konatif dalam pendidikan khas

19
FARA HAIRANI BINTI SAHAR (HB130044) DEFINISI Seringkali peringkat perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak- kanak diukur dari segi kognitif (pemikiran), afektif (emosi) dan psikomotor (fizikal). Namun begitu, terdapat satu lagi domain yang tidak kurang pentingnya iaitu domain konatif. Bain (1868) seperti yang dipetik oleh Gerdes & Stromwall (2008) menyatakan pemikiran konatif sebagai kehendak atau kemahuan yang meliputi keseluruhan aktiviti seseorang sebagaimana yang diarahkan oleh perasaan seseorang itu. Snow & Jackson (1996) berpendapat konstruk yang paling menarik dan mencerminkan aspek motivasi dan kemahuan tingkahlaku manusia ialah konstruk konatif. Konatif juga bermaksud kecenderungan semulajadi, gerak hati, perjuangan, atau usaha yang terarah. Ia merupakan salah satu daripada tiga elemen perilaku atau proses pengambilan keputusan yang meliputi aspek kognitif, konatif dan afektif (sumber dari Wikipedia). Bagozzi (1992) mencadangkan konatif adalah perlu untuk menjelaskan bagaimana pengetahuan dan emosi diterjemahkan kepada tingkah laku manusia. Sensori pula berkaitan dengan deria sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan. Justeru, multisensori adalah kombinasi daripada pelbagai deria tersebut. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah VAKT. VAKT merupakan akronim bagi visual, auditori, kinestetik (pergerakan) dan taktil iaitu sentuhan (Nassihah Ahmad Rosdi, 2012). Gillingham dan Stillman (1997) seperti yang dipetik oleh Nurul Jannah Baharin & Kamariah Bujang (2011) turut mendefinisikan multisensori sebagai penggunaan teknik secara visual, auditori dan kinestetik untuk pengukuhan ilmu. Dari segi konteks pembelajaran, Sadja'ah (2005) berpendapat

Upload: fara-hairani-sahar

Post on 10-Apr-2016

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

konatif dalam pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

DEFINISI

Seringkali peringkat perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak-kanak diukur dari

segi kognitif (pemikiran), afektif (emosi) dan psikomotor (fizikal). Namun begitu, terdapat satu

lagi domain yang tidak kurang pentingnya iaitu domain konatif. Bain (1868) seperti yang dipetik

oleh Gerdes & Stromwall (2008) menyatakan pemikiran konatif sebagai kehendak atau

kemahuan yang meliputi keseluruhan aktiviti seseorang sebagaimana yang diarahkan oleh

perasaan seseorang itu. Snow & Jackson (1996) berpendapat konstruk yang paling menarik dan

mencerminkan aspek motivasi dan kemahuan tingkahlaku manusia ialah konstruk konatif.

Konatif juga bermaksud kecenderungan semulajadi, gerak hati, perjuangan, atau usaha yang

terarah. Ia merupakan salah satu daripada tiga elemen perilaku atau proses pengambilan

keputusan yang meliputi aspek kognitif, konatif dan afektif (sumber dari Wikipedia). Bagozzi

(1992) mencadangkan konatif adalah perlu untuk menjelaskan bagaimana pengetahuan dan

emosi diterjemahkan kepada tingkah laku manusia.

Sensori pula berkaitan dengan deria sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.

Justeru, multisensori adalah kombinasi daripada pelbagai deria tersebut. Kaedah multisensori

juga dikenali sebagai kaedah VAKT. VAKT merupakan akronim bagi visual, auditori, kinestetik

(pergerakan) dan taktil iaitu sentuhan (Nassihah Ahmad Rosdi, 2012). Gillingham dan Stillman

(1997) seperti yang dipetik oleh Nurul Jannah Baharin & Kamariah Bujang (2011) turut

mendefinisikan multisensori sebagai penggunaan teknik secara visual, auditori dan kinestetik

untuk pengukuhan ilmu. Dari segi konteks pembelajaran, Sadja'ah (2005) berpendapat bahawa

makin banyak benda dilihat, didengar, diraba atau dimanipulasi, dirasa dan dihidu, makin pesat

berlangsung perkembangan persepsi dan makin banyak tanggapan yang diperoleh maka makin

pesatlah perkembangan bahasa seseorang pelajar.

LATARBELAKANG ISU

Seperti mana pelajar yang berada di kelas normal,Orang Kurang Upaya (OKU) juga

berhak mempunyai akses sama rata terhadap pendidikan seperti mana yang terkandung dalam

Akta Orang Kurang Upaya (2008). Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Peraturan-

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid pendidikan khas ini dikategorikan kepada

Page 2: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan,

bermasalah pembelajaran atau kombinasi pelbagai ketidakupayaan. Di dalam masalah

pembelajaran terdapat lima sub-kategori iaitu lewat perkembangan (Global Developmental

Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun, Sindrom Down, Autisme, masalah intelek

dan masalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia dan Diskalkulia (Portal rasmi MyHealth

Kementerian Kesihatan Malaysia).

Menurut laman web Pemulihan Dalam Komuniti (PDKnet) telah menyenaraikan ciri-ciri

pelajar bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti kurang bermotivasi

untuk belajar, sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut

arahan dan sebagainya. Begitu juga takrifan The National Joint Committee on Learning

Disabilities, NJCLD (1990) yang tercatat dalam laman web sama yang mana masalah

pembelajaran merujuk kepada satu kumpulan pelbagai masalah yang mengakibatkan kesukaran

yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai

masalah matematik. Ia mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah

sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Yasmin Hussain (2013) menyatakan murid-

murid berkeperluan khas adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan, kecacatan,

halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau

psikomotor. Walau bagaimana pun, terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini yang

berusaha dan bertekad untuk mengatasi kekurangan mereka supaya dapat berdikari dan belajar

sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka berani mencuba sesuatu benda baru yang

kadangkala tidak berani pun diteroka oleh murid normal.

Di samping itu, bagi menggalakkan perkembangan domain seperti kognitif dan

psikomotor, pengajaran yang menggunakan pelbagai deria sangat digalakkan. Kepelbagaian

sikap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran seperti mudah hilang fokus, mudah lupa,

tidak minat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran membuatkan guru menjadi lebih kreatif

untuk membina bahan bantu belajar yang melibatkan multisensori. Hal yang sedemikian perlu

dilakukan supaya murid tidak terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Kepelbagaian masalah ketidakupayaan mereka itu mampu mempengaruhi keinginan,

kemahuan dan keazaman mereka seperti mana yang dimaksudkan dalam domain konatif untuk

berkembang dari segi kognitif, psikomotor dan sebagainya. Tambahan pula, bagi memastikan

Page 3: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

berlakunya pembelajaran, aspek sensori murid pendidikan khas harus diberi perhatian. Justeru,

berdasarkan keterangan-keterangan di atas, saya berasakan terdapat keperluan untuk

memasukkan aspek konatif dan sensori dalam menilai dan mengukur pencapaian murid

pendidikan khas.

RASIONAL

Kewajaran Domain Konatif Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, seseorang murid pendidikan khas

mengalami ketidakupayaan yang menyebabkan kebanyakan mereka tiada kemahuan atau kurang

berminat untuk belajar. Kekangan dari segi kognitif dan psikomotor membataskan pencapaian

akademik mereka. Harris et.al (1986) menyatakan dalam kajiannya, antara tingkahlaku kanak-

kanak bermasalah pembelajaran yang sukar dikawal oleh guru ialah agresif, mengganggu dan

tidak berminat untuk belajar. Walau bagaimana pun, terdapat juga pelajar yang sangat berazam

dan bersungguh-sungguh untuk belajar menyelesaikan sesuatu tugasan. Namun, selepas itu, hasil

penilaian terhadap tugasan itu tidaklah memberangsangkan jika hanya aspek kognitif atau

psikomotor yang diambil kira.

Para guru pendidikan khas juga perlu bersama-sama untuk melahirkan murid kurang

upaya yang bermotivasi tinggi dan yakin menghadapi dunia luar. Dorongan daripada pihak guru

dari segi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan sokongan moral amat ditagih

bagi mencetuskan gerak hati yang positif kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran dalam mencapai matlamat yang dituju. Susulan daripada ini, penilaian terhadap

konatif murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran harus dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman sebagai seorang guru pendidikan khas bermasalah

pembelajaran, terdapat beberapa contoh yang mana saya berasakan konatif adalah satu domain

yang harus dipertimbangkan untuk menilai murid-murid ini. Misal yang boleh diberikan di sini

ialah situasi yang mana seorang murid Palsi Serebral bernama Sofea (bukan nama sebenar) sukar

untuk berjalan tanpa bantuan orang lain. Walau bagaimana pun, Sofea berazam untuk berjalan

seperti kawan-kawannya. Dia akan cuba berjalan sendiri walaupun sering terjatuh kerana

Page 4: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

keadaan kakinya yang tidak begitu kuat. Contoh seterusnya, seorang murid pendidikan khas

slow learner bernama Zhen Kai yang akan menghadapi ujian Matematik. Zhen Kai bertekad

mahu lulus maka setiap hari sebelum ujian Zhen Kai akan membuat latih tubi Matematik

berbanding dengan rakannya yang tidak kisah pun dengan ujian tersebut. Namun, setelah

keputusan ujian dikeluarkan, Zhen Kai gagal dalam ujian itu.

Melalui contoh-contoh di atas, dapat disimpulkan bahawa murid-murid pendidikan khas

ini jelas mempunyai kekurangan dari segi kognitif atau psikomotor. Walau bagaimana pun, tekad

dan keazaman mereka untuk berjaya harus diberi pengiktirafan. Oleh yang demikian, domain

konatif adalah yang paling tepat bagi menilai murid-murid ini jika dibandingkan dengan domain

kognitif, psikomotor mahupun afektif.

Kewajaran Domain Sensori Dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran memerlukan pelbagai bahan

bantu belajar yang dapat merangsang pembelajaran mereka. Di samping itu, pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang

bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu

mereka capai ( Yasmin, 2000; Khatijah & Yasmin, 2006). Pendekatan pengajaran multisensori

yang melibatkan kebanyakan deria amat diperlukan bagi meningkatkan kefahaman dan

menguatkan ingatan dalam pembelajaran murid pendidikan khas. Ini selari dengan kenyataan

oleh Nggermanto (2005) dalam Aprilia & Lestari (2010) bahawa dengan menggunakan

kombinasi penglihatan (mata), bunyi (telinga), gerak (tangan) dan kaki), bau (hidung), dan rasa

(lidah), akan tercipta memori yang kuat.

Seperti mana yang telah disebut dalam latar belakang isu ini, masalah sensori merupakan

salah satu sebab ketidakupayaan berlaku. Menurut Porter & Miller (2000), penggunaan

persekitaran multisensori berguna bagi mengajar murid dengan keperluan khas. Contohnya,

seorang guru hendak menilai sama ada seorang murid autistik bernama Jun Tian sudah mengenal

suku kata atau tidak. Penilaian adalah sukar untuk dilaksanakan memandangkan murid tersebut

yang tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Vacca

(2007) mengatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak austitik sentiasa berkurangan,

Page 5: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Oleh

sebab itu, guru perlu mengajar dalam bentuk yang konkrit berbanding bahan yang abstrak.

Jikalau dengan kanak-kanak normal yang lain kita hanya memerlukan kad imbasan, namun

dengan murid autistik guru perlu mencipta bahan bantu belajar yang boleh dipegang, didengar,

digerakkan, dilihat atau dihidu untuk menarik minatnya. Oleh kerana Jun Tian ini sangat

meminati bola, guru boleh melekatkan kad suku kata kepada bola yang akan berbunyi apabila

dipicit. Murid perlu memegang dan melontar bola ke dalam bakul yang tertera suku kata yang

sama. Apabila murid dapat memasukkan dengan betul, bunyi orang bertepuk tangan akan

kedengaran. Dengan cara itu, walaupun tiada komunikasi secara langsung antara murid dan guru,

tetapi guru masih boleh menilai penguasaan murid itu terhadap suku kata.

Sehubungan dengan itu, terdapat terapi multisensori yang dilakukan terhadap murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi memulihkan atau mengurangkan kesan

ketidakupayaan mereka. Antara terapi multisensori yang popular ialah dengan menggunakan

Bilik Snoezelen iaitu suatu  terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang

digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif,

lembam dan lewat perkembangan (Tun Mohd Hilmi, 2012).

Oleh itu, aspek sensori merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam konteks

pendidikan khas bagi menilai keberkesanan terapi multisensori yang dijalankan. Pada masa kini,

mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dalam Kurikulum Pendidikan Khas banyak menggunakan

sensori pelajar namun ia lebih kepada menilai perkembangan psikomotor murid.. Oleh itu,

penilaian terhadap sensori murid pendidikan khas ini juga harus dijalankan untuk menilai

perkembangan sensori mereka.

Page 6: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

IMPLIKASI TERHADAP PENILAIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN DOMAIN

KONATIF DAN SENSORI

Sekiranya penilaian terhadap murid pendidikan khas turut mengambil kira domain

konatif dan sensori, sudah tentu ia memberi implikasi kepada guru, murid, ibu bapa dan negara.

Murid

Dalam Teori Pembelajaran Behaviourisme, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya

terdapat perubahan tingkahlaku. Murid pendidikan khas mungkin tidak akan dapat mencapai

kehendak penilaian seperti murid normal (afektif, kognitif, psikomotor). Namun, sekurang-

kurangnya penilaian yang positif atas perubahan tingkahlaku seperti kecekalan dan daya usaha

(konatif) dan peningkatan atau pemulihan dari segi sensori mereka mampu membina semula

keyakinan untuk mereka menghadapi dunia luar. Ini disebabkan apabila seseorang murid itu

dilabelkan sebagai murid pendidikan khas, kesannya rasa rendah diri dan rasa didiskriminasi

akan timbul (Jamila K.A Mohamed, 2006).

Murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan tidak culas untuk ke sekolah kerana

berasakan kesungguhan dan kecekalan mereka untuk belajar turut diberi perhatian dan dinilai

oleh guru. Murid juga akan lebih bersedia dan terbuka untuk diajar, sentiasa berusaha dan

mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengatasi kekurangan diri, cekal berlatih untuk

mencapai matlamat tertentu walaupun dianggap mustahil untuk digapai serta berinisiatif untuk

menyiapkan tugasan dan membuahkan idea-idea baru. Contohnya, murid yang mempunyai

konatif yang tinggi akan membersihkan dapur yang kotor tanpa disuruh oleh guru dalam kelas

masakan atau pun menawarkan diri untuk menyediakan campuran tanah yang sesuai untuk

menanam cili dalam kelas perkebunan.

Guru

Jika penilaian berdasarkan domain konatif dan sensori dilaksanakan, guru menjadi lebih

peka terhadap sebarang perubahan positif yang ditunjukkan pelajar. Domain-domain ini tidak

dapat dilihat menerusi atas kertas, namun perlu diperhatikan dari semasa ke semasa. Secara tidak

langsung, guru menjadi lebih prihatin terhadap perkembangan anak didiknya. Penilaian atau

Page 7: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

senarai semak pencapaian pelajar juga akan mengambil kira perkembangan konatif dan sensori

di samping domain-domain pembelajaran yang lain.

Ibu Bapa

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini sudah tentu mempunyai harapan yang besar kepada

pihak sekolah untuk mendidik anak mereka. Walau bagaimana pun, adalah sukar untuk melihat

perkembangan kognitif atau psikomotor yang cemerlang daripada anak mereka. Sekurang-

kurangnya, dengan adanya penilaian konatif dan sensori ini, ibu bapa dapat melihat kemajuan

anak mereka dari segi domain yang lain selain domain yang lazim iaitu kognitif, afektif dan

psikomotor.

Negara

Falsafah Pendidikan Khas ialah:

“Satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu

sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.”

(dipetik dari Yasmin Hussain, 2013).

Maka, penilaian domain konatif terhadap murid pendidikan khas dapat memenuhi

aspirasi negara dalam falsafah tersebut. Kesedaran murid pendidikan khas tentang potensi diri

akan membuahkan inisiatif untuk berdikari seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif

kepada negara.

Page 8: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

KAEDAH PENILAIAN BAGI DOMAIN KONATIF DAN SENSORI

Oleh kerana domain konatif dan sensori ialah sesuatu yang tidak boleh diukur melalui

ujian di atas kertas seperti ujian kertas dan pensel, maka penilaian yang paling sesuai ialah secara

pemerhatian dan senarai semak.

Dalam membina objektif pembelajaran, seringkali kita merujuk kepada format ABCD

(Audience, Behaviour, Condition, Degree). Sebagai cadangan, unsur-unsur konatif (K) dan

sensori (S) boleh disertakan bersama. Contohnya ialah seperti di bawah:

Contoh 1:

Murid boleh menyediakan satu jenis minuman petang yang manis dan sejuk menggunakan deria

lihat,sentuh dan rasa dengan bersungguh-sungguh.

Contoh 2:

Murid boleh membezakan tiga jenis bunyi haiwan menggunakan deria pendengaran dengan

bersungguh-sungguh.

A B C D

K

S

A B CD KD

Page 9: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

Rajah di bawah menunjukkan contoh sukatan pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Kemahiran Hidup Asas (Masakan) Pendidikan Khas Tahun 4

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Kemahiran Hidup Asas (Masakan)

Pendidikan Khas Tahun 4

Page 10: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

Cadangan Rubrik Penilaian Kemahiran Hidup Asas (Masakan) Pendidikan Khas Tahun 4 yang disertakan domain konatif dan sensori:

Mata pelajaran: Kemahiran Hidup Tajuk: Masakan Topik: Penyediaan dan Penyajian Makanan

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

*TARIKH

DINILAI

STANDARD PRESTASI

Tahap

Penguasaan

(Rujuk

DSKP)

Domain

Konatif

(Rujuk

Jadual

Konatif)

Sensori Yang

Patut Digunakan

Sensori Yang

Digunakan Murid

Lih

at

Den

gar

Hid

u

Sent

uh

Ras

a

Lih

at

Den

gar

Hid

u

Sent

uh

Ras

a

5.1 Menyenaraikan

minuman untuk sarapan

pagi

5.1.1 Menamakan jenis

minuman

i. Panas ii. Sejuk

/ / / /

5.1.2 Menyediakan minuman

panas seperti minuman

bercoklat atau teh

/ / / /

5.1.3 Menyediakan minuman

sejuk seperti kordial atau

jus buah- buahan

/ / / /

Nama : ___________________________________ Kelas : ________________ No.Kad OKU : _______________

Markah Keterangan1 Murid melakukan tugasan dengan sambalewa.2 Murid melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh.3 Murid melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.4 Murid melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh, tidak berputus asa dan berinisiatif untuk berjaya menyiapkan tugasan.

Page 11: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

*Catatan: 1)Murid boleh dinilai beberapa kali sehingga mendapat keputusan yang memuaskan 2)Murid boleh dinilai sebelum dan selepas terapi multisensori dijalankan

Page 12: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

KESIMPULAN

Perkembangan seorang kanak-kanak pendidikan khas haruslah tidak dinilai dan diukur

dari dimensi kognitif, afektif dan psikomotor semata-mata. Penggabungjalinan domain konatif

mampu memberi semangat dan dorongan kepada mereka untuk terus berusaha dan berjuang

untukberjaya walaupun berdepan dengan pelbagai masalah kognitif, fizikal dan kecelaruan

perasaan yang tersendiri.. Begitu juga dengan adanya penerapan domain sensori, kanak-kanak ini

akan lebih mengingati dan menghayati sesuatu kandungan pelajaran. Rangsangan multisensori

terhadap kanak-kanak baik dari segi deria penglihatan, pendengaran, hidu, sentuh atau rasa akan

membuatkan mereka tidak mudah jemu, tidak teralih fokus dan menggalakkan penyertaan

mereka ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kerjasama erat antara guru-guru

pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan bagi memastikan dorongan yang berterusan diberikan

kepada kanak-kanak istimewa ini bagi mencapai standard domain yang ditetapkan seterusnya

melahirkan generasi orang kelainan upaya yang gigih, tidak takut bersaing dan penuh dengan

keyakinan diri untuk menghadapi dunia luar.

Page 13: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

RUJUKAN

Akta Orang Kurang Upaya 2008. Dicapai pada 30 Mei 2015 dari

<http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf>

Aprilia, I.D. & Lestari P.R.(2010). PENERAPAN PENDEKATAN MULTISENSORI DALAM

MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGHAFAL BACAAN SHALAT PADA ANAK

TUNARUNGU. Diakses pada 1 Jun 2015 dari

<http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_BIASA/197004171994022-

IMAS_DIANA_APRILIA/LAP_PENELITIAN_2.pdf>

Bagozzi, R. (1992). The self-regulation of attitudes, intentions, and behavior. Social

Psychology Quarterly, 55(2), 178-204.

Baharin, N.J. & Bujang, K. (2011). Mengkaji Keberkesanan Strategi Multisensori Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Topik Masa Tahun 3. Prosiding Penyelidikan Tindakan

Matematik (Sekolah Rendah). Jabatan Matematik, IPG Kampus Teknik. Diakses pada 23 Mei

2015 dari <http://issuu.com/fhyzul2012/docs/ilovepdf.com>

Bain,A. (1868). The senses and the intellect. New York: D.Appleton.

Conation. Oxford English Dictionary (Second Edition, CD-ROM Version 3.00). Oxford

University Press. 2002. Diakses pada 30 Mei 2015 dari

<https://en.wikipedia.org/wiki/Conation>

Gerdes, K.E. & Stromwall, L.K (2008). Conation: A Missing Link In The Strength

Perspective. Oxford Journals · Social Sciences · Social Work · Volume 53, Issue 3.

Harris, J. et.al(1996). Pupils with Severe Learning Difficulties Who Present Chellenging

Behaviour: A Whole School Approach to Assessment and Intervention. Kidderminster:

British Institute of Mental Handicap, dalam Mohamed, J.K.A (2005).

Hilmi, T.M. (2012). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Diakses pada 1 Jun 2015 dari

<https://www.scribd.com/doc/93652122/Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas>

Hussain. Y. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor:Pekan Ilmu Publications Sdn

Bhd.

K.A Razhiyah (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Amat, K. & Hussain, Y. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Melaka.

Page 14: konatif dalam pendidikan khas

FARA HAIRANI BINTI SAHAR(HB130044)

Masalah Pembelajaran. Artikel Pemulihan. Diakses pada 2 Jun 2015 dari

<http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module=view_content&cid=57&lang=>

Masalah Pembelajaran. Diakses pada 31 Mei 2015 dari

<http://www.myhealth.gov.my/index.php/kemahiran-hidup/masalah-pembelajaran>

Mohamed, J.K.A. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang Darul

Makmur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nggermanto, A. (2005). Quantum Quotient (Kecerdasan quantum) : Cara Cepat Melejitkan

IQ, EQ dan SQ secara Harmonis. Bandung : Nuansa

Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013.Diakses pada 20 Mei 2015 dari

<http://jpwpkl.moe.gov.my/index.php/muat-turun/category/66-pendidikan-swasta-dan-

pendidikan-khas?download=774:peraturan-peraturan-pendidikan-pendidikan-khas-2013>

Porter, & Miller J.(2000), Developing the Use of Multisensory Environments, in Aird,

S(2001).

Rosdi, N.A. (2012). PENGGUNAAN KAEDAH MULTISENSORI UNTUK

MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN BAGI MURID AUTISME. IPG Kampus

Perempuan Melayu Melaka.Diakses pada 1 Jun 2015 dari

<https://ml.scribd.com/doc/110972654/Pro-Siding>

Sadja’ah, E. (2005). Pendidikan Bahasa bagi Anak Gangguan Pendengaran dalam

Keluarga. Jakarta : Departemen Pendidikan Nasional

Snow, R. E., & Jackson, D. N. (1997). Individul differencesin conation: Selected constructs

and measures (CSETech. Report 447). Los Angeles: National Center for Research on

Evaluation. Diakses pada 31 Mei 2015 dari

<http://www.cse.ucla.edu/products/Reports/TECH447.pdf>

Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. International Journal Of

Special Education, 54-61.