan.

    Bab 2.indd 29 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    10/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    30Dalam mengenali kepentingan evolusi keusahawanan ke dalam abadkedua puluh, kita telah membangunkan satu denisi yang bersepadu yang

    memperakukan faktor-faktor penting yang diperlukan oleh fenomena ini.

    Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik terdiri daripadavisi, perubahan dan ciptaan. Ia memerlukan penggunaan tenagadan ketaksuban ke arah penciptaan dan pelaksanaan idea baruserta penyelesaian yang kreatif. Di antara kandungan pentingtermasuklah kesanggupan untuk mengambil risiko yang bolehdikira dari konteks masa, ekuiti atau kerjaya; keupayaan untukmembentuk pasukan perniagaan yang berkesan; kemahiran

    kreatif untuk menggembleng sumber yang diperlukan;kemahiran asas untuk membina rancangan perniagaan yangkukuh; akhir sekali, mempunyai visi untuk mengenal peluang dimana orang lain melihatnya sebagai suatu keadaan kacau bilau,bercanggahan dan mengelirukan.

    Mitos-Mitos Keusahawanan

    Disepanjang beberapa tahun wujud berbagai mitos atau kepercayaankarut berkaitan dengan keusahawanan. Ramai penulis dalam bidang inimencatatkan bahawa kajian keusahawanan merupakan satu bidang yangbaru muncul, oleh itu cerita dongeng cenderung untuk bertapak danmungkin dipercayai sehingga ianya dapat disahkan tidak benar melaluikajian terkini. Berikut dibincangkan sepuluh jenis kepercayaan mitos yangdicatatkan beserta keterangan untuk menghapuskan kepercayaan tersebut.

    Mitos 1: Usahawan adalah pelaku, bukannya pemikir

    Walaupun ada kebenarannya tentang usahawan sebagai orang yang sukabertindak tetapi ia juga bertindak sebagai pemikir. Sesungguhnya usahawanselalunya bertindak dengan tersusun dan sentiasa membuat perancangandengan teliti sebelum melakukan sesuatu. Penekanan masa kini ialahterhadap pembentukan rancangan perniagaan yang jelas dan lengkapmerupakan satu petunjuk bahawa berkir adalah sama pentingnya

    dengan pelakuan.

    Mitos 2: Usahawan dilahirkan, bukannya dibentuk

    Kepercayaan bahawa ciri-ciri usahawan tidak boleh dibentuk atau diajar dimana ianya datang melalui individu yang dilahir bersama ciri-ciri tersebuttelah lama wujud. Ciri-ciri tersebut adalah seperti sifat agresif, dorongandan inisiatif, kesanggupan menanggung risiko, keupayaan menganalisis dan

    Bab 2.indd 30 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    11/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    31kemahiran dalam hubungan manusia. Namun demikian, hari inikeusahawanan dikenalpasti sebagai satu disiplin membantu menghapuskan

    kepercayaan ini. Seperti disiplin yang lain, keusahawanan mempunyaimodel, proses dan kajian kes yang memungkinkan ianya dikaji danmelahirkan pengetahuan yang boleh dipelajari.

    Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta

    Kepercayaan bahawa usahawan adalah pencipta merupakan satu salahfaham dan pemikiran satu hala. Walaupun ramai pencipta adalah juga

    usahawan, terdapat juga usahawan yang mempunyai kemahiranmenjalankan inovasi yang berbagai jenis. Sebagai contoh, Ray Croc tidakmencipta franchais makanan segera, tetapi idea inovasinya telah melahirkanMcDonald sebagai rangkaian perniagaan makanan segera di seluruh dunia.Fahaman terkini mengenai keusahawanan bukan sahaja merangkumi aspekciptaan. Ia memerlukan kefahaman lengkap mengenai kelakuan inovatifdalam semua bentuk.

    Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademikdan sosial

    Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa usahawan adalah golongan yangtercicir dalam bidang akademik dan sosial. Keadaan ini berpunca dari faktayang mendapati lebih kurang 15 peratus daripada semua usahawan tercicirdalam persekolahan atau berhenti kerja dalam bidang pengurusan. Seorangusahawan sektor harta yang berpengaruh di New Zealand berkata, Kepadausahawan, pendidikan adalah satu kegiatan yang tidak berkaitan. Inilah

    salah satu punca yang menyebabkan usaha menerangkan tentang usahawanbiasa terbantut kerana telah terkeluar dari kebiasaan. Berdasarkan kepadaperkembangan sejarah, organisasi pendidikan dan sosial tidak kenalusahawan. Organisasi tersebut mengandaikan usahawan sebagai tidaksesuai untuk diambilkira ke dalam gergasi dunia korporat. Pendidikanperniagaan misalnya hanya mementingkan pembelajaran dalam sektorkorporat sahaja. Tetapi hari ini usahawan adalah wira dalam dunia sosial,ekonomi dan akademik. Usahawan bukan lagi tidak sesuai, malah merekakini dilihat sebagai profesional. Kajian menunjukkan pendidikan dan

    keusahawanan adalah sangat tinggi korelasinya.

    Mitos 5: Usahawan hendaklah padan dengan profail

    Banyak buku dan artikel telah menggariskan satu senarai semak tentangciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai semak tersebut tidak dapatdipastikan samada telah disahkan atau lengkap; ianya dibuat berasaskankajian kes dan juga penemuan penyelidikan di kalangan mereka yang

    Bab 2.indd 31 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    12/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    32mempunyai kehendak terhadap pencapaian. Hari ini kita sedar bahawapiawaian sebagai usahawan adalah sukar untuk dipastikan. Persekitaran,

    perniagaan, serta usahawan memberi kesan secara interaktif yang telahmenghasilkan berbagai jenis profail. Kajian semasa yang sedang dilakukandi universiti seluruh Amerika Syarikat akan menyediakan satu pandangantentang berbagai jenis profail usahawan yang berjaya. Jika dilihat dalam babempat, pinggiran keusahawanan di dalam individu itu sendiri lebih mudahdifahami berbanding dengan senarai semak profail.

    Mitos 6: Semua usahawan perlukan wang

    Memang tidak dapat dinakan bahawa penubuhan perniagaan memerlukanmodal untuk terus hidup. Ia juga didapati benar bahawa banyak perniagaangagal akibat kekurangan dalam pembiayaan kewangan. Namun demikianadanya modal sahaja tidak semestinya boleh menjadi benteng untukmengekang kegagalan. Kegagalan akibat kekurangan modal selalunyamerupakan petunjuk kepada masalah lain: pengurusan yang tidak cekap,kurang kefahaman tentang kewangan, pelaburan yang lemah, perancanganyang lemah dan seumpamanya. Ramai usahawan yang berjaya telah dapat

    mengatasi masalah kekurangan wang untuk memantapkan perniagaanmereka. Kepada usahawan berkaitan, wang adalah salah satu sumberpenting tetapi ianya bukanlah matlamat sebenarnya.

    Mitos 7: Semua usahawan adalah bergantung pada nasib

    Dapat berada di tempat dan pada waktu yang betul memang merupakansatu kelebihan. Tetapi faktor nasib berlaku apabila persediaan sesuai denganpeluang. Usahawan yang sentiasa bersedia dan dapat merebut peluang bilatiba masanya dianggap sebagai bernasib baik. Sebenarnya mereka lebihbersedia untuk menghadapi situasi yang boleh memberikan merekakejayaan. Apa yang sebenarnya menyumbang kepada nasib ialah,persediaan, keinginan, pengetahuan dan inovasi.

    Mitos 8: Kejahilan adalah punca kebahagiaan bagi usahawan

    Mitos tentang terlalu banyak perancangan dan penilaian akan mendorong

    kepada masalah yang berterusan iaitu apabila terlebih analisis akanmenuju kepada kelumpuhan kenyataan ini sudah tidak sesuai digunakandi zaman persaingan pasaran sekarang, yang memerlukan perancangan danpersediaan yang terperinci. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan,menyediakan jadual yang kemaskini beserta kontingensi untuk menanganimasalah dan mengurangkannya dengan membentuk strategi denganhati-hati, semuanya ini adalah merupakan faktor utama ke arah kejayaankeusahawanan. Oleh itu perancangan yang cermat bukan kejahilan adalahtanda kepada seorang usahawan yang berjaya.

    Bab 2.indd 32 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    13/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    33Mitos 9: Usahawan menjejak kejayaan tetapi terpaksa mengalami kadar

    kegagalan yang tinggi

    Adalah didapati benar bahawa ramai usahawan mengalami kegagalansebelum mereka berjaya. Ini bersesuaian dengan perumpamaan, jika andabelum berjaya, cuba dan cuba lagi. Sebenarnya kegagalan boleh mengajarbanyak pengajaran kepada mereka yang sanggup belajar dan selalunyaakan membawa kejayaan dimasa hadapan. Keadaan ini dijelaskan lagi olehprinsip koridor yang menyatakan bahawa setiap perniagaan yangdilancarkan, peluang baru dan tidak diduga akan muncul. Perbadanan3M mencipta nota Post-it menggunakan gam yang tidak terlalu kuat

    sebagaimana kegunaan yang dikehendaki. Daripada membuang gamtersebut begitu sahaja syarikat telah berusaha mencari jalan untuk mencarikegunaan lain bagi gam tersebut dan dalam proses tersebut mereka telahmembangunkan satu produk yang bernilai jutaan dollar. Namun demikianstatistik berhubung dengan kadar kegagalan usahawan banyak yangmenyeleweng beberapa tahun yang lepas. Seorang penyelidik melaporkanbahawa kadar kegagalan yang tinggi yang selalu diterima mungkinmenyeleweng. Pengesanan 814,000 perniagaan yang dimulakan dalamtahun 1977, Kircho mendapati bahawa lebih daripada 50 peratus masih

    meneruskan perniagaan oleh pemilik asal atau pemilik baru. Tambahanlagi, 28 peratus secara sukarela telah menamatkan perniagaan dan hanya 18peratus yang benar-benar gagal dengan meninggalkan tanggungan yangmasih tertunggak.

    Mitos 10: Usahawan adalah pengambil risiko yang keterlaluan (Penjudi)

    Penjelasan lanjut dibuat dalam bab 4, konsep risiko ialah unsur utama dalam

    proses keusahawanan. Namun demikian tanggapan awam mengenai risikoyang ditanggung oleh semua usahawan telah diputar belitkan. Walaupunnampaknya usahawan berjudi dalam peluang yang ganas tetapi sebenarnyamereka selalu bekerja dalam keadaan risiko sederhana atau dikira.Kebanyakan usahawan yang berjaya bekerja keras menggunakanperancangan dan persediaan untuk mengurangkan risiko agar matlamatnyaterkawal dan visi mereka menjadi semakin jelas.

    Sepuluh mitos tersebut dipaparkan untuk memberikan latar belakang

    kepada pemikiran dalam keusahawanan. Apabila kita dapat menghindarkankepercayaan karut pembinaan asas yang lebih kukuh dapat dibina denganmengadakan penyelidikan tentang teori dan proses keusahawanan semasa.

    Pendekatan-Pendekatan Dalam Keusahawanan

    Untuk memahami sifat asal keusahawanan, pembangunan teori berkaitan

    Bab 2.indd 33 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    14/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    34dengannya adalah penting dan perlu dikenalpasti. Penyelidikan terhadapkeusahawanan telah berkembang dengan pesat beberapa tahun yang lepas.

    Perkembangan dalam bidang ini telah memajukan kaedah penyelidikandaripada menggunakan tinjauan sehinggalah kepada kajian yang lebihbersifat kontekstual dan kajian berasaskan proses. Namun demikian,sehingga kini belum ada lagi satu teori lengkap mengenai keusahawanandapat dikanunkan.

    Teori keusahawanan boleh didenisikan sebagai satu formulasiperhubungan yang logik dan boleh disahkan, atau prinsip-prinsipberkaitan yang menerangkan tentang keusahawanan. Prinsip tersebut

    menjangka aktiviti keusahawanan (contohnya, dengan menggariskanciri-ciri keadaan yang membantu ke arah pewujudan peluang yangmenguntungkan dan pembentukan perusahaan baru), atau menyediakanpanduan yang normatif (iaitu, memberikan panduan tentang bagaimanabertindak dengan betul dalam keadaan tertentu). Di alaf baru ini adalahsemakin jelas menunjukkan bahawa kita perlukan teori yang kohesif atauperjenisan yang nyata untuk memahami bidang ini dengan lebih mendalam.

    Di dalam kajian semasa keusahawanan, satu konsep telah wujud:

    Keusahawanan merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagaidisiplin. Dengan itu, ia merangkumi berbagai pendekatan untukmeningkatkan kefahaman seseorang tentang bidang ini. Justeru kita perlumengenalpasti berbagai teori ke arah pemahaman kepada kemunculankeusahawanan. Salah satu cara untuk mengenalpasti teori ini ialah denganmenggunakan pendekatan sekolah pemikiran yang membahagikankeusahawanan kepada aktiviti khusus. Aktiviti tersebut mungkin terdapatdi dalam pandangan makro atau pandangan mikro, kedua-duanyamemberikan pandangan tentang konsep keusahawanan.

    Sekolah pemikiran keusahawanan

    Sekolah pemikiran adalah satu kumpulan kepercayaan, karya atau teori yangditerima pakai sebagai berwibawa oleh ilmiawan atau penulis. Bahagian iniakan menjelaskan idea yang lahir daripada pandangan makro (bermaksudyang berskala luas) dan pandangan mikro (bermaksud berskala kecil) ber-hubung dengan pemikiran berkeusahawanan. Berikutnya pandangan terse-

    but akan dibahagikan kepada dua pandangan utama di dalam enam jenissekolah pemikiran, tiga jenis untuk setiap pandangan keusahawanan (lihatRajah 2.1). Walau pun pendedahan ini tidak bermaksud untuk memasukkansemua, ia tidak menghadkan sekolah tersebut setakat enam ini sahaja, mala-han untuk perkembangan lanjut ia boleh disatukan atau dikembangkan lagi.

    Bab 2.indd 34 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    15/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    35

    Pandangan Makro

    Pandangan makro dalam keusahawanan memaparkan susunan faktor yangluas yang berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan di dalam perusahaan

    keusahawanan semasa. Susunan ini termasuklah proses luaran yangkadangkala di luar kawalan usahawan, ini adalah kerana kawalan tersebutmelibatkan pandangan punca kawalan dari luar yang kuat. Tiga sekolahpemikiran keusahawanan adalah pecahan daripada pandangan makro.Pandangan ini adalah yang paling luas dan mendalam.

    Sekolah pemikiran persekitaran: Sekolah pemikiran ini melibatkanfaktor luaran yang mempengaruhi potensi gaya hidup usahawan.Keadaan ini adalah sama ada mempunyai kuasa positif atau negatif

    dalam membentuk keinginan keusahawanan. Ianya difokuskan kepadainstitusi, nilai dan banyak lagi, dikumpul dan membentuk kerangkapersekitaran sosio-politik yang kuat mempengaruhi pembangunanusahawan. Contohnya, jika seorang pengurus pertengahan diberikankebebasan dan sokongan untuk membangunkan idea, melakukanperjanjian, atau melakukan cara baru dalam kerjanya, persekitarantersebut akan membantu untuk mempercepatkan proses pengurustersebut menjadi seorang usahawan. Faktor persekitaran lain yangselalu mempengaruhi potensi pembangunan usahawan ialah kumpulan

    Rajah 2.1 Pendekatan Sekolah Pemikiran Keusahawanan

    Sekolah pemikiran persekitaran

    Sekolah pemikiran kewangan/modal

    Sekolah pemikiran penyingkiran

    Sekolah pemikiran gaya keusahawanan

    Sekolah pemikiran peluang perniagaan

    Sekolah pemikiran formulasi strategik

    Pandangan Mikro

    Pandangan Makro

    Bab 2.indd 35 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    16/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    36sosial individu berkenaan. Suasana kawan rakan dan saudara mara jugaboleh mempengaruhi dan menyokong keinginan untuk menjadi seorang

    usahawan.

    Sekolah pemikiran kewangan/modal: Sekolah pemikiran ini adalah ber-dasarkan kepada proses mencari modal. Pencarian untuk modal benihdan modal pertumbuhan adalah merupakan fokus keseluruhan yangditekankan di dalam keusahawanan ini. Karya tertentu memberi tum-puan secara khusus kepada proses ini, manakala sumber karya lainmenganggapnya hanya sebagai salah satu bahagian di dalam prosesberkeusahawanan. Di dalam mana-mana kes, proses modal perniagaan

    adalah penting kepada pembangunan usahawan. Sekolah pemikiran inimemandang kepada seluruh penerokaan berkeusahawanan dari sudutpengurusan kewangan. Keadaan ini dijelaskan di dalam jadual 2.1, dimana keputusan mengenai kewangan timbul di setiap titik utama didalam proses penerokaan.

    Sekolah pemikiran penyingkiran: Sekolah pemikiran ini memfokuskankepada fenomena kumpulan. Ia beranggapan sama ada kumpulanmempengaruhi atau menghapuskan faktor tertentu yang menganjurkanseseorang individu kepada memulakan sesuatu perniagaan. Ini adalah

    Jadual 2.1 Penekanan Analisis Kewangan

    Sedang beroperasi

    Peringkat permulaan

    atau pengambil alihan

    Menurun atau

    pewarisan

    TAHAP PENEROKAAN

    Pengurusan tunai

    Pelaburan

    Analisis kewangan dan

    penilaian

    Modal benih

    Sumber modal teroka

    Soalan keuntungan

    Pembelian korporatSoalan pewarisan

    PERTIMBANGAN

    KEWANGAN

    Kekalkan, tambah, ataukurangkan saiz

    Teruskan atau

    tinggalkan

    Jual, bersara, atau

    membubarkan operasi

    KEPUTUSAN

    Bab 2.indd 36 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    17/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    37sebagaimana Ronstadt mencatatkan bahawa individu tidak akanmeneruskan sesuatu perniagaan sehinggalah mereka di cegah atau

    disingkir daripada melakukan aktiviti lain. Terdapat tiga jenispenyingkiran yang diterangkan oleh sekolah pemikiran ini:- Penyingkiran berpolitik: Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor

    yang terdiri daripada seluruh rejim politik yang menolak enterpraisbebas (persekitaran antarabangsa) kepada perundangan kerajaandan dasar yang menghadkan atau mengalih arah industri tertentu.

    - Penyingkiran berbudaya: Keadaan ini ialah mengenai kumpulansosial yang dihalang daripada bidang profesionalnya. Latarbelakang etnik, agama, bangsa dan jantina adalah semuanya contoh

    faktor-faktor yang digambarkan di dalam pengalaman golonganminoriti. Keadaan ini akan semakin menambahkan lagi bilanganindividu daripada golongan peniaga biasa ke arah perniagaanberkeusahawanan.

    - Penyingkiran ekonomi: Keadaan ini tertumpu kepada perbezaan didalam ekonomi akibat kemerosotan dan kemelesetan. Kehilangankerja, pengecilan modal atau hanya akibat era gawat bolehmencetuskan satu asas untuk melancarkan aktivitiberkeusahawanan, sama seperti ia mempengaruhi pertumbuhan

    perniagaan dan pengurangan.

    Contoh penyingkiran menjelaskan bahawa kuasa luaran bolehmempengaruhi pembangunan keusahawanan. Keprihatinan kepada budaya,pengetahuan tentang politik dan dasar awam serta pengasakan fahamanekonomi akan membantu dan menambah baik kefahaman di dalamberkeusahawanan di bawah sekolah pemikiran penyingkiran. Semakin luasasas pendidikan di dalam bidang ekonomi dan sains politik, semakin kuatfahaman di dalam berkeusahawanan.

    Pandangan Mikro

    Pandangan mikro dalam bidang keusahawanan menyelongkar faktor khususdi dalam bidang keusahawanan dan sebahagian daripada kawalan dalaman.Individu yang berpotensi menjadi usahawan mempunyai kebolehan ataukawalan untuk mengarah atau menyesuaikan hasil setiap pengaruh utama didalam pandangan ini. Walaupun beberapa penyelidik telah membangunkan

    pendekatan kepada beberapa denisi dan bahagian, seperti di dalamjadual 2.2, pendekatan kami membentangkan teori gaya berkeusahawanan(kadangkala dipanggil sebagai sekolah pemikiran manusia), teori peluangperniagaan dan teori perumusan berstrategi. Tidak seperti pandanganmakro yang memfokuskan kejadian daripada luar memandang ke dalam,pendekatan mikro menumpukan perhatian secara khusus dari dalammemandang keluar. Sekolah pemikiran pertama yang paling dikenali:

    Sekolah pemikiran gaya berkeusahawanan: Ramai penyelidik dan

    Bab 2.indd 37 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    18/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    38penulis tertarik untuk mengenalpasti gaya biasa untuk berjaya menjadiusahawan. Pendekatan ini diasaskan dalam kajian di kalangan orang

    yang berjaya yang mempamerkan ciri-ciri yang sama di mana jika ditiruberkemungkinan boleh meningkatkan peluang kejayaan kepada orangyang menirunya. Sebagai contoh, pencapaian, kreativiti, kesungguhandan berpengetahuan teknikal merupakan empat faktor yangselalunya dipamerkan oleh usahawan yang berjaya. Pembangunankeluarga dan tahap pendidikan juga dikaji. Penyelidik tertentumempertikaikan bahawa pembangunan pendidikan di kalanganusahawan dipercayai boleh menghalang kreativiti dan dayamenghadapi cabaran yang menjadi darah daging di dalam

    keusahawanan. Penulis lain sebaliknya membahaskan bahawa programbaru dan pembangunan pendidikan baru adalah meningkat keranaia didapati boleh membantu di dalam pembangunan keusahawanan.Idea pembangunan keluarga adalah berfokuskan kepada asuhan dansokongan yang sedia wujud di dalam persekitaran sebuah keluargayang berkeusahawanan. Alasan tersebut menyuburkan lagi suatukepercayaan bahawa pemantapan dan sokongan kejayaanberkeusahawanan.

    Jadual 2.2 Definisi Dan Kriteria Dari Satu Pendekatan Ke ArahPandangan Mikro

    Ciri-ciri psikologi Pengasas

    Kawalan ter-

    hadap sumberpengeluaran

    Punca kawalan

    Toleransi terha-

    dap kekaburan

    Kehendak terha-

    dap pencapaian

    Apakah

    nilai-nilai anda?

    Orang yang

    hebat

    Pencapaian luar

    biasa

    Prinsip peribadi

    Sejarah peribadi

    Pengalaman

    Apakah prinsip

    anda?

    Apakah

    pencapaian

    anda?

    Model

    Berkeusahawanan

    Definisi Ukuran Soalan

    Bab 2.indd 38 7/9/2013 4:40:41 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    19/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    39

    Sekolah pemikiran peluang perniagaan: Sekolah pemikiran inimemfokuskan kepada aspek peluang di dalam pembangunan sesuatuperniagaan. Pencarian sumber idea, pembangunan konsep sertapelaksanaan peluang perniagaan adalah bidang minat yang pentinguntuk sekolah ini. Kreativiti dan kesedaran terhadap pasaran juga

    dilihat sebagai keperluan. Tambahan lagi, menurut sekolah pemikiranini membangunkan idea yang betul pada masa yang tepat untuk nichepasaran yang betul adalah kunci kepada kejayaan keusahawanan.

    Pembangunan lain di dalam sekolah pemikiran ini sebelum inidijelaskan sebagai prinsip koridor. Arah atau peluang baru akan timbulyang akan memandu usahawan ke arah yang lain. Kebolehan mengenalpasti peluang apabila ia timbul serta melaksanakan tindakan mengikutlangkah yang perlu adalah merupakan faktor utama. Suatu maksim

    Sumber: Disesuaikan dari J. Barton Cunningham dan Joe Lischeron, Defining

    Entrepreneurship, Journal of Small Business Management (January 1991): 56.

    Kepimpinan Arkitek sosial

    Promosi dan

    perlindungan

    nilai

    Sikap, gaya

    Pengurusan

    manusia

    Bagaimanakah

    anda mengurus

    manusia?

    Pengurusan Mencipta

    nilai melalui

    mengenalpasti

    peluang, pengu-

    rusan mengam-

    bil risiko ... me-

    lalui kemahiranperhubungan

    dan pengurusan

    untuk

    menggerakkan...

    Kepakaran

    Pengetahuan

    teknikal

    Rancangan

    teknikal

    Apakah

    rancangan

    anda?

    Apakah

    keupayaan

    anda?

    Apakah

    pentauliahan

    anda?

    Keusahawanan

    dalaman

    Sesiapa yang

    berkumpul

    bersama untuk

    menganjurkan

    inovasi

    Membuat

    keputusan

    Bagaimanakah

    anda

    berubah dan

    menyesuaikan

    diri?

    ModelBerkeusahawanan

    Definisi Ukuran Soalan

    Bab 2.indd 39 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    20/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    40menjelaskan bahawa persediaan yang sesuai dengan peluang adalahbersamaan dengan nasib/kebetulan yang terletak di bawah prinsip

    prinsip koridor. Penyokong kepada sekolah pemikiran ini percayabahawa persediaan yang teratur di dalam bahagian perniagaanantara disiplin akan meningkatkan keupayaan mengenalpastipeluang perniagaan.

    Sekolah pemikiran perumusan berstrategi: George Steiner mencatatkanbahawa perancangan strategik adalah suatu keserabutan yang bersilangdi dalam seluruh fabrik pengurusan; ia bukannya sesuatu yang terpisahdan terasing daripada proses pengurusan. Pendekatan perumusan ber-

    strategi ke arah teori keusahawanan menekankan proses perancangan didalam kejayaan membangunkan perniagaan.

    Ronstadt melihat perumusan berstrategi sebagai suatu penyungkitanterhadap elemen yang unik. Pasaran yang unik, manusia yang unik,produk yang unik, atau sumber yang unik dikenalpasti, digunakan,atau dibentuk ke dalam pembinaan perniagaan yang berkesan. Aspek-aspek antara disiplin di dalam penyesuaian berstrategi menjadi jelasdi dalam ciri-ciri elemen disenaraikan di sini dengan strategi yang

    sejajar dengannya:- Pasaran yang unik: Gunung melawan strategi jurang gunung,merujuk kepada mengenalpasti segmen pasaran utama dan juga diantara pasaran yang muncul dari pasaran yang lebih besar.

    - Manusia yang unik: Strategi cef yang hebat, merujuk kepadakemahiran atau bakat istimewa dari seorang atau lebih individu dimana perniagaan dibentuk.

    - Produk yang unik: Strategi barang yang lebih baik, merujuk kepadainovasi yang merangkumi pasaran baru dan pasaran sedia ada.

    - Sumber yang unik: strategi telaga air, merujuk kepada kebolehanmengumpul atau mengawal sumber istimewa (tanah, buruh, modal,bahan mentah) dalam tempoh yang lama.

    Tanpa persoalan lagi, sekolah perumusan berstrategi merangkumikeupayaan pengurusan yang luas dan memerlukan pendekatanantara disiplin.

    Sekolah pemikiran keusahawanan: Suatu ringkasanWalaupun terdapat pengetahuan dan penyelidikan di dalamkeusahawanan yang sedang dalam tahap pembinaan, tetapi ia masihberkemungkinan untuk ditangkup bersama untuk menerangkan tentangsebuah sekolah pemikiran semasa di dalam bidang ini. Bertolak dari titikini kita boleh mula membangunkan suatu penghargaan untuk sekolahberkenaan dan melihatnya sebagai suatu asas untuk teori keusahawanan.Tetapi sebaliknya, sama seperti di dalam bidang pengurusan yangmenggunakan berbagai jenis teori sebagai asas untuk memahami bidang dan

    Bab 2.indd 40 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    21/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    41keupayaannya, jadi begitu juga bidang keusahawanan perlu menggunakanberbagai teori di dalam pertumbuhan dan pembangunannya.

    Pendekatan Proses

    Suatu jalan lain untuk mengkaji kegiatan yang berlaku di dalamkeusahawanan ialah melalui pendekatan proses. Walaupun berbagaikaedah dan model digunakan untuk membentuk proses keusahawanandan faktor-faktornya, kita akan mengkaji tiga pendekatan proses yang lebihtradisional di sini. Pertama, kita akan membincangkan pendekatan

    bersepadu, sebagaimana diterangkan oleh Morris dan rakannya. Modelmereka menggabungkan konsep berteori dan amali yang berkaitan dengankegiatan keusahawanan. Pendekatan kedua ialah suatu proses penilaianberasaskan pinggiran keusahawanan yang dibangunkan oleh Ronstadt.Pendekatan proses ketiga dibangunkan oleh Gartner iaitu berbagai dimensidan terjalin bersama konsep individu, persekitaran, organisasi dan proses.Kesemua kaedah ini berusaha untuk menerangkan proses keusahawanansebagai penyatuan semua faktor yang berbagai jenis, inilah merupakan teraskepada buku ini.

    Pendekatan bersepadu

    Suatu gambaran yang lebih bersepadu di dalam proses keusahawanandisediakan oleh Morris et al. Dipersembahkan dalam rajah 2.2, model inidibina disekeliling konsep input kepada proses berkeusahawanan danhasil daripada proses berkeusahawanan. Komponen input di dalamrajah 2.2 difokuskan kepada proses keusahawanan itu sendiri dengan

    mengenalpasti lima elemen utama yang menyumbang kepada prosestersebut. Pertama ialah peluang persekitaran seperti perubahan demogra,pembangunan teknologi baru atau pengubahsuaian terhadap peraturansemasa. Berikutnya ialah usahawan individu, seorang yang mengambiltanggung jawab secara bersendirian untuk membentuk dan melaksanakansebuah perniagaan baru. Usahawan membangunkan beberapa jeniskonsep perniagaan dengan menggunakan peluang (umpamanya,pendekatan kreatif untuk menyelesaikan keperluan tertentu pengguna).Perlaksanaan konsep perniagaan seperti biasa memerlukan beberapa je-nis konteks organisasi, yang boleh terdiri daripada milikan tunggal yangberoperasi di rumah sendiri atau sebuah franchais dari rantaian nasionalkepada sebuah unit perniagaan berautonomi di dalam sebuah korporatyang besar. Akhir sekali, berbagai jenis sumber kewangan dan bukankewangan diperlukan dari masa kesemasa. Unsur penting ini kemudiandigabung disepanjang peringkat proses keusahawanan. Dengan kata lain,proses ini menyediakan satu kerangka yang logik untuk menyusun aturinput keusahawanan.

    Bab 2.indd 41 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    22/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    42Komponen hasil di dalam rajah 2.2 mengambil kira tahap keusahawananyang dicapai. Ini akan kami bincang dengan lebih mendalam di dalam bab

    berikutnya, keusahawanan ialah satu pemboleh ubah. Oleh itu, prosesboleh menghasilkan berbagai jenis kejadian berkeusahawanan danjuga boleh menghasilkan kejadian yang berbeza dengan jelas dalambentuk bagaimana mereka berkeusahawanan. Berasaskan kepada tahapkesungguhan berkeusahawanan ini, hasil muktamad boleh termasuk satuatau lebih perniagaan yang sedang beroperasi, mencipta nilai, produk danproses baru, teknologi baru, keuntungan, pembangunan ekonomi danpekerjaan. Tambahan pula, hasil muktamad mungkin melibatkan kegagalandan dengan itu melibatkan kos ekonomi, psikik dan sosial yang berkaitan

    dengan kegagalan.

    Model ini bukan sahaja menyediakan suatu gambaran yang agakkomprehensif berhubung dengan sifat keusahawanan, tetapi juga bolehdiaplikasikan di tahap yang berbeza. Sebagai contoh, model inimenerangkan fenomena keusahawanan di dalam kedua-dua syarikat bebasyang baru bermula dan juga di dalam jabatan, bahagian, atau unitperniagaan strategik di dalam korporat yang besar.

    Rajah 2.2 Model Bersepadu Input Berkeusahawanan Dan Hasil

    Input Hasil

    Peluang

    Persekitaran

    Individu

    Berkeusahawanan

    Konteks organisasi

    Konsep perniagaanyang unik

    Sumber

    - mengenalpasti peluang

    - menilai dan mendapat

    sumber yang sesuai

    - perlaksanaan

    ProsesBerkeusahawanan

    Bilangan kejadian dan

    darjah keusahawanan

    Kesungguhanberkeusahawanan

    Perniagaan yang

    beroperasi

    Mencipta nilai

    Proses baru

    Teknologi baru

    Keuntungandan/atau faedah

    peribadi

    Pekerjaan, harta

    dan pertumbuhan

    hasil

    Produk/servis baru

    Inovasi

    Ambil

    risiki

    Proactive

    Bab 2.indd 42 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    23/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    43Pendekatan penilaian berkeusahawanan

    Model lain iaitu pendekatan penilaian berkeusahawanan yang dibangunkanoleh Ronstadt menekankan tentang membuat penilaian secara kualitatif,kuantitatif, berstrategi dan beretika berhubung dengan usahawan,perniagaan dan persekitaran. Rajah 2.3 melakarkan model ini. Untukmengkaji keusahawanan, keputusan penilaian hendaklah dibandingkandengan tahap kerjaya berkeusahawanan iaitu awal, pertengahan, ataulewat. Ronstadt memberikan istilah pinggiran keusahawanan kepadaproses ini. Kami memfokuskan kepada istilah ini di dalam bab 4 apabilakami mengkaji ciri-ciri individu dalam keusahawanan.

    Rajah 2.3 Pendekatan Penilaian Keusahawanan

    Sumber: Robert C. Ronstadt, Entrepreneurship (Dover, MA: Lord publishing Co.,

    1984), 39.

    Adakah keputusan penilaian munasabah berdasarkan:

    Kedudukan kerjaya keusahawanan

    Pengalaman dan Awal Pertengahan Lewat

    Jenis

    perniagaan

    Kualitatif,

    Kuantitatif,

    Berstrategi

    dan

    Beretika

    Penilaian

    Jenis

    usahawan

    Jenis

    persekitaran

    Bab 2.indd 43 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    24/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    44Pendekatan berbagai dimensi

    Pendekatan proses yang lebih terperinci ke arah keusahawanan ialahpendekatan berbagai dimensi. Di dalam pandangan ini keusahawanan ialahsuatu kerangka yang kompleks dan berbagai dimensi yang menumpukanperhatian kepada individu, persekitaran, organisasi dan proses perniagaan.Faktor khusus yang berkaitan dengan dimensi ini adalah seperti berikut:

    Individu:- Kehendak terhadap pencapaian- Punca kawalan

    - Daya mengambil risiko- Kepuasan kerja- Pengalaman kerja yang lepas- Ibubapa yang berkeusahawanan- Umur- Pendidikan

    Persekitaran:- Kesediaan modal teroka

    - Kehadiran usahawan yang berpengalaman- Tenaga pekerja yang berkemahiran teknikal- Kemudahan mendapatkan pembekal- Kemudahan mendapatkan pelanggan atau pasaran baru- Pengaruh kerajaan- Jarak dengan universiti- Kesediaan tanah atau fasiliti- Kemudahan pengangkutan- Sikap penduduk- Kemudahan mendapatkan khidmat sokongan- Keadaan kehidupan

    Organisasi:- Jenis rma- Persekitaran keusahawanan- Rakan kongsi- Pemboleh ubah strategik- Kos- Pembezaan- Fokus- daya saing asakan kemasukan

    Bab 2.indd 44 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    25/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    45Rajah 2.4 Pembolehubah Di Dalam Pembentukan Perniagaan Baru

    Persekitaran

    Kesediaan modal teroka

    Kehadiran usahawan yang berpengalaman

    Tenaga pekerja yang berkemahiran teknikal

    Kemudahan mendapatkan pembekal

    Kemudahan mendapatkan pelanggan atau

    pasaran baru

    Pengaruh kerajaanJarak dengan universiti

    Kesediaan tanah atau fasiliti

    Kemudahan pengangkutan

    Sikap penduduk

    Kemudahan mendapatkan khidmat sokongan

    Keadaan kehidupan

    Pembezaan pekerjaan dan perindustrian yang

    tinggi

    Peratus yang tinggi dari bilangan pendatang

    berbanding pendudukTapak perindustrian yang luas

    Kawasan perbandaran yang luas

    Kesediaan sumber kewangan

    Halangan kemasukan

    Persaingan di kalangan pesaing

    Tekanan dari produk gantian

    Kuasa tawar menawar pembeli

    Kuasa tawar menawar pembekal

    Organisasi

    Kos kepimpinan keseluruhan

    Pembezaan

    Fokus

    Produk/perkhidmatan baru

    Persaingan selari

    Kemasukan franchais

    Perpindahan geografi

    Kekurangan bekalan

    Mendapatkan sumber belum guna

    Kontrak pelanggan

    Menjadi sumber kedua

    Bergabung

    Pelesenan

    Pelepasan pasaran

    Menjual bahagian

    Pembelian yang diutamakan oleh kerajaan

    Perubahan peraturan kerajaan

    Individu

    Kehendak terhadap pencapaian

    Punca kawalan

    Daya mengambil risiko

    Kepuasan kerja

    Pengalaman kerja yang lepas

    Ibubapa yang berkeusahawanan

    UmurPendidikan

    Proses

    Penempatan peluang perniagaan

    Pengumpulan sumber

    Pemasaran produk dan perkhidmatan

    Mengeluarkan produk

    Membina organisasi

    Bertindak balas kepada kerajaan dan masyarakat

    Bab 2.indd 45 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    26/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    46 Proses:

    - Menempatkan peluang perniagaan

    - Mengumpul sumber- Memasarkan produk dan perkhidmatan- Mengeluarkan produk- Membina organisasi- Bertindak balas kepada kerajaan dan masyarakat

    Rajah 2.4 memaparkan interaksi di antara empat dimensi keusahawanan ini,atau perniagaan baru, proses dan senarai lebih banyak pemboleh ubah. Pros-es jenis ini menggerakkan keusahawanan dari sekolah pemikiran yang ber-

    pecah-pecah kepada suatu kedinamikan, pendekatan proses yang interaktif.

    Konsep Utama

    Sebelum merumuskan perbincangan kita berhubung dengan sifat asalkeusahawanan, kita perlu meletakkan tiga konsep utama ke dalam suatuperspektif: keusahawanan, usahawan dan pengurusan keusahawanan.

    KeusahawananKeusahawanan ialah suatu amalan dengan memulakan organisasi baru,terutamanya perniagaan baru. Keusahawanan adalah juga merupakan suatuproses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensiutama individu, organisasi, persekitaran, proses iaitu yang dibantuoleh jaringan usahasama dengan kerajaan, pendidikan dan institusi. Semuakedudukan makro dan mikro dalam pemikiran usahawan hendaklah

    diambilkira sambil mengenalpasti dan merebut peluang yang bolehditukarganti kepada idea yang boleh dipasarkan serta mampu bersainguntuk perlaksanaan di dalam ekonomi hari ini.

    Usahawan

    Usahawan ialah pemangkin untuk perubahan sama ada sosial atauekonomi sesiapa yang menggunakan pencarian yang mempunyai tujuan,

    perancangan yang rapi dan pertimbangan yang wajar apabila menjalankanproses keusahawanan. Optimistik dan komited secara unik, usahawanbekerja secara kreatif untuk memantapkan sumber baru atau membiayaisumber sedia ada dengan kapasiti baru, semuanya untuk tujuan menciptakekayaan. Howard Stevenson dari Universiti Harvard pernah menyatakanbahawa usahawan ialah seorang yang menjalankan peluang walaupun tanpamengambilkira sumber yang sedia ada.

    Bab 2.indd 46 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    27/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    47Pengurusan keusahawanan

    Tema yang mewarnai buku ini ialah disiplin pengurusan keusahawanan,satu konsep yang di catatkan seperti berikut:

    Keusahawanan adalah berdasarkan prinsip yang sama, sama ada usahawantersebut adalah sebuah institusi yang besar atau individu memulakanperniagaan baru secara berseorangan. Hanya sedikit perbezaan atau tiadaperbezaan langsung sama ada usahawan tersebut adalah sebuah perniagaanatau entiti bukan perniagaan seperti organisasi khidmat awam, begitu jugajika sama ada usahawan itu adalah institusi kerajaan atau bukan kerajaan.

    Peraturannya adalah lebih kurang sama, perkara yang boleh digunakan ataupun tidak adalah lebih kurang sama, begitu juga jenis-jenis inovasi dan dimana mencarinya. Di dalam setiap kes terdapat disiplin yang kita bolehpanggil sebagai Pengurusan Keusahawanan.

    Teknik dan prinsip di dalam disiplin ini akan memandu ekonomikeusahawanan ke arah abad ke dua puluh satu.

    Ringkasan

    Bab ini menyorot kepada bagaimana kedua-dua usahawan dan konsepkeusahawanan yang berubah mengikut zaman. Kita melihat kepadaindividu yang kasar dan individu yang berdaulat sebagai contoh usahawan.Penjelajahan ke era awal denisi ekonomi begitu juga yang semasa, babmembentangkan gambaran sejarah tentang bagaimana keusahawanan danusahawan digambarkan.

    Mitos utama di dalam keusahawanan juga dibincangkan untuk memberikefahaman yang lebih tentang cerita dongeng yang berkisar di dalam bidangyang sedang dibangunkan ini. Penyelidikan semasa meluaskan lagisempadan untuk mengkaji keusahawanan dan menyediakan fokus yanglebih baik terhadap apa, bagaimana dan mengapa di belakang disiplin ini.

    Pendekatan ke arah keusahawanan dikaji dari dua sudut: sekolahpemikiran dan proses. Enam sekolah pemikiran pilihan dibentangkan serta

    tiga pendekatan untuk memahami keusahawanan masa kini sebagai prosesdibincangkan. Bab diakhiri dengan denisi keusahawanan, usahawan danpengurusan keusahawanan.

    Bab 2.indd 47 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    28/30

    Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

    48 Istilah Dan Konsep Utama

    antara disiplinkapitaliskeusahawananpandangan makro dalam keusahawananpandangan mikro dalam keusahawananpendekatan bersepadupendekatan penilaian berkeusahawananpengurusan keusahawananprinsip koridor

    punca kawalan dalamanpunca kawalan luaranrevolusi perindustriansekolah pemikiran gaya berkeusahawanansekolah pemikiran kewangan/modalsekolah pemikiran penyingkiransekolah pemikiran persekitaranstrategi cef yang hebatstrategi produk lebih baik

    usahawan

    Soalan Ulang Kaji Dan Perbincangan

    1. Jelaskan secara ringkas perubahan yang berlaku dalam istilahkeusahawanan.

    2. Bagaimanakah usahawan dilihat melalui sejarah? Apakah cabarandilalui sepanjang sejarahnya?

    3. Mengapakah kita menggunakan perkataan Perancis tetapi bukanperkataan Inggeris?

    4. Bilakah perkataan usahawan pertama kali digunakan di dalampenulisan ekonomi?

    5. Apakah 10 mitos yang berkaitan dengan keusahawanan? Bahaskansetiap mitos.

    6. Apakah perbezaan di antara sekolah pemikiran tahap mikrodengan makro?

    7. Apakah pandangan makro dalam keusahawanan?

    Bab 2.indd 48 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    29/30

    Bab 2 Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

    498. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan makro

    dalam keusahawanan?

    9. Apakah pandangan mikro dalam keusahawanan?

    10. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan mikro dalamkeusahawanan?

    11. Apakah tiga jenis penyingkiran?

    12. Di dalam pemikiran perumusan berstrategi, apakah empat jenis

    strategi yang terlibat dengan elemen yang unik? Jelaskan setiap satu.

    13. Apakah pendekatan proses dalam keusahawanan? Dalam jawapan andajelaskan pendekatan penilaian berkeusahawanan.

    14. Apakah elemen utama di dalam kerangka untuk keusahawanan sepertidi dalam rajah 2.4? Beri contoh untuk setiap satu.

    Bab 2.indd 49 7/9/2013 4:40:42 AM

  • 7/25/2019 Bab 2 - Keusahawanan Konsep Yang Terus b

    30/30

    50

    Bab 2.indd 50 7/9/2013 4:40:42 AM