masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

26
1.0 Pengenalan Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme, Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid PKBP secara amnya amat rendah dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing. 1

Upload: farisedhwan

Post on 12-Aug-2015

635 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

1.0 Pengenalan

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-

kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak

adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat.

Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan

mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme,

Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah

neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan,

penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti

murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara

normal di sekolah. Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-

murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Ini adalah kerana tahap

pencapaian pendidikan murid PKBP secara amnya amat rendah dan peningkatan

pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum

sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai

dengan tahap keupayaan masing-masing.

Oleh itu, terdapat beberapa strategi dan kaedah yang dibuat agar dapat meningkatkan

keupayaan murid-murid ini dalam pembelajaran. Strategi yang sesuai dengan kelaianan

stail pembelajaran dan sikap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Disamping

strategi yang bersesuaian, Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Mengajar

yang menarik turut memberikan kesan yang positif dalam perlaksanaan proses

pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.

1

Page 2: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

2.0 Sebab Kegagalan Penguasaan Kemahiran Matematik Dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang

disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu

kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri

daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah

pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and

behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication –

speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan

atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal

(physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).

Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia

dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan

bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan

untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan

penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan

menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Matematik adalah salah satu subjek yang diajar kepada pelajar pendidikan khas.

Kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini amat penting untuk

murid-murid pendidikan khas menguruskan kehidupan harian mereka. Dalam

menguasai kemahairan yang terdapat dalam subjek Matematik ini masih terdapat

masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas ini yang menyebabkan

mereka gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran dalam subjek ini. Antara sebab

kegagalan murid pendidikan dalam menguasai kemahiran dalam subjek Matematik

ialah seperti huraian di bawah.

2

Page 3: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

2.1 Pengamatan auditori

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), pengamatan bermaksud

pengawasan atau penelitian. Jika dialihbahasa ke Bahasa Inggeris, istilah pengamatan

bermaksud ‘perception’ atau persepsi. Buku Pengantar Psikologi (1990) pula

menyatakan bahawa pengamatan bukanlah berlaku secara automatik. Ianya adalah

satu proses di mana tiap-tiap kederiaan harus diorganisasikan dan diinterpretasikan

supaya membawa makna yang lebih dalam kehidupan manusia seharian. Penerima

akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya dengan cara memberikan

tumpuan kepada rangsangan tersebut. Menurut Sekuler dan Blake (1994), pengamatan

merangkumi penterjemahan urutan peristiwa-peristiwa secara berterusan dari dunia

fizikal luar penerima kepada corak aktiviti yang terdapat di dalam sistem saraf

penerima, kemudiannya berakhir dengan pengalaman dan gerak balasnya terhadap

peristiwa tersebut. Oleh itu, bagi memahami proses pengamatan, seseorang itu

hendaklah mengetahui komponen-komponen yang terkandung di dalam urutan

peristiwaperistiwa yang berkaitan dan cara komponen itu berinteraksi.

Pengamatan auditori amat penting dalam membantu seseorang manusia memahami

sesuatu perkara. Kecelaruan pemprosesan audutori menghalang keupayaan individu

untuk mnganalisis maklumat yang diperoleh dari telinga. Kesukaran dengan

pemprosesan auditori tidak mempengaruhi apa yang didengar oleh telinga tetapi ia

mempengaruhi bagaimana maklumat diinterpretsikan dan diproses oleh otak manusia.

Oleh itu, sebarang bunyi yang didengar tidak kira sama ada kuat atau perlahan ianya

tidak dapat dioleh oleh otak untuk memahami bunyi tersebut.

Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 – Keupayaan mengesan atau

mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari

aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di

dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi

phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat

urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad

(intergrasi visual pendengaran).

3

Page 4: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

2.2 Kognitif

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam pembelajaran

disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor pengamatan,

ingatan atau faktor penaakulan. Pengamatan melibatkan pengumpulan maklumat dari

persekitaran dan memprosesnya untuk simpanan serta digunakan. Ia bukannya

sekadar melihat simbol nombor tetapi ia melibatkan rasa, sentuhan, menyebut, dan

menulis nombor tersebut. Pengamatan juga bukan sekadar melihat dan mendengar

sahaja malah berusaha mendiskriminasi dan menginterpretasi hasil daripada visual dan

auditori.

Satu daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah ingatan. Manusia

boleh mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu, apa yang

berlaku semalam, seminit tadi, bahkan sesaat yang lepas. Bugelski (1979) menyatakan

yang pada amya, ingatan manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu ingatan

berkaitan dengan masa ingatan berkaitan dengan kandungan.

Bagi ingatan yang berkaitan dengan masa pula terbahagi kepada tiga. Pertamanya

ingatan ikonik. Perkataan Ikonik berasal daripada perkataan Ikon (icon) yang

bermaksud gambaran. Ingatan Ikonik ini melibatkan pendaftaran rangsangan hanya

buat satu jangka masa yang amat pendek dan ringkas. Seterusnya ialah ingatan jangka

masa pendek. Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di dalam ingatan untuk

bebrapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu. . Yang ketiga ialah

ingatan jangka masa panjang. Ingatan Jangka Masa Panjang ini melibatkan ingatan

yang boleh disimpan beberapa minit hinggalah bertahun-tahun lamanya. Bahan-bahan

yang disimpan ini boleh dapat kembali daripada ingatan bila-bila masa sahaja.

Salah satu masalah ingatan ialah lupa. Mengikut Erikson (1963), lupaan merupakan

satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting,

kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Semua

manusia mengalami fenomena yang dikatakan lupa. Beberapa orang pakar percaya

lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat.

4

Page 5: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

2.3 Motor

Masalah motor terutama dalam tugasan menulis merupakan bukti yang jelas bahawa

murid menghadapi masalah dengan pembentukan nombor dan simbol.melalui hasil

tugasan yang diberikan, guru dapat mengetahui masalah motor yang dihadapi murid.

Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus

Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot

kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus merupakan

kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat.

Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah

kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot kasar atau otot halus.

Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses seperti ingatan berkaitan

dengan simbol berasaskan ingatan visual dan motor. Kemahiran motor juga melibatkan

pengamatan visual dan pemindahan. Di samping itu, indikator bagi masalah motor ini

mudah dikenal pasti melalui pembentukan simbol, pengawalan tulisan dari segi ruang

dan mengelak diri daripada membuat kerja-kerja yang bertulis.

5

Page 6: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

3.0 Strategi Mengatasi Masalah Matematik Dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah

neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan,

penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Ramai pendidik percaya kebanyakan pelajar yang gagal uttuk menguasai konsep,

kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik (Cawley & Miller,1989;

Schid,1990). Mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai masalah

pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam kebolehan menyelesaikan

masalah, mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai, menyusun maklumat yang

telah dipelajari, menjalankan proses penyelesaian masalah, menghuraikan masalah

untuk ketepatan dan membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai.

Charles-Julkowski,1985 dan Goldman,1989 pula menyatakan metakognitif merujuk

kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi dan sumber-sumber

yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan kebolehan untuk digunakan semasa

menjalankan tugas ( Baker & Broen,1984). Berdasarkan kajian, kesalahan kecuaian

pengiraan dan kelemahan dalam mengingat kembali fakta penambahan dan

pendaraban dalam semua tahap kebolehan. Algoritma termasuk langkah-langkah yang

spesifik untuk menyelesaikan masalah matematik (Roberts,1968).

Banyak strategi dan langkah yang boleh dilakasanakan bagi mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid pendidikan khas masalah pembelajaran bagi menguasai kemahiran

dalam subjek Matematik ini. Berikut adalah beberapa cadangan langkah-langkah atau

strategi yang boleh dilakasanakan.

6

Page 7: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

3. 1 Pendekatan Kontruktivisme

Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan,

konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan

bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu

pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang

diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada

pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap

insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara

terpilih.

Kekeliruan dalam menjawab soalan biasanya akan dihadapi oleh murid pendidikan

khas masalah pembelajaran ini. Ini kerana murid ini mempunyai daya ingatan yang

lemah disamping tahap kognitif yang agak rendah. Untuk membetulkan kesilapan atau

kekeliruan yang dialami oleh murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini

penggunaan pendekatan pengajaran konstruktivisme boleh mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Ini adalah supaya

pengetahuan tersebut dapat dibinanya sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang

dilaluinya. Murid pendidikan khas ini sangat unik kerana sesetengahnya tidak dapat

berinteraksi secara lisan walaupun mempunyai deria pendengaran yang baik. Oleh itu

saya memberi ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dengan bahan

pengajaran. Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada murid itu sendiri

dan guru hanya membantu memudahkan pembelajaranya sahaja.

Guru boleh merancangkan supaya murid mengukuhkan konsep mengumpul semula

yang menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian diikuti

dengan pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara abstrak. Aktiviti

abstrak tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila konsep mengumpul semula benar-

benar difahaminya.

7

Page 8: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

3.2 Program intervensi

Dalam mengatasi masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang

mempunyai masalah pembelajaran, program intervensi hendaklah dijalankan. Program

intervensi adalah satu program yang direka khusus bagi membantu mengatasi masalah

pembelajaran terhadap murid-murid yang lemah. Bagi menjalankan sesuatu program

intervensi, guru matematik hendaklah mengenalpasti murid yang terlibat terlebih

dahulu. Murid-murid yang telah dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran,

seterusnya akan menduduki pra ujian. Murid akan dinilai melalui pra ujian tersebut

kemahiran operasi matematik yang mana mereka lemah.

Murid yang telah dikenal pasti lemah ini akan diberi kelas intervensi dalam satu tempoh

tertentu dan kemudiannya akan diberi pascaujian bagi melihat tahap penguasan

mereka. Murid yang telah melepasi tahap yang ditetapkan akan ditamatkan kelas

intervensi dan akan mengkiut kelas arus perdana. Manakala murid yang masih gagal

akan terus mengikuti kelas intervensi tersebut. Ini adalah bertujuan agar murid ini

sekurang-kurangnya dapat menguasai operasi asas semasa di sekolah rendah kerana

penguasaan operasi asas ini adalah penting bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi

lebih kepada kehidupan harian.

Dalam program intervensi ini, terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh dilakukan

namun ianya hendaklah selaras dengan keupayaan murid tersebut selain guru juga

haruslah berusaha sedaya upaya untuk mengajar agar murid dapat belajar dan

menguasai isi pelajaran dalam sesuatu objektif yang ditentukan.

Selain itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah menekankan beberapa elemen

seperti penglibatan murid, tahap kesediaan murid, penggunaan muzik untuk

merangsang dan penyusunan isi pelajaran. Ini adalah kerana penglibatan yang aktif di

kalangan murid akan membuatkan kemahiran yang ingin diajarkan akan lebih mudah

diingati. Oleh itu, beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran seperti strategi

pemusatan murid dan stategi pemusatan bahan boleh digunakan.

8

Page 9: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Melalui strategi pemusatan murid, murid akan memainkan peranan yang penting dan

aktif dalam proses pembelajaran manakala guru hanya akan bertindak sebagai

pemudahcara bagi membimbing murid dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

Strategi ini boleh dilaksanakan secara individu,berkumpulan,perbincangan, main

peranan dan bermain permainan. Interaksi di antara guru dengan murid akan lebih

bersifat terbuka dan murid berpeluang untuk menonjolkan sisi kreatif dan berinisiatif

yang ada dalam diri mereka. Sebagai contoh, aktiviti tolak yang menggunakan sarang

telur, aktiviti pembilang interaktif,dan mengira jumlah yang menggunakan gambar dot

yang telah ditunjukkan semasa sesi pembentangan.

3.3 Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) yang menarik

Bahan pengajaran yang digunakan juga hendaklah bersesuaian dan kreatif. Ini kerana,

dengan adanya bahan-bahan tersebut guru mampu menyampaikan pelajarannya

dengan lebih mudah,menarik dan berkesan, manakala murid pula boleh memahami

pelajaran dengan lebih bermakna dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan

secara sendiri atau berkumpulan. Selain daripada itu, penglibatan aktiviti yang bersifat

permainan dan penggunaan muzik yang dipercayai dapat merangsang minda murid

supaya lebih mudah menerima pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan. Menurut

Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu

kecerdasan-kecerdasan linguistic, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestatik,

interpersonal dan intrapersonal. Oleh itu, teori pelbagai kecerdasan ini hendaklah

diaplikasikan dalam melaksanakan dan membangunkan sesuatu program intervensi .

Contohnya, untuk konsep penolakkan iaitu aktiviti ‘tolak dia’, dimana lagu 10 budak

hitam dimainkan untuk memperkenalkan konsep tolak. Murid akan diperdengarkan lagu

tersebut dan diberi tugasan untuk melakonkan watak 10 budak hitam. Kemudiannya

mereka akan menyanyikan lagu tersebut berserta lakonan seperti yang diarahkan.

Murid akan lebih mudah untuk menghadirkan minda mereka dalam pengajaran dan

pembelajaran apabila elemen muzik turut disertakan.

9

Page 10: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Selain daripada itu, aktiviti intervensi yang ingin dilaksanakan perlulah mengambilkira

pengalaman sedia ada murid. Ini adalah penting untuk mengetahui tahap kesediaan

murid untuk terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sekiranya guru

mengabaikan tahap kesediaan murid adalah dikhuatiri murid tidak dapat bersama-sama

menerokai keseronokan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Rutherford dan

Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir

semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah.

Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang tidak dikehendaki oleh

guru. Perancangan aktiviti intervensi ini juga perlu dibuat dengan menekankan

penyusunan bahan-bahan pembelajaran bermula dari sesuatu yang bersifat konkrit ke

abstrak. Urutan pengajaran dan pembelajaran disusun dari mudah ke lebih kompleks

supaya murid dapat mempelajarinya dan seterusnya memberikan respon seperti yang

dikehendaki.

John Dewey menguatkan lagi teori ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang

cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun

atau membina pengalaman secara berterusan.Contohnya untuk intervensi ini, murid

tahap 1 biasanya sukar untuk memahami proses penyelesaian masalah. Oleh itu, murid

perlulah mahir dalam tambah dan tolak sebelum menyelesaikan masalah. Proses

memahami penyelesaaian masalah juga adalah unik kerana perkara ini biasanya perlu

dikaitkan dengan situasi dan pengalaman harian murid. Ianya juga merupakan

kemuncak dalam program intervensi ini kerana ianya menguji kepintaran berfikir dan

kemahiran lain kemahiran fakta asas, menaakul masalah,operasi,menyusun data dan

mengaplikasi konsep matematik itu sendiri. Contohnya aktiviti penyelesaian masalah

seperti aktiviti ‘Ceritaku Ceritamu’ (tambah), dan aktiviti ‘Penulis Matematik’, untuk

kedua-dua aktiviti ini bahan dan urutan pembelajaran adalah menarik serta mengikut

urutan supaya murid mudah faham dan dan berminat untuk mengikuti proses

pembelajaran yang seterusnya.

10

Page 11: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

4.0 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR

Tajuk : Pra Nombor

Kelas : 1 Bestari

Nama Murid : 1. Amylia Sindrom 2. Chong Hoo Yen Autisme 3. Nur Natasya Lembam 4. Izwan ADHD 5. Saiful Autisme

Masa : 8.00 - 9.00 pagi

Standard Kandungan : 1.2 Menentukan kumpulan objek Standard Pembelajaran : 1.2.6 Menentukan banyak atau sedikit

Objektif : Pada akhir pembelajaran sekurang-kurangnya 80 % murid dapat:

1. Menandakan dengan betul 3 daripada 5 jawapan dalam soalan di lembaran kerja 1.

2. Melukis 3 daripada 5 jawapan dengan betul dalam soalan di lembaran kerja 2.

Elemen merentas Kurikulum :Komunikasi, fizikal, sikap dan nilai.

KBKK : Mengaplikasi, mengenal pasti

Nilai : Berkerjasama, berdikari, yakin.

Elemen Unsur Terapi : Terapi pertuturan

Bahan Bantu Mengajar : - Buah anggur- Guli- Daun kering- Lembaran kerja- Klip video

Penilaian P & P : Murid dinilai dengan menandakan jawapan yang betul pada lembaran kerja.

11

Page 12: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Langkah Kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan / BBM

Set Induksi

(5 minit)

Klip video

Sesi soal jawab:

Cadangan soalan :

Apakah yang dapat dilihat

dalam video ini?

Dalam video ini burung

kecil ke burung besar yang

banyak?

1. Murid melihat video sekumpulan burung

kecil.

2. Guru bersoal jawab dengan murid

mengenai video tersebut.

Video klip

Langkah 1:

Pengenalan

(15 minit)

Buah anggur

Guli

Sesi soal jawab:

Cadangan soalan:

Lihat kumpulan buah anggur mana yang banyak?

Kumpulan anggur manayang sedikit?

1. Guru menunjukkan dua kuantiti buah anggur

yang berbeza di atas meja.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan

kuantiti buah anggur tersebut.

3. Guru menunjukkan sejumlah guli yang

berlainan warna ( warna merah dan biru)

4. Murid diminta mengasingkan dan menyusun

guli warna mengikut warna.

5. Guru menanyakan jumlah guli yang manakah

yang lebih banyak.

Buah anggur

Kad warna

Langkah 2:

Perkembangan

Membuat kumpulan 1. Bawa murid keluar dari bilik darjah Daun kering

12

Page 13: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

(20minit) Mengutip daun kering

Sesi soal jawab:

Cadangan soalan:

Bulatan mana yang mempunyai bilangan muridyang banyak?

Kumpulan mana yang mendapat daun yang palingbanyak?

Kumpulan mana yangmendapat daun sedikit? Mana kamu tahu kumpulandaunnya banyak, dan manadaunnya sedikit?

2. Murid diminta membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu bulatan besar.

3. Minta murid mengutip daun keringdalam masa 30 saat.

4. Murid diminta mengumpul hasilkutipan mengikut kumpulanmasing-masing.

5. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 3:

Penilaian

(15 minit)

Lembaran kerja:

Lapiran 1

Lampiran 2

1. Murid diberi lembaran kerja.

2. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja.

3. Guru memeriksa dan membincangkan

lembaran kerja

Lembaran kerja:

Lampiran 1 & 2

Penutup

(5 minit)

Rumusan

Sesi soal jawab

1. Guru mengingatkan kembali tentang kuantiti

buah anggur.

2. Guru bersoal jawab tentang apa yang murid

dapat pada hari tersebut

( Lembaran kerja sila rujuk lampiran)

13

Page 14: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Refleksi :

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

14

Page 15: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

5.0 Kelebihan Bahan Bantu Belajar (BBB)

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna dalam

kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan, arkitek

lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik

dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik

di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang

tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun

pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru.

Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik.

Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu

pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran,

aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu perkara yang

tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda

tersebut.

Banyak kelebihan dan kebaikan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru untuk

mengajar. Berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang dan dibuat,

saya menggunakan beberapa alat atau bahan yang membantu saya memberikan

kefahaman kepada murid disamping proses pengajaran dan pembelajaran akan

bertambah menyeronokkan. Antara BBM yang digunakan ialah klip video, buah

anggur, guli berwarna daun kering dan lembaran kerja.

Klip video digunakan dalam set induksi. Klip video ini berkaitan suasana di dalam lat

yang dipenuhi oleh gerombolan ikan. Ini bersesuaian dengan standart kandungan yang

dirancang iaitu menentukan kumpulan objek. Penggunaan klip video akan menarik

minat murid tambahan pula murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Murid

yang mempunyai masalah lembam dan autisma contohnya mudah tertarik dengan

bahan ICT seperti ini.

15

Page 16: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

BBM yang seterusnya ialah buah anggur. Buah anggur ini dibahagikan kepada dua

kumpulan. Gugusan pertama sedikit kuantitinya dan yang kedua banyak kuantitinya.

Penggunaan bahan maujud seperti ini akan memberikan kefahaman kepada murid.

Mereka akan tertarik dengan buah tersebut dan mungkin akan meminta kepada guru

untuk mendapatkan buah tersebut. Disamping memberikan kefahaman yang lebih

kepada murid, mereka akan tertarik dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Pada langkah pertama iaitu pada pengenalan, guli digunakan. Guli yang berlainan

warna seperti guli yang berwarna merah dan biru. Penggunaan guli ini akan

memudahkan guru mengajar dan murid akan lebih faham apa yang ingin disampaikan

oleh guru. Selain itu, guru boleh membahagikan guli tersebut kepada pelajar untuk

melihat dengan lebih dekat dan memegang serta membilang sendiri kuantiti guli

tersebut. Dengan cara memegang guli tersebut, murid pendidikan yang mempunyai

tahap kognitif yang agak randah akan lebih mengingati dan memahami isi pelajaran

pada hari tersebut. Pengajaran berpusatkan murid seperti ini lebih efektif jika

dibandingkan dengan pengajaran yang berpusatkan guru atau dikenali sebagai ‘chalk

and talk style’ .

Aktiviti luar kelas perlu akan menukar suasana proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui aktiviti mengutip daun kering mengikut kumpulan yang dibentuk akan

mendedahkan murid kepada alam sekitar. Murid pendidikan khas ini perlu didedahkan

dengan suasana luar agar mereka dapat memberikan pengetahuan tentang alam dan

mereka dapat menjalankan aktiviti harian mereka tanpa bantuan daripada orang lain.

Melalui aktiviti ini juga murid dapat menghilangkan tekanan semasa belajar disamping

guru mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelbagai deria.

Kesimpulannya, penggunaan bahan dan tempat yang berlainan akan menambahkan

pengetahuan murid pendidikan khas mengenai kehidupan harian.

16

Page 17: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Rumusan

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-

kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak

adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat.

Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan

mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme,

Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya.

Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun

tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang

menjadikan mereka demikian. Antaranya ialah kanak-kanak tersebut telah dilahirkan

tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mengalami masalah yang tidak

dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka yang sama dengan kanak-

kanak normal yang lain. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak

pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru

yang sangat biasa.Penguasaan kemahiran-kemahiran dalam subjek Matematik amat

penting dalam menguruskan aktiviti harian. Oleh itu kanak-kanak harus menguasai

kemahiran tersebut. Murid pendidikan khas seperti yang diketahui mempunyai sedikit

masalah yang dihadapi mereka yang menghalang mereka daripada menjadi seperti

murid arus perdana.

Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,

berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid tersebut. Untuk

memenuhi keprluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk

adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)

1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.”

17

Page 18: masalah dan strategi pengajaran math dalam pendidikan khas

Pengenalpastian sebab-sebab kegagalan penguasaan kemahiran matematik dalam

kalangan murid pendidikan khas amat penting bagi guru agar mereka dapat merancang

intervensi yang sesuai bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran murid-

murid tersebut. Kegagalan dalam koordinasi motor halus dan motor kasar dan masalah

pengamatan sama ada pengamatan auditori atau pengamatan visual adalah contoh

beberapa masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran yang menghalang mereka daripada menguasai kemahiran matematik

pada tahap yang sama dengan murid arus perdana.

Setiap masalah mempunyai penyelesaian. Seperti juga sebab kegagalan penguasaan

kemahiran matematik oleh murid pendidikan khas juga mempunyai beberapa

penyelesaiannya yang tersendiri. Antaranya ialah melalui pendekatan konstruktivisme,

melaui penggunaan bahan bantu belajar yang menarik dan melalui intervensi.

Intervensi ini alah langkah awal untuk mengesan murid yang mempunyai masalah dan

tindakan awal terus diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Seorang guru pendidikan khas matematik perlu membuat perancangan sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) amat penting

dalam menentukan kejayaan pengajaran seseorang guru. RPH yang menarik dan

memenuhi keperluan setiap pelajar pendidikan khas dengan stail pembelajaran yang

berbeza akan memberi impak yang positif kepada murid. Selain isi pembelajaran,

bahan bantu belajar juga amat penting untuk menarik perhatian murid terutama murid

yang mempunyai masalah pembelajaran kerana tumpuan mereka terhadap sesuatu

perkara amat singkat. Selain penggunaan bahan elektronik, penggunaan bahan relia

amat penting agar murid dapat menggunakan sentuhan dan pengamatan visual yang

akan menambahkan lagi pemahaman mereka terhadap apa yang diajar oleh guru.

18