[koko] dokumentasi merentas desa

15
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015 1.0 PENGENALAN Acara merentas desa bagi murid-murid SK Taman BUnga Raya 1 telah diadakan pada awal tahun 2015 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah ini. Aktiviti ini yang terkandung di dalam takwim tahun 2015 telah dirancang dengan lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak sekolah berhasrat mencari peserta yang layak bertanding sehingga ke peringkat daerah. Aktiviti ini telah disertai oleh 100% warga SK Taman Bunga Raya 1. Ia dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 5 Pasukan rumah sukan iaitu DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015 SK TAMAN BUNGA RAYA 1 BUKIT BERUNTUNG 48300 RAWANG, SELANGOR TARIKH : 24 JANUARI 2015 MASA : 7.00 PAGI – 12.00 T/HARI TEMPAT : KAWASAN SEKITAR TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG 1

Upload: suhaila-samsuddin

Post on 17-Jan-2016

622 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

1.0 PENGENALAN

Acara merentas desa bagi murid-murid SK Taman BUnga Raya

1 telah diadakan pada awal tahun 2015 serta merupakan salah satu

aktiviti tahunan bagi sekolah ini. Aktiviti ini yang terkandung di dalam

takwim tahun 2015 telah dirancang dengan lebih awal. Hal ini demikian

kerana pihak sekolah berhasrat mencari peserta yang layak bertanding

sehingga ke peringkat daerah.

Aktiviti ini telah disertai oleh 100% warga SK Taman Bunga

Raya 1. Ia dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 5 Pasukan

rumah sukan iaitu Laksamana, Bendahara, Temenggung, Syahbandar

dan Panglima.

Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang

menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini

dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Taman Bunga Raya 1 dengan

kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai dengan

sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselamatan.

DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESAPERINGKAT SEKOLAH 2015SK TAMAN BUNGA RAYA 1

BUKIT BERUNTUNG48300 RAWANG, SELANGOR

TARIKH : 24 JANUARI 2015

MASA : 7.00 PAGI – 12.00 T/HARI

TEMPAT : KAWASAN SEKITAR TAMAN BUNGA

RAYA, BUKIT BERUNTUNG

1

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif

utama. Anataranya adalah untuk :

Memperkembang dan meningkatkan potensi setiap warga SK

Taman Bunga Raya 1 seiring dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan secara positif

Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan

seterusnya membentuk warga SKTBR1 yang cergas.

Memilih wakil sekolah untuk bertanding pada peringkat daerah.

3.0 MATLAMAT

Menbahkan lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf

kea rah integrasi Nasional.

Menbina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep

Keghairahan Bersukan (Passion of Sport).

4.0 KONSEP

3.1 Jarak

Murid lelaki : 4.5 km

Murid Perempuan : 4.2 km

3.2 Garisan Permulaan : Padang SKTBR1

3.3 Garisan Penamat : Pintu pagar masuk SKTBR1

3.4 Format : Berbentuk pertandingan antara 5

kumpulan.

3.5 Hadiah : Tempat 1-25 (Setiap kategori)

3.6 Pakaian : Pakaian sukan

3.7 Sasaran : Murid tahap 2 (tahun 4,5,6 dan PPKI)

2

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

5.0 PENYERTAAN MURID

5.1 Penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar dan guru sebagai

pegawai pengelola KECUALI atas arahan kesihatan

5.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang telah di ambil

oleh guru rumah sukan masing-masing.

6.0 HADIAH

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN

PPKI 1 - 10 1 – 10

TAHUN 4 1 - 25 1 – 25

TAHUN 5 1 - 25 1 – 25

TAHUN 6 1 - 25 1 – 25

7.0 PRARENTAS DESA

Satu sesi latihan untuk semua murid yang terlibat telah diadakan .

Sesi latihan ini amat penting supaya murid-murid supaya murid dapat

menyesuaikan diri dengan trek merentas desa tersebut.

Sesi latihan telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan

terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum mereka memulakan latihan.

Bagi murid sesi pagi, sesi latihan bermula pada pukul 4.30 – 6.00 petang

manakala bagi murid sesi petang, latihan bermula pada pukul 8.00 – 9.30

pagi.

8.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Pada 24 Januari 2015, bersamaan hari Sabtu, iaitu pada pukul 7.20

pagi, para peserta telah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru penasihat

3

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

mengambil kehadiran peserta rumah masing-masing bagi tujuan

pendaftaran. Selepas nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa, satu

aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Pn. Intan Erisha bt

Jamaluddin telah dilakukan di Dataran Zainah Zubir. Kemudian murid-

murid diberi taklimat mengenai perjalanan sepanjang acara merentas

desa berlangsung.

Pelepasan murid-murid dilakukan mengikut kategori. Kategori

murid perempuan dilepaskan dahulu dan kemudian murid lelaki. Para

peserta perlu menghabiskan larian mengikut jarak dan laluan yang telah

ditetapkan iaitu sejauh 4.5km bagi murid lelaki dan 4.2km bagi murid

perempuan.

Sepanjang laluan trek merentas desa tersebut, guru-guru bertugas

menjaga checkpoint juga bertindak sebagai pegawai keselamatan bagi

menjamin keselamatan para peserta. Marshal atau guru peronda juga

meronda dengan motosikal di sepanjang laluan trek merentas desa bagi

mengenalpasti peserta yang mungkin mengalami masalah atau

kecederaan. Walaubagaimanapun, acara ini berjalan dengan lancar tanpa

sebarang kecederaan.

Para peserta tiba di garisan penamat iaitu di depan pintu pagar

SKTBR1 lebih kurang pada pukul 9.40 pagi. Murid-murid di benarkan

untuk berehat seketika sebelum dimulakan acara perasmian penutup dan

penyampaian hadiah. Tepat pada pkl 10.30 pagi, acara perasmian

penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan.

Murid-murid berkumpul di Dataran Zalinah Zubir mengikut

pasukan rumah masing-masing. Penyampaian hadiah disampaikan oleh

YDP PIBG SKTBR1, En. Khiruddin b. Hashim serta Guru Besar SKTBR1 En.

Mohd Hasren b. Damiri. Hadiah disampaikan kepada 25 pemenang

terawal bagi setaip kategori manakala bagi kategori PPKI adalah

4

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

sebanyak 10 pemenang terawal mengikut kategori. Para pemenang

menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.

Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, Pn. Fadzlina bt. Kadri

selaku pengerusi majlis mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan

mata bagi setiap rumah. Keputusan rasmi adalah seperti berikut.

KEDUDUKAN PASUKAN PUNGUTAN MATA

PERTAMA Temenggung 393

KEDUA Bendahara 346

KETIGA Panglima 339

KEEMPAT Syahbandar 307

KELIMA Laksamana 299

9.0 PENUTUP / POST MORTEM

Kejohanan merentas desa SK Taman Bunga Raya 1 telah berjalan

lancer dengan kerjasama semua pihak yang terbabit. Para peserta telah

menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Begitu juga

dengan semua petugas yang terdiri daripada guru-guru dan warga

SKTBR1 yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan

komitmen yang jitu.

Perjalanan acara sukan merentas desa telah dapat dijayakan

dengan sempurna berikutan kerjasama yang sepenuhnya diberikan oleh

para petugas. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir acara ini

tiada sebarang situasi yang tidak diingini berlaku.

Walaupun dengan kesuntukan masa untuk berlatih kerana

penangguhan pembukaan sekolah kerana bencana alam, kejohanan ini

masih dapat diteruskan dengan jayanya. Murid-murid yang terpilih akan

5

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

mewakili daerah di dalam acara merentas desa peringkat daerah Hulu

Selangor.

Penyertaan murid-murid SKTBR1 pada hari kejohanan tersebut

adalah sangat meberangsangkan. Walaubagaimanapun ia masih boleh

dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Semoga pada tahun-tahun akan dating, pihak sekolah dapat

menjayakan kejohanan ini dengan lebih baik dan sempurna. Penghargaan

harus diberikan kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk

menjayakan acara tahunan ini supaya berjalan lancer dan menepati

matlamatnya.

Syabas kepada semua yang berjaya.

“MAJULAH SUKAN UNTUK SKTBR 1”

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

………………………………………….

(PN SUHAILA BT SAMSUDDIN)

AJK Dokumentasi,

Kejohanan Merentas Desa 2015,

SK Taman Bunga Raya 1.

…………………………………………………

(EN. MOHD HASREN B. DAMIRI)

Guru Besar,

SK Taman Bunga Raya 1

6

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

LAMPIRAN

7

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Murid berkumpul di dataran Zalinah Zubir bagi

aktiviti memanaskan badan

Taklimat diberi kepada para peserta

sebelum bermulanya acara

oleh En. Zainal Abidin

LAMPIRAN

8

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Perlepasan bagi murid perempuan tahun 4, 5 dan 6

mengikut kategori masing-masing.

Perlepasan bagi murid lelaki tahun 4, 5 dan 6

mengikut kategori masing-masing.

LAMPIRAN

Laluan trek merentas desa di kawasan Apartmen Dahlia

bagi kategori murid lelaki

9

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Antara laluan trek merentas desa

LAMPIRAN

Antara guru-guru yang bertugas sebagai

marshal dan juga menjaga checkpoint.

Garisan penamat

10

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

LAMPIRAN

Acara Perasmian Pentup dan Penyampaian hadiah

11

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Antara pemenang-pemenang kategori PPKI dan juga perempuan.

LAMPIRAN

Pemenang-pemenang kategori lelaki

Johan Keseluruhan – Rumah Temenggung

12