2 konsep asas moral nota 2

104
KONSEP ASAS MORAL TAJUK 1 Konsep Asas Moral SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral.Kandungannya meliputi definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian.Konsep baik, benar, dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru. HASIL PEMBELAJARAN i. Memberidefinisikonsepasas moral ii. Mengenalpastikonsepbaik, benardanpatut iii. Menjelaskanpernyataannormatifdandiskriptif iv. Menjelaskan empat aliran pemikiran tentang moral v. Menunjukkan sifat-sifat keempat-empat aliran pemikiran moral vi. Mengenal pasti contoh-contoh situasi bagi keempat- empat aliran pemikiran KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

Upload: cotton-murah

Post on 26-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pddkn moral

TRANSCRIPT

KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 1Konsep Asas Moral

SINOPSISTajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral.Kandungannya meliputi definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian.Konsep baik, benar, dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.

HASIL PEMBELAJARANi. Memberidefinisikonsepasas moralii. Mengenalpastikonsepbaik, benardanpatutiii. Menjelaskanpernyataannormatifdandiskriptifiv. Menjelaskan empat aliran pemikiran tentang moral v. Menunjukkan sifat-sifat keempat-empat aliran pemikiran moral vi. Mengenal pasti contoh-contoh situasi bagi keempat-empat aliran pemikiran

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.0 Definisi KonsepDalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep MoralPerkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang baiksebagai kewajiban atau norma

Helden (1977) dan Richards (1971)Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

Atkinson (1969)Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3Konsep AkhlakAkhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmaniii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegahiii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negaraiv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malasv) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

Perbincangan1. Dalam kumpulan, cuba anda huraikan perkara-perkara berikut:i) Buat satu banding beza dia antara konsep Moral, Etika dan Akhlakii) Etika Perguruan merupakan satu garis panduan/peraturan yang telah diwujudkan untuk para guru. Jelaskan kebaikan Etika Perguruan ini.

2.0 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut.Contohnya:Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.Anda patut berkelakuan baik.Anda patut makan makanan berkhasiatMenderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang berbeza.

2.1 KonsepBaikBaik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.Maknabaik:1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan sebagainya3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau persetujuan4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

2.2 KonsepBenarBenar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyaif akta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi:i.kebenaran mutlak kepadaTuhanii.kebenaran secara saintifik sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.iii.kebenaran secara relatif pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.

2.3 KonsepPatutPatut bermaksud seharus, mesti, atau sesuaidan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana

FikirkanBanyak perkara yang baik serta benar tidak patut diamalkandi kalangan masyarakat kini.Ulaskan

2.4PernyataanNormatifdanpernyataanDeskriptif2.4.1Pernyataan NormatifPernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:i) Pernyataan Normatif MoralPernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-contohnya:(a)Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira. Contoh-contohnya:(a) Kita patut menepati janji(b) Perbuatan mencuri adalah salah.Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya:(a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.(b)Dia mempunyai motif yang benar.Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya:(a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya.(b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah.Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:(a) Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.(b) Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.ii) Perbuatan Normatif Bukan MoralPernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial.Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-contohnya:(a) Ini sebuah buku yang baik.(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama ialah:(a) Saya sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa.(b) Menipu adalah satu dosa.2.4.2Pernyataan Deskriptif Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal. Contoh-contohnya:(a) Dia sentiasa tidur awal.(b) Kereta itu berwarna biru.

LatihanBilPernyataanNormatif/ Diskriptif

1.Kelas itu sangat kotorDiskriptif

2.Alat pengisar ini sangat baikDiskriptif

3.Su Li seorang pelajar yang rajin dan sentiasa mengikut kata guru.Normatif

4.Doktor itu telah memberikan layanan yang sama rata kepada para pesakitnya tanpa mengira bangsa dan agama.Normatif

5.Emas mempunyai nilai harga yang sangat tinggi

6.Saksi perbicaraan kes itu telah bercakap benar sewaktu disoal oleh para hakim.

3.0Aliran Pemikiran Moral3.1 NaturalisNaturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu. Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang hari kiamat, kewujudan Tuhan, hari Pembalasan dan sebagainya.

Latihan:

1. Sebutkan 4 jenis aliran Pemikiran MoralNaturalis intutionis emotivis rasionalis2. Huraikan berserta contoh aliran Pemikiran Instiusionis dan Emotivisemotivis adalah pemikiran moral yg berkaitan atau dipengaruhi dengan emosi individu . sikap manusia y terlalu mengikut perasaan dan emosi. contohnya ali tumbuk abu sbb ejek dia.Instituionis adalah pemikiran yg melibatkn melihat dn memahami secara spontan. Ianya berdasarkan dan dipengaruhi dgn pengalaman hidups eseorang, dgn pengalaman dia dapat membezakan baik duruk dn dapat membuat pertimbangan. Contoh pak ali lebih mkn garam berbanding ika menyebabn ika sering tertipu dgn godaan laki2.

3. Banyak berlaku salah laku di kalangan guru-guru terhadap murid-murid pada masa ini. Buat satu analisis berdasarkan pemikiran moral mengenai isu ini.Pemirian moral naturalis . guru2 bertindak kasar dengan mendenda mereka yg lemah dlm pelajaran kerana menganggap mereka ini boidoh dn tidak boleh berjaya , tidak ad harapan dn tidak boleh dimajukan lgi . Emotivis abu membuat bising idalam kelas, guru yg sedang dlm bad mood telah dipengaruhi dgn emosinya lalu bertindak kasar dn ganasterhadap abu dgn menampar dn membaling objek kepada beliau shingga mendtgkn kecederaan,.]

TAJUK 2Konsep Asas Nilai

SINOPSIS

Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai jenis nilai dalam etika dan moral. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan yang termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenis-jenis Nilai yang mempengaruhi kehidupan manusia. Berdasarkan kefahaman dan pengalaman, pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, pelajar boleh:1. Menjelaskan konsep konsep asas nilai.2. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan.3. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam situasi tertentu.

KERANGKA TAJUK

2.1 KONSEP NILAI

Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16) Nilai Sifat (Attribute) untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang diberikan kepada masa seperti emas. Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan. Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang emas.Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai: Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan seseorang.

2.1.1Jenis-jenis Nilai

i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.Nilai Instrumental (Ekstrinsik)Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormat menghormati.

Contoh: KeikhlasanKita perlu ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab di dunia ini. Berkat daripada sifat ikhlas, kita akan memperoleh ketenangan dan kepuasan kendiri.

Nilai-nilai di atas bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya. Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Nilai peringkat pertama,misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.

Contoh: Nilai Kasih sayangAzhar amat menyayangi ibu bapanya. Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi kesenangan ibu bapanya. Azmi tidak pernah mengharapkan harta warisan atau sebagainya kerana beliau berpendapat bahawa seseorang anak berkewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap ibubapa.

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai SubjektifNilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Contoh : MelepakRama seorang remaja yang baik. Walau bagaimanapun apabila dia penat belajar, dia selalu melepak di pusat beli belah berhampiran dengan rumahnya. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat melepaskan tekanan Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Contoh : PeperanganPeperangan adalah ibarat menang jadi arang kalah jadi abu. Kesan peperangan ialah tragedi.

Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai AbsoluteNilai RelatifNilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Boleh berubah mengikut masa.

Contoh : Main MercunBermain mercun merupakan sebahagian daripada amalan penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun masyarakat Cina mula menerima pengharaman bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai tindakan rasional pada masa kini. Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat.

Contoh : Menghormati ibubapaAnak dituntut untuk menghormati ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita. Anak yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka.

Perbincangan

Berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru , bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan :Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah Pendidikan Guru : Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Fikir-fikirkan

Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya. Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu.Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

1.Cari keratan akhbar yang mengandungi nilai-nilai instrumental, intrinksik,subjektif, objektif, relatif dan mutlak. Buatkan analisa dan kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut.

Rumusan

1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu.2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu.

TAJUK 3TEORI-TEORI ETIKA

SINOPSISTajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teori etika Kefahaman tentang teori ini membantu pelajar melihat perbezaan pandangan dalam membuat penilaian tindakan manusia daripada pelbagai asas teori. Antaranya Teori Teleologi berasaskan kesan sesuatu tindakan, Teori Deontologi melihat kepada motif tindakan manakala Virtue berdasarkan tindakan yang disifatkaan sebagai jalan tengah dan berkeperibadian mulia. Dua jenis teori ini adalah amat penting untuk difahami kerana ia menerangkan tentang perbezaan tumpuan yang diberikan dalam mengenalpasti tindakan yang bermoral oleh individu-individu yang berlainan.Konsep etika dan kemoralan tidak diperjelaskan, pasti sukar untuk guru-guru mengajar Pendidikan Moral kerana proses untuk mewujudkan insan terdidik dan matang dari segi moral adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang sewajarnya.

HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, pelajar boleh:1. Menjelaskan teori-teori etika seperti teori, teori teologikal , teori deontologikal dan kemoralan sosial;2. Membincangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam teori teologikal dan deontologikal; 3. Menganalisis teori-teori etika dan membuat justifikasi dalam kehidupan seharian ;4. Membincangkan perbezaan di antara teori teologikal dan deontologikal dan5. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam Pendidikan Moral3.1 KERANGKA TAJUK

3.2TEORI ETIKATeori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu. Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral. Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

3.2.1TEORI TEOLOGIKALPerkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Bagaimanapun, ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme

Diasaskan oleh Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (18061873), utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan kepada majoriti.Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia. Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;a)Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan.b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.Kelemahan Teori Utilitarianisme

1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapaikeseronokan.2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya. 3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang.6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.

3.2.1.2 Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan ituadalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu ituburuk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.Egoisme PsikologikalMengikut teori ini, i. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian; dan ii. terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.Egoisme Etika Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu: 1. Egoisme etika individuSetiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.2. Egoisme etika personalMenentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.3. Egoisme universalSetiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.

Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKALDeontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia.1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Contoh:Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang menegaskan duty for the sake of duty dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Prima facie = (at first glance atau on the surface of things)Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie: Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan. Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita. Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya. Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme

Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

3.2.3TEORI KEMORALAN SOSIALKemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ciri-ciri kemoralan Sosial1.Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi. 2.Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. 3.Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah :a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing. b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka

f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA(VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia: a. Keperibadian mulia intelektual; dan b. Keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Ciri-ciri Keperibadian Mulia Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan;d. Berpegang kepada prinsip; e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; danf. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues AristotleBidang lakuan atau perasaanBerlebihanJalan TengahTerlalu kurang

kegentaran atau ketakutan dan keyakinanKegopohanKeberanianPerasaan atau perlakuan pengcut atau penakut

Perasaan maluTerlalu maluSopan Muka tebal

Perasaan marah Panas hatiSabarKurang semangat

Ucapan diriCakap besar / sombongKetulusan / KebenaranKata-kata rendah diri

Perbuatan kasarKelakarBijakCanggung

Kelakuan sosialHampakan diriRamah tamahSuka gaduh

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia. Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

Fikirkan

Berikan pendapat anda terhadap tindakan guru dalam gambar di atas. Kaitkan tindakan guru tersebut berdasarkan teori etika.Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Latihan 1.

1.Siapakah yang menjadi perintis utilitarianisme?. Bagaimanakah pandangan mereka.2.Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan utilitariasnisme?.3.Bagaimanakah pandangan Immanuel Kant dalam teorinya yang disebut deontologi?4.Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan teori deontologi Kant?.5.Bagaimanakah pemeriksaan yang dicadangkan W.D Ross terhadap deontologi Kant?.

Latihan 21.Berikan situasi-situasi di mana prinsip dan sistem nilai moral sesuai diamalkan dalam kehidupan harian.

Teori dan Sistem NilaiSituasi Sesuai Diamalkan Dalam Kehidupan Harian

Utilitarianisme Kita boleh amalkan utilitarianisme dalam perkara-perkara yang tidak penting terutamanya berunsur rekreasi dan hiburan di mana tujuan utama adalah keseronokan untuk semua

Egoisme

Prinsip Kewajipan

Eksistensialisme

Keperibadian Mulia

Rumusan

Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan melebihi jumlah kejahatan. Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan. Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap orang / Kebahagiaan maksimum kepada majoriti. Sesuatu perlakuan itu dianggap baik / benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri. Individu mesti memelihara diri, pengasih diri, kepentingan diri dan ego Menurut teori keperibadian mulia, kecenderungan mencapai sesuatu tujuan, tidak dihasilkan dalam individu oleh alam semulajadi, tetapi melalui latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

TAJUK4Insan Moral

SINOPSISTajuk ini bertujuan memberi pendedahan kefahaman kepada pelajar tentang komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.Ketiga-tiga dimensi ini melibatkan potensi daripada segi pemikiran, penghayatan, dan amalan moral.Ini penting kepada setiap individu untuk menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip insan moral iaitu altruisme, keadilan, dan autonomi/kebebasan.

HASIL PEMBELAJARANi. Menjelaskan komponen penaakulan, emosi dan tingkahlaku moralii. Mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup berdasarkan beberapa prinsip asas insan bermoraliii. Menganalisis personaliti tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa yang dipih dan kaitannya dengan sifat-sifat insan moral

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1Dimensi MoralKonsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral.Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

4.1.1Penaakulan MoralDisebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 1:Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri.Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2:Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walau bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

4.1.2Perasaan MoralMerupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Contoh: Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun. Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan. Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat. Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.

4.1.3Perlakuan MoralMerupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorangbertindak secara bermoral.

Contoh: memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas memimpin orang buta menyeberang jalan tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

4.2 Sifat-sifat Individu BermoralBagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ?Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan bersama.

4.2.1 Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu BermoralTerdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masingmasing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya .

Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu sebagai fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan distributive ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan, kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. (ii) Prinsip AltruismeApa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak. (iii) Prinsip AutonomiAdakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?

Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan sebagainya.

4.2.2Profil Insan BermoralKonsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:a.Bebudi pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasab.Tidak sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.c.Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan kekurangan diri.d.Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.e.Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap:

i)Raja dan negaraii)orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiraniii)Ibu bapaiv)Hak asasi manusiav)Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaumvi)Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individuvii)Undang-undangviii)Maruah diri

Walaupun begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral seharusnya mampu:(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu; dan(d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan peraturan dan prinsip moral yang asas.

Selain itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang lain.

4.2.3Ciri-ciri Insan Bermoral1.Menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya.2.Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.3.Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.4.Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.5.Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.

4.3Peranan guru dalam pembentukan insan bermoralGuru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. (wujudkn persekitaran y baik utk pupuk moral)Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. (topup moral y sedia ad dri rumah)Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:- Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral; Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

Latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Insan Moral2. Buat satu hubungkait di antara penaakulan moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.3. Bina satu peta minda yang menunjukkan dimensi moral,(penaakulan, perasaan, perlakuan), prinsip-prinsip Insan Moral (keadilan, altruisme, dan autonomi) profil Insan Moral hormat, rasional, bebas .niali2 murni

Fikirkan

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

TAJUK5Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

SINOPSISTajuk ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang agama dan kepercayaan yang terdapat di negara kita.Pegangan agama bagi setiap individu penting sebagaimana yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Mempelajari nilai-nilai yang terkandung dalam setiap agama ini penting bagi menimbulkan rasa hormat-menghormati sesama kaum.Segala jenis perbalahan dan pertelingkahan boleh dielakkan jika setiap individu mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu agama tersebut.

HASIL PEMBELAJARANi. Menghayati dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.ii. Menghuraikan kepentingan agama dan kepercayaan sebagai asas kehidupan.iii. Menjelaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran setiap agama.iv.Menjelaskan nilai-nilai masyarakat Malaysia

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Agama dan Kepercayaan

Nilai Masyarakat Malaysia

Nilai-nilai tradisional yang masih diamalkan

Perubahan dalam nilai masyarakat Malaysia Islam Kristian Buddha Hindu Sikhisme Taoisme Confiusme Animisme

Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati). Ada tiga bentuk utama:Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhanMoral Zahud- Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhiratMoral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India.Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

5.1Nilai Agama dan Kepercayaan

Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai moral yang mulia seperti sabar, murah hati, sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.Agama merupakan pegangan hidup manusia.Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

5.2Nilai murni dari perspektif agama Islam, Hindu dan Buddha

ISLAM Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa. Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya. Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

Rukun Islam:1.Mengucap dua kalimah syahadah2.Sembahyang lima waktu3.Puasa di bulan Ramadhan4.Membayar zakat5.Menunaikan haji bagi yang mampu

Rukun Iman:1.Beriman kepada Allah s.w.t2.Beriman kepada Malaikat3.Beriman kepada Kitab4.Beriman kepada Rasul5.Beriman kepada Hari Kiamat6.Beriman kepada Qada dan Qadar

BUDDHISMEJalan Lapan Lapis Mulia:1. Pandangan yang Betul2. Fikiran yang Betul3. Pertuturan yang Betul4. Perbuatan yang Betul5. Pekerjaan yang Betul6. Usaha yang Betul7. Kesedaran yang Betul8. Tumpuan yang BetulPanca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.

HINDUISME1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab.2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.5. Damo ialah mengawal fikiran.6. Stheyam, ialah tidak tamak.7. Showcha, yang bermaksud kebersihan.8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan.9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal perasaan.

3.2 Nilai murni dari perspektif Agama Kristian, Sikhisme dan Kepercayaan Animisme

KRISTIANPeraturan EmasUndang-undang Tuhan yang terpenting ialah: mencintai Tuhan dengan sepenuh hati mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.

SIKHISMEGuru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

Kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian:1. Keperluan perkembangan insan2. Perhubungan antara manusia3. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir

keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut:1. Kebijaksanaan atau Kearifan2. Kejujuran3. Keadilan4. Kesederhanaan5. Keberanian6. Merendah diri7. Kepuasan diri

Perayaan :Vasakhidisambut pada 13 April setiap tahun.LIMA K kes (rambut yang tidak dicukur), kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih) kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru) kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut) kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).

Nilai MurniKebijaksanaanKearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani.

KejujuranPersetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang.

KesederhanaanMengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau keterlaluan.

KeadilanMeliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.

KeberanianPenyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa.

KEPERCAYAAN ANIMISME

Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat orang Asli yang disifatkan sebagai aborigines iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur, tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito, Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan sebagainya mempunyai semangat (roh)

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama.Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin Animis yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan tanaman.

Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa, dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa dewa yang menurunkan hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar.Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang.Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh.Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat.a. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa tuan. b.Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka. c.Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga. d.Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan sebagainya. e. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam. f.Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai.

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.

3.3 Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme

TAOISMETao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa.Dua dalam konsep Yang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya hitam dan putih, baik dan salah dansebagainya.

CONFUCIANISME Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU. Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang. Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya. Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

3.4Nilai Masyarakat Malaysia

Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.

Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.Biar apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.

Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat sejarah yang membina bangsa dan negara.

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran

Perubahan nilai masyarakat MalaysiaKota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan kemesraan. Readers Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi perkhidmatan.Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan.Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana ketiga-tiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Di Asia, Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding bandar raya Asia yang lain.Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat ketika itu khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup, ringkas dan praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, patuh kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem Melayu klasik.Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20.British membawa masuk industri dan sistem pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan sistem dan struktur nilai, norma dan budaya masyarakat. Natijahnya ialah wujud pertentangan kerana masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini tanpa persediaan.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke kampung dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk golongan pemodal, pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh.Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji semata-mata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia?Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat menerapkan nilai yang dikehendaki.Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan yang sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia sepenuhnya.Tambahan kempen ini bermusim.Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah, dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-a-kemasyarakatan/1438-perubahan-sosial-dan-kesopanan-masyarakat

Latihan1. Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan.2. Kahamaa dalam ajaran agamaHindu bermaksud bertimbang rasa atau baik hati. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral bagaimanakah caranya anda ingin menerapkan nilai-nilai ini kepada murid-murid anda.

Fikirkan

Masyarakat yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman akan ketinggalan.Bagaimanakah caranya anda ingin menyeimbangkan di antara perubahan yang berlaku dalam nilai masyarakat kita tanpa mengorbankan nilai-nilai murni.

Topik 6Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

1.1SinopsisPerbincangan mengenai Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral serta perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini mampu membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Apabila membincangkan mengenai perkembangan moral, terdapat tiga teori yang boleh dijadi rujukan utama. Teori tersebut ialah Teori Perkembangan Moral Kognitif, Teori Perkembangan Sosial Dan Teori Pembelajaran Humanistik.

1.2 Hasil Pembelajaran

1.Mengenalpasti teori-teori perkembangan moral2. Membezakan teori-teori perkembangan moral 3.Menjelaskan mengenai kepentingan teori-teori perkembangan moral 4.Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral

1.3.Kerangka Kursus

Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

Teori Pembelajaran HumanistikTeori Perkembangan SosialTeori Perkembangan Moral Kognitif

Rajah 1: Ringkasan Isi Kandungan 1.4 PendahuluanKursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).

1.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:i.Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang sama.ii.Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.

1.5.1Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:i. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. ii. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk