koleksi sajak merdeka

12
RIANG RIA MERDEKA Lari dan berlari.. Kanak-kanak berlari mengejar rakan Riang bermain di senja hari Membawa senjata palsu melawan musuh Kononnya berperang menuntut merdeka Adakah mereka kenal erti merdeka? Sorak dan tawa.. Mereka gembira menawan musuh Mendapat bendera tanda mereka menang Bersorak-sorak Melompat-lompat bertepuk tangan Mengibar bendera menjadi tugu negara Bangga berjaya mengalahkan musuh Mereka menjerit mentertawakan yang tewas Mentari melabuhkan tirainya Malam menyusul bersama bulan dan bintang Keheningan malam membangkitkan suasana Penat bermain di siang hari Kini lena diulit mimpi Kawan-kawanku.. Mengertikah engkau maksud kemerdekaan? Di sebalik bermain perang menentang musuh Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan? Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira.. Wahai adik-adikku.. Hayatilah erti kemerdekaan Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan Kelak engkau akan faham Mengapa merdeka perlu dipertahankan Mengapa bendera dikibarkan Mengapa tugu negara dibina Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang Kibarkanlah jalur gemilang

Upload: aishsha-ismail

Post on 13-Dec-2015

299 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

KOLEKSI

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Sajak Merdeka

RIANG RIA MERDEKALari dan berlari..Kanak-kanak berlari mengejar rakanRiang bermain di senja hariMembawa senjata palsu melawan musuhKononnya berperang menuntut merdekaAdakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..Mereka gembira menawan musuhMendapat bendera tanda mereka menangBersorak-sorakMelompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negaraBangga berjaya mengalahkan musuhMereka menjerit mentertawakan yang tewasMentari melabuhkan tirainya

Malam menyusul bersama bulan dan bintangKeheningan malam membangkitkan suasanaPenat bermain di siang hariKini lena diulit mimpi

Kawan-kawanku..Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?Di sebalik bermain perang menentang musuhApakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..Hayatilah erti kemerdekaanIngatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaanKelak engkau akan fahamMengapa merdeka perlu dipertahankanMengapa bendera dikibarkanMengapa tugu negara dibinaMengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilangTabikla perwira-perwira negaraJadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Page 2: Koleksi Sajak Merdeka

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini..tiada lagi tangisan insan terseksaterkapai-kapai lemas mencari daratanberkorban jiwa pertahan negarapenjajah durjana merampas segala

58 tahun dahulu

stadium merdeka menjadi saksinegaraku merdekarakyatku tidak lagi sengsaramenangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..

tiada lagi penjajahan..tiada lagi penderitaan..tiada lagi jeritan penyiksaan..tanah air ditadbir insan bijak bestari..memimpin negara mengukir nama..

Kini..

58 tahun sudah merdeka..negaraku cemerlang, gemilang dan terbilangburung berkicau bebas berterbanganmenjadi tanda negaraku aman daman

Page 3: Koleksi Sajak Merdeka

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogosawan gembira mengkhabarkanhujan merdeka turun lagiuntuk kesekian kalinyamembasahi bumi keramat inidinginnya merangkul perasaan nusasyahdunya menyelimuti hati pembeladamainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyidalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaankukecapi aroma pembangunankukucupi wangian pembebasandan telah kuwarnai kanvas jati dirimengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagititisnya menjelajahi hati srikandipertiwi tersenyum menerimamumemeluk janji yang termetaraiharapan yang terkotateguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdekawalau langit Ogos berlalutitisnya membasahi sepanjang musim.

Page 4: Koleksi Sajak Merdeka

DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandarkedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad duapuluh satusiapa yang ditentang juga jelasmenegakkan keadilan dengan tangan kasarmeja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadianperistiwa yang tidak terlintas di fikiranapakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaankau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarahputih bersih sedap mata memandangkau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampartangannya letih hendak menanganimereka yang bingung di pentas kebebasantercari-cari nama negeri bumi yang dipijaksedangkan ladang sudah dibajakbenih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedihaku membina kamu meruntuhkan.

Page 5: Koleksi Sajak Merdeka

31 OGOS TIBA LAGI

31 OGOS TIBA LAGISetiap kali tibamu Ogosmengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarahdalam matang akal fikirsemangat dan kudrat masih berbakimerisik khabar pejuang yang jauhdalam lipatan darmawisata merdekamahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba juamenyentak lolong makrifat membiak musimceriteranya berderai plotnya berkecaimengirai skrip duga yang tak sudahatas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdekatanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilangtetap menyimpul senyummeskipun termateri kenangan pahityang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagibersama gemersik angin di bumi bertuahmendewasakan ukhuwah dan ummahsiap siaga warga berdaulat memahat sejarahdalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdekaterima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

Page 6: Koleksi Sajak Merdeka

KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN

ketaatan dan keberanianBerjanjilah kami demi keberanianmelalui suara-suara hijazputaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai matikepada insan seikat masyarakatyang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmuterselit larian aku anak kecildibentuk dalam kelas-kelas rendahhingga ke kamar dewasajiwa ini digantung loceng mongellalu direntap-rentapterbawa-bawa.

Titisan darah ibukupada papan cendana pejalmasih melekat di situdi perigi yang telah terkambushanyir masih terbautembuni dalam diam berubah fosilatas tanah yang merdeka.

Seperti selaluberlarilah kami dengan sebuah bendera kecilmenyamai pemberian hadiah bapamukami menyebut MERDEKA!!!MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Page 7: Koleksi Sajak Merdeka

MENYAMBUT MERDEKA

Sambutannya berulang lagisaban tahun ia kembalikeranamu Malaysia aku di sinimenabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megahsana sini mencipta indahnamun segelintir tiada endahsatukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercintapejuang bersusah untuk merdekajangan siakan apa yang adasayangilah tumpah darah kita.

Page 8: Koleksi Sajak Merdeka

POKOK BANGSA

pokok bangsa itu adalah kitaAnak merdeka alaf baru!antara bunga mimpi dan tragedidalam membina generasi globalisasibukanlah semudah menciptacerita kosong di kedai kopiatau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!tanamlah, semailah, bajailahanak pribumi agar tumbuh menjulang tinggidemi generasi dan agamamentafsir wawasan membina jati dirimeraih akar dalam tunjang dirimenegak pepohon yang merendangkandedaun semangat.

Anak merdeka alaf barusiramkanlah falsafah mindajangan biarkan kering dan matikerana pokok bangsa itu adalah serumpunkerana pokok bangsa ituadalah kita yang merdeka.

Page 9: Koleksi Sajak Merdeka

Rumah Usang

Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;Tapi sebenarnya,Negara itu rumah,Dan rakyat ahli keluarganya…Mungkin rumah kita ini sudah usang,49 tahun usianya, dan ada yang bertanyaApa perlunya diagungkan rumah yang usang?Barangkali kita lupa,Zaman kita dibodohkan oleh british,Kata-kata manis, taburan janji,kita dihina di tanah sendiri.Mungkin juga kita lupa,Pada kemarau yang dibawaDari terik matahari jepun.Kita menjadi abdi ditanah sendiri,Betapa peritnya bila difikirkan kembali.Dan kita terlupa,Setelah terbenam si matahari,13 malam kita lalui,Gelap gelita semuanya,Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,Hanya dari 3 butir bintang…Mungkin benar, rumah kita sudah usang,Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,jangan kita lupa,Rumah usang ini dibina dari darah keringat,Air mata dan derita.Kata orang, melayu mudah lupa,Tapi sebenarnya,Melayu, Cina India,Kita semua memang mudah lupa.

Page 10: Koleksi Sajak Merdeka

tragedi dulu kini kian halus merapati kita Bumi ini pernah diulit tragedi mimpi ngeri berdarah deritanya hingga ke tulang sendi Anak-anak dulu takut pada pedang dari Matahari Terbit Anak-anak dulu gementar pada senapang dari Barat yang jauh Kini semua ini usahkan gentar malah menjadi suatu kebanggaan terucap di lidah pada tubuh-tubuh pada mata dan budaya Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita kita tentang dengan minda merdeka Namun hari ini, mereka menjajah minda anak-anak kita Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita menjadi benteng kemerdekaan? Tragedi dahulu, kini perlahan-lahan halus, diam, merapati kita bersahabat dengan minda anak-anak kita.