kod etika 1

10
Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling (KPM) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan bimbingan dan kaunseling berbeza mengikut individu. Oleh itu, terdapat beberapa kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya. Antara kod etika bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut : a Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap klien b Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan profesional c Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap masyarakat d Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan e Tanggungjawab pentadbir terhadap guru bimbingan dan kaunseling dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Oleh hal yang demikian, GBKSM di sekolah hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berpandukan kod etika yang telah dinyatakan di atas. 1.1 Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien Kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh KPM yang pertama ialah tanggungjawab GBKSM terhadap klien. Ini bermakna GBKSM di sekolah haruslah mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau kelompok dan bukannya memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Pengutamaan kepentingan klien tersebut adalah tanggungjawab GBKSM untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mereka seperti sesi kaunseling individu atau kelompok, bimbingan individu atau kelompok atau konsultasi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkenaan boleh diberikan meliputi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, peribadi, kes disiplin, dadah atau HIV/AIDS. Oleh itu, berdasarkan kefahaman kod etika ini dengan mengaitkan

Upload: sushan-tan

Post on 15-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kod etika

TRANSCRIPT

Page 1: kod etika 1

Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling (KPM)Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan yang memberi peluang

kepada sesiapa sahaja untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan

bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif

perhubungan bimbingan dan kaunseling berbeza mengikut individu. Oleh itu, terdapat

beberapa kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi panduan kepada Guru Bimbingan dan

Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam melaksanakan tanggungjawab

profesionalnya. Antara kod etika bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :

a      Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap klien

b      Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan

profesional

c      Tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa terhadap masyarakat

d      Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan

e      Tanggungjawab pentadbir terhadap guru bimbingan dan kaunseling dan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling

Oleh hal yang demikian, GBKSM di sekolah hendaklah melaksanakan

tanggungjawabnya dengan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

berpandukan kod etika yang telah dinyatakan di atas.

1.1 Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Guru Bimbingan

dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien

Kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh KPM yang pertama ialah

tanggungjawab GBKSM terhadap klien. Ini bermakna GBKSM di sekolah haruslah

mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau kelompok dan bukannya

memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan,

seksual, emosi dan sebagainya. Pengutamaan kepentingan klien tersebut adalah

tanggungjawab GBKSM untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada

mereka seperti sesi kaunseling individu atau kelompok, bimbingan individu atau

kelompok atau konsultasi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkenaan boleh

diberikan meliputi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, akademik, kerjaya,

psikososial, keluarga, peribadi, kes disiplin, dadah atau HIV/AIDS. Oleh itu, berdasarkan

kefahaman kod etika ini dengan mengaitkan tanggungjawab profesional GBKSM,

GBKSM hendaklah memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam bidang

akademik seperti menganjurkan bengkel atau ceramah untuk memberikan ilmu

kemahiran belajar atau pengumpulan maklumat atau peluang untuk melanjutkan

Page 2: kod etika 1

pelajaran di peringkat seterusnya kepada klien. Hal ini adalah selari dengan penekanan

kod etika yang pertama ini iaitu mengutamakan keperluan klien.

            Selain itu, GBKSM juga boleh memberikan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling kepada klien dalam bidang pembangunan diri iaitu menganjurkan program

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memberi input kemahiran kepimpinan atau

kemahiran tegas diri. Dalam pada itu, jika GBKSM atau guru-guru lain dapat mengesan

sebilangan daripada murid-murid di sekolah tidak mempunyai pengurusan diri yang baik,

maka GBKSM boleh menganjurkan program-program atau aktiviti dalam bidang psikologi

dan kesejahteraan mental untuk memberi input kepada klien-klien tersebut mengenai

kemahiran pengurusan tekanan, kemahiran pengawalan diri, kemahiran penghargaan

kendiri atau kemahiran kerohanian dalam program bimbingan kelompok, LDK. Mohd

Zain Kosnon et al (2014), salah satu elemen yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah memperkembangkan potensi secara menyeluruh

dan bersepadu. Oleh itu, perkhidmatan ini adalah selaras dengan elemen-elemen yang

terkandung dalam FPK. Maka dapatlah kita lihat bahawa keperluan ini adalah

merupakan keperluan klien yang perlu diutamakan yang menjadi kepentingan dalam

tanggungjawab seseorang GBKSM selaras dengan kandungan kod etika yang pertama

ini iaitu mengutamakan kepentingan klien.

            Dalam pada itu, kod etika yang telah digariskan ini menekankan agar GBKSM

untuk menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh

semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau

orang-orang yang berada di persekitarannya di samping menyediakan tempat yang

kondusif untuk menjalankan sesi kaunseling agar klien tidak diperhatikan oleh orang luar

yang boleh mengganggu proses sesi kaunseling dijalankan. Oleh itu, GBKSM hendaklah

merahsiakan segala maklumat, isi perbincangan atau apa-apa sahaja yang dibincangkan

semasa sesi kaunseling dijalankan bersama klien. Namun, GBKSM boleh menggunakan

budi bicara sebagai tanggungjawab profesionalnya untuk menjaga kepentingan klien dan

orang yang berada di persekitarannya jika maklumat, isi perbincangan atau apa-apa

sahaja yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling dijalankan dalam

tanggungjawab profesional GBKSM iaitu dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling jelas terbukti bahawa klien atau orang yang berada di persekitarannya berada

dalam keadaan yang berbahaya. Sebagai contoh, semasa sesi kaunseling di jalankan

klien menceritakan pengakuannya telah membunuh seseorang dan perkara itu telah

menghantuinya. Maka, GBKSM boleh menggunakan budi bicaranya untuk melanjutkan

kes tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab atas persetujuan klien demi

kepentingannya sendiri.

            Selain itu, kod etika ini juga telah menekankan agar GBKSM hendaklah

berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta

kecekapan profesionalismenya. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab profesional

Page 3: kod etika 1

yang harus dilaksanakan oleh GBKSM dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ialah

mengurus sistem fail-fail yang merangkumi laporan-laporan program, kertas kerja

program, laporan dan rekod sesi, laporan kewangan dan rancangan tahunan. Bidang ini

hendaklah dilaksanakan oleh GBKSM dengan penuh dedikasi, ikhlas serta jujur  untuk

membuktikan kecekapan profesionalismenya. Hal ini adalah kerana sistem fail adalah

sangat berguna kepada seseorang GBKSM untuk kegunaan pada masa yang akan

datang seperti ingin memohon lesen kaunselor di samping dapat mempermudah urusan

pihak Jemaah NAZIR datang untuk membuat penilaian ke atas perkhidmatan GBKSM

tersebut. Selain itu, sistem fail yang merekodkan sesi kaunseling yang telah

dilaksanakan oleh GBKSM boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kes-kes yang perlu 

melibatkan urusan mahkamah.

Dalam pada itu juga, GBKSM seharusnya sentiasa mengemas kini paparan dan

sebaran maklumat di papan kenyataan serta perkongsian maklumat kepada klien yang

seperti mana dalam buku yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang

merangkumi perkongsian seperti kemahiran pengurusan diri, kemahiran kepimpinan,

kemahiran mengurus masa atau kemahiran kesejahteraan diri. GBKSM boleh mengambil

peluang semasa perhimpunan rasmi atau perhimpunan harian di sekolah untuk

berkongsi maklumat-maklumat tersebut kepada klien. Pelaksanaan tersebut adalah

termaktub dalam bidang pembangunan diri. Tanggungjawab seperti ini hendaklah

dilaksanakan seperti mana kehendak kod etika yang pertama ini dalam mengutamakan

kepentingan klien dengan melaksanakan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, jujur dan

ikhlas. 

1.2.  Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab guru bimbingan

dan kaunseling sepenuh masa terhadap rakan profesional

Tanggungjawab GBKSM bukan sahaja tertumpu kepada klien sepenuhnya, tetapi

tanggungjawab GBKSM juga merangkumi kepada rakan seprofesionalnya. Oleh itu, KPM

telah menggariskan kod etika yang kedua untuk dijadikan panduan kepada GBKSM di

sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya iaitu tanggungjawab

GBKSM terhadap rakan profesional. Kod etika yang telah digariskan ini lebih

menekankan kepada tanggungjawab GBKSM terhadap usaha kerjasama dalam

meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya di samping menunjukkan sikap

menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Dalam pada itu,

berdasarkan kod etika ini GBKSM juga  bertanggungjawab untuk mencegah,

mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan GBKSM lain yang tidak beretika. Dalam

masa yang sama, GBKSM juga dituntut untuk bersedia mempertahankan, membantu

serta membela rakan GBKSM yang teraniaya akibat daripada tuduhan dan tohmahan

perlakuan yang tidak beretika.

Page 4: kod etika 1

            Jika GBKSM mendapati sebarang perlakuan atau sikap rakan profesionalnya

yang bertentangan dengan kod etika yang telah digariskan oleh KPM, maka GBKSM

hendaklah dengan profesional menegur, menasihati atau memperbetulkan tingkah laku

tersebut. Sebagai contoh, rakan profesional GBKSM  yang bertindak mengambil

kesempatan terhadap klien dari segi kewangan dengan menetapkan bayaran jika berjaya

membantu menyelesaikan persoalan klien dalam melaksanakan sesi kaunseling demi

kepentingan diri sendiri GBKSM hendaklah memperbetulkan tindakan rakannya

berkenaan. Perkara ini adalah sering berlaku semasa GBKSM melaksanakan tugasnya

dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini adalah demi menjaga

nama baik unit bimbingan dan kaunseling di sekolah daripada dikatakan mementingkan

diri sendiri di samping dapat meningkatkan amalan profesional mereka.

            Selain itu, jika terdapat juga rakan profesional GBKSM yang melaksanakan

tanggungjawabnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang bertindak

menyeleweng wang sekolah, GBKSM hendaklah bertindak dengan segera bagi

mencegah perilaku yang tidak baik tersebut. Dalam Shahril Marzuki (2005) menyatakan

bahawa pengurusan kewangan di sekolah adalah satu amanah yang perlu digalas oleh

guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Namun, terdapat juga sesetengah mereka

yang tidak bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah. Contoh yang dapat

dilihat adalah kemungkinan cara yang dilakukan oleh rakan GBKSM ialah menetapkan

jumlah perbelanjaan yang berlebihan daripada sasaran dalam kertas cadangan program

dan seterusnya menggunakan lebihan wang berkenaan untuk kegunaan peribadi.

Perkara ini hendaklah dicegah oleh GBKSM kerana ia akan memberi kesan yang negatif

bukan sahaja kepada unit bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut, tetapi juga

memberi kesan yang mendalam kepada seluruh GBKSM di Malaysia.

            Dalam pada itu, jika terdapat sebarang fitnah atau tuduhan yang bertentangan

dengan perilaku rakan profesional GBKSM dalam memberikan perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling kepada klien, maka GBKSM dituntut untuk mempertahankan, membela

dan membantunya. Sebagai contoh, klien yang telah diberikan perkhidmatan sesi

kaunseling iaitu dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertindak

menuduh rakan profesional GBKSM yang mendedahkan isi cerita sesi atau rahsianya

kepada khalayak ramai. Namun, klien tersebut terlupa bahawa dia telah menceritakan

rahsianya kepada kawan karibnya lalu cerita tersebut tersebar dengan pantas. Oleh hal

yang demikian, berpandukan kod etika ini GBKSM hendaklah membela dan

mempertahankan rakan profesionalnya untuk membantu daripada tuduhan yang tidak

benar tersebut. Demikianlah, kod etika ini sangat menjaga tatasusila perilaku serta

menegaskan tentang keperluan untuk bela-membela dan saling bantu-membantu dalam

kalangan rakan profesional GBKSM di sekolah.

1.3.  Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Terhadap

Masyarakat

Page 5: kod etika 1

Bidang tanggungjawab GBKSM di sekolah bukan sahaja melibatkan murid-murid atau

klien, guru-guru dan kakitangan sekolah. namun, ia juga melibatkan masyarakat. Oleh

hal yang demikian, KPM telah menggariskan kod etika ini iaitu tanggungjawab GBKSM

terhadap masyarakat demi menjaga kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

Malaysia. Kod etika ini menuntut GBKSM agar memahami dan menghormati unsur

sosio-budaya masyarakat walau di mana sahaja GBKSM berkenaan berkhidmat.

Sebagai contoh, GBKSM yang berkhidmat di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis

kaum dan agama seperti di negeri Sabah dan Sarawak hendaklah memahami dan

menghormati unsur sosio-budaya masyarakat berkenaan.

            Oleh itu, GBKSM yang berkhidmat di mana-mana sekolah hendaklah

memberikan perkhidmatannya dengan berpandukan kod etika ini. Ini adalah penting

untuk menjaga kualiti dan menaruh kepercayaan masyarakat di sekeliling untuk memberi

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada anak-anak mereka. Sokongan dan

dorongan yang diberikan oleh masyarakat adalah sangat penting untuk menjayakan

mana-mana program bimbingan dan kaunseling yang dirancang. Contohnya, seseorang

GBKSM yang ingin melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang keibubapaan seperti

menganjurkan sambutan hari keluarga yang sememangnya melibatkan ibu bapa murid-

murid hendaklah menitik beratkan dan mengambil perhatian terhadap kepercayaan, adat

resam, dan budaya yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga mereka. Justeru, GBKSM

hendaklah memahami dan menghormati apa jua kepercayaan yang diamalkan oleh

masyarakat di sekelilingnya.

            Tambahan lagi, GBKSM yang ingin melaksanakan tanggungjawab profesionalnya

dalam bidang keibubapaan iaitu lawatan ke rumah murid hendaklah berhati-hati dalam

menggunakan bahasa atau dialek semasa berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid.

Ini adalah kerana dibimbangkan terdapat beberapa perkataan yang digunakan oleh

GBKSM bertentangan maksud yang difahami oleh ibu bapa murid-murid. Komunikasi

adalah bukan sahaja merujuk kepada percakapan, tetapi merangkumi kepada pakaian,

perbuatan diam, fesyen rambut dan barang-barang yang disimpan dan dipamer

(Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2000). Oleh itu, GBKSM haruslah membiasakan diri

dengan cara penerimaan tetamu oleh ibu bapa murid-murid walaupun dengan cara apa

sekalipun. Hal ini adalah demi menjaga hati para ibu bapa yang dikunjungi. Sama juga

seperti program konfrens atau khidmat konsultasi yang dilaksanakan oleh GBKSM juga

hendaklah menghormati bahasa atau dialek yang digunakan oleh ibu bapa murid-murid.

Penghormatan ini adalah untuk menjayakan program yang dianjurkan oleh GBKSM di

sekolah kerana ibu bapa atau masyarakat adalah merupakan tunjang utama kepada

kejayaan program yang dianjurkan oleh GBKSM itu sendiri.

            Selain itu, kod etika ini juga menegaskan kepada GBKSM agar dikehendaki

mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-

Page 6: kod etika 1

undang tersebut. Kod etika ini adalah berkait rapat dengan tanggungjawab GBKSM

terhadap masyarakat. Oleh hal yang demikian, GBKSM adalah dituntut untuk

melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang pendidikan pencegahan

dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS. Bidang ini bukan sahaja melibatkan murid-murid di

sekolah, namun juga disarankan agar melibatkan masyarakat di  sekeliling dalam

menanam sikap benci kepada dadah dalam kalangan mereka. GBKSM mungkin boleh

menganjurkan program ceramah, pameran atau bimbingan kelompok kepada murid-

murid atau masyarakat yang terdiri daripada kalangan ibu bapa murid-murid. Hal ini

adalah selaras dengan kehendak kod etika ini yang menegaskan kepada GBKSM agar

melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang negara dengan melibatkan

masyarakat untuk mematuhi undang-undang berkenaan di samping menghormati sosio-

budaya mereka.

1.4.  Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Terhadap

Organisasi dan Majikan

Tanggungjawab GBKSM juga adalah berpandukan dengan kod etika yang keempat iaitu

tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan. Kod etika ini menekankan kepada

tanggungjawab GBKSM dalam mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani

dengan organisasi di sekolah dia berkhidmat di samping berusaha mengikuti polisi dan

prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan

organisasinya. Ini bermakna GBKSM perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

perkhidmatannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Bidang tersebut adalah

merangkumi tanggungjawab seperti bertanggungjawab atas jawatan dalam organisasi di

sekolah. sebagai contoh, GBKSM adalah sebagai setiausaha program ‘guru penyayang’

yang mana program berkenaan adalah program yang telah dituntut oleh pihak KPM

sendiri. Sebagai setiausaha program berkenaan, GBKSM hendaklah menyediakan

kertas konsep, laporan program serta penilaian program dan seterusnya membuat

sistem fail mengikut jenis-jenis fail untuk memasukkan bahan-bahan program berkenaan

di dalam fail. Oleh itu, GBKSM haruslah memastikan bahawa sistem fail adalah sentiasa

dikemas kini agar mudah untuk merujuk fail berkenaan pada program yang akan datang.

            Dalam pada itu, berpandukan kod etika ini yang menekankan GBKSM agar

sentiasa bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam

pelaksanaan polisi amalan pekerjaan serta sentiasa mengelak daripada

menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Oleh hal yang demikian,

dalam melaksanakan tanggungjawab profesional dalam apa-apa jua bidang

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling GBKSM hendaklah sentiasa memegang kod

etika ini agar tidak menyalahgunakan sebarang kemudahan atau sumber dalam

organisasinya iaitu kemudahan untuk GBKSM melaksanakan tanggungjawabnya dalam

bidang pengurusan dan pentadbiran atau mana-mana bidang yang memerlukan

kemudahan  seperti bilik persendirian, pencetak dan komputer. Sebagai contoh,

Page 7: kod etika 1

sesetengah GBKSM menggunakan bilik bimbingan dan kaunseling untuk bersantai dan

tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Sekiranya berlaku penyelewengan dalam kod

etika ini, diskriminasi boleh dalam sesebuah organisasi. Oleh sebab itulah KPM

menggariskan kod etika ini agar GBKSM sentiasa amanah dan tidak melakukan

sebarang penyelewengan dalam pelaksanaan amalan tanggungjawab profesionalnya.

            Oleh hal yang demikian, amat penting untuk GBKSM menjelaskan bidang

kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya di samping mewujudkan hubungan

interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan staf sekolah mengenai khidmat

kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau

peribadi, beban kerja dan akauntabiliti. Hal ini adalah kerana jika penyelia dan staf di

sekolah tidak memahami bidang kepakaran GBKSM kemungkinan akan berlakunya

ketidakfahaman di kalangan mereka bahawa GBKSM di sekolah tidak mempunyai kerja

dan hanya duduk bersantai. Contohnya, semasa GBKSM sedang melaksanakan

tanggungjawabnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran iaitu menyiapkan laporan

atau kertas cadangan di dalam bilik bimbingan dan kaunseling guru-guru atau staf yang

lain akan bertanggapan GBKSM hanya duduk bersantai. Oleh hal yang demikian,

semasa GBKSM sedang melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling iaitu menjalankan sesi kaunseling GBKSM hendaklah

meletakkan satu papan notis di hadapan pintu bilik bimbingan dan kaunseling yang

bertulis “sesi kaunseling sedang berjalan” agar dapat memberi kefahaman kepada guru-

guru atau staf lain bahawa GBKSM sedang melaksanakan tanggungjawab

profesionalnya. Hal ini adalah selaras dengan kandungan kod etika yang ketiga seperti

mana yang telah dibincangkan.

            Akhir sekali, kandungan kod etika ini menggalakkan GBKSM agar membenarkan

dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari semasa ke semasa di

samping bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya. Ini

menunjukkan bahawa GBKSM dituntut untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam

semua bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Untuk memenuhi kehendak kod

etika ini iaitu membenarkan Jemaah Nazir Sekolah menilai dirinya GBKSM hendaklah

melaksanakan tanggungjawabnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran iaitu

sentiasa mengemaskinikan sistem fail yang merangkumi rekod sesi kaunseling, laporan

program, penilaian program, kertas kerja program, dan lain-lain. ini adalah untuk

memudahkan Jemaah Nazir menilai perkhidmatan GBKSM dalam melaksanakan

tanggungjawabnya. Kepentingan sistem fail adalah bagi memudahkan GBKSM  untuk

meningkatkan kepakaran profesionalnya jika GBKSM berkenaan ingin memohon lesen

kaunselor atau menyambung pengajian. Perkara sebegini  adalah sangat digalakkan

untuk menjadikan GBKSM pakar dalam bidang-bidang perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling yang akan berikan kepada klien serta organisasi dan majikannya.

Page 8: kod etika 1

1.5.  Analisis Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling; Tanggungjawab Pentadbir

Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan Terhadap

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kod etika yang digariskan oleh KPM untuk dijadikan rujukan GBKSM di sekolah juga

melibatkan tanggungjawab pentadbir kepada GBKSM. Tanggungjawab pentadbir adalah

memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di sekolah berkaitan budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, khususnya kepada GBKSM yang baru dilantik.

Dalam pada itu, pentadbir hendaklah berbincang bersama GBKSM dari semasa ke

semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak dijalankan di

samping memantau dan menilai kemampuan dan penampilan GBKSM. Dalam pada itu,

pentadbir sekolah juga perlu memastikan GBKSM melaksanakan perkhidmatannya

berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

            Oleh hal yang demikian, setelah berbincang bersama pentadbir sekolah GBKSM

seharusnya bertindak proaktif dalam melaksanakan bidang tanggungjawabnya. Bidang

yang pertama yang boleh dilaksanakan oleh GBKSM di sekolah ialah bidang akademik

yang telah digariskan dalam Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di

Sekolah untuk memberi ilmu kemahiran belajar atau pengumpulan maklumat pelajaran

atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada murid-

murid di sekolah. ilmu tersebut boleh diberikan kepada murid-murid dengan

menganjurkan bengkel, seminar, pameran atau lawatan sambil belajar. Hal ini adalah

kerana keperluan murid atau klien di sekolah yang utama adalah dalam bidang

akademik. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, pentadbir sekolah adalah

dikehendaki memantau dan menilai keberkesanan program-program atau aktiviti yang

dianjurkan oleh GBKSM. Ini adalah selaras dengan kehendak kod etika yang telah

digariskan oleh KPM.

            Selain itu, pentadbir sekolah hendaklah memastikan GBKSM tidak diberi jadual

waktu mengajar atau tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling untung membantu dalam peningkatan tahap profesionalisme GBSKM di

sekolah. Sebagai contoh, GBKSM akan berasa kesempitan waktu serta menghalang

beliau untuk melaksanakan sesi kaunseling lebih-lebih lagi sesi kaunseling yang

melibatkan kes krisis yang timbul secara drastik jika GBKSM di sekolah diberi jadual

waktu mengajar. Dalam pada itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling GBKSM juga

akan berkurangan jika beliau diberi tugas atau komitmen lain seperti penyelaras

kokurikulum atau ketua jurulatih permainan yang terpaksa ke luar sekolah untuk

bertugas. Walaupun hakikatnya klien di sekolah memerlukan perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling oleh GBKSM seperti perkhidmatan sesi kaunseling, bidang akademik

atau kerjaya pada masa tersebut.

Page 9: kod etika 1

            Kod etika ini juga menggariskan tanggungjawab pentadbir terhadap

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu dikehendaki membantu usaha

mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, terapeutik 

dan memenuhi kualiti KPM di samping sentiasa memantau buku rekod perkhidmatan

GBKSM. Ini adalah untuk memudahkan GBKSM melaksanakan tanggungjawab

profesionalnya dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu

melaksanakan sesi kaunseling, bidang pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan/ dan

HIV/AIDS iaitu penyebaran maklumat berkaitan bahaya dadah, rokok, inhalan dan

sebagainya di dalam bilik bimbingan dan kaunseling dan bidang pengurusan dan

pentadbiran iaitu GBKSM membuat laporan program,  rekod sesi kaunseling, menyimpan

borang-borang perkhidmatan dan lain-lain. oleh itu, kemudahan bilik bimbingan dan

kaunseling adalah sangat diperlukan oleh GBKSM di sekolah bagi melaksanakan

tanggungjawab profesionalnya.

            Pentadbir sekolah juga dituntut untuk memberi sokongan, kerjasama dan

bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

di samping memastikan perkhidmatan tersebut dijalankan secara optimum dan

menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan  kecemerlangan

sekolah. Contohnya, pentadbir sekolah hendaklah memberi kerjasama dan sokongan

yang padu terhadap perkhidmatan GBKSM dalam melaksanakan perkhidmatannya

seperti meluluskan kertas cadangan program dan memberi sokongan terhadap program

yang akan dianjurkan oleh GBKSM seperti menjemput pihak luar iaitu IPT atau agensi

berkaitan untuk memberi ceramah atau pameran berkaitan maklumat kerjaya dalam

bidang kerjaya. Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir adalah merupakan

tunjang utama kepada kejayaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

yang dijalankan oleh GBKSM.