koleksi rph

20
Rancangan Pengajaran Harian Subjek Matematik Tahun 4M Bilangan Murid 22 orang Tarikh 18-04-2012 Masa 8.30 – 9.00 pagi Tempoh 30 minit Tajuk Ukuran Panjang Kemahiran 6.1 Murid dibimbing untuk mengukur panjang dengan menggunakan alat ukuran Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat a) mengukur panjang sesuatu bahan dengan menggunakan alat ukuran yang sesuai. b) membaca ukuran dan mencatat ukuran dalam unit yang sesuai. Pengetahuan sedia ada Murid-murid telah menguasai konsep panjang dan pendek Penerapan nilai Ketepatan, kerjasama dan toleransi Masa Isi Kandungan Hasil Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan

Upload: siti-hajar-ismail

Post on 25-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek MatematikTahun 4MBilangan Murid 22 orangTarikh 18-04-2012Masa 8.30 9.00 pagiTempoh 30 minitTajuk Ukuran PanjangKemahiran 6.1 Murid dibimbing untuk mengukur panjang dengan menggunakan alat ukuran

Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat a) mengukur panjang sesuatu bahan dengan menggunakan alat ukuran yang sesuai.

b) membaca ukuran dan mencatat ukuran dalam unit yang sesuai.Pengetahuan sedia ada Murid-murid telah menguasai konsep panjang dan pendekPenerapan nilai Ketepatan, kerjasama dan toleransi

Masa Isi KandunganHasil PembelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

4 minitSet Induksi

Murid-murid dapat meneka alat-alatan yang terdapat dalam beg.

1. Guru mengeluarkan sebuah beg.

2. Murid-murid cuba meneka alat-alatan yang terdapat dalam beg.

3. Guru mengeluarkan alatan dan memberitahu murid-murid bahawa hari ini mereka akan belajar tentang tajuk Ukuran Panjang.

Bahan Maujud

beg,

pitaukur,

pembaris panjang,pembarispendek

5 minitPendedahan alat ukuran panjang( Langkah 1 )Murid-murid dapat menyatakan alat ukuran yang sesuai untuk mengukur bahan yang ditunjuk oleh guru.

1. Guru menunjukkan setiap alat ukuran dan memperkenalkannya kepada murid-murid.

2. Guru memberitahu kepada murid-murid bahawa kita boleh mengukur ukuran bahan dengan tepat dengan bantuan alat ukuran.

3. Murid-murid turut diberitahu bahawa bahan yang berlainan ukuran menggunakan alat ukuran panjang yang berlainan.

4. Murid-murid ditanya tentang alat ukuran yang sesuai untuk mengukura) pemadamb) penc) meja muridd) pintu kelas

5. Murid- murid menyatakan alat ukuran panjang yang sesuai.

Bahan maujud( pintu kelas, meja murid, pen, pemadam ), pembaris panjang, pembaris pendek, pita ukur

7 minitPenyampaian cara ukuran panjang bahan dengan tepat( Langkah 2 )Murid-murid dapat menyatakan bahawa ukuran panjang sesuatu bahan bermula dari angka sifar 0 alat ukuran tersebut.

1. Guru menunjukkan gambar pembaris.

2. Murid-murid dibimbing tentang cara mengukur ukuran panjang sesuatu bahan.

3. Murid-murid turut dibimbing untuk mengambil bacaan ukuran yang tepat.

4. Guru menekankan kepada murid-murid bahawa ukuran panjang bahan perlu bermula dari angka sifar 0alat ukuran tersebut.

5. Guru membimbing murid mengukur bahan maujud seperti yang ditunjukkan dalam langkah 1 ( pemadam, pen, meja murid dan pintu kelas).

6. Murid-murid didedahkan tentang unit ukuran panjang ( mm, cm, m ).

Kad manila,pemadam, meja murid, pintu kelas

10minitAktiviti kumpulan( Penilaian )Murid-murid dapat menggunakan alat ukuran yang sesuai untuk mengukur bahan yang ditetapkan mengikut kumpulan.Murid-murid dapat mengambil bacaan ukuran dari alat ukuran dengan betul.Murid-murid dapat mencatatkan bacaan ukuran dalam unit yang tepat pada jadual.

1. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki mengukur bahan yang ditetapkan oleh guru dalam jadual.

3. Murid-murid menggunakan alat ukuran yang betul dan sesuai untuk mengukur ukuran bahan tersebut.

4. Murid-murid mula mengukur bahan yang ditetapkan oleh guru.

5. Murid-murid membaca ukuran dari alat ukuran.

6. Murid-murid mencatatkan bacaan ukuran dalam unit yang tepat pada jadual yang dipaparkan.

7. Guru memerhatikan tindakan murid-murid mengikut kumpulan dan memberi bimbingan yang sepatutnya.

Jadual kad manila, Bahan maujud( meja guru,papan tulis,sampul surat, kamus, pemadam,kerusi murid,buku Matematik )

pembaris panjang,

pembaris pendek,pita ukur

4 minitPenutupMurid-murid dapat menjawab soalan guru dengan tepat.

1. Guru menyoal murid tentang cara mengukur ukuran panjang sesuatu bahan.a) Apakah alat yang boleh digunakan untuk mengukur ukuran dengan tepat?( pembaris, pita ukur )b) Bagaimanakah kita mengukur ukuran panjang sesuatu bahan dengan tepat?( meletakkan hujung sesuatu bahan pada angka sifar 0 alat ukuran)

2. Murid-murid menjawab soalan guru.

3. Murid-murid membuat latihan lembaran kerja.Lembaran kerja

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh

19 September 2013.

Masa 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang (60 minit)

Tahun / Darjah 5 Bestari.

Matapelajaran Matematik.

Bilangan murid 23 orang.

Tajuk 11.0 Perwakilan data.

Bidang pembelajaran 11.1 Mentafsir data.

Objektif pengajaran 11.1.1 Memahami dan menggunakan istilah yang berkaitan dengan purata.

Hasil pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid akan dapat: i. Terang maksud purata. ii. Menyatakan purata daripada dua atau tiga kuantiti. iii. Menentukan formula bagi purata.

Pengetahuan sedia ada Murid telah mahir asas tambah dan bahagi.

Kemahiran berfikir Mengenalpasti maklumat pada soalan/ilustrasi, menjana idea, menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada seperti operasi tambah dan bahagi, dan membuat keputusan tentang sintesis akhir.

Nilai murni Teliti mengira, mendengar arahan dan berkerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Integrasi Intra : Nombor bulat, penambahan, bahagi. Inter : Bahasa Malaysia, Pendidikan Seni, ICT

Alatan Kad epal, papan epal, Jadual epal, pen papan putih, kad kumpul dan kad bahagi sama rata, kad 4 stesen, slide power point, 2 cawan, 10 batang pen, pita pengukur, penimbang, kad duit, LCD, komputer, jadual data, lembaran aktiviti.

Kecerdasan pelbagai Visual, kinestetik, logik matematik.

Sumber pengajaran dan pembelajaran. 1. Persembahan power point. 2. Persembahan jadual. 3. Kad duit dan kad epal. 4. Empat kad soalan setiap stesen termasuk bahan-bahan iaitu 10 batang pen, penimbang (kg), pita ukur (cm), dan kad wang. 5. Lembaran aktiviti (Lembaran 1 dan Lembaran 2).

Prosedur: Fasa / Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi (5 minit) Purata ialah menjadikan kuantiti dalam setiap kumpulan adalah sama. Soalan: 1. Berapakah biji epal dalam kumpulan A? 2. Berapa biji epal dalam kumpulan B? 3. Bagaimanakah cara kita memastikan mereka mempunyai bilangan epal yang sama? 4. Kalau cikgu gabung kumpulan A dan B, berapakah jumlah epal? 5. Bagaimanakah 6 biji epal hendak diagihkan sama rata kepada dua kumpulan? 6. Setiap kumpulan akan dapat berapa biji epal?

1. Guru panggil dua orang murid untuk bagi berlakon satu situasi. 2. Murid pertama akan diberikan 4 biji epal manakala murid kedua akan mendapat 2 biji epal. 3. Murid melakukan pemerhatian kepada dua orang murid tersebut dan guru menyoal murid tentang bagaimana untuk mengagihkan bilangan epal sama banyak kepada dua orang murid tersebut. 4. Guru bimbing murid dalam kumpul/gabung epal daripada murid pertama dengan murid kedua menjadi satu kumpulan. 5. Murid disoal tentang jumlah epal apabila murid satu dan murid dua di gabung bersama

4 + 2 = 6 6. Guru menyoal murid tentang operasi

Alatan: I. Kad epal. II. Papan epal. III. Tali berserta kad kumpul. IV. Kad bahagi sama rata. V. Komputer. VI. LCD. VII. Slide powerpoint (Kisah epal).

Nilai murni: I. Mendengar arahan. II. Teliti mengira.

Kemahiran berfikir: I. Mengenalpasti maklumat pada soalan/ilustrasi.

Fasa / Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

4 biji pada murid pertama 2 biji pada murid kedua Slaid powerpoint bagi purata epal yang sesuai dalam mengagihkan enam biji epal kepada murid satu dan murid dua dengan sama banyak. 7. Guru tegaskan kumpul semula melibatkan operasi tambah manakala agihan sama rata ialah operasi bahagi.

6 2 = 3 8. Murid disoal kembali tentang bilangan epal yang dibahagi sama rata. 9. Guru bimbing murid dalam menyatakan nilai purata iaitu:

Purata bilangan epal iaitu 3 biji. 10. Guru tunjuk slide powerpoint tentang purata epal bagi dua kumpulan yang melibatkan operasi kumpul/gabung (penambahan) dan agihan sama rata (bahagi) kepada murid. 11. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai situasi tersebut.

Kecerdasan pelbagai: I. Visual. II. Logik matematik.

Fasa / Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Langkah 1 (15 minit) Menyatakan purata daripada a) Dua kuantiti. b) Tiga kuantiti

Soalan (Purata daripada dua kuantiti): 1. Berapa wang yang kamu bawa ke sekolah pada hari ini? 2. Ipin ada RM 300 dan Upin ada RM 200, bagaimanakah kita hendak kumpul kedua-duanya? 3. Selepas kita tambah kedua-duanya, bagaimanakah kita agih wang ini dengan sama banyak antara Ipin dan Upin?

Slide powerpoint bagi purata wang. 1. Guru tunjuk slide powerpoint tentang contoh hitung purata daripada dua kuantiti.

2. Murid melakukan penerokaan terhadap menyatakan operasi bagi kumpul wang serta operasi yang sesuai bagi agihan wang sama banyak dalam dua kumpulan. 3. Guru bimbing murid dalam memasukkan maklumat pada jadual data (purata dua kuantiti) iaitu:

Bahan: I. LCD. II. Komputer. III. Slide powerpoint. III. Lembaran aktiviti 1. IV. Kad jadual data (Purata dua kuantiti) V. Kad jadual data (Purata tiga kuantiti)

Nilai murni: I. Berkerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Fasa / Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Soalan (Purata daripada tiga kuantiti): 1. Bagaimana kita mencari purata bagi ketiga-tiga bekas tersebut?

Slide powerpoint bagi purata berat. Slide powerpoint bagi jadual purata daripada tiga kuantiti. 1. Guru tunjuk slide powerpoint tentang contoh hitung purata daripada tiga kuantiti.

2. Murid melakukan penerokaan terhadap menyatakan operasi bagi kumpul wang serta operasi yang sesuai bagi agihan wang sama banyak dalam tiga kumpulan. 3. Guru panggil seorang murid bagi mengeluarkan maklumat dan mengisinya pada kad jadual data (purata tiga kuantiti) iaitu:

Kemahiran berfikir: I. Menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada seperti operasi tambah dan bahagi. II. Membuat keputusan tentang sintesis terakhir.

Kecerdasan pelbagai: I. Logik matematik

Fasa / Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Lembaran aktiviti 1 4. Guru semak jawapan pada kad jadual data (purata tiga kuantiti) bersama-sama dengan murid. 5. Murid diberikan Lembaran aktiviti 1 bagi disiapkan dan dibincang jawapannya bersama-sama dengan guru.

Langkah 2 (20 minit) Mengaplikasi konsep purata (Aktiviti berkumpulan). Soalan : 1. Sesi soal jawab berlaku dalam stesen masing-masing mengikut kad soalan stesen yang diberikan?

Kad soalan stesen 1 1. Murid akan dibentuk kepada empat kumpulan. 2. Guru membina empat stesen iaitu: a) Stesen 1 Cari purata 10 batang pen daripada dua kuantiti. b) Stesen 2 Cari purata berat (kg) daripada dua orang ahli kumpulan. c) Stesen 3 Hitung purata wang daripada tiga kuantiti.

Bahan: I. LCD. II. Komputer. III. Slaid powerpoint. IV. Lembaran aktiviti 2. V. Dua bekas. VI. 10 batang pen. VII. Penimbang (kg). VIII. 18 kad wang RM50. IX. Pita ukur (cm). X. Empat kad soalan setiap stesen.