kod etika juruaudit - audit.gov.my information/10code ethics... · • kerahsiaan profesional ......

38
i

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

i

Page 2: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

ii

KANDUNGAN

PRAKATA iii 1. PENGENALAN 1

2. PRINSIP 2 3. TUJUAN 2

4. TERAS KOD ETIKA 2 – 6

• Integriti

• Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Keadilan

• Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya

• Kerahsiaan Profesional

• Tadbir Urus Yang Baik

• Jaminan Kualiti

• Disiplin Diri

• Percanggahan Kepentingan

• Penglibatan Dalam Aktiviti Luar 5. LAMPIRAN 7 – 33

• Penjelasan Mengenai Istilah Yang Digunakan

Dalam Kod Etika Juruaudit Sektor Awam

Page 3: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM iii JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

Akauntabiliti, integriti, komitmen, kebebasan dan kuasa penting untuk memberi jaminan

dan keyakinan kepada stakeholders dan pelanggan bahawa mutu perkhidmatan yang

diberikan boleh dipercayai, objektif dan kompeten. Oleh yang demikian, adalah penting

bagi setiap Juruaudit menghayati dan mengamalkan etika kerja yang berhemah.

Kod Etika Juruaudit Sektor Awam (Pindaan Mac 2011) ini menerangkan prinsip dan nilai

yang relevan kepada profesion dan tugas pengauditan. Ia juga meliputi norma kelakuan

yang perlu dipatuhi oleh setiap Juruaudit dalam melaksanakan kerja pengauditan. Kod

Etika ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan obligasi moral bagi memandu

dan memacu Juruaudit meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ianya digubal dan

disesuaikan selaras dengan Kod Etika yang dikeluarkan oleh International Organisation

of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan International Standard of Supreme Audit

Institutions (ISSAI 30 - Ethics).

Kod Etika ini boleh diguna pakai oleh semua Juruaudit di Jabatan Audit Negara

termasuk anggota Unit Audit Dalam di Kementerian/Jabatan/Agensi. Saya percaya Kod

Etika ini boleh menggalakkan budaya kerja beretika sebagai Juruaudit khususnya dan

penjawat awam amnya.

( TAN SRI DATO’ SETIA HJ. AMBRIN BIN BUANG ) KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA 30 Mac 2011

PRAKATA

DARIPADA KETUA AUDIT NEGARA

Page 4: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 1 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA

PENGENALAN 1. Fungsi utama Jabatan Audit Negara adalah untuk membantu meningkatkan

akauntabiliti, integriti dan tadbir urus awam melalui pengauditan dan pelaporan yang berkualiti.

Pengauditan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan akan menghasilkan laporan audit

yang berimpak tinggi dan memberi nilai tambah kepada pengurusan organisasi auditi

khususnya dan sistem penyampaian Kerajaan amnya.

2. Kebebasan, kuasa dan tanggungjawab Juruaudit Sektor Awam meletakkan keperluan

etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

tugas pengauditan. Dalam hubungan ini, setiap Juruaudit perlu mengamalkan nilai etika,

kesopanan dan kesusilaan pada tahap tertinggi supaya semua kerja pengauditan dilakukan

dengan penuh bertanggungjawab, telus dan jujur. Selaras dengan itu, adalah penting bagi

setiap Juruaudit menerap dan mengamalkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukunegara.

3. Kod Etika Juruaudit adalah sebuah dokumen kod tingkah laku berdasarkan kepada

tanggungjawab moral dan obligasi yang menerangkan bagaimana seseorang Juruaudit perlu

berkelakuan. Kod Etika ini merupakan pernyataan komprehensif mengenai prinsip dan nilai

yang menjadi sebagai panduan kepada urusan kerja harian semua pegawai dan kakitangan

Jabatan yang menjalankan kerja pengauditan. Ia juga meliputi semua Juruaudit berjawatan

kader di semua Bahagian Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan bagi menjamin

kredibiliti Juruaudit yang dibekalkan oleh Jabatan.

4. Kod Etika Juruaudit ini digubal berasaskan kepada prinsip utama yang terkandung

dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Audit 1957, Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan

Awam, INTOSAI Code Of Ethics 1998, International Standard of Supreme Audit Institutions

(ISSAI 30 – Ethics), Pekeliling serta Arahan Kerajaan serta Manual Prosedur Kerja. Kod Etika

Juruaudit ini juga mengambil kira tata kelakuan sebagai penjawat awam secara amnya dan

keperluan tertentu sebagai Juruaudit.

Page 5: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 2 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PRINSIP 5. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas kata kunci seperti berikut iaitu integriti;

kebebasan, objektiviti, adil dan saksama; kompetensi dan kerahsiaan. Konsep ini

menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik, berbudi pekerti yang luhur dan keperibadian

mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap

integriti dan kredibiliti Jabatan.

TUJUAN 6. Kod Etika Juruaudit adalah digubal untuk meningkatkan standard profesionalisme

pegawai dan kakitangan Jabatan bagi mencapai tujuan berikut :-

• Mewujudkan perlakuan dan etika kerja yang standard bagi semua pegawai dan

kakitangan Jabatan berasaskan kepada nilai-nilai dan akhlak murni; dan

• Menggalak dan menerapkan semangat kebertanggungjawaban di kalangan pegawai

dan kakitangan Jabatan dan amalan etika kerja yang tinggi melalui cara berfikir,

menghayati dan bertindak dalam melaksanakan tugas pengauditan. TERAS KOD ETIKA Integriti 7. Integriti yang membawa maksud keutuhan adalah menjurus ke arah perwatakan jati diri

Juruaudit. Juruaudit perlu mengamalkan ciri-ciri perwatakan yang tinggi serta keperibadian yang

mulia dan bersih seperti kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,

berketerampilan, beradab sopan, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah terpengaruh

semasa menjalankan tugasnya. Bagi mengekalkan keyakinan pihak auditi, perwatakan ini

hendaklah sentiasa terkawal dan diamalkan.

8. Integriti memerlukan Juruaudit menghayati prinsip kebenaran dan keadilan. Integriti

menghendaki Juruaudit berpegang teguh kepada prinsip objektiviti, sentiasa mematuhi standard

tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan

tugas.

Page 6: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 3 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama 9. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit hendaklah bertindak secara bebas,

objektif, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat

atau perbuatan kerana ini dapat menambahkan keyakinan terhadap kredibiliti Juruaudit

tersebut. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang

mempunyai kepentingan tertentu.

10. Pendapat Juruaudit hendaklah berasaskan bukti sahih yang diperoleh melalui kaedah

pengauditan yang profesional. Pendapat audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada

pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan.

11. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak

termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab

pengauditan dengan adil dan saksama.

12. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan

oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Bagaimanapun, pendapat

Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, objektif, adil dan saksama setelah mengambil kira

maklumat dan pandangan tersebut.

Kompetensi Dan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya 13. Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara

berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa bagi melaksanakan

tanggungjawab profesionnya. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program

pembelajaran profesional secara berterusan.

14. Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan yang

terkini dalam bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat serta

aktiviti auditi bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme. Juruaudit hendaklah sentiasa

kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meningkatkan lagi mutu

perkhidmatan.

Page 7: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 4 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

15. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa

dan mengamalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan pengauditan supaya

mereka dapat melaksanakan tugas mereka secara kompeten, adil dan saksama.

16. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard, polisi, prosedur dan amalan terbaik

berkaitan pengauditan, perakaunan dan pengurusan kewangan. Juruaudit hendaklah

menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang, melaksana serta

melaporkan hasil pengauditan.

17. Juruaudit juga dikehendaki mempunyai kefahaman yang mencukupi terhadap prinsip

dan standard dalam Perlembagaan, perundangan dan institusi berkaitan yang mengawal

operasi auditi.

18. Juruaudit perlu mengamalkan ketelitian profesional yang sewajarnya semasa

menjalankan pengauditan dan menyediakan laporan audit bagi memastikan laporan audit

adalah tepat dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kerahsiaan Profesional 19. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan

pengauditan kepada pihak ketiga atau menggunakan kepentingan dirinya sendiri, sama ada

secara lisan atau bertulis, kecuali bagi tujuan menepati keperluan perundangan.

20. Juruaudit adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang

diperolehnya semasa melaksanakan kerja pengauditan.

Tadbir Urus Yang Baik 21. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme untuk memastikan rangka kerja bagi

tadbir urus sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk memainkan peranan dengan

lebih efektif Juruaudit perlu mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan

tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan

dan menyampaikan hasil. Ia juga melibatkan budaya, strategi dan tatacara berurusan dengan

pelbagai pihak berkepentingan.

Page 8: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 5 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

Jaminan Kualiti 22. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang ditetapkan

oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan memenuhi

standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima umum.

23. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif, tepat dan seimbang bagi

memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Badan Eksekutif, auditi dan masyarakat

umum bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan

saksama.

Disiplin Diri 24. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan

keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu mematuhi undang-undang, arahan

dan peraturan yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu menunjukkan penampilan diri yang

bersih dan kemas semasa menjalankan tugas.

25. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya

bertanggungjawab, bersyukur, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada

sebarang perilaku yang boleh menjejaskan nama dan imej baik profesion Juruaudit.

26. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas kerja

pengauditan.

27. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun

bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan.

Percanggahan Kepentingan 28. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas pengauditan

kepada auditi. Bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan

peraturan Kerajaan dan mengkompromikan kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit.

Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri daripada perbincangan yang mempersoalkan atau

mengkritik polisi Kerajaan.

Page 9: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 6 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

29. Juruaudit dilarang menerima sebarang hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi

integriti dan kebebasannya. 30. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi.

Juruaudit perlu mengelakkan daripada menjalin perhubungan rapat dengan pegawai/kakitangan

auditi yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya. 31. Juruaudit tidak boleh menggunakan sebarang maklumat yang diperoleh semasa

menjalankan tugas kerjanya sebagai satu cara untuk memperoleh keuntungan peribadi.

Penglibatan Dalam Aktiviti Luar 32. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar peraturan

Kerajaan. Juruaudit juga adalah tidak dibenarkan terlibat sebagai penceramah, agen atau

dalam Jawatankuasa di Ceramah/Seminar agensi swasta yang memberi pulangan kepada diri

sendiri dan pihak penganjur.

33. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang

bercanggah dengan peraturan Kerajaan.

30 Mac 2011 (Pindaan)

Page 10: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

LAMPIRAN

Page 11: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 7 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PENJELASAN MENGENAI ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

7 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah

memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

serta mempunyai gerak-geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang

lain.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain,

bersopan-santun dalam berkomunikasi serta saling hormat

menghormati ketika menjalankan tugas.

ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan

menganggap ia sebagai satu amanah.

iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika

berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat

dilaksanakan dengan berkesan.

iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak

memandang rendah terhadap kemampuan mereka.

i. Nilai dan Etika

Dalam

Perkhidmatan Awam

ii. Dasar Penerapan

Nilai Islam Dalam

Pentadbiran

Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran i. Nilai dan Etika

Page 12: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 8 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

(penampilan) dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai

melalui cara individu tersebut berpakaian manakala dalaman pula tidak

menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri hati dan dendam.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai

pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat.

ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas

dan teratur.

iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun.

iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal.

v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan

penipuan.

vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan

cara yang betul bukan melalui surat layang.

Dalam

Perkhidmatan Awam

ii. Dasar Penerapan

Nilai Islam Dalam

Pentadbiran

Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain

untuk melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga

i. Nilai dan Etika

Dalam

Page 13: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 9 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

dirinya daripada sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu,

menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas

serta tidak menepati janji.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan

sesuatu. (Al-Baqarah:282).

ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan

mengikut peraturan seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja

lebih masa serta menggunakan mesin kad perakam waktu mengikut

peraturan yang ditetapkan.

iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi.

Contohnya kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh

Jabatan.

iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah

dibuat serta tidak menyalahkan orang lain.

v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah

ditetapkan.

Perkhidmatan Awam

ii. Dasar Penerapan

Nilai Islam Dalam

Pentadbiran

Page 14: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 10 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.

Berketerampilan Seorang yang berketerampilan adalah seorang yang berkebolehan serta

mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.

Contoh: i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.

Beradab Sopan Seorang yang beradab sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga

tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik

terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah

sopan, lemah lembut tetapi tegas.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya

terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya

tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.

ii. Bersopan-santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon

terutamanya terhadap auditi dan pihak luar.

iii. Tidak meninggikan suara walaupun sedang marah.

i. Nilai dan Etika

Dalam

Perkhidmatan Awam

ii. Tonggak 12

Page 15: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 11 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan,

tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan

peraturan.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.

ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan

kesilapan.

iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat.

Nilai dan Etika Dalam

Perkhidmatan Awam

9 Bebas Manual Prosedur Kerja telah menyatakan mengenai kebebasan di mana

Juruaudit hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi

pemikiran dan perlakuan diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara

yang boleh menggugat kebebasan Ketua Audit Negara dalam merancang,

menyiasat dan melaporkan secara profesional dan objektif.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan

dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak dipengaruhi oleh mana-mana

pihak.

Manual Prosedur Kerja

Page 16: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 12 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

ii. Juruaudit perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum

sesuatu keputusan dikeluarkan.

Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut:

The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair,

intellectually honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in

their approach to their professional work and shall not allow any prejudice,

bias or influences of others to override their objectivity.

b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai:

Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude

and avoid conflicts of interest.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada

fakta, berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.

MIA By-Law A-2

Institute of Internal

Auditors

Adil dan Saksama Adil dan saksama bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan

haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan sesuatu

ditempatnya. Seorang yang bertindak adil dan saksama akan

mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan

Page 17: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 13 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

dan undang-undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu

tindakan atau keputusan diambil. Prinsip adil dan saksama juga melibatkan

keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman

sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil dan saksama juga akan

melibatkan pihak auditi.

Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak

melebihkan diri sendiri.

ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan

laporan yang seimbang.

iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam

memberikan pendapat dan idea.

iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan

kakitangan.

10 Bukti Yang Sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah

dan boleh dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut:

i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk

i. Manual Prosedur

Kerja

ii. Garis Panduan

Page 18: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 14 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

meningkatkan kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai

jenis bukti audit dari berbagai punca.

ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih

dipercayai berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman.

iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai

berbanding bukti lisan.

iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau

analisis adalah lebih meyakinkan.

v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung

kepada keberkesanan sistem kawalan dalamannya.

vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan

berbanding bukti lisan semata-mata.

vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan fotostat.

Pengauditan

Prestasi

Pendapat Audit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat

Juruaudit yang diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut:

i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran

Manual Jabatan Audit

Negara

Page 19: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 15 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

dan kesaksamaan penyata kewangan;

ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-

aspek tertentu penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan

pelaporan, prinsip perakaunan yang digunakan atau ketekalan serta

pembatasan yang disebabkan oleh sekatan skop;

iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata

kewangan dan nota-nota yang disertakan secara keseluruhan tidak

memberi gambaran yang saksama sama ada berkenaan kedudukan

kewangan atau hasil operasi atau perubahan di dalam kedudukan

kewangan sesebuah entiti; dan

iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas

beberapa sebab tertentu termasuk kekangan ke atas skop.

Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada

sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang

Juruaudit.

b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa

pendapat Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut:

Garis Panduan

Pengauditan Prestasi

Page 20: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 16 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai.

ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarnya.

iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan.

iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata

kewangan yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh

dilaporkan secara berasingan.

v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan.

vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang

berkaitan.

vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang

membenarkan pengauditan dijalankan.

viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti

dalam menjalankan pengauditan.

ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna

kepada pembaca dan pengguna.

Page 21: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 17 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

11 Pengaruh Parti

Politik

Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali

atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan

tugasnya dan tidak melanggari larangan yang terkandung di bawah

Peraturan 21 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Contoh:

i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang

tidak berat sebelah dan menyokong mana-mana parti politik semasa

menjalankan tugas.

Perintah Am Bab D

(Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 –

Peraturan 21

13 & 14 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran,

pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet

dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan,

perakaunan serta teknologi maklumat.

Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-

masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran

yang berubah.

ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat

Page 22: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 18 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan

Kreatif Dan Inovatif Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta.

Inovatif pula bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau

dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain).

Contoh: i. Juruaudit perlu sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam

menyelesaikan masalah.

ii. Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan

sesuatu kerja.

i. Nilai dan Etika

Dalam

Perkhidmatan Awam

ii. Tonggak 12

Ketelitian

Profesional Yang

Sewajarnya

Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit

berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalamannya hendaklah

menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk memilih ujian dan

prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti serta

menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual

Prosedur Kerja.

Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja

susulan ke atas penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada

langkah-langkah pembetulan telah diambil tindakan yang sewajarnya.

Manual Prosedur Kerja

Page 23: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 19 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan isu yang dibangkitkan

daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan

pembetulan diambil.

15 Berkelakuan

Secara Profesional

Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik sebagai seorang

yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman.

Contoh: i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi.

ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti,

akauntabiliti dan neutraliti.

iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut

emosi.

iv. Bercakap dan mengeluarkan pandangan berdasarkan fakta dan ilmu

pengetahuan yang luas.

Standard

Profesional Yang

Tinggi

Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu

mempunyai kemahiran dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga

mesti mempunyai wawasan diri yang tinggi, pintar serta kreatif.

Page 24: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 20 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

19 & 20 Mendedahkan

Maklumat

Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit

Negara atau pegawainya yang lain tidak boleh membocorkan maklumat

yang dianggap sulit kepada pihak lain.

Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan

awam secara bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat

tertentu kepada media massa mengenai perkara yang melibatkan

kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua

Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Contoh: i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit

kepada mana-mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.

i. Seksyen 8 Akta

Audit 1957

ii. Perintah Am Bab D

Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam

(kelakuan dan

Tatatertub) 1993 –

Peraturan 19

Keselamatan

Maklumat

Rahsia

Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain

yang dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’,

mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau

Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang telah

dilantik.

Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang

i. Akta Rahsia Rasmi

1972

ii. Arahan

Keselamatan

Page 25: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 21 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

diperolehi adalah terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di

bawah Arahan Keselamatan seperti berikut:

Dokumen Terperingkat: Rahsia Besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang

jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang

amat besar kepada Malaysia. Kulit fail berwarna kuning dengan berpalang

merah di sebelah luar kulit depan dan belakang.

Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika

didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara,

menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat atau

memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Kulit fail

berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit

hadapan dan belakang.

Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika

didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan

tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan

Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan

memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan

menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau.

Page 26: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 22 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain

daripada yang diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih.

Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat

melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.

Dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh

dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab tertentu dan mendapat

kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha

Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati

terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau

Terhad ke rumah.

21 Tadbir Urus Yang

Baik Tadbir urus yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila

satu sistem kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan.

Sistem kawalan dalaman yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu

tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Juruaudit perlu

memastikan bahawa tadbir urus yang baik diwujudkan dengan:

i. Membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas.

ii. Menyemak semula tugas yang telah dirancang.

Garis Panduan

Pengauditan Prestasi

Page 27: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 23 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

iii. Menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan.

iv. Mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum

laporan ditandatangani atau dikeluarkan.

v. Memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan

audit

Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara

keseluruhan dan memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi

dengan sebaiknya

22 & 23 Proses Kawalan

Kualiti

Manual Prosedur Kerja dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah

menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan

prosedur kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu

menerangkan mengenai polisi dan prosedur kawalan kualitinya kepada

kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar boleh difahami oleh

semua pihak.

Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan

menyemak kerja yang diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga

perlu mendapatkan kepastian yang munasabah bahawa kerja yang

Manual Prosedur Kerja

dan Garis Panduan

Pengauditan Prestasi

Page 28: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 24 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai bagi memenuhi

keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu

untuk mencapai kehendak jaminan kualiti.

Laporan Audit

Yang Berkualiti

Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang

berkualiti.

a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan

yang telah ditetapkan iaitu:

i. Padat

ii. Jelas

iii. Konsisten

iv. Lengkap

v. Tepat

vi. Tepat pada masa

vii. Objektiviti

Manual Prosedur Kerja

Page 29: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 25 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

c) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi

semua laporan audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut:

i. Tajuk

ii. Tandatangan dan tarikh

iii. Objektif dan skop

iv. Kesempurnaan

v. Pengguna/Penerima

vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti

vii. Peruntukan Undang-undang

viii. Pematuhan kepada standard

ix. Ketepatan masa

Garis Panduan

Pengauditan Prestasi

Laporan Yang

Objektif

Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu:

i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan;

Manual Prosedur Kerja

Page 30: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 26 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa;

iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan; dan

iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan

membina dengan disokong oleh bukti yang mencukupi dan

didokumenkan dengan sempurna dalam kertas kerja.

Laporan Seimbang

Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan

serta perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi;

dan

ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi

dan menyatakan sebab serta tindakan penambahbaikan yang perlu

dilakukan oleh auditi.

24 - 27 Disiplin Diri Yang

Tinggi

Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang.

Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan

dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran

agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan Jabatannya.

i. Nilai dan Etika

Dalam

Perkhidmatan Awam

ii. Dasar Penerapan

Nilai Islam Dalam

Page 31: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 27 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Contoh:

i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah

ditetapkan.

ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-

lain agensi.

iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.

iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat.

Pentadbiran

iii. Tonggak 12

Bertanggungjawab

Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang

diamanahkan dengan cekap dan sempurna.

Contoh: i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat.

iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah.

Page 32: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 28 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Bersyukur

Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama.

Contoh: i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik.

ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang

ada.

iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Bersabar

Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua

tindakan yang diambil tidak dibuat dengan terburu-buru dan tergopoh-

gapah. Individu tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan cekal

terutamanya ketika berdepan dengan masalah.

Contoh: i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan.

ii. Tidak cepat marah dan panas baran.

iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi.

Bersederhana Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan

Page 33: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 29 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

pembaziran serta mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang

lain.

Contoh: i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja.

ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi.

iii. Bersederhana dari segi berpakaian.

Semangat Kerja

Berpasukan

Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu

tugas dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-

menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama

manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu

perkara itu dibincangkan bersama-sama.

Contoh: i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan.

ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain.

Berhemah Dalam

Berkomunikasi

Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik

dan menuturkan kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan

pihak auditi.

Page 34: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 30 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Contoh: i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap.

ii. Menegur dengan cara yang baik.

28 - 30 Mengkompromikan

Kepentingan

Mengkompromikan kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur

dalam memberi nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.

Hadiah atau

Ganjaran

Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai

tidak boleh menerima atau memberi atau membenarkan ahli keluarga serta

mana-mana orang menerima secara langsung atau tidak langsung apa-apa

bentuk hadiah atau pemberian daripada atau kepada mana-mana

persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau pemberian

itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Perintah Am Bab D

Peraturan-peraturan

Pegawai Awam

(Kelakuan dan

Tatatertib) 1993

– Peraturan 8

Kedudukan Rasmi

Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk

kepentingan peribadi.

Contoh: i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli

tanah.

Page 35: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 31 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain.

32 & 33 Aktiviti Luar

Juruaudit Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang

pekerjaan luar yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara.

Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil.

1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar.

Juruaudit Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kursus, ceramah

atau seminar anjuran sektor swasta kecuali mendapat kebenaran bertulis

daripada Y. Bhg. Ketua Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di

bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 – Memberi Kursus/

Ceramah/Seminar Anjuran Sektor Swasta.

Contoh: i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akaun pihak auditi seperti Pihak

Berkuasa Tempatan dan sekolah.

Arahan Ketua Audit

Negara Bil. 1/2002 –

Penglibatan Dalam

Pekerjaan Luar.

Arahan Ketua Audit

Negara Bil. 5/2002 –

Memberi Kursus/

Ceramah/Seminar

Anjuran Sektor Swasta.

Aktiviti Sosial

Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua

yang menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang

berakhlak atau jenayah.

Perintah Am Bab D

Peraturan-peraturan

Pegawai Awam

(Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 –

Page 36: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 32 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Contoh:

i. Terlibat dalam kegiatan perjudian.

ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram.

iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat.

Peraturan 4

Ekonomi

Seseorang pegawai tidak boleh:

i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam

pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian

atau perindustrian.

ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma

atau individu persendirian.

iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan

percuma atau mendapat upah.

i. Perintah Am Bab D

Peraturan-peraturan

Pegawai Awam

(Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 –

Peraturan 5

ii. Arahan Ketua Audit

Negara Bil. 1/2002 –

Penglibatan Dalam

Pekerjaan Luar.

Page 37: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan

KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM 33 JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)

PERENGGAN KATA KUNCI PENJELASAN SUMBER RUJUKAN

Parti Politik

Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali

atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari

larangan yang terkandung di dalam Perintah Am Bab D.

Contoh: i. Terlibat dalam gerakan reformasi atau demonstrasi jalanan yang tiada

permit yang boleh menjejaskan nama Jabatan.

ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik.

Perintah Am Bab D

Peraturan-peraturan

Pegawai Awam

(Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 –

Peraturan 21

Page 38: KOD ETIKA JURUAUDIT - audit.gov.my Information/10Code Ethics... · • Kerahsiaan Profesional ... etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan